KEKOK.
Itu yang aku rasakan ketika ini pada pertemuan pertama kami selepas sebulan berlalu. Penampilan dia masih sama Cuma raut wajah yang kacak itu penuh ketenangan. Sukar untuk aku gambarkan.
“I’m just wondering if a girl in front of me is still my gorgeous friends..Elliena Kamelia”
Spontan aku ketawa kecil seraya menggeleng. Berjaya juga dia menghidupkan suasana canggung di antara kami.
“You look different, Herman. I’m speechless”
“No..please don’t. You make me feel weird after I’m get married.”
Senyuman aku pudar perlahan-lahan. Entah mengapa,hatiku tercuit dengan perasaan serba salah. “How about you and Iman? Sorry for asking but I really want to know.”
Tidak semena-mena wajah Herman berubah keruh. Dia tersenyum hambar.
“She’s always fell sick…”
Jantungku berhenti berdegup. “What do you mean?”
“Kami dua bukan macam pasangan suami isteri yang lain,you pun tahu kan Kim? I dibuang keluarga. I feel alone that time but her family try to accept me. Accept their ‘express son in law’. Iman layan I baik. Dia hormat I sebagai suami. Pada mulanya I sangat kekok sampaikan kami tidak bercakap sepatah pun walaupun sebilik. Lama-lama hubungan kami makin baik tapi dia kerap jatuh sakit. Demam panas secara tiba-tiba. Kadang-kadang tu setiap minggu kami terpaksa bawa dia ke hospital sebab suhu badannya naik mendadak. Doktor kata dia terlalu stress. Tapi pada i…” Mata kami bertatapan seketika sebelum dia mengeluh.
Aku menahan penuh debaran. Mengharapkan telahanku tidak benar.
“I think she really miss Ariel….”
Air liur aku telan kesat. Maknanya betullah pada minggu pertama perkahwinan kami,Tengku Zariel demam disebabkan Iman? Adakah rindu mereka berdua benar-benar bertaut? Sebegitu kuatkah cinta mereka berdua? Sehinggakan masing-masing jatuh sakit apabila dipisahkan. Aku Teringat saat Tengku Zariel tidak sihat sehari selepas kami bernikah.
“I’m sorry Herman. Sorry for what had happened to you. You lose your family because of me.”Aku terus mengubah topic kerana kenyataan itu sudah cukup melukakan. Aku tidak yakin aku mampu untuk mendengar kenyataan yang seterusnya.
Senyuman masih tidak lekang dibibirnya. Sungguh dia nampak berbeza. Dia berduka tetapi penuh ketenangan. Dia cuba tersenyum namun hambar.
“Kim,I will do everything for you to make you happy. Tuhan dah bagi jalan yang terbentang luas untuk i..mencari kebahagiaan bersama Iman dan I berusaha ke arah itu. Mungkin ini yang dipanggil takdir. Please, kita tutup cerita okay? So macam mana you dengan Ariel? Are you happy with him?”
Aku terkedu. Bahagiakah aku?
“Kim…is everything alright?”Herman menyoal semula dengan nada lembut yang nyaris buat aku menjatuhkan air mata.
“You’re too kind, Herman…” Jujurku buat pertama kali.
Kelihatan Herman terkedu. Lama dia merenungku seperti mencari jawapan.
“Kim…”
“There are no regret…just lessons”
Aku membalas bersama senyuman. Tidak mahu Herman tahu badai yang melanda. Perbualan kami seterusnya cuma berkisar tentang kerja kerana aku tidak mampu untuk meluahkan tentang apa yang berlaku dalam perkahwinan aku dan Tengku Zariel.
“Hai my sexy maid ! How are you today? You look tired. Need help?”
“You can help me by move aside…”Tukas aku menjelingnya,menyuruhnya berganjak dari cabinet dapur selesai saja makan malam tadi. Dahlah penat berdiri lama-lama terpaksa mengadap mem besar,tuan besar, dan adik sebesar kepala ni selesai makan,dengan pening lagi . Sekarang ni datang pula si penyibuk ni.
“Sombongnya you. I tanya dengan cara yang baik so jawab dengan cara yang baik,kan? Tadi tengahari bukan main mesra lagi you dengan Mister Express Iman’s husband!”
Serta merta tangan aku yang laju mengelap permukaan kabinet terhenti seraya mencari wajahnya. Bibir itu mengukir senyuman sinis. DIa nampak?
“I tak faham apa yang you cuba cakap”
“I cakap I nampak you dengan lelaki yang ditangkap basah bersama Iman tadi so it’s mean you guys knew each other. Tak pun dia ada kena mengena dengan you? Atau you upah dia untuk perangkap Iman, perangkap Ariel, betul?”
Spontan aku ketawa cuba meredakan adreline yang naik mendadak. Aku kini mengadapnya sambil bersilang tangan.
“You are so funny,Tengku . Too drunk I think? Yes I do know him. He is one of AJ Café’s regular customer and to be honest,I’m so surprised when he get caught with Iman. And FYI, I kenal Iman dan lepas apa yang terjadi,I rasa simpati dengan dia.”
“Kalau betul you simpati dengan Iman,kenapa you jumpa suami dia? Kenapa bukan Iman?”
Sekali lagi tawaku meletus. Geli hati melihat senyuman sindirnya pudar kerana pasti dia menyangkakan aku akan menggelabah bila tertangkap tadi.
“ You intip i?”
Tengku Farizal tertawa. “Kalau betul , kenapa? Kalau bukan i pun, i rasa Ariel pun buat perkara yang sama. Dia buat bukan sebab perasaan cemburu tapi dia nak siasat siapa isteri yang sebenar “
Aku menggengam erat kain yang masih berada di tanganku. Memejam mata rapat. Mendengar suara lelaki ini saja sudah cukup menjentik sabar yang semakin tipis.
“I rasa I tak perlu jawab soalan you tu sebab you sendiri tak rapat dengan suami i. You tahukan siapa? Tengku Zariel Farhan..yeah,that’s my husband. So,it means that you know nothing about him,Iman and especially me. Dahlah Tengku Farizal, just mind your own business okay.”Aku bersuara sarkastik sambil melemparkan senyuman yang cukup menawan. Berura-ura untuk berlalu tetapi dia tangkas mencapai tanganku. Serentak aku menepis.
“Don’t you dare to touch me!”
Dia tidak membalas apa-apa sebalik dia menolak tubuhku rapat ke dinding dan mengepung aku dnegan kedua-dua belah tangannya. Bulat mataku kerana terkejut.
“Hei,perempuan…kau jangan nak pura-pura baik lah depan aku. AKu tak perlu kenal kau even laki kau tu. Kau ingat aku kisah nak ambil tahu pasal Ariel tu? Listen here carefully,Kim. Aku nak offer kau sesuatu dan aku yakin kau takkan cakap ‘No’.”
Malas aku nak layan sebaliknya aku menolak-nolak tubuhnya supaya dia jauh dariku. Rasa takut dan cuak menjadi satu. Aku memandang sekeliling. Patutlah dia berani kerana di ruang dapur ini CCTV hanya berfungsi di sudut pintu belakang sahaja.
“Aku janji aku takkan beritahu sesiapa tentang pertemuan kau dengan suaminya Iman. Well,kau sendiri tahu kan Ariel tu cepat curious bila bercakap pasal Iman dan cepat melenting kalau kau ada kaitan dengan semua ni. Dah terang-terang dia benci kau jadi apa-apa yang berkaitan dengan kau,dia mungkin akan jadi lebih teruk kalau dia dapat tahu.”
“So?”
Bibirnya mula mengukir senyuman penuh makna. Senyuman yang mengundang rasa kurang senang dalam hatiku.
“Kau layan aku. Jadi mistress aku. Dan aku akan diam. Checkmate!”
PANG!!!
“Langkah mayat aku dulu you evil !!!”Tempikku dengan geram. Serentak itu aku memijak kakinya beberapa kali sebelum menolak tubuhnya sehingga dia jatuh terduduk. Kurang ajar!Ketika aku berpaling,mataku terpaku pada sesusuk tubuh di balik sliding door kaca.
Tengku Zariel! Oh my….apa lagi ni!!!
“Apa benda yang aku nampak tadi?” Suara komentarnya bergema di bilik kerjanya. Aku yang baru tiba terus menerpa duduk di kerusi sebelum suaranya buat aku pegun.
“Bangun. Aku tak bagi arahan suruh kau duduk, bukan?”
Aku berdecak geram. Sudah lah fizikal aku penat hari ni, diseksa mental oleh suami dan adik ipar sendiri. Namun demi melihat wajah yang menyinganya tadi…aku memaksa diri untuk bangun. Berdiri seperti pesalah.
“I can explain. But promise me you need to listen. Hari tu i dah cuba beritahu tapi you tak cuba untuk dengar i.”
“Which one?”
“Every single thing…especially your brother, sweetheart. Look, i taknak you salah faham. I dengan Izal…”
Tidak sempat aku menghabiskan kata, Tengku Zariel mengangkat tangan dengan malas. “ Cukup. Cukup dengan apa yang aku dah nampak. Aku tak perlukan penjelasan kau walaupun cuma satu ayat”
Aku terdiam. Tidak berkelip aku merenung suamiku. Entah tidak tahu apa perasaan yang menyelinap masuk ke tangkai hati ini tetapi cukup sakit.
“What do you mean?”
“Like i said, enough. Jadi, tolong padam segala kesimpulan dalam kepala otak kau dengan kemungkinan yang tak pernah terjadi. Mustahil…aku akan percaya dekat kau. Walaupun aku tak rapat dengan Izal, aku lebih percayakan dia daripada kau. After all, he still my family…except you…”
Sekali lagi aku bungkam . ‘After all, he still my family…except you…’
Sungguh, hatiku terguris lagi untuk kesekian kalinya.
Share this novel