BAB 1
Masuk pusingan kelima dan aku masih bertahan. Masih! Masih kekal dengan stamina yang tinggal nyawa-nyawa ikan ini, masih bertahan dengan aturan nafas yang terkawal dan juga keinginan mencapai misi utama daripada berjogging. Momentum yang cantik ini diteruskan seperti biasa.
Pukul 7 pagi sudah ramai yang mula memenuhi ruang Taman Tasik Titiwangsa ini dan aku salah seorangnya. Sudah menjadi kebiasaan bagiku berjogging di sini dan…bercuci mata! Okay,itu misi aku yang pertama sebenarnya. Nak tengok indahnya Taman Tasik Titiwangsa ini rasanya tak ada apa yang menarik daripada tertarik dengan lelaki yang gah berlari tegap sambil lawan mata denganku! Tetapi hanya ada seorang lelaki yang langsung tidak reti apatah lagi suka memandangku. Berulang kali aku berpusing di trek larian yang sama, berselisih dengannya, dia sedikit tidak tertarik untuk menoleh walau sekadar sekilas cuma.
Ah, sukar sekali!
Aku mula tersenyum bila sudah hampir ke laluan selekoh yang bersambung laluan jogging yang lain. Bukan satu selekoh yang tajam tetapi ‘nakal’! Kenapa? Bila aje tiba diselekoh, cepat sekali aku mengelak dari membiarkan bahuku bersentuhan dengan tubuh keras itu.
Sengaja?
Ya,memang lelaki tu sengaja pun! Dan aku sekadar tersenyum bila mendengar dengusan tidak puas hatinya. Langkahnya seiring dengan larianku. Desah nafas kami berdua kedengaran berat.
“Why do you keep do this to me, princess? You hurt me so much..”
“You already have my answer honey…”Aku tersengih lebar, sengaja meleretkan suara bagi menunjukkan bahawa aku benar-benar serius dengan kata-kataku. Bukan sekali dua, tetapi sudah banyak kali namun mamat yang seorang ini sepertinya tidak mahu faham.
“Honey? Okay now you make my heart melt..”
Aku tergelak nipis bila dia masih tidak lepas merenungku,masih berlari seiring denganku tanpa memandang hadapan. Tidak ambil pusing dengan ayat romantisnya.
“Sampai sekarang I masih terfikir bila timing I nak tepat untuk dapatkan you?”
Dah mula dah…Aku membebel dalam hati. Tiap kali terserempak macam ni mesti itu soalan yang ditanya. Cuba tanya orang lain,ada ke sesiapa yang nak bahu mereka dilanggar dengan sengaja? Setiap hari pulak tu! Daripada sengaja nak gesel bahu, silap-silap boleh terseliuh tulang bahu aku yang terbentuk cantik ni!
“Tak payah fikir, tak payah buat apa-apa, Herman. Like I said, you just really wasting your time”
Herman senyum dalam hampa.
“Demi you, I sanggup. Trust me!”
Aku ketawa manja. Cukup lucu dengan jawapan simbolik lelaki buaya darat laut macam Herman ni. Denganku,dia senggol bahu? Perempuan lain, apa pula dia buat? Senggol kepala pula??!
“I’ve got to go. See you around !” Ujarku senafas dan mula mempercepatkan larian tatkala terpandang satu tubuh tinggi lampai yang ku cari dari tadi.
Just on time, Kim! Let it go!
Jangan mengalah sebelum berusaha.
“Hei…malam ni you ada kan?”
Soalan bersama teriakan Herman aku balas bersama kenyitan mata yang membuatkan Herman terpaku.
Haha…itu kuasaku nombor satu! Eye smile yang boleh buat nadi lelaki terputus. Namun lelaki yang berada didepan mataku ini cukup utuh iman,kuat fizikal mental semuanyalah!
Cukup gah dan tegap tubuh itu jika pandang dari belakang. Kalau depan? Memang aku dah pengsan dulu! Aku mula terbayang jika dia berjogging dengan hanya memakai sleeveless. Wow,seksi okay! Aku pantas meningkatkan larian bila kulihat dia sudah mula memecut laju. Seakan-akan tahu aku berada dibelakangnya. Hai..takkan minyak wangi aku kuat sangat kot? Tak pun deodorant?? Aku sekadar memakai sport singlet dan sweater yang aku zipkan separas dada bersama seluar thight track paras paha.
“Hai….”Ucapku lunak.
Baiklah…seharusnya reaksi pertama dari seorang lelaki bila ditegur oleh seorang gadis bernama Lara adalah gembira plus terpegun dengan kcantikan dan keseksian yang dimilikiku. Tapi mamat disebelahnya ni..jeling pun tak!
“Kenapa tak pakai shirt warna merah? Selalunya hari Isnin ni you akan pakai warna merah, Rabu pula Hijau dan Sabtu…..”
Aku terdiam sekejap bila lelaki itu mempercepatkan tempo lariannya. Cis, pantang aku bila aku tengah cakap,dia blah macam itu saja! Tak tunggu lama pantas saja aku bersaing dengan langkah kakinya yang panjang. Tapi lelaki itu lebih cepat bila sengaja menaikkan volume walkman sehingga aku sendiri boleh dengar muzik yang dimainkan.
