BAB 38

Romance Completed 199367

BAB 38


Aku duduk termenung di bangku kayu yang kami letak dihalaman rumah. Memang sengaja buat begitu kerana pemandangan dihadapan rumah sangat cantik dan menenangkan namun sehingga ke saat ini aku belum temui.

Ketenangan.

Amanda semakin sibuk. Jadi jarang kami menghabiskan masa bersama namun wania itu tidak pernah lupa memberi pesanan supaya menjaga kesihatan bayi dan dirinya. Acapkali juga Amanda menghubunginya kerana bimbang walhal wanita itu belum punya pertalian darah denganku. Itu yang membuatkan aku bertambah terharu.


Setiap hari pasti Wanita itu menampal stick note di peti ais makanan yang harus dimakan. Pagi malam kena minum susu. Dan aku juga takkan lupa telan ubat penenang dan pil tidur tanpa pengetahuan Amanda. Sungguh aku tidak boleh tidur sebenarnya setiap kali tiba waktu malam. Pasti aku akan mimpi atau terbayang yang bukan-bukan. Aku rasa keseorangan dan kesepian.


Memang orang Utara ini ramah-ramah belaka. Jika aku malas nak masak,aku akan beli makanan di warung yang biasa aku pergi,di hujung jalan itu. Mak Cik Hanim dan anak lelakinya memang ramah dan kelakar,buat aku senang. Terasa seperti dihargai.


“ Mak Cik ni Kim kadang-kadang pening tengok karenah budak –budak tu. Lagilah semuanya anak lelaki. Gasak gaduh aje! Tapi mak cik suka pesan..biarlah gaduh lagu tang mana pun,teruk perabaih macam mana pun…kena ingat satu je,jaga hubungan adik beradik tu sebab bila kita ada masalah,percayalah…orang pertama yang kita akan cari adalah saudara kandung sendiri!”

Terngiang-ngiang lagi pesanan Mak Cik Hanim menjadi punca aku kuatkan semangat untuk menjernihkan kembali hubungan aku dan Carl. Dan itu juga salah satu sebab aku berada disini tanpa jemu. Terus aku teringat kejadian beberapa hari yang lalu.

“I bring something for your lunch. Kak Amanda kata you tak makan apa-apa dari breakfast lagi.”Suara aku ceria sambil meletakkan boxlunch di atas meja kerjanya. Tidaklah banyak atau penuh dengan kertas-kertas kerja seperti aku nampak orang yang bekerja dipejabat. Yang terdapat Cuma beberapa fail nipis pesakit barangkali. Carl angkat wajah dan merenungku dengan kosong. Senyumanku tidak dibalas. Dia tunduk kembali.

“Buat apa datang sini? Sakit?”

Wajahku sedikit berubah. “Tak sebenarnya…”

“Then? Dah beritahu dah kan kalau rasa sakit,mual,tak sedap badan..you can call me straight away. I boleh datang.”

Aku termangu dengan ayatnya. Nada suaranya seperti biasa,mendatar. Tidak sedikit pun dia mengangkat wajahnya .

“Kim datang bukan sebab sakit. I just want having lunch with you…like brother,sister. Bukan antara pesakit atau doktor”

“I’m busy. Lagipun selama ni elok je I lunch seorang,bukannya mati pun.”

I…you. Luluh hatiku mendengarnya. Carl masih tidak memaafkan aku.

“Tapi tak salahkan? Lagipun dah lama kita tak berbual macam ni. Macam dulu”Dihujung ayat,aku tahu suaraku terketar-ketar kerana sebak yang mencengkam.

“Macam dulu? Maksud you 20 tahun yang lepas? Kita punya kisah budak-budak bukannya menarik pun. Masa you baru setahun,daddy dah ajar you berenang…I pulak minat buku-buku perubatan,sampai mama siap buat mini library untuk i. You are the best swimmer since you in kindergarten,best pitchers in school …part time for modelling majalah sekolah and the best part is…Miss Gossip Girl!”


Bibir bawah aku gigit. Wajah mula memerah. Terkena batang hidung sendiri, Faham apa yang Carl cuba sampaikan. Sikap aku dan juga dia yang menyebabkan kami tidak rapat sementelah umur kami juga agak jauh. 7 tahun. Carl bangun dan berdiri berpeluk tubuh memandang ke luar tingkap kaca yang luas.

“We never close to each other…awkward. Lebih-lebih lagi bila you berkeras nak tinggal kat Malaysia even umur you masih terlalu muda masa tu..masih mentah. Tak fikir perasaan daddy dengan mama. Anak pertama mereka awal-awal lagi dah tak duduk sama sebab sambung study ke oversea and now you did the same thing!”

“Dan…. I know I cant turn back the time. Kalau lah…kalau lah I ada kuasa untuk putar balikkkan masa,I akan ubah keputusan i.”

“Tapi tak kan? Jadi sekarang you tahu kenapa I tak boleh buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lepas ni jangan cuba nak buat baik dengan I,hantar bekal ke apa I tak suka, Kalau you tak sihat,you boleh terus call I. I akan cuba datang. You may go now.”

Itu cerita kelmarin. Tadi pula….

“Kata tak sihat?”

Baru saja aku bukak pintu,aku terus ditanya. Muka serius. Aku teguk liur dengan wajah yang sudah bertukar pucat. Tajam renungannya pandang aku dari atas kebawah. Barangkali cuba meneliti bila aku mengatakan aku tidak sihat. Sejujurnya, aku sihat begitu juga dengan kandunganku cuma hatiku saja yang tidak. Aku sudah berjumpa dengan ketenangan tapi tetap aku merasa kosong kerana sebahagian diriku hampir hilang.

“Err…masuklah dulu. I ada masakkan….”

Carl mendengus. Aku tahu dia bengang kerana aku menipu. Aku kata aku sakit kerana aku mahu dia datang kerumah. Mana tahu kami boleh makan bersama,bersembang bersama…ini pun sebab idea Amanda jugak! Nasib juga Amanda sempat tolong aku apa yang sepatutnya aku masak untuk makan malam. Nasi serai,sambal udang dan sayur kalian. Aku tahu Carl amat meminati udang dari kecil lagi. Setiap kali pulang ke sana,pasti mama akan beli udang.

“Could you please stop lying? This is not funny okay! I banyak kerja kat hospital tu,yang perlukan khidmat i…Ni dah penat-penat I datang,rupa-rupanya you ada plan lain! You ingat I ni apa?!”

Jari jemariku bermain sesama sendiri. Berkerut dahi kerana terusik dengan kemarahan Carl itu. Tubir mataku sudah
bergenang.

“I cuma nak..we spent time together…as a family..like we used before”

“Unfortunately,it’s not working for us and I don’t buy it. You just wasting your time…and mine!”


Aku menghantar pemergian Carl ke keretanya dengan linangan air mata. Hatiku hancur. Buntu memikirkan bagaimana mahu memulihkan hubungan kami berdua. Carl langsung tidak memberiku peluang. Aku tidak lagi pergi ke hospital membuat pemeriksaan kandunganku yang hampir masuk kelima bulan selepas sejak kejadian aku pergi ke bersama Amanda tengah malam itu. Carl sendiri yang datang ke rumah bila aku rasa tak sedap badan. Bila nak buat ultrasound saja aku ke klinik.

Perasaan sebu menular di hati melihat bakal-bakal ibu yang datang ditemani suami masing-masing…berpegang tangan…menenangkan si isteri yang ketakutan…menyentuh dan mengusap perut si ibu…dan yang paling buat aku sedaya upaya menahan tangis apabila si suami berbisik bercakap sesuatu dengan bayi mereka kemudian berkongsi gelak tawa bersama pasangannya.

Benarlah…anak penguat kasih sayang antara suami isteri. Tetapi bukan dalam situasi aku.Sampai bila-bila bahagia bukan milikku.

Tapak tangan menyentuh lembut perut yang sudah membukit. Adakalanya aku hampir terlupa aku sedang membawa satu nyawa di rahimku ini kerana terlalu asyik tenggelam dengan dunia ciptaan sendiri.

“Maafkan mummy sayang…mummy bukan seorang ibu yang baik…sayang akan melihat dunia tanpa kasih sayang seorang ayah dan mummy puncanya. Maaf….”

KUALA LUMPUR…

“So, Herman cakap macam tu dan kau percaya?”

Tengku Zariel menghirup air sirap bandung sambil memerhatikan kawan rapat mereka semasa dikampus,Akbar yang sedang memilih hidangan makanan tengahari. Rasanya sudah tiga kali lelaki itu tambah. Wajah tidak puas hati Harith direnung. Tengku Zariel menjungkitkan bahu.

“Aku tak cakap aku percaya sebab ini kali pertama kami bersemuka. Oh,bukan…ni kali kedua selepas aku tumbuk dia.”

“Ini mungkin salah satu rancangan dia dengan Kim.”


“Well, aku sendiri susah nak percaya kawan baik aku dah ‘bertaubat’ lepas dah tumbuk aku dulu”Seloroh Tengku Zariel sambil menahan tawa bila melihat wajah Harith berubah bengang.


“Itu sebelum aku tahu rancangan Kim. Sanggup dia buat macam tu semata-mata nakkan kau. Dia dah hancurkan dua kebahagian orang lain dalam satu masa. Kau rasa??”


“Aku dah tak ada rasa apa-apa,Harith. Dia orang dah bahagia dan aku sendiri dah terima kenyataan lepas aku nampak mereka di airport dulu.”

Harith mendecit geram. “Ya, aku pun tahu kau dah terima. Tapi aku tak…kau sendiri tahu macam mana aku percaya dekat Kim tu. Macam mana aku sokong dia, pertahankan dia dan….”

Tengku Zariel terus menyampuk sambil ketawa.

“Tumbuk aku sampai pecah bibir?”

“Aku dah minta maafkan,kau ni pun…”Selar Harith lagi sebelum menggeleng bila Akbar meletakkan dua pinggan yang penuh dengan sotong goreng tepung, udang butter dan ulam. Mereka berdua saling berpandangan.

Akbar menjeling tajam. “Dah korang dua pandang aku macam nak ‘telan’ ni kenapa? Tak cukup aku boleh ambil lagi”

“Kau sedarkan ni dah kali ketiga kau makan? Kau puasa tiga hari tanpa berbuka ke?”Soal Harith mengundang ketawa mereka bertiga sehingga menarik perhatian pengunjung di restoran ini.

“Aku pun stress tau asyik makan je tak berhenti. Tapi tiap kali makan,keluar balik. Jadi, aku tak risau sangat. Sayangkan bini kan…tengah pregnant”

Tangan Tengku Zariel yang tengah mengupas kulit udang terhenti, ralit dia memandang Akbar yang tersenyum bahagia.

“Waa, tahniah bro. Mudahkan kerja isteri,dapat pahala apa. Dia pregnant, kau yang kena alahan. Tapi, rare juga kes lelaki yang kena alahan,mengidam ni semua. Tahniah lagi, kau terpilih!”Harith menepuk-nepuk bahu kawannya itu.

Akbar tersengih. “Aku okay je sebab ni pun kira pengalaman pertama kan. Tapi awal-awal,teruk aku kena. Tekak aku ni asyik nak makan je…kadang tengah malam pun aku sanggup cari. Tapi lepas tu, muntah balik.”

“Berapa bulan kau kena macam tu?”Soal Tengku Zariel. Terus tangan tak jadi nak makan walhal sebenarnya dari tadi tekaknya berlumba-lumba nak makan. Kalau ikutkan, sebenarnya dia sendiri sudah beberapa kali menambah cuma dalam kuantiti yang sedikit.

Ah,kalau ikutkan sudah hampir 5 bulan juga dia ‘sakit’ begini. Dah pergi hospital,tapi katanya mungkin tersilap makan. Sudahnya, Tengku Zariel sudah tidak pergi ke klinik selepas itu. Lagi pula, rasa mual dan muntah sudah hilang sejak sebulan yang lalu cuma seleranya saja tidak berhenti.

“Eh, sama je macam Ariel ni. Tu yang tadi asyik diam je padahal nak cover perut buncit tu”Sampuk Harith yang tidak mengerti apa-apa.

Terus Tengku Zariel menayangkan penumbok .“Woo…woo baik sikit ayat. Aku setiap minggu pergi gym. Badan fit lagi, cuma stamina je kurang.”

“Memang lah dah mula pergi gym balik. Tu pun yang lepas banyak skip sebab asyik tak sihat je.”


Akbar ketawa lagi mendengar celoteh Harith. Dia memandang Tengku Zariel pula. “Kau kenapa Ariel muntah-muntah juga ke? Okay lah tu baru kau tahu rasanya bila suami kena alahan. Nanti kau kahwin kau tahu lah!”


Dan bibir Tengku Zariel terkunci rapat.


Mata Tengku Zariel bergerak ke sana sini. Kejap merenung ke luar tingkap, kejap memandang luar biliknya, kea rah meja setiausahanya,Fazura yang sudah lama kembali bertugas selepas habis pantang. Sesekali juga matanya memandang monitor yang menunjukkan cctv disetiap tingkat. Matanya lebih focus di bahagian lobi utama Qalesh Holdings dan tingkat dia bekerja.

Tiba-tiba interkom biliknya berbunyi.

“Tengku Zariel,maaf. Saya nak tanya, saya ada buat salah ke?”

Dahi Tengku Zariel berkerut, dia menjengahkan kepala kea rah Fazura yang berada dimeja. Butang ditekan.


“Kenapa awak tanya saya macam tu?”


“Err, sorry…sebab dari tadi saya perasan Tengku pandang-pandang ke sini macam saya ada buat salah. Kenapa? Ada salah ke report yang saya buat tadi, Tengku?”


Tengku Zariel berdehem. Tali leher yang terasa ketat dileher dibetulkan. “Tak ada. Semuanya okay. Cuma saya nak tanya…tak ada sebarang parcel delivered atas nama saya hari ini?”


“Rasa macam…”


“Yang mamat dispatch tu pun lama dah tak nampak?”Potong Tengku Zariel laju. Dia memandang calendar di atas meja kerjanya. Hari ini sudah masuk 5 haribulan. Bermakna ada lagi berbaki 26 hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke 31 Tahun. Selalunya, atau hampir setiap tahun, dia akan menerima pelbagai hadiah setiap minggu pada bulan hari jadinya tapi sudah habis minggu pertama dalam bulan Oktober, tiada barang yang dipesan atas namanya. Jambangan bunga, blazer, coklat, tie, mug…

“Err, Ada juga dia datang tapi atas nama orang lain. Saya pun tunggu juga, dah lama tak dapat barang dari bos..hi hi…”Fazura ketawa kecil sebelum tawanya mati tatkala bosnya sudah berada di depan mata. Telefon diletakkan kembali.

“Eh…bos…tadi bukan bos dekat….’

Tengku Zariel terus menyampuk sambil tangan mencapai beberapa bungkusan parcel diatas meja setiausahanya itu namun satu pun tiada miliknya.


“Memang satu pun barang sampai untuk saya hari ni?”


Fazura terkulat-kulat mendengar soalan itu sebelum mengangguk laju. “Yup. Yang ni semua saya punya. Ada discount 50% dekat kedai yang saya suka pergi. Baju baby saya pun banyak yang dah muat dah.”

Tangan Tengku Zariel terhenti. Entah kenapa hatinya sedikit tersentap setiap kali perkataan ‘baby’ itu meluncur keluar daripada mulut orang lain. Tadi Akbar, sekarang Fazura pula.

“Masa awak pregnant, pernah ke husband awak yang kena alahan?”Tiba-tiba dia bertanya tanpa peduli kerutan yang bertambah di dahi wanita berusia 30-an itu.


“Sepanjang saya mengandung daripada anak pertama sampai anak kedua ni, tak ada pun suami saya yang kena. Saya je yang banyak ragam. Tapi saya pun memang pernah dengar si suami yang ‘take over’ semua tu macam alahan, mengidam,muntah tu semua tapi jarang. Spesies rare lah kalau jumpa. Tapi bagus juga kalau orang lelaki yang kena, baru dia tahu!”Ketawa Fazura meledak lagi untuk kesekian kalinya.

Tengku Zariel sekadar tersenyum pahit. Makin perasaannya tidak menentu mendengar kata-kata wanita itu. Terlintas di kepala kejadian lima bulan yang lepas, yang merupakan kali terakhir pertemuan dia dengan wanita yang dibencinya. Kalau betul…tak,tak mungkin!


“Kenapa,Tengku? Tengku ada rasa tak sihat lagi?”


“Tak, sebenarnya saya…”Tengku Zariel tidak jadi melangkah saat matanya terpaku ke satu arah. Mug dan flask yang terdapat di atas meja itu. Di belakang pula, terdapat beberapa souvenir dari pelbagai negara dan setiap satunya pasti mempunyai tandatangan dan tulisan ‘E.K.D’. Ya, sejujurnya setiap kali menjelang bulan kelahirannya, Tengku Zariel akan menerima pemberian daripada orang yang sama tetapi tidak kali ini.


