“What about your wedding theme? Colour, concept?”
“Turqouise and pink. Traditional. Simple. Pagi nikah dan sanding tengahari. Minggu depan pula majlis belah perempuan”
“Anggaran jemputan?”
“Lebih kurang 1000 orang tapi sebenarnya kami ada masalah sikit untuk bajet. Nak save tapi tiap kali bincang,terlalu banyak orang masuk campur keluarga kami.”
Wajah pasangan itu aku perhati lama. Begitu juga Khayra disebelah. Dah biasa melihat reaksi kusut bakal pengantin dalam menguruskan majlis perkahwinan. Pasti ada saja masalah yang berlaku. Adakalanya keinginan mereka yang nak kahwin berbeza dengan ibu bapa sendiri.
“If you said so, kenapa still nak buat di hotel kalau nak jimat bajet? It cause a lot of cost. Bajet pulak dah suku lari.”
Lelakinya berpandangan dengan kekasih hati disebelah sebelum mengeluh pendek. “Kami sebenarnya dah berbincang nak buat di rumah je tapi keluarga saya tak nak. Nak jugak buat di hotel. Jemputan pulak lain-lain. Saya lain dia pula lain. Itu belum masuk hantaran lagi. Dah tu, ayah Irma ni pula tiba-tiba naikkan mas kahwin tapi yang itu saya sanggup. Cuma tu lah…banyak sangat masalah lain yang timbul”
Aku senyum sekadar Cuma menenangkan keadaan. Yalah takkan aku nak menambahkan segala kekusutan yang ada.
“You guys dah hired I, so leave it to me. All of it. Just relax, stay calm and thinking about your honeymoon, okay?”Ketawa kami semua. Si Irma pula sudah merah muka dengan usikan aku. Manis dan ayu bertudung orangnya. Teman lelakinya pula hitam manis.
“Both of you have the same eyes. Macam adik beradik pun ada”Ujar Khayra sebelum sempat aku bertanya. Memang sama. Mata yang bundar.
“Ramai yang cakap kami ada mata sama. Pernah dengar orang cakap yang kalau muka kita ada iras-iras walaupun sedikit…dia lah jodoh kita? Itu Cuma pandangan orang sebenarnya. Kalau dah jodoh,tak ke mana kan?”
“Yeah,you’re right. Jodoh”
“Lepas ni,ada appointment tak Khay?” Soal aku sebaik pasangan itu beredar. Biasa sehari aku menyuruh Khayra aturkan tiga sahaja. Lagipula ramai pelanggan yang datang ke sini untuk memilih baju pengantin,jadi Tiara lah yang kena layan.
“Give me a second..hmm,takde Miss Kim. You free hari ni. Nak shopping?”
“Shopping malam sikit baru havoc! Anyway, betul ke apa yang dia cakap tadi? Kalau partner kita tu ada iras-iras muka kita..he’s the one then? I mean..are you kidding me?! They really looks like brother and sister!”
Khayra ketawa. Dia bangun dari meja reception dan duduk di sofa bertentangan dengan aku yang berbaring di sofa. Tiara pula sibuk di atas dengan rekaan baju dan jahitannya tu. Huh,tak mungkin aku nak cederakan jari aku dengan segala benda tajam tu!
“ Itu orang Melayu kata. I pun Cuma anggap itu sekadar firasat orang tua-tua. Tapi taknak lah I sama 100 peratus,nanti orang ingat kami adik beradik pulak! Boleh jadi ‘sumbang mahram’!”
“Sumbang? Mahram? What’s that? Oh you mean, haram macam tu?”
“Lebih kurang dan sememangnya haram ya Miss Kim. Ayah,ibu,adik beradik,cucu…haram!”
“Euww…! Ramai lagi hottie guy kat luar sana tu tapi kenapa dengan keluarga kandung sendiri? World is cruel”
“No Miss Kim…manusia sendiri yang kejam. Dah tahu dosa,dah tahu haram tapi dilanggarnya jugak. Nak keampunan? Taubat nasuha lah jawapannya”
Aku diam sekejap. Khayra walaupun Nampak saja gayanya yang modern tapi dia tetap solat. Cukup lima waktu sehari sedangkan aku? Bukan daddy dengan mama tak pernah ajar,bukan aku tak tahu tapi ketika di US,aku hanya bersolat bila di rumah aje.
Bila diluar,disekolah? Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan bermain dengan rakan seusiaku.
Dengan wajah aku yang agak ‘kebaratan ni, siapa saja sangka aku Beragama Islam? Jujur,jauh disudut hati aku tersentuh melihat daddy dan mama berjemaah sama.
Al-Quran? Langsung aku tak sentuh. Pindah dan berdikari saja disini,kesemuanya aku tinggal. Kami berpindah ke Kuala Lumpur sewaktu aku berumur 12 tahun sehinggalah tahun akhir Tingkatan 5,daddy dan mama berkeras nak pulang semula ke US. Ini kerana daddy dapat projek besar dan cuba membina empayar yang kukuh di negara asalnya. Aku pula sibuk nak tinggal di ibu kota. Cuba ‘mendalami’ asal keluarga kami disini. Dalam lah sangat! Berkunjung pun setahun sekali!
Taubat nasuha? Apa-apa saja lah. AKu mencapai sesuatu yang aku letak disisi sofa semasa sampai tadi. Berbentuk empat segi lebar dan dibalut.
“What’s that? Siapa yang bagi? Selalunya dapat bunga dengan coklat tapi hari ni peminat you tukar cara pulak? Another step to steal our Kim’s heart , I guess?”
Ketawa kami bersabung. Aku menggeleng sambil membuka balutan. Wajah bujur sirih Khayra aku pandang.
“What do you think,Khay? Are we both looks great together? Me and him?”Bulat mata Khayra sebaik aku tunjuk kepadanya. Terus dia melompat naik ke sofa. Amboi, dengan heels dia sekali naik!
“Is that him? The one who make my boss turns to crazy day by day?”
“Hei!”
Bahu Khayra aku pukul geram. Habis aje majlis Hardy dan Sara,aku menyuruh Abang Zikry crop gambar aku dan Tengku Zariel. Gambar itu seperti kami yang melansungkan perkahwinan. Dia tetap Nampak kacak walaupun tidak senyum.
“You really like him…right?” Soal Khayra dengan penuh berhati-hati. Aku tahu dari dulu lagi dia menunggu masa untuk bertanya kerana hampir setiap tahun aku menghantar hadiah kepada Tengku Zariel walaupun tidak pernah berbalas balik. Lucu, kami berdua tidak pernah ada hubungan dan dia amat membenciku. Tentu saja hadiah pemberianku dicampak ke gunung tanpa belas.
“No..i love him”
Khayra tersenyum nipis. “You are too sweet Miss Kim.”
“ Too sweet to get hurt? Yeah, i know. I heard that.”
“Aww, please..cari lah orang lain. I ada kenal yang 10.1 kali ganda kacak dari yang you pandang ni”
Tergelak aku mendengarnya. Bahunya aku usap seraya menggeleng.
“You nak gantung kat office you?”
“Nope. I’ve a better plan but I need your help.”
“Belanja makan?”
“Yeah plus you boleh ambil semua coklat dan bunga kat office I tapi dengan syarat…jangan bagitahu Tiara ,deal?”
Bersinar-sinar mata Khayra bila aku sebut coklat. Dia ni memang hantu coklat. Hari pertama dia bekerja dengan aku,satu beg plastic coklat dia bawa. Sejak itu juga aku suruh dia ambil segala makanan yang aku dapat. Von Houten,Ferrero Rocher, Hershey..ada sekali tu, Chipsmore pun ada!
“Okay deal!”
Tas tangan aku capai. Begitu juga dengan bingkai gambar yang aku balut semula. Ketika nak pakai tumit tinggi 4 inci LV,suara teriak Khayra kedengaran.
“Kim! Cincin I ambik boleh?”
“No way! I nak pajak!”
“You jaga reception kat sini?” Dahiku berkerut hebat melihat seorang lelaki berkemeja putih di bahagian reception. Bukan ke selalu kaum wanita yang ditugaskan dibahagian ini? Aku tahu memang dah lama aku tak menjejakkan kaki ke sini tapi takkan lah polisi syarikat dah bertukar? Silap-silap cleaner bilik air wanita pun lelaki?!
“Err tak sebenarnya. Wahida yang jaga sini. Dia pergi ladies sekejap”
“I nak cepat. I nak jumpa Zariel”Ujar aku pantas tanpa bertangguh, langsung tidak menggunakan panggilan formal supaya stafbya tahu hubungan kami.
Lelaki itu terpinga-pinga tidak faham. “Maksud Cik Tengku Zariel Farhan?”
“Yes him. Any problem? Could you please just let me in? I just nak jumpa dia walau lima minit sekalipun”Suara aku dah naik satu oktaf. Staf yang lalu lalang termasuk pengawal keselamatan turut tertoleh-toleh.
Aku tersedar. Menarik nafas sedalam mugkin sebelum menguntum senyuman semanis mungkin. Sengaja aku menopang dagu di atas meja penyambut tetamu itu ,mengerlingnya manja. Anak tekaknya bergerak seperti menelan liur dengan tindakanku.
“Err…err…boleh cik tunggu sekejap sebab saya bukan jaga sini”
Gagap pula. Haha! Tangan aku mula meliar di atas meja dan kemudian mencapai tali lehernya. Memintal dengan nakal dan menggoda.
“Please…”Pintaku lunak dan manja. Berpeluh pulak dah!
“Ba…baik. Tinggalkan lesen di sini. Nanti saya buat panggilan ke setiausaha Tengku.”
Aku tersenyum puas. Baru goda sikit,dah terkulai jatuh. Tak mencabar langsung!
“Tapi I taknak Tengku tahu I datang ke sini. I tahu dia tak suka kejutan tapi sekali sekala tak apa kan? I taknak tinggalkan IC tapi I nak tinggalkan number phone untuk you. Okay? Bye love”
Sebaik saja aku menulis nombor telefon entah sesiapa di tali lehernya yang berwarna silver tu,aku melepaskan tali lehernya penuh bergaya. Sempat aku kenyitkan mata sambil membuat isyarat agar dia menelefonku.
Tiba di tingkat 10,aku melangkah keluar. AKu tahu tingkat ini merupakan pegawai atasan yang berada dibawah seliaan Tengku Zariel. Qalesh Holding antara syarikat yang modern dan esklusif. Cukup mementingkan polisi dan penampilan. Kemas dan sopan. Staf-stafnya juga sentiasa senyum dan peramah. Majoriti pekerja disini Melayu. Kesemua staf wanita Qalesh Holding memakai tudung. Cukup terjaga.
Disebabkan itu bila aku yang daring ni masuk ke sini,tak berkelip mata mereka melihatku. Siapa tak terkejut dan sangka yang Tengku Zariel berkawan dengan gadis seperti aku? They were right. People judge a book from it’s cover.
Suasana yang tenang hanya kedengaran bunyi computer dan sistem pejabat tapi bunyi high heels aku berjaya mematikan kesemuanya dan buat mereka hilang fokus. Pejabat Tengku Zariel yang berada dihujung semakin aku hampiri.
“Cik…cik! Maaf…boleh saya tolong?”
Seorang wanita yang mungkin sebaya dengan aku muncul dari arah belakang. Serentak aku menoleh. Baru perasan kedudukan meja setiausaha Tengku Zariel yang sudah berubah sebelum ini. Oh no! Apa lagi ni?! Kenapalah susah sangat aku nak jumpa Zariel! Tidak sampai lima minit, aku perlu melalui tol yang kedua!
“I tak perlukan pertolongan you. I Cuma nak jumpa dengan Zariel”Cermin mata hitam aku tanggalkan. Aku pandang gadis berbaju kurung merah putih didepan aku ini. Tagnya aku jeling.
Tunggu! Ini ke setiausaha sementara Tengku Zariel yang gantikan Fazura?
“Tengku Zariel tak mahu diganggu Cik…”
“Kim…”
“Ya,Cik Kim. Kalau Cik Kim ada apa-apa pesanan Cik Kim boleh beritahu saya dan saya akan sampaikan pada Tengku.”Ujarnya sopan dan lembut.
“That’s so kind of you but sorry…I akan cakap once I jumpa dia. It’s only took few of seconds then I leave right away.”
Dia tetap dengan senyuman.Sikit tidak terkesan dengan sikapku yang mendesak. Aku perlu masuk tanpa Tengku Zariel tahu. Kalau dia tahu aku datang,dah tentu dia halau aku!
“Okay,sorry. I’m really really sorry for my behavior. Kalau dia tak mahu diganggu masa ni fine tapi I nak tunggu. sejam dua pun I sanggup. May I have a cup of tea please?”Kali ini aku bersuara lembut. Cuba menenangkan keadaan. Mujur dia bukan Fazura yang sedia maklum aku ni siapa kerana wanita yang banyak menerima hadiah dariku. Bukan untuk dia tetapi hadiah yang ditolak mentah-mentah oleh Tengku Zariel.
Aku kena berkelakukan baik dan sopan kerana dia juga merupakan klien aku. melihat dari reaksinya jelas Hakim masih belum beritahu siapa yang bakal menguruskan majlis perkahwinan mereka.
“Cik Kim tunggu sekejap ya. Saya ke pantry dulu”
Aku senyum lantas mengangguk. Tiga minit kemudian dia hadir bersama sedulang teh. Ketika dia makin hampir,aku sengaja menolak bingkai gambar sehingga bucunya terkena kaki gadis itu. Habis tercampak air teh membasahi baju kurungnya. Dah jadi warna coklat krim! Aku berpura-pura panik. Mujur kena baju kurung kapasnya. Nasib tak rasa panas. Dan mujur juga tak terpelanting air teh itu ke muka!
“Oh my..sorry..my bad! Tak sepatutnya I letak dekat tepi ni. Terjatuh kena kaki you. Are you okay? Hei, wait a minute! Your baju kurung!”
Wajahnya bertukar warna bercampur rasa malu. Memanglah tempat dia tersorok dari tempat kerja staf yang lain tapi yang penting,bajunya!
“Tak apa Cik Kim bukan salah Cik Kim. Maaf,saya nak pergi toilet!”
Ketawaku meletus melihat dia terkedek-kedek ke bilik air. Aku tidak menunggu lama. Terus aku ke mejanya mencari kad akses untukmasuk ke bilik Tengku Zariel yang miliki kod. Hanya setiausaha saja yang ada kad ini untuk masuk ke pejabat CEO selain Tengku Zariel sendiri. Untunglah sesiapa yang jadi Setiausaha Tengku Zariel. Setiap hari boleh hadap muka dia. Boleh pengsan hari-hari sebab tak tahan dengan ketampanan dia.
“There you are!”Akhirnya jumpa jugak aku kad akses di laci. Sempat juga aku menarik sesuatu diwayar telefon. Sekali sentuh saja,lampu di alat elektronik itu bertukar hijau. Done! Pintu aku tolak.
“Hai Ariel…”Sapaku ceria melangkah masuk dengan selamba.
Tercampak pen ditangannya melihat kehadiran aku. Aku ambil dan mengucup pen itu dengan gaya menggoda sebelum letak kembali dimeja.
“Apa kau buat kat sini? Siapa bagi kebenaran untuk kau masuk! Kau keluar sekarang!” Tempik Tengku Zariel.Tangan sudah memegang intercom.
“Forget it honey. I dah cabut wayar telefon secretary you tu.Hebat tak i?”Aku angkat kening. Melabuhkan punggung dimeja besarnya dengan kaki disilangkan. Menyerlahkan pahaku yang gebu dan putih.
Wajah Tengku Zariel tegang. Merah padam dan bengis. Dia menolak komputer ribanya dan fail yang tebal belaka sehingga berlaga dengan belakang tubuh aku.
Aduh! Aku terus berdiri. Dahi berkerut menahan sakit.
“Kau tak faham bahasa ke apa? Get out!!!”Kuat suara dia melengking. Macam nak retak pejabat mewah ni pun ada juga.
Malangnya, aku sedikit tidak gentar. Sedikit tidak hairan dengan suara harimau dia itu. Aku Dah lali. Aku menghampirinya dengan langkah yang nakal,mengibas rambut ke belakang. Bengis benar air mukanya. Takut pun ada jugak. Buatnya dia panggil pengawal yang bertubuh sasa lepas tu heret aku keluar? Lepas tu ada orang menangkap gambar atau merakam dan masuk dalam FB,Twitter?! Oh no!
“Rileks Ariel. I bukan datang sini nak buat kecoh atau saja nak ganggu kerja you. Bukan salah secretary you,I yang desak dia. I…”
“Cut this crap now and get out from my office before I call security and drag you out in front of my staff! Copy that?!”
Aku senyum lagi. Menahan gentar sebenarnya. Dada aku macam nak meletup dah ni jika dia buat betul-betul. Aku meletakkan bingkai gambar itu di atas meja. Mencabut balutannya.
“Tadaa…don’t we look sweet together,kan? Susah payah tahu tak I kacau kerja Zikry suruh dia siapkan frame ni semata-mata nak bagi you. I tahu you takkan nak gantung punya jadi biar I yang gantung. Tiap kali you tengok muka I,mesti you happy,masalah dan stress pun boleh hilang. Believe me” Ujar aku ceria tanpa memandang wajah dia yang bengis. Aku tahu bila-bila masa je dia nak meletup tapi aku ada misi yang perlu aku habiskan.
Melihatkan sebingkai gambar pemandangan yang terletak di tengah dinding antara almari dibelakang Tengku Zariel. Aku menurunkan bingkai gambar itu. Menggantikannya dengan frame kami berdua. Baru aku nak snap panorama yang indah didepan mata,sebagai bukti sebelum Tengku Zariel menepis Iphone ditanganku sehingga tercampak jatuh.
“Ariel! Habis rosak telefon i! What is wrong with you?!” Mencerlang mataku menahan marah.
“Aku cakap apa tadi?! Kau yang masih tak faham bahasa! Fine…sweet kan? Let me show you!”Dengan rasa marah yang membuak-buak,dengan mata yang merah menyala,aku tahu dia memang teramat marah kali ini. Tak sempat aku berbuat apa-apa bila dia mencapai bingkai gambar itu sebelum pintu biliknya dibuka dari luar.
“Assalamualaikum…Za…”
Pandangan kami bertiga berlaga. Serentak! Namun cukup mampu buat bibirku melebar dengan senyuman.
“APA semua ni Zariel? Ada apa dia dengan kamu?”Soalan bertubi-tubi dari Haji Yusuf membuat Tengku Zariel menunduk sambil memicit dahi. Sesekali dipandang geram bingkai gambar yang dia cabut tadi. Kim memang sudah melampau!
“Dia bukan sesiapa dengan Ariel ,walid. Jangan salah faham.”
“Macam mana walid tak salah sangka kalau ada gambar kamu berdua dalam pejabat kamu sendiri. Bukan ke budak itu yang masuk dalam program TV dulu? Yang sebut nama kamu?”
Tengku Zariel mengeluh kesal. Dia cuba bertenang. Sakit hati dengan tindak berani Kim tadi bena-benar buat kesabarannya hilang.Tiba-tiba pula kehadiran Haji Yusuf,walidnya Iman datang pada masa yang salah. Pasti ini dirancang oleh Kim!
“Ya walid. Memang dia tapi seperti yang Ariel dah beritahu dan terangkan pada Iman masa program tv tu keluar,itu perkara yang betul. Dia satu kampus dengan Ariel dulu dan kami tak pernah ada hubungan apatah lagi kawan. Iman sendiri tahu.”
“Betul ?”
“Ya Allah walid..takkan Ariel nak tipu? Walid sendiri Nampak kana pa yang Ariel cuba buat tadi? Dia yang melebih-lebih bukan Ariel. Ikutkan hati Ariel,memang nak aje Ariel heret dia keluar.”
“Walid bukan apa,walid risau perkara ni akan mengeruhkan hubungan kamu dengan Iman. Biasalah,ikatan pertunangan ni terlampau banyak dugaan. Orang tua-tua kata,masa nilah menunjukkan kesabaran dan kekuatan kita berdepan dengan cabaran sebelum berumah tangga. Lagi satu Ariel..boleh walid nasihatkan sikit?”
Pantas Tengku Zariel mengangguk. Tenang dan lembut bicara Haji Yusuf sedikit sebanyak menyejukkan hatinya yang panas membara.
“Kalau boleh dan kalau perlu,berlembutlah dengan kaum perempuan. Apa jua keadaan sekalipun mereka tetap seorang perempuan. Kaum Hawa yang lemah dan istimewa. Dari luar lagi walid dah dengar suara tinggi kamu.”
“Tapi dia dah melampau Walid sampai Ariel tak dapat kawal diri”
“Kalau bimbang marah kamu makin memuncak,beristighfar dan ambil wuduk. Insyaallah akan reda rasa marah tu”
“Walid…saya sebenarnya dah lama dah nak bincang perkara ni. And I think now is the right time.”
“Apa dia?”
“Ariel nak…..”
Belum sempat aku nak mendengar lebih lanjut melalui panggilan interkom yang disambungkan ke bilik Tengku Zariel Bersama bakal bapa mertua lelaki itu, gagang telefon dirampas oleh receptionist itu. Aku meminta staf itu intercom Tengku Zariel malangnya lelaki itu tidak angkat namun aku masih dapat mendengar perbualan tegang di antara kedua mereka.
“Kenapa you letak? I belum habis dengar lagi!”Marahku sedikit bengang.
Lelaki itu menggeleng pucat. “Maaf, saya terpaksa. Saya rasa lebih baik Cik pergi sebelum Tengku buat laporan. Maaf”
Dan akhirnya aku berlalu dengan perasaan tidak puas hati. Masa yang sesuai? Untuk apa? Argh!
Share this novel