BAB 52

Romance Completed 199367

BAB 52


Suara kami yang rancak mula perlahan bila melihat kelibat Harith di depan rumah aku. Terus aku meleraikan genggaman Tengku Zariel sebelum dia bertindak memegang kembali tanganku. Lama aku pandang wajahnya yang tenang sebelum suara Harith memecah kesunyian.


“Well…that’s unexpected.And you guys really suit together…”


“Harith,kau boleh balik. Tak perlu hantar orang berjaga dekat rumah ni. Aku akan balik bila sampai masanya”


Harith ketawa sinis. Jelas dia bengang dengan kata Tengku Zariel. Aku hanya diam.



“Dia betul-betul dah ‘dapat’ kau,Ariel. You such a loser you know that? You really fall for her trick but it doesn’t surprise me anymore. Siapa yang tak kenal Elliena Kamelia Damien? Perempuan yang sanggup buat apa saja termasuk jual maruah sendiri!”


Aku pejam mata sambil membalas kuat genggaman Tengku Zariel. Mengharapkan kekuatan darinya mendengar kata-kata bisa Harith.


“Harith!!! Sebelum aku hilang sabar,lebih baik kau blah dari sini.”


“Wow…so,sekarang kau nak bergaduh dengan aku pulak? Okay fine…aku nak tengok sejauh mana korang dua boleh bertahan. Dan you Kim, I’m gonna make sure you will pay for what you did!” Lurus jari Harith ke arahku. Aku hanya tunduk ketakutan.


Menderum kuat kereta Harith keluar dari perkarangan rumahku. Aku memandang sayu. Sedih bila mengenangkan betapa rapatnya kami dulu. Dia selalu ada bila aku meluahkan rasa tentang Tengku Zariel. Selalu menyokongku. Tapi kerana kebodohanku, Harith kini memandang aku tidak ubah seperti musuhnya.


“Forget him. Dia tak sedar apa yang dia cakap.He just want me to get home,that’s it”

“Then you should be. This is not your home…”


Senyuman manis terukir dibibir Tengku Zariel. “Abang akan balik…cuma dengan Kim. Okay?”


Aku hanya mengangguk tetapi ada satu perkara yang lagi besar menanti aku…atau sebenarnya menanti Tengku Zariel. Penerimaan Carl dan Amanda…


“Hang makan dok nasi lemak royale ni,Ariel? Kalau makan,hang makan banyak-banyak naa. Kasi perabih semua ni sampai buncit perot. Ajak bini hang tu sekali. Makin hari makin kuruih je Mak Senah tengok. Nanti Ariel tengok pun tak lalu tau!”

Tertunduk-tunduk kepala aku dengan pipi yang dah merona merah. Dalam maksud Mak Senah tu. Hari ni kami bermalam di rumah Mak Cik Senah. Rumah aku masih menjadi siasatan dan dikawal oleh polis. Polis yang ‘betul’. Tengku Zariel mahu menginap di hotel tapi atas desakan Mak Cik Senah,kami berdua akur.


Walaupun aku dah terima Tengku Zariel,tapi kami berdua masih di fasa baru. Jadi aku khuatir bila kami akan tidur sebilik malam ini. Hari tu boleh lah sebab bila tengok dia nyenyak tidur,aku keluar pergi bilik lain. Ni takkan aku nak pergi masuk bilik Mak Cik Senah pulak??


“Jom tidur….”



Tak berkelip mataku memandang Tengku Zariel yang sudah berbaring di katil. Berhati-hati sekali baring selepas aku membersihkan luka di lengannya yang masih berbalut. Balutan dikepalanya sudah dibuka. Kata Hakimi,Tengku Zariel memang bernasib baik kerana tidak banyak kehilangan darah walaupun dipukul dengan objek keras. Mungkin sebab dia keras kepala kot…

“Sini…”Ruang kosong di sebelah ditepuk. Aku teguk liur bila Tengku Zariel baring dengan dahi berkerut.

“I…I can’t sleep well if I go to bed right now. Too early”


“Awal? Dah pukul 12 sayang. Abang tahu Kim tak selesa. Jangan risau abang tak kacau. Abang akan biarkan Kim tidur dengan nyenyak,lena dan sebagainya…”


“Tapi…”


“Trust me”Dia kenyit mata sebelum meletakkan sebiji bantal di tengah. Lambat-lambat aku naik atas katil. Itu pun aku ambil tempat betul-betul di hujung katil. Silap langkah,memang boleh jatuh katil. Pedulilah asalkan aku ada tempat nak tidur.


“Kenapa tak tidur?”Soalku bila melihat matanya masih terbuka walaupun jelas terpancar kepenatan atas apa yang berlaku. Terlalu banyak perkara yang terjadi dua hari ini. Ditambah lagi dengan Tengku Zariel yang tidak mahu ke hospital. Aku pula cuma terdapat benjolan di sekitar kepala yang dah mula surut akibat terhantuk malam yang mengerikan itu. Ah, sungguh aku tidak mahu ia menjadi ‘koleksi’ yang buat aku tidak tidur malam.


“Abang nak pastikan Kim tidur dulu sebelum abang.”


“Kenapa pulak?”


“Sebab abang takut Kim keluar bila tengok abang betul-betul dah tidur”

Laju aku cari wajahnya dibalik kesamaran lampu kuning milik bilik anak gadis Mak Cik Senah yang belajar di salah sebuah ipta . Maknanya Tengku Zariel tahu walaupun sebelum Subuh,sebelum dia bukak mata aku kembali tidur di tempat asal supaya dia tidak tahu?


“Abang tahu Kim takkan dapat tidur apalagi bila kena sebilik,sekatil. Kita tengah berada di fasa baru,take your time. Abang faham Cuma..abang minta sangat Kim jangan jauh dari abang,okay? Janganlah duduk hujung sangat, buatnya jatuh tergolek macam mana.”


Aku akur. Berubah sedikit kedudukan yang buat Tengku Zariel menghamburkan tawa. Dia mengeleng. “Nanti abang minta mak senah comforter. Kejap, abang…”


“Jangan!” Laju aku memegang lengannya. Dia tersentak, tidak jadi turun katil. Aku melihat tanganku yang berada di lengannya, terus aku menarik kembali sambil menunduk.


“Sorry,Kim tak sengaja…”


“Tak apa. Abang okay je. Suka lagi ada”

Wajah sudah berbahang. Kami merebahkan tubuh ke katil, merenung siling.

“Carl tu…..garang tak?”

Kepalaku laju menoleh. Terkebil-kebil mendengar soalan itu. Tengku Zariel bertanya seperti anak kecil.

“Kim…tak beritahu lagi dekat dia dengan Kak Amanda pasal ni. Masa abang datang pun,Kim tak beritahu sebab Kim tak tahu nak mula dari mana”

“Mula dari sekarang….abang akan terima apa jua reaksi Carl kat abang. Asalkan dia tak tumbuk abang kat tempat yang sama”Seloroh Tengku Zariel ketawa. Terserlah lekuk di pipi kirinya.

“Abang memang macam ni ke?

“Macam mana, apa?”

“Suka bergurau, senyum..ketawa macam ni”Soalku perlahan ingin tahu. Dan aku tak keruan bila melihat wajah Tengku Zariel berubah riak. Dia mendekatkan sedikit tubuhnya di bantal yang aku letak di tengah-tengah kami.

“Ini…cuma sebahagian dari diri abang…yang Kim tak nampak”

“Sebab Kim bukan orang yang layak tengok semua tu…”Aku menyampuk sambil tersenyum pahit.

Aku melihat wajah Tengku Zariel berubah. Dia meneguk liur berulang kali.“Abang minta maaf…abang tak harap Kim akan lupakan tapi abang akan usaha untuk Kim lupakan sendiri semua perkara yang menyakitkan. Salah satu cara yang abang buat…dengan ubah gaya rambut abang. Abang teringat dulu Kim pernah cakap yang abang nampak garang bila buat rambut macam tu”

Tak sedar,aku ketawa kecil. Dari hari pertama dia datang, gaya rambutnya yang aku suka buat aku tidak berasa ‘terganggu’ kerana ia mengingatkan pada ‘peristiwa’ itu.


“Kenapa Kim selalu cakap abang ada dua personaliti? Ingat abang ada split personality ke?” Gura Tengku Zariel lagi . Kali ini dia meletakkan dagu di atas bantal. Walaupun masih berjarak, tapi aku tak mampu menepis debaran yang menyapa. Tidak sama seperti sebelum ini.

“Kalau abang buat rambut yang ala-ala kemas macam tu, tersisir rapi memanjang…abang nampak sangat garang,tegas….Kim suka bila rambut abang berselerak macam ni. Nampak macam innocent…”Ujarku sedikit malu menggambarkan dirinya.

“Tapi masa kat tempat kerja tak boleh buat rambut macam ni…nanti staf tak boleh buat kerja. Cukuplah kena bahan dengan Fazura sebelum ni. Dia punya ketawa tu…boleh sampai nak terberanak kali ketiga!”

Mataku bersinar mendengar nama setiausaha Tengku Zariel itu. Wanita itu sangat baik, tidak pernah memandangku serong. Jika aku berkesempatan untuk balik ke Kuala Lumpur, aku ingin bertanya tentang pemberian yang tidak ‘bersambut’lelaki itu selama ini tetapi aku bimbang aku yang termalu sendiri.


“Anak ketiga dah?”

“Yup…dan dia kirim salam dekat Kim”

Kali ini mataku membulat. Memandang Tengku Zariel ingin tahu. “Dia….dia tahu?”

“Fazura tahu….sebab abang ambil balik semua barang yang Kim bagi dekat abang dulu”

Wajahku terus merona merah. “I’m sorry…Kim malu sangat dengan sikap Kim yang dulu. Macam perempuan tak ada maruah. Kim tak kisah pun kalau abang buang semua barang yang Kim bagi. Kim malu….”

Ya, sungguh aku berasa malu. Berlebihan menunjukkan perasaan suka bak kata orang ‘hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong’ atau dengan bahasa kasarnya ‘terhegeh-hegeh’. Maruah sebagai seorang wanita aku campak jauh demi mencapai matlamat sendiri. Aku berjaya dan aku juga tewas.

Aku melihat Tengku Zariel pantas mengangkat bantal tersebut,mendekatiku. “Hei…hei…shh,jangan salah diri sendiri,sayang…Sorry, abang tak patut sentuh cerita pasal tu. Dah lewat malam, kita tidur ya?”

Aku pejam mata bila Tengku Zariel dekat dan menunduk mencium dahiku. Syahdu. AKu menahan sendu. Kucupan kasih yang saban hari aku impikan apatah lagi bila kami diijabkabulkan. Mengharapkan setiap malam membiarkan aku lena dalam dakapannya,mencium dahi dan mengucapkan selamat malam. Mahu aku bangun pagi juga dalam rangkulan hangatnya dan dihindagkan dengan senyuman indah dan renungan mautnya.

Dan kali ini, tidurku benar-benar terasa tenang tanpa sebarang gangguan. Bukan kali ini sahaja,tetapi dari saat pertama kami bertemu buat kali kedua selepas beberapa tahun….

Selepas aku membantu Mak Cik Senah membuat sarapan,aku masuk ke bilik dan melihat Tengku Zariel terkial-kial menukar plaster di dahinya. Dahi itu juga berkerut-kerut menahan sakit setiap kali bergerak. Aku mendekatinya dengan perasaan berdebar melihat lelaki itu masih bertuala. Rambut yang basah jatuh menitis di tubuhnya yang terdedah.

“Sayang dah makan?”

Suaranya buat aku tersentak. Tidak sedar aku sudah berdiri didepannya yang masih duduk dibirai katil. “Kim minta mak cik makan dulu. Kim tunggu abang. Sini,biar Kim tolong”

Aku membersihkan lukanya yang sudah kering. Lebam di tubuh itu juga masih kelihatan. Ketika itu juga. Jantungku hampir melompat keluar bila tangan Tengku Zariel merangkul pinggangku. Aku terkedu.

“Kalau jauh macam ni, bila nak siapnya?”Soalnya lembut mendongak memandangku yang sudah pucat.

“Aaa….o…okay. Tahan sikit”Aku tergagap!

Kedengaran Tengku Zariel mendesis bila aku menampal plaster yang baru sehingga makin kuat rangkulannya di pinggangku. Hampir tak cukup nafas aku dibuatnya. Cepat-cepat aku selesaikan dan berlalu keluar bila Tengku Zariel ketawa nakal.


“Sayang,tolong gosokkan baju abang boleh?” Terpempan aku dengan permintaanya. Lama aku pandang kemeja berwarna putih dengan kot hitam ditangannya.

“Boleh? Sekejap abang tanya mak cik mana tempat iron. Thanks!”Ceria suaranya lantas laju mengucup pipiku sehingga aku tersentak. Pipiku merona merah. Masih tidak biasa dengan keadaan dalam fasa baru hubungan kami. Apatah lagi sikap Tengku Zariel yang tunjuk secara terang terangan. Aku bahagia…

“Ab….”Aku nak panggil tapi seperti tersekat di kerongkong. Aku pegang kuat hujung baju Tengku Zariel. Katanya,malam ni dia nak bawa aku ke annual dinner salah seorang kliennya di Grand Alora Alor Setar. Tak tahulah kenapa dia perlu berkeras nak pergi sedangkan dia belum sihat sepenuhnya. Aku berat hati mahu pergi sebenarnya sebab aku bimbang ada mata-mata yang memerhati. Amaran keras Harith sedikit sebanyak buat aku terganggu.

“Kim..ni haa,Ariel cakap hang nak iron baju . Ni,nak habaq satu ja. Jangan dok pi tekan sampai dua. Takut cepat panas”


Mak Senah datang sambil letak iron dan boardnya sekali didepanku. Aku berudur ke belakang. Pucat lesi. Mujur wanita itu sudah keluar. Lama aku tidak nampak benda alah yang panas itu sebab ia mengingatkan aku pada…

“Arghhh!”Aku menjerit nyaring bila seterika yang masih panas itu ditekap di pergelangan tanganku tanpa aku jangka Tengku Zariel mahu buat begitu.

“Apa kau rasa? Sakit kan? Macam tu lah sakitnya hati aku,witch!”

“Ariel,stop Ariel! You hurting me!”

Tidak menunggu lama aku terus mencapai kunci kereta dan keluar ke tempat yang biasa aku pergi. Aku pulang 15 minit kemudian sambil mengeluarkan dua helai pakaian yang berplastik. Aku tarik nafas sebaik melihat Tengku Zariel tiada dalam bilik. Tak mahu dia tahu ke mana aku pergi tadi.


“Pergi mana tadi?”

Alamak!

Aku pejam mata,menarik nafas dalam dan berpaling. Bibirku terketar-ketar nak membalas. Bimbang dia marah. Lebih-lebih lagi bila Tengku Zariel mendekati dan mencapai pakaiannya yang berbalut plastik.

“Kim…err…Kim…”

“Kim hantar dekat kedai untuk iron?”Soal Tengku Zariel lembut. Tiada riak marah pada nada dan riaknya tapi entah mengapa aku takut jika dia salah faham. Lambat-lambat aku mengangguk,serba salah.

“Hei…kenapa ni?”Dia mencuit daguku. “Kim nak cakap dengan abang yang Kim tak tahu nak iron baju ? Abang tak marah pun. Tapi janganlah sampai hantar pergi kedai.Lagi satu,berdosa tau keluar tak mintak izin suami?

“Sorry…Kim tak sengaja. Kim..Kim sebenarnya dah lama tak iron baju. Kalau Kak Amanda ada,dia yang selalu ironkan pakaian Kim untuk seminggu. Tak pun hantar kedai.”Luahku perlahan malu mengakui kelemahan diri. Rasa malu yang bukan sedikit. Ada ke perempuan yang tak reti gosok baju ? Sampai sanggup hantar kedai? Aku bukan tidak tahu tetapi…

“Sebab ni…kan?”Tengku Zariel memegang tangan kiriku. Jelas kesan terbakar disitu.Kali ini lengan baju disingkap sampai menampakkan kesan lecur yang agak besar dipergelangan lenganku. Aku toleh ke tempat lain. Memandang luka trsebut membuat aku akan ingat semula kejadian itu. Aku terlalu trauma setiap kali nampak benda itu.


Terbayang ia melekat dan melecur di seluruh tubuhku. Amanda yang perasaan terlebih dulu aku makin menunjukkan symptom ptsd selepas kejadian di bilik air,aku tiba-tiba menangis tanpa sebab bila ternampak Amanda sedang mengosok baju.

Bila Amanda mendekat,aku terbayang dia cuba cederakan aku dengan seterika. Sejak itu,setiap kali nak gosok baju,Amanda yang akan buat semuanya. Kalau dia tak ada,aku akan ke kedai. Upah orang untuk gosokkan. Kalau sesiapa yang dengar pasti mereka ketawa tapi itu lah hakikatnya .

“Please don’t…”Aku meleraikan tangannya,tersenyum. Tidak mahu mengingatkan dia pada kisah lalu.

“I almost kill you that time. Tak tahu mana pergi akal fikiran abang,sanggup lukakan Kim sampai kulit Kim melecur. Maafkan abang” Tapak dan pergelanganku dikucup silih berganti. Aku dapat dengar nafasnya yang sesak menahan amukan perasaan bersalah. Aku menyentuh kepalanya perlahan,menggeleng membalas renungannya.

“Kim tak pernah salahkan abang atas segala yang abang dah buat. I’m deserved it. This is the price that I had to pay. Memang sakit,tapi sekejap je.”

“Sekejap tapi kesannya sampai sekarang dan tinggalkan parut yang abang akan ingat sampai bila-bila. Kalaulah masa boleh…”

“Kalau masa boleh putar,mungkin Kim takkan dapat jumpa abang sampai bila-bila. Mungkin jugak kita takkan saling mengenali,Kim takkan dapat tengok abang sedekat ini…”

Mata kami bersabung.

“Are you try to seduce me,sayang?”


“Huh?”Tak keruan aku bila Tengku Zariel mendekat dengan senyuman penuh makna. Hilang terus riak sedihnya tadi.

“Abang suka tengok sikap Kim. Berubah-ubah. Kadan-kadang Kim nampak naïf, innocent,pendiam ,kelakar but I miss the ‘old Kim’ yang…”

Dia makin dekat. Aku ke belakang…

“Adorable....”


“Seksi…”

Aku mula telan liur. Makin ke belakang dan terus ke belakang…

“Suka goda abang dengan suara dia yang husky voice tu…”


“Menawan…menarik…tertarik….”


“Dan…”


Aku tertangkap! Terperangkap ditengah diantara dinding dan Tengku Zariel yang hanya seinci jarak denganku. Makin pucat wajah aku bila kedua belah tangannya mengepung aku supaya aku tak lari. Mak cik,tolong Kim!!!

“Dan…”Makin dekat. Aku pejam mata mata rapat serapatnya bila rasa hembusan nafasnya hangat menyapa wajah ini.

Tiba-tiba…

“Haa Ariel dah balik ke dok bini kau tu? Astaghfiruallazim! Hangpa dua ni kan….lainkali tutup pintu dulu!”

Jeritan nyaring Mak Cik Senah buat aku menolak kuat tubuh Tengku Zariel. Terkebil-kebil melihat Mak Cik Senah membebel lantas menutup pintu bilik. Terus aku jeling dia yang ketawa mengekek.

“Abang punya pasal lah ni! Tengok,mak cik
dah nampak! Mesti dia ingat…”

“Ingat apa? Hmm?”

“Tak ada apa-apa lah! Pergilah siap. Kim salin dekat bilik air…” Gaun labuh yang mencecah lantai,penuh dengan kerdipan swarvosky,berwarna putih aku capai. Ni pun pemberian Tengku Zariel. Entah bila dia beli aku tidak tahu tapi cukup memenuhi citarasaku. Cantik dan elegant. Rasanya dah terlalu lama aku tidak berpakaian begini. Lagi pula nak ke majlis eksklusif yang pasti melibatkan orang kenamaan.

“Tak apa ke Kim pergi ke sana,dengan abang? Kalau ada staff Qalesh Holdings, mesti…”


Tengku Zariel yang mengerti aku sampaikan, terus memotong. “Sooner or later, they will know. Tapi abang akan pastikan Kim bersedia waktu tu. Percaya abang”

Sudahnya aku mengangguk walaupun agak berat hatiku mahu mengikut.

“Tukar je kat sini. Abang tak tengok tapi tak janji…”Dia kenyit mata.

Sekali lagi aku berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi…ah, kurang asam betul!

Sebaik saja tubuh Kim menghilang, dia terduduk di birai katil sambil memerhati kot miliknya yang tersadai di atas katil. Melihat kotnya itu sudah digosok rapi buat hatinya terhenyak. Begitu kuat sekali sehingga nafas terasa sempit.

“Sorry…Kim tak sengaja. Kim..Kim sebenarnya dah lama tak iron baju. Kalau Kak Amanda ada,dia yang selalu ironkan pakaian Kim untuk seminggu. Tak pun hantar kedai.”

Tengku Zariel memejam rapat matanya. Ini baru kali kedua dia melihat kesan melecur yang berbekas di tubuh itu dan perasaan ngeri itu tidak hilang. Dia perasan Kim hanya memakai baju lengan panjang . Ke mana sahaja wanita itu pergi, Kim hanya memakai pakaian yang menutup keseluruhan dan labuh sehingga menutupi tapak tangan.

“Saya..pernah cuba cari dia sebab ada kawan sekerja saya nampak dia di Kedah tapi bila saya tengok gambar tu, saya rasa informer dah salah orang…”

Tengku Zariel mencari semula gambar yang dikongsi oleh Hanif ketika lelaki itu berjumpanya dulu.

Gambar seorang wanita yang sedang termenung di taman permainan. Sepasang mata itu redup namun kosong, hany memerhatikan kanak-kanak yang bermain bersama keluarga. Mungkin tubuhnya yang semakin kurus , rambut yang sudah berubah warna hitam, wajah yang polos dan mendung menyebabkan Hanif tersalah sangka. Wanita itu merupakan Elliena Kamelia, isteri yang digantungnya tidak bertali.

Tubir matanya bergenang. Dia mencapai gaun milik Kim yang dibelinya. Ukuran baju pun dia hanya tahu melalui Tiara. Tertutup semuanya kerana dia tidak mahu Kim berasa rendah diri. Dia mahu Kim yang dulu…dan dia yang menjadi punca segala-galanya.

"YA ALLAH..andai ini merupakan hukuman yang aku terima, berikan aku kesempatan untuk menebus segala kesakitan dan kelukaan yang telah aku hadiahkan kepada isteriku..."

Ramai yg benci dekat kau ni, Ariel..tak cukup sekadar minta maaf je. Maaf kau terlalu murah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience