BAB 30
“Demam?”
Tersentak aku dengan soalan itu. Hanya melalui skrin telefon bimbit je mereka boleh agak? Bukan boleh rasa pun suhu badan aku. Ketara sangatkah?
“Tak lah”Aku bersin.
Mama dengan daddy menggeleng.
“Muka pucat…suara yang selalu dibangga-banggakan sangat tu pun dah macam suara Master Yoda..hidung tak berhenti berair…dengan mata merah lagi…”
“It’s been a long time I see you like this. As far as I know,my gorgeous daughter never get sick because she is a strong girl. She always be my passion..my strength…”?
Aku senyum leleh. Ayat daddy……patutlah mama boleh terpikat.
“Mom..could you please ask your beloved hubby to behave. It make me want to fly to see you guys right now!”
“Then come honey. We always waiting for you..and Carl”
Aku diam bila dengar nama itu. Tak tertanggung perasaan rindu…kesepian yang mencengkam juga peristiwa tadi yang semakin menyebabkan kekuatanku rapuh,hanya keluarga yang jauh beribu-ribu batunya yang ku cari. Tatap saja wajah mereka,sudah berjaya mengubati rindu. Mendengar suara mereka saja buat hatiku sejuk.
“Lagi dua minggu baru boleh balik”
“Hmm…kalau macam tu tak payah lah sayang. Kim lupa ya kami nak buat umrah?”
Aku tunduk. Kenapa aku boleh lupa tentang itu? Aku ni…memanglah pentingkan diri!
“Hei..honey..are you okay? You look very pale sweetheart. It’s okay if you cant visit us before we go to Macca. With your work…yeah….we understand”
“And you scandal also….”Sambung Mama memberi kerlingan tajam. Daddy pantas menyiku sehingga aku ketawa sebelum tawaku perlahan-lahan mati. Terasa perit untuk memberi tahu satu hakikat yang mereka tidak tahu.
‘Kim dah kahwin daddy,mama…Kim kahwin tanpa pengetahuan kalian…’Luahku dalam hati.
“Balik aje dari Mekah Kim janji Kim akan cuba kosongkan jadual dan terbang ke sana. Maybe stay dalam sebulan dua atau lebih. God..i really miss you guys.Miss you so damn much”
“We too…I miss my old Kim. See you sick like this,it makes me sick honey.”
Wajahku sudah merah padam menahan tangis. Sudah bergenang mata ini mendengar luahan tersebut. Terasa aku anak yang tidak berguna. Membuat keputusan penting untuk kami sekeluarga tanpa pengetahuan mereka dan aku sedang menanggung akibatnya.
“Kim….”Panggil daddy lagi. Beginilah kami bila berskype. Bercampur-campur bahasa. Mama lebih suka berbahasa Melayu..daddy pula adakalanya suka bahasa ‘rojak’. Aku lihat mama mendesis sambil menggeleng pada daddy. Aku angkat kening.
“I think this is not the right time,Damien…”Ujar mama kurang senang.
“Yeah I know but do you know when the right time to tell my wish? I think Kim can understand and so do you…”
“Mom…dad…what’s wrong? Tell me please..is there anything to do with me?”
“Kim,kami dua makin lama makin tua Kim. Daddy dengan mama teringin nak tengok Kim dan Carl kahwin. Both of you already big enough to think about marriage and the thing is..you Kim. We were more worried about you if you are not married when we are still alive. Life is short right…”
Aku berpaling dan pantas menyeka cekap air mata yang menitis. Aku tak pernah menangis didepan mereka kerana mereka tidak pernah melukakan hatiku. Aku sentiasa gembira dan bahagia dengan kasih sayang orang tuaku. Mereka berdua membesarkan Carl dan aku dengan cukup baik. Mama dengan daddy memang sempurna untukku tetapi aku yang tidak sempurna sebagai anak mereka. Kalaulah mereka tahu apa yang aku telah lakukan pasti mereka kecewa.
“One day daddy..mama…one day…Dia akan jadi menantu yang terbaik untuk daddy dengan mama. And of course,dia akan bagi cucu-cucu yang comel for you both. Tapi…jodoh kan…” Baru sekarang aku nak mengaku tentang jodoh? Bodoh!
“Itu lah Kamu. Masuk hari tu dah kali ketujuh tau mama tolak. Terpaksa bagi alasan kamu tak puas enjoy lagi. Masih perasan muda lagi!”
“Mama!”Meletus lagi ketawa kami. Seketika kemudian daddy tarik nafas,merenungku lama.
“And I want one of my children take over my place…yeah you know,to continue my effort after this while. I want rest for a long time..maybe forever. I love my job,I love what I’m doing but the thing is from now on,I think this is it..the right time. No need to answer because I’m already know what will you guys responds about it. ButtJust think about it,one day….”
Aku mati kutu. Satu lagi hasrat daddy yang sehingga kini aku temui jalan buntu nak sudahkan kerana menguruskan syarikat pembinaan bukan minatku. Itu minat daddy..itu cita-cita daddy.Aku sanggup berjauhan dengan mereka kerana mahu mengejar cita-citaku. Kenapa tiba-tiba daddy suarakan semula impiannya?
Sebaik saja saling berpamitan,skype aku matikan. Aku rebah di katil. Merenung siling bersama keluhan. Masuk hari ketiga aku kembali ke bilik dua bintang ni. Hmm,memang tiada bintang langsung!
Ketika aku baru nak letakkan tangan ke dahi,aku merenung kesan melecur yang masih baru di tapak tanganku. Merah macam udang terbakar. Merah di tapak tangan dan juga pergelangan tanganku. Masih baru. Masih masak lagi. Memang lah masih baru. Baru saja tadi berlaku. Hatiku bagaikan dilapah-lapah
Tadi….
“Ni baju yang aku nak pakai kejap lagi. Lepas tu kemeja ni untuk dinner malam ni. Iron betul-betul. Kalau ada berkedut sikit siap kau! Do you copy that? Is that clear?!”
Aku hanya mengangguk tanpa banyak soal. Dinner apa,tak aca ajak aku pun? Oh Kim..siapalah kau dalam hidupnya! Marah semalam masih tak hilang. Kalaulah aku jumpa si mangkuk tu,nak aje aku seterika muka dia! Memang Tengku Farizal tak tahu malu pun sebab selepas cubaan memperkosa aku gagal, dia masih berada disini. Itu pun sebab aku perasan keretanya ada selepas Subuh tadi.
AKu takut tapi Tengku Zariel ada jadi aku rasa selamat…sikit. Tapi dia tak percayakan aku langsung. Sekali lagi aku mengeluh.
“KIM!!!”
“Ishhh…dia ni! Apa lagi yang tak kena ni?!”Gerutuku geram. Nasib tak terlepas iron ni. Kalau tak habis baju kesayangan dia ni…aku jugak yang kena! Aku letak kembali seterika di tempat asal sebelum turun.
Lima minit kemudian,aku naik semula sambil mengelap peluh didahi. Letih. Lambat angkat baju pun kena marah. Dah lah aku…langkahku mati betul-betu didepan meja seterika. Terlopong luas mulutku bila mengangkat kot kemeja berwarna biru yang Tengku Zariel mahu guna untuk makan malam. Berlubang besar di bahagian belakang!
“Oh god! Kenapa boleh jadi macam ni?”Aku pantas menutup suis sambil menggosok-gosok kot yang dah berlubang tu. Besar penumbuk aku rasa. Seingat aku,aku dah putar ke paras 0 dan letak di tempat asal.
“Dah habis iron belum? Cepat lah aku dah….”Pandangan mata kami berlaga sebelum matanya melekat tajam pada kot kesayangannya yang berada ditanganku. Dia hampir. AKu cepat melarikan kotnya dengan tubuh yang menggigil.
“Ariel….”Aku terperangkap di dinding. Makin menggigil bila dia rampas kotnya,melihat kesan koyakan dan lubang di kot itu. Aku…sungguh aku tak tahu!
“Ni apa ni???!”
“I…I swear I didn’t how it turns out this way! Sebelum I turun,I off dan letakkan semula kat tempat yang betul. Lepas I naik je I tengok baju you jadi macam ni!”
Mata dia tetap tegak dan tajam seperti nak telan aku hidup-hidup. Reaksi yang sama seperti semalam. Bengis sehingga merah muka dengan rahang yang berlaga sesame sendiri,nafas yang teratur…habislah aku! Tetapi kali ni aku betul-betul takut lebih-lebih lagi bila dia makin menghampiri aku sambil mencabut plug seterika itu dan seterika berada ditangannya.
“Aku tahu kau masih tak puas hati sebab semalam kan? Kau takut aku beritahu Tok Ayah and please be afraid because I will told him what happened last night! Kau tahu tak harga kot ni berapa? Kalau aku suruh kau ganti balik pun kau takkan mampu! Ni kot kesayangan aku kau tahu tak! Kau memang sengaja nak sakitkan hati aku? Nak balas dendam tentang hal semalam?!”
“No..no Ariel don’t get me wrong! Betul bukan I yang buat! Untuk apa I buat semua tu kalau i…”
“Kalau kau sebenarnya boleh je seterika mulut aku supaya aku tutup mulut pasal semalam kan? Fine! If that is what you want..come..here!”
“Arghhh!”Aku menjerit nyaring bila seterika yang masih panas itu ditekap di pergelangan tanganku tanpa aku jangka Tengku Zariel mahu buat begitu.
“Apa kau rasa? Sakit kan? Macam tu lah sakitnya hati aku,betina!”
“Ariel,stop Ariel! You hurting me!”Aku merayu dengan linangan air mata kerana pedih dan perit yang mencengkam. Tengku Zariel menarik seterika itu dan sekali lagi jeritanku pecah kerana ia seolah-olah menyiat kulitku sekali. Habis merah menyala seperti terbakar.
Aku sudah terduduk sambil memegang tanganku bersama tubuh yang menggigil. Walaupun Cuma tiga saat, namun peritnya tidak terungkap dengan kata.
“Oh! Kau tahu pulak sakit? Habis hati aku ni,ada kau fikir? Kau tak tahu betapa terlukanya hati aku bila dapat tahu Iman mengandung!”
I lebih terluka Ariel…rintihku.
“Iman terima hakikat Ariel…hakikat yang dia sedang berbahagia…”Suaraku lagi.
Diam sebelum sekali lagi jeritanku bergema bila tapak tanganku pula menjadi mangsa kali ini dengan kebenciannya. Sakit!
“Kau cakap lagi aku tak teragak-agak nak lekap benda ni kat muka kau! Biar muka yang kau bangga-banggakan tu hancur lebur jadi debu!! Damn it,I really hate you!”Serentak itu seterika dicampak ke dinding. Aku mengerengkot ke hujung sudut bimbang dia sakiti aku lagi. Hanya esakan sayu yang mengiringi langkah Tengku Zariel sehingga hilang dari pandangan.
“Kalau kau layan aku semalam semua ni takkan terjadi. Serve you right!”
Aku terus berlari turun masuk kebilik bila terdengar suara Tengku Farizal. Pintu bilik aku kunci lantas mencari aloe vera. Setiap kali cecair itu aku sapu di luka,setiap kali itu lah aku menjerit kesakitan kerana kepedihan yang tiada surutnya.
Marahnya,bencinya.dendamnya….segala-galanya berlegar-legar di ruang mata. AKu semakin tewas……Ariel,sampai hati you buat I macam ni, sampai hati you…!
“Elliena Kamelia…” Ubat yang dihulur aku capai seusai ucap terima kasih. Ketika aku berpaling,langkahku terpaku pada sesusuk tubuh yang berjubah dan berpurdah. Wanita yang sangat aku kenali melalui mata dan bening wajah yang tenang. Dia turut terkedu melihatku. Tidak sangka kami bertemu di poliklinik pakar ini.
Aku tidak dapat menahan diri daripada menghampirinya dan menghulurkan tangan. Aku dapat lihat Iman kelihatan teragak-agak namun demi melihat senyumanku,dia menyambut salamku. Hanya renungan yang memahami tanpa bicara kami.
Kami duduk di sebuah taman rekreasi yang berdekatan. Pukul 6 petang seperti ini sudah dipenuhi dengan keluarga yang membawa anak masing-masing untuk meluangkan masa bersama.
“Buat check up ke? Dah berapa bulan?”Aku memulakan bicara.
“Ya. Alhamdullilah,baru masuk tiga bulan”Lembut tutur bicaranya. Patutlah Tengku Zariel boleh terpikat. Setiap tutur bicaranya penuh lembut dan tingkahnya tersangatlah sopan. Melihatkan perutnya yang masih kempis, terselit perasaan terharu dan kesal. Kalau bukan sebab aku, pasti Iman sedang mengandungkan anak Tengku Zariel namun tiada apa – apa lagi yang aku boleh ubah. Segalanya sudah terlambat. Iman sedang berbahagia, begitu juga Herman.
“Abang Herman tak dapat datang temankan saya hari ni. Itu yang saya datang sorang.”
Seakan mengerti,Iman beritahu tanpa sempat aku menyoal.
“Iman….”Iman terkejut bila aku menggengam tangannya.
“Maafkan i. I yang bersalah. I penyebab you dan Ariel tak dapat bersama. I yang pisahkan you dengan Ariel…”Aku tunduk sebak dan penuh perasaan malu.
Iman balas erat. Walau dia berpurdah,aku tahu dia sedang tersenyum. “Pada mulanya saya terasa beban dengan dugaan yang Allah turunkan. Saya rasa DIA terlalu kejam kerana saya betul-betul tidak bersedia. Begitu juga dengan Abang Herman. Tapi atas dorongan walid,umi dan istikharah yang berkali-kali saya lakukan,saya terima ujian tu sebagai takdir. Allah dah tentukan takdir untuk saya,untuk Abang Herman,Ariel dan awak,Kim…”
“Benda ni takkan terjadi kalau bukan sebab I,Iman. I yang bersalah. Bukan sekali I berdosa dengan you tapi dah banyak kali. Since study…I never try to accept the truth. The truth that you and Ariel are meant to be together. Now I realize that I’ve no power to do what I want..forgive me Iman…please forgive me”Tangisan aku hambur penuh rasa malu. Aku dah lakukan satu kesalahan yang besar,yang aku yakin takde sesiapa pun yang akan maafkan aku. Mungkinkah disebabkan ini aku tidak dapat ketenangan dan kebahagiaan yang aku mahu kan?
Dan aku terkedu bila tangan Iman lembut menyapu air mataku. Aku dapat rasakan dia sedang melempar senyuman penuh ikhlas walau aku tidak dapat disebalik purdah yang dipakainya.
“Kim…awak tak ada salah apa pada saya untuk saya maafkan awak. Saya tahu awak buat itu semua kerana awak terlalu mencintai ArieL tapi dengar lah Kim…cinta kita sesama manusia janganlah melebihi cinta kita padaNYA. Saya tak kesal dengan apa yang terjadi sebab saya percaya pada ketentuan Allah. Saya percaya pada jodoh. Cinta…tak semestinya dimiliki,kan?”
Aku tunduk. Ya,cinta tak semestinya memiliki. Pahit tetapi ia kenyataan. Kenyataan yang aku perlu terima yang cinta Tengku Zariel bukan untukku sampai bila-bila.
“I akan rasa tenang kalau you maafkan I,Iman. Kesalahan I pada you,Ariel dan Herman terlalu besar. Bohonglah kalau semudah itu boleh maafkan i. Kalau you nak tampar I,nak pukul,nak saman malu..i sanggup terima asalkan you maafkan i!”
“Allahuakbar…Kim! Tak terlintas di fikiran saya untuk buat semua tu. Sesaat pun tidak! Apa yang dah berlalu,biarkan ia berlalu. Saya dah lama maafkan awak.Saya tak pernah berdendam dengan awak selama ni. Dan saya percaya Ariel pun sama. Kan?”
Aku terus diam dan hanya mampu melempar senyuman hambar. Senyap.
“Ketenangan yang awak mahukan bukan pada saya,Kim tapi pada Allah. Mintalah padaNYA dan percayalah awak akan jumpa apa yang awak mahukan. Temui cinta awak pada DIA,barulah cinta kita pada manusia….”
“Tapi Ariel takkan maafkan I,Iman.He hate me and will be always hate me..forever”
“Ariel yang I kenal pemaaf orangnya. Dia tak pernah berdendam. Saya dah tak ada kaitan lagi dengan Ariel dan hubungan kami sudah lama berakhir sebaik Abang Herman melafazkan akad menikahi saya. Kim..saya ada satu permintaan…”
Sekali lagi kami berpandangan. Aku dah tak mampu menahan air mata ini yang setia mengalir. Tidak segan-segan menangis wanita yang pernah aku benci. Wanita yang aku anggap perampas sedangkan aku yang merampas Tengku Zariel dengan kejam sekali. Tanpa sedar aku telah memusnahkan tiga kehidupan. Namun ironinya,Iman tetap memaafkan aku setelah apa yang telah aku lakukan.
“Jangan kembalikan Tengku Zariel Zahari yang ‘lama’. Saya takut awak tak mampu untuk berdepan dengannya. Dia lelaki yang baik. Saya yakin awak akan bahagia dengannya hingga je Jannah..”
Aku tak mengerti apa yang Iman cuba sampaikan. Mungkin sikap Tengku Zariel yang sering melukakan hati dan mengasari aku? Dua personaliti yang berbeza sepanjang aku mengenalinya. AKu nak bertanya namun ia aib suamiku. Mana mungkin aku sanggup mencemarkan maruah seorang suami. Tapi bukan ke Tengku Zariel juga harus melakukan perkara yang sama? Hmm…tapi mana pernah dia mengaku aku ni isteri dia!
Enam bulan, hampir enam bulan aku cuba memenangi hati kebal dia itu. Aku sanggup jadi hamba abdi di rumah agam tu,jadi orang gaji padanya dan mamanya,itu belum lagi terpaksa tebal muka berpenampilan seksi depan Tengku Zariel untuk tarik perhatiannya tapi dia sikit tak heran!
Setiap hari aku perlu tadah telinga dengar kritikan pedas Tengku Wahida tentang masakanku..setiap masa kena bersabar dengan amukan Tengku Zariel yang tidak pernah berhenti menyakiti hatiku,dia tak pernah jaga air mukaku sebagai isterinya sedangkan dalam ajaran Islam,isteri perlu jaga maruah suami dan sebaliknya.
Tetapi layakkah aku untuk bercakap soal agama? Bila aku berhenti kereta dilampu merah,aku belek tapak tanganku yang melecur. Masih pedih dan perit. Sukar aku nak genggam apatah lagi nak bersihkan diri. Terpejam-pejam mataku tiap kali kena air. Pedih!
‘Kalau ni harga sebuah bayaran untuk dapatkan kemaafan you Tengku Zariel Zahari,I rela.. I akan terangkan semuanya dan keputusan terletak di tangan you. I..I dah tewas..i dah gagal…’
Aku meniup tapak tanganku berulang kali , cuba menghilangkan perasaan nyilu tiap kali berasa sakit. Perit melecur itu hampir setiap saat mengangguku sehingga sukar aku mahu berbuat apa-apa kecuali tidur. Melihat kesan lecur yang masih merah, pasti ia akan mencacatkan kulitku.
“Dah tak cantik..”Keluhku bersama tawa kecil. Ketawa yang penuh kesakitan. Terlalu banyak perkara yang berlaku semenjak kebelakangan ini sehingga aku lelah. Bukan dari segi fizikal sahaja tetapi juga emosi. Ada satu perkara yang buat hatiku tersayat iaitu penafian. Aku tidak akan pernah menyangka seorang lelaki yang aku kagumi dulu berubah sama sekali. Kasar, bengis dan kini…mataku merenung lagi lenganku yang sudah tercetak tanpa kebenaranku. Mungkin inkah yang dimaksudkan Iman? Tengku Zariel mempunyai sikap lama yang aku tidak pernah tahu selama ini. Namun, adakah benar ini sikapnya yang tergamak mengasari isteri sendiri atau kerana benci?
Aku merenung kad nikah kami berdua. Tarikh pernikahan yang cantik tetapi tidak sama dengan takdir yang telah tertulis. Aku teringat akan reaksinya pada hari aku memberinya kad nikah ini.
“Ariel…nah satu untuk you. Tadi I minta Uncle Man hantar I kejap untuk ambil kad nikah kita. Tadaa! Cantik kan?”
Aku menerjah Tengku Zariel yang sedang berehat di kerusi panjang di tepi kolam. Aku perasan dia lebih gemar menghabiskan masa di
kolam renang pada hujung minggu. Sungguh, aku teringin melakukan aktiviti kegemaranku iaitu berenang. Berenang bersama atau melakukan aktiviti snorkling bersama orang yang tersayang akanku abadikan dalam hidupku tetapi entah bila aku tidak pasti.
“So?”
“Simpan. I tak minta pun you jadikan sebagai perhiasan sampai nak kena gantung dekat luar rumah tapi ini sebagai bukti”
Aku melihat dia ketawa kecil dan seperti biasa, sinis. “Bukti yang mengatakan kebahagiaan aku dan berakhir dan diselubungi…api neraka kau.”
Senyumanku perlahan-lahan mati. “Bukan api neraka tapi api cinta I pada you. I will burn you with my love until you beg me for more”
“Funny. You know why? Because I will burn you with my evil and and ruthless ‘ghost’ that haunted you every single night until you’re afraid to close your eyes, Elliena Kamelia.”
Dan Tengku Zariel berkata benar, dia sedang’membakar’ku. Bukan sahaja melalui kata-katanya tetapi perbuatan. Aku tidak boleh berterusan begini, meratap dan mengeluh kerana ini bukanlah aku! Aku menggengam erat kad nikah itu bersama mata yang terpejam rapat.
Bertahan ya...hmm...
Share this novel