BAB 57

Romance Completed 199367

BAB 57

“Kim takut….”Hanya itu yang aku mampu kata selepas hampir 30 minit Tengku Zariel memakir keretanya di garaj. Rumah agam yang tersergam indah itu sikit aku tidak pandang. Kehadiran kami masih tidak dikesan oleh Pak Man dan dua orang pengawal ‘Kacukan’ yang masih setia bekerja disini. Mereka hanya menyedari Tengku Zariel tapi tidak sedar aku turut berada di dalam kereta BMW i8 miliknya.

Tak tahu lah kali ke berapa Tengku Zariel dan keluarganya bertukar kereta. Tak silap aku mereka bukan jenis yang beli kereta untuk menambah koleksi. Mereka akan jual dan beli baru. Aku kerja seumur hidup pun belum tentu aku mampu untuk membelinya.
“I thought I was ready but I’m just too afraid…”
Tengku Zariel memaut bahuku agar menghadapnya. Dia mengusap rambut dan pipiku berulang kali.
“Abang ada. Abang tahu Kim takut sebab rumah ni banyak tinggalkan kenangan buruk dalam hidup Kim dan abang nak padam memori tu. Sebenarnya Kim dah sedia tapi Kim Cuma takut. Mama betul-betul nak jumpa Kim…”
“Tapi…”
“Abang ada. Percaya abang, ya?”
Akhirnya aku mengangguk sedangkan dalam hati usah di kata bagaimana lajunya degupan jantung ini berjalan. Setiap sudut rumah itu berlumba-lumba masuk ke fikiranku, cuba membuatkan aku teringat ‘kesakitan’ yang aku alami disini namun genggaman erat dan senyuman Tengku Zariel berjaya ‘menarik’ku kembali.

Mata tunduk memandang karpet import yang tebal. Aku tarik nafas sedalam-dalamnya,aku menghulurkan tangan bersama gigilan. Aku tahu dia takkan menyambutnya. Jijik dan kotor denganku.
“Apa….apa…apa khabar,Puan Sri? Puan Sri….err,si…sihat?”
Puan Sri Tengku Wahida menggerakan kerusi rodanya rapat sehingga lutut kami bersentuh. Makin kuat aku menggigil. Bimbang apa yang bakal dia lakukan. Teringat kali terakhir dia menyentuhku adalah tamparan yang hinggap di wajah ini. Aku pejam mata bila melihat wanita itu mengangkat tangan,tidak sanggup untuk melaluinya kali kedua.

Dan…. aku menahan nafas melihat dia menyambut huluranku.Sebaik aku mencium tangannya,dia terus memelukku bersama esakan halus.Aku terpempan.
“Maafkan mama,Kim. Maafkan mama! Mama dah banyak buat salah dekat Kim. Mama buta untuk menilai yang mana satu intan,kaca. Apa yang Kim buat semua tak betul di mata mama”
Air mataku menitis terus menitis tanpa dapat ditahan. Walau aku masih terkejut dengan tindakan wanita itu, namun lirih suaranya buat aku sebak.
“Puan Sri…Puan Sri tak salah apa-apa pun pada saya. Saya yang salah. Saya banyak berdosa dekat Puan Sri ,dekat Tok Ayah,Pak Long…tolong,tolong ampun kan saya…”Aku duduk melutut dan memeluk kakinya bersama esakan pilu. Dia berhak membenciku kerana kesalahanku. Kononnya aku datang sebagai penyelamat sedangkan aku mastermind dari mulanya. Aku berjaya memalitkan arang di golongan kerabat diraja ini kerana memecah tradisi keluarga ini.
“Ya Allah..jangan macam ni,nak…”Tegahnya sambil meleraikan pautan dikakinya. Dia memegang wajahku,menggeleng.
“Walau seteruk mana pun kesalahan Kim,mama tak boleh menghakimi Kim sebab mama tak layak Mama tahu tKim buat semua ni sebab Kim cintakan Ariel. Kim cuba jadi isteri yang baik,menantu yang baik dengan cuba ambil hati mama tapi mama tak pernah pandang semua tu. Apa yang mama mahukan Cuma nak sakitkan hati Kim dan pergi dari sini.”
Aku terangguk-angguk bersama senyuman .

“Saya faham,saya tak pernah benci atau berdendam dengan Puan Sri. Puan Sri berhak. Bukan sikit kesalahan yang saya lakukah tapi terlalu besar. Saya dah conteng arang pada keluarga ni.Tolong Puan Sri…tolong ampunkan saya. Saya mohon”

Tangannya aku cium. Lama. Harumannya sama seperti mama. Ya Allah..sungguh aku rindu.
Puan Sri Tengku Wahida menyentuh ubun-ubunku sebelum mengucupnya. Semakin kuat esakan kami.
“Mama akan maafkan kalau Kim juga maafkan mama . Dan jangan sesekali panggil ‘Puan Sri’ lagi. Kim menantu mama. Bukan orang lain,bukan orang luar. Mama yang nafikan hak itu sedangkan Kim layak….Mama tak sangka mama memiliki seorang menantu yang baik hatinya,yang suci. Kenapalah mama buta selama ni? Sanggup biarkan Kim seorang diri dekat 2 tahun. Mana Kim pergi,hmm? Kenapa Kim menyerah terlalu awal?”Pipiku ditamparnya lembut.
Linangan air mata masih tidak segan silu mengalir. “Kim dah penat,mama. Kim dah penat…Dan Kim malu dengan diri sendiri lepas semuanya terbongkar. Bila Kim balik,Kim tekad nak dapatkan kemaafan dari mama. Kesudian mama maafkan Kim beri sejuta makna dalam hidup Kim. Terima kasih…”
“Mama tak rasa mama layak maafkan Kim sebab Allah dah hukum mama atas apa yang mama dah buat. DIA buat mama tersedar yang hanya DI A saja yang layak menghukum hamba-hambaNYA. Juga menyedarkan mama anugerah terindah didepan mata mama ini…”Ujarnya dengan air mata yang mencurah-curah. Puan Sri Tengku Wahida mengucup dahiku dan sekali lagi memelukku.
Aku mendongak ke atas. ALLAH…Syukur padaMU…

“MAMA lumpuh separuh badan. Izal pulak …kedua-dua kakinya…patah…. Mereka kemalangan dalam perjalanan ke Kedah…”

Bebola mata Tengku Zariel mencariku. Sesekali dia berpeluk tubuh bersandar di balkoni biliknya. Aku pula berdiri di sudut hujung,mendengar. Selama ini aku hanya mendengar tanpa melihat dengan mata kepaku sendiri keadaan mereka.
“Untuk jumpa Kim. Izal tahu Kim ada di Alor Setar,dia berkeras nak kesana nak bawak Kim semula ke sini. Abang tak ada dengan mereka masa tu. Sampai hospital je,doktor beritahu keadaan mama dengan Izal kritikal.”
Aku mengusap pucuk hidungku yang terasa pedih. “Harith beritahu yang mama dengan Izal bergaduh disebabkan Kim.Dia betul. Kalau Izal tak pergi cari saya, mereka takkan kemalangan sampai teruk macam ni”
Tengku Zariel mengusap kepala dan belakang tubuhku berulang kali. Menarikku rapat.
“Kim… Ada lagi satu perkara yang Kim perlu tahu. Abang tahu Kim…mungkin tak akan maafkan abang dan Kim akan bencikan abang”
Suasana hening seketika. Aku seakan-akan dapat mengerti apa yang cuba disampaikan suamiku. Di ruang mata Tengku Zariel lagi,aku sudah tahu.
“Ya, memang betul Izal dapat tahu Kim berada di Kedah. Dia berkeras nak ke sana bila dapat tahu mama…..mama yang….” Air mata Tengku Zariel laju meluruh membasahi pipinya.
Mataku turut berkaca kerana aku mengerti satu kenyataan yang pedih terlalu perit untuk diungkapkan.
“Mama yang beritahu dekat arwah daddy dengan mama tentang perkahwinan kita sampai mereka bergegas terus ke Malaysia untuk jumpa Kim.” Dia sudah teresak-esak sambil menunduk. Aku mengetap bibir saat Tengku Zariel memegang dadanya . Sakit. Pedih.

Aku?

