BAB 13
Suasana begitu tenang dan aman. Tetamu yang hadir kebanyakannya berwarna putih dan krim. Pasti saudara yang terdekat sahaja yang menghadiri majlis pernikahan ini. Rata-ratanya senyum lebar sampai ke telinga bagaikan mereka pula yang nak kahwin!
Ah, Gembira? Tenang? Tetapi aku? Serabut dan berkecemuk!
Sudah berhari-hari aku tak tidur. Mata yang bengkak bukan kerana menangis tetapi memikirkan status Tengku Zariel yang akan berubah. Memikirkan hari-hariku berlalu tanpa melihat Tengku Zariel lagi kerana kemungkinan besar, bakal isterinya Iman itu sorok dia dalam bilik ! Paling tidak pun, mungkin akan mengupah 10 orang security guard keliling Tengku Zariel daripada aku! Lepas itu….
“Miss… your invitation card, please?”
Pemuda yang beruniform biru bersama rakannya memandangku. Siap speaking lagi pasti mereka ingat aku bukan orang sini.
Namun, itu cukup buat aku menarik nafas lega kerana mereka nampaknya tidak dapat mengecam wajahku dengan sekeping gambar ditangan mereka.
Hish!
Tengku Zariel betul-betul mengotakan janji dia untuk menyekat aku dari masuk ke majlisnya. Apa yang buat hatiku panas apabila beberapa keping gambarku ditampal di dinding dan pagar rumah agamnya. Kot ya pun nak paparkan gambar aku,letaklah gambar yang menarik sedikit. Ini? Gambar aku masih budak hingusan sewaktu di kampus juga dia ambil!
“Me?” Aku tunding jari pada diri sendiri.
Mamat Bangladesh yang bertanya tu menggeleng.
“Not me,you!”
“Yes,me. Why?”
Dia geleng lagi termasuk kawannya tu. Tadi buka main lagi berspeaking. Dah ni kenapa aku pulak yang pening berbanding dengan IQ dua mamat berbangsa Bangladesh ni!
“Not me…”Kini giliran kawan dia pulak yang geleng.
“Not why. ‘Y’ is me.” Kawannya siap buat tanda ‘X’ lagi. Aku makin blur. Hati mula panas tapi aku muhasabah diri untuk bersabar ‘sedikit’.
“Yes I know it’s me. I’m asking you guys do you have any problem with me? I have the invitation card with me now so why?”
Yang menyebut ‘why’ tadi sudah pening. Siap meraup wajah lagi. Kawannya pula dah garu pula. Aku? Makin berapi adalah! Sari yang terikat di pinggang nak aje aku huraikan. Cepat-cepat aku tersedar akan tujuan aku berada disini.
Tujuan untuk masuk dengan selamat tanpa dapat dikesan terutama sekali setelah hampir seharian aku buat makeover dengan bantuan mak andam butikku dirumahku tanpa pengetahuan orang lain. Dengan solekan yang sebijik heroin Hindi dan sari berwarna putih,aku kelihatan sebijik seperti ‘PATI’!
“Kyon? Aapake samasya kya hai?! Mujhe dekhane kee jaroorat hai kyonki main usase bahot pyaar karata hoon. Kya aap chaahate hain ki main aapake chehare par mukka maaron?” Entah apa yang keluar aku tak peduli janji ‘slanga’ Hindiku keluar. Penat aku belajar sampai tak tidur untuk bagi lakonanku nampak mantap dan neutral.
Apatah lagi sari ni yang asyik terlondeh di bahagian perut yang berlapik dengan inner. Aku yakin penampilanku ini sikit tak menimbulkan syakwasangka kerana seseorang merupakan faktor aku berada disini. Nasib lah perutku tidak buncit.
Melihatkan keduanya tergaman dan kemudiannya mengangguk,aku meletakkan kad jemputan di palang pagar. Sempat aku menunjukkan gambar yang berada di kad jemputan sama dengan wajahku ini. Orang kaya lah katakan.
Kad jemputan yang diedarkan bukan sahaja ada gambar pasangan pengantin tetapi juga tetamu bagi memastikan tiada penipuan atau senang cerita tiada ‘aku’ dalam majlis ini. Kau silap Tengku Zariel. Rancangan kau tak cukup hebat berbanding aku. Sikit masa lagi kau akan tahu siapa Elliena Kamelia.
Tampan. Kacak. Segak. 3 dalam 1. Cukup tertawan hati wanita ku dengan kekacakan yang dimiliknya. Ditambah pula dengan sepersalinan baju Melayu putih cekak musang, bersongkok dan bersampin. Disisinya pula seorang wanita yang masih anggun dengan air muka yang agak garang menyimpul senyuman bahagia.
Pertama kali aku melihat secara langsung mama kesayangan Tengku Zariel ini. Di balik tetamu yang agak ramai ini buat hatiku pedih. Sepatutnya tetamu yang hadir ini merupakan kenalanku,saudara mara aku dari serata dunia terutama sekali daddy dengan mama dan pengantin perempuannya seharusnya aku!
“Amboi,Ariel. Belum sampai lagi tok kadi,belum sampai pun Iman dah senyum sampai ke telinga!”
“Tak sabar nak jadi yang halal,mak ngah”Ujarnya lembut.
Oh please….! Aku yang mendengarnya sudah kembang tekak. Nyaris saja nak muntah ke sari yang aku pakai. Nyaris juga solekanku luntur dari wajah!
Setengah jam menunggu,semua sudah gelisah. Aku asyik bermain dengan telefonku. Adakalanya aku angkat wajah kerana mereka terlalu banyak bertanya kerana rupaku yang ala-ala mix ini. AKu mengaku aku kenalan lama Iman dari Chennai India.
Tiada sesiapa yang curiga termasuk Tengku Zariel sendiri kerana dia juga mengenali gadis bernama ‘Rani’ dan aku ambil kesempatan menyamar menjadinya yang tidak dapat hadir. Ditambah lagi dengan kepakaran mak andamku yang buat rupaku sebijik macam Rani.
Tengku Zariel kulihat sudah bangun . Telefon bimbit juga sudah berada ditangan. Masing-masing sudah tertoleh-toleh berbisik sesama sendiri. Aku pula memgambil kesempatan menikmati keindahan dan kemewahan rumah agam ini. Mewah, moden dan esklusif. Warna kuning keemasan dan putih yang mewarnai ruangan rumah ini merupakan identiti keluarga Tengku Qalesh. Banyak perhiasan bunga, pasu, dan bingkai gambar yang menarik menunjukkan darah seni yang mengalir.
Yang buat aku terpaku sudah pasti ilustrasi potret keluarga Tengku Zariel. Pertama kali aku melihat gambar arwah papanyaTan Sri Tengku Qalesh disamping Puan Sri Tengku Wahida. Keduanya sama cantik walau sudah dimamah usia. Dan wajah Tengku Zariel…kesayanganku….sangat-sangat kacak! Lebih-lebih lagi dengan baju Melayu berwarna coklat keemasan, bersongkok dan bersampin.
Apa yang buat jantungku berdegup laju sudah tentu senyumannya yang menawan. Kenapa lah dia tak pernah senyum untuk aku? Kenapa dia….
“Ariel,cuba bawa bertenang. Duduk dulu. Mungkin japan sibuk agaknya lagipun tadi walid yusuf ada beritahu yang mereka lambat sikit.”
Puan Sri Tengku Wahida bersuara lembut. Aku menoleh sekilas. Terpana seketika melihat wajah keibuannya tetapi penuh ketegasan melihat keningnya yang terbentuk cantik itu. Nampak garang juga walau air mukanya penuh kelembutan. Cukup anggun dan elegan. Pasti Tengku Farizal , adiknya si Tengku Zariel itu ikut wajahnya. Tapi sayang….miang keladi!
“Ya ma tapi itu sejam yang lepas. Ni tok kadi pun dah sampai. Ariel risau ma. Takut ada perkara buruk berlaku. Ariel call Iman tak angkat. Walid dengan umi pun sama”
“Tak akan ada apa-apa yang berlaku. Percaya cakap mama. Dah Ariel pergi duduk, tenangkan diri. Dah besar dah anak mama ni. Tak sangka sikit masa lagi dah nak jadi suami orang. Kalau papa masih ada…mesti dia gembira”Puan Sri Tengku Wahida mengusap wajah anak lelakinya itu.
Saat itu aku rasa tersentuh pula. Tiba-tiba rasa nak tarik diri tapi kakiku dah separuh masuk ke sini. Hanya suku sahaja lagi untuk aku sempurnakan segala-galanya. Dia milik aku. Selamanya milik aku. Aku bangun menuju ke satu sudut yang sunyi. Tiba di situ, aku hampir menjerit bila lengankku ditarik seseorang dibalik dinding. Oh,no…Harith!
“Aap kaun hain?” Aku berpura-pura tidak kenal.
“Kim stop pretending! I know it was you, pretend to be Rani. What are you doing here? You could be caught by anyone, anytime!”
Bebelan Harith bikin buat aku panas hati. Terus aku turunkan hujung kain sari yang menutup wajah sehingga paras hidung. Lubang dah pecah. Kacau betul!
“Tapi takkan? I still alive. Tu pun kalau you diam. Okay? Bye. I tak sabar nak tengok Ariel dengan Iman.”Aku berura-ura nak berlalu tetapi Harith lebih pantas menghalang. AKu mendengus geram.
“Apa lagi???!”
“I….”
Perbualan kami terhenti disapa suasana kecoh di luar kediaman. Aku dan Harith saling berpandang sebelum keluar. Para hadirin yang berada di ruang tetamu juga sudah bersepah sana sini.
Masing-masing terkedu melihat sekumpulan lelaki berkopiah di muka pintu dan juga dua insan yang sangat aku kenali. Tengku Zariel meluru ke depan dengan wajah yang pucat. Kecoh, sugul dan juga diselang selikan dengan esakan oleh gadis yang masih berbaju kurung itu Tiada sepersalinan baju pengantin di tubuhnya. Lelaki disebelahnya juga hanya menunduk seperti pesalah.
“Pak Long?”
Lelaki berkopiah putih itu kelihatan berang.
“Kamu nak tahu kenapa dari tadi Iman dengan keluarganya tak sampai-sampai? Nak tahu kenapa dia berada disini dengan berpakaian biasa? Bukan baju nikah? Nak tahu kenapa dia berada disini dengan lelaki ni? Sebab Pak Long baru aje tangkap dia berkhalwat!”
Beristighfar semuanya.Kedua mereka tunduk dan dikelilingi seperti berada dalam mahkamah. Aku melihat air mata Iman makin galak mengalir dan esakannya makin kuat. Wajahnya kebingungan. Tengku Zariel menggeleng tanda tidak percaya sedang Puan Sri Tengku Wahida sudah terduduk.
“Tak, Ariel tak percaya. Apa maksud Pak Long , Iman kena tangkap khalwat? Dengan lelaki asing ni?! Mengarut!”
“Dia lelaki Melayu. Beragama Islam. Kami dapat aduan ada pasangan berdua-duaan di hotel. Masa kami serbu memang jelas Iman berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrimnya. Jangan kata kamu,Pak Long sendiri terkejut sedangkan pagi ni majlis nikah kamu berdua. Dan untuk pengetahuan kamu, walid dan umi Iman kata Iman keluar selepas Subuh tadi dan tak pulang sampailah berita dia ditangkap khalwat.”
Iman menggeleng bersama esakan pilu. Dia memandang wajah terluka Tengku Zariel dengan hati yang retak seribu. “Tak itu semua fitnah! Percaya dekat Iman, Ariel..mama…Iman tak tahu macam mana perkara ni boleh berlaku. Iman tak sedar langsung. Tiba-tiba saja…”
“Jangan nafikan lagi Iman.” Suara Herman keras. Memaksa mereka yang berada disini tertumpu ke arahnya termasuklah aku.
Rata-rata mereka sudah menggeleng tanda tidak percaya. Tidak menyangka insiden ini berjaya memalitkan lumpur pada sebuah keluarga kerabat diraja yang selama ini disanjung tinggi. Lebih-lebih lagi keluarga Iman juga merupakan keluarga yang dihormati kerana sikap mereka terutamanya Walid Yusuf yang banyak berjasa dalam membangunkan kampungnya.
Dan pada hari ini,pada hari kegemilangan dalam menyatukan kedua belah keluarga, Iman datang membuat onar?
Dan Herman?
Mataku menyoroti ekor mata Herman yang jelas bengang dengan pengakuan Iman tadi. Disebalik keriuhan , aku berdesup ke bahagian belakang kediaman. Mencari ruang yang tiada orang dan jauh daripada cctv.
“Saya tak kenal awak. Saya langsung tak kenal! Kenapa awak cuba fitnah saya! Awak siapa dan apa niat awak sebenarnya??!”
“Hentikan!”Tengku Zariel buat Iman tersentak. Melihatkan wajah gadis itu yang berendam air mata buat hati lelakinya pilu. Jelas matanya merah seperti biji saga saat merenung lelaki disebelah Iman itu. Wajah itu seperti pernah dilihat tetapi dimana dia tidak tahu. Dengan rasa marah yang menggelegak,Tengku Zariel melangkah dan mencekak kolar baju Herman.
“Kau siapa dengan Iman, hah??! Apa kau dah buat dekat Iman? Kau…”Laju pipi Herman ditumbuknya sehingga tersungkur. Tak cukup dengan itu perut Herman ditendang Tengku Zariel. Herman hanya diam tanpa melawan. Dia terbaring bersama senyuman sinis.
“Kau patut tanya Iman. Dia lebih tahu tapi dia berpura-pura tidak tahu. Apa kau ingat perempuan alim macam dia tak pernah buat jahat? Ni bukti yang aku tunjukkan pada hari pernikahan korang dua supaya kau tak menyesal beristerikan perempuan macam dia. Huh!”
“Kau…”Sekali lagi Tengku Zariel mara bersama tangan yang sudah diggenggam erat namun pantas dihalang Pak Long. Merah matanya menikam sesiapa saja yang merenung.
“Cukup Ariel,cukup! Kalau kamu terus pukul dia pun apa yang kamu dapat? Benda dah jadi pun. Ingat,hari ni hari pernikahan kamu. Pokok pangkalnya sekarang,siapa yang sanggup gantikan tempat Iman sekarang ni?”
Terus suasana yang riuh tadi berubah sunyi. Bulat mata Tengku Zariel dan Iman.
“Ganti? Apa maksud abang?” Soal Puan Sri Tengku Wahida kepada abang kepada arwah suaminya itu.
“Kau gila Ida nak teruskan perkahwinan ni? Aku baru aje tangkap bakal menantu kau ni berkhalwat. Lelaki ni mengaku mereka sah berdua-duaan dalam bilik hotel. Kalau kau teruskan, ini bermakna kau dah cacatkan keturunan kita! Sekarang yang tahu cuma saudara mara kita dah sebelah pihak Iman, tapi esok lusa? Apa jaminan lelaki ni tak bongkarkan apa yang dah jadi pada hari ni? Silap-silap dia canang dekat Qalesh Holding,biar semua orang tahu. Kamu nak Qalesh Holding yang kita bangunkan, yang arwah usahakan selama ini musnah macam tu saja disebabkan cerita yang memalukan ni? Kalau kau sanggup menanggung semua ni, kau teruskan!”
Bergegar perkataan akhir itu sempat aku tangkap saat aku kembali dengan satu pakaian yang buat mereka semua tertoleh ke arahku. Bulat mata Iman memandangku. Aku membalas dengan satu senyuman yang cukup sinis.
“Ariel tak sanggup Pak Long. Biar tak ada pengganti sebab pernikahan ni dibatalkan”
“Saya sanggup!” Aku bergerak ke tengah ruang itu. Memaksa mereka yang lain memandangku.
“Kim! Apa you cuba buat ni?” Harith merentap lenganku dan sepantas kilat aku menarik sebelum menolaknya jauh. Aku berani bertentang mata dengan Tengku Zariel yang jelas terkejut.
“Apa kau buat kat sini? Awal-awal aku dah suruh guard halang kau daripada masuk kawasan rumah aku. Kau keluar sekarang sebelum aku naik angin!”
“Easy,Ariel. I just wanna help you. You should be glad and be grateful”
“Hei perempuan…aku kenal kau. Ariel pernah cerita pada aku semuanya tentang kau. Kau dengar sini baik-baik ya. Mungkin Iman takkan jadi menantu aku tapi kau siapa yang berani masuk campur urusan keluarga aku?”Selar Puan Sri Tengku Wahida. Terserlah kesombongannya disitu.
Aku tenang bersama senyuman. Menghampiri Iman yang terduduk lesu bersama linangan air mata. Palsu! Aku mengusap bahu Iman.
“Apa yang you fikir ya Iman biarkan diri you disini kalau tak kerana cubaan jatuhkan maruah keluarga you dan juga keluarga Tengku Zariel? Or hanya keluarga Tengku Zariel sebab I was like…oh,it can’t be you nak jatuhkan family you right But why? Kenapa di hari bahagia you untuk you bongkarkan kekasih gelap you selama ni? Shame on you,Iman!”
“Kau jangan cuba dekat dengan Iman,Kim! Aku bagi kau lima saat untuk kau berambus dari sini atau….”
“Atau you dan keluarga you yang akan malu seumur hidup? Fikir betul-betul Ariel. I sendiri simpati dengan apa yang berlaku. Yes memang kedatangan I tak diundang dan I mengaku I perdayakan guard you untuk mencuri masuk ke sini semata-mata nak tengok majlis you tapi itu sahaja.”
“Hei perempuan asing! Kedatangan kau dari awal lagi tak diundang dan Ariel sendiri pernah bagi amaran yang kau mungkin ada macam-macam plan untuk masuk dan mungkin juga apa yang jadi pada Iman , kau punya angkara! Ariel, pergi panggil guard sekarang juga.”Lantang suara Puan Sri Wahida seperti tak terkesan dengan kata-kata Pak Long dan juga aku.
Saat tangan Tengku Zariel menyentuh skrin telefonnya, satu suara membantutkan niatnya.
“Iman!”Tubuh Iman di peluk uminya. Haji Yusuf pula tersandar didinding bersama gelengan. Sempat dia bersalaman dengan Pak Long yang memintanya bersabar.
“Iman minta maaf ummi,walid tapi Iman tak tahu macam mana boleh jadi macam ni. Iman tak kenal pun siapa lelaki ni . Iman berani sumpah Ummi. Iman sanggup junjung Al-Quran. Kenapa encik diam? Saya merayu,tolonglah cerita perkara yang sebenar. Berdiam diri sebegini menunjukkan awak memfitnah saya”
Herman sekadar tunduk diam. Jelas bibirnya yang bengkak dan berdarah. Mata kami berlaga seketika, menghantar isyarat yang hanya kami berdua yang faham.
“Sekarang apa keputusan Haji?”Tanya PakLong seperti tidak sabar.
Keruh wajah Haji Yusuf dan isterinya.
“Bang, ni perkahwinan Ariel dan saya mama dia. Kami yang lebih berhak buat keputusan bukannya abang!” Puan Sri Tengku Wahida melepaskan amarahnya. Sungguh tidak puas hati dengan tindakan abang iparnya yang sesuka hati buat keputusan.
“Aku bukan buat keputusan untuk kau anak beranak tapi hal ni melibatkan maruah keluarga kita, maruah keluarga Tok Ayah. Aku tahu kau Cuma fikirkan perasaan Ariel atau darjat yang kau terlalu sanjungkan. Tapi aku nak tanya..kau sanggup hadap tohmahan orang ramai? Macam mana kalau Tok Ayah tahu? Boleh kau terima?”
Aku dah hentak kaki mendengar perbalahan mereka yang tak ada kesudahan. Apa yang susahnya terima aje cadangan aku. Satu satunya cadangan adalah aku. Aku!
“Pernikahan ni akan diteruskan. Iman akan bernikah dengan lelaki yang ditangkap bersamanya dan Ariel…”
Kesemua mata kini terarah padaku dengan mata tajam Tengku Zariel terus menikam hati ini. Aku senyum bahagia dalam hati dan berbisik .
‘I dah cakap Ariel. You akan jadi milik i.’
“Aku terima nikahnya Tengku Raidhatul…….”
Terangkat wajahku. Tajam mataku melihat Tengku Zariel meraup wajah dan mendengus kerana tersilap sebut nama bakal isterinya sendiri. Yang menjadi saksi pernikahan ini cuma saudara terdekat Tengku Zariel saja. Aku berada disini tanpa mama, tanpa daddy dan tanpa sesiapa. Keseorangan. Menanti dan menyerah diri ini pada lelaki yang impikan selama ini.
Iman dan Herman dah pun disatukan di rumah Haji Yusuf sendiri. Selesai sudah pencabar aku yang selama bertahun-tahun. Akhirnya aku berjaya lenyapkan Iman buat selama-lamanya.
“Ni dah masuk kali kedua dah ni. Kalau kali ketiga tak hafal jugak, alamatnya kena bagi dia masa nak sebut nama bakal isteri.”Tok Kadi mula membebel.
Aku lihat Tengku Zariel nak menjawab sebelum bahunya ditarik Pak Long,berbisik sesuatu ditelinganya. Disebelahnya Puan Sri Tengku Wahida tak habis-habis menjeling aku. Aku sedikit tidak gentar apa yang bakal terjadi pada diriku sebentar lagi kerana aku mahukan title ‘Mrs Zariel’ ! Selebihnya? Biarlah masa yang menentukan.
Beberapa minit kemudian tangan Tok Kadi kembali menggengam Tengku Zariel.
“Aku terima nikahnya Elliena Kamelia Binti Damien Abdullah dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai”
“Alhamdullillah…sah?”
Bibir aku menguntum senyuman manis. Lebar sehingga ke telinga. Diruang mata ini seakan-akan ternampak syurga aku dan Tengku Zariel. Aku tersentak tatkala pipi ini disapa mutiara jernih.
Aku…menangis?
Siapa sangka aku menamatkan zaman bujangku pada umur 26 tahun,dengan lelaki yang aku cintai,tanpa keluarga dan saudara mara dan pernikahan yang serba kekurangan. Sekadar dianggap sebagai pengganti tetapi jalan ini yang aku pilih dan aku takkan pandang belakang.
Dan aku sedar banyak benda yang bakal aku hadapi dalam keluarga ini. Jauh disudut hati, ada rasa bersalah yang bukan sedikit mengenangkan aku telah membelakangkan keluargaku sendiri.
Tengku Zariel sikit pun tidak memandangku ketika menghampiri untuk upacara batal air sembahyang. Itupun dipaksa saudara maranya. Aku menguntum senyuman sehabis mungkin. Cair hati aku melihat wajah tampannya bersama baju Melayu satin putih itu. Kacak tapi kelat habis!
“Give me your hands”Pintaku bila tiada tanda-tanda dia nak hulurkan tangan.
Beku. Bibir merah itu kulihat tersenyum sinis. “Haram untuk aku sentuh kau”
“Apa you merepek ni? Kita dah sah kan? You jangan nak malukan I dekat sini boleh?”
Desisku geram. Apatah lagi lagi bila ada di antara tersengih sinis mengata.
“Kenapa? Malu? Habis yang kau datang sini,beriya-iya tayang muka kau yang tak tahu malu ni tak fikir? Oh aku lupa,perempuan yang murah harganya…mana ada maruah,mana ada rasa malu..ya tak? Kau mungkin dah dapat apa yang kau nak jadi aku nak ucap tahniah dan takziah!” Serentak itu dia bangun dan meninggalkan aku sendirian. Yang lain juga turut bangun. Langsung tidak mendekati aku ucap tahniah ke apa kerana aku sudi selamatkan maruah keluarga ini.
Sombong!
Terkial-kial aku bangun dengan baju pengantin nikah yang labuh meleret ni. Penat aku tempah dengan harga yang mahal dengan harapan dapat ambil gambar dan gantung jadi satu kenangan tapi tiada satu manusia pun dalam rumah ni yang sudi mengambil gambar kami. Sudah lah tu, aku ditinggalkan terkontang kanting ditengah ruang tamu rumah agam ni!
“Nanti dulu. Ada benda saya nak sampaikan”
Aku berpaling. Bapa saudara Tengku Zariel yang menjadi orang tengah tadi.
“Awak silap kalau awak fikir awak berjaya selamatkan maruah keluarga kerabat seperti kami. Jika itu yang awak fikir, tolong lupakan dan jangan sesekali bermimpi”
What??!
Mulutnya…..aku dah menyumpah dalam hati. Terus aku jeling. Wajahnya persis arwah Tengku Qalesh. Sayang sekali aku tidak pernah tahu sikap arwah bapa mertuaku.
“Rasanya uncle sepatutnya berterima kasih pada saya kerana saya yang uncle anggap orang asing, malah semua orang dalam rumah ni juga beranggapan yang sama kerana sudi gantikan tempat Iman. Biar saya tanya uncle pula…ada ke gadis yang nak jadi ‘minah sanggup’? Atau Uncle nak sangat ada ahli baru yang kena tangkap tangkap basah pada hari pernikahan dia? Itu baru betul sengaja nak cacatkan keturunan!”
“Biadap! Jaga sikit mulut kau tu!”
Okay …satu lawan dua. Tiba-tiba saja Puan Sri Tengku Wahida datang berdiri disamping lelaki yang berumur lingkungan 60-an itu.
Aku senyum manis. Menghulur tangan. “Sorry mama tak sempat salam tadi. Well, tengah layan perasaan bahagia kan,lupa pula nak salam mama”
Tanganku ditepis laju seperti jijik. Apa yang aku terima Cuma jelingan mautnya. Aku tetap tersenyum dan menarik kembali huluran tanganku.
“Kau dengar sini ya,perempuan. Jangan sesekali cuba panggil aku mama. Aku bukan mak kau dan aku tak terfikir pun untuk terima kau sebagai menantu apatah lagi sebahagian dalam keluarga ni. Aku tahu kau dalang apa yang terjadi semua ni. Sebab tu kau tak segan silu untuk gantikan tempat Iman. Aku cukup kenal Iman tu siapa, sikapnya tapi kau…perempuan yang entah dari mana asal usulnya, dengan rambut entah apa-apa warna, baju yang tak cukup kain!”
“But niw, you are my mother in law. My mother’s husband. Of course you’re my ‘mama’ too”Aku buat peace dengan kedua belah tanganku,sengaja menaikkan darahnya.
“Bertenang, mama . Penat je pakai cantik-cantik nak sambut menantu,tapi muka berubah jadi Hulk pulak. Hai…rugi”
“Berani….”
“Cukup,Ida! Yang kau pergi layan kenapa? Perangai kau pun sama je macam budak-budak! Cuba bersikap matang sedikit. Dan kau,Kim dengar sini ya. Keputusan aku menikahkan kau dengan Ariel hanya untuk menutup aib semata-mata kerana nama arwah adik aku dan juga Tok Ayah. “
“Dan sampai masa nanti Ariel akan ceraikan kau! Tapi sebelum tu, aku akan pastikan dia ajar kau cukup-cukup! Ingat tu! Huh!” Kali ini Puan Sri Tengku Wahida menyampuk dengan dendam yang berbuku di hati.
Amboi, menjeling lagi ! Aku mencebik. Sangat menjengkelkan keluarga Tengku Zariel. Baru tiga orang aku jumpa. Bagaiman jika yang lain?
“Ariel takkan ceraikan saya. Saya akan jadi isteri dia sehingga nafas terakhir saya. Saya tak kenal Tok Ayah yang Uncle sebutkan itu tapi tolong sampaikan salam saya pada dia dan oh ya…terima kasih sebab berjaya tangkap Iman bersama kekasih gelapnya tu.”
Aku meningggalkan lelaki yang sebaya daddy itu dan ibu mertuaku dengan penuh bergaya..penuh makna yang tersirat dalam ayat terakhirku.
Ariel…this is just the beginning…
Alhamdullillah…sah…! Haha…so this is just the beginning of the happiness and sadness… Hihi…!
Share this novel
Kim kuat semangat betul. Betul2 usaha sampai jadi apa yg dia nak. Masa ni kesian gak kat Iman..