Apa yang kau dah heboh dekat diaorang tadi,haa?? Answer me, damn it!!!”
“Hei betina,kau jangan nak berdalih atau cuba nak putar belitkan fakta lah sebab aku tahu semuanya! Aku dah bongkar segala kejahatan kau, jadi kau jangan nak tegakkan benang yang dah basah! Kau ingat aku tak nampak apa kau cuba buat pada keluarga aku tadi? Aku cukup pantang tengok mama aku menangis walaupun setitis air mata terutamanya kalau berpunca daripada kau!”
“Aku tak sangka kau guna taktik kotor untuk dapatkan kepercayaan tok ayah sampai tangan dia naik kat muka aku ni,ni semua kau punya pasal! Kau tak nak mengaku kan? Fine! Sekarang giliran aku pulak guna taktik kotor. Sini biar aku ajar kau !!!”
Tak sempat aku bersuara apa-apa lenganku dicengkamnya kasar sehingga aku menjerit sakit. Dia mengheretku masuk ke bilik air.
Oh Tuhan! Apa lagi dia mahu buat kepadaku?
“Apa yang you cuba buat ni?! Stop it! Let me explain everything!”
Dia tidak menjawab sebaliknya dia menolak aku masuk ke bathtub. Aku cuba menolak tangannya tetapi semakin kuat pula pegangannya. Mataku sudah berair menahan sakit yang bukan sedikit.
Tidak tahu apa lagi yang cuba dibuat Zariel padanya. Sampai bila dia akan berdepan dendam Tengku Zariel yang tidak berkesudahan? Ini kah yang dinamakan hukum karma?
“Please,you dah salah faham. I tak….Auchh!!!” Tanganku menggawang ke udara menghalang air dari shower bathtub yang memercik ke wajahku. Mata dah merah menahan pedih. Aku cuba mengalihkan kepala kiri dan kanan tapi dia pantas mencengkam bahuku dengan kedua belah tangan kekarnya . Sakit dan kasar!
“Sakit? Pedih? Nak menangis? Go ahead I don’t give a damn! Macam mana pedihnya mata kau macam itu lah pedihnya hati aku bila tok ayah tuduh aku sebab dah termakan dengan hasutan kau sampai dia burukkan nama Iman depan aku! Apa lagi yang kau boleh terangkan,semuanya dah jelas!!”
SeMakin kuat dia menengking,se makin kuat juga dia mencengkam tubuhku sehingga terasa kulitku seperti disiat-siat tanpa belas! Aku pula semakin kuat meronta kerana tak tahan mendengar tohmahannya dan juga percikan air pancut yang membasahi tubuh ini.
Tanpa sedar aku menggigit tangannya dan tindakan refleks darinya, dia menolak tubuhku sehingga jatuh terduduk dalam bathtub itu.
Situasi semakin tegang dan memuncak apabila wajahnya semakin merah menyala. Tajam matanya merenung dengan sepasang mata helang yang satu ketika dahulu aku minati. Dan Ternyata aku semakin menaikkan darahnya.
“Kau…kau memang nak kenakan! Perempuan murah ,tak berguna macam kau memang tak tahu dan takkan pernah mengalah! Dari dulu lagi,dari kali pertama aku jumpa kau,aku selalu doa supaya aku takkan jumpa dengan manusia yang punya hati busuk macam kau tahu tak!!! Kau ingat kau dah menang bila dah dapat aku, perangkap aku??” Soalnya bertubi-tubi tanpa henti.
“The answer is No,I’m gonna be your nightmare..your worse nightmare that will haunt you everynight in your sleep!”
Seusai berkata itu tangannya menaikkan kepala paip bagi memenuhi ruang bathtub. Lubang pula ditutup. Aku dah cemas memikirkan apa yang dia cuba lakukan. Baru aku cuba bangun mudah sekali dia menolak tubuhku yang mula lemah sehingga terduduk semula.
“No..no..please..please stop it! I promise I akan terangkan semula kat tok ayah,I janji!”
Wajahnya beku mendengar rayuanku. Sikitpun tiada belas diwajahnya bila dia memercikkan air bathtub bertalu-talu ke wajahku yang sudah kelemasan seraya menjerit marah
“Aku benci kau dari dulu lagi dan benci aku makin kuat bila kau guna cara yang paling jijik untuk dapatkan aku! Kau taknak mengaku tak apa aku terima sebab aku tahu satu hari nanti Allah akan tunjuk kebenaran depan aku dan masa tu…aku sumpah kau akan malu dan menyesal sampai tak sanggup lagi nak hidup!”
Dia menolak kepalaku ke dalam air. Tangan cuba meleraikan pautannya tapi aku penat dan lemah bila air terus-terusan masuk ke rongga hidung dan mulut. Lima saat kemudian dia menarik aku semula.
Tersembur air keluar dari mulutku. Mata,hidung dan mulut semuanya pedih! Namun hatiku lebih pedih melihat dia tergamak memperlakukan aku begini. Sungguh sakit telingaku mendengar caci makinya menghamburkan kebenciannya yang tidak bertepi padaku.
“Please…stop it please! I…”
Sekali lagi dia merendamkan aku. Kaki dan tanganku naik meronta meminta pertolongan tapi siapa saja yang ada dalam rumah ni kecuali kami berdua!
“I hate you! I really hate you,evil! Perangai kau lebih teruk dari syaitan ! Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau! You destroy eveything my life!”
Tiada tanda-tanda dia akan berhenti. Dia makin menggila merendamkan aku ke dalam bath tub dan diselang selikan dengan tempikan yang berbisa. Juga hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung. Dalam mataku yang terkebil-kebil melawan air yang berkocak, dapat ku lihat riaknya yang penuh kebencian. Hatiku pilu…
“BERHENTI ! STOP IT,PLEASE! I’M BEGGING YOU!”
Sunyi. Sepi. hening. Baju tidur yang tersarung ditubuhku tiba-tiba basah lecun. Aku berhenti dari meronta-ronta tanpa sebab dan bingkas bangun dengan nafas yang tercungap-cungap. Meliar kepalaku memandang sekeliling.
Tiada lagi pancutan air yang kejam cuba melemaskanku…tiada lagi jeritan dan tempikan yang saban hari singgah dicuping telinganya..tiada lagi tangisan dan rayuan yang tidak bermakna. Dan tiada lagi wajah yang bengis sedang merenungnya penuh api amarah yang membara…
Aku beristighfar berulang kali sambil meraup wajah dan rambut ke belakang. Tidak semena-mena kilat berdentum kuat sehingga menerangi ruang bilik. terangkat bahuku dek terkejut. Acapkali aku mimpi akan hal yang sama jika hujan lebat membasahi bumi ditambah lagi dengan sinaran kilat yang tiada henti dan juga guruh yang berdentum kuat. Satu mimpi ngeri yang menghantuiku sehingga ke hari ini.
Baru pukul tiga pagi. Aku melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk. Segera aku menunaikan solat sunat tahajud. Fikiran yang kusut,hati yang tidak menentu beransur tenang walaupun tubuhku bagaikan kaku mendengar kilat dan petir sabung menyabung. Tiap kali ia memancarkan satu garisan berwarna putih yang menerangi bilikku yang gelap,tiap kali itu lah aku mula terbayang kembali mimpi tadi.
Tiba-tiba bunyi yang kuat dari luar rumah membuat aku tersentak. Sepertinya ada seseorang menolak pagar rumah. Bukan aku tak tahu pagar rumah yang dah nak nazak tu. Tolak sedikit sahaja sudah bolehq
Tapi siapa saja yang datang pagi-pagi buta ni? 3 pagi kot! Rasa seram mula bertamu tapi bunyi pagar rumahku makin kuat digoncang.
“Assalamuaikum….”
“Lah..bagi salam pulak? Ya Allah..siapa yang datang waktu macam ni!”Aku keluar dari bilik tanpa membuka lampu ruang tamu sebaliknya suis lampu luar yang malap aku tekan. Langsir aku selak sedikit
Dia memberi salam lagi. . Betullah memang ada orang! Lelaki pulak tu. Dengan lampu yang malap dan pancaran kilat memang taklah dia dapat melihat wajah yang jelas. Namun yang buat dia terpana adalah melihat kawasan rumahnya yang mula dimasuki air. Parit yang sederhana besar disepanjang jalan sudah penuh dengan air. Aku yakin sekejap lagi kawasan ini akan banjir.
“Oh..thanks a lot!”Getusku mengeluh. AKu membiarkan salam itu tidak berjawab untuk kesekian kali. Lelaki itu memakai sweater yang sudah basah kuyup. Sekadar menutup kepalanya dengan hood. Dapat kulihat tubuhnya yang menggeletar kesejukan.
Sesat? Kereta rosak? Tetapi mana keretanya? Aku teragak-aagk nak memberi bantuan. Setakat nak tumpangkan diluar rumah untuk berteduh boleh lah. Tapi nak ajak masuk?
Mustahil!
Dah tentu rumah aku yang dia akan cari dulu memandangkan rumah sewa ini merupakan rumah pertama dan juga berada dilorong yang pertama. Acap kali juga kawasan perumahan ini banjir setiap kali hujan lebat.
“Assalamualaikum…!” Suara itu makin kuat dan terketar-ketar. Dari gaya dia menggoncang pagar juga sudah lain. Seperti sedang menahan sejuk yang mencengkam. Ditambah pula dengan paras air yang sudah sampai ke betis.
Risau,seram,kasihan silih berganti. Setelah berkira-kira,aku mencapai sweater tebal dan mengenakan hoodie. Aku keluar dan pantas pintu ku kuncikan kembali sebagai langkah berhati-hati walhal aku sendiri was-was dengan tindakan ku sekarag ini.
Dia seorang lelaki dan juga orang asing! Pelbagai kemungkinan terlayar diruang mata. Terbit pula rasa menyesal tapi dia tidak boleh berpatah balik. Lagipula telefon sudah sedia ditangan jika lelaki itu bertindak diluar jangkaan.
“Ya ada apa ya?”soalku masih tidak bergerak. Sekadar memerhatikan tubuh tinggi yang melepasi pagar rumah itu dari jauh. Terteleng-teleng leherku cuba mencari wajahnya di balik hood itu. Lebih-lebih lagi sweaternya yang tersarung tadi kini diletak diatas kepala. Sebaik melihatku dia seperti terkejut.
“Maaf cik…saya ingatkan ni rumah bujang. Ingat nak mintak tolong kereta saya mati kat simpang empat depan tu. Tak tahu pulak boleh banjir macam ni.”
Aku terpempan sejenak mendengar kata-katanya. Suara itu….Aku menggeleng laju. Tak mungkin!
Mungkin saja bunyi kilat dan hujan buat aku dengar suara dia sebiji macam suara dalam mimpiku.
“Maaflah saya tak dapat nak tolong. Kawasan dekat sini memang selalu banjir. Saya nak tolong pun saya tak tahu apa-apa pun pasal kereta. Tapi..”
“Boleh saya tumpang teduh sekejap dekat luar ni?”
Aku terdiam.
GEDEGANG!!!
Jelas dimataku pancaran kilat yang betul-betul hampir dengannya. Sungguh aku terkejut melihat panorama itu berlaku didepan mata. Dia juga terkejut. Melihatkan itu aku pantas mencapai payung di rak dan segera menghampiri pagar. Mangga aku buka laju dengan tangan yang terketar-ketar. Takut dan sejuk!
“Maaf menyusahkan cik…”
“Tak apa…tapi…” Aku angkat wajah sebaik pagar dibuka.
Dan…masa seakan-akan dihentikan tanpa sebarang isyarat. Aku terkedu begitu juga dia! Seinci jarakku dengan dia…dan pancaran kilat membuat aku sedar siapa sebenarnya berada didepanku ini. Siapa sebenarnya yang sedang aku berdepan ketika ini selepas dua tahun!
Ya ALLAH ! Apa yang KAU cuba tunjukkan padaku, Ya ALLAH…
Hai…bukan novel baru ya tapi baby lama..yg seperti HZ janjikan siapa yg nk repeat boleh ler singgah lalu kejap hihi.. Ada certain part HZ edit sebab banyak juga errornya. Yalah buat dulu waktu mentah lagi haha.. Selamat membaca!
Share this novel