Senyuman mesra jejaka berkulit putih, berambut hitam dan beruniform hitam aku balas seikhlas hati.
“May I know which room Mister Tengku Zariel Zahari stay?”
“Sorry mam but we can’t reveal our customer information unless you can prove that you are have any relation with our customer.” Dia tetap tersenyum menerangkan.
Aku suka dengar suara lelaki berbangsa Perancis dan British. Sangat…seksi!
“I’am his wife, legally. I did not bring any document that prove we are husband and wife. Even if I bring it,I know you not able to understand but I have a few photos that shown our relationships. Here…”Aku menyerahkan beberapa keping gambar dari clutch silverku,juga kad nikah.
Dia berkata sesuatu pada rakan setugas disebelahnya sebelum memandangku kembali.
“Sorry if you are not comfortable but may I ask why…”
“It’s surprise,dear! Actually,we’re supposed having our honeymoon but we had to cancel it because he was too busy so I decided to surprise him. Does it make sense to you?”tekan aku cuba menahan geram dengan kening yang terangkat. Wajahnya berubah sedikit sebelum tersenyum kembali. Kad bilik akhirnya diserahkan.
“We’re so sorry mam. Hope you enjoy your honeymoon here. If you need anything please,let me know.”Ucapnya mesra dengan loghat Perancisnya. Dua luggage aku diangkat oleh staf L’Empire Paris.
Ya,aku sekarang berada di Perancis,Paris atau dipanggil Kota Cinta. Dan aku berada disini kerana mengejar cinta hati. Semalam aku baru dapat tahu Tengku Zariel outstation disini selama seminggu selepas seharian aku tak nampak batang hidungnya.
Nak tanya Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Farizal? Memang taklah! Hal Tiara Kim Wedding pula aku serahkan semuanya pada Khayra. Aku Cuma beritahy aku mahu bercuti. Lagipun memang benar aku sudah lama tak bercuti,menenangkan fikiran kerana selama ni aku tak pernah ditimpa masalah. Jika ada,aku akan pastikan masalah atau gangguan perasaan tidak jadi halangan. Tetapi sejak aku menempa maut dalam khidupan Tengku Zariel, jiwaku kacau bilau. Tidak tenang,selalu gusar. Ini bukan diriku yang sebenar.
Kad ditangan aku pandang sebaik masuk lif. Tingkat 7.
Aku buka dengan penuh berhati-hati walaupun aku tahu dengan waktu begini ditambah pula dengan cuaca yang sejuk,aku yakin Tengku Zariel telah tidur. Sempat aku menyuruh staff hotel yang angkat bagasi tidak buat sebarang bunyi. Aku tutup pintu setelah dia keluar. Dengkuran halus buat aku menarik nafas lega seraya menanggalkan heels dan menuju ke katil.
Tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata melihat si suami didepan mata sedang tidur culas. Riak keletihan terbias di wajahnya. Melihat dia mengerekot,aku menurunkan suhu penghawa dingin sebelum mengambil tempat disebelahnya,merenung wajahnya. Dia nampak tenang dan polos.
“Kan best kalau muka you macam ni setiap kali dengan i”
“Ariel, You tak ada sehari I dah rindu. That’s why I’m here. I miss you”Luahku perlahan. Tanpa sedar kelopak mata ini semakin berat dan berat. Tidak sedar juga bila tanganku melingkari pinggangnya sambil kepalaku beralaskan dadanya.
Sungguh,bahagia hati ini berada dalam pelukannya walaupun dia tidak sedar. Mujur juga dia tidak naik angin saat dia ternampak apa yang aku lakukan kepada Tengku Farizal hari itu. Lelaki itu memang sengaja cari pasal! Dan lama-kelamaan mataku terpejam rapat…
“AUCH!!!”
Mataku terbuka luas sambil punggung aku gosok. Sakit! Pening kepala aku bila dikejutkan dengan cara yang azab sekali! Berkerut dahiku menahan sakit. Dalam keadaan mamai seperti ini, siapa yang tidak panas hati??
“You ni …I still jet leg lagi tau? Boleh tak kejut dengan cara baik? Tak perlu tolak I sampai jatuh katil”
“Kau!”Rahangnya jatuh sedikit. Terjegil bebola matanya kerana terkejut dengan kehadiran aku.
“Yes me. Kim…your wife. Miss me,hmm?”
Tengku Zariel mendengus dan berdiri di tepi katil. Aku disebelah kanan,dia pula kiri.
“Apa kau buat kat sini? Macam mana kau tahu aku ada kat sini? Kau ikut aku dari semalam?!!”
“Shhh..lower your voice okay. We’re middle in the night right now. You boleh jejaskan honeymoon kita okay!” Bisik aku nakal sambil menanggalkan jaket sejuk ditubuh,meninggalkan baju kait lengan panjang berwarna maroon. Ketika itu juga hampir aku terjerit bila dia merentap kasar lenganku sehingga aku terpaling membalas renungan tajamnya.
“Tell me what are you trying to do??! Honeymoon apa yang kau merepek ni? Get out. Now!” Serentak itu aku ditolak dengan kasar.
Terus hilang penat aku dibuatnya.
“Ariel,look..could you please calm down for a while? Kalau you nak gaduh dengan I,at least not today..not tonight. I tahu you penat.Silap I sebab ganggu tidur you”
“Kau buat satu kesilapan besar bila datang sini,Kim! Kau tahu kan aku tak suka?!@
“I datang sebab rindu…”Luahku jujur dan telus.
Tengku Zariel tidak menjawab sebaliknya Dia mencapai telefon hotel bersama renungan tajamnya tepat kea rah aku. Aku agak dia mahu memanggil khidmat pelanggan.
“Hello…”
“Okay stop,okay? I keluar. I takkan ganggu you…well. at least not tonight. I promise I takkan kacau kerja you tapi untuk waktu-waktu lain I tak boleh. bonsoir cher(selamat malam,sayang)”
Aku terus berlalu keluar dengan langkah yang longlai. Sudahlah penat berada dalam kapal terbang tak hilang lagi, baru nak tidur
Kemeja kuning cair yang aku tayangkan depan-depan sikit pun dia tidak toleh. Sanggup dia mencapai kemeja lain di wardrobe yang aku yakin belum digosok. Semalam aku cakap aku nak keluar,tetapi kenapa aku berada disini?
Memang aku keluar,tapi hanya keluar dari biliknya kerana aku sempat book instant bilik hotel sebelah Tengku Zariel. Nasib ada kosong. Semalam juga aku sempat mencapai booklet schedule seminar Tengku Zariel untuk seminggu disini. Pagi dia hadir seminar,sebelah petang pula dia akan diguide untuk berjalan-jalan disekitar kota Paris ini.
“You…I dah siap iron dah untuk you attend seminar kejap lagi. Kenapa susah payah nak buat sendiri? “Pujukku lembut. Aku tahu dia dengar tapi dia buat aku seolah-olah tidak wujud. Dia buka pintu untuk beri aku masuk pun agaknya sebab nak sakitkan hati aku.
Aku senyum sedikit. Cuba memyembunyikan perasaan terlukanya. “Well,kalau you tak nak pakai tak apa. Maybe you tak minat nak pakai hari ni so I letak kat wardrobe okay? Mana tahu esok lusa nak pakai.” Laju aku masuk ke biliknya bila dia sikit tidak menghalang aku.
Okay , satu perkembangan yang baik. Entah-entah hati dia dah lembut sikit…kot? Entah-entah…langkah aku mati. Senyuman lebar aku sudah hilang entah ke mana. Bebola mataku sedikit tidak bergerak melihat apa yang berlaku depan mata.
“Lain kali jangan pandai-pandai suruh orang hantar breakfast. AKu suka French toast tu. Sangat suka. Tapi bila tahu kau yang hantar,aku rasa jijik. Rasa nak muntah pun ya jugak. So,please…kalau kau sanggup tengok aku biarkan makanan tu cium lantai,buat lah lagi. I don’t mind. I do have enough time to make your heart bleed”
Mataku kosong memandang French toast dan mocha latte panas yang menyimbah lantai berkarpet putih ini. Benar aku yang suruh staf hotel hantar sarapan pada Tengku Zariel sebelum dia pergi.
“Make sure she leaves my room after you clean up or else I’ll report to your manager. Get that?”
“Madam…?”
Aku menunduk sambil terangguk-angguk. Mengerti. Diam Tengku Zariel penuh makna yang tersirat. Makna yang cukup melukakan hati aku. Sudahlah tubuhku masih penat, masih lagi jet lagi tapi aku sanggup bangun pagi semata-mata nak menggosok baju Tengku Zariel dan membuat pesanan agar sarapan dihantar ke biliknya tepat pada waktu. Tetapi apa yang aku dapat?
Kecewa. Sakit. Pedih.
“Love is hurt but actually it tells you to never ever give up. Please..you are so beautiful to get hurt,dear…” Ujar lelaki beruniform hitam itu sambil mengenyit mata dengan slanga Frenchnya itu. Dear itu merupakan panggilan biasa disini. Sedikit sebanyak hatiku tercuit jua. Aku menarik nafas dalam-dalam.
“Wake up Kim! You are too gorgeous,too young and beautiful…don’t give up!”
“CAK ! HAI HANDSOME!”
Perbualannya bersama seorang lelaki berbangsa British mati. Langkahnya turut mati. Beberapa orang yang berpakaian kemas yang baru keluar dari bilik seminar tersengih-sengih melihat gelagatku yang tiba-tiba muncul menjengahkan kepala di balik pintu bilik seminar yang berada di tingkat lima.
Lelaki mat salleh itu menoleh kea rah Tengku Zariel sebelum memandangku.
“Your….”
“I don’t ever know her,Mr Smith. Perhaps she just got wrong person. Come”
Mulutku terkunci rapat mendengar kata-katanya. Dekat tiga jam aku menunggu tapi dia pergi macam tu je? Aku lantas mengekornya yang menuju ke lounge. Nampak saja dia duduk,cepat aku melabuhkan punggung semeja dengannya. Dia menahan geram sedang lelaki disebelahnya tersenyum.
“Hello young lady.. I can guarantee that you both know each other right? Actually,I saw you when you’re fall asleep outside our meeting room”
Mataku saling berbalas dengan renungan tajam Tengku Zariel.
“Yeah…I was waiting for him . FYI, my husband is shy person to reveal our relationship.”
Terkejut Mr Smith mendengarnya. Dia ketawa lantas menepuk bahu Tengku Zariel.
“Dude, why you didn’t tell me she is your wife? You have beautiful wife. I’m pretty sure you ‘re mix blood ,right? Man, You should leave this meeting and go for honeymoon. This is Paris guys. Feel the love!”
Meletus ketawa aku dengan sikap mesra Mr Smith. Dengan loghat Americannya,mudah saja kami berbual. Membesar di Amerika sudah buat aku cukup faham budaya dan adab di sana. Sesekali tawa kami bergabung. Sesekali juga aku menjeling Tengku Zariel yang kerap kali mendengus tanda kurang senang atau…cemburu? Terdengar juga seperti dia sengaja melagakan garfu dan pisau dipinggan seperti menghantar signal.
“You wife are so funny,Mr Zariel! Dear,please let me finish my food okay. After that,we can laugh like crazy!”
Lima minit kami tidak bercakap. Kekok. Lebih-lagi bila melihat postur tubuh Tengku Zariel yang bersilang tangan dengan renungannya yang cukup bisa memanah hati ini. AKu gentar dengan renungannya kerana dapat membayangkan apa yang bakal berlaku nanti. Terus hilang selera aku nak menjamah croissant kegemaran ku. Sikap kami berdua menyebabkan Mr Smith perasan dan dia mula bersuara.
“Why….uhukkk!” Tiba-tiba saja dia terbatuk kuat. Kuat bunyinya sehingga dia bangun sambil mengurut dada. Tindakannya menyebabkan semua mata menoleh kepada kami. Aku dan Tengku Zariel tidak ketinggalan untuk bangun.
“Mr Smith…are you okay?”
“No it’s okay…I’m just…” Terkedu aku melihat Mr Smith tumbang didepan mata bila dia pusing dan melanggar seorang pelayan. Dalam sekelip mata,Dia tidak sedarkan diri! Suasana mula panik dan kecoh dengan kejadian tiba-tiba ini. Aku tunduk mengibas tangan . Kesemua mereka mula mengerumuni kami. Terdengar juga ada yang menyuruh telefon ambulan.
“Ini semua kau punya pasal!!! Kalau kau tak datang sini semua ni takkan terjadi!” Bagai terhenti nafas aku dengan tuduhan itu. Wajahnya aku cari.
“Kalau you nak tuduh I apa-apa lagi jangan sekarang. Sekarang ni yang lebih penting Mr Smith! Je ai besoin d' un couteau bien aiguisé et une bouteille de vodka. Maintenant . Aidez-Moi (saya memerlukan pisau yang tajam dan sebotol vodka. Sekarang. Tolong)
Berubah wajah Tengku Zariel bila aku menuturkan Bahasa Perancis itu pada pelayan. Pasti dia tidak menyangka aku tahu bahasa French.
“Open his clothes”Arahku pada dia yang tercengang-cengang.
“What? Kau kalau tak tahu apa-apa jangan nak memandai! Kau bukannya doktor!”
Malas aku dengar apa-apa lagi,terus aku menyelak kemeja Mr Smith sehingga menampakkan bahagian pinggangnya. Aku meminta yang lain bertenang persis seorang doktor dan aku mengatakan aku seorang doktor! Makin bulat mata Tengku Zariel.
“The air is escaped from his lung….it is tension of pneuthorax. due to a lung laceration which allows air to escape into the pleural space but not to return” Jelas aku sambil menekan pisau nipis itu di pinggangnya sehingga mengeluarkan darah. Penutup Vodka yang telah dibuka oleh salah seorang pelanggan tadi terus aku guna untuk menutup pada bahagian yang berdarah itu dan serentak itu Mr Smith membuka mata dengan nafas yang tercungap-cungap.
Aku menarik nafas lega. Mereka yang lain turut melakukan perkara yang sama sambil bertepuk tangan. Tak kurang juga mencapai tanganku mengucapkan terima kasih. Aku melihat Tengku Zariel tetapi dia seperti tidak hirau dengan tindakan ku yang menyelamatkan nyawa Mr Smith sebentar tadi. Dalam hati ini tertunggu-tunggu juga jika dia mahu ucapkan sesuatu. Cakap terima kasih pun jadilah.
“Kau jangan ikut aku. Aku taknak bala kau melekat pada sesiapa lagi lepas ni”
Aku terkesima. Aku bawa bala ?
Beg kertas berwarna coklat itu aku hulurkan pada dia sebaik melihat dia baru keluar dari bilik hotel Mr Smith. Dia sekadar memandang dengan pandangan kosong.
“Porridge. I beli kat bawah tadi.”
“So?”
Nafas aku tarik dalam dengan soalannya. Aku tahu dia letih kerana baru lepas meeting. Salah aku juga bila aku menganggunya . Lebih-lebih lagi setelah apa yang berlaku di lounge tadi, Lain yang aku rancang. Lain pula yang jadi.
“Untuk Mr Smith. I hope dia tak apa-apa. Dan I nak mintak maaf sebab kacau you lepas meeting tadi. I tak ada niat…”
“Apa benda yang kau buat tanpa niat? Ada?! Setiap kali kau dekat dengan aku,bala kau melekat dekat aku! Tak cukup dekat rumah, sampai ke sini kau sanggup terkejarkan aku? Eh,kau ni memang tak tahu malu kan? Aku tahu kau memang murah,no value tapi aku tak sangka cara ni kau guna nak kasi ‘up’ nilai kau tu!Aku datang sini bukan nak habiskan masa aku,buang tenaga aku untuk kau tapi aku ke sini atas urusan kerja!”
“Lagi satu…kenapa kau pandai-pandai beritahu MR Smith pasal kita? Kau tahu tak dia tu shareholder company terbesar dekat sini yang bakal bekerjasama dengan Qalesh Holding? Oh maaf,aku lupa. Betina macam kau memang sanggup buat apa-apa je asalkan kau puas!!!”
Bala…perempuan murah…betina….perkataan itu berpusing-pusing di fikiran ini.
Aku cuba usir hinaan demi hinaan itu namun entah kenapa kali ini aku gagal. Menggigil tubuh ini dengan hinaan demi hinaan dari mulutnya. Tiba-tiba saja aku dapat rasakan bila-bila masa saja aku akan rebah. Tidak kuat untuk menerima apa-apa tuduhan dan hinaan darinya lagi. Jauhnya perjalanan aku ke sini…dia sikit tidak hargai..hatta layan aku dengan baik pun tak. Makin hari makin teruk. AKu dengan dia semakin jauh. Terasa rancangan aku tidak pernah pun berjaya.
‘Kenapa Ariel,kenapa? Kenapa sampai sekarang you tak boleh terima i…? Dah macam macam I cuba buat utuk tarik perhatian you. Nak berkawan dengan I pun you tak sudi. I tahankan hati,tulikan telinga I, terima segala hinaan dan kutukan you sebab I sayangkan you. Kalau I mengalah sekarang,bermakna I akan kehilangan you. I terima kalau you tak boleh terima I sebagai isteri dalam erti kata yang sebenar. I terima.’
‘Itu lebih baik dari I kehilangan you selama-lamanya. Lebih baik daripada melihat you bahagia bersama Iman. I tak sanggup,Ariel..I tak sanggup….i tahu…you hanya milik I … ‘
Aku hanya mampu bersuara dalam hati bila lelaki itu berlalu tanpa menoleh ke belakang.
IPHONE aku capai lantas aku letak di cuping telinga. Siapalah yang call aku pagi2 buta ni? Sempat aku menoleh jam digital disebelah meja tepi katil. 4 pagi? Panggilan dari Malaysia ke?”
“Hello….”
“Mrs Zariel…?”
“Yes…why?”
“Your husband….he’s drunk. Could you please take him home?”
Terbuka luas mata ku. Aku terus bangun. Zariel mabuk????
“What’s wrong with him? Who did this to him? Tell me!” AKu menyoal dengan susah payah kerana terpaksa menampung separuh tubuh Tengku Zariel bersama Mr Smith ke bilik hotel Tengku Zariel. Mataku sudah berair kerana tidak tahan dengan bau busuk yang melekat dari tubuh itu.
Sungguh macam nak gugur jantung bila melihat Tengku Zariel laju meneguk air berwarna kuning itu di bar mewah Hotel Le’Empire Paris ini. Melihat gayanya…berseluar khaki dan berjaket hitam pun seperti bukan dirinya yang sebenar. Apatah lagi melihat rambutnya yang bersimpang siur tidak kemas. Ketika aku mendekatinya, dia seperti bukan Tengku Zariel yang aku kenal sebelum ini. Air mukanya, renungannya yang lain, penampilan yang berbeza..lagaknya sebijik macam Playboy!
“He came by himself. I saw he enter the bar..alone and order beer just right in front of my eyes. That’s make me shock okay? Did he….drink?”
Panas.
Berpijar wajah ini mendengar soalan itu. Apa reaksi yang boleh aku pamerkan bila seseorang berbangsa Kristian menyoal adakah kami yang beragama Islam,berbangsa Melayu minum minuman haram tu? Apa yang patut aku jawab sedangkan aku sendiri tidak percaya dengan apa yang aku lihat tadi. Aku ucap terima kasih pada MR Smith sebelum dia keluar.
Suara Tengku Zariel yang lemah dengan bahasa yang aku tak faham membuatkan aku mencapai pijama,membuka pakaiannya dan aku ganti dengan pakaian yang baru. Rasa nak muntah pun ada dengan bau yang menyengat hidung tu. Bau yang aku langsung tak suka apalagi melihat botolnya. Kenapa Tengku Zariel tergamak minum air setan tu? Adakah dia benar2 minum sebelum ni? Tapi dia bukan macam tu. Aku tahu!
AKu mencapai selimut tebal lantas menutup tubuhnya dengan kemas. Rambutnya aku usap sebaik aku duduk di birai katil. Kata-kata bartender tadi buat aku kembali diselubungi persoalan-persoalan yang tiada jawapan.
“Yes Miss….he was alone and he take an order for a glass of beer. If I’m not mistaken….two glass and then he fall. Still learning,perhaps…poor guy. I can teach him if he want. Do you want anything,Miss? We have……”
Benar lah Tengku Zariel minum dan selepas itu dia mabuk sehingga tak mampu nak jalan sendiri. Nasib Mr Smith ada. Tak padan dengan sakit tadi,sanggup pula turun bersuka ria seperti tidak terkesan dengan apa-apa yang berlaku. Aku yakin bar tender tadi bercakap benar. Tengku Zariel ‘masih belajar’ , tidak pernah atau ini kali pertama?Atau….
“Hmm…mmm…sejuk…sejuk”
Kalut aku berlari ke tandas sebaik mendengar rintihannya. Sejuk ke panas? Kalau dah minum benda alah tu,tentu je panas. Panas hati,panas dalam silap-silap boleh demam! Simptom yang sama pernah dialami Tiara masa awal-awal dia ‘belajar’ meneguk air tu.
“I’m here,Ariel…please stay…stay with me…”Bisik aku sambil meletakkan tuala kecil yang basah di dahi. Sebiji pil panadol dan air aku sediaka sekali. Sebak bertandang melihat dia begini.Lebih-lebih lagi bila…
“Iman…Iman…Iman…”
Aku tertunduk memejam mata. Sungguh…hati ini terguris. Apa perasaan seorang isteri apabila suami menyebut nama wanita lain dalam lenanya? Kenapa Tengku Zariel sikit tidak mengerti perasaan aku? AKu terima jika dia masih tidak boleh membalas cinta aku , terima segala layanan buruk dan kata2 kejinya pada aku tetapi sebut nama wanita yang dia cinta dan aku benci? Hatiku terguris. Tidak dapat menahan [erasaan ngilu yang mencucuk sanubari. Aku menarik nafas panjang.
“I ada kat sini,Ariel. I ada kat sebelah you. I akan jaga you sampai you sihat. I janji I Cuma ambil masa tiga jam je untuk sembuhkan you sebab esok you ada seminar pagi kan. I promise,trust me”Satu kucupan kasih aku hadiahkan di dahinya. Lama sekali seperti tidak mahu melepaskan kucupan kasih ini. Aku tak peduli dengan bau masam minuman keras itu Seolah-olah memberitahunya bahawa aku akan sentiasa berada disisinya.
Ni honeymoon ke hellmoon?
Share this novel