BAB 59
“Dah tahu hari ni majlis, yang pergi ajak bini berendam tu siapa suruh??!”Bebelan Puan Sri Tengku Wahida masih berterusan. Walaupun dengan nada marah,masih kedengaran lucu pada telingaku. Bukan baru ini saja dia membebel, tapi daripada semalam lagi bila aku tidak berhenti bersin sampai boleh dengar dari luar bilik.
Sudah telan Panadol pun masih tidak baik sehingga Tengku Zariel akhirnya membawa ku ke klinik selepas suara komentar ibu mertuaku hampir membuat telinga kami tercabut. Mengekek kami ketawa di dalam kereta sepanjang perjalanan ke klinik.
Aku mengesat hidung yang merah dari semalam. Masih tegak memandang cermin besar didepan, membiarkan Tiara dan pembantunya memberikan sentuhan terakhir pada gaun yang aku pakai untuk majlis sanding. Debar di dada usah dikata padahal bukan semalam aku baru bernikah.
“Tak apa mama,sikit je ni. Kejap lagi okay lah…”Sampuk ku sambil tercari-cari kelibat Tengku Zariel dari tadi. Hanya sekejap saja kami berbual sebelum berpisah bilik walhal bukannya kami belum bernikah. Teringat perbualan kami selepas menunaikan solat Subuh bersama tadi.
“Kita ada photoshoot ke pagi ni,abang?”Soalku ketika diminta untuk memakai baju kurung pagi nanti.
“Sayang, mana ada orang photoshoot sebelum majlis.”
“Habis tu?”
“Just wear it for me , okay ? Trust me!”Ujar Tengku Zariel bersama senyuman dan aku tidak lagi bertanya sehinggalah Tiara meletakkan veil juga warna yang sama di atas kepalaku.
“Aku ingat yang tadi tu sentuhan terakhir kau…”
“Of course not…sebab aku nak biar Ariel tak berkelip tengok kau. Biar matanya celik sampai berair mata!”
“Macam lah kitaorang lama tak jumpa”Selarku masih cuba mengorek rahsia. Tidak mahu aku terus tertanya-tanya. Bukankah majlis persandingan, sepatutnya kami akan bergerak sekali?
“Done! Cantiknya kau Kim…sebijik macam aku!"
“Hah! Excuse me, hanya aku seorang je yang bernama Elliena Kamelia,okay! Dah, aku nak cari Ariel!”Aku menepuk lengan Tiara sebelum wanita itu menekan bahuku supaya aku tidak bergerak.
Tiara menggoyangkan jari telunjuknya ke kiri kanan berulang kali. “Behave Kim,behave.a Kau punya mood ni switch ‘on’, bila-bila masa je ya?”
“Nanti kau kahwin, tahulah aku macam mana nak usik kau sampai merah muka. Kau betul ke tak nampak Ariel? Ke dia ada pesan apa-apa dekat kau?”
“Selagi tak nampak, selagi tu kau tanya. Dah, pergi telan Panadol cepat. Buatnya pengsan kat depan,macam mana?”
Aku mencapai Panadol yang dihulurkan Tiara dengan perasaan sebal. “Aku okay lah.Tiara”
“Ni lagi sorang ni…okay,okay..kejap lagi pengsan kat pentas tu baru tahu!”Ibu mertuaku terus menyampuk lagi yang membuat aku kembali terdiam. Jujur aku tidak perasan dia masih disini.
Aduh! Kan dah kena. Riuh rendah suasana jadinya bila mendengar Puan Sri Tengku Wahida membebel lagi. Harap aku, ini juga bebelan terakhirnya disini. Aku ketawa dalam hati. Hampir kesemua ahli keluargaku berada disini. Carl,Amanda, Ummi dan abah tiba pagi tadi. Mereka akan bermalam sehingga lusa.
“Kim, ada orang nak jumpa. Kau mesti tak sangka…”Bisik Damia ketika mereka semua beransur keluar. Aku menoleh ke pintu dan tergamam.
“Ya Allah! Uncel Eddie, Halmoni, Ji yoon, Adam…ya Allah,semua ada? You guys came!!!”Aku berlari memeluk mereka dengan dua tangan yang tak berapa nak panjang. Kelam kabut Tiara dan Damia memegang leretan bajuku.
Hampir tiga tahun aku tidak melawat mereka. Mereka yang banyak menyokong dan membantuku dari jauh sejak kematian daddy dan mama. Masa aku edar kad jemputan, mereka kata tak dapat hadir. Aku faham jarak kami bukan sedikit. Apatah lagi kesemuanya berlaku terlalu cepat. Sungguh, mahu saja aku menangis terharu tapi bimbang telingaku dipiat oleh Tiara pula. Bimbang solekanku rosak.
“Yaa….halmeonineun myeoch beon-eul malhae? maeneoleul yuji! (Dah berapa kali nenek beritahu? Jaga adab)
“Omo! She start again…Nana, please help your auntie!”Aku mencapai si kecil Nana yang sudah berusia setahun lebih. Nana merupakan anak perempuan kakak saudaraku belah mama. Pipi merahnya aku cium bertalu-talu,tak peduli dengan jelingan nenek. Tahu marah nenek takkan lama.
“Hei, we already meet your husband. He looks more handsome than last year.”
Aku terpinga-pinga mendengar kata-kata Uncle Eddie. Uncle Eddie merupakan saudara rapat keluarga sebelah ayah yang banyak membantu syarikat daddy. Adakalanya kami berbalas panggilan telefon selepas orang tuaku meninggal.
“Last year? I’m sorry,Uncle. I think you’ve got wrong person. You haven’t meet him. Later I’ll introduce you. You gonna like him.”
Nenek memegang wajahku. Jerih mata itu menggambarkan kerinduan kepada daddy dan mama. “Ahreumdaapgeh boyuhyo (You look beautiful)”
Aku sedaya upaya menahan air mata dari mengalir. Itu pun separuh kerana mahu menjaga Tiara yang sedari tadi mengecilkan anak matanya, bimbang betul aku merosakkan solekannya bersama mak andam. Sekali lagi kami berpelukan walaupun hatiku masih tertanya-tanya apa yang dimaksudkan Uncle Eddie tadi.
“Sorry guys,sorry sorry but we running out of time. Pengantin basi kena keluar sekarang…!Suara nyaring Damia mematikan perbualan kami. Sempat aku memberitahu mereka yang lain untuk tidur disini sehinggalah mereka pulang.
Mata tetap setia mencari di mana suamiku. Rasa pelik jika aku keluar begini tanpa suami disisi walhal ini majlis persandingan kami.
“Jom, abang teman adik” Aku menoleh sebelah kananku, Carl sedang tersenyum lebar.
“Daddy dengan mama mesti tengah bahagia tengok adik. They loves you,trust me”
“”I know…I know”Aku mengangguk membalas senyuman. Lantas lengannya aku peluk. Disebelah kananku pula Tiara, seorang sahabat yang sering berada disisiku pada waktu susah dan senang. Rumah agam ini dihiasi dengan bunga-bunga berwarna putih. Malah, sewaktu aku menuruni tangga, segenap inci tangga ini juga dihiasa dengan pelbagai corak bunga bagi mengikut tema garden angel.
Langkahku perlahan saat melihat Tengku Zariel sedang duduk dimeja, Dia tampak begitu kacak dengan sepersalinan baju kurung Melayu baby dan bersongkok. Seakan tahu kehadiranku, dia mendongak dan terpempan seperti baru kali pertama melihat siapa isterinya. Walaupun aku tidak mengerti kenapa dia berada disitu, kaki tetap jua melangkah duduk di pelamin yang tidak jauh darinya. Baru aku perasan rata-rata tetamu yang hadir pada pagi hanyalah saudara yang terdekat sahaja. Uncle Eddie dan Carl duduk berhadapan dengan Tengku Zariel dan Tengku Farizal..
“Para hadirin yang dihormati, majlis pagi ini akan dimulakan dengan pernikahan yang akan ‘dilakonkan’ semula secara tidak rasmi. Tengku Zariel dan pasangannya, Elliena Kamelia mendirikan rumah tangga pada 7 Julai 2017. Majlis persandingan tidak dibuat waktu itu kerana dikatakan kurang bajet”
Serentak para tetamu yang hadir ketawa mengekek mendengar seloroh pengerusi majlis. Sedang aku masih tercengang-cengang,cuba memproses apa yang berlaku didepan mata. Apa yang buat aku kaku adalah pengerusi majlis dikendalikan oleh Harith. Ketika itu,mata kami bertentangan untuk beberapa detik. Hampir aku menangis terharu kerana dia sudi hadir dan jauh disudut hatiku,aku mengharapkan hubungan kami akan pulih.
“Ariel cakap…dia mahukan sesuatu yang bermakna untuk kau. Untuk mencipta suasana pernikahan yang kau idam-idamkan. Bukan harapan kau seorang saja,Kim tapi semua yang ada disini.”
Suara Tiara mengembalikan aku ke dunia realiti. Memandang insan yang penting dalam hidup kami. Puan Sri Tengku Wahida, Carl dan Amanda, Uncle Eddie, nenek Tengku Farizal dan tentu sekali sahabat kami yang lain. Terlalu berbeza dengan suasana yang lalu. Sungguh aku tidak menyangka Tengku Zariel sempat melakukan ini semua tanpa pengetahuanku. Terlalu banyak rahsia…dan kejutan…
Babak pernikahan ini cuma dilakonkan semula. Sedaya upaya aku menahan air mata yang menitis saat melihat Carl menggengam tangan Tengku Zariel. Seakan terbayang arwah Daddy berada disini…begitu juga dengan mama yang pastinya akan mememani disebelahku. Walaupun mereka sudah tiada, tetapi kali ini, aku tidak lagi berseorangan.
Dan kali ini hanya sekali ‘lafaz’ sebelum Tengku Zariel bangkit menghampiriku. Ditangannya terdapat sebentuk cincin.
Tengku Zariel senyum. “Jangan menangis”
“Abang yang buat Kim menangis”Suaraku serak menahan tangis. Tiada lagi bayangan wajah bengisnya ketika kami bernikah dulu.
“Kenapa? Nak tambah lagi satu cincin ke? Nak biar penuh satu tangan?”Usiknya sambil mencuit daguku. Jemari kasarnya pantas mengesat hujung mata yang mula berair.
“Tambah cincin tak apa. Kim ingatkan abang nak tambah bini lain bila tengok abang tercongok kat situ pakai baju Melayu bagai”Bisikku cuba mengelakkan suasana hiba dari berlarutan.
Tiara berdehem. “Nak gaduh, gaduh kat bilik ya! Dah cepat, orang nak ambil gambar ni. Kim masa tunduk tu pelan-pelan, kang tercabut veil aku!”
Hish, kacau daun betul si Tiara ni. Omelku dalam hati,pada masa yang sama aku juga menahan tawa melihat wajah cemasnya. Saat Tengku Zariel menyarungkan cincin, aku mengigit bibir.
“Kenapa sayang?”
“Kim…Kim tak apa nak berikan dekat abang. Kim tak sediakan satu pun. Cincin pun tak beli”
“Tak apa, Kim senyum setiap masa macam ni dekat abang pun,Abang dah cukup bahagia. Tapi kalau dapat cium abang setiap saat lagi abang bersyukur”
Wajah kembali berbahang. Mujur pelamin agak jauh dari yang lain. Sudahnya aku mencium lama tangannya dan dibalas dengan kucupan yang syahdu didahi. Kucupan yang aku tidak miliki saat dia melafazkan akad dua tahun yang lepas. Momen yang dicipta seperti ini sangat bermakna buat kami. Seusai itu sesi bergambar bersama keluarga belah lelaki dan perempuan berlangsung.
Kami bertukar baju sebelum majlis persandingan di rumah agam ini bermula. Tengku Zariel nampak kacak dengan sepersalinan baju pengantin songket tradisional. Hanya sebelah malam kami akan berpakaian formal untuk majlis resepsi.
“Kim okay kan rambut abang macam ni?” Tanya Tengku Zariel sementara meunggu aku bersiap.
Aku mendongak bersama senyuman. Pasti dia ingat betapa aku suka gaya rambutnya bila jenis wavy hairstyle. “Hari ni dikecualikan. Lagipun abang kena pakai tanjak, mana nampak!”
“”You look stunning”
“I know”Balasku bersama senyuman lebar bila dia menghulurkan tangan. Aku menyambutnya dengan perasaan bahagia.
“Majlis akan diteruskan dengan ketibaan raja sehari kita pada hari ini yang akan diiringi dengan selawat yang juga dibaca sendiri oleh pengantin lelaki…”
Tidak berkelip biji mataku melihat suamiku disebelah. Sewaktu aku menjadi perancang perkahwinan, kebanyakan majlis yang aku pergi selawat aku diketuai oleh orang lain. Ini kali pertama aku melihat pengantin lelaki yang membaca sendiri selawat. Suaranya yang sangat merdu sesekali menggamit perasaan sebak sehingga aku menggengam erat tangannya. Tengku Zariel turut membalas dan dia membaca selawat sehinggalah kami duduk di atas pelamin
“Thank you”
“Jangan menangis. Nanti cair makeup”Usik Tengku Zariel sehingga aku menampar manja lengannya.
Ketika sesi makan bersama keluarga, suara Harith yang memberitahu untuk pengantin melihat di skrin monitor membuat aku mendongak. Slideshow yang menunjukkan beberapa gambar milik kami. Tapi banyak gambarku diambil secara kandid ditayangkan dan suara yang menjadi latar belakang rakaman itu adalah Tengku Zariel. Setiap satu gambar tersebut juga mempunyai ‘caption’ yang membuat hatiku cair. Entah bila agaknya dia mengambil gambarku. Mujur saja dia tidak ambil gambar sewaktu aku sedang tidur atau makan!
“Abang ada gambar sayang tengah tidur sampai keluar air liur basi, tapi tak sampai hati nak bagi dekat Zikry. Silap-silap viral pengantin perempuan lari masa majlis persandingan. Dah susah abang nak cari pengganti baru”
Aku menjeling lantas menayangkan garfu di tangan. “Kalau abang nak makan garfu lepas ni,Kim tak kisah”
“Kim, behave!”Nenek sudah menarik lenganku. Tengku Zariel sekali lagi ketawa.
“Jadi majlis akan diteruskan lagi dengan persembahan daripada anak-anak yatim Yayasan Nur Kasih yang akan….”
Aku sudah tidak mendengar apa-apa lagi bicara Harith kerana mata tidak berkelip melihat anak-anak yatim yang tidak asing dalam hidupku berada di atas pentas. Memang kami ada menjemput seluruh keluarga Yayasan Nur Kasih tetapi aku tidak diberitahu pula mereka mahu membuat persembahan.
Mereka dibahagikan oleh beberapa buah kumpulan kecil yang diarahkan oleh seorang budak lelaki yang kini sudah berusia 9 tahun, Shafiq. Sudah besar juga mereka walaupun baru dua tahun aku tidak pulang ke sini. Yayasan Nur Kasih menempatkan anak yatim yang terdiri daripada golongan usia yang masih kecil sehinggalah mereka menginjak ke usia 18 tahun.
“Awak,Elliena Kamelia…bangun!”Suara garau Shafiq berkumandang sekaligus membuatkan kepalaku deras memikirkan adegan yang dimainkan dalam persembahan itu. Para tetamu juga tertarik melihatnya.
“What? Seriously??! Moto dan logo?? What on earth! Macam game kindergarten je!”Seorang budak perempuan yang dipanggil sebagai Elliena Kamelia itu mencebik sambil berpeluk tubuh. Dengan lenggok tubuh dan suaranya,berjaya mengundang ketawa para hadirin.
Aku menekup mulut seakan-akan mengerti. Lebih-lebih lagi rakaman yang dimainkan di skrin monitor menunjukkan saat minggu pertama orientasi. Jelas disitu rakaman saat aku bertaruh dengan Tengku Zariel sebagai junior-senior. Aku memandang Tengku Zariel yang khusyuk memerhati. “Abang, ni..ni kan…”
“Like dejavu,right?”
Mataku mula berkaca. Terangguk-angguk bersama senyuman. Sungguh aku sangat terharu dengan kejutan yang dilakukan oleh Tengku Zariel. Hari bahagia…yang boleh dikatakan hari paling bahagia dalam hidupku. Hampir aku ketawa tak ingat dunia bila adegan dimana aku meminta Tengku Zariel membasuh bajuku kerana kalah dalam permainan itu
“Kalau you kalah, I nak you basuh pampers dengan botol susu i!”
Berderai ketawa para tetamu. Aku sudah berair mata sebelum nenek menyiku pinggangku.
“Yaa…how come you did not respect to your senior,hmm?”
“That’s how it begin,helmonee”Bisikku nakal sebelum nenek menarik lembut hidungku. Tahu sangat dia dengan sikapku yang satu ini. Degil!
Lantas aku kembali merenung suamiku. “I really want to kiss you right now”Bisikku menggoda ditelinganya.
“Keep it for tonight” Suamiku mengenyit mata lagi dan aku terus ketawa.
Oh Tuhan,aku bahagia!
Kami berdua keluar menuju ke glasshouse yang menjadi pilihan membuat majlis resepsi pada waktu malam di glasshouse. Sepanjang berada di karpet merah sehinggalah menuju ke pelamin yang sudah dihiasa indah,kelopak ros merah putih dilontarkan oleh bridesmaid. Untuk majlis malam ini, Tengku Zariel mengenakan sut berwarna hitam dan aku pula mengenakan busana gaun pengantin berwarna puth yang meleret, dibantu oleh Tiara dan Damia. Disebabkan tema garden angel dipilih untuk majlis resepsi kami, penuh dewan glasshouse ini dihiasi ala-ala di dalam taman. Satu pemandangan yang sangat cantik pada waktu malam.
Seusai memotong kek lima tingkat itu, tiba-tiba Tengku Zariel menarik tanganku di pentas bulat itu sambil menghulurkan mikrofon. Ditangannya juga ada mikrofon yang sama sebelum lagu Minefields kedengaran.
Aku mengetap bibir.
“Sing with me…I want to tell everyone here, how much you’re meant to me. You mean the world to me, you are my everything . I know I only realize I love you when yo;u’re gone but….”
“Better late than never”Balasku. Ya, siapa sangka lelaki dihadapanku ini akhirnya membalas cinta yang sudah bersarang di hatiku dari dulu lagi. Hebat percaturan Allah…tiada siapa yang mampu menyangkalnya lagi.
Aku mencapai huluran tangannya bersama senyuman manis. Mujur juga aku pernah tahu lagu ini…lirik yang sangat bermakna untuk kami berdua. Melihatkan senyuman dan anggukannya, kami terus memulakan nyanyian.
These minefields that I walk through
Ooh,what I risk to be close to you
Ooh, these minefield keeping me from you
Ooh, what I risk to be close to you…
Close to you….
Ya, aku memulakan kehancuran ini…disegenap sudut..dan dia menghukum juga bererti kesilapan yang telah dilakukan….Tengku Zariel mengambil risiko untuk mendekatiku,begitu juga dengan aku…dan kini,doa kami Cuma satu…mahu mencipta kenangan manis disetiap detik dan diredhai Allah. Moga juga perkahwinan ini diberkati.
ALHAMDULLILAH semuanya berjalan dengan lancar. Ramai yang hadir pada majlis sebelah pagi sehinggalah majlis resepsi malam tadi. Kehadiran tetamu yang datang juga memeriahkan suasana.
Aku sungguh terharu bila mama sudi tumpangkan keluargaku untuk bermalam. Walaupun mereka baru mengenali tapi sikit pun tidak berasa kekok. Ada masanya aku terpaksa tahan ketawa melihat wajah berkerut mama,Ariel dan Tengku Farizal mendengar aku dan nenek bercakap lebih dari satu bahasa. Kejap Melayu,Inggeris dan Korea.
“Nasib baik tak jatuh pengsan kat pelamin” Sekali lagi Puan Sri Tengku Wahida menegur kami berdua yang sedang membuka hadiah
perkahwinan satu persatu. Tengku Zariel terus melentangkan badannya ke lantai sambil mengeluh.
“Allahuakbar..dia dah mula dah”
“Abang!”Aku menepuk dadanya dengan geram. Dia hanya mengenakan kemeja putih saja malah aku juga sudah berganti pakaian. Ahli keluargaku yang lain juga masih berada di ruang tamu ini,ketawa melihat gelagat suamiku.
“Abang betul ke nak buka hadiah ni semua sekarang?”Soalku memandangnya yang kemudian mengambil Nana dari pangkuan Uncle Eddie ke ribanya. Galak Nana ketawa bila suamiku mengusiknya. Sedari tadi terlalu banyak persoalan di mindaku melihat hubungann lelaki itu dengan keluargaku. Bila aku tanya Carl dan Amanda, mereka meminta aku mencari jawapan daripada Tengku Zariel.
Tengku Zariel mendongak seraya memuncungkan bibirnya ke satu arah, terdapat satu kotak bersaiz sederhana di himpunan hadiah yang lain. Aku mencapai dan membukanya. Di dalamnya terdapat satu lagi kotak. Aku membuka kotak tersebut, ada lagi kotak lain yang bersaiz kecil dari kotak yang sebelumnya.
“Kenapa sayang?”
“Orang ni kerja dekat kedai cenderahatii agaknya”Ujarku sebelum membuka lagi dan lagi sehinggalah kotak yang terakhir, yang paling kecil. Terdapat sampul surat didalamnya.
“Hmm, ingatkan ada telefon dalam tu”Usik Carl dan Amanda yang memerhati.
Aku membuka bersama perasaan yang berdebar. Hanya terdapat satu baris ayat di dalamnya.
“Meet me outside”Aku menayangkan surat tersebut kepada Tengku Zariel yang hanya tenang melihatnya seperti dia sudah tahu siapa pengirimnya.
“Pergilah. Abang tunggu. Tapi jangan lama sangat”
Siapa lagi yang tidur disini kecuali keluarga kami berdua? Kawan-kawanku sudah lama balik selepas tamatnya majlis pukul 10.30 tadi. Kaki terus melangkah keluar menuju wakaf bila aku nampak susuk tubuh yang aku kenali.
Dia melempar senyuman sedang aku agak kekok mahu membalas kerana sepanjang majlis, kami belum berbual walaupun sepatah. Hanya renungan berbalas yang tersimpan luahan dan persoalan. Aku menekur rumput. Tak menyangka dengan pertemuan ini.
“Maafkan I Kim…” Lirih suaranya buat aku terpaksa mendongak. Jelas di mata Harith penuh rasa bersalah.
“I bersalah pada you. I tuduh you yang bukan-bukan padahal kita dah lama berkawan rapat. Dari zaman kampus lagi. I know you better than Ariel but I don’t know why I keep hurting you with my act. I should listen to you”
Harith minta maaf? Mataku berkaca-kaca.Berbeza perwatakan Harith sejak pertelingkahan kami di Kedah dan di hotel dulu. Tiada lagi wajah benci dan sindiran sinisnya. Malah, aku tidak nampak lagi sikapnya begitu saat dia menjadi pengacara untuk majlis aku dan Tengku Zariel.
“Jangan Harith….jangan minta maaf dengan i. You berhak nak benci I sebab I dah musnahkan hidup Ariel. I tahu you buat ni sebab persahabatan. I memang patut dibenci, Dosa yang I buat bukannya sikit,Harith. Banyak..terlalu banyak…”
“Kim…I bukan Allah nak menghukum, I sendiri ada silap,I dah tuduh you. I hina you tapi you sikit tak melawan. i tahu you susah nak lupa apa yang I dah buat dekat you. Dan kalau Ariel tak beritahu semua ni, I mungkin akan terus bersangka buruk terhadap you”
“Apa yang Ariel beritahu?” Ujarku ingin tahu kerana seboleh mungkin aku mengelak untuk bertanya tentang Harith kerana bimbang aku dikatakan punca persahabatan mereka retak sekali lagi. Bukan aku tidak nampak kelukaan di mata suamiku setiap kali aku bertanya tentang Harith. Malah,aku juga membantah keras jika dia mahu menceritakan semua kejadian yang berlaku sepanjang perkahwinan kami kerana tidak mahu simpati daripada Harith.
Harith menggeleng bersama senyuman pahit. “Doesn’t matter anymore,Kim. I malu dengan diri I sendiri. Waktu you memerlukan I , I tolak you jauh,, biarkan you yang tanggung semua ni seorang diri. I know it’s hard for you but please….please forgive me?”
Harith memandang penuh mengharap.
“I akan terima maaf you kalau you maafkan i…”Luahku bersama senyuman. Mata kembali berkaca.
Harith tersenyum lebar. Dia mengangguk berkali-kali. Aku sayangkan dia. Sayangkan persahabatan kami. Perit jika hubungan ini terlerai kerana dendam.
“I maafkan”
Kemudian kami berbalas senyuman sebelum tergelak.
“Gosh…this is so embarrassing. Kita tak pernah sentimental macam ni kot”Harith menekup wajahnya yang mula merah. Begitu juga aku.
“You ingat you sorang? I pun geli okay!” Sekali lagi ketawa kami pecah sampai berair mata. Aku memandang sekeliling sebelum terhenti pada satu arah di balkoni tingkat bilik aku dan Tengku Zariel sedang berpeluk tubuh bersama senyuman bahagia. Aku kenyit mata dan dia melayangkan flying kiss ke arahku.
Ya Allah…terima kasih…
Selepas bersarapan,aku menghampiri Tengku Zariel yang sedang berbual dengan Uncle Eddie. Hubungan mereka jauh lebih akrab dari sangkaanku. Semalam tidak sempat aku bertanya kerana kepenatan.
“Morning Uncle!” Lehernya aku paut manja sebelum aku duduk disebelah si suami
“Morning sweetheart…have a nice sleep last night?” Wajahku merona merah kerana faham dimakna balik soalan Uncle Eddie itu. Jika di Amerika Syarikat, bercerita tentang ini perkara biasa tapi mengenangkan Tengku Zariel ada sama,aku termalu sendiri
“Uncle please…not now. So, how do you guys know each other? Abang? Abang tak bayar lagi hutang abang?”
Amaranku dipandang tenang. Aku suka Tengku Zariel yang baru ini. Penuh ketenangan tapi juga misteri. Kalau ia berkaitan dengan keluarga daddy dan mama,tidak kah aku Ujga perlu tahu?
“I know you wont tell her about it,mate. Kim, he has a reason to keep this away from you. I don’t know why but I know he has his own reason. Look,several month after you parents had passed away, Ariel looking for me and says that he had special relation with you. He ask me to keep this thing from you because you’re still not In a good condition. Ariel keep asking me about your father company, he force me to accept his help. And….”
Aku terpegun. Tergamam mendengar apa yang diberitahu Uncle Eddie itu. Patutlah setiap kali aku tanya tentang syarikat daddy, Uncle Eddie pesan jangan khuatir.Semuanya sudah pulih dan aku tak perlu terdesak untuk tinggal di As. Wajah Tengku Zariel yang menunduk aku renung.
“I’m too curious to get to know him because he’s so mystery. And he’s one of big investor in our company right know. Ariel did a great job,Kim. He help your father;s company from collapse and I’m so grateful with that. The culprit also had been captured. We’re on the right track. Kim,you can back anytime. I’m already getting old,sweetheart…”Jelas Uncle Eddie sambil mengusap kepalaku seperti anaknya. Aku cuba sembunyikan tubir mata yang bergenang. Itu juga pesanan terakhir arwah daddy. Mahu aku dan Carl menyambung legasinya
“Abang…abang pergi ke sana?”
Tengku Zariel meramas jari jemariku di atas meja. “ Yeah,abang pergi ke sana bila abang tahu arwah daddy dan mama meninggal dalam kemalangan. Tak banyak maklumat yang abang dapat daripada Tiara jadi abang terpaksa cari sendiri. At least, masa tu abang tahu tentang syarikat arwah. Jadi, disitu juga abang kenal Uncle Eddie. I know it’s not easy to to make him trust me so…I have to reveal our relationship.”
“I’m sorry, Uncle. It just so…stupid of me”Ujarku dengan suara yang lirih sebelum lelaki yang berusia awal 50-an itu mengusap wajahku.
“Hei, don’t blame yourself…ever..ever again! Ariel already told me everything, from the beginning. He pissed me off at the first place but the way he took responsibility by saving your father’s company, and get along with us, make me realize he want to fix everything. I can see in his eyes, how much he loves you. And how much he mean to you”
Aku mengangguk beberapa kali. Terasa aura seorang bapa yang aku rindui. Makin erat Tengku Zariel membalas genggaman tangan ini.
“I miss him,Uncle. Mama too…”
“I know honey…I know. But they are in a better place right now.”
Air mataku jatuh jua kerana rindu. Alangkah indahnya jika mereka ada sekali. Sama-sama meraikan hari bahagiaku walaupun sudah terlambat. Aku melepaskan sendu didada Tengku Zariel. Sungguh, aku terlalu merindui mereka….
‘Aku mencapai gaun berwarna merah yang labuh meleret itu bersama dahi yang berkerut. Tengku Zariel pula memakai kemeja berwarna putih.
“Kita ada photoshoot lain ke hari ni? Kim tak nampak pun baju ni semalam?”
“Kim dah baik demam kan?”Tengku Zariel tidak menjawab, sebaliknya tangannya meraba dahi dan leherku.
“Dah tapi….”
“Sayang pakai. Abang tunggu . “Ujarnya bersama senyuman penuh rahsia sebelum menolak tubuhku ke dalam bilik wardrobe. Aku terkebil-kebil seketika sebelum memakai gaun labuh itu. Cantik dan nampak elegan.
Aku bergerak menuju kea rah Tengku Zariel yang sedang berbual dengan seorang wanita ditepi kolam renang. Terdapat kamera dileher wanita itu.
“Sayang,sini…”Tanganku ditarik suamiku mendekatinya.
“Kenalkan..ni Tasya, jurugambar outdoor kita untuk hari ni”
“Hai, you must be Kim, right?”Kami saling berjabat tangan walaupun dahiku masih berkerut tidak mengerti.
Outdoor…di rumah ? Sesekali mata menjeling ke arah kolam renang yang tenang. Ya, jangan sangka air yang tenang tiada buaya. Tapi, dah kenapa dalam kolam ada buaya pula???
Walaupun aku menunjukkan perkembangan yang semakin positif, namun ada masanya debaran itu tetap ada. Sejujurnya. Hampir setiap minggu Tengku Zariel berenang bersamaku di penthouse miliknya bila aku tidak lagi mengalami trauma itu. Cuma sesekali saja aku tersentak dalam tidur bila guruh dan kilat Bersatu tanpa henti dan suamiku akan cepat-cepat memelukku erat, seakan mahu memberitahu yang dia sentiasa berada disisiku.
“Kim tak faham…”
“Senang je. Hari ni kita ambil outdoor wedding photoshoot….”
“Okay…dekat…sini?”
Tengku Zariel mengangguk . “Yeah, dalam kolam. Kim dah ready? Come here”
Aku menjerit kecil bila Tengku Zariel mencempung tubuhku tanpa isyarat. Bulat mataku memandan dia yang selamba menuju ke kolam. Aku pantas memeluk erat lehernya.
“Abang! Stop,stop…Kim tak ready lagi…ni dengan gaun labuh ni..kalau Kim lemas macam mana?”Teriakku hampir menangis. Panik mula menguasai sedang Tasya juga sudah bersedia mengambil posisinya di pinggir kolam. Dia juga sudah bersedia untuk masuk ke dalam kolam.
Bibirnya mengucup dahinya. “Abang akan cium Kim sampai panik Kim hilang.”
“Itu ambil kesempatan!”
“Nope. Itu kumpul pahala!” Balasnya selamba. Aku tahu Tengku Zariel cuba mencipta suasana supaya aku tidak membiarka ‘ia’ masuk ke dalam fikiran. Bila kakinya mula menampak masuk ke tangga pertama di dalam kolam, aku makin erat memeluknya.
“Kenapa tak panggil Abang Zikry?”
“Dia tak tahu berenang.”Selamba saja jawapan suamiku sebelum dia menarik nafas panjang,begitu juga denganku yang terus memejamkan mata. Kami diminta mencuri nafas untuk beberapa saat bagi membiasakan diri untuk berada di dalam air.
Posisi pertama,Tengku Zariel melutut sambil menyarungkan cincin seakan melamarku. Kemudian, kami berposing seperti menari tango dan pelbagai lagi aksi romantic namun tidak berlebihan. Patutlah gaun ini jenis panjang dan meleret, bimbang ada yang tersingkap pula di dalam air walaupun jurugambarnya perempuan. Begitu cekap sekali Tasya mengambil gambar yang kreatif. Aku yang pada mulanya takut, turut teruja melakukan pelbagai aksi dengan sesekali naik ke atas mencuri nafas.
Dan gaya yang paling aku gemari sudah tentu saat kami berdua merapatkan wajah masing-masing sambil memejam mata. Akhir sekali, aku memeluk lehernya dari belakang bersama senyuman bahagia.
Tengku Zariel lantas memaut tubuhku ke atas dengan nafas tercungap-cungap.
“Sukanya dia. Tadi menjerit sampai kolam pun boleh kering.”
Aku ketawa kecil dengan ejekan suamiku. “Banyaknya surprise abang dekat Kim”
“Kim suka?”
“Of course I am. Kim hargai sangat apa yang abang buat untuk Kim, untuk keluarga Kim…untuk arwah daddy dengan mama. What else I can ask for?”Aku menyentuh pucuk hidungnya dengan hidungku. Tangannya erat merangkul pinggang ini. Kami berdua masih lagi di kolam.
“Love me till the end. That’s all I need”Suara Tengku Zariel romantis.
“And how about you?”
“I will not stop loving until my last breath…insyaallah, till Jannah…”
Kami berdua berbalas senyuman bahagia sebelum ketawaku pecah bila Tengku Zariel menggesek hidungnya ke pipiku. Hangat suasana pagi itu menyaksikan kenangan indah ini…
Done majlis kahwin selepas 2 tahun tertangguh! Haha...tak tahu lah betul ke korean tu sebab translate je asalkan ada bunyi.Hihi..sebab HZ nak sangat heroin Korea...Nah, memang untuk HLA ni semua Korean punya pelakon.. Lagu dalam bab kali ni sebenarnya idea dari seorang pembaca...HZ masih ingat dia cakap lagi ni sesuai untuk Kim dan Ariel... Lepas kahwin, what's next?
Share this novel
Loveeeeee HA