BAB 43
Aku keluar melalui pintu belakang bila melihat Tengku Zariel terlelap di sofa selepas Zohor tadi. Hujan yang lebat tiba-tiba saja reda namun air masih belum surut. Mujur juga laluan di belakang ini banjirnya tidak seteruk di laluan hadapan. Hanya berlopak disana sini. Nak mencari satu kepastian.
Hampir sejam aku memerhatikan gerak geri Tengku Zariel yang lena. Cuba mencari dompet dia,tak dapat dan baru aku perasan dari semalam dia langsung tidak pegang handphonenya. Tertinggal dalam kereta barangkali dan ke situ juga destinasi aku sebenarnya.
Bergegas aku berjalan melintas lorong di belakang rumah yang sunyi. Sesekali toleh ke belakang. Matilah aku kalau Tengku Zariel terjaga. Warung Cik hanim sudah dimasuki air. Langkah aku mula perlahan bila melihat sebuah kereta mewah Bugatti Veyron berwarna biru Metallic tersadai di bahu jalan,dikerumuni beberapa kanak-kanak dan anak muda yang bermain air,riang berkejaran,siap buat pelbagai gaya kuak lentang di dalam air cuma separas buku lali.
“Hei, Hadi! Buat apa tu??”
Ya Allah! Anak kecil itu ‘mandikan’ kereta Tengku Zariel dengan air lumpur???
“Alah kak…bosan lah tak ada bola nak sepak. Bola Hadi dah kempis dah tadi.”
“Habis tu?”Gerutu aku sambil mengelap cermin kereta dan body kit dengan tangan.Aku yakin ini kereta milik dia kerana tak ada sesiapa yang akan bawak kereta mewah di kawasan ini. Pasti baru lagi.
TZF 8055. itu antara salah satu identiti Tengku Zariel. Aku tekap muka ke cermin kereta belah pemandu,cuba melihat apa yang berada di dalam . Pasti ada sesuatu yang boleh menggambarkan Tengku Zariel tapi satu pun tak ada! Tengah aku terbongkok-bongkok mencari,tiba-tiba saja kereta ni rendah sebelah bersama dengan bunyi…Terus aku berlari ke belakang.
Oh Tuhan!
“Hadi! Apa Hadi buat ni? Mana dapat benda ni?!”
Macam nak gugur jantung aku tengok sebilah pisau sayur di tangan Hadi yang berumur 9 tahun itu. Bukan aku tak kenal cucu Mak Cik Hanim yang sorang ni. Boleh tahan nakalnya. Dan kenakalannya memang dah tahap maksimum bila dia bocorkan tayar belakang Bugatti Veyron ni sampai kempis!
Hadi angkat bahu tanda tahu. “Hadi jumpa kat tepi longkang tadi. Ingatkan pisau mainan. Kakak nak main sekali?”
Mendengarkan itu terus aku mengambil pisau tersebut dari tangannya dan menyuruhnya main di tempat lain bersama kawan-kawannya. Aku mengurut kepala yang terasa pening. Kalaulah Tengku Zariel tahu….
“What are you doing?”
Suara itu!
Pisau ditangan terlepas,matanya tajam merenung aku dan pisau itu silih berganti. Muka aku pucat dan badan mula menggigil. Satu kejadian yang hampir sama seperti ini tiba-tiba terbayang tanpa aku pinta. Ya Allah…lindungilah aku…”
“Bukan…bukan saya…saya tak tahu apa-apa pun”Aku menggeleng laju dan berundur ke belakang bila dia mendekat. Aku lihat wajah Tengku Zariel berubah riak. Dia teguk liur beberapa kali sebelum menjarakkan diri. Aku berdiri tegak seperti pesalah. Lagi bila Tengku Zariel mengeluh saat melihat tayarnya bocor.
“Mana workshop yang terdekat?”Dia ambil handphonenya di bawah seat kereta. Masih telefon bimbit yang sama…jenama yang sama dan warna yang sama. Diketuk beberapa kali tapi ia tak hidup.
“Dalam 5 km dari sini tapi hari ni semua workshop tutup.”
“Mana kereta kau?”
“Ada dekat workshop” Makin kuat dia mengeluh. Apabila dia menghampiri sekali lagi aku berundur ke belakang.Wajahnya sekali lagi berubah riak dengan tingkahku. Seperti terkejut.
“A..awak,tolong..tolong jangan salah faham. Bukan saya yang buat. Sumpah demi Allah saya tak buat…bukan saya”Rayuku tak berhenti sambil angkat tangan kanan. Cuba mengusir peristiwa yang membawa aku kepada mimpi ngeri yang megejarku sehingga kini.
Tengku Zariel menunduk sekejap sebelum mengangkat wajah dan aku pantas berkalih.
“Apa kau buat dekat sini? Kenapa datang sini?”
Bukan ke itu soalan yang sepatutnya aku soal? Kenapa dia yang berada disini? Kenapa dia yang datang ke sini dan macam mana dia boleh berada disini?
“Saya sebenarnya…saya cuma nak…”
“Nak pastikan siapa aku yang sebenarnya? Nak pastikan sama ada aku Tengku Zariel Zahari ? Fine…tengok ni”
Kad pengenalan dan lesen memandu ditayang tepat ke muka. Memang benar. Nama..tarikh lahir…alamat yang sama.
“Puas hati? So,apa yang membuktikan kau adalah ‘Kim’? Dengan rambut hitam, pakai baju yang terlebih cukup kain sampai nak sentuh jalan, gagap dan nampak terlalu naïf…like really,macam budak yang lurus bendul. Don’t you think it’s funny?” Dia gelak menyindir.
Aku diam seribu bahasa. Dulu…jika ayat itu yang diutarakan,sudah pasti aku terhiris namun untuk merasainya kali ini,hatiku sudah lama mati. Aku tidak membalas, sebaliknya aku terus berjalan kaki pulang ke rumah tanpa berpaling lagi. Sekelip mata juga, kejadian yang hampir sama berlaku dulu terus menghilang. Namun, aku tidak dapat membuang figura yang sempat mataku tangkap tadi. Ya, kad kahwin kami masih ada di dalam dompetnya.
“No food? No at all?” Soalannya aku balas dengan anggukan. Dah memang betul aku cakap. Aku tak makan. Aku hanya makan sekali dalam sehari dan tentu-tentu saja barang dapurku kosong sebab bahan basah yang Amanda beli kelmarin aku sendiri yang meminta dia habiskan. Tak guna bagi aku simpan sebab aku takkan masak. Ke warung Maki Cik Hanim saja aku pada setiap malam.
“Kau ni alien ke manusia sampai tak reti nak makan pagi? Nak makan malam?”Selarnya sambil menutup kembali peti sejuk dan pintu cabinet yang dibuka satu persatu.
“Saya cuma makan sekali je itu pun malam. Saya selalu pergi dekat warung hujung tepi jalan tu…. Kalau awak nak,saya boleh…”
“Tak payah. Aku tak ada selera nak makan…”
Aku kembali diam bila dia berkata begitu. Sekadar bersiap alar kadar aku keluar dan sebelum itu sempat aku meninggalkan kunci rumah diatas meja kopi.
Tidak aku sangka kunjungan kerap ku di warung ini menemukan aku dengan keluarga kecil wanita ini. Aku yakin dia sebaya arwah mama. Mempunyai tiga orang anak lelaki dan salah satunya Razif lepasan SPM yang sedang menunggu tawaran belajar. Hubungan kami bertambah akrab dari hari ke hari lebih-lebih lagi bila Razif sering meminta aku mengajarnya di warung pada waktu malam kerana tidak ramai orang waktu itu.
Namun sejak kehadiran aku,setiap masa bahkan sehingga pukul 2 pagi pun warung kecil ini sentiasa menerima kunjungan orang. Tak menang tangan Mak Cik Hanim,Razif dan dua lagi pekerjanya. Aku banyak kali juga minta maaf andai mereka tidak selesa denganku. Bimbang disalah tafsir. Bimbang dituduh aku sengaja tarik perhatian.
Wei…wei..adik manis datang lagi.”
“Hai..ingat tak datang malam ni”
Aku angkat kening pada Razif yang sedang menebar roti canai,tersengih-sengih dia dengan usikan pelanggan yang datang. Pelanggan yang sama dengan sikap yang sama.
“Awal Kak Kim datang malam ni. Bukan selalu lepas isyak baru Kak Kim datang.”
Aku senyum nipis. Razif pelik…aku lagilah pelik. “Tiba-tiba malam ni lapar tu datang awal pulak”
Razif ketawa. “Macam biasa?
“Macam biasa tapi tambah mee goreng mamak dua” Terus mati ketawa Razif. Aku sendiri telan liur. Makan ke Tengku Zariel jika aku beli makanan yang entah kena atau tidak dengan seleranya? Beli jelah. Kalau dia taknak,aku hangat buat sarapan saja esok.
Masih terlalu awal,aku duduk lepak di belakang warung yang mempunyai pondok kecil sebaikk saja selesai tolong Mak Cik Hanim membasuh pinggan mangkuk. Tak ramai orang hari ni. Pukul 11 sudah lengang. Aku dan Razif berbual sesekali aku ketawa lepas dengan lawak sengalnya .
“Kak,nak tahu tak ranking akak sekarang dah jatuh nombor dua? Means akak dah tak trending dah sekarang”
“Ha…ha…oh,really? Why was that? Trend nombor satu sekarang banjir kan?”
“Nope. Banjir pun kalah! Tu…”Razif memuncungkan bibirnya pada satu arah. Bugatti Veyron yang menjadi topic hangat dari semalam. Ramai orang taman yang mengelilingi kereta itu,siap berselfie bagai.Kalau Tengku Zariel tahu matilah semua orang.
“So,I was beaten by a car?Wow...”Ujarku tanpa riak.
“Kan….eh jom lah kita selfie dengan kereta tu dari sini”Razif pantas duduk disebelahku sambil mengeluarkan handphonenya,dengan berlatar belakangkan kereta Tengku Zariel sebelum aku terkejut saat melihat tubuh tinggi itu berada di dalam kamera.
“Ehem….!”
Bagai nak luruh jantung aku mendengar suara serak itu. Terus aku bangun. Tengku Zariel! Kenapa dia ke sini??
“Dah habis makan dah?” Aku menoleh sebelah,tengok kea rah yang sama ditunjukkajn lelaki itu. Bungkusan makanan yang belum aku usik. Razif membalas bila Tengku Zariel menghulurkan tangannya. Bersilih ganti Razif tengok kami berdua.
“Saya Razif. Err,abang ni….”
“Zariel…panggil abang Ariel pun tak apa.”
“Haa,okay…hmm,tapi sat, abang ni siapa ya? Tak pernah nampaq pun naa. Baru mai sini ka?”
“Dia kawan akak…”Jawab aku laju. Tidak mahu Razif makin banyak soal. Pandangan kami berlaga. Razif makin bertambah pelik. Tinggi kening di angkat. Pasti hairan dengan kelibat seorang lelaki yang sudah pasti bukan orang sini.
“Oh….tu mesti kereta abang kan? Boleh tak…”
Aku menarik kolar baju Razif ke tepi dan berbisik sesuatu padanya. Dengan tersengih-sengih dia meninggalkan aku dan Tengku Zariel.
“Maaf,saya lambat. Saya ada bungkuskan makanan untuk awak kalau kalau awak nak.”Suaraku perlahan. Masih dengan nada yang gagap. Bimbang dia naik angin disini. Sebelum ini, mana pernah dia tengok tempat jika mahu menengkingku?
“Makan dengan aku”
Ini kali kedua. Kali kedua kami duduk semeja dan aku terpaksa. Seperti tak percaya orang seperti Tengku Zariel nak makan di warung kecil ini,dengan orang kampung dalam taman dan aku??? Sekadar menunduk dari tadi. Tak terusik pun char kuew teow kegemaran sebab selera yang dah lama mati.
Tengok Tengku Zariel…habis dua bungkus mee goreng mamak yang aku pesan tadi. Ni dia tambah dua keping roti canai. Dia perut kenyang suka hati,aku? Perut lapar hati sakit! Tak keruan bila ada mata-mata yang memandang terutamanya orang yang makan disini.
“Apa yang kau tunggu dari tadi sampai taknak makan? Nak aku suapkan ke? Ke nak suruh Razif datang suap baru kau nak makan,hmm?”
Terpinga aku sejenak. “Razif? Kenapa dengan Razif?”
Tengku Zariel mengerling Razif sekilas sebelum kembali memandang aku.
“Bukan main mesra kau dengan dia tadi. Siap ambil gambar dengan background kereta aku lagi.”
Sudu dan garfu ditangan aku pegang kejap bila mengesan kelainan suaranya. Psati dia berang bila keretanya dijadikan sebagai barang perhiasan.
“Sorry saya tak sengaja. Pasal kereta tu nanti saya beritahu mereka jangan kacau”
Tidak semena-mena dia ketawa sehingga menyerlahkan lekuk dipipi kirinya. Ketawanya….ketawa yang baru pertama kali aku dengar sepanjang umur hidupku. Aku tahu dia ketawa menyindir namun aku tetap mahu merakam kemas dalam kamus hidupku. Aku mahu padam memori pedihku tentang dia namun persoalannya sekarang…kenapa adanya pertemuan di antara kami berdua…sekali lagi?
“Awak….kalau awak datang ke sini sebab nak….”
“Tak ada…dan tak akan”Ketawanya mati dan aku tidak mengerti walaupun aku yakin dia faham apa yang aku mahu sampaikan.
Aku takut kejadian dua tahun yang lepas berulang kembali namun dalam pada masa yang sama aku khuatir dengan tingkah pelik Tengku Zariel yang sekarang ini.
Mungkin dia sengaja ‘sembunyikan’ separuh sikap dia yang sebenar terhadapku kerana dia ada rancangan lain? Mungkin dia datang ke sini bersebab? Dia mahu bongkar sejarah hidupku,tentang kami berdua,tentang aku yang keji dan hina ni kepada semua orang disini? Tak pun,dendam yang masih belum dilunaskan? Ya Allah,spontan aku tunduk dan pegang kepala. Terasa sakit dengan pelbagai gambaran lama yang terpapar kembali.
“Hei,,,kau kenapa? Sakit kepala?”
Aku bangkit dan menggeleng tanpa henti. Dahiku makin berkerut menahan sakit dikepala. Hujan renyai kembali meniitik dan aku tidak menunggu lama untuk berlari tanpa menoleh ke belakang.
Baiklah…aku lupa kunci rumah tiada pada aku. Sudahnya aku duduk mencangkung di buaian yang berdekatan dengan pintu rumah.Hujan yang renyai semakin lebat. Kesejukan mula melanda. Bunyi guruh yang berdentum buat bahuku terangkat kerana terkejut dan aku menarik nafas bila melihat Tengku Zariel tiba dnegan nafas yang tercungap-cungap bersama bungkusan di tangannya.
Lama dia memandang aku. Hairan dan pelik dengan tingkahku. Aku mengangkat wajah dan pandangan kami bersabung. Dia mendekati dan aku menjarakkan diri,makin menjarakkan diri, bangkit dari buaian. Bibirnya bergerak mahu berkata sesuatu namun aku terus berpaling membuka pintu.
“Tolong jangan dekat! Saya…saya tak boleh!”
Pintaku sebelum masuk menutup pintu dengan rapat.
Mungkin aku patut beritahu Carl dan Amanda. Seketika kemudian,aku mengeluh. Mereka berdua masih di luar kawasan. Masih diudara. Apa reaksi mereka jika tahu Tengku Zariel berada disini?
Tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.
“Aku tahu kau belum makan. Tadi aku ada bawak balik makanan yang kau tak habiskan tadi. Aku letak kat atas meja.”
Aku tutup kedua-dua belah telinga sebelum menyeluk tangan ke dalam sarung bantal,mencapai sebotol kecil berwarna putih. Dua biji aku telan sebelum bersandar dikepala katil. Sesekali mataku menghala ke pintu bilik dan juga bilik air silih berganti. Ubat ini merupakan penyelamat aku selama dua tahun ini.
Aku sihat dan aku tak sakit seperti yang Carl dan Amanda sangkakan. Mereka berkeras mahu tinggal bersama aku kerana aku sering meracau pada waktu malam dan melakukan tindakan di luar kawalan setiap kali pada waktu hujan. Aku cuba kawal dengan bantuan mereka berdua dan ia berhasil…dengan bantuan ni juga. Pil tidur dan pil deprasi.
Pandanganku berbalam dan dalam masa lima minit,aku terlelap.
Betul ke apa yang Hakim nampak semalam?”Soalan keras yang dilontarkan oleh Mak Cik Senah membuat aku yang sedang menyental lantai halaman yang berlumpur tercengang. Jika bukan sebab lumpur pun memang aku akan bersihkan kawasan depan setiap hujung minggu. Begitu juga di dalam rumah. Semuanya aku buat…seorang diri.
“Nampak apa,mak cik Senah?”
“Katanya dia nampaq hang bawak laki masuk rumah hang. Betui ka?”
Aku telan liur. Kering. Hampir terlepas penyapu lidi ditangan. Hakim nampak?
“Err..Hakim salah nampak agaknya,mak cik.”
Mak Cik Senah menjeling. Kus semangat…boleh gugur jantung dibuatnya! Tak putus-putus aku doa dalam hati supaya ada sesuatu yang boleh selamatkan aku dari situasi yang boleh bawa maut ni.
“Hai…rasanya anak lelaki mak cik Senah tu sihat walafiat lagi. Belum masa lagi nak rabun. Betullah Hakim nampak semalam dia masuk rumah kamu. Entah-entah dia tuan empunya kereta sport kat hujung warung Hanim tu tak?”
“Err…sebenar…sebenarnya….”
“Hello….lupa nak beli ubat gigi ke? Kau nak aku gosok pakai apa? Sabun pencuci baju?”
Dan seorang hamba ALLAH ini keluar dari rumahku…dengan hanya memakai tuala separas pinggang, mulut yang penuh berus gigi, rambut yang hanya basah separuh..baiklah,ini makin memburukkan lagi keadaan! Itu belum lagi tengok rahang Mak Cik Senah yang jatuh!
“Yang kau kalut sangat ni kenapa? Kenapa makcik tu terhendap-hendap dari tadi?”
Langsir aku tutup.Ya Rabbi..kenapa aku pergi tutup? Bukankah ia akan menambahkan perasaan curiga mak cik Senah dan juga orang lain? AKu yakin esok lusa habis kecoh taman ni dengan kisah aku.
“Eh…dia lambai lah. Hai….”
Aku duduk sambil meraup wajah. Resah memikirkan apa yang aku kena jawab bila ditanya esok. Aku kenal sangat jiran sebelahku ni. Takkan pernah berhenti selagi dia tak puas.
“Boleh bagi tahu aku apa yang jadi tadi? Kenapa kau takut sangat dengan dia tu?”Omelnya sambil memberus gigi yang tiada ubatnya. Tak pernah aku melihat dia begini. Dia sentiasa menjaga imejnya didepan ku.
“Mak Cik Senah..dia jiran saya.”
“Then?”
“Masalahnya sekarang dia cakap anak dia,Hakim nampak awak masuk rumah saya malam semalam”
Dia berhenti gosok sebelum ketawa lagak tiada apa-apa yang berlaku. “Hakim? Dari hari tu aku perasan dia asyik tengok ke sini,macam cari kau. Aku tak rasa dia nak tanya tentang aku je”
Aku terdiam. Tidak tahu mahu menjawab apa lagi.
“Mana ubat gigi?”
Aku tahan daripada mengeluh dan perlahan mengorak langkah masuk ke bilik air di bilikku. Ketika keluar dengan ubat gigi Darlie ditangan,langkahku mati takkala melihat Tengku Zariel duduk di katil,membelakangiku.
Aku berdehem dan perasan dia mengesat sesuatu di kelopak matanya yang sedikit merah.
“Sorri…saya tak perasan ubat gigi dekat toilet belakang dah habis”
Ketika menghulurkan ubat gigi tersebut,sekali lagi tangan kami bersentuhan dan aku pantas menarik tanganku. Terlalu dekat kedudukan kami sehingga aku perasan air yang jatuh menitik dari badannya.
Tubuhnya yang tegap,sasa,putih,dadanya yang bidang,belakang badan yang lebar membuat mindaku kembali ke masa lalu. Aku berundur dan terus berlalu tanpa menoleh. Dari cermin yang aku letakkan di dinding ruamh tamu, dari ekor mataku, Tengku Zariel masih merenung.
“Siapa Hakim?”
Terangkat bahuku kerana terkejut dengan soalan Tengku Zariel sebaik dia siap berpakaian. Dari pengamatan aku, pakaian yang dibawa oleh lelaki itu bukan untuk sehari dua.
“Kenapa?”
Aku melihat Tengku Zariel berkerut bila aku menyoalnya kembali.
“Kenapa…awak ada dekat sini?”
Dia terdiam. Walaupun aku masih takut-takut, tapi ayat itu tetap meluncur keluar tanpa sempat aku halang.
“Saya percaya awak datang sini cuma satu sebab. Dah dua tahun…saya tunaikan janji saya kepada awak.”
Lama Tengku Zariel merenungku sehingga aku membuang pandang. Bimbang jika berterusan begitu, aku boleh mengingatkan kenangan perit yang lalu.
“Sebabnya cuma satu…”
Aku mendongak, menanti.
“Takdir”
Aku terkesima dengan pandangan kosong. Melihatkan aku tidak memberi respon, dia berpaling dan menyambung…
“Next time, cakap dekat Hakim tu kalau nak siram pokok bunga, siram dia punya je. Dah kenapa rajin sangat nak pergi siram bunga kat rumah kau sekali. Dah tak ada kerja ke….”
Aku terkesima. Semakin pening. Aku tersilap makan pil ke?
Mungkin yg dtg ni bukan TZ tp saka belaan dia kot haha!
Share this novel