“You suka betul kan lagu ni? I pun suka! Sekarang tengah hit kat radio you know. It’s so sweet and romantic. Tapi kalau I buat instrumental, you mesti suka. I will make sure you will dream of me,everyday, anywhere,every seconds and everynight” Bisikku sambil menghembuskan nafas ke telinganya. Kali ini tindakannya berhasil bila earphone di tanggalkan dengan kasar. Dengusan nafas yang berat itu menunjukkan dia memang tidak suka dengan kehadiranku tapi aku tidak kisah. Never! Hei,ini Kim lah!
“Why not you just keep your mouth shut and leave me alone??! Kau tak tahu ke bersukan tak perlukan teman untuk bercakap? Especially from you!” Seperti biasa suara garau itu naik satu oktif padaku. Tapi bukan menjadi satu kebiasaan apabila lelaki itu menolak bahuku dengan walkman sehingga aku tertolak keluar dari laluan jogging.
Aku mengetap bibir menelan sakit. Sakit lah gila! Lengan dahlah macam batu! Sakit dah satu hal tapi aku cukup rasa terhina bila ada lelaki yang menyentuhku dengan…barang! Oh,please tell me it’s not happening to me! Sangat memalukan!!! Tapi nak menyerah kalah? Sorry lah,bukan aku!
“Tak apa Kim tak apa. Walapun dia lebih hari ni but is’s okay. I’m use to it because of him. Yes, only him”Ujarku yakin,bercakap dengan diri sendiri. Botol air dan tuala dari beg kucapai kemudian berjalan menghampiri dia yang berdiri sandar di sebuah pokok,melepaskan lelah disitu.
Botol air mineral dan tuala kecil berwarna putih itu kuhulur walaupun sudah tahu reaksi lelaki itu.
“Kan I dah cakap banyak…setiap kali pergi jogging you kena bawa kedua benda ni. Air dan tuala. It’s for your own good and….safety. Nak biar tekak tu kering mana boleh,bahaya! I tahu dari dulu lagi you tak pernah bawa, jadi I dah sediakan semuanya awal-awal. Semuanya untuk you”
Seperti biasa tiada jawapan malah barang ditanganku juga tidak dipandang apatah lagi sentuh. Cukup jelek dan meluat sekali renungannya seperti aku kotor. Reaksi yang sama diberikan kerana sudah tahu apa yang akan aku lakukan seterusnya. Jika perbuatanku tadi dia tidak pandang, aku akan mengikutinya ke tempat yang biasa dia istirehat selepas bersenam.
Aku menahan geram dalam hati dengan wajah yang masih dimaniskan. Kalau lelaki lain dah melutut cair melihatku tetapi dengan manusia didepannya ini…??? Sesaat pun tidak menoleh kepadaku. Buruk sangat ke aku ni?
“Sampai bila you taknak ambil apa yang I beri? I bukan berpura-pura baik ambil cara ni nak dekat dengan you tapi I kesian tengok you penat.”
Tanpa bersuara,tanpa menoleh, dia kemudian membelakangiku. Kedengaran nafasnya yang tertahan-tahan menahan perasaan menyampah dan tawa yang penuh sinis Seterusnya lelaki itu terus berjogging tanpa menoleh kembali.
Hujung bibir kuigigit penuh geram. Botol air dan tuala yang berada ditangan aku pandang kosong. Entah untuk kali ke berapa perlu berada ditanganku sebenarnya? Sampai kiamat?! Apa susah sangat ke nak terima apa yang aku bagi? Ingat senang ke aku nak buat baik dengan lelaki!
“What a such arrogant guy but it’s okay then…I won’t easily give up."
Kataku sendiri sebelum telefon di beg keciljy menghantar getaran yang memaksa aku mengangkat dengan nada yang malas. terdengar suara bingit itu di hujung talian.
“Dah-dah lah tu babe jadi bodyguard tak berguna. Daripada kau sibuk habiskan tenaga kau semata-mata nak tengok dia tu,baik kau datang studio. Nak practice untuk malam ni”
Makin menggelegak suhu yang mendidih di hati. Sudahlah misi aku gagal,ini terpaksa mendengar kata-kata semangat yang langsung tidak membantu,menyakitkan hati adalah!
“Stop membebel boleh? Kau ingat aku nak sangat dengar bebelan kau tu? Practice sendiri dulu lah,tak payah tunggu aku!”Bentakku geram namun tidak sedikit pun mengguris hati si pemanggil. Sekadar tergelak sinis.
“Kau pun tahu kitaorang takkan start tanpa kau. So,make it fast baby!”
“Tiara ? Hello ?? Hish!”
Klik,talian dimatikan.
“NUR ELIENA KAMELIA !!!”
Bagai nak roboh rumah dua tingkat di Ampang Hilir ini mendengar jeritan yang amat menakjubkan dari seorang gadis. Cukup untuk buat mereka yang berada di bawah terkejut,menutup telinga sebelum masing-masing menggeleng.
Bantal aku tarik lalu menekup telinga. Tak sanggup nak dengar bebelan si Tiara yang sudah menjerit seperti Mak Lampir berlesen. Aku menekap bantal itu sekuat hati apabila mendengar derapan kaki Tiara yang semakin dekat bersama dengusan kasar tidak puas hatinya.
“Ini lah padah kalau sibuk sangat kejar benda yang tak dapat,benda yang menyusahkan orang,menyusahkan diri sendiri! Wake up,Kim ! Rehearsal kita dah tertangguh dekat dua jam disebabkan kau!”
