BAB 62

Romance Completed 199367

BAB 62

Aku memerhati tubuh Tengku Zariel yang membelakangkan aku. Ini kali pertama aku tidak lena di dalam dakapannya. Puas juga aku memujuknya tadi malah sanggup menempah semula siap dengan pesanan ayam KFC yang mempunyai kulit yang banyak tapi ditolak mentah-mentah oleh Tengku Zariel. Pening aku dibuatnya.

“Tak sama…takkan sama”Sayu suaranya siap gelengan tidak mahu. Walau aku baru mencuit sedikit ayam pun dia tidak mahu.

“Kalau nak makan kulit je, kejap lagi Kim pergi pasar malam,cari kulit ayam’

Baru selangkah aku gerak, Tengku Zariel memegang tanganku. “

“Tak sama”Sekali lagi itu yang disebutnya sehingga aku pening kepala. Tidak pernah aku tahu sikap Tengku Zariel yang satu ini walhal dia bukan seorang yang cerewet makan.

Aku bangun dan mendekati suamiku yang sudah lena dengan perut kosong. Jelas tubir mata berair. Aku mengesat air matanya bersama keluhan. Bukan mengeluh apa, tapi mengeluh sesuatu yang aku tidak faham. Apa mungkin kerana dia tidak sihat? Manja meminta perhatian adalah tetapi bukan kerana ayam!

“Merajuk?”

Aku mengangguk sambil menyumbat ais krim ke mulut. Terasa nikmat bila kesejukan aiskrim bersatu dengan cuaca yang panas terik di luar. Frozen Yogult dari Baskin Robbin buat aku terasa kenyang walau baru menginjak tengahari.

“Sepanjang I berkawan dengan dia, Ariel tak pernah merajuk I mean, ada tapi tak adalah sampai dia ‘sentap’ ke apa. You faham kan maksud sentap tu macam mana?”

Aku menjeling Harith sedas. Dia ketawa dengan reaksiku. Dari dulu lagi dia memang suka membahanku. Sementara menunggu Tiara tiba, aku memang mahu berjumpa dengan Harith untuk bertanya tentang hal ini. Tak mungkin aku mahu bertanyakan hal ini dari Puan Sri Tengku Wahida. Bimbang timbul pula masalah lain atau menuduhku tidak pandai menjaga anaknya.

“Okay, you tahu kan Ariel tu macam mana?”

“Garang…serius…tegas…sweet, romantik,…”

“Aha, stop it….mentang-mentang lah suami sendiri, puji sampai langit ketujuh.”

“Whatever it is, he’s my the only one,okay”

“The only one lah tu sampai menangis tak dapat makan ayam!”Harith mengutuk lagi. Aku mengacah mahu mengetuk kepalanya Tiara muncul,mengambil tempat duduk disebelahku.

“Haa, dah kenapa kau tak menyempat suruh aku datang sini? Aku baru je dapat ilham nak buat design baru. Newly bride gonna love it!”

“Save that for the other time,Tiara. Kim, I have to go. Ada benda yang I terfikir tapi masih samar-samar. Ada kaitan dengan dua tahun yang lalu tapi buat masa sekarang, mungkin you kena buat ‘percubaan ‘ dulu dekat dia. See you again and send my regards to him”

Aku membalas pamitan Harith dengan dahi yang berkerut. Dua tahun yang lepas? Tapi waktu itu hubungan aku dan Tengku Zariel tidak seperti sekarang. Bukan aku saja-saja membuka cerita tentang apa yang jadi semalam tapi mungkin saja orang yang paling akrab dengan Tengku Zariel tahu. Aku tidak mahu perkara ini berlarutan sehingga menganggu hubungan kami berdua.

“Kau suruh aku datang ke sini semata-mata nak tanya aku macam mana nak pujuk lelaki? Suami kau tu?”

Aku mengiyakan sebelum mencuit sedikit aiskrim Tiara pula. Agaknya dia tiada selera nak makan bila dapat tahu tujuan aku mengajaknya ke sini.

“It’s kind of serious ,right? Maksud aku, Ariel merajuk,tak nak pandang aku sampailah sarapan tadi dan …kau tahu macam mana reaksi dia bila aku pegang dia?’

“Macam mana?”

“Cuba kau sentuh bahu aku”Aku menyuakan bahu kiri kea rah Tiara yang lantas menyentuhnya. Sebelum aku menggoyang-goyangkan badan seakan budak kecil yang merajuk! Ya, itu lah reaksi spontan Tengku Zariel bila aku cuba menyentuhnya.

“Really? Okay look…mungkin kau ada buat salah tapi kau langsung tak sedar ke? Cuba kau fikir balik ada tak apa yang kau buat tu, Ariel kecik hati ke apa”

Ya, puas juga aku memikirkannya tap hubungan kami baik-baik saja sehinggalah kerana seketul ayam goreng KFC!

“Harith pun tanya benda yang sama, jadi jawapan aku tetap sama. Tak…ada…fullstop!”

Tiara mencebik sebelum menjauhkan aiskrimnya bila aku cuba mengambil lagi. “Orang kalau dah buat silap, mana nak mengaku. Sama macam pencuri. Kau tangkap, lepas tu kau tanya…ada dia nak mengaku? Tak…ada….fullstop!”

Aku terus tersandar di kerusi makan yang ada di Baskin Robbin ini. terkerlip-kerlip merenung siling putih.

“Dia merajuk,kau pujuk. Kau pun ada kepakaran yang tersendiri,apa susah? Takkan itu pun aku nak kena ajar…”Sambung Tiara lagi sambil mengangkat kening.

Aku cuba mencerna apa yang dikatakan wanita itu. Mungkin betul aku ada buat salah yang aku tidak nampak dan Tengku Zariel kecil hati. Lagipun, aku tidak pernah tahu bagaimana reaksi Tengku Zariel bila dia berjauh hati.. Sedangkan lidah lagi tergigit. Ini kan pula suami isteri.

Tak mungkin aku mahu kalah kerana seketul ayam!

Aku membetulkan bathrobe yang aku pakai sebelum menabur kelopak bunga ros di atas katil. Jangan kata di atas katil, kat bilik air pun aku tabur. Lampu yang malap betul-betul menghidupkan suasana yang romantis. Lagipula sebelum ni Tengku Zariel yang banyak memberi kejutan, jadi hari ini giliran aku pula. Mujur juga dia membalas mesejku bila aku tanya pukul berapa dia akan tiba kerana dari semalam lagi Tengku Zariel memberitahu dia pulang lewat malam dan itu memberikan aku masa untuk membuat persiapan malam ini.

Bunyi pintu saja sudah cukup membuat aku tersenyum. Ketika itu juga lagu Crazy In Love instrumental aku buka. Dari saat Tengku Zariel melangkah masuk, aku memerhatikan dari atas. Wajahnya kelihatan terpinga-pinga melihat kelopak bunga ros merah yang aku tabur tapi dalam kuantiti yang sikit. Mahu terseliuh di tangga, rosak rancangan aku!

Melihat dia mula menapak naik, aku terus duduk dibirai katil , bersilang kaki, menyerlahkan sepasang kaki yang putih. Aku menguntum senyumanan menggoda melihat Tengku Zariel terpaku di muka pintu. Matanya turun naik memandangku. Aku membuat isyarat menggunakan jari telunjuk, mahu dia ke pergi ke arahku dan dia akur. Mahu saja aku melepaskan ketawa melihat Tengku Zariel mengekor sebelum berhenti betul-betul didepanku. Matanya tidak berkelip langsung! Aku bangun dan membuka kot yang masih dipakai.

“Tak panas ke pakai kemas macam ni daripada pagi sampai malam, hmm?”