Memeluk tubuhnya yang sudah melurut jatuh ke bawah bersama tangisan. Aku tahu….memang ada sebab kenapa daddy dan mama pulang ke sini tanpa memberitahuku sedangkan tiada perancangan mereka mahu ke sini selepas menunaikan umrah.
“Kim tahu…Kim tahu dari awal lagi kedatangan daddy dan mama ke sini pasti bersebab. Tapi lambat laun, mereka akan tahu juga Kim tak salahkan abang atau mama…sebab Kim punca semua ni berlaku. Sampai sekarang, Kim tak sanggup nak bayangkan betapa kecewanya mereka bila dapat tahu satu-satunya anak tunggal perempuan mereka buat kerja terkutuk tu. Kim…”
Kata-kataku terhenti saat Tengku Zariel meleraikan pelukan kami,lantas wajahku dipegang dengan kedua belah tangannya. Sepasang mata itu merah dipenuhi mutiara jernih.
“Tak,sayang.Kim..cuma tersilap langkah. Begitu juga dengan abang, keluarga abang. Abang gagal jadi seorang anak dan suami. Apalah hak abang untuk balas semua tu pada Kim. Apa yang abang dapat? Kepuasan?”
“Abang…jangan lah kita cakap pasal ni lagi. Kim terima itu takdir yang Allah dah tentukan untuk Kim. Kalau bukan daddy dengan mama tahu dari orang lain, mereka akan tahu juga. Apa yang Kim terkilan cuma satu. Kim tak sempat minta ampun dengan mereka. Tapi apa yang penting sekarang kita doakan kesihatan mama. Doktor kata mama ada harapan untuk sembuh,berjalan macam biasa. Dia perlukan sokongan kita,abang…”Suaraku lembut cuba memujuk hatinya yang turut berduka. Tak terbayang aku bagaimana Tengku Zariel uruskan semuanya seorang diri.
“Kim tahu…abang bersyukur sangat bila tengok isteri abang masih hormat mama dan layan mama baik walaupun mama sendiri sama macam abang dulu.Tak peduli kewujudan Kim kat rumah ni,malah abang letak Kedudukan Kim lebih teruk dari orang gaji! Kim nak tahu kenapa abang panggil Kim bidadari abang?”
Aku menggeleng. Sekadar memberi renungan ingin tahu dan sesungguhnya aku terbuai setiap kali dia bersuara. Tak tertanggung rindu di dada jika tidak mendengar suaranya dalam sehari. Gila! Ya,aku gila dengan suamiku sendiri! Muahehe…
“Kim bukan sahaja cantik pada luaran tapi juga pada hati. Kim memiliki sekeping hati yang sukar dimiliki atau dirampas oleh sesiapa pun. Ramai yang menyayangi dan merindui Kim sampai abang cemburu. Kadang – kadang abang terfikir…apa lebih gadis ini,apa kurangnya aku..aku memiki segalanya tapi dia? Hanya menggunakan kecantikan dan kelincahannya untuk memperdayakan dan memikat hati orang lain. Ya,mereka terpikat,terjatuh dan terkulaibukan dengan kecantikannya tapi kebaikan hatinya. Suci,jujur dan telus…itu Nur Elliena Kamelia,bidadari syurga abang…”
Tak dapat aku menahan mutiara jernih yang membanjiri kelopak mata. Terharu. Tersentuh dengan kata-katanya yang indah. Lelaki yang pernah membenciku,kini mengungkapkan ayat yang membawaku ke langit ke tujuh. Indah.
“Abang..cukup…abang terlalu memuji sedangkan Kim layak terima gelaran tu”
“Tak cukup dan takkan pernah cukup. Tak ada kelayakan sebab abang dah pegang dan kunci hati Kim…”
“Ouh, Ya Allah….you such a sweet talker…berani nak ambil gelaran tu dari Kim, ya?”Usikku sambil menarik pipinya.

Dia tergelak kuat. Kembali memeluk dan mencium ubun-ubunku. Seperkara yang aku tahu tentang Tengku Zariel,dia suka benar mengucup dan menghidu rambutku.
“Kenapa abang suka buat macam ni? Cium rambut Kim?”
Tengku Zariel berhenti dan mencari wajahku. “Kenapa,sayang tak suka?”
“Suka. Apa saja yang abang buat Kim suka. Saja tanya…pelik…”
Senyuman manis setia dibibir merahnya.

“Abang suka sentuh,usap,cium rambut Kim...lembut dan wangi.”bisiknya nakal lantai mengusap dan membelai rambutku
“Abang…Kim nak simpan mahkota ni cuma untuk abang lihat,sentuh. Kim tak nak bagi orang lain tengok. Abang bagi Kim masa eh. Kim dalam perjalanan kea rah itu…”
“Abang tahu ,abang akan bantu Kim. Abang sendiri banyak kekurangannya. Siapa kita masa lampau tak penting sebab yang penting adalah siapa kita pada masa sekarang. .
Kami berdua saling berbalas senyuman sebelum suara garau seseorang memberi salam. Kami tersentak sebelum wajahku berubah.


“Ini ke menantu sulong Ida? Allah….cantiknya. Pandai Ariel pilih….”
“Amboi…putih melepak isteri Ariel ni. Tertelan susu satu kotak ke?”
Aku dan Puan Sri Tengku Wahida saling berpandangan sebelum tergelak sopan. Nak ketawa kuat-kuat tak elok dalam majlis sebegini. Penuh rumah agam ini dengan keluarga dan sanak saudara Tengku Zariel. Dulu kami diperkenalkan dalam suasana yang cukup memalukan sampai aku merayu-rayu pada Tengku Zariel kelmarin kerana tidak mahu hadir ke kenduri kesyukuran dan doa selamat ni. Sebabnya cuma satu. Malu.
Namun penerimaan mereka sangat luar biasa. Seoalah-olah aku dilahirkan semula ke bumi tanpa noda fitnah. Lebih-lebih lagi dengan kehadiran Iman Herman dan keluarganya yang lain. Aku juga mohon maaf kepada orang tuanya terutamanya kepada ibu Iman yang aku bersikap kurang ajar dulu. Terkebil-kebil juga aku saat wanita itu memelukku seperti anaknya sendiri. Syukur kerana mereka tidak pernah berdendam dengan aku.
“Kamu ni mesti ada darah kacukan kan? Hari tu masa nikah tak sempat Mak Long nak tanya. Kamu pun satu Ida…kenapa tak buat awal-awal majlis sanding dengan kesyukuran ni? Dah dekat dua tahun baru nak buat. Sibuk sangat ke kamu dua ni?”
Aku hanya mampu tersengih dengan bebelan Mak Long yang merupakan kakak ipar arwah Tengku Qalesh.
“Ariel yang berkeras tak nak buat dulu Mak Long. Sepatutnya memang nakbuat selepas sebulan kami nikah tapi silap Ariel sendiri,tu yang terpaksa tangguh”Ujar Tengku Zariel yang datang sebagai penyelamat kerana aku tidak tahu bagaimana mahu berterus terang kerana hanya kami yang tahu dibalik keadaan yang berlaku pada waktu itu. Percayalah, aku tidak pernah berasa lega walaupun semuanya sudah beransur pulih. Perasaan malu dan serba salah masih menebal sehingga kini.

