BAB 44
“Ikut aku…”
Aku yang sedang baring terlentang di bilik terus terbangun. Pantas meraba pakaian yang tidak terselak sana sini. Mujur juga aku memang 24 jam memakai seluar track panjang dan baju berlengan panjang. Panas ke sejuk bagi aku tetap sama. Dia sudah siap berpakaian kasual.
“Err…nak pergi mana? Saya…jarang keluar kalau bukan ke tempat kerja atau pergi makan”
“Lepas ni biasakan…dalam masa lima minit aku tunggu dekat luar. Jangan lambat”
Disebabkan suaranya kedengaran seperti arahan,kelam kabut aku berdandan ringkas. Biar betul Tengku Zariel nak shopping? Dalam keadaan cuaca yang tak menentu? Memang lah banjir cuma separas buku lali tapi aku tiada kenderaan,begitu juga dia. Aku biasa naik bas jika mahu ke bandar. Paling rajin nak ke Giant Alor Setar untuk beli barang. Nak ke Tengku Zariel ke situ? Aku mangga gril dan pagar sebelum berhati-hati melintasi jalan raya yang masih lecak menuju kea rah dia yang menunggu di seberang jalan.
“Mana bustop terdekat?”
Aku sekadar menunjukkan arah sebelum mengikut langkahnya. Hanya kesepian yang menemani.
Sesak. Penuh. Hai lah…banjir-bajir pun ada juga orang nak ke Bandar? Tempat duduk penuh. Nak taknak kami berdua terpaksa berdiri. Belum lagi campur dengan mamat ‘international’ yang lain.
“Panasnya..bila nak sampai ni?” Darahku berderau mendengar suaranya di belakang. Hangat menerpa telinga. Sekadar omelan yang tidak berjaya memancing reaksiku. Tapi yang buat aku tidak selesa ada kerlingan dua lelaki yang berbisik sesama sendiri sambil memandangku.
Hanya beberapa inci saja mereka dari kedudukan kami berdua. Aku mula tidak keruan. Hanya tunduk main Iphone. Makin kuat aku touch skrin yang entah apa-apa kerana mereka sengaja kebelakangkan diri tiap kali bas belok dan berhenti atau brek mengejut. Nak berundur ke belakang tubuhku sudah bersandar dengan dinding bas. Tengku Zariel pula sudah lama ke belakang,memberi laluan kepada warga emas yang mahu turun tadi.
Perasan aku perhati dari tadi,salahseorang dari mereka kenyit mata. Aku terus buang pandang. Cepatlah sampai bas ni pun,desisku dalam hati. Belok lagi,brek lagi dan bahu aku dengan jejaka berbaju merah itu berlaga.
Aku diam. Nak jarakkan diri tak mampu sebab sudah tersepit. Nak jerit? Dan apabila bas sekali lagi brek mengejut,aku hampir terjerit bila terasa ada sepasang tangan menarik pinggang sehingga kepala berlaga di dadanya.
Lantas aku mendongak. Terpaku. Matanya…renungannya…benar-benar menusuk kalbu. Dekat sehingga aku seolah-olah dapat menyelami anak matanya hingga ke dasar. Tiada kebencian,kemarahan dan dendam.
Sukar aku gambarkan kenapa tingkah dan sikapku adakalanya berbeza berdepan dengannya. Benar aku takut,bimbang,masih trauma tetapi mengapa aku masih mampu berhadapan dengannya ketika ini?
“Apa Benda yang kau suka makan Ayam,daging,udang,sotong,ketam…?”
Ditarik seekor ketam dari deretan bakul dan akuarium yang menemptkan hidupan laut. Ketam itu berang barangkali,terus diketip jari Tengku Zariel yang cepat-cepat letak kembali sambil mengaduh. Terketar-ketar dia mengibas jari jemarinya.
“Dengan aku pun ketam ni nak berdendam!”
Aku diam dan membiarkan dia membebel. Siap menunjukkkan gaya penumbok ke arah ketam tersebut.
“Tak apa. Yang ada ni pun dah cukup.”Aku jawab sambil menoleh barang-barang yang didalam troli. Tengku Zariel yang pilih semuanya. Aku hanya mampu tlan liur melihat barang-barang yang nak penuh satu troli itu. Macam stok untuk sebulan.
Selepas memilih udang,sotong,ikan merah dan juga ikan siakap,aku kembali menolak troli. Gaya Tengku Zariel pula yang membeli bahan basah sedangkan itu sepatutnya kerja seorang….isteri? Aku masihkah isterinya?Dia berkahwin lagi atau sudah punya anak aku tidak tahu. Seperti yang aku tanya tadi, jika dia datang untuk melepaskan aku, aku terima kerana aku sudah tiada harapan lagi untuk bertahan.
“Makan banyak sikit. Tadi masa aku peluk kau,macam peluk penyapu lidi!”
Mukaku merah bila Tengku Zariel mengingatkan kejadian didalam bas tadi. Sukar akum ahu memberikan ekspresi wajah kerana perbualan kami tidak pernah berakhir begitu baik.
“Saya minta maaf pasal tadi..dalam bas..”Tengku Zariel yang menolak troli berhenti sekaligus buat langkah aku mati sama. Dia memandangku.
“Kenapa kau suka sangat minta maaf dengan aku?”
Aku tunduk, mengigit bibir “Hmm..sebab…sebab saya takut awak marah”
Wajah Tengku Zariel berubah riak. Dia mengeluh seperti bosan bercakap dengan aku yang asyik memberi jawapan dengan ayat penyata.
“Kejap,aku nak beli baju.”
Beli baju? Kenapa perlu beli baju? Bukankah esok lusa dia akan pulang? Nak bertanya memang aku yakin dia tidak akan jawab. Sudahnya aku menyorong troli mengikuti Tengku Zariel ke bahagian pakaian lelaki. Langkahnya perlahan bila melalui bahagian pakaian dalam wanita. Aku berpaling ke arah lain dengan wajah yang panas bila Tengku Zariel mencapai gaun tidur yang seksi dan jarang. Apatah lagi di ruang ini, juga terdapat pasangan suami isteri yang lain. Tidak semena-mena, fikiranku melayang memori beberapa tahun yang lepas.
-Flashback-
“Jadi, apa rancangan kau yang seterusnya?”
“Rancangan ?”
Soalanku dibalas dengan ketawa sinis Tiara ketika kami keluar hujung minggu.
“Yalah, rancangan kau dapatkan Ariel dah berjaya, mesti kau kena double up effort kau lepas aku tengok kau jalan terjingkit-jingkit minggu lepas.”
Aku berhenti dan sengaja melompat di depan Tiara, saja berlagak yang kakiku dah baik cuma parut je yang kekal.
“See? I can even jump on your face okay!”
“But still, you can’t even ‘jump’ into your husband’s heart!”Sindir Tiara lagi.
Aku mencebik sebelum menarik tangannya masuk ke lingerie shop. Pelbagai rekaan yang berwarna warni dan menjolok mata menjamah mata. Teringat malam pertama perkahwinanku dengan Tengku Zariel. Malam terburuk dalam hidup aku! Ada ke patut dia tolak aku jatuh dari katil?? Sudahlah itu, baju tidur itu juga terkoyak.
“I’m gonna try this one. What do you think?”Aku acu gaun tidur separas lutut ke tubuh sebelum memandang Tiara yang menggeleng.
“Kim, kau pakai setiap hari baju macam ni pun, Ariel takkan peduli. Walaupun aku tahu takkan ada kucing yang tolak ikan”
“Opss, sorry..aku bukan ikan dan dia bukan kucing. Tapi dia singa yang….hot! Tiara, aku tahu Ariel takkan pandang atau terliur pun tengok aku macam ni. Aku dah buat, dan yeah, aku gagal . Tapi tak salah mencuba lagi, kan? Lagipun, kami dah halal”
“Without love?”
Dan aku terus tidak membalas kerana aku tidak mampu menyangkal semua itu. Namun jauh disudut hati, aku terluka….
“Kau nak?”
Suara Tengku Zariel menyedarkan aku kembali ke realiti.
Aku geleng sambil menunduk. Malu. Lebih-lebih lagi bila dia sua kepadaku dengan beberapa mata yang tersengih memandang. Dia ketawa.
“Kenapa tak nak? Dulu bukan kau suka pakai ke baju tidur yang macam ni? Macam-macam warna,macam-macam fesyen yang ikut trend,peignoir,satin,sutera and well,transparent.”
Makin menunduk aku mendengar Tengku Zariel mengungkit cerita tentangku. Bagaimana aku cuba menggodanya dengan pakaian sebegitu untuk menarik perhatiannya tapi dia sedikit tidak berminat sehingga aku malu sendiri.
Ah,kenapa bila Tengku Zariel pancing aku mengingati kisah lama,dia berjaya tanpa buat aku berasa menunjukkan reaksi traumatik? Tengku Zariel menunjukkan reaksi yang biasa seperti tiada apa yang berlaku di antara kami.
“Saya dah tak pakai lagi baju-baju macam tu.”
“Oh really? Kalau aku beli,aku harap satu hari nanti kau akan pakai. Mungkin bukan hari ini,esok atau lusa but one day…one day…Dah, kita ke kaunter, takut orang ramai.”Dia sengih nakal dan aku tetap beri pandangan kosong,tidak faham.
Ketika beratur di kaunter pembayaran,aku mengasingkan barang kepunyaanku sebelum soalan daripada Tengku Zariel buat aku mendongak.
“Kenapa asingkan ?”
“Err,saya bayar barang yang saya ambil tadi. Kalau awak nak suruh saya bayarkan semua ni,saya….tak boleh..sebab saya bawa duit cukup-cukup je ni”
Lama dia memandangku sambil mengeluh. Aku tersentak bila dia mencapai barang-barang dalam dakapanku dan diletak di atas kaunter,sekali sama dengan barang yang diambilnya tadi.
“Tak perlu. Biar aku yang bayar….”
“Tapi…”Kerlingan tajamnya buat mulutku terkunci. ‘Aku taknak berhutang apa-apa dengan kau lagi. Cukuplah dengan hutang dosa aku dulu .Sambungku dalam hati
“Sini,biar aku tolong bawak. Aku tengok badan kau tu dah senget sebelah kiri”Tak sempat aku melakukan apa-apa bila Tengku Zariel mencapai plastik dari tangan kiriku.
Ketika itu juga,dia kaku seperti ternampak sesuatu. Aku turut memandang kea rah yang sama dan darahku berderau. Cepat aku menarik hujung lengan baju sampai tutup semua jari jemari. Terkocoh-kocoh aku jalan ke pintu utama Giant meninggalkan Tengku Zariel yang sudah tiba disebelah. Aku mengerling,sukar aku meneka apa yang bermain difikirannya lepas apa yang dia lihat tadi.
“Mana kau dapat kesan tu?”
Bibir bawah aku gigit. Mengelak dari bertentang mata darinya kerana dia tidak putus-putus merenung. Memang aku tak pernah berlawan mata dengannya lebih dari tiga saat kecuali kejadian didalam bas tadi.
“Oh, err saya terkena minyak panas”
Tengku Zariel ketawa kecil.
“Cantik terukir.”
Mata aku pejam bila Tengku Zariel mahu aku ingat semula kejadian yang sudah berusia dua tahun itu. Aku menggeleng, cepat-cepat mahu ia berlalu pergi kerana aku tidak membawa sebarang ubat ketika ini. Bimbang kejadian yang tidak diingini kembali.
“Sini biar saya biar saya bawak barang saya”
Tengku Zariel mengelak dan tanpa sempat aku berbuat apa-apa,dia mencapai lengan kiriku dan disingkap,sekali lagi kesan itu jelas dimata kami berdua. Aku cuba tutup tapi dia menepis perlahan tanganku.
“Aku yang buat tanda ni dekat kau kan? Aku tahu kau sengaja buat-buat tak ingat,buat kita macam tak pernah kenal sebelum ni,kau ubah sikap dan tingkahku sebab nak tunjuk yang kau dah tak sama dua tahun yang lepas tapi aku ingat segala-galanya. Kau masih orang yang sama!”
Aku geleng dengan desah nafas yang tak menentu. “Ni bukan seperti apa yang awak fikir. Saya tak pernah berubah. Ini memang saya yang sebenar and I’m not pretending.” Jelasku dengan nada yang mendatar. Nada tanpa perasaan.
“Then,explain me this.”
Kali ini Tengku Zariel menyingkap lengan bajuku hingga ke paras siku,menampakkan kesan lecur yang besar,yang berwarna merah gelap,yang membuat kulit tanganku yang putih kontra dengan warnanya.
“How did you get this,huh? From me right? Aku ingat lagi yang aku letak iron yang panas, sebelum aku tekap dekat tangan dan lengan kau”
Bibir merah itu terketar-ketar berkata. Rautnya seperti penuh sesalan. Kenapa Tengku Zariel buat begini? Kenapa dia mahu mengingatkan aku semua itu?
Aku menolak perlahan tangannya dari lenganku dn menurunkan kembali lipatan.
“Saya nak pergi ke bustop. Kejap lagi rapid bas sampai.”
Sekali lagi aku dengan keluhannya.
“Tak perlu. Aku dah call teksi. Kang naik bas, entah sesiapa lagi yang nak berlanggar sana sini. Dengan aku-aku sekali bau ‘bawang’!”
Hidungku kempas kempis dengan haruman yang terbit daripada dapur. Dapur yang cuma ‘panas’ bila ada Amanda. Bukan aku tidak memasak tetapi sukar untuk aku habiskan sementelah aku seorang saja dalam rumah ini.
Sudahnya aku bangkit dan keluar menuju ke dapur dengan langkah perlahan, tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi sehinga Tengku Zariel tersedar. Hampir tidak berkelip mataku melihat Tengku Zariel berada di dapur. Setelah pulang membeli barang semalam, cepat-cepat aku menelan pil. Pil penyelamat hidupku sepanjang dua tahun ini. Bimbang malam itu aku tak boleh lena.
“Kejap masin, kejap rasa tawar. Apa yang kurangnya aku ni?”
Omelan Tengku Zariel buat aku tersentak dari lamunan. Mata kembali melihat kabinet dapur dipenuhi barang masak walaupun tidak berselerak. Tekun lelaki iu meletakkan jarinya di senduk sebelum dikemam ke mulutnya. Dengan rambut yang tidak kemas, aku yakin dia belum mandi pagi lagi. Satu pemandangan yang tidak pernah aku lihat sebelum ini…mahupun dua tahun yang lepas.
Tengku Zariel yang ‘ini’…nampak sangat polos.
“Buat nasi goreng je pun makan masa sejam. Itu lah, berlagak taknak…”
Kami berdua tergamam bila Tengku Zariel berpusing ke belakang. Dia sedikit kaget melihat aku di dapur.]
“Oh, kau dah siap? Tunggu kejap, aku siapkan lunch box…tapi bukan untuk tengahari, untuk sarapan. Aku tak tahu macam mana kau boleh bertahan cuma makan satu hari je sekali,tapi aku rasa nasi goreng yang aku buat ni boleh buat kau kenyang dua hari. Kejap…”
Aku tak sempat membalas apa-apa bila Tengku Zariel meletakkan nasi goreng ke dalam lunch box yang dibelinya semalam. Kelam kabut lelaki itu ke sana sini sebelum telefonku berbunyi. Aku terus memandangnya.
“Err,saya dah lambat. Pagi ni ada urgent meeting. Saya nak ke bustop dulu”
“Aku dah panggil grab. Dia akan ambil kau dalam masa lima minit. Bau nasi goreng aku lagi sedap daripada bau ‘international’ dalam bas tu”
Aku terkesima sejenak mendengar perkataan itu, yang membawaku ke rumah agam yang hampir hilang dari memoriku. Aku tak berkata apa sehinggalah Tengku Zariel mengangkat tinggi lunch box itu tepat ke muka ku.
“Nasi goreng siap!”
“Kau kenapa? Berangan dari tadi!”Satu tepukan kasar tepat ke bahu buat aku terkejut. Spontan aku mencapai fail yang diberi oleh Wanie. Kembali sambung kerja yang tergendala.
“Ni?”Suaku fail yang berkisarkan projek terbaru Paradise Corporation di Kulim.
“Cik Munirah suruh aku bagi dekat kau. Dia suruh kau deal dengan supplier untuk projek kereta dekat Ulu Klang tu. Dia suruh kau pergi pukul tiga jumpa diaorang,dekat site. Ni,kau pakai kereta aku. Aku tahu kereta kau masuk workshop”Kunci keretanya diberi padaku yang ambil dengan reaksi kosong.
Fikiranku melayang dari pagi tadi sebenarnya. Gusar memikirkan sama ada Tengku Zariel sudah pergi atau belum. Semalam,ketika didalam teksi Tengku Zariel menelefon seseorang untuk ambil keretanya. Jadi,itu bermakna Tengku Zariel boleh pergi bila-bila.masa dan tentu saja hari ini sebab dia boleh saja suruh orang itu ambil.
“Anyway, sejak bila kau bawak bekal?”
Aku cepat-cepat simpan bekalan itu ke bawah meja tapi tangan Wanie tangkas mencapai dan dibawa ke hidungnya.
“Waa, bau pun dah sedap. Aku tak tahu pula kau reti masak. Setahu aku, kau makan pun tak reti. Sebab tu tiap hari makin kurus! Aku buka eh…”
“Wanie,please aku….”
Wanie tetap tak peduli, terus dibuka dan mulutnya melopong luas. Aku turut menjengah kepala sebelum mataku terbuka luas. Aku merampas dan menutupmya semula.
“Kau ke yang deco nasi goreng tu? Sia pada smile bagai. Itulah , kau ni macam robot. Nasi pun tahu senyum tau!”Wanie mengekek ketawa tanpa mengesyaki apa-apa. Aku senyum pahit sambil memicit dahi.
“Ouh,yes…before I forgot,dia suruh aku inform kau yang dia nak kau turun ke bahagian admin dekat bawah.”
Aku angguk sedang dalam hati mengeluh juga. Itu juga bukan urusanku. Baru tadi aku tolong bahagian bawah yang dimasuki air semasa banjir. Tidak lah terus. Air hanya masuk sampai di tempat duduk menunggu dan lobi. Cik Munirah bukan suruh aku tolong kemas,tetapi dia mahu aku di bahagian reception.
Ketukan di meja buat aku mendongak. Terjenguk dia di depan dengan senyuman senget,
“What are you waiting for? Go downstairs and do your job! And before that,make a cup of coffee for me. Jangan manis dan jangan tawar. Do you copy?”Arahnya dengan riak sombong.
“Faham Cik,kejap lagi saya turun.”
Bosan. Bahagian di reception memang lah tersangat bosan. Jawab pertanyaan,jawab panggilan,kena kutuk,kena komen semua terpaksa aku hadap tanpa sebab. Kerlingan staff yang pelik dan hairan kenapa jenis melayan sikap mengada Cik Munirah aku hanya telan.
“Kenapalah Cik Kim layan sangat perangai Cik Munirah tu? Dia tu dengki dengan Cik Kim dari Cik Kim masuk kerja sini.”
“Kau ni cantik Kim tapi sayang,lurus bendul!”Sampuk Wanie keras.
“Hai…jauh termenung? Tak ada kerja ke sampai boleh sambung mimpi pagi-pagi buta ni? Kalau you tak ada kerja,apa kata you pergi tolong si Anjali tu cuci lantai. I tengok banyak lagi pasir dnegan lumpur kat lobi tu. Nanti apa kata klien yang datang? Lagipun kejap lagi klien kita dari Dubai sampai untuk bekerjasama dengan kita dan mereka sangat pentingkan disiplin dan kebersihan.” Sindir Cik Munirah yang menarik perhatian orang ramai itu. Mukaku sudah memerah menahan malu yang bukan sedikit. Bukan tidak pernah kena tetapi bila dihadapan orang ramai seperti ini?
“Tapi itu bukan kerja Cik Kim,Cik Munirah. Ini kerja saya. Nanti kalau Tan Sri tahu,saya yang akan dipersalahkan”Anjali yang merupakan wanita berbangsa India itu tertunduk-tunduk ketakutan bila dijeling Cik Munirah. Aku mendekati dan mencapai mop ditangannya.
“Tak apa,Anjali. Biar saya buat. Bukan lama pun,kejap je ni. Apa kata you bersihkan bilik mesyuarat di tingkat tiga.”
“Dah apa you tercegat lagi dekat situ,pergi buat kerja!”Tempik Cik Munirah pada Anjali yang bergegas lari. Ketika aku sedang mengemop,Cik Munirah sengaja meletak kasut tumit tinggi Versace,aku berhenti.
“Pakai baju cantik-cantik macam ni tapi sayang kerja jadi tukang cuci. Kalau ikut kelayakan you,you sepatutnya jadi jaga je. I dengar you ada mintak cuti tanpa gaji selama dua tahun. Going somewhere? Further study,huh? That’s good but I wonder if you want to steal my position.”
Aku memandangnya. Tidak percaya itu yang difikir oleh wanita itu. “I’m leaving for good,Cik Munirah. Kerana ilmu bukan jawatan ataupun gaji. Saya tak hadap semua tu”
“Yeah,right. Kerana ilmu konon! Pandai ya you berlakon? Jangan lupa habiskan kerja you,buat sampai bersih,licin sampai lantai ni boleh refleks muka you yang perasan cantik tu!” Bidasnya lagi dengan jelingan tajamnya. Aku menahan sabar bila Cik Munirah sengaja melanggar baldi yang berisi air sehingga terjatuh. Habis basah lantai yang baru dikeringkan Anjali tadi.
“Jangan buat-buat tak nampak,pergi cuci cepat!”
“Seriously,this is your job? Patutlah keluar awal pagi” Aku terkejut dengan suara itu lantas berpaling. Hampir nak terjatuh rahang aku melihat Tengku Zariel yang kacak dengan seluar jeans putih dan kemeja hitam. Terselit kaca mata hitam dikolar baju. Berlainan sekali penampilannya ketika dirumah tadi.
“Awak….awak buat apa kat sini?”
“Saja…tengok kau”
Dipandangnya aku dari atas ke bawah. Agaknya jelek dengan aku yang memakai skirt labuh,dipadankan dengan blous bercorak bunga berlengan panjang bersama mop dan kain basah!
Dia duduk bersandar di sofa lobi.Kenapalah hari ni macam-macam benda yang jadi? Tadi Cik Munirah,sekarang Tengku Zariel? Sudahlah tu otakku sakit memikirkan hiasan pada nasi goreng yang belum sempat aku jamah.
“Awak nak balik hari ni kan? Kereta kat dalam workshop dah okay ke?” Soalku sekadar bertanya. Nak elak dari dia bertanya tentang kerjaku disini. Bagaimana dia tahu aku bekerja disini? Aku keluar,dia masih lena. Mungkinkah orang yang dihubunginya semalam ekori aku?
“So,ini lah tempat kerja kau? Paradise Corporation. Nice name. Nice place. But as a cleaner? Too bad”
Aku diam. Hanya mampu menelan sindirannya.
“Kunci rumah saya ada pada awak kan? Boleh saya ambil semula sebab awak dah tak tumpang lagi rumah saya”Soalku dengan nada perlahan. Bimbang didengari orang lain yang menjeling beberapa kali ke arah kami berdua. Ada juga aku perasan beberapa orang gadis yang melihat Tengku Zariel.
Tengku Zariel diam sejenak. “Sombong kau ya…dan siapa kata aku tak tidur lagi rumah kau? Aku akan tinggal selama mana yang aku nak dan aku akan keluar ikut bila masa aku nak…tanpa izin kau”
Berderau darahku mendengarnya. Baru pukul 10 pagi tapi aku rasa darahku turun tahap minimum. Jadi,sampai bila aku perlu berhadapan dengan dia?
“Dah berapa lama kau buat kerja ni?”
“Setahun lebih.”
Aku kembali ke bahagian reception. Dalam hati tak berhenti supaya Tengku Zariel pergi.
“Cleaner plus receptionist. Never know you are so multitalented. Is there anything else I miss….Miss Kim,a talented wedding planner.”Dia menongkat dagu di atas meja. Sempat melemparkan senyuman pada gadis disebelahku. Nasib dia tidak dengar. Aku perlu buat Tengku Zariel pergi dari sini sebelum orang lain membuat andaian .
“Awak, awak tak boleh ada dekat sini.. Ni waktu bekerja saya.”Bisikku dengan riak serba salah.
“Kenapa? Malu aku tengok kau kerja macam ni? Aku boleh pergi tapi dengan syarat…bawak aku melawat tempat kerja kau ni. Aku nak kenal juga dengan siapa kau bekerja. Lagi satu, kenapa benda ni boleh termasuk dalam skop kerja kau? Siapa yang suruh?”
“Ni kawan Puan Kim ya?”Rania bisik bila melihat aku tidak membalas pertanyaan Tengku Zariel. Nada suaranya agak serius. Tak lepas mata Rania memandang Tengku Zariel.
“Yeah,kawan lama”
“Bawaklah dia jalan-jalan kat office kita ni. Tengok muka macam garang. Mana tahu dia boleh sound Cik Munirah itu. Dari dulu menyakitkan hati! Tapi, siapa nama kawan Puan Kim ni? Muka dia familiarlah. Macam pernah nampak dekat majalah business. Dia kerja mana?”
Aku telan liur. Mana tak kenalnya. Dia salah seorang pewaris Qalesh Holdings. Pasti mudah saja orang cam. Aku yakin kejap lagi pasti ada bertanya. Tambah lagi tengku Zariel juga terkenal di kalangan ahli korporat. Silap-silap Tan Sri Yunus pun dia kenal. Kalau tidak, macam mana Tengku Zariel boleh berada disini?
“Eh,kejap. Kalau tak silap,dia tu….”
“Aku tak suka orang buang masa aku. Jom…”Tak sempat Rania menghabiskan kata bila dia selamba menarik tanganku. Aku sudah cuak bila makin banyak mata yang memandang.
“Awak please…orang lain tengok kita”
“Biarlah. Mata diaorang bukan kita boleh buat apa”
“Tak ada siapa yang tahu pasal kita” Punat lif menuju ke atas di tekan.
“Aku tak mintak kau beritahu pun. Aku sendiri tak nak ada orang tahu.”
Aku angguk dalam menunduk.
“Lagipun, mesti kau letak status kau sebagai dah berkahwin? Jadi, kenapa nak fikir pasal orang lain pulak?”
“Janda…saya letak janda.”
Suasana terus sepi dan hening. Berada dalam lif dalam keadaan seperti ini terasa lemas dan sesak.
“Saya cakap perkara yang betul. Saya letak Janda. Pada semua orang pun saya cakap yang sama tentang status saya”
Tengku Zariel diam. Pintu lif terbuka tapi tiada tanda-tanda dia mahu masuk.
“Awak?”Aku memanggil sambil melambai di depan wajahnya. Dia tersentak.
Berdehem.
“Patutlah kau takut masa jiran kau dapat tahu ada orang lelaki tinggal serumah dengan kau,patutlah kau takut kalau2 orang taman tahu pasal ni tapi kau sepatutnya takut dengan diri sendiri. Kau dah buat cerita dan kalau diaorang tahu, kau yang kena”Ujarnya dengan teka teki yang aku tak dapat tangkap. Tengku Zariel melangkah semula ke lobi.
“Saya tak ada buat cerita . Saya cerita apa yang betul.”
“So,tell me. Bila masa aku ceraikan kau?”
Terus aku terpaku.
“Let’s change to something more interesting. Kenapa kau tak bagitahu aku kau merupakan Assistant Project Manager kat situ? Lagi satu,kenapa kau kejap jadi receptionist,jadi cleaner lah apa lah. Macam mana skop kerja kau sebenarnya?”
“Saya memang suka tolong orang lain buat kerja”Tersedak Tengku Zariel bila aku berkata begitu. Cepat aku menolak air kosong milikku. Kami berdua berada di kedai makan yang tidak jauh dari sini bila dia menarikku buat kali kedua hari ini. Walaupun aku hairan, kenderaan yang mengambil kami tadi adalah orang dan kereta yang sama daripada semalam. Aku pergi ke kerja pun dihantar oleh orang yang sama.
Tengku Zariel mengeluarkan sapu tangan dari kocek seluar jeansnya. Lama aku perhatikan sapu tangan tersebut. Juga jam tangan yang dipakai di tangan kirinya. Itu kan…
“Tolong,tolong jugak tapi bukan sampai biarkan orang lain pijak kepala. Kenapa kau biar dia buli kau? Kenapa tak melawan?”
Lama aku ambil masa untuk memproses apa yang disoal Tengku Zariel. Jadi,Tengku Zariel sebenarnya sudah lama sampai di Paradise Corporation dan perhatikan segalanya? Pasti dia tahan ketawa tengok Cik Munirah marah aku di khalayak orang ramai.
Aku geleng. “Saya tak reti. Lagipun dia ketua saya. Saya kena hormat.”
“Dulu bukan main lagi kau melawan kalau ada sesiapa kacau kau. You are so unstoppable and unpredictable.”
Sekali lagi dia membuka kisah lama. Penuh dengan makna tersirat. Aku menunduk ngilu. Terus mati selera walaupun aku memang tak ada selera dari mula lagi. Tengku Zariel semakin cuba membawa aku ke masa lalu dan ia makin menguatkan andaian yang dendamnya masih ada. Bagaimana lagi aku mahu berdepan dengannya? Aku sendiri masih dengan takut dan trauma yang menghantui.
“I have to go. Saya ada kerja yang nak kena buat”Aku bangun dan terkedu bila Tengku Zariel mencapai tanganku sehingga terduduk kembali. Mata kami bertentang.
Dia mengeluh.
“Ok look,I’m sorry. It just….”Tengku Zariel terhenti. “Please…don’t go…don’t leave”
Lantas aku melarikan anak mataku. Lemah dengan renungannya. Bingung dengan tindakannya yang tidak terduga.
Deheman halus seseorang buat kami berdua tersentak. Aku menelan liur melihat gerangan gadis bertudung anggun yang berdiri ditepi meja. Matilah aku!
“Boleh lagi you breakfast sedangkan sekarang ni waktu pejabat. You punya hal,banyak kerja kat office tu terpaksa postponed.”
Aku gigit bibir bawah menahan kata pedasnya sambil cuba menarik tangan aku yang masiH berada dalam genggaman Tengku Zariel yang tenang.
“It’s okay. I’m one of her client and I’m the one who ask her to having our discussion outside. ”
Tengku Zariel bersuara bagi pihakku. Cik Munirah menjeling aku tapi bila memandang Tengku Zariel,bukan main lebar bibirnya merekah dengan senyuman.
“Sorry,I tak perasan Kim ada klien. By the way,I Munirah but you can call me Ira. And you?”
Tangan dihulur untuk bersalam. Tengku Zariel memandangku seperti mahu melihat reaksi aku malangnya aku hanya beri reaksi biasa.
“Zariel Farhan. Sorry, I tak rasa wanita Islam yang bertudung seperti you nak bersalam dengan lelaki yang bukan muhrim you. Tak gitu,Cik Munirah?”
Terus berubah riak Cik Munirah bila ditegur begitu. Aku menggeleng pada Tengku Zariel supaya jangan melayan sebab nanti sah-sah aku yang kena.
“Speak of the devil, I yang tak bertudung ni tak boleh. What about you,Kim? Nothing wrong,huh?”
Pedas Cik Munirah menyindir sambil bibirnya terjuih kea rah tangan aku dan Tengku Zariel yang bertaut erat. Aku cuba longgarkan tapi makin kuat genggaman lelaki itu.
Tengku Zariel bangun sambil memegang tanganku,menarik aku rapat.
“She’s mine and I’m hers. From now,please take off your hands off her and stay away from her. You have know idea who are you dealing with. Setiap yang keluar dari mulut I,merupakan arahan mati yang you kena patuh. Jangan buat I hilang sabar.”
Aku teguk liur melihat wajah merah padam wanita itu. Hanya patuh bila Tengku Zariel membawaku keluar dari restoran tersebut sambil mataku tidak berkelip-kelip melihat sapu tangan yang terkeluar daripada poket belakang seluar jeans miliknya. Aku penasaran….
Share this novel