BAB 42

Romance Completed 199367

BAB 42


“Allahuakbar…mendung sangat ni. Mesti malam nanti hujan lebat. Baru pukul 4 tapi macam dah malam!”

Aku yang sedang menghidang sepinggan pisang goreng dengan bantuan Amanda turut menjengah kepala ke jendela. Jelas cuaca mendung dan gelap. Awan yang berarak juga berubah hitam.

Terpejam mataku bila dengar guruh yang mula kedengaran. Seingat aku sudah lama hujan tidak turun di bumi Kedah ini. Terlalu lama sehingga ramai bimbang datangnya musim kemarau. Hujung minggu seperti ini memang sudah jadi kebiasaan Carl dan Amanda datang berkunjung ke rumah. Lebih-lebih lagi bila mereka berdua off duty.

“Betul adik taknak ikut abang balik kampung Nek Wan? Isnin kan cuti umum”

“Tak apa. Adik tak ada plan nak pergi mana-mana cuti ni. Nak duduk rumah je”

“Habis kalau malam ni hujan,Kim tak takut?”

Terdiam aku untuk beberapa saat. Mereka sudah sedia maklum yang aku mudah ‘terganggu’ tidur bila hujan lebat. Satu gangguan yang sampai sekarang Amanda dan Carl tidak ketahui puncanya. Tindakanku sama seperti kelmarin ketika aku cuba melemaskan diri di bilik air. Nasib hanya ada pancur air. Jika ada bathub? Sebab tu setiap malam aku terpaksa menelan ubat tidur yang aku beli tanpa pengetahuan Carl dan Amanda. Ya, aku masih menggunakannya bila perlu. Hari itu saja tidak kerana mereka berdua tidur di rumah jadi perbuatanku terbatas.

“Nothing will happens,trust me”


“Kalau macam tu abang akan pergi bila Kim tidur. Betul-betul dah tidur.”

Suapanku terhenti.

“Tapi…”

“Fullstop!”

Nak taknak aku senyum sedang dalam hati aku mengeluh. Macam mana aku nak tidur nyenyak nanti? Sebabnya cuma satu.



Mata tegak merenung syiling yang putih. Ssekali mengerling tindak tanduk wanita itu yang bersiap sedia untuk tidur. Mengibas selimut dan menepuk bantal sebelum berbaring disebelahku. Dua tahun dah aku kena macam ni. Senang cerita tiap kali mereka tidak bekerja pasti mereka dua akan tinggal tidur di rumahku. Ajaibnya lagi, Carl memyuruh Amanda tidur sebilik dengan aku.


“Hmm…akak tidur sebilik dengan Kim ni,abang tak kisah ke?”

“Lah, kenapa pulak abang nak kisah? Macam tak biasa pulak!”


“Yelah,abang mana boleh tidur tak ada bantal peluk dia” Jawab aku laju. Padahal aku dah tahu jawapan Amanda nanti kerana ini juga soalan yang sama aku tanya tiap kali aku dipaksa sebilik dengan Amanda. Pasti mereka mahu mengawasiku. Bukan aku tak perasan tadi Amanda memerhati segala tindak tandukku.

“Kim ni…macam tak tahu biasa pulak. Kan ke Carl setiap tahun ada kursus di Ireland selama sebulan? Akak dah biasa. Kim pun tahu”


Ya.memang Carl perlu hadir ke kursus di Ireland pada setiap tahun.Khususnya pada hujung tahun sepeti sekarang. Sebentar lagi mereka berdua akan bertolak ke rumah Nek Wan iaitu nenek kepada Amanda yang tinggal di Jitra Kedah. Esok pukul 9 pagi pula penerbangan mereka berdua.

“Memang lah akak dah biasa sebabnya akak pun ikut sekali. Cakap macam kena tinggal setahun je!”


“Kim!!!” Aku ketawa mengekek mengelak dari menjadi mangsa cubitan ketam Amanda. Riuh rendah suara kami sebelum…

“Amanda….adik…kenapa tak tidur lagi tu???”

OPPPSS!

“Berhenti ! Stop it,please! I’m begging you!”

Sunyi. Sepi. hening. Baju tidur yang tersarung ditubuhku tiba-tiba basah lecun. AKu berhenti dari meronta-ronta tanpa sebab dan bingkas bangun dengan nafas yang tercungap-cungap. Meliar kepalaku memandang sekeliling. Tiada lagi pancutan air yang kejam cuba melemaskanku…tiada lagi jeritan dan tempikan yang saban hari singgah dicuping telinganya..tiada lagi tangisan dan rayuan yang tidak bermakna. Dan tiada lagi wajah yang bengis sedang merenungnya penuh api amarah yang membara…

Aku beristighfar berulang kali sambil meraup wajah dan rambut ke belakang. Tidak semena-mena kilat berdentum kuat sehingga menerangi ruang bilik. Terangkat bahuku dek terkejut. Acapkali aku mimpi akan hal yang sama jika hujan lebat membasahi bumi ditambah lagi dengan sinaran kilat yang tiada henti dan juga guruh yang berdentum kuat. Satu mimpi ngeri yang menghantuiku sehingga ke hari ini. Aku pandang sebelah , Amanda sudah tiada. Dengan bantuan lampu tidur yang malap, aku perasan ada nota kecil di atas bantal.

~Akak dengan abang bertolak pukul 2 pagi tadi. Kim jaga diri baik-baik ya. Kalau ada apa-apa,call akak or abang~

Aku pandang jam didinding. Dah pukul 3 pagi bermakna sudah sejam mereka tiada. Aku melangkah ke bilik air dan mengambil wuduk. Segera aku menunaikan solat sunat tahajud.

Fikiran yang kusut,hati yang tidak menentu beransur tenang walaupun tubuhku bagaikan kaku mendengar kilat dan petir sabung menyabung. Tiap kali ia memancarkan satu garisan berwarna putih yang menerangi bilikku yang gelap,tiap kali itu lah aku mula terbayang kembali mimpi tadi. Seingat aku sebelum tidur tadi tiada pula hujan turun. Jika tidak,tak mungkin Carl dan Amanda sanggup biarkan aku keseorangan dengan cuaca begini.

Tiba-tiba bunyi yang kuat dari luar rumah membuat aku tersentak. Sepertinya ada seseorang menolak pagar rumah. Bukan aku tak tahu pagar rumah yang dah nak nazak tu. Tolak sikit je bunyi macam apa!

Tapi siapa saja yang datang pagi-pagi buta ni? 3 pagi kot! Rasa seram mula bertamu tapi bunyi pagar rumahku makin kuat digoncang.

“Assalamuaikum….”

“Lah..bagi salam pulak? Ya Allah..siapa yang datang waktu macam ni!”Aku keluar dari bilik tanpa membuka lampu ruang tamu sebaliknya suis lampu luar yang malap aku tekan. Langsir aku selak sedikit

Dia memberi salam lagi. . Betullah memang ada orang! Lelaki pulak tu. Dengan lampu yang malap dan pancaran kilat memang taklah aku dapat melihat wajah yang jelas. Namun yang buat aku terpana adalah melihat kawasan rumah yang mula dimasuki air. Parit yang sederhana besar disepanjang jalan sudah penuh dengan air. Banjir pulak dah!


“Oh..thanks a lot!”Getusku sambil mengeluh. Aku membiarkan salam itu tidak berjawab.

Lelaki itu memakai sweater yang sudah basah kuyup. Sekadar menutup kepalanya dengan hood. Dapat kulihat tubuhnya yang menggeletar kesejukan.

Sesat? Kereta rosak? Tapi mana keretanya?

Aku teragak-agak untuk memberi bantuan hatta bertanya sekalipun. Setakat nak tumpangkan diluar rumah untuk berteduh boleh lah.

Tapi nak ajak masuk? Mustahil !

Dah tentu rumah aku yang dia akan cari dulu memandangkan rumah sewa ini merupakan rumah pertama dan juga berada dilorong yang pertama. Acap kali juga kawasan perumahan ini banjir setiap kali hujan lebat.

“Assalamualaikum…!”


Suara itu makin kuat dan terketar-ketar. Dari gaya dia menggonncang pagar juga sudah lain. Seperti sedang menahan sejuk yang mencengkam. Ditambah pula dengan paras air yang sudah sampai ke betis.

Risau,takut dan kasihan silih berganti berkepuk di ruang dada. Setelah berkira-kira,aku mencapai sweater tebal dan mengenakan hoodie. Aku keluar dan pantas pintu ku kuncikan kembali sebagai langkah berhati-hati walhal aku sendiri was-was dengan tindakan ku sekarag ini. Dia seorang lelaki dan juga orang asing! Pelbagai kemungkinan terlayar diruang mata. Terbit pula rasa menyesal tapi dia tidak boleh berpatah balik. Lagipula Iphone sudah sedia ditangan jika lelaki itu bertindak diluar jangkaan.

“Ya ada apa ya?”soalku masih tidak bergerak. Sekadar memerhatikan tubuh tinggi yang melepasi pagar rumah itu dari jauh. Terteleng-teleng leherku cuba mencari wajahnya di balik hood itu. Lebih-lebih lagi sweaternya yang tersarung tadi kini diletak diatas kepala. Sebaik melihatku dia seperti terkejut.


“Maaf cik…saya ingatkan ni rumah bujang. Ingat nak mintak tolong kereta saya mati kat simpang empat depan tu. Tak tahu pulak boleh banjir macam ni.”


Aku terpempan sejenak mendengar kata-katanya. Suara itu….Aku menggeleng laju. Tak mungkin! Mungkin bunyi kilat dan hujan buat aku dengar suara dia sebiji macam suara dalam mimpiku.

“Maaflah saya tak dapat nak tolong. Kawasan dekat sini memang selalu banjir. Saya nak tolong pun saya tak tahu apa-apa pun pasal kereta. Tapi..”

“Boleh saya tumpang teduh sekejap?”

Aku terdiam.

KILAT !!!

Jelas dimataku pancaran kilat yang betul-betul hampir dengannya. Sungguh aku terkejut melihat panorama itu berlaku didepan mata. Dia juga terkejut. Melihatkan itu aku pantas mencapai payung di rak dan segera menghampiri pagar. Mangga aku buka laju dengan tangan yang terketar-ketar. Takut dan sejuk!

“Maaf menyusahkan cik…”

“Tak apa…tapi…” Aku angkat wajah sebaik pagar dibuka.

Dan…masa seakan-akan dihentikan tanpa sebarang isyarat. Aku terkedu begitu juga dia! Seinci jarakku dengan dia…dan pancaran kilat membuat aku sedar siapa sebenarnya berada didepanku ini. Siapa sebenarnya yang sedang aku berdepan ketika ini selepas dua tahun!

Oh tuhan ! Apa yang kau cuba tunjukkan pada aku….


Aku pegang bucu kabinet dapur dengan kuat, sedikit menggigil. Cuba mengatur nafas yang berterabur dari tadi. Cuba bernafas normal namun aku gagal. Muka pucat lesi, satu badan sejuk dan kedua belah tangan menggigil tiada henti.

“Ya Allah..aku tak bersedia. Aku langsung tidak bersedia…” Mana mungkin aku pernah bersedia kerana aku tidak pernah memasang angan-angan mahu ada pertemuan diantara kami lagi kerana aku akui takdirNYA. Aku cuba berfikir dengan tenang namun otakku gagal memproses apa yang sedang terjadi.

Nak telefon Carl dan Amanda? Tak mungkin! Mereka pasti akan terkejut dan mungkin tak percaya. Tak akan! Sedang aku sendiri tidak percaya dengan apa yang baru aku lihat,ini kan pula mereka.

Dentuman guruh yang kuat membuat aku terkejut. Spontan laju aku mengacau air kopi yang kubancuh sehingga tertumpah sedikit di dulang. Dengan lafaz bismillah ,aku melangkah sambil memegang dulang dengan penuh berhati-hati.

YA ALLAH

! Aku letak kembali, kali ini di atas peti sejuk. Tadi tangan,sekarang lutut pula bergetar hebat.Sungguh aku tidak mampu pergi depan hatta memandangnya dari sini.Dia sendiri sedikit tidak menoleh. Satu situasi yang tidak terfikir olehku akan berlaku. Nak tak nak aku perlu berdepan juga. Aku kembali memulakan langkah. Kali ni makin perlahan tetapi bunyi lentingan gelas dan dulang yang berlaga menunjukkan betapa gentarnya aku. Dia berpaling dan aku terus tunduk.


Tangan makin kuat gigil. Bibir terketar-ketar. Makin dekat,makin kuat bunyi gelas berlaga. Jantung usah cakaplah,macam nak meletup. Aku tetap menunduk ketika meletakkan dulang air didepannya sebelum berganjak jauh. Dia duduk disitu aku pula berdiri jauh.

“Err…jem…jemputlah..min..min.minum” Gagap terus. Aku tetap tunduk sambil bermain jari sesama sendiri. Aku langsung tidak tahu bagaimana rupanya sekarang. Hanya sekali itu aku lihat.Itu pun melalui matanya kerana wajahya ditutup denngan hood.

Dia berdehem kuat dan aku makin sejuk dan seram.Menggigil dengan lebih teruk medengar suaranya yang sudah bertahun aku tidak dengar.Suara yang sentiasa menjadi mimpi ngeri dalam hidupku. Suara yang lantang menyuarakan kebencian dan dendam..yang tidak pernah bercakap lembut denganku.

“Mana airnya?”


Kepala terdongak,terarah pada gelas yang kosong. Kosong???Terus aku pandang lantai dan permaidani yang dipenuhi tompokan berwarna hitam.Menggigil punya pasal sampai air tumpah pun aku tak perasan. Kosong,,,licin!

“Memang sengaja nak bagi aku air kosong ke macam mana?Ke memang tak ikhlas nak bagi?”

Ya Allah…suaranya saja sudah buat aku bertambah kecut. Walau pun tidak tinggi tapi ketakutanku tetap memuncak. Dia seperti tidak terkesan dan terkejut dengan pertemuan di antara kami. Aku bimbang. Bimbang perkara lama berulang kembali.

“Aku cukup pantang bila orang tak angkat muka bila bercakap dengan aku”

“Sa…saya….saya maaf. Saya tak sengaja. Biar saya bancuh lain”

“Tak payah. Nanti bagi air kosong je “

Tak jadi aku pergi. Kembali statik. Aku tetap menunduk.Dari hujung mata aku lihat dia bersandar mendepakan tangan. Aku melihat kedua belah tangannya. Tiada beg pakaian.

“Biasa…bila banjir akan surut?”

“Err,biasa seharian. Mungkin esok atau lusa baru air surut”

Aku cuba mengawal kesejukan yang menggila. Habis renyuk hujung baju aku dibuatnya kerana dari ekor mataku, aku perasan Tengku Zariel sedang merenung aku seperti nak telah hidup-hidup.

“Err…ada…ada apa-apa lagi ke awak nak?”

“Rumah ni…ada bilik kosong? Aku nak tumpang..untuk beberapa hari. At least sampai banjir reda dan kereta aku siap repair”

Kali ini aku mendongak. Kaget dengan permintaannya. Pandangan mata kami berlaga. Allah...sungguh hatiku berdetik tidak berhenti,degupan jantung yang kencang sama seperti dulu,berdebar,tiap kali merenung wajahnya. Wajah yang pernah aku kasih dan cinta.


Tengku Zariel Farhan…matanya masih tajam namun tidak menikam seperti dulu. Nampak redup dan tenang. Rambutnya tiada lagi gaya yang aku tidak suka..ia jatuh tersisir rapi dan yang lain? Masih sama. Dia nampak sihat dari segi fizikal dan mental. Ketika dia melarikan pandangannya,aku turut melakukan benda yang sama.

“Ada ke tak ada? Kau renung muka aku lama-lama,ada jawapan ke kat situ?”

“Tak ada” Aku balas laju.

Aku dengar dia menarik nafas panjang. Entah bosan atau menyampah aku tidak tahu.

“Saya…saya tak rasa awak selesa nak tinggal dekat sini. Dekat luar taman ni, ada hotel dekat sebelah dengan klinik. Kalau…ka…kalau nak hotel lain, dekat dengan…”

“Aku taknak tidur hotel. Aku nak tidur sini. Lagipun, macam mana aku nak keluar dalam keadaan macam ni? Dah rumah kau je paling dekat…”

Sudahnya aku diam tidak membalas. Masih tidak mampu membalas pandangannya sehinggalah lelaki itu bangun. Aku terkejut dan terus berganjak ke belakang beberapa tapak. Tangan makin kuat menggigil,aku sembunyikan di belakang tubuh. Tengku Zariel kelihatan terkesima sebelum dia mematikan langkah.

“Rumah…rumah saya cuma ada dua bilik yang boleh guna. Yang lain, cuma ada tilam dan tak ada air cond”

Suaraku perlahan dengan harapan dia akan pergi. Aku tidak peduli dia realiti atau khayalan tetapi dia kena pergi. Ya,dia kena pergi!

“Tilam je? Ni rumah tumpangan ke apa?”

“Ni rumah sewa je…”Jawabku sedikit polos.

Aku pejam mata kerana bimbang suaranya akan naik seoktaf namun suaranya tetap tenang dan selamba. Melihatkan dia mula mengerengkot kesejukan, nak tak nak aku terpaksa akur. Mungkin ni Cuma mimpi.Ya,mimpi.

“Mana biliknya?”


“Hmm,ada satu bilik dekat dengan dapur. Lagi satu dekat…”

“Sini”Putus Tengku Zariel menghenyakkan tubuhnya ke sofa kayu yang muat untuk 3 orang.

Krekkk!

Serentak dia berdiri. Aku dengar dia mendesis.

“Ni sofa ke kayu buruk?”

“Dua-dua boleh. ”Lurus sekali aku jawab. Lama dia merenung wajahku dan aku turut balas. Masih berdebar namun ia kerana aku takut. Tapi aku jawab benda yang betul…kan?


“Oh,yeah…lupa pulak yang kau ada cakap tadi,ni rumah sewa kan? So,no wonder. Anyway, kau boleh pergi masuk tidur sebab aku pun nak tidur. Jangan risau, aku tahu jaga adab aku dekat rumah orang. Besides, bukan ada apa-apa berharga pun dekat rumah ni” Ujarnya perlahan di hujung ayat namun aku masih dapat dengar. Aku tidak dapat pastikan itu satu sindiran atau tidak.

Tengku Zariel meletakkan tangan dikepala sambil berpeluk tubuh. Sweater hitam yang dipakainya ditanggalkan,meninggalkan T-shirt berlengan panjang yang juga basah.

Aku menutup lampu. Hujan masih lebat dengan guruh yang berdentum sana sini. Ajaibnya, aku tidak terjaga dari tidur seperti biasa. Tidak terbangun dalam mimpi ngeri. Dan jika sekarang aku sedang alaminya, mengapa aku tidak terjaga dan meracau? Pertama kali aku bermimpi begini. Tiada lagi suara yang menggerunkan, tiada lagi wajah yang penuh kebencian dan tiada kata-kata bisa yang mengguris hati.

Aku menoleh dan melihat Tengku Zariel yang sudah terlena,mengerengkot memeluk lutut. Sejuk barangkali walaupun kipas aku sudah perlahankan. Aku masuk ke bilik dan mengeluarkan selimut dari almari. Kemudian aku mendekati tubuhnya dengan cukup berhati-hati. Tidak mahu dia terjaga.

Dengan bantuan lampu luar yang mencelah masuk melalui tingkap,jelas di mataku raut wajahnya. Dia seperti wujud sekarang,disini.denganku..bersamaku. Walaupun aku menggigil takut, aku tetap hampir dan menunduk, letak selimut di kepala sofa. Aku terdengar dia menggumam,pasti kerana terlalu sejuk.


Aku sekadar memandang sebelum masuk ke bilik lantas aku kunci. Aku pejam mata dengan agak lama sebelum membukanya kembali. Anehnya mimpi ini…tidak pernah terjadi seperti ini. Bukan seperti harapan atau pun igauan. Sudahnya, mataku terpejam kembali, mengharapkan mimpi seperti ini tidak muncul lagi.


“It just a dream, Kim. It just a dream..”



“Allahuakbar…”

Terus terbangun aku bila mendapat pesanan yang Paradise Corporation terpaksa ditutup hari ni kerana dimasuki banjir. Kata Wanie,habis tingkat bawah dipenuhi air yang mencecah hingga ke lutut.

Serentak itu aku berlari membuka tingkap. Hujan masih lebat dan keadaan masih sama seperti semalam. Jalan didepan juga dahtak nampak tapi rumahku masih tidak dimasuki air kerana rumahku agak tinggi kerana dah ditambah semen oleh Carl dulu. Cuma kawasan luar saja yang masih dipenuhi air.

Aku menggeliat senang hati. Bestnya lahaii dapat cuti. Bukan selalu okay! Aku keluar dan sekali lagi aku menggeliat meregangkan badan sampai terpejam mata. Aku jarang bersenam sejak dua tahun lalu.

Jogging? Sudah lama aku tinggalkan. Sekali sebulan pun belum tentu.

“Dah habis dah?”


Aku terhenti. Mataku terbuka luas. Tengku Zariel!

YA Allah! Jadi,semalam bukannya mimpi??

Aku berundur setapak-setapak kebelakang sehingga sentuh dinding. Dia memang wujud. Jadi apa yang berlaku semalam merupakan satu kebenaran. Kebenaran yang memberitahu pertemuan pertama kami selepas dua tahun. Sungguh aku tidak pernah menginginkan atau mimpi mahu berjumpa dengannya lagi. Tengku Zariel elok bersandar dan berpeluk tubuh memandangku. Wajah dan rambutnya kusut masai.

“Kau ni memang tak reti atau tak pandai bercakap?”


“Pan..pandai cuma saya ingatkan….”

“Ni realiti..bukan mimpi. Aku nak mandi dan aku nak sarapan. Aku lapar. Mana bilik air?”

Aku cuba menarik nafas dalam. Tubuhku terasa sejuk. Kejadian yang pernah berlaku dulu terbayang kembali . Setiap kejadian yang berlaku tidak pernah buat aku tidur lena. Aku cuba lupakan,cuba untuk lupuskan dari ingatan apa yang telah berlaku dua tahun yang lepas dan aku tidak pernah berjaya.

“Awak…awak ada..ada bawak baju tak?”

Tengku Zariel tidak jawab sebaliknya dia mengangkat travel luggage seperti mahu tunjuk yang dia bawa pakaiannya. Entah bila dia ambil,aku tidak tahu.

“Aku ada bawak. Takkan aku nak pakai baju kau pulak kan?”

Bibir bawah aku gigit. Diam tidak membalas. Kenapa sikapnya seperti berbeza? Kenapa dia bercakap denganku lebih daripada satu perkataan sedangkan sebelum ini dia terlalu benci nak buka mulut dengan aku?

“Bilik air ade dekat dapur. Jalan terus lepas tu belok kiri”

Sejurus selepas itu dia bangun ,oleh kerana laluan nak menghala kedapur dan juga kedudukanku yang sedikit menghalang jalan, Tengku Zariel berhenti…dekat…hanya seinci jarak kami sehingga aku dpat menghidu haruman tubuhnya. Dia merenung dan aku cepat-cepat menunduk. Walaupun aku tidak membalas renungannya namun aku dapat rasa dia memandangku begitu tajam sekali.

Ya Allah,dia nak buat apa ni? Aku mula bimbang. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sementelah hanya kami berdua berada disini. Jika aku jerit minta tolong,tak mungkin ada yang dengar lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang. Lagipun, tiada siapa yang tahu status sebenar kami. Status? Sehingga kini aku tidak pernah tahu bagaiman status kami berdua. Adakah kami masih mempunyai ikatan atau…

“Kenapa?”

Tersentak,aku hanya memandangnya sekilas sebelum kembali menunduk. Makin mengecilkan diri. Turun naik dadaku cuba menstabilkan diri.

“Ke…kenapa?”

“Kenapa kau suka pejam mata dari tengok muka aku? Dari tengok mata aku?”

Hah? Apa maksudnya? Aku tak faham. Tolonglah pergi cepat! Pergi dari sini! AKu menggeleng tak henti dan dia pergi dengan helaan nafas yang berat. Aku tarik nafas lega sebelum keluar ke halaman. Lantai basah dan lembab. Hujan masih turun cuma tidak selebat tadi dan yang penting tiada lagi kilat dan guruh yang saling berdentum. Tiada air yang berkumpul naik ke sini kecuali jalan depan rumah.

Aku mencapai paip dan mula membasuh lantai yang sudah dipenuhi dnegan tanah kotor. Pokok bunga yang Carl dan Amanda tanam aku siram.Tak susah sebenarnya jaga pokok bunga ni. Macam kena jaga diri sendiri. Hampir setengah jam kemudian,aku tutup dan ketika berpaling aku tergamam. Tergamam melihat lelaki itu enak bersandar di pintu sambil berpeluk tubuh. Wajahnya selamba seperti tadi.

“Aku lapar. Aku nak makan…”

“Ini aja?”

Angguk. Jika itu soalannya,itu saja jawapanku. Tak perlu jawab. Cukup lah reaksi kecil ini sebagai jawapan. Dia duduk dimeja makan sedang aku cuma berdiri bersandar di tembok dapur. Satu situasi yang aku pernah aku lalui….pernah aku rasai…aku cuma menghidangkan makanan dan berdiri di tepi sudut seperti selalunya.

Maggi Kari dua bungkus cukuplah tu. Ingat senang ke aku nak ke dapur? Selama ni aku akan pergi beli sarapan di warung Mak Hanim tapi kerana banjir,terpaksa aku gagah diri nak memasak.

“Ini….aje?”Dia bertanya lagi. Kali ini suaranya seperti ditekan sedikit dan aku mula menikus. Takut.

“Ni aje yang ada dekat dapur.”

“Ambil mangkuk lagi satu.”

Terus aku ke dapur dan tak sampai 10 saat aku kembali dengan mangkuk plastic di tangan. Dari semalam aku tetap tunduk dari tengok mukanya,begitu juga hari ini.Bagaikan renjatan elektrik bila tangan kami bersentuhan. Terlepas mangkuk itu dari tanganku namun pantas sekali Tengku Zariel mencapainya. Aku kembali ke posisi asal,meramas jari jemariku yang terketar-ketar.

Oh Tuhan,sentuhannya…….Kemudian aku memandang dari hujung mata melihat dia menuang separuh Maggie kari tersebut di mangkuk yang aku beri tadi sebelum menolak perlahan ke tengah.

“Makan”


‘Apa? Makan sekali?’ Tegak kepala aku tengok dia. Sudu dan garfu diletak kembali.

“Aku tak boleh dan aku tak reti makan sorang-sorang. Kalau kau berkeras taknak,aku takkan makan…”

Aku kaget. Aku diam tidak beri sebarang reaksi hampir 5 minit dan Tengku Zariel betul-betul tidak makan. Tegak dia merenung aku yang tidak keruan.

“Err ttt…tapi saya,..saya tak biasa.”

“Lepas ni…tolong…biasakan”Suaranya perlahan,merenungku.

Kepala dan dahi aku garu silih berganti. Dari tadi tubuhku tidak berhenti menggigil. Pelbagai kemungkinan sudah terbayang di ruang mata dan aku tidak bersedia. Aku takut peristiwa hitam itu kembali lagi.

“Bukan….saya tak biasa makan depan orang. Saya suka makan seorang diri. Kalau awak nak makan berteman jugak,biar saya panggil kawan saya. Biar dia yang temankan awak”

Tengku Zariel ketawa perlahan sambil mengetap bibir. Entah marah atau perli aku tidak pasti. Kali ini makin tajam dia merenungku aku seperti mahu tembus kedasar. Berdebar aku lebih-lebih lagi bila dia bangkit.


“Okay fine kalau kau taknak….”

“Okay okay saya duduk!”Terus aku melompat duduk ke kerusi,bersebelahan dengannya. Aku dengar dia menarik nafas berat.

“Dekat…”

“Ya?”

Matanya sentiasa tegak merenung dan aku semakin tidak keruan. Serba tak kena.

“Dekat lagi…”Suaranya lagi. Perlahan tapi tegas. Dapat aku melihat anak tekaknya dari ekor mata. Seperti bersusah payah cuba buat aku faham dengan kehendaknya. Bimbang dia berubah mood, aku mengangkat sedikit punggung dan mengubah kedudukan kerusi,rapat dengannya sehingga paha kami berlaga. Melihat Maggie yang masih mengeluarkan asap nipis itu buat aku bimbang. Bimbang Tengku Zariel cuba menumpahkannya padaku. Berkali-kali aku berzikir dalam hati, cuba menenangkan si hati.

“Aku nak kau makan sampai habis. Jangan tinggal walau setitik pun. Tak elok membazir. Tak elok biarkan perut kosong”

Aku tersedak. Terbatuk kuat sampai merah muka. Siap berair pula mata. Dia menghulurkan air dan aku terus berlari ke singki. Mengeluarkan apa yang tak ada. Aku mengusap dada dan berpaling. Terasa kering darahku melihat Tengku Zariel berada dibelakangku. Entah berapa lama dia disitu aku tidak tahu. Tegak berdiri dengan segelas air ditangan dan tisu.

“Lap hidung kau”

“Hah?”

“Hidung kau berdarah.”

Aku terus melarikan jari di hidung dan benar,hidungku berdarah. Laju tisu aku capai dan mengelapnya. Memang selalu begini jika aku terbatuk.

“Terima kasih. Err,awak..awak pergi lah sambung makan. Maaf menganggu. Saya tak sengaja” Aku terangguk-angguk minta maaf sebelum meninggalkan ruang dapur dan dia masih disitu. Jantungku kembali terus berdetak tidak menentu kerana aku yakin ini bukan Tengku Zariel Zahari. Mungkin pelanduk dua serupa. Wajah yang sama,suara yang sama,tinggi yang sama dan sikap yang sangat pelik. Betulkan aku tidak berhalusinasi? Selintas aku teringat penerangan Amanda…

“Apa yang Kim mimpi, berdasarkan peristiwa yang betul. Yang Kim pernah rasai, dan alami. Akak dah lama tahu Kim dah ada symptom-simptom yang akak sebutkan tadi, sejak Kim baru aja berpindah ke sini. Tapi macam yang akak cakap tadi, kejadian. Maknanya kejadian yang lepas, bukan yang sekarang. Kim bukan berhalusinasi, tapi setiap kali symptom tu ada, Kim kena bersedia. Akak dengan Dan akan tolong Kim, tapi Kim pun kena tolong kami….”


Dan sehingga kini, Amanda gagal kerana aku tidak memberikan kerjasama.

Please welcome the most ruthless and evil man on earth right now …TZF. Happy reading! Maaf utk segala kekurangan or x menepati citarasa hihi

Share this novel

Nur Adilah Idris
2023-12-29 21:45:43 

nk lg HA..plssss

mynn.nnym
2023-12-29 14:28:01 

HA nak lagi plss hehehehe


NovelPlus Premium

The best ads free experience