BAB 19
PURRR!!!
Aku tutup mulut cuba tahan ketawa tetapi terlepas jua. Kuat pulak tu aku ketawa. Serius,betul-betul tak tahan melihat reaksi di wajahnya yang masih tidak nampak seperti dimamah usia.Tisu dicapai sehingga berterabur semuanya. Aku lekas mendekatinya,pura-pura prihatin.
“Kenapa Puan Sri tak sedap ke air teh saya buat tu? Eh tak baik tau cakap tak sedap. Saya sukat betul-betul tau. Dua sudu gula plus dua susu but please listen to my advice. Eat and drink too much sugar it is not for your own health. Daddy dengan mama pun jarang makan benda-benda manis macam ni even buat air teh pun kadang-kadang tak letak gula langsung!”
Laju dia menoleh bersama jelingan.Sengaja aku tutup mulut.
“Kau sengaja kena kan aku ya? Inilah masalahnya kalau tak pernah pergi dapur! Buat air teh pun tak tahu. Agaknya tadi bukan gula kau letak tapi garam! Maz!!!”
“Eh Puan Sri nak cakap apa bagitahu saya nanti saya buatkan. Kalau suami saya tahu saya tak layan baik mak mertua saya,habis saya nanti” Pujukku konon-kononnya meminta simpati sedangkan hati dah mendongkol geram. Penat-penat aku balik terpaksa hadap muka Puan Sri Tengku Wahida dan terpaksa buat high tea untuknya pada setiap petang. Enak dia bersantai di wakaf menanti aku membawa hidangan petang.
Lebih sakit hati melihat pengawal overseanya tersengih-sengih melihat aku memakai dress kuning sedang menghidangi mem besar! Kalaulah sesiapa nampak, mana lah aku nak letak muka ni?
“Tak payah! Haa Maz lepas ni ajar dia ni buat air yang sesuai untuk diminum.”
Malas nak dengar bebelannya, aku bersandar di tiang wakaf sambil bersiul. Ketika itu Mazliana sudah kembali dengan membawa segelas air teh dari teko. Aku menyimpan senyuman sehingga Mazliana mengangkat kening kerana tidak mengerti. Ketika itu juga gate automotik dibuka membenarkan sebuah Range Rover putih masuk ke porch.
“Saya minta diri sekejap eh lama ya Puan Sri sebab nak sambut suami yang tercinta. Faham-faham je lah..new bride kan. Besides,we’re about to plan our honeymoon. Paris,Venice, Amsterdam ke Maldives ? No..no…tak romantic sebab tempat tu semua I dah pergi. Hmm…how about ‘Kim’s heaven Place?’ Sound nice,huh?”Kenyitan nakal ku lemparkan padanya yang terkumat kamit nak membalas.
Aku terus berlalu mendekati kereta mewah itu. Tangan memgibas rambut ke belakang sambil sengaja menyelak belahan dress hingga ke peha.
“Hai,sweetheart…I tahu you penat sebab kerja you banyakkan. Come,let me take your briefcase. Just take a shower and get some sleep” Aku mengusap tangan dan lengannya. Suara aku sengaja lunak dan manjakan.
Tengku Zariel hanya berdiri statik. Memandang ke depan. “Take off your hands”
Pada mulanya aku terkedu sebelum ketawa manja, mengurangkan perasaan canggung di antara kami. “
Okay I’m off. I tak pegang you. Sini briefcase you biar I bawak.” Pintaku sambil cuba mencapai briefcase ditangan kirinya. Saat itu aku ambil kesempatan melingkari pinggangnya. Begitu dekat tubuh kami sehingga terpejam mataku terbuai dengan haruman di tubuh Tengku Zariel. Sedang aku menzahirkan luahan hati ini,mataku terbuka luas bila dia mencengkam lengan aku bersama satu tolakan keras sehingga aku terdampar di lantai marmar. Kalau hari – hari kena tolak boleh patah pinggang aku.
Aku memerhati sekeliling. Puan Sri Tengku Wahida senyum sinis sambil selamba meneguk minuman, dua pak guard oversea pula terkesima dan aku? Malu! Kenapa Tengku Zariel suka memalukan aku sedemikian rupa? Terkial-kial aku bangun menyaingi langkahnya.
“Kenapa you tak boleh baik dengan I walaupun untuk satu hari?? I bukan nak tunjuk baik, bukan sebab syarat-syarat yang you buat tu pun tapi I cuma nak jalankan tanggungjawab I pada you. That’s it! You tak malu ke buat I macam tu depan mama you,depan guard kesayangan you tu dekat isteri sendiri?! You tak tahu ke itu satu dosa?”
Mengekek Tengku Zariel ketawa sehingga merah muka. Dia menggeleng.
“Dosa? Orang macam kau tahu ke tentang dosa? Tahu mana baik mana buruk? Kau dah buat aku hilang semuanya kau masih berangan aku nak layan kau baik macam malaikat?!” Kuat suaranya menjerkah.
“Apa yang dah jadi pada you bukan salah i. We’re meant to be together. I ikut semua syarat you bukan sebab terpaksa tapi itu tanggungjawab i. So can’t you do the same thing? Kalau you nak nafikan I ni wife you,okay fine tapi at least,Ariel…at least,layan I macam manusia! Bukan sampah!”
“Kau dengan sampah tak ada bezanya,Kim. Kau nak nafikan? Go for it because I didn’t lose anything. And please, lain kali kalau tak reti masak buat cara tak reti. Nak belajar masak masakan kampung,jangan sampai kari tu cair. Sebab tu satu periuk tu aku suruh Maz buang dalam tong sampah sebab memang selayaknya tempat kau kat situ!”
Bahuku dilanggar namun aku sekadar berdiri kaku dengan pandangan kosong. Hujung mata aku lirikkan pada Puan Sri Tengku Wahida yang tersenyum puas. Jujur, ada masanya aku Lelah tapi ini bukan waktunya untuk aku mengalah.
“I nak kita pindah rumah”
Hanya dengan satu ayat,cukup membuat Tengku Zariel yang sedang asyik menaip sesuatu ditelefonnya mendongak memandangku .Mataku sempat melihat hidangan makan malam yang tidak terusik.
Sejujurnya aku tidak faham, kenapa Tengku Zariel menyuruh aku masak walhal dia tidak pernah sekalipun sentuh apa yang aku masak atau beli?
“Kau cakap apa ni?”
“I cakap I nak pindah rumah”
Tengku Zariel tertawa sinis, bersandar enak di sofa. “Jadi? Pindahlah. Aku takkan larang. Asalkan kau tau ‘kerja’ kau dekat sini”
“Dengar betul-betul,Ariel. I maksudkan ‘kita’. I nak kita berdua pindah keluar daripada rumah ni. I tahu you ada kondominium tapi you sorok dari pengetahuan I kan?”Aku bersuara dan aku puas melihat wajahnya berubah. Dia memberi perhatian kepadaku kali ini. Pasti dia terkejut kerana aku tahu.
“Harith yang beritahu kau, kan?”
“Apa benda je yang I tak tahu tentang you, Tengku Zariel? “Aku mengorak senyuman sambil meliarkan jari jemariku di lehernya sebelum tangannya menepis.
“Stop it! Dan lupakan apa yang kau cakap tadi. Sedar sikit kita berkahwin atas dasar apa. Terpaksa! Itu rumah aku dan kau tak akan mungkin jadi penghuni bidadari dekat situ, ingat tu!”
“Okay, fine. I ingat dan I tahu. Tapi macam mana pula dengan you? You masih ingat bukan tanggungjawab you sebagai seorang suami? Salah satunya you kena sediakan tempat tinggal dan jaga keperluan i. Jangan kata yang itu, nafkah pun you tak beri apatah lagi nafkah batin!”Aku bertegas tanpa dapat menahan lagi walaupun ianya mungkin sia-sia. Sungguh aku tidak mahu berpindah dan duduk berasingan dengan Tengku Zariel tapi adakalanya kehadiran Tengku Farizal tidak buat aku tidak selesa. Begitu juga dengan Puan Sri Tengku Wahida yang tidak habis-habis menjelingku setiap kali kami bertembung. Tak juling pulak matanya itu!
Ketawa Tengku Zariel meletus sehingga aku memujuk diri untuk bersabar. “Kau cakap apa? Nafkah zahir, nafkah batin? Kau ingat aku bernafsu ke untuk buat beri semua ni dekat kau. Sebelum kau nak bercerita tentang dosa, apa kata kau beritahu aku dulu apa dosa yang kau dah buat? Ambil kesempatan untuk orang yang teraniaya macam aku? Pakai baju tak cukup kain, pergi ke kelab sana sini..dan kau cakap Izal nak ambil kesempatan dekat kau? Dia pernah beritahu aku yang dia kenal kau dekat kelab malam. Berparti bagai.”
Terasa berpijar wajahku mendengarnya. Aku ketap bibir. “You percaya sangatlah apa yang Izal cakap tentang i. I isteri you, sepatutnya you berpihak kepada i. I tak kira, I nak kita pindah juga dari sini. Kalau tak..”
Aku tidak dapat menghabiskan kata saat Tengku Zariel mengangkat tangannya. Pandangan tajam matanya tepat memanah ke arahku.
“ Kau masih faham Bahasa Melayu, kan? Dan aku rasa kau dah baca syarat perjanjian yang aku bagi tu. Next time, tampal dekat dahi kalau takut lupa!” Tengkingnya sebelum berlalu.
“Ariel, Ariel! I hate you…but I love you even more…what I’m supposed to do,then?
“Cuba you tengok gambar ni,, mereka berdua nampak sangat romantik. Lovely!”
Aku terus mematikan skrin telefon bimbitku. Berombak dada melihat dua gambar yang dihantar oleh Tengku Farizal. Dua gambar yang menunjukkan pasangan dan situasi yang berbeza.
‘Satu penerimaan dan satu lagi penafian’
“Lagi satu,Kim I nak tanya. You betul percaya yang abang I tu sesuci-suci manusia? Do you think you know him very well?”
Soalan Tengku Farizal Kembali menyesakkan kepalaku yang sudah sedia kusut. Sudah beberapa kali lelaki itu bercakap tentang hal yang sama tentang abangnya sendiri. Aku tidak kenal suamiku sendiri? Aku mengenalinya daripada zaman belajar lagi.
‘Kenal apanya? Kau yang syok sendiri!’ Terus aku ketuk dahi bila ada satu suara menyampuk di ruang kepala. Perlukah aku bertemu dengan Iman? Atau Herman? Tapi gambar tadi…terus aku geleng laju. Kerja gila! Selintas fikiran ku melayang kejadian empat tahun yang lepas.
Flashback……
Langkahku mati saat melihat gerangan siapa yang membaca doa untuk pembukaan majlis di dewan besar itu. Belum duduk lagi, telingaku sudah mencanak naik mendengar alunan bacaan Al-Quran sebaik saja doa dibaca. Sering sahaja pihak universiti akan membuat program atau ceramah untuk para pelajar dan kebetulan malam Khamis ini diadakan ceramah agama dengan pendakwah terkenal.
‘Senior yang hari tu…’Getus hatiku sebelum laju menuruni tangga,mahu duduk dibarisan hadapan sekali. Masa kuliah, tidak mahu pula aku buat begini.
“Dia yang alunkan azan setiap Subuh dekat asrama lelaki”
Aku menoleh. Tersentak melihat gadis bertudung litup yang aku jumpa semasa minggu orientasi sebulan yang lepas.
“Mana awak tahu?”
“Awak mesti nak tahu kan? Lagipun, kes awak suruh dia basuh pakaian awak kecoh kot masa tu.”
“The best team win. Anyway, memang dia ke yang selalu baca doa setiap kali ada program?”
“Kalau dia ada, dia akan baca doa. Abang Ariel memang aktif dari dulu. Tahun akhir ni, mesti dia lagi aktif sebab lepas ni dia takkan ada dekat sini lagi. Kalau awak nak, join lah setiap kali ada program dia”
Dan sejak itu aku akan pergi program yang Tengku Zariel sertai. Bukan sekadar meminati lelaki itu kerana wajahnya yang tampan dan ketatnya itu tetapi juga kerana betapa merdunya suara itu ketika mengaji atau melaungkan azan. Saat itu, perasaanku semakin kuat mengatakan dia mampu membimbingku. Dan rasa itu kekal sehingga aku nekad mencarinya.
Ya, bukan sekadar mencari tetapi juga menanti.
“I nak you ajar I mengaji”
Aku menahan langkahnya di koridor sebelum masuk ke kuliah. Rakan-rakannya sudah saling berpandangan tidak berkelip. Jelingan Tengku Zariel memaksa mereka terus masuk ke dalam, meninggalkan kami.
“Apa lagi kau nak? Nak suruh aku basuh ‘akal’ kau pulak?”Desisnya masih tidak puas hati.
“Nak basuh hati I sekalipun boleh”
“Tolong jangan buang masa aku. Pensyarah dah masuk kelas. Kau nak belajar mengaji,pergi cari orang lain. Ramai lagi orang yang ‘berilmu’ daripada aku”
Sekali lagi aku menahan dia dipintu kuliah bila dia mahu beredar. “I tak nampak orang lain kecuali you. You pun akan dapat pahala kalau ajar i. Paling tidak pun, ajar I asas-asasnya pun dah okay.”
Aku simpan senyum melihat dia memejam mata sebelum memandangku dengan geram.
“Aku boleh ajar kau ‘adab’ kalau kau nak. Ini amaran terakhir aku, jangan berani atau jumpa aku lagi.”Bersama amaranitu, dia terus berlalu.
Namun, aku sekadar tersengih sambil memerhatikan tubuhnya masuk ke kelas. Dan saat itu juga aku terdengar pengumuman daripada pensyarah kelas itu.
“Kepada sesiapa yang baru masuk ke kelas, sila keluar semula. Bukan ke daripada hari pertama lagi saya dah beritahu, jangan lambat walaupun satu minit!”
Aku tergamam dan meneguk liur bila Tengku Zariel menoleh memandangku tajam. Opss!
Share this novel