BAB 41
Aku tiba di rumah dalam keadaan berpeluh. Habis basah lecun blouse hitam yang aku pakai kerana cuaca yang agak terik walaupun sudah menginjak pukul 6.30 petang.
“Ya Allah Kim! Kim dari mana ni? Tahu tak akak risau bila Kim tak angkat call akak? Bukan sekali akak call,berpuluh tau!”
Entah dari mana datang Amanda,aku terkejut. Baru perasaan keretanya yang diparkir di luar rumah. Jelas nada dan wajahnya yang risau. AKu terkulat-kulat dengan mata yang berkelip-kelip. Sentap hati ini mendengar suara Amanda yang sudah naik satu oktaf. Aku menunduk. Bibirku bergetar hebat.
“Sorry..Kim…Kim…Tak sengaja,…”
Amanda mengeluh dan terus memelukku.
“Shh…it’s okay honey. Akak mintak maaf sebab tertinggi suara tadi dekat Kim,akak tak sengaja. Akak Cuma risau bila Kim tak ada dekat rumah. Akak call pun Kim tak angkat. Akak singgah ofis Kim sekejap, kereta Kim tak ada”
“Batteri phone habis. Kim tak sempat nak charge.”
“Ni Kim dari mana ni? Mana kereta?”
“Masuk workshop…”Langkah Amanda yang baru aje nak masuk ke pintu utama kaku. Bulat matanya.
“Masuk workshop? Lar…kenapa tak beritahu akak atau Carl? Habis tadi Kim pergi kerja naik apa? Bas?”
Aku hanya mengangguk seperti anak kecil yang ketakutan. Bimbang Amanda naik angin pula. Terdengar wanita itu beristighfar perlahan. Makin kuat aku menggengam erat kedua-dua belah tanganku.
“Please jangan marah Kim lagi. Kim…Kim takut….”Suaraku bergetar. Bila-bila sahaja air mata akan meluncur laju.
“Okay,okay…bertenang ..tarik nafas dalam-dalam.Take it easy…take it slow. Jangan salah faham,akak tak marah okay?Jom kita masuk dalam dulu. Ni akak ada beri barang dapur. Malam ni Kim tak payah makan dekat luar. Biar akak masak.Okay?”
“Okay…”
“Here…for you”
Dengan pandangan kosong,aku mendekati benda yang panjang dan berkaki itu diletak disatu sudut mengadap jendela. Berwarna hitam putih…berkilat…tampak esklusif dan elegan.
“Sempena apa?”
“Tiada apa tapi abang memang nak bagi adik. Cuba lah main.”
Abang…adik…itu panggilan yang Carl praktikkan selepas aku terjaga dalam keadaan yang membuatkan aku tidak mahu sedar sampai bila-bila. Mimpi ngeri yang menjadi realiti. Aku bangun selepas aku sedar yang aku sedang mengalami satu lagi kehilangan. Kata Carl,dia mahu hubungan kami kembali pulih. Mahu mengeratkan kembali ikatan kekeluargaan kami yang telah dia hancurkan sebelum ini.
Sudah berulang kali dia memohon maaf dan aku juga tidak jemu untuk memaafkannya kerana aku terima segala yang berlaku kehendak ALLAH.
“Adik dah lama tak sentuh benda ni. It’s been too long…too long…”Bisikku.
“Now you will. It’s part of your life,remember? Ingat tak kita pernah gaduh pasal ni?”
Aku tersenyum kecil sebelum tersentak apabila Carl mendudukkan aku di kerusi kecil berdepan dengan keyboard yang dibelinya. Mini piano. Tidak sama dengan piano milikku yang aku tinggalkan. Jauh beza saiz dan bentuknya namun jauh disudut hati aku sangat tersentuh. Menggamit memori yang sudah lama aku tanam.
“Sekarang abang dah tak marah?’Soalku pada Carl yang duduk disebelah.
“Kalau Kim main satu lagu untuk abang dan abang suka lagu tu…yeah,maybe I’m not. Deal?”Kening diangkat.
“Tapi Kim tak ingat apa-apa.”
“Langsung tak ingat?”
Diam. Aku melarikan pandangan dari renungan Carl. Aku masih ingat..masih tahu piano bererti dalam hidup aku. Setiap hari ia menjadi kawan karib dan pendamping,menghiburkan hati yang sedang rawan.Tanpa sedar,jari jemariku sudah bergerak elok dan penuh tertib dipapan keyboard. Alunan muzik kedengaran.
“The Elegance of Pachelbell….Serenade…Kata tadi tak ingat langsung?”
“Adik tak ingat tapi tangan ni bergerak sendiri tanpa sebab. Anyway,mana abang tahu ni lagu Pachelbell? Abang bukannnya minat pun..bukan orang yang berjiwa seni! Tengok lukisan pun dah tau !”
“Amboi! Laju ya kutuk abang? Okay look memang abang tak minat and tak tahu pun tapi last week abang ada terdengar lagu ni…”
Aku terus hanyut dalam dunia ciptaanku. Alunan muziknya begitu menyentuh hati dan indah. Benarkah aku amat meminati muzik seperti ini?
“Abang dengar dekat café Kuala Lumpur. One of the most recommended café when you visit KL. Arjuna Café. Pernah dengar?”
Terus aku terhenti. Bebola mataku seakan-akan berhenti dari berkelip. Laju aku menggeleng sambil meneguk liur berulang kali. Cuba meneruskan lagi rentak melodi namun knotnya semua berterabur!
“Queen Band..Uncle Ramdan…the menu and your piano still there. Nothing changed but the whole thing just totally different. Rasa kosong…sangat”
“Kalau macam tu kita doakan yang baik-baik je untuk mereka.”
“So,apa yang adik doakan untuk mereka semua? Boleh beritahu abang?”Soalan direct Carl sekali lagi memaku tingkahku.Kali ini wajahnya aku pandang lama. Aku tidak selesa tetapi Carl cukup tenang. Pasti banyak dia belajar daripada Amanda. Kemudian,aku terus bermain dan bibir ini tiba-tiba melantunkan suara…
“I wont give up on us…
Even if the sky get rough..
I’m giving you all my love
Still looking up..still looking up”
ZUPP!
Darahku menyirap naik hingga ke urat kepala. Aku terbangun sehingga kerusi terjatuh ke belakang. Wajahku berubah pucat, jari jemari yang halus bermain juga menggigil hebat. Terpejam-pejam mata ini menarik nafas .
“Hei…are you okay? Kenapa tiba-tiba ni?”
“Hellooo….makanan dah siap! Jom makan dulu!”
Ceria suara Amanda menyentak kami berdua. Aku terus keluar. Bimbang ingatan yang sudah lama aku tanam menerjah kembali. Aku belum bersedia. Langsung tidak!
Kami makan malam dengan suasana yang normal. Adakalanya ketawa sampai nak pecah perut mendengar Amanda berceloteh. Carl tidak berhenti senyum dari tadi.Gembira aku melihat mereka berdua.Serasi.
Kalau mereka tiada,memang sunyi rumah aku ni. Jika Amanda tiada,dapur itu memang sentiasa bersih. Berkilat tidak berusik. Memang aku jarang makan. Hanya sekali dalam sehari. Itu pun aku bungkus dari luar. Jika malam aku lapar,aku akan pergi ke warung yang biasa.Sebab itu barang dapur tiada kerana aku tidak pernah beli kecuali bila terdesak sahaja.
“Bilalah abang nak rasa air tangan adik abang ni. Barang basah dah ada dah.”
Carl dan Amanda mengangkat kening sedang aku tersengih-sengih. “Adik tak reti masak.Nanti kalau adik masak,adik tahu semua orang takkan makan”Dan perlahan-lahan senyuman mereka berdua mati. Saling berpandangan. Aku hanya tayang riak selamba sambil meneruskan suapan.
“Abang mintak maaf.Abang tak patut layan adik macam tu dulu. Abang tersalah langkah”
Aku tersentak lantas menggeleng. Tetap senyum. “Jangan mintak maaf. Abang tak salah apa pun dengan adik. Adik cakap benda yang betul. Adik pernah masak,pernah rajin nak masak..dulu tapi tak ada seorang pun yang sentuh. Agaknya sebab adik masak tak sedap kot…”Ketawaku sendiri walau tiada sebarang reaksi dari mereka berdua.
“Tengok…adik cakap apa pun semua tak faham. Sebab tu adik tak suka bercakap. Lebih baik adik diam, jadi semua orang tak sakit hati!”Spontan aku berhenti makan.
Amanda dan Carl bangun lalu duduk disebelah kiri dan kananku. Mengusap bahu dan kepalaku silih berganti.
“Tak sayang bukan macam tu.Bukan tu maksud abang dengan akak. Abang nak adik abang ni sentiasa bercakap,ketawa,senyum..eveything. Macam dulu…”Mata biru Carl aku renung. Dengan suaranya yang bergetar,aku tahu dia sedaya upaya menahan perasaan.
“Then, Why are you crying?”
“No, I’m not….why I need to cry anyway?”Dia senyum pahit.
“Yes you are. Mata abang dah merah. Abang nak menangis tengok adik kan? Adik dah banyak susahkan abang,susahkan akak,susahkan semua orang? Macam tu?”Suaraku sudah naik satu oktaf. Tangan Amanda yang menggagau ditubuhku aku tepis berang.
“Kim….”
“Kenapa semua orang risau sangat dengan Kim? Layan Kim macam budak kecik?Kim dah besar okay,Kim boleh jaga diri sendiri! Abang dengan akak jaga Kim 24/7 macam takut Kim buat benda yang tak betul!”Aku meronta dalam pelukan Amanda dan sebaik saja dilepaskan,aku terus masuk ke bilik dan menguncinya. Ketukan dan panggilan mereka berdua aku tidak peduli. Bantal aku capai lantas menutup muka.
“Sayang! Mana kau nak lari??? Hahaha!”
Ketawanya meledak kuat sehingga bergema di segenap sudut rumah ini. Aku berlari selaju yang boleh namun dia lagi pantas dan cekap saja tangannya cuba meraih tubuhku namun aku sempat mengelak. Desah nafasnya keras tanda dia semakin dekat. Hairan. Dia sedikit tidak lari.Hanya tenang berjalan sedangkan aku dah basah lecun satu badan! Sibuk sangat pandang belakang,aku terlanggar sesuatu di depan sehingga jatuh terduduk. Sebaik angkat wajah,darahku kering! Dia!
“Tak..tak…tolong jangan dekat!”
Dia mara dengan senyuman jahat. Aku sudah menangis. Lelaki yang mengejar aku tadi hilang entah ke mana. Kini, dia pula yang datang! Aku mengengsot ke belakang. Tidak larat hendak bangun.
“Tolong…tolong jangan kacau lagi. I dah janji I akan pergi jauh dari hidup you. You boleh percayakan i…please…just go!”
Teriakku namun dia cuma ketawa sebelum menarik tanganku sehingga aku terbangun. Tak semena-mena dia mula mengheretku dan aku sudah tahu ke mana dia membawaku.
“Jangan buat I macam ni,please…I takut! Tolong…tolong!!!”Kepalaku terteleng kiri kanan kerana cuba mengelak dari pancuran air tersebut. Dia cuba melemaskan aku! Kemudian aku terdengar beberapa suara yang riuh. Tubuhku dipeluk dari belakang.
“Kim..Kim…bangun! Bukak mata tu!”
“Let me go!!!Pleaseee….just leave! Let me go!”
Aku terus meronta-ronta dalam dakapan seseorang itu sambil menjerit minta dilepaskan.
“Amanda,tutup air tu dan tarik shower tu dari tangan dia! Bangun adik! Adik Cuma mimpi!”
Aku pekup telinga. Tak mahu dengar. Aku tahu suara-suara itu cuba menghasut. Tangan dan kakiku dipegang kuat. Tiada lagi bunyi air dan percikannya yang buat aku lemas. Tiba-tiba alunan suara yang lembut dihembus ke telinga.
Serentak itu rontaanku semakin lemah. Aku menangis tanpa suara. Membiarkan Carl dan Amanda yang melakukan semua. Aku dengar Carl mengarahkan Amanda supaya memandikan aku. Amanda membuka baju dan membawaku ke bilik air. Kemudian,dia juga menukar pakaianku sebelum meribaku di pahanya. Rambutku diusap seperti anak kecil.
“Shhh,,Pejam mata Kim. Tidur lah walaupun sekejap. Akak dengan abang ada. Jangan risau takkan ada sesiapa yang kacau Kim lagi. Kim tidur okay and everything will be fine”
Aku menggeleng “Kim taknak tidur. Kim takut. Kalau Kim tidur nanti dia datang lagi”
Tiba semula di tempat kerjaku,aku terus duduk sambil memicit dahi. Tertekan. Baru aku mahu bertenang,tiba-tiba saja satu hentakan kuat dimeja buat aku mendongak kepala. Terus aku bangun sambil menunduk hormat.
“Selamat pagi Cik Munirah…Ada apa-apa yang saya boleh bantu?Soalku lembut sedangkan anak tekak macam nak tertelan pun ada kerana aku sudah menjangkakan letusan berapi akan meletup kejap lagi. Beberapa pasang mata yang sama tingkat dengan aku sudah tertoleh-toleh ke arah kami.
“Dah tak payah nak cover kes tadi. Ingat i tak nampak ke apa yang jadi kat kaunter tadi?I nampak semuanya lah so tak payah nak berlakon!”Jerkahnya dengan mata yang membuntang. Aku pejam mata. Nyaring sungguh suaranya. Mcam nak tercabut telinga
“Saya tahu saya salah. Maafkan saya. Saya boleh beri jaminan yang perkara tu takkan berlaku lag”Terjuih bibir mengejek jawapanku.
“Takkan berlaku lagi konon. Huh! Ini bukan sekali dua you buat masalah tapi dah banyak kali sampai you sepatutnya kena ambil tindakan disiplin. Jammed kat kaunter tadi sebab you punya pasal lah! Takkan nak layan karenah customer pun susah?!”
“Tapi itu bukan skop kerja saya Cik Munirah…”
“Ouh..menjawab,menjawab! Ingat sikit ya you tu pekerja bawahan je kat sini atau dengan kata lainnya you kerja bawah kaki i! Apa-apa yang I suruh you buat itu satu arahan dan you kena ikut! Dah sekarang ni I nak you buat kopi lepas tu letak kat bilik i. I ada klien kejap lagi”
Ketika itu juga pembancuh minuman,Kak Lily,kebetulan lalu didepan kami.
“Eh tak apa Cik Munirah biar saya yang buat. itukan memang kerja saya”
Terus jelingan maut dihadiahkan tepat pada Kak Lily. Tertunduk dia kerana ketakutan.
“Siapa yang lebih besar kat sini? Saya ke Kak Lily? Ada saya suruh Kak Lily yang buat? Tak sedar diri ya…apa kata Kak Lily pergi buat kerja Kak Lily sendiri. Jangan sibuk jaga tepi kain orang!” Dengusnya kasar. Buruk betul aku melihatnya namun aku sabarkan hati. Sempat dijelingnya aku sebelum masuk ke bilik. Sejurus selepas itu terdengar bisikan dari staf yang lain. Tak kurang juga yang ketawa sinis.
“Orang kalau dah pelik,macam tu lah orang layan!”
“Cantik tapi sayang..pelik! Tengok tu dah kena marah depan orang ramai pun muka tak ada rasa,tak ada perasaan!”
Kaki terus menuju ke pantri. Tak ada perasaan? Ya,memang benar. Perasaan aku dah lama mati.
Aku hanya menunduk. Hujung jari kaki yang kelihatan aku renung.
“What are you both thinking?? Tak malu ke bila ada orang buat report tentang attitude awak berdua sampai ke HR??!”Lantang suaranya tetap buat aku beku namun aku sedikit tidak berani mengangkat muka.
“ I cuma jalankan tugas I,Tan Sri…”Tan Sri Yunus merenung Cik Munirah dan aku silih berganti.
“Apa maksud you jalankan tugas you kalau sampai ada orang buat report pasal you??!”
“Masalahnya Tan Sri bukan I seorang je tapi tanya lah manusia yang dekat sebelah I ni. Diam aja dari tadi macam dia tak ada buat salah !”
“Saya..saya cuma buat apa yang disuruh Tan Sri. Itu aje”
“Alasan! Jangan percaya apa yang dia cakap Tan Sri. I dah kerja kat syarikat ni hampir 5 tahun dah tapi tak pernah sekalipun ada staf yang bermasalah macam ni. I’ve told you before, she’s not fit for our company.”
Aku diam. Tiada hati mahu mempertahankan diri. Bukan sekali dua Cik Munirah mencari pasal denganku. Sudah banyak kali dan dia tidak akan berhenti selagi aku tidak keluar dari syarikat ini. Aku tidak tahu kenapa dia terlalu membenciku. Berbeza layananya dengan staf yang lain. Memang jika nak dibandingkan dengan jawatan,dia lebih tinggi dariku namun bukan dia yang layak menilai hasil kerjaku kecuali Tan Sri Yunus.
“We will get through into that but the most important things right now I just want to know know what is she doing down there? Dekat bahagian admin? Kim,could you please explain everything?” Riak wajah tidak segarang tadi namun keras nada suaranya membuat aku meneguk liur. Itu belum lagi jelingan berapi wanita itu. Jari jemariku kembali bermain sesama sendiri.
“Saya…saya yang offer diri saya Tan Sri sebab saya kesian tengok Wawa terkial-kial jaga dekat bawah.”
“Haa Tan Sri sendiri dengar kan apa dia cakap? Dia sendiri yang tinggalkan kerja dia sebab nak turun kat bawah tu. Tolong lah sangat! Entah dia tolong apa pun I tengok sampai jammed kat bawah tu..customer marah-marah sampai buat report! Itu belum lagi dekat site! Sepanjang I kerja kat sini, ni first time tau syarikat kita terima aduan.”
Laju dan lancar betul Cik Munirah berkata sampai terjuih-juih bibir. Apa maksud dia aku tinggalkan kerja aku? Aku dipaksa dan diarahkan sedangkan Ia bukan skop kerjaku. Bukan kehendak aku.
Tan Sri Yunus mengeluh sebelum bersandar di kerusi empuk miliknya. Lama dia merenungku. Renungan penuh kekesalan. Mulutku terbuka mahu berkata namun ia bukan gayaku kerana tiada siapa yang akan percaya.
“You sedar tak apa yang you baru lakukan? You tinggalkan kerja you sebab nak tolong benda yang tak sepatutnya you tolong! Itu bukan skop kerja you dan itu bukan sebab utama I bayar gaji you dekat sini!”
“Saya mintak maaf Tan Sri. Saya janji perkara tu takkan berlaku lagi”Janjiku polos.
“Sikit sikit maaf,sikit sikit maaf nanti buat lagi! Tan Sri sepatutnya bagi warning or notice dekat Kim ni sebab tu dia berani pijak kepala kita macam sekarang ni. Haisshh,tak tahu lah apa I nak cakap lagi. She’s too much!” Cik Munirah bangun dan melangkah keluar. Sengaja dia berhenti disebelah ku dengan jelingan berapinya. Aku hanya membalas renungannya tanpa sebarang reaksi namun tubuhku dari tadi sudah menggigil.
Tangan terketar-ketar kerana bimbang apa tindakan Tan Sri Yunus selepas ini. Dia banyak membantuku dan dia juga yang menerima aku kerja disini sedangkan aku langsung tiada kelayakan yang sesuai. Pasti dia kecewa.
“Saya…saya terima apa jua keputusan Tan Sri selepas ni. Saya tahu saya salah. Saya tak buat kerja saya sebab nak tolong orang lain sampai saya tak dapat siapkan kertas kerja untuk projek di Kulim. Apa yang Cik Munirah cakap tadi semuanya betul. Saya tak sepatutnya kerja disini. Saya tak layak..”
Keluhan yang sangat panjang. Sepanjang aku kerja disini,semua orang tahu Tan Sri Yunus tidak pernah mengeluh dan aku semakin pasrah jika dia mahu mengenakan apa-apa tindakan terhadapku.
“Sejak you kerja dekat sini,ayat tu tak pernah lepas dari mulut you sendiri. Tak confident,selalu rasa rendah diri dan selalu sangat salahkan diri dengan apa yang berlaku. Kim,I tahu apa yang berlaku sebenarnya.”
Tan Sri Yunus tersenyum lebar. Satu senyuman yang hampir menjernihkan sepasang mataku. Senyuman seorang ayah yang sangat aku rindui. Mirip senyuman daddy. Sungguh aku terasa begitu dekat dengannya sejak bekerja disini.
“Tiada siapa akan percaya saya Tan Sri…”
“I percaya dan I tahu sebab I sendiri nampak apa yang Munirah buat dekat you selama ni. Kim,dengar…I ambil you bekerja disini sebab I tahu you berbakat,you kreatif. Buktinya,dah tiga proposal you buat,you berjaya dapatkan projek untuk kita dan itu satu pencapaian yang you sendiri patut bangga.”
Bibir aku ketap. Terselit rasa terharu dan syukur. “ Terima kasih Tan Sri sebab percayakan saya. Saya akan ingat dan hargai setiap patah kata yang Tan Sri beritahu saya”
“I harap you teruskan prestasi you dan lupakan apa yang berlaku. Jangan risau,lepas ni I akan pantau kalau Munirah buat sesuatu yang diluar kerja dia terutamanya bila dia sesuka hati keluarkan arahan dekat you. Okay,you boleh sambung kerja. All the best!”
Aku bangun mengucapkan terima kasih dan mula melangkah. Tiba di muka pintu,Tan Sri Yunus bersuara.
“Kim…kalau ada masalah,you boleh share dengan kawan atau pun dengan I sendiri. I dah anggap you macam anak I sendiri. Tak salahkan kalau seorang nak berkongsi cerita dengan ayahnya?”
Dan aku senyum manis. Berkelip kelip mata ini tanda senang dengan perlakuannya. Sama seperti daddy. Sentiasa menenangkan…
Seperti tiada apa-apa yang berlaku,aku kembali sambung kerja ditempatku. Mereka yang lain juga melakukan kerja masing-masing dan itu sudah memadai bagiku. Cuma Wanie dan geng gosipnya saja sedang berkumpul.
“Habis tu kau tak jadilah dengan pakwe kau tu? Tak jadi kahwin?”
“Siapa yang taknak Wanie kahwin dengan lelaki yang kau cinta separuh mati yang kau sayang..lagilah aku kenal dia dari zaman sekolah lagi. Tapi masalahnya tu lah…parents dia….”Keluh Nora yang merupakan pembantu Cik Munirah. Patutlah dia berani datang lepak macam ni. Si singa tu tak ada rupanya. Menangis dalam bilik air mungkin.
“Hmm tulah kau. Kawan lagi dengan anak Datuk!”
Ketukan jari jemariku di keyboard terhenti. Tiba-tiba telingaku berdesing mendengar omelan Wanie itu.
“Manalah aku tahu Wanie benda ni boleh jadi macam ni. Aku ingatkan semuanya okay bila dia kenalkan aku pada ibu ayah dia. Nak beritahu yang kami memang serius dengan hubungan ni dan dia sendiri setuju nak melamar aku tapi parents dia…..entahlah. Aku tak tahu nak buat apa lagi”
“Kau sepatutnya sedar diri Nora dengan siapa kau berkawan…latar belakang family dia je boleh buat masuk press conferences. Tu belum lagi asal keturunan dia,syarikat dekat semenanjung,brunei lagi. Aku bukannya apa,bukan aku tak sokong tapi nak dibandingkan dengan keluarga dia tu,kau dengan dia mcam langit dengan bumi. Jauh beza dan tarafnya dengan kau.”
Fokus ku sudah ke lain. Aku cuba bertenang,cuba membiarkan kata-kata Wanie untuk tidak singgah masuk ketelinga namun ia seolah terus meresap masuk sehingga ke dasar. Baru aku nak kembali meneruskan kerja,bahuku disinggul.
“Apa pendapat kau Kim? Maksud aku,kalau jadi kat kau macam mana?”
“Saya? Err…tapi….”
“Oh come on lah…kau kan ada pengalaman . I means,kau pernah berkahwin kan? Mesti kau ada tips or something that useful to move on…to keep forword until now” Wajah Wanie dan Nora aku pandang silih berganti. Mereka sebayaku namun aku dikatakan banyak pengalaman kerana status?
Memang statusku sebagai Janda ketika memohon kerja disini. Aku tidak mahu sesiapa mendekatiku hatta sebagai kawan sekalipun. Seboleh mungkin aku cuba menjarakkan diri daripada rapat dengan sesiapa. Biarlah mereka anggap aku pelik dan antisocial. Aku selesa begini.
“Kau berpisah dengan ex husband kau sebab apa?”
Aku terkejut. Tidak bersedia dengan soalan seumpama itu. Aku lihat Nora menepuk bahu Wanie tanda tidak senang dengan soalan itu. Aku rileks sedang hati sudah lama bergolak.
“Tak ada jodoh”
“Alah klise lah alasan kau tu,Kim. Mesti ada sebab kan? Sebab kenapa korang dua bercerai? Kau hotstuff kot dekat sini,cantik,lawa,vogue…takkan lah lelaki kau tu gila nak lepaskan kau macam tu je.”
Aku tersenyum nipis. Klise? “Memang kami tiada jodoh. Lagipun jodoh bukan titik letaknya tempoh jodoh seseorang itu,kan?”
“So, macam mana kau dengan dia dulu? Standard,setaraf..dari segi duit,education background, career maybe? Come on there must be a reason. Semua pasangan yang bercerai mesti jawab takde jodoh punya. Macam artis melodi tu semua. Klise sangat! Kau bukannya artis pun..masuk tv pun tak pernah tau”
“Wanie,dah lah tu! Malulah cakap kuat-kuat nanti orang dengar tau. Isu sensitif kot mana boleh sesuka hati nak tanya…suka-suka nak share. Maaflah Kim,Nora bukannya apa tapi Nora tertekan sangat dengan keadaan sekarang. Cuma sebab Nora orang biasa,dari keluarga yang biasa-biasa,study pun sampai diploma,tu yang sampai atas bawah parents dia pandang Nora masa dinner tu. Hebat akademik adik beradik dia sampai rasa kerdil sangat.Tu belum lagi parents dia asyik riuh pasal aset yang keluarga diaorang pegang.”
“Takkan cinta monyet kau tu tak cerita awal-awal pasal semua ni? Pasal penerimaan keluarga dia?”Soal Wanie lagi. Makin bertambah keruh aku tengok muka Nora itu. Jelas kelukaan diwajahnya. Satu reaksi yang sepatutnya ada pada aku dulu tapi malangnya aku terlalu angkuh dan langsung tidak sedar diri.
“Cerita tapi….”
“Dah tu?? Hish kau ni…peninglah layan cerita korang ni!”
“Hmm….tapi dia ada ajak aku kahwin lari…kau rasa patut tak?”
Rahang panjang Wanie terjatuh. Terbatuk kuat dia dengan pengakuan berani mati Nora.
“Nora,don’t!”Aku genggam dan goyangkan tangan kanan Nora tanda mahu dia sedar. Jerih matanya merenungku.
“It’s not the right thing and it wont settle down your problem,Nora. You..both of you just make things getting worst so don’t do it,ever! Jangan belakangkan parents awak,same goes to him. His family. It won’t change anything if you guys do those things,trust me.”
“Tapi…”
“Fight for your love with respect and put all of it to ALLAH. Serahkan semua pada DIA. DIA lebih tahu.”
Mulut Wanie melopong luas,Nora pula tergamam.
“Akhirnya kau bercakap juga lebih dari satu perkataan,Kim. Ada kemajuan, hari ni aku belanja kau teh tarik!”
Menunganku diganggu oleh satu objek yang melantun tepat jatuh ke kakiku. Sebiji bola berwarna warni bergolek tidak jauh dari tempatku duduk. Baru aku nak capai satu suara halus menyapa yang tidak aku faham butir bicaranya. Budak kecil yang aku agak umurnya lebih kurang 3 tahun. Terkedek-kedek berlari menghampiriku.
“Hai…”Aku melutut sambil menghulurkan bola tersebut. Bulat matanya…rambut ikal mayang…pekat berwarna hitam. Begitu juga dengan anak matanya yang galak sehingga aku terpegun. Dia tersenyum malu bila tangan kami bersentuhan.
Matanya….sangat cantik!
“Cari apa? Cari ni ya?”Aku cuba memancing perbualan dengannya walauku tahu dia tidak mengerti. Namun anggukannya cukup buat aku tersenyum lebar. Alangkah indahnya menjadi kanak-kanak. Hanya gembira, berseronok dan menangis tanpa masalah.
Namun yang buat hatiku tersentuh apabila mengingatkan anakku yang sudah menungguku di syurga. Jika dia ada, pasti setiap hari aku akan membawa dia ke sini. Menghabiskan dan menghargai waktu bersama untuk melihat dia membesar.
“Firdaus!”
Kedengaran suara halus seorang wanita dengan nafas yang mengah. Pasti ibunya mencari. Ketika itu juga aku terus membiarkan budak kecil itu mengambilnya dari tanganku. Kuat dia peluk seperti takut akan hilang lagi. Dia tidak menoleh kepada ibunya sebaliknya dia mendekatiku yang masih melutut. Dan tanpa aku duga, dia mencium pipiku sebelum berlari anak ke dakapan ibunya.
Aku tercengang. Memegang pipi kananku sebelum menoleh kea rah dua beranak itu. Ibunya berjubah dah berniqab. Cantik. Hanya matanya sahaja yang ku nampak. Patutlah anaknya comel. Aku mengangkat tangan namun tiada balasan dari wanita itu. Bulat matanya memandangku.
“Ada apa ya? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke? Ke muka aku ni nampak macam penculik?”Aku dah cuak.
Mahu bertanya secara dekat aku sudah tidak keruan. Aku terdengar dia bercakap sesuatu namun aku tidak dengar kerana dilindungi dengan niqabnya. Melihat dia semakin dekat,terus aku membuka langkah. Tidak menoleh lagi. Dalam pada aku hairan dan gelisah, masih terasa hangat ciuman budak kecil itu.
Satu ciuman dari syurga yang tidak aku miliki sehingga kini kerana kekhilafanku sendiri. Kenapa hari ini terlalu banyak perkara yang berlaku berkaitan dengan masa lampau yang aku tidak mahu ingat lagi?
Utk bab seterusnya, ada satu part yg HZ ceritakan dekat prolog.. Bersedia ya… Lama kita senyapkan dia… haha…
Share this novel