Bab 4
Suasana yang selesa hanya ditemani lagu dan juga suara-suara halus pelanggan yang sedang berbual. Walaupun bingit, tetapi adakalanya telingaku terpacak tinggi juga mendengar pelbagai topik dari mereka. Masalah kewangan, isu politik,
“Kenapa you Nampak rileks ?”
Aku tetap senyum sambil tangan sibuk update status di Fac dan juga Twitter sementara menanti hidangan siap. Nasib senang nak parkir kereta kerana kebiasaannya waktu petang tidak ramai.
Jauh aku merayap dari Ampang sehingga ke Dorean Korean BBQ Sri Hartamas kerana aku ada temujanji dengan klien bagi melihat sesi pengambaran dan rakaman yang akan diadakan di sini. Adakalanya aku geli hati juga dengan jodoh yang bermula di sebuah restoran.
Betullah…love sometimes make you crazy!
“Of course I kena rileks and cool. Kejap lagi ada sesi rakaman video dengan krew abang Zikry dan klien. Nasib diaorang datang lambat. Kalau tak malas I nak layan you.”
Harith Cuma ketawa. Tak sangka pula boleh terserempak dengan dia kat kawasan sini. Seboleh mungkin suruh aku ajar dia makan makanan Korea ni. Kejap lagi tahulah nasib kau! Bukan aku tidak tahu tekak Melayunya itu. Kemana-mana, mesti masakan yang sama. Penakut benar untuk mencuba sesuatu yang baru.
“I mean,you look so calm after you make your wish come true on air but you give so much damn painful to Ariel…”
Perbuatanku terhenti. Tahu apa yang bermain difikiran Harith. Pasti saja tentang temubual oleh satu pihak produksi berkenaan Queen Band dan Arjuna Café. Bukan mudah untuk memiliki publisiti seperti ini. Bukan sahaja dapat menaikkan nama kumpulan muzik kami, tapi juga kafe tersebut.
Aku yakin selepas ini pasti kafe milik Uncle Ramdan semakin menjadi perhatian ramai. Dan aku juga mengambil kesempatan Ketika liputan temubual itu dibuat. Ya,aku sengaja menyebut nama Zariel biar satu Malaysia tahu lelaki itu milikku.
Telefon pantas aku letak atas meja seraya mendekatkan tubuhku rapat ke meja dengan mata terbeliak.
“Harith! Don’t tell me you get the copy from April and show it right away to him before it’s going to be on air today?!”
Harith tersengih sekejap sebelum lambat-lambat mengangguk. Dan dahinya berkerut lebat bila melihat reaksiku yang tiba-tiba ketawa.
“Got you! Jangan buat muka macam tu,sangat-sangat menakutkan okay. I’m glad to hear that. I tahu you mesti peras ugut April lepas tu terus tunjuk kat Ariel sebab I tahu dia mana layan program macam tu. Business,saham,business,golf…oh pleasah ,get a life! You kawan baik dia kan, so bawak dia keluar dari dunia dia yang bosan tu!”
“Bukan main laju ye mulut you bila bukak cerita pasal Ariel kan? No wonder you berani sebut nama dia kat dalam TV. Memang I kawan baik dia tapi dia takkan dengar cakap i. You try lah,I cabar. Kalau you berjaya buat dia dengan cakap you, i raise my hands” ujar Harith mengangkat kedua belah tangannya.
“Don’t ever try to bet on me dear because I’m afraid you’re going to lose,Harith. Tapi kalau i…I nak bawak dia masuk ke syurga i. Hanya I dan Ariel.”
“Kim..you tak penat ke kejar lelaki yang langsung tak pandang you?”
Pembuluh darahku seperti dihiris dan menitis satu persatu. Kejam dan pahit. Tetapi itu satu kenyataan. Aku membiarkan soalan itu tanpa jawapan bila hidangan kami tiba. Ada enam hidangan kesemuanya. Aku balas renungan lelaki yang segak dengan kemeja kerjanya yang berwarna biru laut.
“I akan berhenti bila tiba masanya tapi sayang,I belum penat dan takkan penat selagi I tak dapat curi hati Ariel dan kunci dia kemas-kemas dalam hati i. Hati I Cuma ada satu je jadi I nak dia jadi pemiliknya.”
Harith mengeluh panjang. “Kim, i pun tak akan pernah berhenti untuk you tak berharap pada Ariel. I bukan cakap untuk merendahkan diri you. No Kim but you don’t do this to yourself.”
Aku tersenyum cuma. “I tak berharap tapi i berusaha, Harith. Bukan ke kita perlu berusaha sebelum mengalah?”
“Tapi sampai bila, Kim? It’s been years. Sampai bila you nak seksa diri you sendiri?”
“Oh i love some things extreme, Harith. Just like your best friend. He make me so….” Aku mengecilkan anak mata, membiar Harith merenungku tanpa berkelip.
“Alive…” sambungku dengan nada menggoda.
Harith terus menjulingkan mata ke atas.“How I wish I were him,that bored guy in the world! Haha..stop kat sini pasal dia dan please beritahu I satu-satu apa benda kat depan I ni”
Aku turut gelak. Tahu Harith memang suka bergurau. Gurauan yang sama dia lakukan jika dengan kawan wanita tetapi jujur aku senang dengannya. Walaupun personalitinya begitu kontra dengan Tengku Zariel tetapi Harith seorang yang mudah ketawa. Baik dan kelakar.
“Ia bukan benda ya Encik Harith. This is Korean food. Salad with BBQ,fresh meat,soup and Korean tradisional food,Kimbap and the most impontant is..halal! Semuanya halal jadi jangan risau. Yang lain tu memang tak berani cuba sebab biasa diaorang letak ‘kawan baik’ you”
“Kawan baik i? Siapa?”
Haishh..takkan tak faham? Aku mendesis geram sebelum membuat satu bunyi yang akhirnya memaksa Harith mengganguk faham.
“Tak sangka…”
“Apa yang tak sangka?”
“Tak sangka bunyinya serupa. So,sejak bila you dengan…”Harith turut buat bunyi yang sama sehingga mengundang mata-mata yang lain.
“Berkawan?”
“Harith!”Terburai lagi ketawa kami berdua tapi masih terkawal. Bimbang jugak aku kalau kami berdua kena tendang keluar. Rosak imej aku sebagai pelanggan tetap kat sini! Senang betul Harith ketawa. Berbeza dengan sikap Tengku Zariel. Serius 25 jam! Atau hanya denganku dia begitu?
Dan apa reaksi dia agaknya bila tengok rakaman tu? Tak sanggup pula aku nak berdepan dengan dia tapi apa aku kisah? Lebih teruk dari ini pun aku pernah buat.
“Err…actually I malu nak mengaku tapi I tak reti pakai chopstick. I mintak garfu dengan sudu lah ya. Sekejap…”
“Harith!”Aku menepuk tangan Harith dengan chosptick yang dah angkat nak panggil pelayan disini.
“Look around you..is there anyone use besides chopstick? You should learn using chopstick from now on. Mana tahu nanti you kahwin dengan wanita Pan-Asia ke, Arab ke…white woman ke”
“Ada..kat depan ni haa..tapi dia duk tergila-gilakan kan BBF I pulak”
“Duk? Benda tu? Is anything fall?”Aku yang terpinga-pinga tak faham lantas menunduk kepala ke bawah. Selalu kalau ada benda jatuh memang bunyi macam tu. Pernah dulu aku cuba layan novel Melayu. Mereka selalu guna perkataan itu untuk menggambarkan sesuatu yang terjatuh atau terlanggar.
Harith gelak kuat. Aku dah tarik muka. Laju kimchi aku telan.
“Seriously Kim you really have to learn and study more malay vocabulary. Itulah I selalu ajak you lepak dengan I taknak. Banyak benda I boleh ajar you”
“With you? No way! Makin rosak otak I nanti. Anyway,I dah pernah baca kamus dewan bahasa banyak edisi pun,takde pun jumpa perkataan tu. Dah lah,sini I ajar you. Tackle perempuan tahu pulak! Benda kecik macam ni pun tak tahu.”
Aku mencapai tangan kanan Harith sebelum meletakkan chopstick pertama di tengah ibu jari dan jari telunjuknya.
“Kalau lama sangat you pegang tangan I,I rasa I akan pengsan!”
“Pengsan lah kalau nak. I takde masa nak layan!”Aku menjeling sebelum bagi Harith chopstick yang kedua.
“Pegang macam you pegang pen. Lepas tu….”Lama jugak aku terpaksa makan terhenti-henti bila Harith banyak kali terlepas daging segar sehingga terpecik sana sini. Aku nak pandang kiri kanan pun malu bila mereka tergelak melihat Harith.
“Stop falling the food or I swear they will kick us out!”
“Okay,sorry!”
Sedaya upaya aku tahan tulang dan otot pipi aku dari ketawa terbahak-bahak melihat gelagat pasangan muda yang asyik tidak menjadi ‘lakonan’ mereka untuk melakonkan semula babak pertemuan mereka direstoran Korea yang terkenal ini.
Keduanya masih muda dan datang dari golongan berada. Tengok saja pakaian mereka dari atas ke bawah semasa kali pertama bertemu dengan kami pun aku sudah tahu.
Pasangan muda ini akan melangsungkan perkahwinan mereka bulan depan dan Sara pula minggu ini. Persiapan majlis Sara semuanya berjalan dengan lancar. Majlis resepsi,Baju pengantin,pelamin,senarai tetamu,photoshoot,congratulation booth semua siap!
“Ya rabbi…takkan korang terpaku dekat tepi longkang?”Suara Abang Zikry merangkap kawan aka jurugambar memecah lamunanku. Aku mengerling sekilas Abang Zikry yang sudah menepuk dahinya. Mungkin saja tidak menyangka dia perlu mengambil sudut berdepan dengan longkang! Sudahlah baunya saja menyengat, entah macam mana boleh terpukau dan terpaku di sini??
“Betul bang memang macam ni masa kali pertama kami berjumpa. First time. I dan dia memang kebetulan nak makan kat sini. We’re looking each other and…”
“Bla…bla..bla…”Tidak sedar aku menghembus nafad dengan kuat sambil menjatuhkan rambut ke sebelah kanan dan ketawa. Tiga orang krew yang membantu Abang Zikry turut ketawa lucu melihat adegan itu dan juga reaksiku.
“Ketawa je lah Kim tak payah tahan-tahan”
“Eh,I ingatkan you dah balik?”
Harith menggeleng turut memerhati. “Saja. Ni first time I tengok staf you buat sesi rakaman dan photoshoot ni.”
“Mereka semua bukan staf I okay. Kami bekerjasama. We are team”
“That’s why I suka you. You jujur dan rendah diri.”
AKu sekadar tersenyum membalas usikan itu sebelum suara salah sorang krew kami mengeluh”
“Cut cut! Ada orang pulak lalu situ. Bro,bukan kau dah letak ke papan tanda no entry yang kau rembat kat corner tu?”
Apa? Rembat papan tanda No entry?! Hish,silap-silap ada orang mengadu baru tahu!
Baru aku nak mencuit bahu Abang Zikry derapan kasut seseorang yang mungkin dimaksudkan mereka tadi membuat mata aku tidak berkelip. Bunyi kasut itu,haruman Hugo Boss yang menusuk hidung,langkah yang kemas dan tegap bahu serta dadanya dan…wajah pucat Harith???
Oh God,he’s here!
Jantungku terus berdetak laju. Mengepam kuat seperti mahu meletup.
Alangkan mereka yang lain juga terpaku dengan kelibatnya termasuklah si wanitanya yang seakan-akan jatuh rahangnya sehingga pasangannya pantas menutup mulut gadis itu apatah lagi aku.
Satu saja yang aku tak suka adalah gaya rambutnya. Bagiku dia seperti mempunyai dua personality melalui gaya rambutnya. Jika rambutnya kemas disikat rapi,dia begitu tegas,garang,serius,Dracula,vampire dan yang seangkatan waktu dengannya! Sungguh aku tak suka rambutnya begitu.
Aku lebih suka jika dia menjatuhkan rambutnya. Bersepah tetapi tetap kacak dan macho! Itu karakter sebenar dia. Cool, tenang,romantic,sweet,caring..tetapi Cuma berdepan dengan seorang wanita yang cukup aku benci!
Aku sengaja menguis rambut dan membetulkan cermin mata hitamku bila dia semakin dekat. Aku menguntum senyuman semanis dan selebar mungkin malangnya..dia Cuma lalu bersama kerlingan tajam dan mendekati Harith!
“Ariel…kau…aku…”
“You,wait and you!” Tengku Zariel meluruskan jari telunjuknya tepat ke dahi Harith yang terpinga-pinga sebelum berpaling ke arahku.
Dussh! Matanya! Tajam menikam! I like…
“Aku bagi kau dua pilihan. Mintak maaf atau aku malukan kau dekat sini?”
Aku tercengang tidak mengerti. “What?!? For what?”
Dia merengus kasar. Situasi dimana semua mata memandang kami. Ini kali pertama ia berlaku didepan staf dan pelangganku yang pasti tertanya-tanya siapa lelaki yang tengah berangin didepanku sekarang ini. Okay,ini bukan benda yang baik,Kim!
Aku tarik nafas dalam.
“Kim…semuanya okay ke?”Soal Abang Zikry risau.
“Yup,everything is fine. He’s one of my friend. Just carry on without me”Cepat aku menjawab. Sempat aku buat isyarat pada Harith agar melarikan perhatian mereka yang lain dari memandang kami berdua.
“Jom kita cakap kat sana…”Aku menyentuh lengannya dan sepantas kilat dia menepis kasar.
Aduh! Kena lagi!
Sakit tu satu hal dan satu reaksi dia yang membuat aku menahan rasa bila dia menyapu kot hitamnya seperti dia baru aje sentuh benda yang menjijikkan!
“You sanggup datang sini semata-mata nak jumpa I ke? Miss me?”
Tengku Zariel berpeluk tubuh,memaling wajahnya ke kanan sebelum tergelak.
“Kau ni memang tak tahu malu kan? Kau takde otak ke apa sampai tak boleh fikir kenapa aku ke sini? Aku datang ni ada dua sebab. Pertama ,Harith sepatutnya attend meeting penting yang dia baru aje ‘ponteng’ disebabkan kau! Kedua….ini…apa??!!”
Laju dia bercakap dengan nada yang makin naik satu oktaf bersama thumbdrive yang hampir-hampir kena dahiku.
“Kau memang berani ya sebut nama aku dalam TV even it’s not entertainment program show but it will be on air and anyone who watching and knows me will spread the stupid rumours because of you! About me, my family and Iman!!!”
Terpejam-pejam mataku disebalik sunglasses ni. Bukan apa,setiap kali dia buka mulut seperti ada pisau yang meluncur laju ke mataku. Tajam dan sakit! Tercacak telingaku dengan tempikannya.
“So? You nak I buat apa,Ariel? I;m already mention your name,on televisyen and guess what..it’ll on aired tonight at 9! Oh god you’re lucky you know that? This is was my first time I will be on the tv and you’re going to be popular business man! Anyway buat apa you nak naik angin sangat sampai sanggup datang sini semata-mata nak marahkan I pasal sebut nama you sebab I tak ada mention pun nama ‘Tengku’ kat depan tu! And FYI,semua yang tengok nanti anggap tu gurauan even staff,crew and April Wong pun anggap I bergurau. Sengaja nak elak soalan sampai sebut nama you.”
Buang masa dan buang habis liur je aku terangkan kerana Zariel tetap Zariel! Sakit hatiku bila dia sebut nama Iman tu. Aku nak rasa bersalah? Untuk apa?
“Kau memang dah melampau kau tahu tak! You should be glad,Elliena Kamelia sebab kalau tak kerana producer tu ada kena mengena dengan Harith dan April tu kawan dia,memang aku dah saman syarikat tu,tempat kerja kau termasuklah kafe tu sekali!!! “ tempiknya lagi.
“Kau memang sengajakan nak sakitkan hati aku dengan Iman? Dari dulu sampai sekarang kau tak pernah stop cuba rosakkan hubungan kami but it’s okay. Aku tak anggap kau cuba nak cetuskan any rumour or try to ruin my image as you already says,it just a stupid joke right? Then, congratulation! Shame on you,perempun!” Ujarnya dengan sengaja tekan ayat terakhir itu satu persatu.
Cukup tajam renungan dan berbisa sekali kata-kata yang dia lemparkan padaku. Tiada senyuman mengejek tertera dibibirnya sebaliknya dia campak thumdrive tepat ke jalan raya lalu dipijaknya sehingga hancur seolah-olah dia memijak wajahku. Itu yang dia rasa!
Aku menahan rasa yang menggasak bertubi-tubi didada yang berombak ganas. Marah dan geram menjadi satu. Baru hari tu aku menyambut kemenangan kerana berjaya membuat cubaan untuk menyebarkan spekulasi dengan menyebut namanya di kaca TV.
Bukan saja bakal menyebarkan spekulasi di syarikatnya iaitu Qalesh Holding tetapi juga merenggangkan hubungannya dengan Iman. Mana mungkin tiada sesiapa yang tengok kerana program itu merupakan program santai yang mendapat rating tertinggi tahun ini. Kasar aku menanggalkan cermin mata hitam sebelum menyaingi langkah panjangnya yang menuju ke lokasi pengambaran.
“Hei…”Dengan kudrat yang ada aku menarik lengannya sehingga dia terpaling memandangku. Bulat matanya menahan marah dan terkejut.
Aku senyum manis sebelum memaut kedua bahunya,menjingkitkan kaki mengikut ketinggiannya dan dengan bibir yang rapat ke telinganya. Bersuara dengan nada manja dan menggoda. Biar dia pengsan!
“I wont stop till I get your love and lock into my heart so that no one can’t steal you from me. Ini Kim lah. I can get what I want! You’re mine,forever…till death do us apart.”
Aku berjalan dalam keadaan mengundur seraya menjerit.
“Bye honey,see you when i see you.
Hope you enjoy watching me tonight!”
Seusai itu aku berlalu dengan hati yang puas. Puas dapat buat dia terdiam. Tentu saja dia sedang menahan marah. Lebih-lebih lagi aku melayangkan flying kiss dan mengenyitkan mata. Haha…
Sekali aku cakap,sekali aku lafazkan…itu merupakan satu kenyataan dan fakta! Like I says…I can get what I want!
Beberapa tahun yang lalu…
“Okay ,tadi korang dah pilih satu nombor kan? Nombor tu mewakili satu kumpulan. Sesiapa yang nombornya sama maknanya korang satu group. Sila berkumpul kat tempat yang ada facie. Aku kira sampai lima untuk korang ada dalam group masing-masing. Kalau tak,aku hukum seorang-seorang!”
Aku menjulingkan mata ke atas,menatap langit dewan utama yang nyata lebih menarik dari mendengar suara komentar tentera Nazi Jerman tu! Huh,mentang-mentanglah ketua pelajar,ketua fascilitator kat sini bukan main berlagak lagi..tetapi tersangatlah kacak!
Mataku sedari mendaftar tadi acapkali menjelingnya yang santai berseluar jeans hitam dan bertshirt putih. Warna kegemaranku. Bagiku lelaki Nampak seksi jika memakai apa sahaja yang berwarna putih. Tapi untukku memakai warna itu harus fikir banyak kali sebab bimbang dilihat tanpa ‘diX-ray! Oleh mata keranjang lelaki lain.
“Hai…You’re number 5?”Seorang gadis manis bertudung menyapaku. Kecoh suasana dengan para pelajar semester pertama tercari-cari kumpulan masing-masing.
Aku angguk bersama senyuman. “Yup. Kita sama”
“Oh, sorry. Saya tak tahu awak boleh cakap Melayu. Saya ingatkan awak international student”
Aku ketawa kecil. Dari tadi mereka yang bertegur dengannya banyak speaking. Boleh tahan juga lelaki Melayu di university tempatan ini. Mungkin tidak sekacak lelaki di negara Uncle Sam, body pun tidak semantap tak pun punya sixth pack sehinggakan selamba berjemur di Central Park New York tanpa berbaju. Cuma pakai Bermuda paras lutut dan cermin mata hitam sudah!
Hot dan seksi! Sayangnya di sini tidak boleh berbuat begitu. Silap-silap di cop kurang siuman.
“You! Where is your group?!”
Aduh!
Nasib tak terpelanting Iphone aku. Sepi dewan ni memerhatikan aku.
Erk? AKu sorang je yang berdiri? Yang lain semua dah duduk?! Cepat aku duduk bersebelahan dengan gadis bertudung tadi.
“Stop yelling at me,please. You could make my ears broken for nothing!”Ngomelku geram.
“Come again?”
Oh no! Dia dengar?? Dan kali ini kesemua ahli kumpulanku menunduk ketakutan melihat dia dibelakangku.
“Bro,dah lah tu. Kita dah tak ada masa dah ni. Ada jadual nak kena kejar”
Lambat-lambat aku mendongak membalas renungan tajamnya. Terkedu aku disitu. Matanya..tajam menikam! Menusuk sehingga jantungku berhenti berdegup. Adrenalinku yang laju naik tadi terus merundum jatuh. Hanya semeter jarak yang memisahkan kami. Teringin nak tahu namanya,tangannku tiba-tiba nakal mencapai student cardnyasebelum bahunya ditarik oleh rakannya tadi. Melepas pula!
“Tengku Zariel Farhan”
Aku berpaling pada seorang gadis berambut hitam dan beberapa helai rambutnya diblondekan. Dia Nampak agak catchy dari gayanya.
“Tengku? What’s that?”
Gadis itu ketawa seperti menyindirku. Dari wajahku dan penampilanku tentu saja orang boleh agak aku bukan ‘pure’ Melayu. Tengku tu nama kea tau nama panggilan? Manalah aku tahu! Papa dengan mama takde ajar pun! Balik-balik kalau di Korea ada nama keluarga Lee,Park,Kim,Choi dan nama daddy pula, Damien! Bukan ada nama gelaran berpangkat pun.
“Pan-Asian?”
“Not really. Mix blood tapi asal keturunan I Melayu”
“Same goes with him. Tapi dia lagi ‘up’. You know..Tengku,Raja,puteri tu satu gelaran dan keturunan. Senang cerita ada darah diraja. From a royal family. Bau-bau bacang gitu.”
“Like British Prince William,Duke of Cambridge?”
“Sort of but like I said before..Cuma keturunan yang jauh tapi still ada royal blood. Ah apa bezanya dia dengan kita. Di sini, kita semuanya sama. Beza nama je”
Banyak yang dia tahu pasal senior kami itu. Aku mengalih pandang ke arah lelaki itu. Serius sombong! Langsung taknak senyum. Tapi…sangat-sangat kacak! Beg sandang pink aku tarik ke riba.
“Untuk permainan pertama ni...setiap kumpulan kena buat satu logo dan moto bagi menunjukkan semangat kamu dalam menghadapi sem pertama di sini. Kami dah sediakan…”
“What? Seriously??! Moto dan logo?? What on earth! Macam game kindergarten je!”
“You! Stand up!”
Terlepas earphone dari tanganku. Okay…satu kesilapan bila aku mengutuk saat dia lalu dibelakangku.
Dia dengar lagi???
Telinga keldai ke apa? Ahli-hali kumpulan aku dah tunduk kepala sampai nak cium lantai.
Dengan malas aku bangun. Tegah berdiri bertentang mata dengannya. Macam ini attitude seorang senior melayan pelajar freshie ‘international’ macam aku?! Huh!
“What did you say just now?”
Sunyi dewan ni dengan suara tegasnya tapi amat macho dan seksi di telingaku. Kim,wake up! Aku lantas senyum. Mana tahu dia cair dengan killer smile aku ni.
“I want your answer not your smile !”
Adug ,bisanya mulut dia! Terdengar juga ketawa kecil pelajar-pelajar yang lain seperti mengejekku. Panas wajahku. Tidak pernah aku dimalukan sebegini rupa. Lelaki ni orang pertama yng pecah tradisi aku!
“What i just say is…your game it’s like kindergarten. You know what i mean? Kalau setakat game macam tu budak kecik pun boleh ambil paper,gunting lepas tu tampal semuanya kat board!”Tekanku geram langsung tidak gentar.
Tajam matanya melawan renunganku. Rahangnya juga seperti berlaga.
“Oh,melayu rupanya. Ingatkan ‘firaun’ dari US! This game is not just a game. When you do it right, you will know what is the meaning of teamwork”
Firaun dia panggil aku?
Biadap!
Nak aje aku melawan tapi memikirkan dia senior dan aku baru dua jam menjadi pelajar disini,aku tahan rasa geram yang membuak-buak di dada. Aku menarik nafas panjang dan hela perlahan bersama senyuman manis.
“Yeah you’re right. I’am from US but seriously it’s look funny. We never need to play like that.We have our own way to make it interesting!”
Abang dan kakak senior yang lain sudah berpandangan. Tak kurang juga yang memandang jelek terhadapku. Nak kata kau biadap ke kurang ajar itu diaorang punya pasal! Yang penting aku cukup terbakar dengan renungan tajam dan lidahnya yang berbisa!
“Biadap,angkuh and no respect! Kalau saya ni dekan,dah lama saya campak awak keluar dari kampus ni!”
“But unfortunately,you’re not aren’t you?”Tukasku balik sehingga riak wajahnya berubah.
“Woo..guys,please rileks and be cool okay? Ariel, control and you please show some respect to your senior.” Rakannya yang tadi kembali masuk campur.
Aku senyum sekadar mahu memanaskan lagi hati Tengku Zariel itu sebelum kembali duduk. Kang kalau aku naik angin,jadi kes lain pulak. Berani dia mempersoalkan kemasukan aku ke sini? AKu layak!
“Baik,aku buang senior dan junior kat sini. Kalau kau rasa kau lebih layak dari aku dari kami yang kat sini,stand up give us something that we never do before this. AKu cabar kau!”
Bergema satu persatu perkataan yang keluar dari mulut Tengku Zariel sehingga para pelajar yang lain melopong dan bercakap sesama sendiri.
Dia cabar aku??! Aku bingkas bangun dan kembali menghadap dia.
“It will be my honour,Mr Hot but Annoying!”Satu dewan gamat ketawa mendengar gelaran itu.
Tengku Zariel ku lihat semakin bengang dan tercabar.Pasti dia tak menyangka aku akan sahut cabaran dia. Silap besarlah!
“ My honour too Miss Celup plus Bongkak plus Menyusahkan!”
“What?! You..!”
Suara marahku ditenggelami sorak riuh mahasiswa yang lain melihat gelagat kami berdua. Berpijar wajahku dengan mulut pedasnya. Tak pernah seumur hidupku diberi gelaran ‘terhormat; macam tu!
“I need a rope. Long and heavy…”
Tengku Zariel ketawa mengejek. “Kau nak kitaorang gayot kat dalam dewan ni lepas tu jerit macam Tarzan sambil sebut ‘moto; sendiri?”
AKu balas bersama senyuman mengejek juga.
“It still a game but the extreme one. Skipping.”
“Itu umur aku baru sehari pun aku tahu main lah. Aku rasa game yang kau cuba nak tunjukkan pada kami ni useless! Tak ada motivation langsung! Kalau setakat nak main suka-suka ,nak hiburkan diri sendiri lebih baik main kat rumah!”
“Umur baru sehari dah boleh main? Haha,so funny! Anak orang utan ke apa ni?” Aku melekek ketawa disambut juga dari mereka yang mendengar terutamanya dari group aku. Tapi bila terpandang aje jelingan maut Tengku Zariel,mereka terus diam menikus. Hai lah..jeling tajam mana pun encik abang, awak masih…,
“Dah cepat tak payah buang masa nak tilik muka aku”
Hish,potong betullah dia ni. “Cakap perlahan tak boleh ke? I’m not deaf! Yes,it’s skipping game but is;t not easy that you ever imagine.”
“Kalau setakat 10 ke 20 kali pun kitaorang boleh buat lah. Tak esktrem pun! Cakap je lebih habuk tak ada!”Teriak satu suara dari pelajar lelaki.
“Siapa yang teringin sangat nak habuk?”Balasku senada. Geram! Entah apa yang diaorang maksudkan dengan habuk pun aku tak faham!
“Kan aku dah cakap..game kau lebih jahanam dari aku!”
Terbakar sunguh hatiku yang tengah marak sekarang ni. Kenapalah lelaki yang handsome seperti makhluk tuhan didepan aku ni sangat-sangat menyakitkan hati?! Seorang kakak senior memberikan aku segulung tali yang panjang dan tebal. AKu sempat mengucapkan terima kasih. Fascilitator aka senior-senior yang lain sudah berdiri mengelilingi aku seolah-olah memandang rendah.
“Ia memang skipping tapi kita takkan buat ni seorang. Kena ada 10 orang. Dua orang yang akan hayunkan hujung tali dan selebihnya kena lompat masuk mengikut urutan,senang cerita one by one sambil jerit ‘I believe dari orang pertama sehinggalah orang terakhir dalam masa 25 saat. It’s a battle! Junior versus senior. How about that?”
Sepi sejenak seisi ruang dewan ini mendengar arahan permainanku sebelum mereka semua bersorak gembira bila melihatkan ia satu pertandingan di antara senior dan junior. Tak ada maknanya kami yang junior ni dibuli pada hari pertama! Ni baru ekstrem,baru thrill!
“Baik,aku setuju. Dan kalau kau menang?” Soalnya laju.
“Berlakon jadi orang gila depan pejabat dekan!”
Lagi mereka memberi idea. Boleh tahan berani juga budak lain tapi sayang..aku hanya nakkan dia sahaja yang terima hukuman aku!
Aku berpeluk tubuh sambil mendekatinya dengan lenggok menggoda. Dengan ketinggianku 167 cm, aku separas dagunya sahaja. Menusuk kuat haruman dari tubuhnya. Seksi! Nakal jari jemariku berlari di bahu kemudian berhenti di dadanya. Kedengaran juga mereka yang lain bersiul nakal dengan aksi daring ini.
“You…I nak you basuh baju I selama seminggu! All of it..if you know what I mean!”
“Wooo..phewit!!!”
Aku tersenyum puas melihat wajahnya yang merona merah sama ada marah takpun malu. Iya,memang aku benar-benar maksudkan! Dia merengus kuat seperti menahan sabar.
“Dan kalau kami menang aku nak kau basuh tandas perempuan selama seminggu,faham? Guys,let’s do it!”
Bermulalah peperangan antara senior dan junior. Aku cepat-cepat berbincang dengan mereka yang lain. Cari dua lelaki yang gagah dan sasa. Ramai betul yang volounteer nak bermain sekali seolah-olah cuba nak membantuku bagi memastikan kami menang dalam game ini. Dalam tengah sibuk ni juga tiba-tiba saja banyak kertas yang dihulur padaku.
“Call me…”
“Right away,honey”Aku mengenyitkan mata sambil ketawa nakal.
“Kau pasti kita boleh menang? Senior kita tu ramai budak sport”Gadis yang rambutnya bercampur warna tu bersuara bila kami sudah ambil posisi masing2. Dua pelajar lelaki yang bertubuh sasa akan mengayunkan kami.
Aku menoleh melihat Tengku Zariel yang sedang berlatih. Serius macam nak pergi berperang. Rata-rata rakan lelakinya bertubuh tegap dan cergas. Setiap kali Tengku Zariel melompat,rambutnya sedikit pun tidak terusik. Dia Nampak begitu kacak sekali.
Melihatkan itu saja sudah berjaya menerbitkan satu impian dalam hidupku.
“Aku tahu dia membenci, tetapi bukan juga satu jenayah untuk mencintai?”
Share this novel
test_account
Sebenarnya kan.. even dah reread byk kali sblm ni, i nak reread sgt HLA kali ni hahaha. pastu i tahap baca satu bab pun stop2 sbb takut can’t handle the pain hahahhaa drama betul kan.. tiap kali aeriel cam reject kim i can’t tahan lahh. Stop lagikk hahahaha acane ni stress tau