BAB 45
Tengku Zariel tiada semasa aku pulang kerja. Beg pakaiannya masih ada,termasukah alat mandian di bilik air kedua. Hampir saja aku pulang selepas Isyak jika tidak kerana Nora tawar untuk hantar. Aku yakin Tengku Zariel takkan pulang lagi. Kami berdua hanya mendiamkan diri selepas ayat ‘Mine’nya tadi itu dan aku juga tidak bertanyakan apa-apa walaupun aku sedar akan timbul persoalan lain daripada Munirah selepas ini.
Mungkin saja dia sudah pergi. Orang kaya seperti Tengku Zariel,tidak akan terkesan jika meninggalkan beg pakaian. Aku mandi dan menunaikan Solat Isyak. Yakin tiada kelibat Tengku Zariel malam ini,aku memakai baju tebal lengan panjang dan seluar pendek separas paha. Sebenarnya aku selesa bersinglet dan berseluar pendek jika aku sorang dirumah. Jika tidak pun,gaun tidur tipis melainkan jika ada Amanda kerana aku tidak mahu
Aku hanya mengambil makanan ringan dalam banyak-banyak makanan di dapur. Buka saja TV,Filem Twilight lakonan Robert Pattinson dan Kristen Stewart ditayangkan. Salah satu filem kegemaranku..
“Nak sikit”
Twisties ditangan dirampas seseorang. Aku menoleh dan tercekik. Dia hanya selamba dan tayang muka pelik melihat aku yang terkejut.
“Kenapa? Macam terkejut sangat nampak aku?”
Mustahil aku tak terkejut! “ Kenapa awak ada dekat sini lagi?
“Buat apa kat sini? Ni..makan. Ouh,yeah..right. You were thinking I’m leaving?”
“Sebab awak tak ada tadi”
“Jadi,kau mengharapkan aku ada?”
Aku kembali tunduk dan menggeleng laju. Tidak tahu jawapan yang harus aku beri untuk mengelakkan dia bertanya soalan yang seterusnya.
“Nope. Aku ada kat tingkat atas. Tak elok makan snack selalu. Aku tengok semalam kau lebih banyak ambil makanan ringan dari sihat. Bagi aku sejam,aku buat dinner untuk kita”
Ini kali keempat kami makan berdua. Kami makan bersila ditepi meja kopi jadi tentu saja sempit sehingga lutut kami berlaga. Sejak bila Tengku Zariel pandai masak? Semalam dia masak kari kepala ikan. Hari ini pula asam pedas. Bukan sebarang makanan yang dimasaknya. Aku sendiri boleh kenyang seminggu jika setiap hari disajikan hidangan seperti tu.
“Hari ni hari rabu.” Aku angkat kening tanda tidak faham. Laju Tengku Zariel meletak nasi dan lauk dipingganku.
“Setiap hari Ahad,lauk kari. Isnin pulak,asam pedas. Rabu,ikan siakap sweet sour. Kau tak ingat?”
Itu menu makanan asas di rumah keluarga Tengku Zariel. Setiap hari mempunyai menu yang tersendiri dan tidak pernah sekalipun aku nampak Tengku Zariel masuk dapur apatah lagi memasak. Sedap pun sedap. Ini kali kedua aku makan air tangannya selepas sarapan kelmarin. Itu pun aku hanya merasa sedikit bila Wanie dan Nora berebut nak makan sekali. Mata aku kelip berulang kali cuba menepis kenangan lalu yang sudah lama aku tidak ingat. Bayangan rumah yang aku takut untuk menjejakkan kaki hatta membayangkan di dalam mimpi sekalipun.
“Kau ada abang,bukan? Dia dah kahwin. Kenapa kau tak tinggal dengan diaorang?”
Sekali lagi bicaranya buat aku meneguk liur yang terasa kesat. Mana dia tahu aku ada abang?
“Jangan masuk. I taknak keadaan Amanda jadi lebih teruk bila ada you. Lepas kami kahwin,I takkan bawak you untuk tinggal bersama kami supaya you belajar berdikari dan tak menyusahkan orang”!
Spontan aku pejam mata apabila teingat kata-kata Carl dua tahun lepas. Walaupun aku sudah melupakan, tetapi hatiku tetap terluka. Bukan sekali dua abangku meminta maaf walhal dia tidak salah apa-apa pun. Mana mungkin aku mahu terus menghukum sedangkan Carl merupakan satu-satunya ahli keluarga yang aku ada. Dan sehingga kini, Carl masih belum Berjaya memujukku untuk tinggal bersamanya.
“Saya yang nak duduk sendiri. Nak belajar berdikari. Lagipun saya dah banyak susahkan abang dengan Kak Amanda.”Ini juga kali pertama Tengku Zariel bertanya perihal keluarga aku. Jauh disudut hati,aku teringin mahu bertanya khabar tentang dua nama yang berkaitan dengannya namun tidak mungkin terluah. Banyak bercakap pula Tengku Zariel yang satu ini sehingga aku bimbang jika dia bertanya soalan yang seterusnya, jika berkisarkan tentang kehidupanku yang dia tidak mahu tahu hatta sekalipun kewujudanku.
“Kenapa tak beritahu mereka tentang kedatangan aku dekat sini?”
“Saya tak nak mereka risau. Saya dah terlalu banyak buat mereka risau,resah,tak tidur malam sebab saya. Mereka sanggup berjaga untuk pastikan saya tidur lena setiap hari” Aku tahu Tengku Zariel tidak mengerti. Itu lebih pada sesalan aku sendiri.
“Sebab aku…kau tak boleh tidur?”
Pandangan kami berlaga sebelum aku bertindak melarikan pandangan.Redup renungannya sentiasa mendatangkan debar yang sebelum ini sering memanah dengan kebencian yang berapi. Aku menarik nafas,cuba mengumpul kekuatan yang masih bersisa untuk bersuara lebih dari 10 patah perkataan.
“Tengku Zariel Farhan…saya tak pernah lupa salah dan dosa saya pada awak. Saya tak pernah melupakan tetapi untuk mengingati adakalanya saya terpaksa tahan sakit yang saya mulakan. Pertemuan kita kali ni..mungkin silap saya yang tak pergi jauh atau kebetulan.”
“Atau takdir…?”
Bunyi sesuatu dari kaca televisyen buat mata kami berpaling 90 darjah dan wajahku terus memerah. Oh..oh..aksi 18sx! Aku laju menyuap nasi ke mulut. Dapat aku melihat mata Tengku Zariel yang tidak berkelip. Haih,kenapalah boleh ada part tu pada waktu-waktu macam ni???
“So,kau memang sengaja bukak movie ni dan sengaja pakai seluar macam ni?”Matanya turun naik memandangku dan berhenti lama pada kakiku. . Nak tutup dengan apa pun aku tak tahu. Dah sah-sah pendek paras paha!Entah apa lah yang dia fikir. Pasti dia ingat aku nak goda dia.
“Bukan! Saya…saya memang ingat awak dah pergi.”
“Tak apa…bukan aku tak pernah tengok lebih dari tu”
Makin panas wajahku. Teringat betapa daringnya pakaian aku dulu. teringat sindiran Tengku Zariel di Giant tadi. Tetapi ada satu kisah antara kami berdua yang membawa rahsia penuh misteri pada malam itu.
“Esok dah tak perlu naik Grab atau bas ke teksi. Kereta kesayangan kau tu dah siap. Awal lagi esok orang aku hantar kereta kau kat depan rumah”
Termangu aku sekali lagi. Mana Tengku Zariel tahu dimana aku hantar kereta? Dan ‘orang aku’?
“Tapi Uncle Wong tak ada call pun?”
“Soal bayaran tak perlu fikir. Aku dah selesaikan kan dah. Kau tak perlu bayar apa-apa.”Tengku Zariel bangun.
“Tapi…”
“Anggap aku bayar atas nama nafkah yang aku tak pernah beri”
Makanan yang masih di dalam mulut seperti tersekat. Hanya mata mengekori langkahnya ke dapur.
“Assalamualaikum…”
Aku kelam kabut membuka pintu gril yang tidak berkunci terdapat tetamu yang datang mengejut. Aku tidak menjangka kedatangan mengejut Haji Rahman dan Hajah Salma sebaik ternampak kereta Volvo lama milik orang tua Amanda didepan rumah. Mujur tepat pada masa aku balik. Kenapa Tengku Zariel tidak beritahu? Ah,mana dia pernah ada nombor telefonku. Aku bimbang dengan reaksi mereka berdua yang tidak tahu menahu kewujudan Tengku Zariel. Apa yang mereka akan beritahu Tengku Zariel
“Haa,jumpa pun anak abah yang sorang ni. Ni,umi kamu ada beli goreng pisang,cendul dengan abc kesukaan kamu dekat Jalan Maarof tu.”
Aku salam tangan kasar Haji Rahman dan Hajah Rahman dan bila melihatkan Tengku Zariel yang duduk berhadapan dengan mereka berdua,aku Cuma memberi senyuman nipis membalas senyumannya. Renungan Haji Rahman dan Hajah Salma penuh dengan tanda tanya tapi mereka masih tersenyum.
Aku melabuhkan punggung di sebelah Tengku Zariel dengan rasa canggung. Mereka berbual seperti sudah lama kenal sedang aku hanya jawab sepatah-patah kerana aku tahu sekejap lagi akan ada pelbagai soalan yang perlu aku jawab.
“Umi…”Tangan Hajah Salma aku pegang sambil menjengah kepala melihat Tengku Zariel berbual dengan Haji Rahman di halaman rumah.
“Dia tu ya…Tengku Zariel? Suami Kim?”
Aku mengigit bibir,serba salah. “Kim, Kim…dia…ya,Umi. Dia suami Kim.”
Hajah Salma tersenyum Cuma. “Abah dengan Umi jujur memang tak kenal dia. Selama ni cuma tahu nama tapi rasanya dah dua tahun Kim tak pernah sebut namanya”
Ya,memang benar sudah dua tahun aku tidak ada sebut nama Tengku Zariel hatta didepan sesiapa sekalipun. Lagipula, aku tidak pernah memberitahu kisahku kepada mereka berdua kerana aku yakin Amanda sudah menerangkan segala-galanya atau mungkin juga tidak . Sehingga kini, aku tetap berasa malu dan hilang keyakinan diri jika mereka tahu apa yang berlaku kisah rumah tangga kami.
“Tapi Carl dengan Amanda pernah cerita pasal kamu berdua dan ada tunjuk gambar Ariel sekali. Umi dengan abah risau ingat rumah Kim kena pecah masuk ke lagu mana tapi dia habaq dia suami Kim dan masih suami Kim sampai sekarang ni, Kim jangan khuatir sangat,kami tak ada cerita pun tentang kandungan Kim.”
Lama aku diam tidak membalas. Cuba menghadam kata-kata Hajah Salma tentang Tengku Zariel. Ini kali pertama Tengku Zariel mengaku aku isterinya. Mungkin sebab tidak mahu Haji Rahman dan hHajah Salma fikir yang bukan-bukan tetapi bukankah itu yang Tengku Zariel lebih suka? Fikir yang negati tentangf aku? Kelmarin,dia meminta maaf,pegang tangan,datang ke pejabat dan hampir buka cerita antara kami dengan Munirah. Dan sekarang,mengaku suami pula.
“Kim tak tahu nak cakap macam mana, Umi. Kim sendiri sampai sekarang tak percaya sebab tak pernah terfikirkan pun hari ini akan tiba. Mungkin Kim lari tak cukup jauh kot..”Aku sengih dalam kepedihan. Membiarkan Hajah Salma membawa aku ke dalam pelukannya. Membawa aku pada pelukan mama yang aku rindui.
“Kim lari ke mana sekalipun tak kan boleh mengubah takdir. Takdir yang Allah tentukan sejak azali lagi. Lari takkan selesaikan masalah. Habaq,bincang elok-elok. Kamu berdua bukan budak kecik lagi. Dah besaq dah. Abang dengan akak tahu ka lagu ni?”
“Kim tak tahu nak cakap apa,Umi. Takkan Kim nak cakap yang Ariel..hmm,Tengku Zariel datang secara tiba-tiba,ada depan mata Kim dan sekarang ni tinggal serumah dengan Kim?”
“Jadi,Kim dah tak mimpi lagi? Tak bangun tengah-tengah malam? Lagu sekarang ni asyik hujan,banjir.”
Aku geleng lagi.
“Dah masuk bulan lima dah ni,Kim ada demam?” Lagi sekali aku menggeleng. Aku akan demam pada setiap hujung bulan. Satu sindrom pelik yang pakar atau doktor sehebat Carl atau Amanda pun tiada jawapan. Antibodi badanku memang lemah dari kecil lagi dan akan makan masa seminggu untuk pulih . Tapi bila setiap bulan datang?
Makin lebar senyuman Hajah Salma. Rambut panjangku yang melepasi bahu diusap.
“Dulu depa pernah habaq Kim akan demam setiap bulan tanpa sebab. Kata abah, demam rindu. Terlalu rindu arwah orang tua tapi hairan kenapa bulan ni tak.”
Berlapis dahiku nak fahamkan apa yang Hajah Salma cuba sampaikan. “Apa Umi nak sampaikan sebenarnya?”
“Demam rindu kamu dah berbalas…”
“Kamu tak diberikan tempoh tapi kamu juga boleh pergi bila-bila masa. Kamu tahu tu kan?”
Tengku Zariel tertunduk mendengar bicara halus tapi sentap dari lelaki berumur itu. Angin petang yang masih gagah membawa hujan renyai sikit tidak mendamaikan.
“Saya tahu dan saya faham,pak cik tapi peluang yang datang tak mungkin akan datang lagi”
“Peluang tu dah ada dua tahun yang lepas. Kamu sepatutnya mencari peluang,bukan peluang yang cari kamu. Yang dah berlalu,biarkan berlalu.”
“Pak cik,saya mencari kemaafan. Saya tahu saya terlambat,saya tak layak tapi saya tak akan berhenti macam apa yang Kim buat dulu”
“Kamu pasti ini yang kamu mahu atau lepas apa yang aku dengan Umi beritahu apa yang berlaku pada Kim sepanjang dua tahun ni? Kamu pasti hanya kemaafan yang dicari?’
Terpaku Tengku Zariel mendengarnya. Begitu petah dan tersusun setiap patah yang ditutur lelaki bernama Haji Rahman ini. Dia yang sering membentangkan kertas kerja pun boleh terdiam jika hujahnya mudah dipatahkan. Haji Rahman bukan orang sebarangan. Pasti dia penting dalam hidup wanita yang bernama Elliena Kamelia. Apa yang dibertahu oleh Haji Rahman dan isteri tentang Kim berjaya buat dadanya meletup. Dia cuba bertenang kerana terlalu banyak perkara yang dia tahu dan lalui selama ini. Dia faham tapi jika seteruk ini?
Ya Allah….apa yang sudah aku lakukan?
“Dia dah lama tersimpan tanpa saya sedar. Dah lama tapi saya ego untuk mengaku”
Segaris senyuman tersunging di bibir tuan Haji Rahman. Sesekali dia mengerling ke belakang,melihat susuk tubuh anak daranya sedang perhati dibalik langsir.
“Kim yang kamu lihat sekarang bukan Kim yang kamu kenal dua tahun lalu. Dia nampak normal,hidup macam orang biasa. Boleh makan minum,boleh bekerja cari rezeki,boleh ketawa senyum tapi penuh keterpaksaan. Masa yang ada ni,kamu ambil..guna sebaik-baiknya. Tengok dan perhatikan betul-betul apa yang selama ni kamu tidak hargai.”
“Saya takut,Pakcik. Saya takut Kim tak dapat maafkan saya. Bencikan saya. Memang dia terima kehadiran saya disini tapi itu pun sebab dia takut dan terpaksa”
Bahu pemuda yang berusia 33 tahun itu ditepuk. “Ariel,jadilah lelaki yang sejati. Lelaki yang penuh rasa cinta,sayang dan tanggungjawab. Hati dan takdir membawa kamu ke sini. Lagi satu, jika kamu tak menyayangi Kim sebagaimana kamu sayang nyawa kamu,lepaskan lah dia dengan cara yang baik…Mungkin kamu dua tiada jodoh. Ingat, redha adalah jalan yang terbaik untuk kita terus berdamai dengan takdir yang ALLAH dah tentukan untuk kita.”
“Kim, kenapa termenung lagi? Pi bubuh nasi dengan lauk dekat pinggan Ariel”
Teguran Hajah Salma buat aku tersentak. Termangu aku dengan arahan umi kakak Amanda itu. Selamba saja aku lihat sepasang muka suami isteri itu.
“Tak apa Umi. Ariel boleh letak sendiri”
‘Umi’? Ariel? Sejak bila Tengku Zariel panggil mereka begitu? Sejak tadi?
“Tak apa. Apa salahnya isteri melayan suami? Dapat pahala lagi”
Kelu lidah aku. Kami saling berpandangan sebelum aku menyendok nasi dan gulai tempoyak yang dimasak Hajah Salma untuk malam ini. Aku sekadar membantu apa yang patut.
“Lama ke kamu cuti,Ariel?”Soal Haji Rahman.
“Ariel tak cuti sebenarnya,abah. Memang ada kerja dekat sini. Tak tahu pulak tiba-tiba boleh banjir. Kereta masuk workshop,tak sure sampai bila sebab spare part susah nak dapat”
Ketawa kecil kedengaran. Aku cuma diam menyuap makanan. “ Itu lah..lain kali bawak kereta yang kecik,kereta lama. Nak cari spare part kat kedai motor pun boleh”
Aku tahan senyum denagn sindiran Haji Rahman.Mana mungkin Tengku Zariel mahu miliki kereta yang biasa. Kurang pasti jika ada dia ada menambah koleksi kereta mewah lagi. Aku memang taklah berangan nak tukar kereta. Gaji yang aku ada sekarang ni pun cukup-cukuo makan. Aku sedar di Paradise Corporation ada yang mengenaliku sebagai perancang perkahwinan..dulu. Tapi untuk bersoal jawab mengapa aku tinggalkan kerjaya tersebut biarlah rahsia.
“Kalau ada masa,boleh lah tolong hantar dan ambil Kim balik dari kerja.”
Mendengarkan itu,laju aku mencapai gelas dan rakus menelan air. Rasa nak tercekik. Segaris senyuman tersungging di bibir Tengku Zariel. Lama aku perhati betapa dalamnya lekuk di pipi kiri lelaki itu. Senyuman yang aku tidak pernah lihat kerana dia tidak pernah senyum untukku. Senyumannya…tidak pernah menjadi milikku.
“Amboiii,Kim..lama benor tenung laki kamu tu. Tak berkelip naa umi tengok”
Tengku Zariel menoleh dan aku termalu sendiri dengan teguran itu. Laju aku menggeleng menafikan.
“Err,tak adalah. Umi salah nampak kot. Hmm,tak apa abah,umi…Kim still boleh drive. Kereta pun ok dah tak ada masalah”
“Okay memang lah okay tapi dah banyak kali kereta Kim rosak kat tengah jalan. Hari tu rosak waktu malam,nasib Carl cuti masa tu. Kan bahaya kalau ada apa-apa jadi”
Kali ini Hajah Salma pula menyampuk. Menyokong idea supaya Tengku Zariel hantar dan ambil aku kerja. Aku bimbang kerana Tengku Zariel Cuma berlakon saja didepan mereka. Nanti dia menuduh aku sengaja pergunakan dia pula.
“Tapi…”
“Tak apa biar Ariel yang hantar. Lagipun,itu salah satu tanggungjawab Ariel yang tertangguh selama ni” Dia mencari anak mataku yang tergamam dengan kata-katanya. Mungkin kah itu salah satu cara untuk mengaburi mata tua mereka?
Kata Hajah Salma mereka tidak membuka apa-apa cerita tentangku termasuk nyawa yang pernah menumpang dalam perutku selama enam bulan. Mereka cuma tahu yang aku berubah kerana kehilangan arwah daddy,mama dan juga si kecil . Mereka juga tidak tahu dimana mulanya mengapa kami berkahwin dan tidak tahu apa yang berlaku di antara kami berdua sepanjang perkahwinan tapi kenapa Tengku Zariel seolah-olah meluahkan perihal kami seperti Haji Rahman dan Hajah Salma tahu segalanya?
Haji Rahman dan Hajah Salma tersenyum senang. Kami kemudian sambung makan tanpa sebarang bicara. Hanya Haji Rahman dan Tengku Zariel yang banyak bersembang.
“Oh ya,lupa pula nak tanya. Apa habaq keluarga Ariel? Kim ada cerita yang Ariel tinggal dengan mama dan adik lelaki kan?” Terangkat wajahku bila Hajah Salma bertanya. Bimbang Tengku Zariel tidak selesa walhal dalam hati aku teringin juga tahu tentang keluarganya. Seboleh mungkin aku membuang semua kenangan pahit di rumah agam itu.
Dada Tengku Zariel turun naik. Dia menarik nafas.
“Alhamdullilah mereka sihat. Mama dah boleh jalan sikit-sikit cuma banyak habiskan masa dekat kerusi roda. Izal pula baru setahun sambung kerja semula, sebab makan masa juga dia nak berjalan tanpa tongkat.”
Serentak itu. 360 darjah kepala aku berpusing menoleh ke sebelah. Nada suaranya bergetar,dia menunduk ,memandangku bersama senyuman kelat. Wajah Haji Rahman dan Hajah Salma juga penuh dengan tanda tanya. Tidak faham dan terkejut apa yang diberitahu lelaki itu. Apa yang berlaku berlaku sebenarnya?
“Dua tahun yang lepas,mama dengan Izal kemalangan teruk. Izal yang drive,terbabas langgar penghadang jalan.”
“Doktor sahkan mama lumpuh separuh badan sebab kecederaan yang teruk dekat bahagian kanan badan. Izal pulak….patah kaki dan lutut belah kirinya pecah sampai doktor beritahu harapan untuk dia berjalan semula macam normal 50/50.”
“Aku betul-betul rasa dunia ni mcam terbelah dua. Rasa macam kena hempap hidup hidup,takda ada kekuatan nak bertahan sampaikan…nak pandang mama dengan Izal pun aku tak mampu,nak menyerah tak mungkin sebab mereka perlukan aku”
Aku lipat kain telekung dan sejadah ke tempat gantung. Masih terngiang-ngiang apa yang diberitahu Tengku Zariel seusai Haji Rahman dan Hajah Salma pulang. Mujur mereka tidak tidur kat sini,kalau tak pasti menimbulkan tanda tanya kenapa Tengku Zariel tidur di luar. Bukan aku tak pelawa tetapi dia yang nak tidur bilik kosong di atas.
Entah mengapa gatal jariku menaip sesuatu di Google.Mencari pencarian yang tidak pernah aku terfikir untuk cari selama bertahun-tahun ini. Aku mengasingkan diri dari dunia dan media sosial. Segalanya aku matikan sebentar. Benar,berita kemalangan Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Farizal tersebar luas di media tapi takkan Carl dan Amanda tidak tahu? Atau mereka sengaja tidak beritahu? Sedangkan Carl pernah mengupah penyiasat persendirian untuk mengorek tentang perkahwinanku dulu ?Melihatkan tarikhmereka kemalangan buat jantungku seakan-akan berhenti berdegup.
Tarikh yang sama aku kehilangan kandunganku yang berusia enam bulan. Ya Allah…walaupun mereka berdua tidak pernah melayaniku dengan baik tapi tidak pernah kuduga kemalangan yang menimpa mereka. Bagaimana agaknya Tengku Zariel menghadapi semuanya seorang diri? Sudahlah aku menghancurkan kebahagiannya, dan kini aku meleburkan kesemuanya pula?
Tengku Zariel sudah lena di sofa ketika aku keluar dari bilik. Awal pula dia tidur sedangkan baru pukul 10 malam. Aku beranikan diri mendekatinya,duduk mencangkung melihat dia yang culas dalam lena. Dulu,bukan senang aku nak lihat dia seperti sekarang ini. Nak berada dekat pun aku dilarang.
“Rindu Kim dah berbalas…”
Terngiang ayat Hajah Salma petang tadi. Demam rindu? Pada Tengku Zariel? Dia mimpi ngeriku dan dia juga yang aku rindu? Aku mengeluh sambil meraup wajah.
“Dah puas tilik muka aku?”
Aku terduduk! Terkejut bila mata helang Tengku Zariel terbuka luas. Aku terkebil-kebil dengan muka yang merah. Tengku Zariel baring menopang dagu. Kenapa dia buat gaya seksi pulak depan aku …
“Sorry, saya cuma nak tutup lampu” Gagap sebelum kelam kabut aku bangun sebelum aku terduduk di sofa kayu itu bila Tengku Zariel menarik tanganku. Makin kebas wajahku. Lebih-lebih lagi bila anak matanya tepat memandang. Aku teguk liur. Bagaikan ada kejutan elektrik berlaku bila jari jemari kasar itu bermain di wajahku.
“Aku tak pernah tengok muka kau sedekat ni tapi ni juga bukan pertama kali.”Bisiknya.
Aku kaku. Tergamam dengan tindakannya.
“Kau curi first kiss aku. Ingat? Di bilik?”Kini jarinya berhenti dibibirku.
Aku tersentak.
“Saya curi? Bila…bila masa?”
Tengku Zariel tidak menjawab. Sebaliknya wajahnya didekatkan. Aku terkesima.
Dan…
“Itu nafsu,bukan cinta! Bila kau dah perangkap aku,kau fikir aku akan cakap macam tu? Tak ada apa-apa yang berlaku malam tadi sebab aku tahu kau cuba perangkap aku. Ikat kau supaya aku tak boleh ceraikan kau. Unfortunately,it wont happened. Damn it! Kau memang perempuan tak guna!”
Tidak semena-mena aku menolak keras tubuhnya. Tengku Zariel terkejut. Tanpa sepatah kata aku terus berlari masuk ke bilik dan kunci bila terdengar suara Tengku Zariel.
“Kim! Hei,look…I’m so sorry,okay.Aku..aku tak ada niat nak buat macam tu. Open this door,please…” Panggil Tengku Zariel sambil mengetuk pintu.
Aku duduk berteleku di atas katil sambil menggeleng beberapa kali. Tindakan tanpa sedar tadi mengingatkan aku pada peristiwa lalu. Peristiwa yang aku sendiri tidak dapat simpulkan namun ia makin mencambah kebencian yang menggunung Tengku Zariel dengan aku dan aku di campak seperti sampah waktu itu juga.
“Kim..Kim..please…aku….” Aku tekup kedua belah telinga sebelum tiada lagi kedengaran ketukan dan suara Tengku Zariel. Selang berapa minit kemudian,aku lihat ada sehelai kertas yang dimasukkan dari bawah pintu. Bukanlah dikatakan kertas kerana ia lebih kepada sticky note dan hairan,ia seperti sudah lama.
Tergamam aku sekejap. Ini….sama dengan apa yang aku pernah bagi pada Tengku Zariel dulu. Aku masih ingat aku akan hantar sticky note yang bertulis ‘I’m Sorry’ setiap kali kami bertekak kerana aku tidak pernah ada nombor telefonnya. Aku akan tampal dibiliknya tak pun di pejabatnya.
Malah…
“Aku tahu kau nampak jam tangan yang aku pakai,wallet,luggage dan ini semua..kau yang bagi dekat aku setiap bulan sampai lah cukup setahun. Setiap barang yang kau bagi,kau akan selitkan stick note dengan macam2 kata…setiap kata yang kau luah dari hati kau”Suara Tengku Zariel disebalik pintu.
Aku pejam mata…bersandar di pintu sebelum perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh. Ya,Jam tangan Tag Huaer, dompet berjenama Dunhill, luggage Beverly Hills dan banyak lagi yang aku beri pada setiap bulan melalui orang tengah untuk hantarkan.Ia bermula selepas tiga bulan usia perkahwinan kami dan ketika itu juga aku telah meninggalkan segala-galanya. Tetapi aku sudah suruh Tiara batalkan pesanan barang-barang itu semua. Kenapa masih lagi dihantar dan kenapa Tengku Zariel menyimpannya?
“Aku tahu kau mesti tertanya-tanya kenapa aku masih simpan barang yang kau bagi sedangkan aku boleh buang. Aku tahu kau tak selesa,terkejut dan trauma dengan kedatangan aku ke sini. Aku tahu kehadiran aku buat kau ingat semula dosa-dosa yang aku pernah buat dekat kau. Aku akui Kim..aku mengaku aku terlalu jahat,terlalu kejam dengan kau. Aku layan kau tak ubah macam sampah dan aku masih ingat kau merayu supaya layan kau sebagai manusia jika aku tak mampu anggap kau sebagai isteri…”
Kelopak mataku bergenang hebat sebelum menitis satu persatu. Selalunya aku Cuma menangis dalam tidur tetapi baru hari ini aku tahu betapa hangatnya mutiara jernih ini. Jika Tengku Zariel masih ingat,apatah lagi aku.
“Jadi…kenapa perlu ke sini?”Bisikku bersandar kepala di pintu. Dapat aku rasa dia juga duduk bersandar sama.
“Kau…kau yang bawa aku ke sini. Aku mencari sebuah kemaafan yang tak ternilai harganya. Aku tahu kau tak akan maafkan aku sebab apa yang telah aku buat dekat kau tapi percayalah…hidup aku tak pernah tenang lepas kau pergi.”Ujarnya dengan suara yang bergetar. Ini kali pertama aku mendengar suaranya begini. Jika tidak,Cuma suaranya yang lantang dan tengkingan saja yang aku dapat.
“Aku akan tebus balik kesilapan aku pada kau sampai kau maafkan aku. Aku takkan pergi selagi aku tak dengar kata maaf dari mulut kau. Apa kata untuk permulaan ni,kita berkawan dulu? Kau sudi jadi kawan aku….?”
Tengku Zariel melunjurkan jari kelingkingnya masuk dari celah bawah pintu. Menunjukkan isyarat persahabatan.
Dan biar sudah masuk lima minit,aku hanya membiarkan. Aku dengar Tengku Zariel menarik nafas panjang sebelum menarik semula tangannya.
Haii sorry HZ xdapat bnyk update bab baru lately ni sbb banyak hal dekat luar..hari tu ada event, semalam pun sama. Hari ni HZ ada kerja kat luar. Sebab kerja yg ade duedate ni, mmg bila end month kena tadah je ler haha. Tq utk yg baca, komen, donate…sorry utk kekurangan yg ada. ^_^
Share this novel