Dia merenung Fazura tajam. “Saya nak balik barang ni semua. Nanti saya ganti yang baru”Arahnya sebelum masuk ke bilik.


“Hah? Nak balik? Buruk siku punya bos!”Sempat Fazura mengutuk. Geram !

“Cantik kim bila pakai telekung ni. Sejuk mata sesiapa yang memandang”

Aku hanya tersenyum. Menyaingi langkah Amanda yang bertelekung putih. Kami baru saja balik dari menunaikan solat Isyak di surau Al-Azim yang tidak jauh dari rumah kami. Kebetulan pula memang ada usrah dan tazkirah pada setiap malam Jumaat. Pada awalnya,aku tidak bertanya ke mana Amanda pergi setiap Khamis pada waktu malam. Aku hanya tengok saja dia bertelekung dari rumah dan ke surau. Itu pun sebelum dia kenalkan aku kepada keluarganya.


Terasa sejuk melihat Amanda memakai kain telekung. Nampak suci…tenang…bersih. Seperti bayi yang baru dilahirkan. Sepanjang kami tinggal bersama,Amanda tidak pernah meninggalkan solat walaupun dia sibuk bertugas. Cuma malam saja dia punya waktu lapang. Entah mengapa tetiba terbuka pintu hati nak berubah. Lebih-lebih lagi sewaktu aku membersihkan pakaian sepeninggalan arwah daddy dan mama ketika mereka ke Mekah dan sebelum mereka kemalangan.


Terdapat dua telekung yang masih baru. Bersulam dan berwarna. Cukup simple namun ia sangat menyejukkan hati dan mata. Aku yakin salah satunya untuk aku dan juga Amanda kerana arwah amat menyenangi wanita itu sejak Carl perkenalkan. Dan kini, semuanya tinggal kenangan.

“Kim…kenapa?”

“Hah? Apa?”


Amanda ketawa kecil bersama gelengan. Aku tersipu malu..bermain-main dengan torchlight di telefon. Aku betul-betul merasai kehidupan kampung ketika ini. Walaupun duduk di taman..rumah batu namun sekelilingnya dipenuhi dengan suasana kampung. Dipenuhi dengan bendang sawah padi…burung camar yang terbang bebas…penduduk yang ramah..buat aku selesa dan cepat menyesuaikan diri. Apatah lagi lagi dengan bantuan Amanda,Haji Rahman,Hajah Salma dan juga Carl.


“Tak,akak tanya. Kenapa Kim diam aje dari tadi? Jauh termenung. Ke Kim rasa penat? Kalau bengkak kaki tu bagitahu, nanti kita sampai rumah, akak urut.”


Aku senyum. Sedikit terharu dengan layanannya. Walaupun dia bukan kakak kandung, tapi dia melayani aku seperti adik beradiknya. Dan sedikit sebanyak, mengubati luka yang ditoreh oleh Carl.


“Kim okay, baby pun sama. Cuma masa kat surau, Imam tadi tu….dia ada cakap…hmm,entahlah…ni kali pertama Kim dengar ceramah tentang perkahwinan. Kurang faham maksudnya. Tentang suami isteri.”


Amanda tersenyum sambil memegang bahuku. “Tak apa. Take your time. Dulu akak masa awal-awal pergi pun bukannya akak rela nak dengar. Kena paksa dengan umi,kena marah baru lah gerak. Mula-mula aja dengar…dah lama-lama tu tetiba aje dengar suara ustaz macam angin nak panggil hujan. Apalagi, mulalah terlentok. Sedar-sedar je abah tengah angkot kat atas bahu dia”


Bergabung ketawa kami namun dalam nada terkawal.Bukan kami berdua saja yang ada. Ada juga beberapa orang jiran yang kami kenal turut ada sama.

“Habis dah besar ni pun sama jugak?”Satu tamparan hinggap di bahuku. Bulat mata Amanda dengan ayatku.


“Hisshhh…apalah Kim ni. Dah besar takkan abah nak buat macam tu lagi. Akak sendiri masih belajar,Kim. Bukan ke ilmu dibawa sampai kita mati? Begitu juga dengan ilmu agama. Kita dilahirkan sebagai seorang Islam…nilai-nilai Islam sepatutnya ada pada diri kita walaupun masih samar-samar tapi kita sendiri kena ada usaha untuk mencari…untuk mendalami.”