Dia duduk melutut disebelah kiri mamanya,aku pula dikanan. Mengerti apa maksud tersiratnya.
Mak Long menggeleng. “Tak kisah lah asalkan kamu ingat tanggungjawab masing-masing. Apa yang jadi dulu kita lupakan. Tutup cerita lama,bukak kisah baru. Hmm…sedap pula lauk catering yang kau amik ni Ida. Sekejap,nak tambah lagi”Gumamnya dengan mulut yang penuh sebelum bangun mendekati buffet yang terhidang. Pecah lagi ketawa kami.
“Mak Long memang macam tu. Banyak cakap dan suka bebel. Boleh cair taik telinga kalau dengar lebih dari sejam!Patutlah Pak Long tu setiap hari check darah tinggi”Sampuk Tengku Zariel sebelum dia menyeringai ksakitan bila mama memulas telinganya.
“Amboi,mulut…! Sedap mengata orang eh. Dengar dek Mak Long nanti,bukan tahi telinga yang cair,dengan telinga kamu sekali hilang!”
Aku tersenyum senang. Kemesraan mereka mengingatkan aku pada arwah daddy dan mama. Alangkah bahagianya jika mereka masih hidup. Pasti mereka akan berada disini. Fikiran ku melayang bila Tengku Zariel menyentuh tanganku yang berada di ribaan mama.
“Mereka tengah melihat. Percayalah…”
“Mereka sangat bertuah memiliki Kim sebagai anak. Sayang,mama tak sempat bertemu dengan orang tua Kim disebabkan sikap pentingkan diri mama sendiri. Mama betul-betul menyesal,Kim. Kalaulah….”
Aku cepat-cepat bersimpuh didepan Puan Sri Tengku Wahida,mengesat air mata yang mula bergenang di pelupok matanya. Aku tersenyum. “Ma…berhenti salahkan diri. Kim tahu susah mama nak lupakan sebab Kim sendiri kena kumpulkan kekuatan untuk teruskan hidup tanpa orang tua Kim disisi lagi. Tapi apa yang Kim tahu, Kim bukan seorang diri. Kim ada Carl, Amanda dan keluarganya,Ariel…dan sekarang Kim ada mama.”
Puan Sri Tengku Wahida tersenyuman dalam tangisan. “Pasti mereka juga sama macam Kim. Mama tahu mama takkan mungkin dapat ganti tempat mereka..sampai bila-bila tapi Kim beri mama peluang ya sayang?”
Aku tersenyum lirih sambil menyembamkan wajahku di ribanya. Suasana yang agak bising tadi tetiba bertukar sayu. Sebenarnya,sedari tadi aku tidak dapat menahan perasaan sebu yang berkumpul didada namun jauh dari sudur hati,aku sangat bersyukur dengan penerimaan keluarga Tengku Zariel. Mereka tidak terlalu mengikut tradisi knonnya perkahwinan perlu berlaku dikalangan kerabat. Mereka sangat peramah dan rendah diri.
“ Kesudian mama terima Kim dah cukup bagi Kim malah lebih dari cukup. Kim tak minta lebih tapi Kim harap mama sudi jadi mama Kim…”
Berair sudah hujung mata tua itu. Mama memaut daguku dan mengelap titisan air mata yang membasahi wajah. Mata Tengku Zariel juga merah.
“Mana boleh. Kalau mama abang jadi mama Kim,kita ni adik beradik tau!” Tengku Zariel mengusik. Riuh seketika yang lain. Aku menjeling geram. Dia ni!!!


“He’s cute! And he has his mother’s eyes…”

Pipi montel Firdaus aku cium bertalu-talu. Begitu juga di matanya sehingga dia terkebil-kebil. Bulat matanya,tersenyum malu kearahku sebelum berlari anak ke pangkuan ibunya.
Aku tersenyum gembira melihat Herman dan Iman,juga anak mereka yang sudah menginjak 3 tahun. Kebahagiaan jelas terpacar diwajah. Jadi benarlah ,anak kecil dan wanita yang aku nampak di taman permainan dulu adalah Iman dan Firdaus. Kata Iman,mereka ikut Herman yang menjalani kursus di Alor Setar . Iman juga beritahu yang dia terkejut bila nampak aku,dia nak kejar tapi aku dah melarikan diri.
“Glad to hear you’re back. Everyone here miss you,Kim. Dari hari pertama Iman nampak you kat taman tu,tak habis-habis dia yakin kan I yang itu memang you.Habis aja meeting terus dia tarik I,paksa I cari you kat kawasan situ.”
Pecah ketawa kami berempat mendengar omelan Herman. Firdaus yang tidak tahu apa-apa itu pun turut tergelak.
“Bila Iman makin dekat,hanya Allah je yang tahu perasaan saya masa tu. Nasib dia tak nekad nak kejar. Kalau tak,jenuh saya nak bersoal jawab dengan dia.”Balas ku pula . Rasa malu pula ingat balik masa tu. Lari pecut aku dibuatnya.

Dalam kesibukan berborak,aku masih belum puas dengan Firdaus. Aku mendepakan tangan ke arahnya dan lantas dia membalas. Aku tergelak sebelum memangkunya diribaanku. Sekali lagi aku mencium pipi kirinya sebelum terkejut bila Tengku Zariel turut mencium pipi kanannya. Mata kami bertentang menghantar isyarat cinta yang hanya kami dua sahaja yang faham.
“Amboi….habis lah kempis pipi anak aku tu dek korang berdua. Korang bila lagi, teringin jugak aku kempiskan pipi anak korang nanti!”
Terus berbahang muka aku dibuatnya.
“Apa ni abang cakap macam tu? Tengok dah merah dah muka Kim”Lembut suara Iman menegur suaminya dalam nada bergurau.
Tengku Zariel mengerling aku yang menunduk malu. “ Kami tengah dalam mood honeymood. Insyaallah esok lusa adalah rezeki. Kan sayang?”
Allah! Aku macam nak hempuk je kepala si suami ni. Cakap suka tak pandang kiri kanan. Makin kuat gelak tawa mereka,makin kuat perasaan Maluku sampai merah muka.

Aku keluar dari bilik air sebelum duduk di meja solek. Losyen aku sapu di tangan dan leher. Ketika itu tingkahku terhenti bila nampak Tengku Zariel yang asyik memandangku disebalik pantulan cermin.
“Kenapa abang pandang Kim macam tu?”Soalku selamba padahal dalam hati aku ketawa bagai nak gila. Dari aku keluar dari bilik air tadi aku tahu matanya tidak lepas merenung dari atas ke bawah. Terdengar dia melepaskan helaan nafas yang berat.
“Err…hmm..tak ada apa-apa. Kenapa?”Soalnya lagi. Gagap namun dia tetap merenungku.

Aku diam sebelum sengaja menyilang kaki ,menyerlah kaki yang putih gebu. Menyapu losyen dengan lemah gemalai sebelum aku terdengar Tengku Zariel mengeluh berat. Aduh, abang…abang…abang tak kenal siapa Kim yang sebenar!
“Wangi”Helaan nafas yang begitu dekat buat aku menoleh.

Terkejut melihat Tengku Zariel sudah berada dibelakang aku. Aku melemparkan senyuman menggoda. Memandangnya di balik pantulan cermin.
“Kenapa? Abang tak suka?”Aku melunakkan suara.Manja.
Soalanku dibalas dengan gelengan sebelum dia memaut tubuhku supaya berdiri.
“Suka. Suka sangat. Kenapa isteri abang seksi sangat malam ni? Sengaja nak dera abang kan?” Dengan geram ,dia mencubit pipiku.
Aku tergelak sambil mengelak.
“Apa yang seksinya? Biasa je ni!”
“Transparent macam ni biasa ?”
Aku pandang bawah meneliti tubuh yang hanya dibaluti gaun tidur berwarna hitam yang singkat separas paha,tanpa lengan dan ya,transparent sampai menampakkan bahagian dalam. Ini kali pertama aku aku memakai pakaian sebegini didepannya.

Memang aku sengaja nak mendera perasaan Tengku Zariel. Rasa tercabar bila Tengku Zariel kata aku terlalu kurus sampai sebelah mata pun tak pandang. Itu semua bermula bila aku makan dalam kuantiti yang sedikit masa kenduri tadi kononnya nak jaga badan.
“Bukan salah Kim kalau iman abang tak kuat. Dah,malah nak cakap dengan abang. Kim nak tidur”Baru aku nak melangkah,tiba-tiba Tengku Zariel merentap tanganku sehingga aku terpeluk tubuhnya.
“Nak pergi mana? Kim dah seksa abang,lepas tu nak blah macam tu je?Sorry honey,it’s too late”
Tak semena-mena Tengku Zariel menolak lembut tubuhku ke katil. Aku ketawa dan cuba bangun tapi Tengku Zariel lebih pantas mengambil posisi di atas.
“Abang,Kim….”Belum sempat aku habis cakap,bibir kami bersentuhan. Lama sebelum dia melepaskan pautan bibirnya. Tersengih nakal.
“Sorry,sayang nak cakap apa tadi?”
Aku mendesis geram. Cuba menolak tubuhnya tapi sikit pun tak jalan. Resah dengan renungannya yang menunjukkan keinginan.
“Kim nak cakap yang Kim….”Dan sekali lagi mulut kami bertemu tanpa aku bersedia. Ciuman Tengku Zariel beralih pula di wajah dan leherku. Aku memejam mata. Mula terleka dengan belaian kasihnya. Namun apabila tangan Tengku Zariel menjalar di segenap tubuhku,aku terus bukak mata.
“Abang,Kim tengah period!!!” Aku menjerit seraya menolak tubuhnya dengan kuat sampai dia jatuh di sebelah.
Suasana sepi seketika sebelum tangannya meraih pinggangku agar memandangnya. AKu dah merah muka. Nasib baik sempat. Kalau tak….
“Kim memang sengaja nak dera abang kan?. Okay,look. Abang minta maaf pasal tadi. Abang gurau je sebab abang taknak Kim diet.. Ni pun dah cukup kurus,nak diet apa lagi?”
Aku kelu sekejap. “Kim rasa tercabar bila abang cakap macam tu. Mulai hari ni setiap hari Kim akan pakai macam ni sampai abang pengsan! Dulu Kim pakai macam ni,lebih teruk pun ada tapi abang sikit pun tak pandang.”
“Zaman berubah,hati orang pun berubah. Kim ingat abang ni kebal sangat ke? Setiap hari abang istighfar tau bila tengok Kim pakai macam tu. Ada tu siap provok lagi supaya abang tergoda tapi abang gembira tengok Kim yang sekarang ni. You already back…”
“I never go anyway. I’m always here…”Aku mengenyit mata . Dia tergelak.
Tangannya mengusap pipiku.“Apa yang Izal cakap petang tadi?”
Dada siling aku renung lama. “Dia minta maaf dengan apa yang dia dah buat. Dia mengaku semuanya…”
“Termasuk perasaannya?”Bulat mataku kerana terkejut.
“Abang kena percaya dekat Kim. Kim tak pernah simpan apa-apa perasaan dekat Izal,betul abang. Kim anggap dia tak lebih dari seorang kawan dan adik ipar Kim. Betul,Kim tak tipu!”
Bersungguh-sungguh aku beritahu sampai angkat tangan. Walaupun Izal dah mengakui kesalahannya ta aku masih meraguinya. Aku dah maafkannya walaupun disebabkan dia aku merana selama ini.
Tengku Zariel ketawa lantas mencapai tanganku. “Susah ada isteri cantik ni. Adik abang pun boleh terpikat. Abang tahu Izal suka dekat Kim. Kalau dia tak beritahu semuanya pun abang dah tahu dia simpan perasaan pada Kim. Lagi - lagi bila kita kahwin,makin kuat perasaan Izal dan dia mula berdendam. Maafkan abang sebab tak percaya pada Kim masa tu. Abang takkan dapat maafkan diri abang kalau terjadi apa-apa dekat Kim malam tu.”
Mudah benar perkataan Maaf itu meniti dari bibirnya walhal aku sudah melarang banyak kali.Dengan manja aku meletakkan kepala di dada bidangnya. Dia pula memeluk aku erat.
“Abang berada tempat pada masa yang betul. Abang tahu tak Kim bersyukur sangat abang datang balik masa tu. Kim tahu Izal buat tu sebab dia tak puas hati dengan Kim. Lagipun Kim banyak provoke dia, sebab tu dia nak balas dendam. Tak pelah,yang penting semua dah selesai. Tapi Izal cakap dia tak sanggup panggil Kim ‘Kakak’…haha”
“Habis dia nak panggil sayang apa pulak?”
Aku menongkat dagu didadanya. Tergelak melihat muka suami yang berubah. “Abang ni dengan adik sendiri pun nah cemburu ke. Abang ingat Kim tak cemburu bila abang bawak perempuan dekat office, dekat café lagi? Kalau tak fikir orang ramai,Kim dah ganyang cukup-cukup awek-awek abang tu!”

Aku mengungkit kisah dulu. Masih teringat bila Tengku Zariel sengaja nak pancing kemarahanku bila terima semua pemberian ddari gadis yang sebelum ni ditolak mentah-mentah,siap bertukar nombor telefon,dating ke Arjuna Café pun ada!
“Itu sebab abang saja nak sakitkan hati Kim. Tak serius pun. Lagipun diaorang yang datang dekat abang,nak buat macam mana?”Aku mendengus lantas menjarakkan diri tapi pelukannya terlalu erat sambil dia ketawa mengekeh.
“Jangan risau. Abang tak ada apa-apa pun dengan mereka semua. Abang cuma nak buat Kim bengang,tu je. Abang cemburu sebenarnya sebab abang dapat tahu yang Kim ni ramai peminat. Memang dari dulu lagi abang tahu masa dekat kampus tapi tak tahu pulak sampais ekarang mereka gila bayang. Penuh satu office dia dengan hadiah,itu belum lagi di café.”
Dahiku berkerut lebat. “Mana abang tahu? Setahu Kim abang tak pernah lagi pergi ke office masa Kim ada?”
“Harith yang beritahu” Ujarnya tepat memandang aku. Aku menunduk sejenak. Sebaris nama yang masih buat aku tersentuh. Sejak di Kedah lagi tiada berita darinya malah Tengku Zariel sendiri mengelak bila aku tanya. Tadi pun Harith tak datang.
“Benci betul Harith dengan Kim kan? Malam ni pun dia tak datang”Lirih suaraku. Seperti tidak percaya bagaimana akrabnya kami dulu. Harith yang sering menjadi pelindung aku setiap kali berdepan dengan mulut berbisa Tengku Zariel. Pasti dia selalu bercerita tentang aku.
“You’re still his friend. His real best friend. Malah,lebih dari abang sendiri. Dia selalu pertahankan Kim setiap kali abang cakap pasal Kim. Dan Harith pernah beritahu abang yang Kim bukan macam perempuan lain. Bukan gila harta.”
Kan aku dah cakap. Harith merupakan pelindung. Aku tersenyum pahit. “Apa lagi Harith cakap?”
“Sebab dia cakap Kim yang banyak keluar duit untuk abang. Maknanya Kim sendiri berduit!”Pecah Ketawa Tengku Zariel sebaik saja dia menghabiskan ayatnya. Dengan geram aku geletek satu tubuh dia. Kurang asam!
“Aduh..aduh! Okay,okay stop…please…”Rayunya dengan ketawa yang masih bersisa. Jelingan tajam ku dibalas dengan senyuman menawannya.

Hai lahh…dengan Tengku Zariel ni marahku tak boleh lama. Hebat kuasa cinta….
“Abang…mama okay ke bila kita tak tinggal sini?”
“Abang dah beritahu mama sebelum abang buat keputusan nak cari Kim dekat Kedah lagi. Abang tanya juga mama sebab dia masih tak boleh berjalan lagi tapi mama cakap asalkan abang bawa balik Kim ke sini, dia dah bersyukur sangat. Maz ada, Mak Ita yang Izal upah tu pun ada. Rumah ni terlalu banyak kenangan pahit untuk Kim, jadi abang nak ubah suasana baru.”
Aku mengangguk dalam dakapannya. “Tapi kalau seminggu sekali kita tidur dekat sini boleh kan?”
Tengku Zariel sedikit terkejut dengan permintaanku. Dia menunduk mencari wajahku. “Are you sure?”
“Yeah…lagipun kesian pula mama. Boleh juga Kim duduk lepak dengan Maz. Lama tak jumpa dia. Tadi pun macam nak patah badan Kim dia peluk kuat sangat.”
‘Ni yang abang makin sayang ni….”

Aku senyum dan merelakan bila Tengku Zariel mengucup bibirku. Dari perlahan kucupannya mulai berubah dan aku pantas menolak lembut dadanya sehingga Tengku Zariel tercengang.
“Abang lupa ke?’
“Sayang ni….”Terus Tengku Zariel menyembamkan wajah ke leherku menunjukkan perasaan.
Aku ketawa sambil mengusap rambutnya.
“Dah, lebih baik tidur. Abang janji jangan kacau Kim eh. Seminggu bendera merah turun tau”

Sudahnya, kami berbaring dalam posisi yang lebih selesa.Tengku Zariel suka memeluk dari belakang dan aku akan membalas dengan menggengam tangannya yang berada dipinggangku.

“Eh sekejap! Kim terlupa something”Kelam kabut aku duduk berdepan dengannya sebelum aku mencapai tangannya dan mengucup lembut.

“Ampunkan Kim kalau Kim ada buat salah”

Tengku Zariel tersenyum. Dia mengusap kepalaku sebelum menghadiahkan satu kUcupan di dahi.
“Ya sayang,abang maafkan. Eh, sekejap. Abang pun ada nak minta benda yang sama."

Aku terdiam sebelum dia menarik dan mencium jari jemari ini. "Maafkan abang...and i love you"


Terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini.



TENGKU ZARIEL….
“Kau tak datang kenduri dekat rumah keluarga aku semalam…”Suara Tengku Zariel sambil membuka kot kerjanya sebaik saja melangkah masuk ke pejabat. Awal-awal lagi Fazura sudah memberitahu Harith menunggu di biliknya.
“Maksud kau…keluarga kau dan Kim?”
Tengku Zariel menahan nafas, cuba memujuk diri agar tidak membiarkan amarah menguasai akal. Dari duduk di mejanya, Tengku Zariel terus mendekati Harith yang duduk bersandar di sofa pejabatnya. Terbayang kembali wajah murung isterinya semalam bila Harith tidak hadir semalam.
“Kenapa kau tak datang? Kim cari kau”
Harith mengangkat kening. “Dia cari aku? Untuk apa, untuk mintak maaf pasal kejadian hari tu? Sorry, I don’t buy it”
Tengku Zariel memejam mata kerana darahnya mula menggelegak mendengar kata-kata biadap kawannya itu. Dia tidak salahkan Harith sepenuhnya kerana dia yang perlu bertanggungjawab di atas semua ini. Tengku Zariel bangun mendekati meja kerjanya. Di ambil sesuatu sebelum kembali duduk didepan Harith.
Menarik nafas dalam, beberapa keping gambar di letakkan di atas meja. Sewaktu memikirkan cara untuk memberitahu Harith, dia sudah tahu akibatnya. Sampai bila dia mahu membiarkan Harith terus menghakimi Kim?
“Gambar apa ni? Aku tak faham. Tak sanggup aku nak tengok” Soal Harith melontarkan semula gambar tersebut di atas meja.
Tengku Zariel menarik nafas dalam. Gambar pertama yang menunjukkan luka jahitan di tapak kaki yang putih itu ditunjuk kepada Harith.
“Ni luka akibat terkena serpihan kaca yang aku berikan kepada Kim sebagai hadiah hari pertama kami sebagai suami isteri.”
Harith terkesima mendengarnya. Tidak berkelip biji matanya merenung Tengku Zariel dan gambar itu silih berganti. Matanya mengecil seakan cuba mengingati dia pernah menegur Kim apabila melihat luka di kaki wanita itu tanpa sengaja. Jadi betullah…Ariel?
“Dia minta tolong aku hantarkan dia ke tempat kerja sebab tayar kereta dia rosak tapi kau tahu apa aku buat? Aku terus menonong pergi, biarkan Kim kejar aku dengan kaki dia yang luka tu.” Untuk kesekian kalinya, tubir mata kembali panas.
“Dan gambar ni …kau tengok sendiri pun kau tak sanggup kan, Harith? Apatah lagi aku.Aku….,aku tak dapat kawal marah aku masa tu dan Kim yang jadi mangsa. Kau tahu apa yang aku buat, Harith? Aku tekap seterika yang panas tu dekat tangan dia. Bukan sekali tapi dua kali!”
BUM!
Kepala Harith seperti baru saja dihempap dengan batu besar mendengar pengakuan kawannya itu.
“Aku biarkan dia tidur dalam kereta hampir seharian, biarkan dia dekat luar dalam hujan sampai dia dimasukkan ke hospital…itu belum lagi aku cuba lemaskan Kim dalam bathtub sampai….sampai dia trauma,Harith…isteri aku…dia…dia disahkan mengalami PTSD lepas beberapa bulan aku halau dia.”Luah Tengku Zariel bersama esakan pilu. Terasa perit dadanya setiap kali melontarkan segala kekejamanya terhadap isterinya. Mana mungkin dia boleh bereaksi seperti biasa setiap kali melihat kesan parut di tubuh kurus wanita itu. Disebabkan itu setiap kali selepas Kim tidur, Tengku Zariel tidak dapat tidur lena tatkala melihat wajah polos itu yang menyimpan seribu duka walaupun Kim telah memaafkannya. Sejak mereka kembali bersama , itu yang dia rasakan. Untuk meluahkan kepada Harith, lelaki itu banyak kali bertegas tidak mahu percaya.


“Aku tahu kau tak percaya bila Izal beritahu dia dalang apa yang aku dah buat kepada Kim sebab kau terlalu kecewa. Kau kecewa bila dapat tahu Kim guna taktik kotor untuk memiliki aku. Kau ingat kan Harith waktu tu…kau beritahu,dalam apa jua keadaan sekalipun aku tetap kena ingat tanggungjawab aku sebagai suami? Tapi macam mana tanggungjawab kau sebagai kawan kepada Kim? Kenapa kau ‘menolak’ Kim jauh bila dia perlukan kau?”
Tengku Zariel melihat Harith sudah meraup wajah dengan mata yang sudah merah. Mengigil kedua belah tangan itu seakan cuba memproses apa yang dia beritahu.
“Kenapa? Kenapa lepas dua tahun baru kau beritahu aku?”
“Bila aku beritahu kau aku tengah siasat apa yang Izal beritahu aku,kau tak percaya. Balik-balik kau cakap itu rancangan Kim untuk terus perangkap aku. Lagipun, aku…”


“Kau tahu apa maksud aku,Ariel. Kenapa baru sekarang kau nak mengaku apa yang kau dah buat pada Kim sebelum kau halau dia keluar?”
Tengku Zariel menunduk. “Kalau aku beritahu kau, orang pertama yang akan menghalang aku daripada mencari Kim adalah kau,Harith. Ya, aku suami yang dayus dan pentingkan diri Fokus utama aku sekarang Kim,untuk bantu dia She’s doing well lately but I need you support,Harith.”
“Fokus utama aku sekarang adalah kau,Ariel. Aku nak jadi orang yang pertama…dan juga yang terakhir….”Ujar Harith tanpa nada sebelum mendekati Tengku Zariel.
“Maksud kau?”

BUK!


Tanpa isyarat, Harith menghadiahkan sebiji penumbuk tempat kea rah kawannya itu yang langsung tidak bersedia. Tengku Zariel terjatuh dari sofa seraya memegang pipinya yang perit. Mereka berdua saling berpandangan dengan nafas yang tercungap-cungap.


“Aku nak tumbuk lagi tapi tak sampai hati kalau kau balik dalam keadaan macam ni. Silap-silap Kim tak dapat cam muka suami kesayangan dia ni”Balas Harith selamba dan terus berlalu.

Tengku Zariel tersandar lemah di sofa. Bibirnya mengorak senyuman walaupun terasa pedih.

Sorry, Hz terskip bab adoii...patut tadi dekat 3 x cek sbb rasa mcm cpt pulak haha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience