BAB 39

Romance Completed 199668

BAB 39


Persetujuan di antara dua belah pihak sudah dicapai. Masing-masing tersenyum …bibir pula melafazkan kata syukur termasuk aku. Aku memeluk lengan kanan Amanda,Hajah Salma pula di sebelah kiri. Hanya Tuhan saja yang tahu bila Hajah Salma mengucup kepala dan kedua-dua belah pipi Amanda. Pasti rasa bersyukur melihat anak gadisnya bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Terbayang jika ia berlaku padaku dan sepatutnya berlaku .

Kalaulah boleh diputar balik masa…pasti ketika ini mama akan berbuat perkara yang sama terhadap aku dan Carl. Mengucup dahi dan pipi dengan penuh kasih sayang. Malangnya ,kami tidak punya kesempatan itu.


“Alhamdullilah…kalau macam tu sebulan dari sekarang lah majlisnya. Tak perlu buat besar-besaran. Cukuplah sekadar sederhana dan cukup syarat” Ujar Haji Rahman.

Carl sekadar mengangguk senang. Ketika pandangan kami berlaga,aku melemparkan senyuman namun dibalas dengan satu renungan tajam. Renungan yang penuh benci. Aku terhiris lagi mengenangkan sikap Carl yang semakin jauh dariku.

Selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Amanda,pasti aku tidak dapat lagi mahu memulihkan kembali hubungan kami. Namun aku tidak kisah semua itu kerana kebahagiaan Carl sudah cukup buatku. Pasti daddy dengan mama gembira diatas sana. Aku yakin.

“Pakcik,saya tahu dalam Islam,kesederhanaan itu penting dan perlu ada tapi ia perkara yang terjadi setahun sekali dalam hidup kami. Saya mahu ia menjadi satu momen terindah yang akan dikenang seumur hidup. Saya bukan mahu kan perkahwinan yang diadakan berlatarbelakangkan menara Eiffel atau burj khalifa ,mahupun di pantai yang menjadi 10 pantai tercantik di dunia..kad jemputan yang beraneka bentuk dan warna untuk keluarga,golongan VIP atau VVIP dengan mengharapkan kehadiran ribuan tetamu..diraikan dengan penuh meriah,upah photographer terbaik…maaf,itu bukan lah saya. Lebih-lebih lagi saya baru aje kehilangan orang tua”

“Saya mahukan kesederhanaan tetapi penuh bermakna dan saya yakin Amanda juga begitu”

Oh Tuhan…sungguh aku sangat tersentuh. Aku berpaling ke sisi seraya meletakkan tapak tangan ke dada. Bukan sedikit sebak yang mencengkam. Ngilu sehingga ke dasar hati. Aku tidak pernah mendengar Carl bercakap seperti ini. Penuh syahdu dan pilu. Aku tahu dia juga menginginkan majlis perkahwinanya diraikan bersama oleh orang tua kami. Pasti mahu memeluk dan mendengar nasihat dari mereka sebaik saja diijabkabulkan. Dari ekor mata aku dapat melihat Amanda mengesat air mata . Mata Carl juga sudah merah,

“Anggaplah abah dengan umi ni orang tua kamu sendiri. Abah dengan umi dah anggap Kim dengan Dani ni macam anak sendiri. Terpulang pada kamu berdua tentang majlis nanti. Ni abah nak nasihat kan sikit…”

“Bukan sikit,banyak lagunya nak habaq ni.” Hajah Salma menyampuk. Spontan,kami tergelak dalam nada terkawal.

“Ni umi nak habaq ni…sebelum mula majlis tu,kalau boleh elakkan berjumpa. Takut hilang seri nanti! Lagipun,tak elok kamu berdua berjumpa sebelum hari pernikahan..bimbang berlaku lagu yang kita tak nak. Kalau nak senang,tunang…nikah…dan sanding buat satu hari.Tak apa kan, Danial?” Haji Rahman dan Hajah Salma memandang Carl.


“Saya tak kisah Umi. Apa saja untuk Amanda,saya terima” Tersipu-sipu Amanda mendengarnya.

Aku tersengih. Bahagia melihat insan yang aku sayang gembira. Siapa yang tidak gembira kerana bakal disatukan dalam ikatan suci setelah sekian lama menyulam kasih. Carl beruntung memiliki Amanda. Dan Amanda sangat beruntung memiliki Carl. Dia seorang abang yang baik dan aku tahu dia akan menjadi suami yang terbaik untuk Amanda.

“I am happy for you both. Here, for you…” Aku meletakkan bungkusan hadiah yang berbalut cantik di atas meja kopi. Carl masih berada di rumah Amanda. Aku mencuri peluang mendekati abangku walaupun sedikit sebanyak hatiku terkesan melihat Carl seperti tidak teruja dengan pemberianku.

“Thanks…” Hanya itu Carl balas. Hilang terus senyumannya sebaik melihat aku.

“You…err, dah tahu nak tinggal dekat mana lepas kahwin nanti?”

“Kenapa nak tahu?”

Aku meneguk liur walaupun aku sudah tahu reaksinya. “Carl, please…i adik you, i cuma nak tahu , itu saja. I tak ada niat apa-apa pun”

Aku melihat Carl tersenyum sinis, mengangkat bahu. “Dan kalau you ada niat pun, simpan je niat you seumur hidup you. I akan beritahu bila tiba masanya. Jangan risau, ke mana pun i pergi..kita masih ada pertalian darah yang mengikat kita sampai kiamat”

Tatkala Carl terus bangkit, air mataku mengalir deras.


“Aduh! Sabar sayang…senak perut mummy ni”Dahiku berkerut sambil mengusap perut bila bayiku menendang. Adakalanya aku merakam momen seperti ini. Pengalaman pertama yang sangat bermakna.

“Kenapa,Kim? Baby tendang ke?” Suara Amanda ketika melangkah masuk ke bilik. Dia duduk dibirai katil.

Aku senyum sambil mengangguk. “Aah.Akak nak pegang?”

Amanda tidak menjawab sebaliknya tangannya terus menyentuh perutku yang sudah menboyot.

“Wah, aktifnya dia. Tak kesian dekat mummy ya, tak cukup nafas dah ni. Main bola ke kat dalam tu?

Aku ketawa. Sudahku agak bayi dalam kandunganku ini lelaki. Tidak sabar mahu melihatnya ke dunia. Sejujurnya aku tidak kisah akan jantina lelaki mahu pun perempuan, asalkan mereka sihat walaupun adakalanya perutku terasa sakit. Bimbang jika ianya ada kaitan dengan pengambilan ubat yang aku makan tapi aku perlu ambil. Ya, perlu!

“Kim….akak nak tanya sikit boleh?”


“Hmm?”Aku mendongak, membalas senyuman serba salah wanita itu.

“Sorry kalau apa yang akak tanya ni mungkin buat Kim terasa tapi….macam mana kalau…satu hari nanti Kim bertemu semula dengan Ariel?”

Aku tergamam. Tak menjangka Amanda akan bertanya soalan itu, yang aku tidak pernah terfikir selepas aku berhijrah ke sini. Aku tidak pernah terfikir akan ada pertemuan aku dan dia namun ada sesuatu yang bakal menyekat langkah ini jika aku meneruskan hidupku.

“Dia akan….terus lafazkan talak dekat Kim. Kim tahu Ariel tak terus ceraikan Kim sebab dia nak ‘seksa’ Kim tapi tak akan mungkin dia nak ‘simpan’ Kim seumur hidup dia. Kim dah tak kisah dengan semua tu,Kim takkan tuntut apa-apa pun daripada Ariel walaupun sesen.”

Amanda menggengam tanganku yang berada di riba. Aku tersenyum pahit.

“Kim betul taknak beritahu tentang baby dalam kandungan Kim dekat dia? Sekurang-kurangnya dia perlu tahu. Walau berpisah sekalipun, dia wajib beri nafkah anak. Berdosa kalau dia tak buat ibarat dia melepaskan tanggungjawab kepada Kim dan anak dia”

“Kim kena pandang ke depan. Kalau Kim ‘tersungkur’, Kim takot Kim tak mampu untuk berdiri seperti biasa. Silap-silap, Kim tak kenal dengan diri sendiri”Ujarku ketawa kecil walaupun terasa cukup pedih dan sesal.

“Kim ada akak, Dan, abah dengan umi..dan yang paling penting, baby ni. Akak tanya ni bukan apa, tapi Kim perlu tahu status perkahwinan Kim dengan Ariel. Apa yang dia buat ni, sangat tak adil!”


“Kim pun tak adil pada Ariel dan keluarga dia…juga kebahagiaan dia.”


“Dan tak adil untuk Kim sendiri”Amanda terus menyampuk bersama keluhan. Aku tahu Amanda risaukan aku.


Lucu, orang lain yang ambil berat berbanding abang kandung sendiri. Di mata Carl, aku lah punca segala-galanya dan tindakan Tengku Zariel membiarkan status kami tergantung merpakan satu hukuman untukku dan aku terima.

“Kim terima dan redha. Itu je yang Kim mampu buat kerana baby dalam perut ni. Kalau Kim beritahu pada Ariel, akak fikir hubungan kami akan baik? Dia boleh terima Kim? Jawapannya,tak. Ariel takkan pernah sesekali terima Kim dan mengaku ni anak dia. Kim dah banyak buat salah pada Ariel sebab tu Kim terima segala perbuatan dia pada Kim”

Aku melihat Amanda menarik nafas panjang. Begitu juga dengan aku yang adakalanya sedikit tertekan kerana begitu sukar mahu mencari ketenangan setelah apa yang telah aku lakukan. Cukuplah Amanda tahu, ini hukuman yang aku perlu tanggung. Itu sahaja.









“What? You’re joking right? Takkan akak kena pakai benda alah ni nanti? Tak naklah!”

Aku ketawa lucu bila melihat wajah Amanda yang merah padam. Gaun merah garang ditangannya digantung kembali. Hai laa….apalah nak disegannya? Benda kecik je pun! Sudah hampir 3jam kami meliar di One Utama untuk membeli barangan hantaran. Separuh hantaran sudah dibeli. Masa yang singkat menyebabkan kami agak kelam kabut. Mujur pengalaman sebagai wedding planner sedikit sebanyak membantu persiapan majlis Carl dan Amanda.

Ada juga aku memberi cadangan untuk memastikan majlis yang ringkas tetapi menarik ini berjaya dan berjalan dengan lancar. Kesibukan mereka juga menyebabkan aku menghulurkan bantuan tidak kira masa. Lebih-lebih lagi abang kandung sendiri yang bakal mendirikan rumah tangga, Mana boleh aku lepas tangan walaupun ada masanya aku dilarang keras agar tidak terlalu aktif kerana usia kandungan yang sudah mencecah enam bulan.

“Oh come on…wake up,sis! This is your big day okay?Kalau Carl tengok mesti terkeluar biji mata dia.”


“Amboi…Kim cakap memanglah senang sebab Kim dah biasa. Akak ni tak reti tau pakai benda-benda macam ni. Kalau setakat dress labuh,baju kurung,jubah tu okay lah lagi!”

Terus aku tepuk dahi. Menggeleng. “Kak,itu akak pakai bila kat luar. Ni..pakai dalam bilik. Bilik! Tahu?”


Amanda menerpa dan mulut aku ditekup. Bulat matanya sedang aku tertahan-tahan ketawa. Naif juga Amanda ni. Hilang terus sifat ketenangannya sebagai doktor.

“Shh,,,slow sikit suara tu. Malu tau orang dengar! Jomlah keluar,kita balik. Penat dah ni”

“No..no…not yet! Penat tau Kim bawak akak kat one of the best Lingerie kat sini. Most sensation one…every husband loves it. Same goes to Carl. He will loves you more…silap-silap dia kurung akak dalam bilik”

Terjegil biji mata wanita itu.

Aku mencapai beberapa helai night dress yang teramatlah dahsyat seksinya dan peignoir, Macam-macam bentuk dan warna aku ambil. Tak terkata Amanda dibuatnya bila aku terus letak di kaunter.Aku menoleh memandang Amanda dan kenyit mata.

“Cepatlah kak jom kita balik. Kata tadi penatkan”


“Yalah. Banyak juga kita borong hari ni. Hampir separuh. Beruntug betul bawak wedding planner ni. Semua jadi senang. Mastermind pulak tu!”Aku tersengih.


Kami berjalan beriringan menuju ke kereta yang diparkir luar dari parking lot kerana sudah penuh. Terpaksa lintas jalan.

“Kim…boleh akak tanya?”Aku angkat kepala memandangnya sebelum mengangguk.


“Kim tak nak teruskan minat dan cita-cita Kim ? I mean,Kim tak sayang tinggalkan Tiara Kim Wedding? Kim bekerja keras bina empire sendiri. Ia bukan satu perkara yang mudah membina syarikat perkahwinan sendiri dalam usia yang begitu muda. Memang Kim masih baru tapi rata-ratanya kenal Tiara Kim Wedding..malah Kim sendiri”

Senyum. Aku tahu esok lusa pasti persoalan ini akan dibangkitkan. “Sayang tapi Kim terpaksa. Bukan satu keputusan yang mudah bila terpaksa tinggalkan tempat yang Kim bina atas usaha Kim dan juga yang lain Kim perlu pergi,kak. I need to go. Mungkin Kim akan kembali dan mungkin juga tidak.Lagipun,Kim ingat lepas Kim bersalin,Kim nak balik Amerika buat sementara waktu.”

“Balik sana?”

Lama dan dalam sekali renungan Amanda. Terkejut. Aku membantunya memasukkan barang di bonet belakang. Matanya masih tidak lepas.

“Yup. Balik sana. Sebenarnya dah lama arwah Daddy suruh Kim tinggalkan tempat kerja Kim buat sementara waktu dan balik ke sana untuk kerja dengan Daddy. Akak tahu Daddy ada syarikat construction dekat sana tapi Kim dengan Carl tak berminat. Baru-baru ni kawan baik Daddy ada telefon,beritahu yang syarikat ada masalah kewangan lepas Daddy kemalangan. Ada kes pecah amanah,so ramai pelabur yang tarik diri.”


“Ya Allah…siapa punya kerja yang buat macam tu? Habis sekarang Kim nak buat macam mana?”Mendengarkan itu,tanganku naik mengusap dahi. Pening, Lagi satu masalah yang aku perlu selesaikan tetapi ia akan ambil tempoh yang lama.

“Masih dalam siasatan tapi sekarang ni keadaan syarikat dalam keadaan kritikal. Kim nak tolong Kim tak mampu . Kim tak ada pengalaman. Langsung tak ada! Buat masa ni Kim mintak Uncle Eddie yang uruskan. Kak Amanda, lepas ni ada nak pergi mana lagi? Sorry kaki ni tetiba rasa lenguh pulak”Pintu aku tutup sambil tangan mengurut kaki. Memang rasa lenguh. Merah dan bengkak sudah kelihatan. Amanda pusing ke belakang,mencari sesuatu.

“Mana minyak yang beli dekat Guardian tadi? Bukan ke Kim yang pegang tadi?”


Lama aku diam cuba mengingati di mana aku letak. Memang betul aku yang pegang tadi tapi….terus aku tepuk dahi dengan kuat!

“Aduh…rasanya tertinggal dekat Lingerie Shop tu kak. Tak apa Kim pergi ambil”Pintu aku buka. Amanda pantas menarik lenganku.

“Dah,jangan mengada-mengada nak ambil. Tengok kaki tu dah bengkak dah. Kim tunggu kejap,biar akak pergi ambil. Jangan lupa lock pintu”

Amanda memang begitu Selalu cuba buat aku selesa sedangkan aku yang telah banyak menyusahkan dirinya. Lebih lagi permintaannya untuk membantu aku menggunakan kepakarannya aku tolak secara baik. Aku tahu Amanda mahu menolong tetapi aku belum bersedia. Lagipun,aku sihat dari segi mental dan fizikal. Jadi tak ada sebab aku perlu menerima rawatan kauseling.

PIN! PIN! PIN!!!


Bunyi hon yang bertalu-talu dengan disertai dentuman yang kuat buat aku terkejut. Keadaan menjadi kecoh dan riuh rendah. Dari cermin pandang belakang aku dapat melihat orang ramai mengerumuni sesuatu. Terdapat sebuah kereta yang mengeluarkan asap dari but depannya.Terkial-kial aku melangkah keluar.

Tiba-tiba aku mula rasa tidak sedap hati dengan setiap langkahku mendekati tempat kejadian itu. Apatah lagi bila melihat tubuh yang berlumuran darah itu seorang wanita…berpakaian baju lengan panjang berwarna putih dan selendang pink. Tangannya terkulai layu. Sebaik aku ternampak seutas gelang emas ditangannya,aku tekup mulut. Menggeleng tidak percaya. Tak…tak…tak mungkin!!!

“Kak Amanda!!!”

Hampir tiga jam berlalu,namun masih tiada tanda doktor keluar dari bilik kecemasan itu.Suara Haji Rahman tidak berhenti memujuk isterinya,memberi kata-kata semangat. Bibir tua itu juga tidak berhenti berzikir.

“InsyaALLAH,Amanda selamat. Dia akan selamat. Anak kita kan kuat…”

Air mata tidak putus-putus mengalir dan aku sudah tidak larat nak mengesatnya. Kata saksi, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dipandu laju dan hilang kawalan serta melanggar Amanda yang sedang berada dibahu jalan untuk melintas. Perlahan aku menghampiri dan duduk bersimpuh dilantai.Aku memegang lutut Hajah Salma dan menyembamkan kepala ke lututnya.

“Maaf”Bisikku lelah.

“Ya Allah,Kim…bangun nak! Jangan macam ni. Kim tak salah apa-apa pun”Tangis Hajah Salma. Haji Rahman turut berkata yang sama. Aku menggeleng enggan.

“Tak umi,abah…kalau lah Kim tak tertinggal barang tu,Kak Amanda takkan kemalangan !Maaf…maaf…maaf”

Haji Rahman menggeleng perlahan. “Bangun nak…jangan salahkan diri. Apa yang jadi semua dah ditentukan Allah. Walau Amanda tak pergi sekalipun, siapalah kita nak persoalkan ketentuanNYA. Sekarang ni,kita berdoa banyak-banyak…semoga Allah dengar dan makbulkan doa kita.”

Aku hanya mengangguk. Bangkit selepas tubuhku dipeluk erat oleh Hajah Salma. Riak wajahnya tenang namun dibasahi linangan air mata yang tiada penghujung. Aku baru saja selesai menunaikan Solat Zohor. Telekung aku tanggalkan dan letak di tempat asal. Hajah Salma sudah lama keluar. Bimbang katanya mahu tinggalkan Amanda yang masih dalam bilik rawatan api.

Ketika keluar dari bilik solat,aku hampir menjerit bilik lenganku ditarik dengan kasar.Bulat mataku kerana terkejut.

“Carl?”

“Kenapa you tak pernah berhenti menyusahkan orang,hah? Tak habis-habis libatkan orang lain dengan masalah you! You tengok apa yang you dah buat pada Amanda! Dia dilanggar kerana you! Kalau you tak ada kat situ,dia tak akan kemalangan!”

Aku mengetap bibir cuba menahan kolam mata yang sudah bergenang. Terasa mahu pecah dadaku bila Carl berkata begitu bersama goncangan yang kuat dikedua belah bahuku. Sekali lagi tuduhan yang aku terpaksa telan dan aku harus akui ia memang kesalahanku. AKu tidak pernah betul dimata Carl.

“Kim minta maaf. Kim tahu salah Kim. Kalau Kim tahu benda tu akan terjadi ,Kim sanggup pergi gantikan tempat Amanda. Kim sanggup jadi galang ganti!”

“Yes you should! Memang you sepatutnya yang pergi and I really don’t care if you did!”

Aku tergamam mendengar kata-katanya. Penuh amarah yang membuak di dada.Wajahnya jelas menunjukkan kata-kata itu lahir dari hatinya. Hati ini terhiris.Apa perasaan bila seorang abang berkata begitu kepada adiknya? Sedangkan hanya dia satu-satunyanya saudara kandung yang aku ada,yang aku harap akan perhatian dan perlindungan. Sampai bila aku perlu menghadapi kebenciannya? Aku sudah letih. Sudah penat cuba meraih kasih sayang abang sendiri.

“Maknanya…you tak kisah kalau Kim berada di tempat Amanda? You tak peduli kalau apa-apa jadi dekat i?”

Dia terdiam. Aku menanti bicaranya sedang hati sudah dapat mengagak apa yang Carl akan jawab dan aku tidak sanggup mendengarnya.

Carl berpaling membelakangiku. Tidak lagi memandang. Aku tersenyum pahit. Mengangguk dalam kabusan air mata.

“If anything happened to her,I wont forgive you for the rest of my life…dan jangan sesekali anggap I ni abang you. Get that?!”

Aku mengusap pucuk hidungku .Cuba menahan perasaan ngilu yang menyucuk sehingga ke dasar hati. Cuba menahan air mata namun ia tetap mengalir deras tanpa dapat dibendung lagi. Baru aku nak mendekatinya,kelihatan Haji Rahman melangkah laju menghampiri kami. Lantas aku berpaling dan meraup seluruh wajah kerana tidak mahu Haji Rahman dapat mengesan apa yang baru berlaku diantara aku dan Carl

“Kenapa abah?”Carl Cemas.

“Alhamdullilah syukur ya ALLAH Amanda selamat. Dia dah separuh sedar. Mari kita”

Aku turut mengaminkan dan meraup tangan ke wajah dengan lafaz syukur. Terasa lapang dada mendengar berita baik itu. Hanya itu yang kami mahu. Amanda selamat. Baru aku nak melangkah ikut serta,Carl menahan. Aku mendongak berkerut dahi.

“Jangan masuk. I taknak keadaan Amanda jadi lebih teruk bila ada you. Lepas kami kahwin,I takkan bawak you untuk tinggal bersama kami supaya you belajar berdikari dan tak menyusahkan orang!

“Tapi…”

“Cukup! I taknak dengar apa-apa lagi. You tengok sendiri berapa lagi nyawa yang you nak ambil setiap kali you dekat dengan mereka? Sekarang Amanda,esok siapa pulak?Cukup Lah dengan apa yang you dah buat selama ni. You dah melukakan hati banyak pihak. Berhenti jadi manusa yang pentingkan diri. Kalau you nak jadi seorang ibu yang baik,jangan pentingkan diri untuk kepuasan diri sendiri! Ingat,lepas ni I taknak you dekat dengan Amanda lagi. Dan kalau boleh,lesap dari mata kami pun tak apa!”

Terkedu. Air liur yang aku telan terasa kesat seperti aku menelan pasir. Bisanya ayat Carl…hatiku terhiris lagi. Kata-kata Carl seperti aku tidak punya perasaan. Seolah-olah aku membawa bala kepada mereka yang dekat denganku.

Oh Tuhan! Sakitnya….Aku terduduk!

“Ni…kau tengok ni? Ni semua salah kau! Aku tak tahu lah apa yang kau dah guna-gunakan Harith sampai dia sanggup bertumbuk dengan aku! Aku kawan dengan Harith dah lama dan tak pernah sekalipun kami bergaduh tapi disebabkan kau…semuanya hancur!”

Bahu sofa aku pegang kuat. Terngiang kembali kejadian itu. Dari memandu pulang daripada hospital lagi fikiranku bercelaru. Bercampur baur Kosong. Setiap apa yang aku lakukan,yang aku dengar,yang terpaksa aku telan atas dosa dan kesalahanku selama ini terbayang kembali tanpa henti.

“Sakit? Nak nangis? Go ahead I don’t give a damn! Macam mana pedihnya mata kau macam itu lah pedihnya hati aku bila tengok mama aku menangis! Kali terakhir mama menangis dulu sewaktu arwah papa aku meninggal!! Kau fikir aku boleh terima untuk kali kedua? Aku tak sanggup tengok mama bersedih walaupun setitis air mata!!”

“Aku benci kau dari dulu lagi dan benci aku makin kuat bila kau guna cara yang paling jijik untuk dapatkan aku! Kau taknak minta maaf takapa sebab Allah tu maha adil. Aku pernah bersumpah yang aku akan kenakan kau cukup-cukup kalau aku dapat tahu dan pastikan kau akan menyesal sampai seumur hidup!!!”

“Macam mana nak betulkan keadaan kalau kau penyebab daddy dan mama mati! They die cause of you!”

Kaki melangkah laju ke bilik air. Tangan mengusap perutku yang memboyot. Terasa sakit. Mungkin saja kerana hampir seharian aku tidak makan. Aku sempat melawat Amanda ketika Carl sedang menunaikan solat di bilik surau. Selepas itu aku terpaksa mencipta alasan pada Haji Rahman dan Hajah dengan menyatakan aku mahu berehat. Wajah aku basahkan dnegan air dan merenung cermin didinding. Lama.

“Kau jangan ikut aku. Aku taknak bala kau melekat pada sesiapa lagi lepas ni”

“Kenapa you tak pernah berhenti menyusahkan orang,hah? Tak habis-habis libatkan orang lain dengan masalah you! You tengok apa yang you dah buat pada Amanda! Dia dilanggar kerana you! Kalau you tak ada kat situ,dia tak akan kemalangan!

Betul kata mereka. Kalau bukan sebab aku,benda ini semua takkan berlaku. Kalaulah aku tidak memulakan ,pasti bukan begini pengakhirannya Kerana aku,ikatan kekeluargaan yang sebelum ini dibina dengan kasih sayang berpecahbelah. Kerana aku,sebuah persahabatan hancur lebur. Kerana aku,kawan-kawanku terpaksa menanggung dosa-dosaku. Kerana aku,sudah banyak kebahagiaan yang telah aku hancurkan dan kerana aku…..daddy dan mama pergi. Kerana aku!

“Ini semunya salah kau Kim…salah kau! Aku tak sepatutnya berada kat sini. AKu kena pergi..ya aku kena pergi”Desahku keresahan bersama gelengan kepala. Aku seperti tidak keruan seorang diri. Laju aku menggerakkan kaki untuk keluar dan tiba-tiba tanpa dapat dihalang,aku hilang imbangan dek lantai yang basah dan licin.

“Argh!”

Aku menjerit sambil kelam-kabut cuba mengimbangi badan sebelum berjaya memaut daun pintu. Tetapi akibat tangan yang basah,aku terlepas dan perutku terhentak di lantai tandas dengan kuat. Dahiku berkerut lebat menahan sakit. Dapat aku rasakan cecair panas yang mengalir dicelah paha sehingga ke kaki. Kedua belah tangan erat memeluk perutku. Cuba melindungi anakku. Kesakitan yang amat perit di bahagian bawah ari-ariku membuat aku mengerang kesakitan dengan nafas yang tidak teratur. Pandanganku mula berbalam-balam. Siling putih di atas seperti berpusing-pusing. Pelbagai wajah mula tertera di kotak fikiran.

“Maaf…maaf…maaf”Hanya itu yang diulang-ulang sebelum mata terpejam…


HOSPITAL KUALA LUMPUR…
10 Malam…

“Ariel…diaorang macam mana?” Soal Harith dengan nafas tercungap-cungap. Mazliana yang berada disebelah Tengku Zariel teresak-esak menangis. Terkejut dia menerima panggilan dari sahabatnya itu lantas terus ke sini.

“Mama….Izal..masing-masin masih dalam kat ICU,Harith. Ya Allah…hati aku tak sedap,Harith.”


Dada kirinya dipegang kejap. Cuba menenangkan detak jantung yang melantun kuat seperti hendak pecah. Rasa nak pitam dia dibuatnya bila terima panggilan dari pihak berkuasa yang mengatakan Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Farizal kemalangan di Lebuh raya Utara Selatan. Dia sendiri tidak tahu kemana mereka pergi sebenarnya. Ahli keluarga yang terdekat sudah diberitahu terutamanya Tok Ayah yang sudah pulang ke luar negara bulan lepas kini dalam perjalanan ke sini.

“InsyaALLAH mereka selamat,Ariel. Tak ada apa – apa yang akan berlaku. Aku tahu mereka akan selamat”

“Aku tak tahu macam mana mereka boleh accident. Ke mana mereka pergi pun aku tak tahu sebab mama tak ada beritahu apa-apa pun.”

“Aku dengar kereta Izal langgar penghadang highway. Betul ke?”

Tengku Zariel terdiam lama. Cuma helaaan nafasnya kedengaran berat sekali.

“Ada saksi kata mereka bertengkar dalam kereta. Entahlah Harith…aku cuma harap mama dengan Izal selamat. Itu aja”

Baru Harith mahu membuka mulut,pintu ICU yang menempatkan dua insan yang tersayang dibuka. Mereka pantas menerpa.

“Macam mana doctor mama dengan adik saya?”

Doktor wanita itu memandang wajah mereka berdua silih berganti. Dia senyum nipis.

“Alhamdullilah mereka berdua selamat tapi boleh saya berjumpa dengan Tengku sekejap? Ada perkara yang saya perlu berbincang dengan Tengku”

Hanya anggukan yang diberi namun debar di hati usah di kata apatah lagi raut membimbangkan tertera di wajah itu.

Awl2 lagi dah bagi sedih eh..bila lah cerita aku ni nak happy2? Hahaha.. Happy reading dan selamat membaca…

Share this novel

mynn.nnym
2023-12-28 18:04:44 

HA nak lg plsss


NovelPlus Premium

The best ads free experience