“Tapi tak terlambat ke untuk Kim mulakan semula? Rasa malu..segan..dan jahil sangat.Nak hafal surah pun masih merangkak-rangkak apatah lagi nak membacanya. Bukan arwah mama daddy tak pernah tegur tapi Kim yang tak pernah nak dengar.”

“Kim..pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambaNYA. Tak ada istilah lambat atau cepat. Ambillah masa sebanyak mana Kim mahu,percaya cakap akak..Allah sentiasa permudahkan urusan kita. Dia maha pengampun”

Aku mengangguk dengan rasa rendah diri. Menahan malu yang bukan sedikit. Benarlah orang kata…Islam hanya pada nama. Itulah aku.


“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.”

Laju Amanda menoleh kearahku, Dia agak terkesima bila aku mengulangi ceramah yang dikelolakan oleh Ustaz Darius Zamidi tadi. Satu ayat yang buat aku terasa ngilu. Hatiku seperti dicucuk tanpa ampun!


“Kim….”


“Agaknya sebab tu Kim tak layak untuk Ariel. Tak layak nak jadi isteri untuk lelaki sebaik Ariel…sebab Kim perempuan jahat,kak”Bibirku terketar-ketar memulakan bicara. Cuba juga menahan esakan yang bertalu-talu memukul dada.

“Astaghfirullalazim…apa yang Kim cakap ni? Memang Allah ada berfirman. Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26). Janji Allah untuk semua manusia. Bukan antara layak tak layak..baik tak baik atau kerana jahat. Cuba Kim beritahu akak,sepanjang Kim jadi isteri Ariel..ada tak satu masa yang Kim berhenti dari buat perkara baik pada suami Kim? Ada Kim terfikir nak lukakan hati dia? Ada?”

Terdiam aku demi mendengar soalan demi soalan yang dilontarkan Amanda. Amanda seperti tahu apa yang bermain difikiranku.

Ah,Doktor Psikologi. Pasti mudah dia dapat mengagak dan membaca fikiran orang lain. Ada beza ke aku buat baik atau tidak…ada beza ke aku menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya jika suamiku tidak pernah reda denganku? Baikkah aku sedangkan aku yang telah meruntuh dan memusnahkan impian dua hati?Baikkah aku jika aku punca kematian orang tuaku? Baikkah aku??’



“So,bila akak dengan Carl nak kahwin?”Terus aku melencong ke topic lain. Amanda tersipu-sipu malu. Jelas pipinya memerah.

“Kim tukar topic. Tak aci!”

“Aci? Mana ada Kim sebut kuih kuci? Akak salah dengar ni”Sebaik saja aku habis berkata,mengekek Amanda ketawa hingga merah muka. Tertunduk-tunduk dia memegang perut. Dahiku berkerut lebat.


“Hai laa….Kim,Kim. Lepas ni akak kena ajar vocab Melayu dekat Kim rasanya. Kim kena tahu semua ni. kena belajar juga loghat utara…itu belum lagi loghat orang pantai timur. Tak ada nanti ternganga-nganga bila orang tanya!”

“Amboii…lajunya mulut akak kutuk Kim eh? Akak jangan lupa,Carl Danial tu pun akak kena ajar jugak lepas ni. Jangan kahwin nanti,terpaksa guna bahasa doktor pulak! Bab tu Kim tak boleh nak tolong tapi kalau tips nak pikat suami akak boleh mintak Kim. My pleasure!”Sengihku sambil kenyit mata.


“Kim!”


Aku tak tunggu lama,angkat kain telekung sampai lutut dan terus cabut sambil memegang perut. Silap-silap boleh terberanak awal aku dibuatnya!

Dasar BERUK SIKU !

Share this novel

Nur Adilah Idris
2023-12-28 11:09:54 

thanks penulis, sbb versi kli ni lbih detail lg pnambahan crta die... mg jln crta utk die mmenangi hti kim nnti lbih sukar utk mmiliki smula...ap2pn trma kasih..naskah pnulisan ini sngt dekat dgn hati..

mynn.nnym
2023-12-28 06:52:10 

Da start rindu kim la ariel tuhh cian kim trauma


NovelPlus Premium

The best ads free experience