Kotnya aku lempar jauh sebelum menguraikan tali lehernya. Matanya tetap setia memerhatikan tindakan aku. Butang kemejanya aku buka satu persatu sebelum tangan bergerak melonggarkan ikatan bathrobe, membiarkan peignoir berwarna putih mejadi tatapan suamiku.

“Abang nampak stress…penat?”Bersama suara yang serak basah sambil itu juga aku mengusap rambutnya Melihatkan Tengku Zariel memejam mata seperti menghayati aku yakin merajuknya tentang semalam sudah hilang.

“Kim boleh hilangkan semua tu kalau abang izinkan. Boleh?”

Tengku Zariel masih diam, masih dengan mata yang terpejam. Dan…bukan kah orang tua-tua cakap, diam maknanya setuju? Lagipula, diam Tengku Zariel pasti aku tahu. Betul cakap Tiara. Takkan aku lupa ‘kepakaran terpendam’ milik aku.

Perlahan-lahan aku menjingkitkan tubuh dan mengucup dahinya, turun ke mata, hidung, kedua belah pipinya…dan akhir sekali…

UWEEKK!!!

“Abang!!!”

“Sorry…”

Aku yang baru keluar dari wardrobe bersama pijama tidur yang lain, juga bukan satu lapis tapi tiga sebagai perisai!

“It’s okay. Patut Kim tahu abang tak sihat daripada semalam. Abang dah pergi klinik tadi? Doktor cakap apa?”

“Perut masuk angin. Salah makan pun ya jugak. Agaknya abang makan ubat masa perut kosong tadi.Tu yang muntah tadi..tak pun sebab sayang punya…”

Aku terus mencantas tanpa sebab dia berkata apa-apa. Sedikit terkejut. “Abang belum makan lagi??”

Tengku Zariel yang sedang memakai baju mengangguk lesu. Terbit perasaan serba salah mengenangkan aku cuba menarik perhatian dia dalam keadaan dia tidak sihat. Sah, aku memang gatal! Plan kau hancur,Tiara!

“Kim masakkan untuk abang sekejap. Kalau nak masak nasi goreng takut tak sempat. Maggi boleh? Kim pun lapar ni”

“Thanks, sayang. Tapi maggi tu sayang letak sayur banyak sikit, ada tauhu, ada lada, telur…”

Aku cuba mencari nafas. Baru je tadi nak timbul perasaan serba salah. “Macam mana nak makan banyak tu, nanti muntah lagi macam mana? Kita kongsi je lah”

“No!”Tengku Zariel menaikkan jari telunjuknya , seakan ‘A Big No’ sehingga aku terus mati kata.

“Kalau sayang nak, sayang buat sayang punya. Abang nak makan seorang. Kalau boleh, nak rupa dia sama macam dalam gambar ni?”

Aku terkebil-kebil. Cuba mengerah otak yang sudah tepu kerana rancanganku gagal malam ini, untuk memujuknya dan sekarang dia mahu rupa yang sebijik sama dalam gambar di bungkusan maggi itu??

“Lagi satu….next time jangan tabur bunga ros. Sakit mata abang tengok warna merah tu”

Aku pejam mata sambil beristighfar beberapa kali dalam hati. Aku tidak mahu menjadi isteri yang derhaka dan membiarkan suamiku tidur dalam tangisan pilu yang tidak terpujuk!

“Okay, lainkali Kim tabur bunga taik ayam”Ujarku bersama senyuman sebelum berlalu,

Kedua tangan menyentuh perut ini, dan mengusapnya perlahan. Menggosok beberapa kali seakan tidak percaya. Seakan tidak percaya berita yang diberitahu daripada Doktor Shafani tadi.

“Tahniah Puan Elliena, kandungan puan baru masuk lapan minggu…”

Sungguh aku tidak dapat menahan air mata ini daripada jatuh saat menerima perkhabaran yang merupakan impianku dari dulu lagi..sebaik aku bersedia menjadi seorang isteri. Jika dahulu, aku mendapat tahu dalam suasana yang tegang, tapi kini aku bahagia bila dapat berkongsi kegembiraan ini bersama seorang lelaki yang bergelar suami.

“Alhamdullillah….thank you sayang..thank you so much. Allah dengar doa kita”Tengku Zariel memeluk tubuh dan mengucup dahiku tanpa segan silu dihadapan doktor wanita itu.

“Tapi doktor, sampai bila saya kena alahan ni?”

Ya, aku yang hamil, Tengku Zariel yang menanggung alahan. Adil, bukan? Mahu saja aku bersorak tapi mengenangkan aku juga perlu menjana kesabaran yang tinggi mengadap alahan dan sikap peliknya,terpaksa aku bersorak dalam hati.

“Dah tiga hari rasa tak sihat, baru pergi klinik?”

Aku dengan Tengku Zariel yang baru saja melabuhkan punggung terkebil-kebil melihat Puan Sri Tengku Wahida yang baru keluar dari dapur disorong oleh Mazliana. Ibu mertuaku ikutkan sudah boleh berjalan tetapi tidak mampu berdiri lama-lama. Tangannya juga belum kuat lagi untuk memegang tongkat.

“Sejak akhir-akhir ni Ariel sibuk. Kim pun ada nak mintak cuti tapi Ariel tak kasi sebab dia baru je masuk kerja”

“Hmm…nasib baik kandungan Kim tak apa-apa. Buatnya hari tu sibuk nak belajar menunggang kuda?”

Sekali lagi aku terkesima mendengar kata-kata yang keluar dari mulut wanita itu. Walaupun mulutnya membebel, tapi bibir itu tetap tersenyum.

“Mama…mama tahu?””

Puan Sri Tengku Wahida mendekatiku, kedua belah tangan aku dibawa ke ribanya, “Mama tahu dari hari pertama lagi bila Ariel cakap dekat mama yang Kim ambil makanan dia?”

360 darjah kepala aku berpusing memandang ke sebelah, mengecil mataku melihat Tengku Zariel yang seperti terkejut mamanya memberitahu aku. Wah, dia boleh mengadu dekat mama?

“Abang mengadu dekat mama? Abang tak cakap sekali ke yang abang muntah dekat Kim semalam?”

“Bukan salah abang. Siapa suruh sayang makan tak tunggu abang dulu? Masa mula-mula abang nampak, abang dah ‘chop’ dulu ayam tu abang punya”Balas Tengku Zariel mengungkit kisah tiga hari yang lalu.

“Habis semalam tu?”

“Bau perfume Kim kuat sangat”

“Huh? Abang yang bagi Kim sebagai hadiah tau!”

“Jangan pakai lagi. Kalau tak,malam ni sayang tidur luar.”

Apa??! Aku pegang kepala, tiba-tiba terasa sakit sebelum tangan kasar Tengku Zariel memegang kepalaku.

“Sorry, abang tak sengaja”Ujarnya sedikit serba salah.

‘Sepatutnya emosi ibu mengandung yang kena jaga..ini dengan bapaknya sekali kena. Kalau Kim tak boleh jaga perangai pelik anak mama ni, Kim tidur je dekat sini sampai bersalin. Ariel kita campak jauh-jauh”

Aku ketawa mendengar usikan selamba Puan Sri Tengku Wahida dan wajah cemberut Tengku Zariel. Tapi apa yang penting, aku sangat bersyukur dengan rezeki yang Allah beri. Akanku jaga amanah ini sebaik-baiknya.

“Abang gembira sangat dapat sambut berita ni sama-sama dengan Kim dan abang tak sabar nak lalui semua ni dengan sayang. Abang takkan biarkan Kim buat semua ni seorang diri lagi. Kim nak makan apa, nak buat apa, nak mandikan ke abang buat.”Ujar Tengku Zariel meraih bahuku.

“Dah tak merajuk lah ni?”

“Abang tak berani nak cakap sebab sebelum ni berdasarkan pengalaman masa Kim mengandung dulu. Abang cuma rasa loya,dengan rasa nak makan yang jarang-jarang abang nak makan. Tapi kali ni…unpredictable. Cuma abag harap tak lama lah, dah macam symptom orang period pulak”

“So, sia-sia lah Kim buat surprise semalam. Penat je buat suasana romantik, tabur kelopak bunga merata-rata sampai dalam, lubang bilik air, tahu-tahu muntah pula”Aku mengusiknya lagi sambil merebahkan kepala kedadanya.

“Hari ni bukan main sakan lagi Kim dengan mama mengusik abang eh. Tak apalah kalau macam tu.”

Aku terpinga-pinga bila melihat Tengku Zariel bangun. Mulutnya memuncung seperti malam itu. Terus ketawaku meledak. Hai lah….siapa yang perlu menjaga siapa sekarang ni?

Berita kehamilan aku kongsikan bersama Carl dan Amanda terlebih dahulu. Malah, aku juga teruja mengenangkan Amanda yang sedang hamil lima bulan. Bertambah lagi ahli keluarga kami. Yang paling teruja sudah tentu aku dan Tengku Zariel,juga ibu mertuaku kerana ini merupakan cucu pertamanya.

Agaknya begini keadaan kami berdua jika hubungan kami seperti sekarang ini. Semasa mengandungkan anak syurgaku dulu, aku mengidam juga namun tidak pernah alami alahan, berbeza dengan Tengku Zariel yang mengalami alahan seperti loya, muntah mengidam yang jarang dimakannya tetapi sekarang bertambah lagi satu sikapnya…kuat sentap!

Tak berhenti mulutku menyebut satu persatu makanan yang ada di dalam menu tersebut. Tak tertahan rasanya mahu makan bila melihat makanan yang orang viralkan di sosial media baru-baru ini. Agak sesak juga sehingga Tengku Zariel Terpaksa membuat tempahan terlebih dahulu.

“Kenapa tak minta abang order je masa booking tadi?”Tengku Zariel menyoal sebaik saja pelayan itu pergi.

“Sebab bukan satu makanan je yang Kim nak makan. Lagipun Kim tak nak makanan tu sampai-sampai je dah sejuk. Oh ya, sebelum Kim terlupa…minggu depan Kim kena pergi ke Terengganu,mungkin tinggal dekat sana tiga hari dua malam sebab…”

“No!”

Aku mengerutkan dahi. “Kan abang dah izinkan hari tu?”

“Hari tu lain, hari ni lain. Lagipun, kan Kim tengah mengandung. Tak elok lah jalan jauh-jauh. Suruh Tiara ganti dengan orang lain. Tiara mesti faham”

“Tapi…”

“Kalau sayang berkeras nak pergi,fine…tapi abang ikut sekali. Tu pun jangan harap abang nak bagi sayang buat satu kerja pun”

Sudahnya aku akur dengan arahan kerasnya. Bimband dia menangis pula disini,mahu jenuh aku nak pujuk. Nak merajuk , tunggu aku makan dulu.

Terdapat lima hidangan kesemuanya untuk dua orang. Dari main course sehinggalah dessert.

“Bukan ke dessert sepatutnya makan yang terakhir sekali?”

Aku yang sedang asyik menyuap masuk Mango Bingsu terhenti sejenak. Memandang Tengku Zariel yang masih tidak mengusik satu pun makanannya.

“Kim minta dessert hantar sekali sebab Kim nak makan ni aja dulu. Kalau tak, nanti cair!”

“Habis semua ni bila sayang nak makan?”

“Kim bukan order untuk Kim,tapi untuk baby. Tapi tadi tiba-tiba baby beritahu dia dia nak makan bingsu je. So, yang lain abang makan semua. Tengok Kim pesan apa. Ada ayam thigh, ayam cheese, wings or half chicken. Abang pilih je mana satu abang nak, okay?” Bertali arus aku cakap sambil mengenyitkan mata kea rah Tengku Zariel yang tergamam. Aku gelak dalam hati. Daripada dia kecil hati aku makan salah satu makanan disini, adalah lebih baik aku memesan semuanya. Adil, bukan?

Aku memicit kepala Tengku Zariel yang sedang baring di riba ini dengan mata yang terpejam. Masuk ke tengah malam ini, hampir tiga kali dia keluar masuk tandas kerana muntah. Habis makanan yang dimakannya tadi. Sukar aku mahu menebak alahannya. Sekejap alah dengan makanan, sekejap dengan aku…pening juga tapi satu pengalaman yang begitu berharga dalam hidup kami.

“Esok abang sambung MC lagi , ya?’

“Tak boleh sayang. Dah dua hari abang tak masuk kerja. Lagipun takkan abang memanjang nak ambil MC,nak beri alasan apa? Yang abang pregnant?”

Aku ketawa perlahan. Ya, kasihan juga kalau orang lelaki yang kena alahan begini. Mana mungkin samanya untuk ambil cuti berbanding dengan wanita hamil.

“Kim…”Tengku Zariel membuka mata, tegak merenungku. Aku membalas renungan redupnya.

“Kalau anak kita selamat lahir dulu…apa nama dia?”

Jari jemariku berhenti memicit dahinya. Serta merta kenangan lalu terbayang di ruang mata. Tiada lagi perasaan sakit yang suka menghimpit jiwa seperti dulu kerana situasi sekarang ini adalah berbeza. Jika dahulu, aku mengandung tanpa suami disisi. Mujur Amanda dan keluarganya banyak membantuku yang pada waktu itu terkial-kial merangkak dalam kehidupanku yang sudah tunggang langgang sehingga kehilangan anakku. Hebat kuasa ALLAH, memberiku peluang untuk mengandung lagi dan kali ini…Bersama suami yang berada disisiku.

“Muhammad Adam Khalish”

“Ikutan, suci, ikhlas…”Sambung Tengku Zariel memberikan maksud nama anak kami.

“Kalau perempuan, Nur Akira Kayyisa….kekuatan yang anggun dan kebijaksanaan”

“Sayang….masa tu tak letak ‘Tengku’ kat depan nama anak kita?”

Aku tersenyum pahit seraya menggeleng. “Kim tahu Kim takkan memiliki abang sampai bila-bila waktu tu..dari saat pertama Kim keluar dari hidup abang. Lagipun, Kim tak rasa Kim dengan anak Kim layak nak letak gelaran tu. Kita berbeza…sangat”

‘Shh….sayang”Tengku Zariel bangun dan terus memaut tubuh ku dalam rangkulannya. Dapat aku rasakan tubuh badannya bergetar. Aku menepuk belakang tubuhnya beberapa kali, ketawa kecil.

“Kim okay lah. Kim cuma teringat, tak ada niat pun nak mengungkit”

“Abang minta maaf”

“Don’t cry…nanti kena perah idea lain nak pujuk abang lagi kalau abang menangis lagi. Silap-silap abang lari tidur bilik mama”

Akhirnya ketawanya meletus. Tengku Zariel mengucup pipi dan dahiku silih berganti , sekali lagi perkataan maaf itu meluncur keluar dari mulutnya. Dia memeluk tubuhku dari belakang sambil tangan menyentuh perutku.

“Anak daddy…” Aku tersenyum bahagia.

Tengku Zariel tidak pernah lepas menemaniku membuat pemeriksaan. Dia bukan setakat bertanya lebih lanjut tapi juga tentang perubahan yang dia alami.

“Normal ke lelaki menangis?”

Aku tak dapat menahan ketawa bila ingat kembali kejadian di klinik tadi. Pertanyaan yang mungkin agak jarang didengar.

“Kalau untuk abang, normal kot”

“Kim rasa abang lama tak perangai pelik macam ni? asyik sentap,merajuk…tahu-tahu je mata berair”

Aku ketawa lagi saat mengenangkan cerita kelmarin bila aku sengaja menaburkan kelopak bunga ros warna hitam. Aku sengaja mahu melihat reaksinya. Seronok pula mengusik suami yang tiba-tiba berubah daripada seorang yang agresif kepada sensitif yang amat!

“Hari tu abang cakap warna merah sakit mata kan? Jadi Kim tukar warna hitam pulak. Nampak unik dan seksi!”

“Seksi apa, seksa ada lah. Dah tu, kenapa sayang pergi tabur kat kolam sekali?”Ujarnya tidak puas hati dengan nada yang keanak-anakkan.

“Like I said, it’s unique. Kim nak cuba tukar suasana sampai ‘kena’ dengan alahan abang tu, kot-kot boleh ‘kurang’kan sikit ke. Kim susah hati fikir setiap kali Kim pergi kerja” Ujarku perlahan dihujung ayat.

“Kim nak cakap…yang …abang ni..yang abang ni menyusahkan Kim? Macam tu?”

Suara Tengku Zariel tersekat-sekat. Dia menunduk menekur kaki,menguis karpet dengan kakinya sedang aku mahu menangis berguling-guling dengan reaksinya!!!

“Suka lah tu usik abang”Teguran Tengku Zariel berjaya mengembalikan aku ke dunia realiti. Aku ketawa lagi sebelm meraih tangan kiri,tangan kanannya memegang stereng,mengucupnya lembut.

“Bukan selalu Kim dapat tengok suami Kim cengeng macam ni. Comel dalam masa yang sama abang nampak ‘hot’”

“Abang tengah drive ni,sayang…jauh lagi nak sampai rumah”

“Kim tak maksudkan itu lah. Lagipun cukuplah hari tu abang muntah dekat Kim,terus tak ada mood.”Aku menjeling sambil menepuk geram pahanya.

Tengku Zariel ketawa.

“Pada Kim air mata seorang lelaki sangat berharga…”Suaraku menyebabkan tawa suamiku mata perlahan-lahan. “Betul, kaum perempuan insan yang lemah , yang wajib dilindungi,murah dengan air mata sebab hatinya yang lembut. Orang perempuan lepaskan semua perasaannya sama ada marah, kecewa, sedih, gembira melalui tangisan. Tapi orang lelaki, hanya beberapa kali dia menitiskan air mata…”

Mata kami bertentangan sambil aku melekapkan tangan Tengku Zariel dipipiku. “Kehilangan….”

“Macam mana abang kehilangan arwah papa dan….”

“Kehilangan Kim…”Tengku Zariel menyambung dengan nafas yang berat.

“Kalaulah…jodoh kita berakhir dari saat pertama Kim keluar dari rumah abang, apa abang akan buat lepas tu?”

“Abang kahwin lain…”

Aku pantas melepaskan tangannya sambil membuang pandang kel luar tingkap. Sakit hati dan telingaku mendengar ketawanya.

“Ada lagi satu Kim lupa…perempuan kalau tak tunjuk perasaan melalui menangis pun, dia akan luahkan dekat tingkap.”

“Lepas ni kalau abang menangis lagi, jangan datang cari Kim! Tak pun setiap hari Kim akan buat abang menangis sampai…”

Aku terdiam bila Tengku Zariel tiba-tiba mengucup bibirku bila kereta berhenti di lampu isyarat. Dia melepaskan kucupan sambil tersengih.

“Pandai pun diam. Abang minta maaf, kesian baby nanti terkenan dekat Kim yang suka jeling abang.”Dia mengusap perut yang sudah membukit walaupun baru berusia tiga bulan.

“Okay lah tu daripada asyik menangis dalam tidur”

“Sayang ni….”

Kami ketawa lagi sambil aku mengusap tangannya yang berada di atas perutku. Tanda cinta kami.

Walaupun kandunganku baru masuk bulan keempat, tapi ada masanya aku terasa cepat letih dan lenguh sehinggakan Tengku Zariel mahu aku berehat tapi aku terus menegah kerana aku sudah berjanji akan berehat ketika usia kandunganku masuk enam bulan.

Malam ini aku meminta Tengku Zariel singgah di AJ Café. Terasa lama juga kami tidak ke sini sejak masing-masing sibuk bekerja. Aku sendiri tidak lagi menjadi sebahagian Queen Band, Cuma adakalanya saya kami melepak ke sini..dan tentu saja bersama Tengku Zariel yang asyik mahu melekat saja denganku. Bunyi mesej daripada Tiara buat aku tersenyum.

‘Aku sangat berterima kasih kepada kau,sahabat.’ Ujarku dalam hati sebelum mengambil tempat di pentas, di piano. Separuh jiwaku disini dan hari ini merupakan hari yang istimewa. Disebabkan itu aku meminta Uncle Ramdan agar menutup setengah jam awal kerana aku mahu memberikan kejutan kepada suamiku.

“Uncle, Kim mana?”

Suara garau itu buat aku panggung wajah, melihat Tengku Zariel yang sedang bertanya kepada Uncle Ramdan yang kemudiannya membawa lelaki itu duduk di meja yang berada ditengah, betul-betul menghadapku. Lampu dimalapkan dan cahaya sportlight dimajukan ke arahku.

“This is for you abang…”

Bersama itu jari jemari terus menari di atas key dan lagu Nothing’s Gonna Change My Love For you berkumandang dan aku bernyanyi walaupun Tengku Zariel masih terpinga-pinga namun bibirnya yang mengukir senyuman sudah cukup menggambarkan perasaannya. Hari ini…tiada yang istimewa tapi aku tetap menjadikan ianya istimewa buat kami berdua…

Di lirik yang terakhir…

One Thing you can be sure of
I’ll never ask for more than your love..

“Yes, we will never ask more than you love, daddy…”Jari jemariku berhenti dan serentak itu aku merenungnya bersama tatapan mata yang berkaca.

“Tiada apa lagi yang Kim mahukan selain daripada cinta abang dan kehadiran anak-anak kita nanti…’Bisikku sebak.

Tengku Zariel bangun dan menuju ke arahku walaupun matanya memancarkan seribu persoalan tapi dari gerak geri tubuhnya, aku yakin dia dapat menangkap maksudku. Ditarik tubuhku bangun. Mata kami saling bertentangan.

“Kim…apa…apa Kim cakap tadi? Anak-anak kita?”Halkumnya bergerak-gerak cuba menahan perasaan.

Aku tersenyum bersama mutiara jernih yang laju menuruni pipi. Aku mencapai kedua belah tangan Tengku Zariel dan membawanya ke perutku.

“Babies….”

Serentak itu mata suamiku turut berkaca sebelum dia memeluk tubuhku erat. Aku tergelak bersama tangisan bila suasana yang tadinya sepi kini bergema dengan tepukan bersama ucapan tahniah daripada seisi keluarga AJ Café. Malah, aku turut membawa sekali ibu mertuaku dan Tengku Farizal yang turut ada disini.

“Alhamdullillah…allahuakbar…thank you sayang…I love you..so so so much!”Dikucup wajahku bertalu-talu dan aku…kekal tersenyum bahagia…

Siapa sangka, rezekiku mengandung kembar. Aku benar-benar berasa bersyukur dan terharu dengan pemberian dariNYA. Walaupun DIA pernah mengujiku namun DIA tahu kemampuan sebenarku dan ALLAH menggantikan semula zuriat yang kini berada di Syurga, menanti kami berdua.

Terima Kasih, YA ALLAH…

HAPPY READING & SORRY UNTUK KEKURANGAN YANG ADA YA...

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-09 21:02:47 

Dah tamat ya


NovelPlus Premium

The best ads free experience