BAB 18

Romance Completed 199367

BAB 18

“Nice work,Kim. You really did a good job,darling!”

 
Tangan kami berjabat mesra. Aku tersenyum ceria dengan pujian dari pelangganku yang baru selesai majlis resepsinya semalam. Hadir ke TiaraKim Wedding untuk menjelaskan bayaran yang selebihnya.

 
“It’s part of my job to make sure my customer happy and satisfied with TiaraKim Wedding and of course..makes them loves me more”

 
“Kim! Nakalnya you!” Serentak ketawa gadis kami berdua meledak sebelum suara Khay meminta izin untuk masuk kedengaran.

 
“Yes Khay?”

 
“Maaf ganggu tapi ada orang nak jumpa you. Dia tak ada buat appointment but he really wants to see you. He says some…urgent matter?”
 

Dahi aku berkerut. Tidak pernah lagi ada orang nak jumpa aku tanpa buat appoinmet kalau tak kerana penting.

Tidak membuat appointment, bermakna tidak penting. Jika tidak buat,main redah aje masuk sudah aku agak pasti ada saja lelaki yang hantar macam-macam sampai penuh pejabat aku sehingga ke bahagian reception tempat Khayra tetapi gerak tubuh Khayra juga lain, seperti kurang selesa.

Apa agaknya ya?
 

“He? Did he tell his name? I ada banyak kerja lepas ni so cakap dengan dia kalau memang tak ada buat appointment,leave me a message then”

 
Khayra kelihatan serba salah. Klien kami, Cathy mengangkat kening ingin tahu.
 

“Err…dia cakap dia adik ipar you”
 

PURRR!!!
 
 
 

 
Tubuhnya yang memakai jaket berkulit berwarna coklat aku hampiri. Entah apa dia bualkan dengan Abang Zikry di studio. Berani dia datang sini!
 

Aku  berdehem kuat sehinggakan pasangan klien aku terkulat-kulat memandang.
 

“Hai,my sister in law! Waa….you look so damn gorgeous. Right,Zack?”Teriaknya sambil tergelak sengaja mahu melihat reaksi aku. Aku turut tergelak sama memberi jawapan pada Abang Zikry yang terjegil matanya.

 
“As you can see…sorry abang Zikry,just proceed. Jangan buat muka macam tu. Ni kawan Kim yang Kim sendiri tak suka dan dia memang suka sangat bergurau. We need to talk,Izal.Come”
 

Aku membawa Tengku Farizal di bahagian menunggu di depan sudut reception. Aku hantar signal pada Khay supaya melayan pelanggan yang hadir. Tengku Farizal duduk rapat disebelah aku sambil mendepakan tangan bersandar dikepala sofa. Aku menjelingnya tapi dia sekadar menayang muka selamba. Terus aku bangun dan duduk di kerusi yang muat untuk aku seorang. Hati sudah berbakul maki dengan tingkah tidak sopannya itu.

 
“Yes,Tengku Farizal.Atas dasar apa you ke sini? Nak bertunang? Nak kahwin?”

 
“I nak you…”
 

“I tak ada masa nak layan benda foolish macam ni so dipersilakan keluar. I cukup pantang kerja I diganggu dengan orang yang tak ada akal macam you ni. For your information, kedatangan you tak diundang ke sini melainkan you perlu khidmat I untuk jadi wedding planner you. Harap-harap Puan Sri Tengku Wahida tak kisahlah kan…” Baru aku nak bangkit,suaranya buat niat aku terbantut.
 

“Sekarang pun dia tak kisahkan you jugak kan? Dia tak kisah,dia tak ambil tahu pun pasal you. Kata menantu tip top.”

 
“Keep your mouth shut! This is my office so just leave! Kalau you datang sini try nak heboh biar satu office ni tahu,you yang kena dengan Ariel bukan I. Biar dia tahu sikap you yang suka cari pasal!”
 

“Ariel percaya cakap you ke?”

 
Aku terdiam. Bengkak hati aku melihat bibirnya menyungging senyuman.
 

“He won’t. Lagipun you kena tahu yang hubungan I dan Ariel tak pernah baik. Apa salahnya I cuba baik dengan you sebab I kasihan you buat part time tanpa gaji kat situ. Okay why not we make  a deal?  Tujuan I Cuma nak bawak you jauh,hilangkan stress you sebab you bukan orang gaji. Jadi, i nak offer you something and I know you be like it. Much better that your job right now”

 

Kali ini aku bertentang mata dengan pemuda itu tetapi dengan rasa sangsi. Cukup sempurna fizikalnya sebagai seorang lelaki tapi suamiku lagi kacak! Muahehe…
 

“What is it?”

 
Dia tersenyum sambil berdiri berhadapan dengan aku.

 
“Jadi model”

 
“What???Model? Are you crazy? Pergi hell lah dengan offer merepek you tu! You jangan nak sama kan I dengan perempuan-perempuan yang you bawak ke sana sini tu,offer jadi model entah apa and then be your woman! I berbeza okay. Totally different!”

 
Mengekek Tengku Farizal ketawa seolah-olah aku membuat lawak yang sunggguh hebat sehingga ada penonton menangis kerana seronok gelak.

Haa…yang ni sama sikapnya dengan abang dia tu.Suka sindir aku!

 
“Berbeza? You berbeza? You just the same with other women and please don’t deny it because it really freak me out. Honey,just accept the fact. I tahu lah sebab I pernah nampak you dekat club. Bukan sekali tapi dah banyak kali dah. Lebih-lebih lagi Alan tu kawan i. Dia yang beritahu. Model je pun bukan buat apa-apa pun. You have goddess body, beautiful face and you could make some money. Tunjukkan pada Ariel yang you hebat. Biar satu dunia kenal you,kenal nama you”
 

Meletus ketawa aku mendengarnya. Kini giliran Tengku Farizal pula yang tegang.

 
“Izal..Izal…rasanya baru sekarang I tahu kenapa you tak berjaya dalam hidup. Yeah,you have everything. Duit, kondo tiga biji, ada private island, perempuan keliling, kumpul kereta sampai tak cukup porch tapi ada satu benda berharga yang you tak ada. Ni….”Jari telunjuk aku tunjuk ke arah kepala.

 
“Zero. Nothing. I bukan gadis yang baik,bukan gadis yang tutup sana sini tapi at least I masih jaga maruah i. Dan apa you cakap tadi? I tak ada apa-apa dengan kerja I as a wedding planner? You ingat I jenis macam you ke, menghabiskan duit parents sendiri. I build my own life, my own career. And this place,I build with my own effort and with my crew. You’ve know idea what are you saying so just shut your mouth.
 

“Apa yang I ada…apa yang I miliki merupakan asset I pada lelaki yang halal untuk i. Bukan untuk dijaja..bukan untuk jadi tatapan orang lain. I tahu apa niat you lah,Izal. You jangan ingat I mudah diperbodohkan macam you buat pada wanita lain. You don’t know me,so do I and yeah…I don’t want to know about you. You nak fikir apa-apa tentang I, terserah. So,kalau you tak ada apa-apa,tu pintu ada sebelah sana. Thanks”

 
Panjang lebar aku membebel tapi aku tahu Tengku Farizal takkan nak dengar punya. Aku tak kisah dia nak buat apa kerana jika aku layan,buang masa aku je. Lebih baik aku teruskan misi aku bagaimana nak memikat hati batu Tengku Zariel.
 

“Jangan menyesal,Kim….”

 
Sempat lagi aku mendengar kata-kata Tengku Farizal selepas meninggalkan dia termangu di situ. Aku Cuma senyum. Orang macam dia memang suka ambil kesempatan terhadap perempuan. Aku memang tak kenal siapa dia pada mulanya.

Malah jika benar dia nampak aku di kelab malam, aku tidak pernah masuk sebaliknya menunggu di luar untuk mengambil Tiara yang mabuk. Benar,bukan sekali dia tapi dah banyak kali. Berbuih aku nasihkat Tiara,mana mungkin dia akan dengar selagi dia bersama Alan. Apa yang Alan berbelitkan cerita aku tak  tahu kerana Alan juga berdendam dengan aku.
 

Bukan Tengku Farizal saja yang pernah menawarkan aku part time menjadi model. Aku tidak pernah menyimpan walau sedikit minat nak jadi model. Hanya sekali je itu pun untuk majalah studio Tiara Kim Wedding masa awal-awal aku buka agensi ini. Yang seterusnya kami mengupah model-model sambilan.

 
Dunia fesyen separa duniaku. Dunia aku yang sebenar cumalah mewarnai hari bahagia pasangan yang menuju ke alam syurga bersama satu janji. Bahagia hingga ke akhir hayat. Aku cukup berbangga dengan kerjayaku kerana hasil kerja ini akan diframekan dan ditatap oleh berjuta manusia. Dan aku yakin mereka akan menceritakan hasil kreatif dan gayaku kepada rakan-rakan, saudara dan juga anak cucu mereka. Selebihnya..duniaku hanya dipenuhi Tengku Zariel Farhan Zahari.
 
 

 
 
“Kau share ape dekat fac? Oh, resepi?”
 

“Aku pantas melarikan telefon bimbit sebaik ditegur oleh Tiara yang datang dari belakang Entah sejak bila dia tiba aku tidak tahu. Aku berdehem, mengirai rambut ke belakang.

 
“Mana ada ! Saja je kau ni”
 

“Aku dekat belakang kau dekat 10 saat. Nampaklah juga cara-cara nak masak ikan siakap tiga rasa, asam pedas…Nampak susah tapi tak mustahil kalau kau rajin buat”

 
“ Aku bukan tak rajin tapi tak ada masa. Lagipun, lately ni banyak booking yang masuk.”Balasku sambil mengurut leher yang terasa lenguh.
 

“Itu satu hal, dah tahu kau sibuk..kenapa sejak akhir-akhir ni kau selalu balik awal? Memasak?”

 
Aku menjeling Tiara yang jelas menyindir. “Nak jadi isteri yang solehah kan, kenalah ikut cakap suami”

 
“Masalahnya, Ariel peduli ke semua tu? Apa kata kau berhenti kerja? Takkan dia tak bagi nafkah bulan-bulan dekat kau? Tak habis tujuh keturunan pun kalau dia bagi, tak luak sikit pun!”
 

Aku diam tidak menyahut. Kang lagi banyak aku bersuara, bimbang aku terlepas cakap kepada Tiara yang Tengku Zariel tidak pernah pun bagi aku walaupun satu sen walaupun baru sebulan  kami menjadi suami isteri. Makan minum pun aku sendiri tak pun adakalanya aku sudah siap-siap makan di luar sebelum balik. Mana mungkin aku nak makan di rumah keluarga itu kalau nak makan pun kena bersembunyi?
 
 
 
 

LAGI beberapa langkah kaki aku mencecah perkarangan bangunan yang mempunyai 15 tingkat itu,cepat-cepat aku berhenti dibalik dinding. Bukan ada dua pegawai keselamatan lagi dah,siap ada empat!

Baru sekarang aku teringat yang aku dah dilarang masuk ke Qalesh Holding. Tak guna aku menyamar atau sogok duit ke apa sebab yang aku tahu kawalan keselamatan kat sini dah diperketatkan. ID staf digunakan hanya untuk ke tingkat tempat kerja mereka atau department. ID VIP pula lagi istimewa. All access!
 

Perbualan seorang gadis melalui telefon buat aku memasang telinga. Daring juga pemakaian gadis berambut kerinting halus itu. AKu yakin dia bukan staf sini.
 

“OMG,Ila!!! Kau tahu tak Tengku Zariel present yang aku bagi tadi. For the first time you know. Kalau tak selama ni jangankan hadiah,call aku pun dia tak angkat. Ni dia siap bagi nombor baru dia lagi tau! Tapi aku jealous lah bila tengok ada perempuan lain jugak yang bagi. Penuh bilik dia dengan bunga,coklat lagi. Pulak tu aku tengok secretary dia tak menang tangan pass line to him. He looks so damn hot with his killer smile! Oh,I melting! You….”
 

“Dead!”

Gadis itu terdiam apabila aku dengan selamba merampas telefon bimbitnya. Aku matikan dan pulang semula. Bulat matanya terkejut dengan tindakan agresif aku.
 

“Hello….what is wrong with you? Gila ke apa rampas telefon orang bila tengah berbual? So rude !”

 
“Excuse me,Mrs ‘Kerinting Girl…you yang kurang ajar sebab berani hantar  present pada husband i!”
 

Mulutnya melopong luas sebelum dia ketawa kuat seperti aku buat jenaka.

 
“What did you say just know? Husband? Hello,jangan nak perasan boleh tak? I tahulah Tengku Zariel dah reject you tapi janganlah sampai gila berangan dia tu husband you. Semua orang tahulah dia belum berkahwin. Lagipun,you not his type. Dia prefer local woman rather than not original like you. I speechless sikit sebab I ingat you foreigner buatan yang fasih Bahasa Melayu. Now, may I get my phone back?”
 

Bibir aku ketap geram. Pada masa yang sama aku rasa nak ketawa melihat gadis itu menggawangkan tangannya ke sana sini. Kim Kardashian ke? Kim Kasihan adalah!
 

“Okay..take it. Opps!”AKu tarik balik telefonnya. Hidungnya terkemek-kemek mendengus. Aku menekan sesuatu pada skrin telefonnya.

 
“Hei apa you cuba buat hah?! Bawak sini phone aku! Jangan sampai aku panggil guard! Crazy woman!”
 

“And you stop acting like one too! Gilakan suami orang,tak mahu ke?! Ini last warning dari I,Miss Kerinting. Kalau I dapat tahu you cuba bagi hadiah pada Ariel lagi, siap you! You kata I bukan taste Ariel? Well,you’re wrong then. Yang tak ori nya you,rambut dah sedia kerinting tapi pergi saloon nak buat curl. Warna mata dah terang-terang warna hitam tapi pakai lens merah. Body macam ikan sardine! Ingat cantik? What a loser!” Saat aku melihat dia sudah mencapai stilletonya,siap jerit memanggil pengaw, aku terus mencampak telefonnya ke jalan tar. Habis berderai semuanya! Lagilah melopong luas mulutnya. Keningku terjongket bersama senyuman sinis.

 
“Itu dia last warning dari i. Bear in mind,loser. Pastikan kita tak berjumpa lagi atau i akan bakar rambut Maggi you sampai botak!”

 

Seusai berkata itu aku terus beredar menuju ke kereta milik Khayra yang aku pinjam semata-mata nak ke sini. Hati jangan cakap lah. Dah nak rentung! Aku menghentak stereng kereta. Panas hati aku dnegan mulut lancang perempuan itu.
 

Benarkah Tengku Zariel terima semua pemberian dari orang lain?

Sejak dulu lagi aku menyelinap masuk ke Qalesh Holding, aku tahu biliknya pasti penuh dengan macam-macam hadiah dari gadis yang meminatinya. Yang berani jumpa dia pasti menangis bila kena halau. Yang telefon pula sudah tentu tak dilayan. Sehinggakan Tengku Zariel menggunakan private nombor yang hanya orang-orang tertentu saja yang ada. Aku sendiri tiada nombornya. Baru-baru ini aku berjaya track tapi selepas hari pernikahan kami dia terus tukar. Dan perempuan tu beritahu dia ada nombor Tengku Zariel???

 
Aku merenung iphone. Memandang sebaris nombor yang aku ambil tadi. Baru aku nak tekan call,pintu kereta dibuka. Tak sempat aku nak jerit, aku diatrik keluar.
 

“Ariel! I baru nak call you. I Miss you a lot”

Aku terus memeluk tubuhnya erat seakan-akan tak mahu lepaskannya. Bukan senang dapat peluang macam ni. Kami berdua dah halal tetapi aku langsung tak punya ruang untuk mendekatinya kerana syarat-syarat mengarut tu. Jika aku langgar,aku akan makin jauh dari dia dan aku tak mahu itu.

BUK!

Bahu aku usap dengan kerutan di dahi. Kena lagi! Wajahnya serius amat dengan mata yang bila-bila masa nak sembur aku dengan lasernya. Air liur aku telan kesat. Takut juga kalau dia patahkan pula kaki aku yang baru pulih ni.
 

“Siapa suruh kau buat kecoh depan office aku? Siapa bagi kebenaran kau usik dia?!”
 

‘Dia?’

Aku menyoroti telunjuk Tengku Zariel yang menghala pada Mrs Kerinting yang sudah berlalu dengan keretanya. Amboi! Suami sendiri backup perempuan lain!

 
“I! Memang I tak kisah nak buat havoc depan office you,even depan staf you sekalipun sebab perempuan tu berani kacau husband I and that is you,Ariel! You know how much it hurt when I found out that there are another girl out there try to secude you!”
 

“Diam!!!”

Tidak semena-mena, Tengku Zariel menolak tubuhku rapat ke badan kereta sambil menekup mulutku. Bulat mataku kerana terkejut dengan tindakannya. Memang rapat kedudukan kami. Mata kami bertentangan buat seketika.

Aku dapat melihat bibirnya terbuka seperti mahu berkata sesuatu tetapi matanya galak merenungku. Jantung mula berdetak laju. Dan laju juga tanganku menyentuh wajahnya namun pantas dia menjarakkan diri. Terus hilang renungan redupnya tadi.
 

“Ariel….”
 

“Kedatangan kau ke sini tak dialu-alukan,kau sendiri tahu kan? Apa yang aku nak buat,aku keluar dengan siapa, aku habiskan duit untuk siapa itu bukan urusan kau. Kau datang sini pun sebab nak jumpa aku kan? Nak bagi apa,hmm…nak bagi benda yang sama kau bagi aku? Sorry, aku tak terima apa-apa dari perempuan yang tak ada harga macam kau. Diaorang yang datang tadi semuanya bernilai, berharta, perfect package! Dan that girl yang kau kacau tadi anak Dato’, ayah dia merupakan Tuan Pengerusi Dell Tech. Kalau dia report hal ni,aku akan buat kau lebih teruk dari hari tu!”

 
Dia fikir aku takut? Heh,bibirku mula mengorak senyuman penuh sinis sambil menggeleng.

 
“I datang sini sebab rindu. I taknak bagi you apa-apa lagi sebab I dah miliki you sebagai suami I,itu hadiah paling bermakna dalam hidup i. Second, yes I admit I bukan anak VVIP,Dato even Tan Sri. Nak ada empayar terbesar pun takada. Tapi I ada something yang lebih berharga. Dignity.”

 
Tengku Zariel mengekek ketawa sambil menekan perutnya. Merah juga mukanya kerana ketawa tetapi aku sikit tidak rasa tersinggung kerana bukan senang melihat dia ketawa dan tersenyum seperti ini. Luka yang tergarit dengan kata-katanya sedikit sebanyak terubat jua. Terasa kedatangan aku ke sini tidak sia-sia walaupun Tengku Zariel terang-terangan bela anak Dato; tu!
 

“Yes you have but zero! Sepanjang hidup aku,aku tak pernah terfikir kau perempuan yang ada harga diri. Dari dulu lagi…when our first met. You’re only  a zero person in my eyes! Kau bawak bala dalam hidup aku kau tahu tak?! Sejak aku jumpa kau hidup aku tak pernah aman sampailah aku kehilangan Iman! Bila Iman pergi,separuh nyawa aku hilang dan sampai bila-bila pun takkan ada sesiapa yang boleh ganti tempat Iman dalam hati aku terutamanya kau,Elliena Kamelia!!!”

 
DUMMM!

 
Terasa bergegar bumi ini bila dia menyebut namaku. Seperti kedengaran guruh yang berdentum dilangit, kilat yang saling sambar menyambar seperti melepaskan amarah yang disimpan selama ini. Tekak aku terasa kering. Tawar apabila semakin terpaksa menerima kenyataan yang dia teramat-amat membenciku. Tiba-tiba aku sukar untuk melawan kata-katanya kali ini. Bimbang dia naik angin lagi. Sudahnya aku diam.
 
“Kau memang perosak kebahagiaan orang. Aku rasa memang dari perut lagi cita-cita kau nak jadi perampas,jadi orang ketiga! Apa keturunan kau sebelum ni memang macam ni,perampas?!”
 
“Don’t talk to me like that. It’s not their fault! Kalau you nak marah, you tak puas hati,you lepaskan pada i. I sanggup terima tapi jangan sesekali sebut nama mama dengan daddy i. Mereka tak tahu apa-apa pun!”
 
“That is exactly what I’m doing right now so prepare yourself Kim. I have bigger plan for you..soon. AKu takkan berhenti seksa hidup kau sampai kau melutut depan aku!” Tegas setiap patah perkataan yang ditekankan. Penuh emosi dia meluahkan janjinya. Janji yang telah pun dia tunaikan sebenarnya. Belum sampai seminggu aku menjadi isterinya,kesabaran aku semakin menipis tetapi kerana cinta, aku masih bertahan. Semakin dia benci, semakin aku sayang. Air liur yang terasa kesat terpaksa aku telan bersama senyuman manja. Jari jemari ini nakal menarik sut hitamnya sehingga tubuh Tengku Zariel  terdorong kedepan.

 
“Ariel,I love you. I always love you. You hatred just make my love towards you stronger and will keep stronger. I tahu apa you buat ni bukan diri you sebenar. You layan perempuan tu semua sebab nak sakitkan hati I atau you cuba nak lupakan Iman? Boleh you terima perempuan lain sedangkan takkan sama dengan Iman? I bet diaorang tu lebih teruk dari i!"

 
“They are better than you. Aku lebih rela terima perempuan yang merempat kat tepi jalan tu dari terima kau even sebagai manusia sekalipun. Kau sedar tak Kim kau langsung tak ada ciri-ciri kemanusiaan dalam diri kau? Yang ada cumalah sikap iblis kau tu!”

 
Serentak itu gagah dia menepis kedua-dua belah tanganku serta mengusap sutnya seperti dia baru saja menyentuh benda yang kotor dan menjijikan. Tak cukup dengan itu,dia membuka sutnya dan dicampak tepat kemuka aku. Nasib wangi!

 
“Ambil ni lepas tu basuh sampai bersih,sampai berkilat. Aku baru je pegang benda yang menjijikkan. And one more thing, jangan berangan nak masuk Qalesh Holding. Tempat ni tak terima orang macam kau”

 
“Ariel, boleh tak you cakap dekat adik you jangan…”

 
Aku ketap bibir melihatkan Tengku Zariel terus berlalu tanda tidak mahu mendengar apa-apa lagi dariku.
 

Kepala aku pegang kuat. Semakin pening dengan sikap dingin dengan tengku Zariel yang tiada kesudahan. Sentuhan aku belum cukup menggugat imannya. Baru pegang sikit dia dah berangin. Aku dah tak peduli dia kata apa tentangku kerana tanggapannya terhadapku takkan pernah berubah sampai bila-bila. Sekarang aku perlu siasat kenapa Tengku Zariel tiba-tiba melayan perempuan yang pernah mendekatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience