Adakah satu dosa mencintai seseorang ? Adakah satu jenayah kerana terlalu memiliki? Dan benarkah niat tidak menghalalkan cara? "Aku akan dapatkan apa yang aku mahu walau dengan apa cara sekalipun" Itu tekad seorang gadis bernama Elliena Kamelia. "Teruskan bermimpi. Cukup kau tahu aku tidak pernah dan tidak akan mencintai kau!" - Zariel Zahari- Kerana satu peristiwa, mereka berdua terpaksa disatukan. Cinta yang sudah lama tertanam menyebabkan Elliena Kamelia nekad mengambil hati Zariel walaupun lelaki itu berterusan menolak dan membencinya. "Aku benci kau! Kau dah musnahkan hidup aku dan aku tidak akan memaafkan kau seumur hidup aku!" -Zariel Zahari.- "This is the price that I had to pay for all my mistakes. I let you go” -Elliena Kamelia. Mengalah bukan bererti dia mengalah tetapi sampai bila dia mampu bertahan andai hatinya terus dilukai? Sampai waktunya, dia akan lelah jua. Berundur itu lebih baik. Dan Tengku Zariel…adakah benar tiada ruang dihatinya untuk gadis itu? Adakah dia akan berterusan membenci? Dan apakah pengakhiran kisah di antara mereka berdua? Segalanya bakal terjawab di dalam novel ‘Henti Lukai Aku’
Update 06 December 2024
2025-04-19
Reread tanpa jemu
2025-02-07
cite ni best sangat author thank you for creating this beautiful story, harap one fine day boleh jadi fizikal novel
2024-12-28 1 Replies
Hazelia ada akaun tiktok tak? Hihi