Aku membetulkan simpulan jubah mandi di tubuh. Sesekali tangan menilik kulit wajahku. Aku cukup pantang kalau jerawat timbul walaupun sebiji. Boleh hilang mood! Pakaian yang diambil daripada bilikku dicapai.
Kejap lagi pasti pelayan akan menghantar sarapan pagi untuk mereka. Lagipula sangat perlu untuk orang yang tengah ‘hangover’ macam Tengku Zariel. Ah, aku sedikit terkilan mengenangkan perbuatan Tengku Zariel semalam. Benarkan dia minum? Tapi kenapa dan sejak bila?
Tidak berapa lama selepas itu, aku melangkah masuk dengan dulang ditangan serta ‘eye smile’ku kea rah Tengku Zariel yang sudah terjaga. Riak wajah itu sedikit terkejut dengan kehadiranku namun aku tetap melemparkan senyuman manis walaupun pelbagai persoalan yang melanda.
“Morning husband. Feel better? Apa kata before you having your breakfast,better brush your teeth and wash your face okay? But honestly, I love to see your face in that way…in the morning…you look more….sexy”. Semangkuk sup yang masih panas yang sememangnya dipesan di hotel ini, juga beberapa biji pil dihidang didepan mata menggunakan dulang yang berkaki empat.
Baru saja aku mahu melabuhkan punggung disebelah suamiku, Tengku Zariel bersuara.
“Stop . Don’t come any closer. I hate it”
Spontan aku berdiri tegak. Tidak jadi duduk, hanya mengangguk faham.
“Okay, sorry my bad. Jom i…”
“Apa yang dah jadi semalam ? Apa yang kau dah buat dekat aku?”
Dahi Kim berkerut. Apa yang aku dah buat dekat dia? Matanya melirik pada tubuhnya dan tubuh Tengku Zariel silih berganti. Masing-masing masih berpijama.
“You tak ingat? Serius you tak ingat langsung? I mean..dont you remember?”
“Aku tanya tu jawab je lah!” Tengking Tengku Zariel berang sambil menolak dulang itu teat kearah aku yang tidak sempat mengelak.
Habis bubur sayur yang masih panas itu menyimbah tubuh yang berpijama nipis. Aku mendesis pedih. Baru saja aku mahu berlari ke bilik air,lengan direntap kasar sehingga tubuhku terpaling.
“Cakap apa yang kau dah buat dekat aku semalam! Aku masih ingat yang aku tak sedar masa kat bar pukul 3 pagi”
“Stop it Ariel you hurting me”Aku merintih separuh merayu. Sakitnya tak terkata. Dapat aku rasakan kulit yang menggelupas di bahagian paha kirinya.
Inikah honeymoon yang aku harapkan? Inikah rancangan yang diharapkan berjalan dengan lancar setelah berpuluh jam di dalam pesawat? Aku sanggup meninggalkan kerjaku kerana Tengku Zariel. Sanggup merahsiakan perkahwinannya daripada keluarga aku. Sanggup meninggallan kemewahan demi menurut segala syarat-syarat tak masuk akal Tengku Zariel…apa lagi yang Tengku Zariel tak puas hati??
“Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak beritahu cerita yang sebenar,. AKu kenal kau lah Kim. Cukup kenal kau dan tak ada sebab andaian aku salah! Baik kau beritahu sebelum lebih teruk aku kerjakan kau nanti! Answer me you damn it!”
Aku pejam mata rapat bila dia menggoncang tubuhku dengan kuat seperti dia mahu saja campak aku keluar melalui tingkap hotel ini. Perit pada paha aku tahan kerana lebih perit mendengar tuduhannya. Dia memang tidak sedar langsung semalam. Aku membuka mata membalas renungan bengisnya.
“You drunk last night Ariel,remember? Mr Smith,Bartender say you drink almost 3 glasses of beer. I dengan Mr Smith terpaksa papah you masuk bilik you sebab you separuh sedar. Apa yang I buat semalam? Everything, from head to toe!” Bidas aku sengaja menekan perkataan satu persatu kerana geram dan bengang serta rasa sakit yang semakin menyucuk.
“Dan kalau betul I ada buat apa=apa dengan you pun,dosa ke? Haram? Itu hubungan suami isteri yang sah,Ariel! You should know better than me right?” Bidas ku lagi sinis sebelum menolak kedua belah tangannya dari bahuku. Aku mengelap baju ku yang terkena dengan bubur panas tadi,mencapai kot sejuk berbulu tebal sebelum terjingkit-jingkit keluar. Aku rasa nak menangis tetapi….air mataku langsung tidak mahu mengalir.
Aku meluru masuk ke bilik air sebelum duduk di bathub. Aku menanggalkan seluar sebelum menekap pahaku dengan tuala yang sudah dibasahkan. Tadi aku berasa perit namun ia seperti tidak sesakit sebelum ini kerana bukan pertama kali Tengku Zariel berkasar denganku. Sudah acapkali sehingga aku bimbang…aku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
Anak mata yang meliar kesana sini akhirnya berhenti pada satu figura yang membelakangkan aku. Bertopi hitam dan bersweater hoodie hitam. Dari pemakaiannya itu aku yakin dia seorang lelaki. Dengan langkah yang perlahan,aku mendekatinya.
“Miss, you’re someone closer to him right? Actually, there is someone want to meet Tengku Zariel in person but he doesn’t even told me his name and the reason.He just want me to sent this” Kata-kata pelayan bar lounge terngiant kembali ditelingaku.
Kertas kecil yang bertulis tangan aku renung kembali.Sebenarnya aku nak beritahu hal ini pada Tengku Zariel semasa sarapan tadi tapi apa yang aku dapat? Kena mandi dengan bubur sayur adalah! Habis merah sebahagian kulit peha ku. Aku yakin esok lusa ia akan menjadi parut.
Aku duduk didepannya sambil bersilang tangan. Aku cuba menyembunyikan rasa terkejutku melihat raut wajahnya. Orang Melayu! Kenalan Tengku Zariel kah? Tapi kenapa perlu jumpa secara sulit?
“Excuse me?”Pemuda itu memandangku tidak berkelip.
“Tengku Zariel are not feeling well so I offering myself to replace him. So,shoot.”
Tajam matanya tanda dia tidak puas hati. Surat khabar ditangan ditutup dan diletak kasar di atas meja.
“No. I won’t say anything unless he is in front of me right know. Please tell him don’t sent fake Asian girl to speak on behalf him.”
“Wow…don’t be so harsh honey. Kalau rasa diri tu anak jati Melayu,orang Malaysia…cakap saja bahasa ibunda dengan kawan senegara sendiri. This is Paris,..French , the most sexy language in the world but when using our own language,it even more sexier,get it?”
Aku menahan ketawa melihat wajahnya berubah riak. Terkejut melihat aku fasih berbahasa Melayu. Aku memang agak tak ada sesiapa menyangka aku warganegara Malaysia,masih ada darah Melayu kerana aku berdarah kacukan. Wajahku memang tiada langsung rupa orang Melayu,aku tahu dan aku sedar. Di tambah pula aku masih kurang ‘vocabulary’ nak berbahasa moden Melayu.
“So please,make it simple,short and fast. I tak ada masa nak berborak panjang dnegan you. Dan Tengku Zariel pun tak ingin berurusan dengan sesiapa kalau bukan hal business. Kalau ada,beritahu I dan I akan sampaikan pada Tengku Zariel.Kalau takda,tolong pergi. Jangan habiskan duit dan masa dekat luxury place like this”
Bibirnya mengukir senyuman sinis sekaligus membuat aku mula rasa kurang enak. Lebih-lebih lagi dia dia mendekatkan dirinya diantara meja bulat yang memisahkan kami berdua.
“Aku pun tak ada apa-apa urusan dengan kau. Beritahu Tengku Zariel, kalau dia taknak hidup dia hancur, datang jumpa aku. Kalau tak, hargailah masa yang ada sebelum terlambat” Ujarnya sebelum bangkit.
“Wait”Cepat-cepat aku menahan. Lelaki asing itu tidak menoleh.
“Apa maksud you hidup dia akan hancur kalau tak jumpa you? What do you want actually?”
“Simple. Ikut arahan aku dan aku akan diam. Itu saja. Beritahu dia cepat sikit. AKu tak suka orang buang masa aku”
“No..stop. Don’t leave. Okay. I’m one of his friend…hmm,very close friend actually. ,look….he’s not feeling well today. Bukan I taknak beritahu yang ada orang nak jumpa dia tapi dia betul-betul tak sihat hari ni.”Ujarku cuba menenangkan keadaan. Aku terpaksa buat begini kerana aku nak tahu apa yang dia mahukan dari suamiku. Nak-nak pula ada kaitan dengan Tengku Zariel. Aku menarik nafas lega bila lelaki itu menoleh padaku semula.
“Iya? Tak sihat sebab minum banyak sangat semalam? Well,he’s quite interesting right? Agak-agaknya kecoh tak satu Malaysia nanti bila anak jutawan,I mean…waris jutawan yang disegani berfoya-foya di luar? Kata ada business trip dan collaboration meeting? Kaki clubbing,minum arak…dan apa lagi ya? Dan you pula, apa kaitannya you dengan dia? Kekasih gelap dia?”
BUM!
Aku rasa aku baru saja dilanggar dengan sebuah bas sehingga tercampak dan terus tidak sedarkan diri. Jantungku berdegup kencang bila aku tahu niat sebenar lelaki misteri yang beria-ia mahu berjumpa dengan suamiku. Dia penyiasat? Wartawan?
Lelaki itu ketawa kecil melihatku terkulat-kulat. Dia kembali duduk dengan selesa.
“You spy aren’t you? Siapa upah you just say it! I takkan biarkan you buat sesuatu yang merosakkan imej keluarga Tengku Zariel even usik seinci kulit dia pun you takkan mampu sebab I takkan biarkan,do you copy me?!”
Amaranku dibalas dengan tawa yang cukup menyakitkan hati. Dia menggeleng. Aku semakin panas hati walaupun aku cuba berlagak tenang. Dalam apa jua keadaan, aku tidak mungkin boleh mendedahkan statusku kepada orang luar. Lelaki ini sudah
“Come and sit. We should talk…as professional. Yang kau beria-ia nak protect dia buat apa? Ni berita sensasi sayang…sekali masuk paper,fuhh…! Confirm,dia akan cuba bunuh diri. Silap-silap Qalesh Holding boleh bankrup! What say you,hmm?”
Bibir aku gigit. Menggigil tubuh aku mendengarnya. Aku tahu dia cuba berurusan dengan aku dan aku sanggup buat apa-apa saja demi Tengku Zariel. Maruahnya,maruahku juga. Bukankan seorang isteri wajib melindungi maruah suaminya?
“Just tell me what do you want as long as you stay away from him. Don’t ever try to do it or I swear you will paid for what you’ve did!”
“Chill okay…rileks. Jangan panik. So,kau kerja apa? Tengok dari gaya kau,aku rasa kau bukan calang-calang ‘manusia’ kan? Yalah,takkan Tengku Zariel nak berkawan dengan orang yang tak standard, tak sama taraf?”
Panas wajahku aku tahan. Berpijar tak usah dikata lahkan. “Apa kena mengena tentang career I dalam hal ni? It’s none of your business!”
“Kalau macam tu…”
“Okay fine! I am a wedding planner, puas hati?”
“Great! Kebetulan aku ada plan nak kahwin dengan girlfriend aku tahun ni so aku nak kau jadi wedding planner aku aka my sponsor. Fully sponsor from bottom to top. Tip top,five star and grand wedding! Kalau kau setuju,ini perjanjian antara kita. AKu akan tutup mulut aku rapat-rapat tentang Tengku Zariel,apa yang dia buat kat sini,mabuk dan entah apa-apa lagi sebab perkara ni akan merosakkan reputasi dia sendiri, lebih-lebih lagi keturunan dia yang ternama tu and of course Qalesh Holding! So,dia akan selamat,aku selamat dan kau pun selamat kalau kau setuju apa yang aku cadangkan tadi.Terima atau tak? Kau pilih.”
Tubuhku terus kaku.
Ramai yang marah Kim ni. Agak2 bila Kim nak pergi? Sebab tak sanggup tgok Kim seksa diri sendiri. ~Love is blind…~
Share this novel