Aku menggaru rambutnya yang masih lembab. Memanglah masih lembab jika aku mandi dan selepas itu terlentang tidur di katil kerana keletihan selepas berjogging . Itu satu kebiasaan bagiku. Penat,mandi dan selepas itu tidur dengan tuala yang berada di tubuh. Terkuak sana sini pun aku langsung tidak sedar. Namun bila mendengar bebelan ayat pertama itu,langsung mataku terbuka luas. Menyirap darjah suhuku. Terus aku duduk dengan mata yang terbeliak.
“Come again?! What did you just say just now??!”Wajah gadis kulit cerah itu aku pandang geram.
Tiara tersenyum sinis sambil berpeluk tubuh. Sedikit wajahnya tidak menunjukkan riak serba salah. Dah memang begitu cara mereka berdua selama ini. Cari gaduh dulu , kemudian baru berbaik. Itu pun, tiada ungkapan maaf yang keluar dari mulut kami berdua.
“Tak sangka kau boleh dengar dalam tidur ya? But I don’t mind to say it again. Aku cakap…kau-sibuk-kejar-benda-yang-kau-takkan-dapat! Kim…how many times we keep tell you the same thing? Don’t you who he is? His family, his background??!”
“Oh,please lah…! Of course I know the whole thing! So??”
Selimut aku selak kasar. Terus aku capai sleeveless dan seluar pendek army berceloreng hijau dan hitam di atas katil kemudian masuk ke bilik air. Rambut yang kusut masai aku sanggul tinggi. Aku membiarkan saja bebelan berterusan daripada Tiara itu. Bingit!
Empat orang gadis beristirehat di ruang tamu. Menonton televisyen dengan kertas di tangan, makan makanan ringan bersama jari jemari yang rancak bermain di tali gitar, lagi melakukan miming sambil mengetuk stik drum di meja dan seorang lagi...
“Apa kau buat?”
Soalan ringkas itu cukup mematikan tingkat mereka bertiga. Laju mereka menoleh ke arah aku yang berbaring di sofa dengan kakiku yang panjang berjuntai bersama telefon bimbit ditangan. Tangan yang sedang menaip mesej terhenti sebelum menoleh sekilas bersama dahi yang berkerut.
“Twitter…”Ujarku dengan nada yang sengaja dipelatkan slanga mat salleh. Sengaja nak sakitkan hati Tiara.
“Kau kan….”
“Girls,please…just calm down. Apa kata kita sambung practice? Kamelia…”
Mendengarkan nama itu terus aku berdecit,pantas memintas. “Call me Ellie or Kim. Daripada dulu lagi,dari kita mula-mula kawan kau asyik panggil aku dengan nama tu. Kau tahu kan aku tak suka?”
Damia terdiam sejenak sebelum membalas “Sebab kita kawan dah lama lah aku masih panggil kau macam tu.”Jawabnya lurus,serentak mereka yang lain ketawa. Situasi yang tegang sebentar tadi mulai tenang dengan wajah dan suara polis Damia itu.
“So, malam ni apanya?”
“Tolonglah cakap dengan aku yang kau tak lupa? Kau dah tahukan event malam ni,dah praktis kan?”
Suara Herlina pula dengan cuak bila mendengar soalan dari aku.
“Dia kan memang macam tu. Macam yang kita kenal selama ni. Buat sekejap, lupa memanjang. Opss, bukan pelupa tetapi penagih simpati!” Satu suara yang bingit kedengaran lagi. Siapa lagi kalau bukan Tiara yang masih tidak puas hati apabila aku acapkali menghilang setiap kali latihan. Bukan sekali dia tetapi sudah banyak kali aku berbuat begitu dan ia selalu terjadi pada hari penting. Bukan aku lupa tetapi ada hal yang memerlukan perhatian aku.
Aku menjeling tajam bersama dengusan kasar.
“Aku tahu dan aku ingat. Lagipun aku penting. Kalau tak..tak adanya minah kepochii ni dari tadi jerit macam nenek Godzilla kat telinga aku!”
“Apa kau cakap???!” Tiara sudah berdiri sambil bercekak pinggang.
“Are you deaf? Dengar eh…macam-nenek-godzilla”Bidasku pulang paku buah keras.
Sengaja aku sebut satu persatu setiap perkataan itu. Tidak semena-mena sebiji bantal tepat hinggap ke muka. Nak diam je? Mana boleh! Serentak itu mereka saling berbalas serangan membaling bantal di antara satu sama lain bersama jeritan yang nyaring. Dan saat terkena pada Damia…
“Astaghfiruallalazim..ya rabbi…ya rahman..ya hanana…ya allah”Habis semuanya disebut. Berterabur sana sini.
Sekali lagi kami bantai gelak.
QUEEN BAND. Nama kumpulan muzik kecil yang dianggotai Kim, Tiara, Damia dan Herlina. Band yang ditubuhkan ini sekadar melakukan penampilan si sebuah kafe kepunyaan bapa saudara Tiara. Di kawasan itu hanya ada satu-satunya kafe yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri iaitu Queen Band. Menjamu selera sambil menikmati alunan lagu dan juga menikmati kecantikan setiap ahlinya. Muahehe…
Tetapi yang paling penting, Arjuna Kafe menjadi pilihan kerana tahap standard yang dimiliki, menu campuran makanan kampung dan Barat, tempahan bagi mengadakan majlis kecil seperti hari jadi,annual dinner dan sebagainya. Malah,boleh membuat permintaan lagu daripada Queen Band.
Aku merupakan ketua Queen Band walaupun kesemua mereka sebaya tetapi kebolehan dan kemahiran yang dimilikiku membuatkan aku dipilih tanpa ragu. Posisi aku dalam Queen Band merupakan vokalis utama dan pemain piano.
Namun, Queen Band sekadar suku yang menjadi bahagian dalam hidupku kerana pekerjaan utama aku adalah perancang perkahwinan atau lebih dikenali sebagai wedding planner. Aku mempunyai syarikat perkhidmatan perkahwinan yang dikenali dengan Tiara Kim Wedding dengan partner business aka rakan baik aku sendiri iaitu Tiara sebagai pereka busana pengantin dalam agensi kami. Ya, aku terlalu minat untuk merealisikan impian orang lain yang mahu mendirikan mahligai sendiri sedang aku masih tidak menemui jalan hidupku. Bukan tidak jumpa tetapi impianuku masih jauh dan sukar sekali untuk dicapai.
Tiara pula merupakan rakan baik aku walaupun kami selalu bergaduh tetapi itu yang membuatkan hubungan kami bertambah erat. Bertekak, menengking sampai hilang suara namun esoknya kami akan berbaik apatah lagi agensi memerlukan fokus kami berdua. Namun sehingga kini masih ada satu isu yang sering meretakkan persahabatan mereka.
Gitaris utama adalah Herlina,seorang gadis yang agak tomboyish namun masih dalam kategori wanita adalah pemain drum manakala Damia pula gitaris. Herlina dan Damia merupakan ahli tetap bagi Queen Band kerana aku dan Tiada merupakan sub dalam kumpulan. Jika kami tiada, mereka tetap boleh bergerak secara sendiri.
Elliena Kamelia…di antara perasaan ingin memiliki dan menguasai. Adakah aku boleh memiliki kedua-duanya sekali?
BAB 2
“Mereka berdua akan datang pukul 8.30 malam ,melantak makan dulu lepas tu si lelakinya akan naik stage apabila blackout..and then…”
Jari jemariku yang bermain di piano terhenti lantas mendongak bersama dahi yang berkerut lebat.
“Blackout? Gila apa idea tu kalau tiba-tiba aje customer lain jerit lepas tu lari berterabur. Silap-silap tak jadi buat surprise!”Aku menyatakan pendapat. Adakalanya permintaan dari pelanggan sangat tidak kena pada situasi. Permintaan dah betul tetapi idea? Huh, sunggguh tak masuk akal. Buatnya orang tercucuk lidah dengan garfu? Silap-silap boleh kena saman.
“Lar…blackout sekejap je pun. Tak sampai tiga saat,mamat tu naik stage,sportlight pertama dekat dia,second kau…”
Wajah aku terus ceria. Walau hanya sedikit bibirku mengukir senyuman, tetapi cukup menunjukkan senyuman manis bersama ‘eye smile’ yang menjadi kegilaan lelaki. Ramai yang menyangkakan aku bukan orang sini,bukan orang Malaysia kerana darah campuran yang mengalir ditubuhku.
“Second aku? Wah ,kerja gila tu…nanti kang girlfriend dia fikir kami ada skandal pulak! Kan orang cakap…cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.”
Serentak itu ketawa mereka yang berada di kafe pecah dengan ketawa mendengar peribahasa aku. Peribahasa yang langsung tidak kena dengan situasi! Sudah banyak kali aku guna peribahasa yang salah pada situasi yang salah. Ikut suka aku aje nak cakap apa. Mungkin disebabkan aku lahir dan membesar di Amerika Syarikat selama 12 tahun jadi aku sukar untuk menguasai Bahasa ibunda. Lepas duduk menetap di Kuala Lumpur,ramai pula fikir aku warga luar negara yang datang melancong atau menetap di sini kerana selain dari penampilanku, aku juga masih punya slanga Amerika yang bercampur Melayu.
Disekolah juga seringkali aku mempunyai masalah untuk bertutur dan ramai yang salah faham kerana sebutan yang kurang jelas malah aku lebih gemar berbahasa Inggeris. Apabila aku disekolah menengah barulah aku mahir berbahasa Melayu malah ujian Bahasa Melayuku juga cemerlang. Pidato dan choral speaking juga aku masuk untuk memantapkan lagi bahasa nombor satu ini.
“What’s so funny? It’s true right?”Aku mula bengang. Penat bila kata-kataku seringkali disalah erti atau memang salah sebenarnya??
“Tak betul dan tak salah. Aku rasa….”Belum habis Herlina balas,Aku memintas.
“So?”
“Lebih baik kamu diam,Kim. Nanti entah apa-apa lagi peribahasa rojak kamu campur!” Satu suara yang amat mereka kenali menyampuk. Uncle Ramdan iaitu bapa saudara Tiara merangkap pemilik Arjuna Café(AC)
Sekali lagi mereka ketawa geli hati. Aku mencebik geram sebelum senyum malu. Dah biasa kerana itu satu gurauan. Kami mengadakan rehearsal sebelum menjelang malam. Kebiasaannya aku dan Tiara menjadi ahli Queen Band Cuma pada hari Ahad dan Isnin kerana kesibukan tugas kami berdua. Kadang-kadang saja aku dan Tiara turun padang.
“Hmm…asyik lagu Melayu je. Boring! Sepatutnya nak buat babak yang romantis ni kena lagu Inggeris. Sing with fluently, harmon, passion y and…bang! Happy ending. Senang kan?”
Herlina,Tiara dan Damia menggeleng.
“Kita ni sama tapi tak serupa. Kau okaylah lahir,lepas tu membesar tinggi kat US sana tu sampai lupa lagu Melayu. Ini namanya romantik dalam erti kata yang sebenar,Miss Kim. Guna something yang pure and natural.”Bidas Tiara sedikit pedas.
“Jealous? Correct me if I’m wrong…”Balasku tidak mahu kalah.
“Oh please lah..tak kuasa lah aku nak cemburu segala ni. Buang masa!”Tiara mula bangun. Ketika melintasiku yang tengah main piano tiba-tiba saja Tiara terjerit. Aku tayang muka tak bersalah.
“Kau buat apa tadi?”
Aku angkat kening tanda tidak faham. “What? I didn’t do anything. Anyway,tak luak pun pegang… Macam papan! Haha…”Aku ketawa sindir sambil memandang nota muzik lagu.
Memang aku suka sangat mengutuk Tiara yang terlalu kurus. Tiara memang pantang kalau ada orang menggelarnya begitu lebih-lebih lagi aku yang suka sangat menyentuh bahagian punggungnya yang rata itu. Papan pun boleh kelihatan berlekuk berbanding dirinya. Ah, sememangnya imaginasi aku ini aneh.
“Kau kan…”Aku terus terjun dari pentas bila Tiara dah buka langkah seribu!
Uncle Ramdan yang melihatnya menggeleng bersama sisa tawa melihat telatah kami yang sentiasa mewarnai kafenya saban hari.
Aku memakai midi bardot dress floral print. Begitu juga yang lain. Selama mereka melakukan persembahan,aku yang bertindak sebagai stylist dalam memastikan Queen Band mempunyai penampilan yang berbeza setiap kali berada di atas pentas. Tetapi bagi Herlina…
“Apa ni Kim pakai gaun bagai? Takkan aku nak main drum pakai dress? Terkangkang sana sini!”
Mereka bertiga ketawa. Tadi sewaktu tiba di kafe habis teruk Herlina di usha pekerja-pekerja di sini. Uncle Ramlan yang tengok pun macam nak tercabut rahang dibuatnya. Tak sangka Herlina yang lebih suka dipanggil El boleh jadi perempuan sebenar-benarnya perempuan!
“El…ini namanya fashion. Sesuai dengan nama kita,Queen Band. Queen tu apa? Permaisuri,princess kan? So,here we are…cantik tak?”Ujarku sambil memusingkan tubuhku sebelum tubuh Herlina pula aku pusingkan banyak kali.
Herlina berdecit geram. Sempat dia mengerlingku yang sememangnya Nampak cantik.
“Kau boleh lah kau dah biasa. Aku ni? Lagipun, first part kau je yang perform. Malam ni kan genre kita pop.”
“Rileks lah El..belajar jadi perempuan sikit.”Sampuk Tiara.
“Eh tapi kan El memang perempuan…?”Damia yang memag terkenal dengan sikap blurnya itu berjaya menarik gelak mereka. Terus hilang semangat Herlina nak bersuara.
“Kenapalah kau ni blur amat Mia!!!”Bentak Herlina sambil tangannya laju menyauk kepala Damia yang langsung tidak faham.
Aku berlalu ke piano. Nyawaku, heart-throbku bila aku kesunyian. Rumah dan butik aku letakkan keyboard sebagai peneman.. Aku minat alat ini dari kecil lagi dan seawal umur enam tahun daddy hantarku ke kelas muzik. Kemahiran yang aku miliki menyebabkan aku sentiasa merebut peluang untuk tampil di atas pentas pada majlis disekolah,majlis hari jadi kawan malah majlis syarikat daddy juga aku ada. Ditambah lagi bila aku bermain sambil nyanyi dengan suara yang husky.
Aku membetulkan postur tubuhku sambil jari jemariku berada dalam kedudukan yang betul di atas kekunci. Baru aku tekan…
“Hai princess…”Aku senyum bila dia selamba melabuhkan punggung disebelahku. Dia tetap seorang yang tepati janji untuk memuaskan hatiku tapi sayangnya…dia bukan jenis lelaki yang dambaan aku walaupun cukup sempurna sekali ciptaan TUHAN.
“Tiara beritahu I tadi you sekejap je kat sini. Habis part you,you terus balik. Kenapa? Is there anything wrong..tell me..i’m glad to help you. You tak sihat?”
“Thanks but not thanks Herman. I’m not sick but I’ve got work to do..a lot. I’ve no time for this. ”Terangku lambat-lamat kerana malas dan sebal dengan kehadirannya. Masa beginilah dia suka membuat kacau.
“Really? Tapi Tiara okay je stay sampai midnight. Bukan ke you guys partner? Kalau you busy dia pun mesti busy. Right?”
Aku merengus rimas, mengharapkan reaksiku
“Herman,please…I am not in a good mood and don’t ever try to spoil everything, at least not tonight. It’s a big day for me, for them but not for us. God…you’re so annoying!”Keyboard aku tekan kuat sehingga bercampur melodi yang aku mainkan. Sehingga mereka yang lain berbalas pandang kea rah kami berdua membuatkan Herman mengeluh. Sempat aku mengerling melihat dia yang sudah serba salah melihat reaksiku. Bukan mudah untuk aku mengawal emosiku yang agak berterabur pada hari ini. Keengganan Tengku Zariel, berperang mulut dengan Tiara, terlalu sibuk dengan persiapan untuk acara malam ini dan Herman mahu menambah lagi kekusutan kepalaku?
“Okay..okay..don’t be mad. I’m sorry,Kim. I tak datang sini nak spoilkan mood you. I just you know…excited tengok you malam ni. You look beautiful…just like a princess”
Lambat-lambat aku senyum puas dengan pujian itu. Pujian yang aku dah lali nak dengar tapi tak kisah,aku suka! Mana ada lelaki yang boleh lari dari auraku? Aura Elliena Kamelia!
“I know but excuse me, I’ve to prepare for our customer’s event. Hope if you don’t mind…”
Herman mengangguk, mengangkat tangan tanda menyerah. Memang Herman seorang lelaki yang cukup lengkap. Tiada sedikit pun kekurangan. Kacak bergaya, mewah dan lebut tutur katanya. Pakej yang lengkap dan sempurna! Tetapi bukan Herman yang aku nak pandang sekarang ini tetapi dia! Dia yang langsung tak pernah punya niat untuk memandangku walaupun sesaat.
“As your wish. I akan tengok you. Okay?”Herman bangun dan duduk di tempat biasanya. Dia regular customer di sini. Aku Cuma mengangguk bersama senyuman nipis, tidak mahu terus hanyut melayan mood yang tidak berapa baik demi memastikan semuanya berjalan dengan baik pada malam ini.
Tepat masanya bila pasangan kekasih itu tiba. Seperti yang dirancangkan semuanya berjalan dengan lancar.
Harus aku ketawa apabila tekaan aku betul-betul kena apabila si perempuannya yang paling nyaring menjerit sebaik saja‘blackout’. Dah aku agak ‘intro’nya jadi macam ni. Nak ketawa habis-habisan pun tak boleh apabila Tiara cepat menekup mulutku kerana tidak mahu merosakkan suasana. Sudahlah itu, si teman lelakinya tidak jumpa tiga anak tangga pentas sederhana ini sedangkan depan mata aje. Nasib baik Abang Naim pekerja kafe ni tunjuk arah.
“Bang, macam tak jadi je. Dah gigil dah ni!”
Kalau tak kerana si Tiara tutup mulut aku, memang aku hambur ketawa puas-puas mendengar bisikan lelaki tu. Hai tu lah,taknak practis dulu dengan kami sebelum hari kejadian.. Entah apa yang Abang Naim bisik,naik jugak lelaki tu untuk persiapan terakhir. Apa susah nyanyi untuk menenangkan teman wanitanya yang hampir histeria tu!
Akhirnya semuanya berjalan dengan lancar. AKu tenang memainkan melodi Belaian Jiwa dengan piano. Sungguh aku tak mengerti kenapa guna lagu Melayu untuk melamar kekasih? Bukankah lagu Inggeris lebih romantic dan seksi bunyi dan liriknya? Jiwa aku lebih kepada pop dan Soul. ;instrumental memang kegemaranku kerana melodinya terasa dekat dijiwa tanpa perlu habis tenaga,keluarkan peluh seperti gitar dan drum.
Tipikal lah bila dah kena lamar,si perempuan akan menekup mulut kerana terkejut dan tersentuh. Tapi yang penting aku paling banyak terima pujian kerana mereka terpegun dengan caraku bermain piano sama ada untuk permintaan takpun bersama kumpulan. Jika bersama kumpulan,tugasku tetap setia dengan piano bersama Tiara sebagai vokalis utama,Herlina sebagai drummer dan Damia bersama gitaris.
“Hai…sorry to bother you err..miss….?”
Satu suara garau menyapa dan aku membalas dengan senyuman. Seorang lelaki yang segak dengan cermin hitamnya. Ah jujur aku hairan kenapa suka sangat pakai spect hitam malam2 begini? Ada separuh lagi matahari yang belum terbenam ke apa!
“Elliena or…”
“Kim…I heard they call you by that name”Sambung lelaki itu lagi.
Aku menahan geram. Dah tahu lagi tanya?
“Yeah, that one!”
Dia senyum lagi. Manis. Dia bersandar di tepi pianoku yang berwarna putih ini. Okay…lepas ni apa pulak? Menari seksi kat atas piano?! Ini bukan citarasaku. Keluar terus! Melihatkan gayaku yang acuh tak acuh, spontan dia berdiri tegak. Tersengih mengusap rambut tercacaknya itu.
“Sorry kalau you rasa tak selesa. Ni first time I datang sini,then Nampak you..err,I just want take a picture of you. May i?”
Dia sudah mengeluarkan telefon bimbitnya,dihulurkan pada seorang temannya barangkali sebelum dia duduk di kerusi sederhana panjang bersebelahan denganku. Rasa tak selesa, aku beralih sedikit.
“Kata just a picture of mine? Not us…right?”Tekanku separuh menyindir tapi dia Tetap senyum miang.
“Siapa yang taknak bergambar dengan gadis cantik macam you? Seriously, kalau bukan kawan I beritahu pasal you, I ingat you foreigner” Tipikal ayat lelaki nak memikat,dah biasa sangat aku dengar. Dah bosan!
Bukan sekali dia snap gambarku sehingga nak pitam aku kena flash kamera. Tiara dan yang lain mengekek ketawa bila mataku acapkali terpejam-pejam seperti orang tidur.
“Thanks. I’ve something for you. Here”Sejambak bunga mawar bertukar tangan. Aku menahan rasa gatal yang menggasak hidung. Tiara cepat ambil. Aku bingkas berdiri,merendahkan sedikit kepala tanda tanda terima kasih.
“Thanks but I’m prefer lavender than roses.”
Riak lelaki itu berubah bengang. Tidak menduga dengan reaksiku.
“You tunggu,kejap lagi I datang balik”Aku senyum simpul melihat dia bergegas keluar dari kafe bersama rakannya.
“Lepas ni siapa pulak jadi mangsa kau?”Aku tidak menoleh. Kembali tunduk menyelak not music di tangan. Ada lebih kurang 10 minit sebelum aku bergerak pulang.
“Anyone. Why?”
“Kau leader band kita,imej band ni even bukan ada orang kenal pun. Kalau kau nak rosakkan imej kau sorang,go ahead! But not us,not Queen Band and what important is not my uncle’s café !”
Balik-balik ini yang dibangkitkan,aku bosan! AKu merengus sedikit sambil berpaling mengadap Tiara yang tajam merenung.
“Bercakap tentang diri sendiri? Impressive!”
“Apa maksud kau?”
Melihatkan Tiara sudah mengecilkan anak matanya,aku tergelak kecil. Tahu Tiara mula naik angin. Aku paling pantang jika ada orang sibuk nak betulkan kesilapanku sedangkan diri sendiri terkontang kanting,tak betul! Jadi mana layak untuk menegur?
“Look...aku tak ada masa nak bertekak dengan kau kalau balik-balik kau bising benda yang sama dekat aku. Bukan aku yang cari diaorang, diaorang yang cari aku nak buat macam mana? Kau sendiri tahu aku jenis yang macam mana,bukan jenis yang terkejar-kejar dekat lelaki!”
Kali ini giliran Tiara pula melepaskan tawa yang amat menyakitkan hatiku. Kami berdua jika bergaduh beginilah caranya. Gaduh seperti musuh!
“What did you say just now? Tak tergedik dekat lelaki?! Hello… perlu ke aku ingatkan kau selama ni siapa lelaki yang kau gila-gilakan,terhegeh-hegeh macam perempuan takde akal…! Perasan ingat semua lelaki syok kat kau padahal kau tak habis-habis nak kejar anak Tengku tu!”
Aku sudah berdiri dengan mata yang mencerlang marah. Herlina mara menepis jari telunjukku yang hampir kena mata hijau palsu Tiara tu. Nasib baik,kalau tidak memang aku cungkil biji matanya yang dilekapkan dengan contact lens warna hijau tu!
“Baiklah,selepas ni kami akan…..”Damia hadir menyelamatkan keadaan daripada menarik perhatian pelanggan. Jarang kami berperang disini sebenarnya tapi bukan aku yang mulakan!
“Aku balik dulu. Banyak lagi kerja nak buat daripada bergaduh dengan haiwan belaan macam ni!”Tekanku sempat menyindir pedas dengan makna yang mendalam. Tas tangan dibelakang pentas aku ambil. Sempat bersalam dengan Uncle Ramdan…kemudian terserempak dengan lelaki tadi, aku mencapai jambangan lavender dari tangannya yang tercengang bila aku berlalu tanpa berkata apa-apa. Hanya tindakanku yang menghidu haruman lavender penuh perasaan bersama lambaian nakal buat dia pegun. Kereta Myvi putih milikku terus kupandu ke destinasi.
Lagu Problem dari Iggy Azalea yang memekak dari tadi memaksa aku membuka mata. Rupanya aku tertidur lentok di meja kerja bilikku bersama organizer dan kertas kerja perkahwinan pasangan Hardy dan Sara yang berlangsung bulan depan. Agensiku hanya mengambil tempahan baju Butik Tiara, tema perkahwinan termasuk pelamin dan fotografi.
Tugasku lebih kepada perancang untuk tema majlis perkahwinan,mahupun nikah atau tunang sedang Tiara bertindak mengambil tempahan dan menjahit baju pengantin, manakala terdapat tiga orang kru professional lain yang terlibat dalam fotografi.
Mata yang masih berbalam-balam sukar untuk aku melihat nama di skrin Iphone. Aku kembali melentokkan kepala, menjawab malas.
“Ada apa, babe ?”
“Kim…ambil Tiara kat tempat biasa. Now!”
Tak sempat aku balas,talian dimatikan. Aku mendengus kasar. Faham siapa dan apa yang biasa berlaku pukul 3 pagi macam ni. Ah, kenapa lenaku sentiasa saja terganggu dengan perkara tidak berfaedah seperti ini?
Aku berhentikan kereta didepan Zouk. Masih terang,masih high dengan manusia yang obsess dengan keseronokan. Sikit aku tidak menoleh kiri kanan yang penuh dengan mereka yang jalan terhuyung hayang, bercakap dengan nada meleret bersama bau air setan yang busuk, terkinja menari sana sini. Aku dah biasa.. dah bosan dengan panorama begini. Dibesarkan diluar negara banyak membuka mataku tentang gaya kehidupan sosial manusia yang memilih untuk berjimba melepaskan stress di luar selepas seharian menghadap kerja hakiki.
Akan tetapi, aku tidak pernah sekalipun menjejakkan kaki di situ walaupun sekali. Memang Daddy bukan dilahirkan sebagai seorang Islam apatah lagi berbangsa Melayu. Lebih tepat lagi,seorang Kristian yang kemudiannya memeluk Islam setelah melihat bapa saudaranya berkahwin dengan wanita Pakistan. Bapa saudaranya memeluk Islam dan kehidupannya terus berubah 360 darjah. Kata daddy, dia meninggalkan semua yang dilarang dalam Islam…lebih tenang dan bahagia. Putih dan suci seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.
Walaupun mendapat bantahan keras dari mendiang atuk dan nenekku, daddy tetap dengan keputusannya. Mungkin ini yang orang kata mendapat hidayah dariNYA. Tiga tahun memeluk Islam,daddy bertemu dengan mama. Mama pula merupakan anak tunggal hasil dari perkahwinan datukku yang berdarah Melayu manakala arwah nenek wanita Korea. Incheon,Korea Selatan. Disebabkan itu tubuhku ada tiga darah campuran Melayu,Korea dan Amerika.
Dari ekor mata, aku dah tahu apa berlaku. Satu keluhan berat dilepaskan sebelum melangkah keluar sambil sweater aku zipkan sehingga ke atas. Malas nak layan pandangan lelaki yang macam nak tebus merenungku dari atas kebawah.
“Hei amoi..come and join us! Cheers!”Sekumpulan lelaki bercampur bangsa menegurku bersama tawa sumbang,berlaga gelas yang berisi air setan tu. Pintu sebelah pemandu aku buka bila mereka berdua makin dekat denga langkah yang tak teratur.
Bau minuman keras juga kuat,menusuk hidungku. Lelaki yang memapah Tiara meletakkan tubuh gadis itu dalam kereta. Entah apa yang dibebel Tiara aku tidak tahu dan malas nak tahu. Dah mabuk macam tu apa yang boleh faham! Hanya orang yang mabuk je faham. Bahasa sesame mereka sendiri!
“Thank god Kim you made it ! Dia memang ‘high’ habis malam ni sampai aku tak boleh control. Lima gelas jugak tibai! You should try sometime,Kim. AKu belanja.”Alan ketawa dengan nada yang meleret. Aku menjarakkan diri. Sakit hidung menahan bau keras itu.
“Lima gelas?! Are you crazy?!”
Ketawa Alan lagi. Matanya semakin kuyu bila dia mendekatiku. Aku menepis tangannya yang cuba menyentuh rambutku. Biadap! Mentang-mentanglah Tiara tidak sedar, dia boleh berbuat apa sahaja? Sungguh aku tidak faham mengapa Tiara sanggup bersama lelaki seperti Alan.
“Alah kau ni usik sikit pun tak boleh. Kedekut ! Chill, okay? Setakat Lima gelas tak ada apa-apa makna bagi Tiara. Paling teruk esok petang dia dah segar balik. Bukannya dia mati pun!"
Kata-katanya sekali buat darahku mendidih. Aku menunjal dadanya dari jari telunjukku.
"Jaga sikit mulut you tu! Sebab tu dari dulu lagi i tak suka you dekat dengan Tiara. I tak tahu kenapa dia sibuk nak melekat dengan you sedangkan you tak pernah berubah, You buat dia makin teruk, makin sesat dengan perbuatan keji you!"
"Woi betina! Tak payahlah nak bagi ceramah free kat sini lah, Kim. Just let me remind you that, she always be mine. M.I.N.E. Get that?” Suara Alan separuh menekan dan aku faham maksudnya, yang membuatkan hatiku bertambah nyilu. Sesuatu yang pahit untuk aku telan sebagai seorang sahabat.
“Sampai mati pun I taknak faham dan tak akan faham. Dah tepi,berambus!”
Aku menolak Alan jauh. Perit hidung nak menahan bau busuk tu. Pintu kereta aku hempas kasar sebelum pedal minyak aku tekan kuat sampai nak patah. Penghawa dingin aku matikan. Semua tingkap kereta dari depan hingga belakang aku bukan. Tak sanggup nak bau segala benda yang melekat di badan Tiara.
“Kim…panaslah. Badan aku dah berpeluh dah ni. Aircond please…”Tiara merengek.
Aku diam. Aku Cuma nak balik, cari tilam dan tidur.
“Kim…Alan suruh hantar aku balik kondo dia kan? Aku rindu dengan dia. Sedap wine tadi sampai bergelas-gelas aku minum. Heaven! Rugi kau tak try. Boleh selesai masalah walaupun kau teguk sedikit.”
Banyak kau rugi. Tak hadap pun aku. Buang masa,bazir duit! Kutukku.
Nak cakap pun bukan orang mabuk faham! Kalau Tiara bukan kawan baikku,memang dah aku campak kat tepi jalan. Alan merupakan teman lelaki Tiara. Mereka sudah lama bersama. Kami berkawan rapat Cuma aku tidak suka cara hubungan mereka ‘diiktiraf’. Walaupun aku dibesarkan negara Barat tetapi aku masih tahu halal dan haram. Walaupun mamaku berdarah kacukan Melayu-Korea, daddy pula mualaf tapi mereka berdua membesarkanku dengan ajaran Islam yang benar.
Tetapi aku tidak mengamalkannya. Dan Islamku sekadar ‘hiasan’ yang tertera di kad pengenalan. Ya, satu kenyataan yang pahit sebagai seorang Muslim yang hanya pada nama.
Hatiku berdarah...
Share this novel
Dah penah baca..nak baca lg
Yeay bole la lepas rindu ngn kim nihh