BAB 12

Romance Completed 199367

BAB 12

Telefonku berdering lagi. Sekali lagi aku matikan buat kali kelima. Masuk kali ke enam sehingga mereka yang berada disini memandang aku, terus aku off dan cabut baterinya dengan sim kad sekali aku cabut. Selesai!

 
“Cik Elliena Kamelia”

 
Kaunter pendaftaran aku hampiri.

 
“Yes?”

 
“Cik nak buat medical checkup ya? Sila pergi bilik nombor lima kat hujung koridor tu ya. Ambil tekanan darah dulu.”
 

“Okay thanks”Aku senyum dan melangkah ke bilik yang disebut tadi. Doktor Aidil Akram. Hmm…mesti kacak! Hatiku berbisik nakal.

 
Setengah jam menunggu,akhirnya nama aku dipanggil. Ambil hasil pemeriksaan. Sampul putih sederhana besar aku capai dan bergegas nak keluar. Aku perlu ke Bukit Bintang, menemankan Raina, salah seorang pelanggan yang mengambil aku sebagai wedding planner perkahwinannya yang bakal berlangsung dua minggu lagi untuk membeli barang hantaran. Apa pasal lah cari barang hantaran last minute? Kalau aku…

 
BUM!

 
“Auch! Sakitnya !”

Aku tertunduk memegang kepala. Fail ditangan dah melayang berterabur dilantai kaki lima hospital ini. Rasa macam nak pecah kepala aku. Apa yang keras sangat makhluk kat depan ni?!
 

“I am so sorry! Let me help you…”

 
“Are you blind or…”Aku tak jadi nak mengamuk bila lelaki berkemeja peach dan berkot putih itu mengutip segala keputusan pemeriksaan aku. Dada aku macam nak meletup tika tangan kasar itu memegang report kesihatan aku.
 

Oh my god!

Dah kenapa dia berada disini ? Rasanya aku tak silap pergi hospital pakar kat sini! Darah aku terus menggelegak panas. Dengan kasar aku merampas semua lapora kesihatan aku dari tangannya. Tidak peduli dengan renungan tajam yang aku langsung tak gentar malah dengan berani sekali aku balas dengan jelingan senyuman sinis. Tak sangka disini pertemuan kami.
 

“What are you doing here and what is this for?”

 
“None of your business!”Balasku dan berura-ura nak pergi tapi cekap dia menghadang.
 

“None of my business,huh? Ujian darah, x-ray,HIV test…for what,Kim?! Tell me!”

 

Aku tergelak tanpa suara. Mengirai rambut yang jatuh di dahi.

 

“Are you kidding me Doktor Carl Danial? A doctor should know why his patient need to do medical checkup. For your own good of course. Oh sorry, I’m not your patient by the way and you’ve no right to know. Do you get it?’
 
 

“Mind your words will you? Perangai tu dari dulu tak pernah ubah!” Suara Danial berubah tegang tapi masih dalam  nada terkawal.
 

“Bercakap dengan diri sendiri ke? Well…that’s suits you. Dahlah,jangan nak buang masa I kat sini. Banyak lagi kerja yang I nak buat dari menghadap doktor yang selfish macam ni.” Tempikku lantas sengaja melanggar tubuhnya untuk berlalu. Mood dah terbang melayang. Sakit hati dengan pertemuan yang tak disangka. Seketika kemudian aku berjalan secara membelakang.,kembali memandang dia.
 

“Anyway..daripada sibuk nak tahu hal orang,apa kata you rajinkan diri contact daddy dengan mama. Jangan sampai mereka lupa yang you merupakan anak sulong keluarga Damien!”
 

Puas!
 

Ketika memandu,fikiran ku melayang pada peristiwa di hospital tadi. Sungguh,itu bukan satu pertemuan yang aku harapkan! Aku memandu dengan tangan sandar pada lengan pintu. Mata aku pejam dan fikiranku melayang
 
 

 
 
“Kenapa degil sangat ni?! How many times I’ve to told you that your job is useless! Tak kemana pun kerja macam tu! Sebab tu dari dulu lagi i bangkang habis-habisan bila you ada niat nak jadi wedding planner. Wedding planner? What’s that?!”
 

Aku ketawa sinis. Berpijar dan panas hati ini terbakar dengan ejekannya.. Marah betul dia bila aku buat keputusan nak jadi perancang perkahwinan dan terus menetap di Malaysia.
 

“Pardon? I Cuma nak jadi wedding planner tapi itu bermakna I lupa semuanya? Mama dengan daddy pun faham I,terima keputusan I tapi you? Selfish! You just think your own sake! Even I decide nak duduk sendiri since my secondary school tapi I tak menyusahkan daddy dengan mama even you sekali pun. You sendiri keluar dari rumah nak kejar cita-cita you kan ? Semata-mata nak jadi doktor , gilakan sangat title Dr tu! So you expect benda yang sama dari i? Even I jauh dari mereka tapi setiap hari I call tapi you? When was the last time you heard daddy and mama’s voice?”
 

Danial  terkelu dengan lancang dan tajamnya lidahku menutur kata. Bibir mengukir senyuman puas dan pada masa yang sama aku terkilan.
 

“Dah lama kan ? Atau you dah lupa suara daddy dengan mama? Dah lupa asal usul? Last time you jumpa tiga tahun yang lepas! I pun busy tapi at least I’ve more time to spend with them but you?! Nothing! Apa yang you tahu Cuma kerja ,hospital, ubat and that’s it! You nak cakap I pentingkan diri,lupa daddy dengan mama? No,you wrong Dan and I hate you! Please…do mind your own business and forget about me!”
 

Pertengkaran demi pertengkaran antara kami sering menjadi permulaan tanpa noktah.

Ya,Carl Danial merupakan abang aku. Satu-satunya abang yang aku ada dan juga anak lelaki tunggal keluarga Damien Minhat. Danial tua tujuh tahun dariku. Wajah kami agak seiras sehinggakan orang ramai dapat agak kami punya pertalian darah yang sama. Heh,sama? Lucu. Sangat-sangat lucu kerana dari kecil lagi kami ibarat dua orang yang berbeza. Seperti bukan adik beradik kerana kami tidak rapat. Umur jauh pun ya tapi juga berbeza pendapat.
 

Lebih-lebih lagi bila Danial menyambung pelajaran di Malaysia sehingga peringkat PHD dan seterusnya ambil keputusan berkhidmat di hospital pakar ibu kota. Memang aku ikut jejak langkahnya tapi pada mulanya bukan sebab kerana cita-cita tapi hatiku sudah terpaut dengan budaya dan gaya di sini.

 
Dan juga kerana adanya Tengku Zariel. Hmm…

 
Ikutkan lepas tamat pengajian aku nak bekerja di New York tapi kerana dia,aku disini.
 

Untuk apa aku korbankan impian dan cita-cita kerana sikap pentingkan diri Danial? Ada abang pun tak boleh harap,pentingkan diri! Disebabkan itu juga ramai yang tak tahu Carl Danial merupakan abang kandung aku malah tak pernah tahu pun aku ada ahli keluarga disini.

Daddy dan mama pun akan berhati-hati setiap kali cuba buka cerita pasal Danial denganku. Aku sedar mereka mengharapkan kami berbaik lebih-lebih lagi Danial yang boleh diharapkan untuk menjaga aku disini. Jaga? Ketawaku meletus sinis. Hidup dia Cuma di hospital dan aku tidak perlu orang untuk menjaga aku disini.
 

 
 

PIN ! PIN ! PIN !

 
“Oh,god !”Cepat aku memutar stereng ke laluan kiri. Hampir saja aku masuk ke laluan bertentangan. Menghentak keras stereng kerana kecuaian sendiri. Ini semua Danial punya pasal!

 
Saat terpandang board menuju ke Bandar Sunway, hati yang panas terus berubah sejuk. Pantas aku memutar stereng. Pedal minyak aku tekan kuat.

 
 
Mata tegak memerhati kediaman rumah agam yang tersergam indah dan serba mewah itu. Keluasan halaman yang hampir menyamai padang golf semakin indah untuk ditatap kerana diwarnai dengan beberapa buah kanopi berwarna putih dengan dua buah kanopi moden berwarna hijau yang aku agak itu tempat persandingan.
 

Aku tak dijemput dan aku sedar hatta menjadi wedding planner Tengku Zariel dan Iman sekalipun. Melihatkan beberapa orang pekerja yang sibuk sana sini pasti mereka bekerja keras untuk menyambut kedua mempelai yang berketurunan ‘Tengku’ itu.

Ah…apa bezanya aku dan mereka berdua? Sama-sama manusia juga.

Kami juga bekerjaya,berpelajaran tinggi, moden atau kerana daddy dan mama tiada gelaran ‘Tan Sri? Puan Sri? Itu Cuma gelaran. Puan Sri Tengku Wahida..mamanya Tengku Zariel dan arwah abahnya Tengku Zahari. Kedua mereka aku tidak pernah jumpa. Dari apa yang aku dengar Puan Sri Tengku Wahida seorang yang tegas. Apalah sangat aku nak tundukkan bakal mak mertua aku. Opps!
 

Aku tersentak bila ada seorang lelaki melompat duduk di atas kereta. Siap bergaya lagi dia duduk di atas but kereta aku. AKu merengus bengang. Pantas aku menoleh. Tidak lagi bersandar di kereta kerana matanya memerhatikan ku.

 

“Excuse me, I think it’s not aproppriate  for a handsome guy like you sitting on my car without my permission!”
 

Memakai sunglasses rainbow ,rambut yang didye hazel, kening yang tebal dan raut wajah yang kacak sikit tidak menggetarkan jiwa raga aku. Dia menoleh,tersenyum dan menggelelongsor hampir denganku sehingga berlaga dengan bahu aku. Cepat aku menjarakkan diri. Biadap!
 

Dia ketawa sinis sambil menurunkan cermin matanya separas pucuk hidung.Patot lah pun. Dasar lelaki miang! Tengok riak dan matanya yang nakal itu!
 

“How about you then? It is appropriate stranger like you stand and look like trying to steal something?”
 

“I tak ada mood sekarang ni. Better you leave before i get mad”

 
Dia angkat bahu. Lagi buat aku panas hati tatkala dia selamba merebahkan badan dan menopang kepalanya berbaring di atas keretaku!

Oh,my car! Aku lantas berdiri disebelahnya.
 

“Hei,are you crazy or what?!  I said leave right away or I call the police!”
 

“Orang yang sepatutnya call polis adalah I. nak tahu kenapa? This is my home sweet home,sayang…” Dia kenyit mata dan melompat turun,mendekatiku sehingga haruman Playboy menusuk hidung. Jantungku berdegup laju mendengarnya. Rumah dia? Jadi…
 

“You…”

 
Dia makin mendekatiku sehingga aku mendengus dan menjarakkan diri. Sungguh aku tak suka dengan lelaki seperti ini. Lebih-lebih lagi dia ada ikatan dengan Tengku Zariel.
 

“Yes I,kenapa? Tergoda? Dari tadi I tengok  you. Kenapa gadis cantik macam you berdiri kat depan rumah i? Salah sorang mangsa Ariel yang patah hati? Kecewa dia nak kahwin? Be cool. Lelaki boleh kahwin empat kan. Tak nak bermadu, kahwin dengan I dan duduk sini dengan i. Setiap hari you boleh tengok dia.”
 

Yucks!

“Stop it. You tak kenal I dan I tak kenal you. You’ve no right to know. So disgusting!”
 

Aku mencebik sehigga wajahnya berubah. Habis hilang kekacakannya disebalik sikap yang ting tong itu!

 
“Interesting.  I suka perempuan ganas macam you. Suka mencabar i. Well…nak kenal? I Tengku Farizal Zaim Bin Tan Sri Tengku Qalesh. You can call me, Fariz. Mama I Puan Sri Tengku Wahida. You tentu tahu Qalesh Holding kan? Salah satu syarikat terbesar di KL dan merupakan empayar family i. End of the story. You?”
 

Satu pengenalan yang merupakan satu sindiran. Cuba menyedarkan dimana aku berpijak dibumi yang nyata dan terang ini. Aku terlupa tentang satu-satunya adik lelaki Tengku Zariel,si berlagak depan aku ni! Jauh berbeza perwatakannya dengan abangnya dan aku sikit tak pernah tahu tentang dia hatta nama penuh dia sekalipun.
 

Aku diam. Kaki dah mula mengorak langkah. Baru  berasa pergi ke sini menyaksikan persiapan sambutan majlis kahwin orang yang aku cintai bukan satu keputusan yang baik. Perit..pedih.
 

“I know you. You perempuan yang kat bachelor party skybar kan? No wonder lah you...”

 
Darahku menyirap sekaligus buat aku tak jadi menekan alarm kereta. Lebih-lebih lagi dengan bibirnya yang menyungging senyuman miang dan sinis.

 
“Whatever loser. Bercakap dengan you serupa cakap dengan sampah,right. Loser and trash..still be smelly thing…haha”Aku mengejek lantas membuka pintu kereta tapi Tengku Farizal pantas menahan. Aku tolak tapi seinci dia tidak bergerak. Dia membongkok hingga aku terpaksa menjarakkan jarak. Bengang.
 

“I tahu you datang sini bersebabkan? Just admit yang you patah hati denganwedding Ariel. Poor girl. Mengharapkan lelaki yang loser macam dia tu! You should think twice, sayang…”

 
Aku menolak tubuhnya dengan tas tangan. Dia berganjak ke belakang sambil mengangkat tangan, tanda tidak mahu terus mengacauku.”

He’s better than you,coward!”
 

Tengku Farizal ketawa mengejek. Sengaja menyakitkan hatiku yang membara dengan kutukannya pada Tengku Zariel,abangnya sendiri.

 
“You ingat Ariel tu baik sangat ke? You just don’t even know him. Aku boleh buktikan yang kau ni mangsa dia. Well mangsa yang terakhir kut sebab dia dah nak kahwin dengan ‘ustazah’ kan? Takkan dia nak kahwin dengan perempuan yang pernah masuk kelab macam you?”
 

Baru aku nak membidas tiba-tiba pagar automatik terbuka dan aku perasan ada seseorang sedang melangkah ke sini. Entah siapa aku tak pasti. Aku terus masuk ke perut kereta bersama jelingan. Menyakitkan hati betul! Lain yang aku nak tengok, lain pulak yang datang. Apa yang datang tadi? Bala !
 
 

Tangan ini ralit membelai kain yang berwarna putih itu. Putih suci. Anggun dan elegan. Bunyi pintu yang dibuka membuat aku berpaling sebelum kembali menyambung.

 
“Kim? Is that you? What are you doing here? It’s already 1 o’clock!”

 
Soal Tiara terkejut melihat aku berada di butik pengantinnya. Jarang aku ke sini. Aku banyak habiskan masaku di luar. Membiarkan staf Tiara Kim Wedding yang terkial-kial uruskan sendiri tanpa aku sejak akhir-akhir ini. Tadi pula..satu pejabat terbalik dengan angin puting beliung aku. Sampaikan mamat hantar bunga pun aku tengking.

 
“Are you drunk? Seriously??”

 
“Kau ingat aku macam kau ke? Stres sikit air setan tu yang kau cari.”

 
Tiara hanya ketawa. Meraih bahuku.

 
“You should try once,Kim. Gerenti nak lagi punya! Lebih-lagi lagi dengan bad news semalam,right? Come on,keep moving forward will you? Aku dah kata kan… Sooner or later they will married. Hati kau jugak yang sakit, yang bengkak bila Ariel umumkan perkahwinan dia depan kau. In your face!”

 
Terus aku menolak tangannya. Menjelingnya tajam. “You are not helping,Tiara. But it’s okay then. Memandangkan kau ada kat sini, mana design yang terbaru tu? The new arrival ?”
 

“Autumn wedding dress yang warna putih tu? Yeah baru sampai minggu lepas. Next week baru buat promotion. Kenapa tiba-tiba kau tanya?”
 

“I buy one…”Aku duduk di sofa bersilang kaki. Selamba membalas pandangan terkejut Tiara. Melopong luas mulutnya.
 

“You…what?! For what? Don’t tell you’re up to something aren’t you?”
 

“With cash…”Hanya itu yang aku jawab. Tas tangan aku capai sebelum berhenti bila lalu disebelahnya.
 

“Don’t worry,okay? I’m not into that. As you said, it’s not worth to chase someone who doesn’t even know your existence in this world. Aku saja nak buang duit, nak tambah koleksi baju untuk diri sendiri…kau jugak nanti yang rugi. Oh,by the way. Please inform kat abang Zikry aku nak guna khidmat dia on that time aku pakai dress ni. Ingat tu.”

 
Dan rahang Tiara jatuh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience