BAB 50

Romance Completed 199367

BAB 50

TENGKU ZARIEL…
Sebaik saja mengangkat beg dari bonet kereta sehingga ke bilik,Tengku Zariel terus naik ke tingkat atas tanpa menoleh lagi. Dia tahu Kim sedang memerhatikan setiap tingkahnya. Dapat dia rasakan kekecewaan diwajah itu bila dia bertindak untuk membisu bila diberitahu tentang kenyataan itu. Satu rahsia dan satu hakikat.


“Saya ada PTSD. Dalam sebulan saya ada tiga sesi dengan doktor. Jika dapat tidur dengan tenang sampai esok, ia satu perkara yang buat saya bersyukur.”

Terngiang-ngiang kembali apa yang diberitahu oleh isterinya. Bukan dia tidak tahu tentang penyakit itu tetapi dia tidak menyangka terlalu banyak penderitaan yang telah dia berikan kepada Kim. Terlalu berat yang ditanggung oleh wanita itu selama ini.

Satu persatu kejadian menggamit memori. Memori dia menyakiti wanita itu sepanjang perkahwinan mereka. Tiada satu yang membahagiakan walaupun sehari. Kelukaan hati itu terlalu dalam sehinggalah kehilangan demi kehilangan orang yang tersayang dalam hidupnya.

Patutlah kali pertama melihatnya selepas dua tahun, reaksi dan tingkah laku Kim bertentangan dengan apa yang sepatutnya dia terima. Kim bertindak seolah-olah tidak mengenalinya kerana tidak mahu trauma yang mengakibatkan dia begitu terjadi kembali. Sungguh, Tengku Zariel mengharapkan wanita itu akan bertindak agresif,memarahi atau memukulnya tapi Kim menjadi seorang yang pasif. Berbeza dengan sikapnya yang dulu.

“Dari bukti yang saya dapat kumpul, Puan Elliena Kamelia berada di Alor Setar ,Kedah. Tiara Kim Wedding pula diserahkan kepada rakan niaganya, Tiara buat sementara waktu. Saya dah perhatikan dari hari ke hari yang membuatkan saya yakin Puan tidak akan pulang dalam waktu terdekat. Mungkin berbulan atau…bertahun”

Itu yang diberitahu oleh penyiasat yang diupahnya sebaik saja Tengku Farizal dan Puan Sri Tengku Wahida kemalangan. Sungguh, pada waktu itu terbit perasaan menyesal kerana dia mengupah penyiasat itu kerana bimbang jika kemalangan itu berkaitan dengan Kim walhal gadis itu sudah lama pergi dan tidak akan pulang lagi seperti janjinya.

“I janji I akan pergi dari sini. I takkan ganggu hidup you dan keluarga you lagi” Dia teringat sebaris ayat Kim saat dia mengasari tubuh wanita itu. Jika dia juga masih ingat dengan jelas peristiwa itu, bagaimana pula

‘Ya Allah….sampai macam tu sekali aku fikir yang bukan-bukan tentang Kim? Sanggup merancang kemalangan tersebut sedangkan dia tidak tahu apa-apa. Banyak yang aku telah lakukan kepadanya. Menengking, menghina, mengasarinya…ALLAH!

Tengku Zariel terduduk di birai katil. Dadanya terasa sesak,sukar untuk bernafas kerana menahan sebak yang bertandang dari dalam kereta tadi. Dia sedih, kesal dan kecewa. Semuanya bercampur aduk menjadi satu. Dia mahu bersuara namun dia bimbang dia tidak dapat menahan perasaannya disitu.

Aku terkebil-kebil pandang kipas yang ligat berputar disiling. 3 pagi dan aku masih celik. Masih memikirkan perubahan mendadak Tengku Zariel. Kami diam sepanjang perjalanan sampai ke rumah. Makanan yang kami tapau tadi pun tidak terusik. Memang tidak selera. Lebih-lebih lagi bila melihat wajah tegang Tengku Zariel sebaik menerima panggilan dari seseorang. Aku macam terdengar sebaris nama yang aku kenal tapi aku tak pasti. Tidak sanggup membayangkan penerimaannya terhadap aku.


Komputer riba, jam dinding,almari, dan dimana-mana penuh dengan sticky note yang tertulis ‘Sorry’ oleh Tengku Zariel. Setiap hari ada saja tempat dia letak. Penuh dengan tulisan dan emoji. Setiap kali tengok,aku tidak tahu apa yang patut aku rasa kerana dia tiada buat apa-apa kesalahan padaku. Dan sekarang, Tengku Zariel sudah tahu perkara yang sebenar dan aku tidak akan menghalang langkahnya unuk pergi.

Bunyi kuat diluar buat aku bangun dari katil. Seperti bunyi pecah dari dapur.

“Ni mesti Cik T punya kerja ni. Tak pernah serik nak pecahkan barang aku!”Omelku lantas menuju ke dapur. Sebaik lampu dapur dibuka, mata aku meliar mencari barang yang dipecahkan Cik T. Entah kenapa jantungku mula berdegup kencang bila tiada kesan-kesan ada barang terjatuh atau pecah seperti selalu aku jumpa.

Tiba-tiba aku tak sedap hati. Baru aku berpaling ke belakang..

Jeritan ku dimatikan dengan tangan kasar seseorang yang bertopeng. Satu tangan menekup mulutku dan tangan satu lagi meraih pinggangku.


“Kalau kau nak hidup lama, lebih baik kau diam!!! Kau jerit,aku tak teragak-agaj nak sembelih kau hidup-hidup!”

Bulat mataku bila dia menunjukkan mata pisau yang tajam berkilat tepat kemukaku. Lagi aku terkedu bila ada lagi seorang yang bertopeng menyelongkar disegenap ruang dapur. Tiada bunyi,kemas dan sangat pantas sehingga aku tergamam!

Aku cuba meronta dan menjerit tapi makin kuat dia tekup mulut aku. Badanku menggigil kuat,basah lecun. Ya Allah…tolonglah..selamatkan aku….Tolong aku!

“Wei,cepat sikit. Jumpa tak?!”Desis lelaki yang sedang memegangku.Rakannya yang kurus geleng laju.

“Siapa lagi dalam rumah ni? Aku tahu kau tak duduk sorang kan?”

Laju aku menggeleng. Tak mungkin aku akan beritahu tentang Tengku Zariel. Seakan-akan tak percaya ada orang pecah masuk rumah aku. Jarang berlaku di taman ini dan aku tak nak jadi mangsa rompakan! Dah pelbagai perkara buruk bermain di kepala jika mereka tak dapat apa yang mereka nak. Aku bukan orang kaya. Rumah teres biasa,Myvi yang dah nazak dan cuma seorang pembantu projek!

“Jangan tipu! Aku tahu lelaki yang ada kereta besar tu tinggal sini.Kalau kau taknak aku cincang kau hidup-hidup,tunjuk aku mana dia!”

Dia membawa ku ke ruang tamu walaupun sedaya upaya aku cuba keraskan badan.

“Wei,kau tolong aku jaga perempuan ni. Biar aku cari anak Tengku tu!”Lelaki bertubuh gempal menolak aku ke arah rakannya dan ketika itu jugak aku jerit.

“Ariel !!!”


Lelaki yang bertubuh kering itu ditarik seseorang dari belakang. Kuat sehingga terlempar ke dinding. Tengku Zariel! Dia menarik tanganku,lindungi di balik tubuhnya.

Kedua perompak itu saling berpandangan sebelum ketawa kuat. Aku makin kecut bila yang seorang lagi mengeluarkan kayu dibelakang tubuhnya.

“Jadi,kau lah yang bawak kereta mahal yang tersangkut banjir hari tu. Aku tak nak cakap panjang, sekarang ni korang dua bagi semua yang ada termasuk kunci kereta mewah kau tu! Kalau nak selamat lah kan…”Hujung pisau tajam itu dimain-mainkan dengan hujung jari.

Tengku Zariel tersenyum sinis. “Kalau nak,datang lah sini. Ke kau takut?”

“Kurang ajar!”


Tengku Zariel menolak tubuh ku. Dia menyiku tangan lelaki itu dan disepak pisau itu jauh dari pegangannya. Lama aku pandang sebelum aku berlari laju untuk dapatkan pisau itu. Sekurang-kurangnya jauh dari sini!

Baru setapak dua aku lari,kaki ku ditarik oleh perompak kedua. Aku pusing dan menyepak mukanya. Dia mengaduh kuat.

“Tak guna punya perempuan!”Aku bangkit namun hentakan keras dikaki buat aku terjatuh lagi. Sakit!


“Kim! Pergi selamatkan diri! Jangan tunggu abang!”Arah Tengku Zariel keras saat sedang bergelut dengan perompak bertubuh besar itu.

Aku menggeleng. Saat aku sedang terleka,lelaki yang memegang kayu itu menarik rambutku sehingga aku terbangun. Dia menarik aku rapat ke tubuhnya dengan kayu dipaut keleherku.

“Let me go,you idiot!!!”


“Kau memang degil kan? Jangan melawan! Baik kau bagi apa yang kami nak kalau tak aku tak teragak-agak bunuh perempuan ni depan kau!”Jerkahnya keras sekaligus memaksa pergelutan di antara Tengku Zariel dan lelaki itu terhenti. Kesempatan itu diambil mudah bila satu tendangan kuat tepat ke perut Tengku Zariel sehingga dia tersungkur. Aku menjerit. Dia terbatuk. Darah menyembur keluar.

“Bob,pergi cepat ambil semua barang-barang dia sampai licin!”

“Nanti. Aku tak puas dengan mamat ni. Kau ingat kau anak raja,aku takut? Pengecut! Sekarang kita tengok siapa yang lebih jantan sekarang ni! Dan kau Man,apa kata kau ajar perempuan ni cukup-cukup sampai kau puas!”

Bulat mata ku mendengarnya. Air mata sudah mengalirlaju tanpa henti. Ya Allah!

“Kau jangan berani sentuh dia! Ambil apa yang kau nak tapi lepaskan isteri aku! Kim…”

Tengku Zariel cuba bangun namun kayu yang sudah bertukar tangan tepat dihentak ke kepalanya.


“Ariel!!! Please,,,let him go. I’m begging you! Don’t hurt him!”Rayu ku teresak-esak menangis namun hanya ledakan ketawa keras yang aku terima. Kayu yang berada ditangan si pemukul tidak berhenti dihala ke tubuh lemah Tengku Zariel. Mengalir laju darah yang keluar dari mulut dan kepalanya.

“Kau ni memang degil kan? Aku suruh diam,kau taknak diam! Sini!”Dia menempik bengang sebelum menarik kuat rambutku sehingga kau terbangun. Tangan cuba meronta menolak tubuh kedingnya namun tak berdaya. Dia menolak tubuhku ke lantai.

“Argh!”Kepalaku terhantuk pada bucu meja.Siling di atas seperti berputar-putar.

“Lepas kan dia! Kau jangan sentuh dia!”Tengku Zariel cuba menggapai aku tapi dengan sekali hentakan,dia terus terkulai. Suasana sunyi sepi.

Aku tergamam. Makin kuat aku meraung meminta tolong. Sepantas kilat lelaki yang bertumbuh gempal yang memukul kepala Tengku Zariel memegang kedua-dua belah tangan aku. Aku makin kuat meronta,menendang kerana aku tahu apa yang mereka cuba lakukan. Bayangan yang aku pernah alami 2 tahun yang lepas ligat berputar kembali.

“Kalau kau tak diam,makin teruk aku buat kau. Faham?!”

“Lepaskan saya! Tolong! Ariel!” Rontaan aku semakin lemah. Apatah lagi nak dibandingkan dengan kekuatan dua orang lelaki. Mulut tak putus-putus berdoa,berzikir. Mnegharapkan ada keajaiban yang berlaku. Aku tidak mahu mati dalam keadaan begini. Air mata semakin mencurah laju bila salah seorang dari mereka mula melonggarkan tali pinggang. Ya Allah..tolong aku….tolong aku…”

Tiba-tiba lelaki yang keding itu tumbang terlentang ke sebelah. Aku buka mata.

“Ariel…”bisikku lemah. Luluh hati ini melihat desah nafasnya yang tidak teratur. Darah di sana sini. Dia mencekak baju kolar perompak itu,dia menyepak,menumbuk tanpa henti. Aku mengengsot ke tepi,melindungi baju yang terdedah di bahagian depan dan belakang akibat direntap oleh perompak itu.
Lembik perompak gemuk itu dibelasah Tengku Zariel sampai tak sedarkan diri. Bunyi suara riuh diluar dan juga siren polis kedengaran. Tengku Zariel menghampiriku dengan langkah tak teratur.

Setapak…dua….dan dia rebah…


“How was he?”

“He should be hospitalized. Memang tak teruk tapi takut ada effect lain. Luaran tak nampak tapi dalaman siapa yang tahu?” Aku pandang Tengku Zariel dari jauh,berbaring di katil bilikku. Dia berkeras tidak mahu ke hospital. Mujur ada Hakimi yang baru pulang dari rumah bapa saudaranya. Tak tahu pula dia pun nak balik hari ni. Satu kebetulan yang aku sangat bersyukur.


“Nanti esok lusa saya cuba bawak dia ke hospital”


“Tak apa,yang penting korang dua selamat. Tak tahu lah manusia zaman sekarang ni. Nak merompak pun sampai nak membunuh. Sorry,Kim…saya on duty sekejap lagi. You should take a rest. Jangan risau,kawasan ni dah dikawal ketat oleh pihak polis.”Seusai memberi salam dan aku ucap terima kasih, Hakimi bergegas keluar.


Pihak polis? Sebenarnya mereka ada disini pun sebab pembantu Tengku Zariel yang datang tepat pada masanya,sengaja memasang siren polis. Bimbang berita ni tersebar luas di media. Aku tahu public figure seperti Tengku Zariel. Ramai yg mahu menjual kisah hidupnya. Dan satu taman ini sudah tahu status sebenar aku…

“Maafkan makcik ya,Kim. Mak Cik dah salah faham lagu kamu dengan dia. Tak tahu pun dia ni suami kamu. Lainkali toksah aihh simpan-simpan. Lagu elok kenapa kena simpan ya dak?”


Teringat ucapan maaf Mak Cik Senah tadi. Aku senang hati melihat hubungan kami pulih kembali. Ada juga tadi dia membantu Hakimi membersihkan luka Tengku Zariel.

Melihat tubuhnya yang lebam,luka dan bengkak di wajah buat air mata ini mengalir deras. Terbayang lagi sebagaimana dia cuba melindungi. Dia sakit kerana aku..dia jadi begini kerana aku!

Aku duduk melutut di tepi katil,memerhatinya yang lena. Baru aku nak mengusap rambutnya,aku menarik kembali tangannku. Teringat yang dia cukup tidak suka aku menyentuhnya.

“Ariel…kalau awak nak apa-apa,awak jerit je panggil saya. Saya tidur dekat luar. Pintu ni saya tak tutup.Maafkan saya…sebab saya,awak jadi macam ni”Aku berbisik.

Baru aku nak keluar,Tengku Zariel meraih tanganku. Aku terpempan. Matanya terpejam-pejam melihat kerana luka yang berada di tubir mata itu.

“Awak nak apa-apa? Biar saya ambil kan. Doktor cakap awak tak boleh banyak gerak. Kalau ikutkan. awak kena pergi hospital.”

“Tidur sini…dengan abang”


Tergamam aku dengan permintaannya. Mata kami bertentang lama sebelum Tengku Zariel seakan tersedar.

“Maksud abang..temankan abang dekat sini. Kim tak payah tidur luar. Lagipun, keadaan tak selamat lagi”

Mendengarkan itu, aku terus melabuhkan punggung dibirai katil yang menempatkan Tengku Zariel. Suasana hening seketika walaupun di luar masih ada kereta peronda polis yang mengawal ketat kawasan luar rumah ini.

“Maafkan abang”


Kepalaku laju menoleh. Diam.

“Diam abang tadi…bukan bermakna abang terkejut tapi….berjuta kali abang cakap pun, dosa abang takkan terampun…sebab dah aniaya Kim. Mungkin betul Kim cakap…apa yang terjadi disebabkan kifarah apa yang Kim dah buat. Begitu juga dengan abang Abang tak pernah bahagia bila Kim pergi. Mungkin Kim tertanya-tanya kenapa abang ambil masa dua tahun untuk muncul didepan Kim tapi buat masa ni,abang nak Kim berhenti salahkan diri sendiri. Sakit Kim…cuma sementara,trust me. Sayang,,,beri abang peluang, ya?”

Perkataan sayang yang terbit dari bibir itu membuat aku tergamam. Ini kali kedua aku mendengarnya. Aku mengetap bibir menahan perasaan sebak yang mencengkam kuat. “Awak rasa kesian dekat saya, Ariel? Rasa serba salah dengan apa yang berlaku pada saya?” ”Nada suaraku bergetar.

Aku melihat Tengku Zariel tersenyum,menggeleng pedih. “Kim beri abang peluang,abang akan buktikan.”


“Dan seterusnya…apa yang akan terjadi Ariel? Pada kita?”Soalku dengan suara separuh berbisik.


“Let Allah know the rest. Abang cuma nak….”
Tidak sempat Tengku Zariel menghabiskan kata bila pintu bilikku dirempuh oleh seseorang. Aku tergamam!


“Ariel! Kenapa kau tak beritahu……”


Dan ketiga pasang mata bersabung….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience