BAB 3
“No…no..no,don’t put it there. Letak kat center. Haa,see ? Beautiful. Perfect!”
Aku senyum puas melihat bingkai kristal gambar kedua mempelai itu di letak di kepala pelamin bersama gubahan bunga mawar disekeliling.
Tema kahwin pelangganku kali ini Wonderland..warna pula putih dan hijau. Sesuai kali dengan lokasinya di I-city Shah Alam. Tidak perlu menggunakan banyak warna kerana majlis yang diadakan pada waktu malam akan dibantu dengan lampu bergemerlapan di taman I-City ini
“Complicated betul”Keluh stafku sebaik turun dari tangga. AKu menjegilkan mata mendengar keluhannya.
“Complicated?! A big no! That’s we called perfectionist! Everything must to be perfect, smooth and with passion to get a better result…Lawa lah mulut tu nak mengutuk orang”
Zikry merupakan salah seorang staf yang banyak membantu aku dalam memastikan segalanya seperti pelamin,gubahan warna dan bunga,main table dan yang paling penting konsep perkahwinan. Aku juga mempunyai pembantu atau senang kata PA iaitu Kayra atau Kay.
“Lawa ?”
“Yalah…lawa sangat mulut tu kutuk orang”
Marahku disambut dengan ketawa. Aku marah pun mulut aku lawa??
“Bukan lawa lah Kim tapi ‘sedap’. Biasa kalau orang mengutuk kita,kita akan cakap
‘Wah,sedap mulut tu mengata!’ Haa,macam tu.” Terang Kayra yang sebaya denganku. Zikry pula tua tiga tahun dari kami.
“Sedap mulut? Dah lah kutuk kita macam apa..depan-depan pulak tu..apa yang sedapnya?”
Makin galak pula ketawa Zikry. Kayra sekadar senyum Cuma.
“Tu lar…abang nak ajar Kim Bahasa Ibunda kita tak mahu. Ni namanya bahasa zaman moden. Kim duduk Amerika tu tahu speaking English je.jenuh jugak abang nak faham masa mula-mula kerja dnegan Kim dulu sampaikan abang terpaksa bukak kamus. Cakap bersepah!”
Aku dan Kayra mengekek ketawa. Benar, masa mula-mula aku ambil Zikry bekerja denganku, aku banyak speaking dari cakap Melayu. Saja je nak test kalau Zikry punya kemahiran Bahasa kedua. Sebulan jugaklah aku dera dia sampai aku terpaksa tahan ketawa bila dia buka kamus. Haha!
“What I can do? I was born in America!”Banggaku sambil mengibas rambut panjang lurusku kebelakang.
“Yalah kan..kita ni made in Malaysia je”
Made in Malaysia??? Sekali lagi aku dan Khayra bantai gelak.
“Kim….! Glad to see you right now. Cantik tak?”Suara Sara ceria menyapaku. Sungguh dia Nampak cantik dengan gaun pengantin berwarna putih yang mendedahkan sebahagian bahu, berompol dibahagian bawah yang menyapa lantai serta rambut yang dilepas bebas. Hasil rekaan Tiara memang sesuai dengan citarasa Sara.
“Perfect!”Aku memuji ikhlas. Seri pengantin terbias di wajah cerahnya itu. Nampak bahagia. Tidak sabar nak jadi raja sehari. Jumaat depan majlis pernikahan,Sabtu pula majlis mereka berdua berlansung disini.
“Really? I takut sangat tau kalau tiba-tiba je badan I naik seminggu sebelum I kahwin. Manalah tahu makan sekeping roti je tiba-tiba badan naik mendadak sampai tak muat baju pengantin? Hei selisih!”
“You ni..don’t talk rubbish. Dari hari pertama you datang jumpa I body you tetap sama till now. Besides, we have to maintain our body shape or else…nanti malam…”AKu berbisik sesuatu pada Sara. Kami berdua ketawa nakal. Satu tepukan halus dibahuku.
“Kim! Nakalnya you!!!”Wajah Sara sudah merah menahan malu dengan usikanku.
“Saja. Nak redakan sikit perasaan gemuruh you”
“Banyaklah nak kurangkan. Makin nervous adalah. Anyway, where is Tiara? Did she came along with you?”
Aku terdiam sejenak. Semalam, hampir nak pitam aku memapah Tiara dari kereta sampailah ke bilik rumahku di Ampang. Rumah itu aku beli hasil titik peluhku selama ini.
Seawal usia 25 tahun aku sudah mempunyai rumah sendiri tanpa bantuan sesiapa. Malah,tawaran daddy dan mama yang mahu menghadiahkan sebuah rumah disini juga aku tolak kerana aku mahu berdikari. Lagipula, aku sudah bekerja dan perniagaanku juga bertambah baik. Sudah pasti aku mahu memiliki aset yang menggunakan namaku sendiri.
Lima petang tadi sebelum bertolak ke sini aku lihat Tiara masih lena.Sekarang sudah pukul 8 malam dan batang hidung Tiara masih tidak nampak..
“She’s a little bit busy lately but kalau you ada nak apa-apa, nanti I sampaikan kat dia.”
“Oh nothing actually but I really want to thanks her for this wedding dress. It’s so beautiful! Ramai yang puji. And thanks to you ,Kim. You do such a great job and I’m very thankful. Even Hardy said the same thing.
Kami berpelukan. Aku senyum bangga. Puas kerana hampir tiga bulan Kim Tiara Wedding bersama kru berhempas pulas bagi menjayakan perkahwinan Hardy dan Sara walaupun belum lagi setaraf perkahwinan selebriti seperti majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mendapat khidmat Vera Wang, pereka fesyen yang terkenal sehingga menerima gelaran ‘Wedding of The year’, atau pun Zain Saidin bersama Rozita Che Wan yang menelan jutaan ringgit.
Aku bukan mengejar itu semua. Itu bukan tujuan utamaku kerana yang penting Kim Tiara Wedding mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan kami dan mula dipandang kewujudannya di luar sana.Aku juga berbangga apabila agensi kami mendapat sambutan hangat ketika Pameran Pengantin diadakan di PICC Putrajaya.
“Anyway… I dengar ada ‘mamarazzi’ nak sergah you esok? I mean…Queen Band? Is that true? How about you guys preparation?”
Oh,aku hampir terlupa tentang itu.
“Yeah..kat kafe but actually it’s not a mamarazzi, papa or grandmother ya Puan Sara. Ia lebih kepada interview untuk Arjuna Kafe bagi satu rancangan televisyen. But also because of us actually..”Aku ketawa dengan pujian sendiri. Sara buat muka melihat aku mengibas rambutku.
“Mulalah tu buat iklan shampoo. I kerat rambut you baru tahu.”
“Hei don’t be so cruel! Kalau tak macam mana I nak pergi majlis you?”
Sekali lagi kami bantai gelak.
“Tapi I rasa itu satu permulaan untuk naikkan nama Arjuna Café dan Queen Band. You guys have so much potential. Pandai cover lagu, compose new song, write your own lyrics…so, why not go another biggest steps than this? Hardy ramai kawan di syarikat penerbitan, composer..just give me a call then , I’ll try talk to him”
“Nampaknya you dah test dulu jawatan ‘Mamarazzi’. Hardy bagi greenlight ya?”
“Hei you patut berterima kasih dekat I tau sebab ni situasi sebenar bila berdepan dengan MC TV. Diorang lagi cepat, expert and sharp that get into your nerve. Janganlah salah cakap, silap-silap esok mereka dah ada headline utama! Tapi I tahu you guys boleh buat. Cuma kalau nervous jangan Nampak sangat. And you Kim, please behave yourself sebab I tahu you suka kenakan orang. I’ve got to go for a second,I’ll be back”
Kalau tak kerana nak jaga imej, harus aku berlari dan sekeh kepala Sara yang galak ketawakan aku. Sudahnya aku menggeleng dan menyertai Zikry dan Kayra di pelamin. Sentuhan terakhir kata orang.
“SAMPAI sekarang aku masih tak faham kenapa kau ada kat sini,Kim…”
Kepalaku berpusing 90 darjah memandang Tiara yang berada dalam alam sendiri. Tak terurus , mata yang kuyu..bau yang tidak enak.
Nak tanya kenapa? Aku kembali fokus meredah kepekatan malam. Malam? 3 pagi okay! Bukan sekali dua aku terpaksa pergi ke Zouk dgn pijama semata-mata nak ambil Tiara. Terasa baru semalam aku mengambilnya, dan hari ini Tiara melakukannya…lagi! Entah, lah, mungkin saja boleh mati jika tidak pergi ke tempat syaitan itu.
“You have a beautiful family di Korea…US…but what are you doing in this such crowded place? Keluarga kau kaya..pada aku sesiapa yang duduk di luar negara ni bukan biasa-biasa. Tak payah fikir nak cari kerja, penat 24 jam..then mabuk…”Tiara makin merapu.
Namun aku tergelak sinis mendengar kata-katanya. Aku tahu Tiara separa sedar tapi itu memang satu hakikat. Hakikat yang palsu.
“Kenapa kau ketawa?”
“Tiara…you drunk. Just get a rest, clear your mind and..sleep. When you wake up by tomorrow, eveuthing will get to normal”
Tiara ketawa tersedu-sedu. Entah menangis atau ketawa semuanya bercampur aduk.
“Aku tak mabuk Kim…aku masih sedar…setakat lima enam gelas apalah sangat!”
Kepala kau lima gelas ! “Just shut up and sleep Tiara. Kau pun tahu aku tak suka bau ‘benda’tu!”
“Try to be nice huh,Kim ? Kau sendiri bertahun duduk kat overseas. Till now aku tak percaya kau tak minum. Don’t be silly and don’t ever try to fool me, I know everything.”Sambungnya lagi dengan suara yang meleweh.
“You’re the one who fool,moron!” Sesuka dia je cakap macam tu!”
Aku sambung mengutuk dalam hati. Geram. Kenapa orang mabuk suka sangat cakap jujur dan menyakitkan hati?!
Benar,jika orang lain pun pasti tak percaya memandangkan aku lahir di Amerika Syarikat dan membesar disana. Tapi minum dan mabuk? Bukan aku! Malah daddy pula merupakan seorang vegetarian. Tak pernah minum minuman yang memabukkan.
“Kita belajar sampai degree kan? Tapi kenapa otak kau boleh fikir sesiapa yang duduk overseas tu kaya, banyak duit,hidup mewah? Babe..kami bertiga duduk di apartment murah. Bukan kondo dua tingkat atau lima bilik tidur yang setiap satunya ada mini bar dan exercise set. Tak pun ada mini swimming pool kat bilik air!”
Baiklah..kenapa aku pulak yang melebih-lebih nak terangkan pada orang yang tengah mabuk! Bukan dia faham pun!
“Your family Kim…your family. You have a nice family. Wealthy family. Mereka semua sayangkan kau. Bukan macam keluarga aku. Seolah-olah aku tak pernah wujud. Funny right?”
Hatiku pedih tiba-tiba. Tiara bukan seorang yang jenis meluahkan perasaan. Suka memendam namun antara kami tiada rahsia.
Kami berkenalan dari zaman kolej lagi sehingga menggengam segulung ijazah walaupun Tiara tua setahun dariku. Tapi nak panggil dia ‘Kakak’ ? Oh,sorry lah! Kami kawan dah bertahun.
Kalau di Korea, harus aku panggil dia begitu kerana budaya di sana cukup mementingkan adab dan hormat walaupun mereka kawan yang sebaya,walaupun tarikh lahir berbeza sehari sekalipun, aku tetap kena panggil mereka ‘abang’ atau ‘kakak’. Bila dengan mama aje aku bersikap begitu.
Di luar ? Jangan haraplah!
Habis takkan aku nak panggil saudara sebayaku, yang Cuma tua sebulan dariku dengan panggilan ‘Abang’?Melainkan mereka berjarak banyak tahun sahaja.
Baiklah,berbalik kepada Tiara. Dari kecil lagi Tiara kurang mendapat perhatian dari orang tuanya yang sibuk bekerja. Sibuk nak kejar harta dunia sampai anak ditinggalkan terkontang-kanting. Bapanya banyak habiskan masa dan wang berpeleseran dengan wanita lain.Tak tahan, ibunya minta cerai. Dua-dua lepas tangan dan akhirnya Tiara dijaga oleh Uncle Ramdan pada umur yang baru menginjak tujuh tahun. Tiara mula belajar berdikari selepas masuk asrama.
“Tiara..aku tahu aku jarang nak bercakap tapi satu yang kau perlu ingat, kau masih ada Uncle Ramdan untuk tempat kau bergantung, untuk kau menumpang kasih. Aku tahu, tetap tak sama dengan keluarga sendiri tetapi mereka layan kau macam anak sendiri.”
“Tapi kau tak cemburu, bukan?”
Sekali lagi aku mati kata. Pelbagai perasaan berkumpul di ruang dada tetapi bagaikan tersekat melihat renungan sayu Tiara.
“Hidup kau macam dalam syurga tapi aku…” Dia sambung lagi. Kepala sudah terlentok di pahaku bersama tompokan….
“Oh…shit! Tiara!!!”
Terus hilang babak sedih aku bila Tiara muntah tepat di seluarku.
Selesai mandi, aku sempat mengerling ke arah Tiara yang kembali terlentok tidur di sofa malas di ruang tamu. Cukup sampai itu saja aku mampu nak bawa tubuhnya. Sudahlah berat walaupun kurus kering tetapi apabila bercampur dengan bau si setan yang kuat itu, sudah cukup buat dia lelah.
Sungguh, aku tidak tahu mengapa jalan ini yang dipilih oleh Tiara. Mungkin latar belakang keluarganya yang membuat dia terpaksa dan Alan mengambil kesempatan!
“Manusia…tak akan pernah berasa cukup, Kim”
Hampir nak tercampak tubuhku mendengar suara halus Tiara. Sudahlah matanya terpejam, tetapi boleh pula dia bercakap?”
Ah, parah. Mungkin lebih baik aku tidur, bersedia untuk hari esok. Dan itu sudah cukup buat aku tersenyum lebar.
Benar kata Tiara yang jujur, manusia tidak akan pernah berasa cukup.
Upcoming chapter 4 tonight…masih tak nampak lagi ya bayang Ariel hihi.. Kite jumpa dia di next chapter..^_^
Share this novel