BAB 40

Romance Completed 199367

BAB 40


DUA TAHUN KEMUDIAN…

“So,macam mana? Diterima atau tidak?”

Aku yang baru saja melabuhkan punggung di kerusi mendongak kepala. Sedikit tersentak. Pantas aku bangkit dan menunduk hormat terhadap wanita yang ayu bertudung dan berkebaya kuning itu. Beberapa kepala turut tertoleh memandang kami sebelum kembali berpura-pura menyambung tugas. Satu panorama yang aku sudah biasa.

“Alhamdullilah kita dapat projek yang seperti Tan Sri mahukan tu tapi kita hampir…”

“Hampir kalah?”Keningnya diangkat tinggi. Sinis.AKu hanya tayang muka kosong.

“I tak tahulah kenapa Tan Sri Yunus terlalu percayakan you sedangkan you tak ada pengalaman langsung dalam bidang ni. Sebenarnya,dari awal lagi i…eh,bukan I saja tapi semua staf dekat sini pun rasa you tak layak masuk bidang ni apalagi syarikat ni. You kena ingat,syarikat kita ni baru aje beropeasi. So,memang kena struggle nak bersaing dengan syarikat besar yang lain. You ingat I tak tahu yang proposal kita ni hampir nak kalah dengan Yazer Holdings?Tapi entahlah..tak tahu apa yang you dah campuradukkan sampai kita dapat projek tu”

“Rezeki Cik Munirah.”


“Oh tolonglah…kalau nak cerita pasal tu, semua orang akan cakap perkara yang sama!”

Aku sedikit tidak menayangkan sebarang reaksi. Dia mendengus.

“Dah,pergi sambung buat kerja. Jangan perasaan sangat muka tu cantik,you boleh buat sesuka hati. Sedar sikit pangkat you lebih rendah dari I”

“Baik,saya faham”

Mejaku ditepuk kuat dengan fail ditangan sebelum dia berlalu. Sempat dia menjeling aku tajam.

Suara-suara lain yang berkumandang dengan nada berbisik aku tidak peduli. Aku asyik dengan dunia ciptaan sendiri. Dunia yang sudah lama aku ciptakan.

“Betul juga apa Cik Munirah tu cakap. Bukan main kerek lagi dia eh bila berjaya pegang projek tu”

“Betul,aku pun sokong! Hish aku tak boleh blah tengok muka dia tu. Suka sangat tayang muka kesian dia tu. Patutlah Tan Sri cepat sangat simpati!”

Fail aku buka. Jari jemari rancak menari di keyboard. Sekelip mata saja suara-suara sumbang itu hilang dari cuping telinga selepas hati aku pujuk dengan berzikir di dalam hati.

Paradise Coorporation.

Sebuah syarikat korporat yang mengendalikan projek pembinaan yang sederhana. Baru lima tahun beroperasi. Masih baru dan masih segar.Memang aku sedar dengan kelayakan yang aku miliki,aku langsung tidak layak untuk bekerrja disini. Apa saja yang aku tahu tentang dunia perniagaan? Dunia korporat? Tiada langsung! Satu tindakan drastic namun aku perlu lakukannya kerana mahu menyara hidup,Dan satu sahaja aku percaya. Rezeki.

Tepat pukul 5.30 petang, pintu bilik berwarna putih itu aku ketuk sebanyak tiga kali. Kenapalah hospital atau klinik suka sangat dengan warna putih? Bosan! Langusng tidak menarik. Aku yang dah banyak kali tengok ni pun bosan. Rasa nak muntah pun ada.Cubalah buat warna warni kea pa,baru menarik perhatian. Ramai pesakit yang tawarkan diri nak datang. Tapi ada ke?

“Masuk…”

Sebaik aku masuk,dia panggung kepala dan tersenyum manis. Aku perasaan akan raut wajahnya yang semakin berseri dan menawan sejak mendirikan rumah tangga dua tahun yang lepas. Tampak semakin anggun dan berkeyakinan.

“Tepat pada masa. Tak pernah lewat. I like…”

Aku sekadar tersenyum cuma.

“So,how’ your day? Better?”

“Okay”

“Kerja?berapa banyak projek dapat?

“Okay…”Anggup dan senyum cuma.

“Ada rasa tekanan sepanjang hari ni? Rasa tak tenang..tak selesa…?”


“Okay….”Masuk kali ketiga,dia menarik nafas panjang. Tubuhnya dirapat ke meja yang memisahkan kami. Cermin mata ditanggalkan.

“Itu bukan jawapannya,Kim…bukan yang akak nak dengar dari mulut Kim”

“Tapi itu yang Kim rasa pada ketika ini. Tetap dan tak berubah. Masih sama”
Lama mata Amanda merenungku mahu jawapan yang pasti. Jawapan yang aku tidak pernah beri selama ini.

“Ada mimpi lagi?”

“Ada”

“Boleh ceritakan sedikit apa yang berada dalam mimpi tu? Sekurang-kurangnya bagi sedikit gambaran pun tak apa. Mungkin suara,wajah,perbuatan…?”

“Ada tapi yalah,mimpi kan. Cuma mainan tidur.”

Sekali lagi suasana di bilik sunyi sepi kerana persoalan demi persoalan yang sama diberikan dengan jawapan yang sama, Tidak berubah walau sepatah pun.

“Apa perkara yang menggembirakan dalam hidup Kim?”


“Yang Kim masih bernyawa dan bernafas dimuka bumi ni…”

Amanda senyum lagi. Aku tahu dia cuba untuk senyum dengan jawapan aku. Atau dengan lain ‘terpaksa’.

“Dan apa perkara yang paling menyedihkan yang sampai sekarang Kim masih terasa?”

“Tak pernah. Sebab sedih tu, satu kepedihan yang sukar”

“Betul? Sikit pun tak ada?”

“Betul. Kim tak tipu. Sumpah!”Aku angkat dan kembangkan kelima-lima jariku sambil terangguk-angguk seperti anak kecil.

Amanda menggeleng

“Haippp,jangan main-main dengan sumpah. Kang kena panah petir baru tahu. Nak?”

“Akak ni!” Makin galak pula dia ketawakan aku. Doktor apa ni suka sakat pesakit sendiri? Namun aku tidak mencebik jauh sekali berjauh hati. Sekadar memandang sahaja dia yang masih bersama sisa tawanya.

Kemudian Amanda menekan butang interkom memanggil pembantunya. Selang beberapa saat,seorang gadis melangkah masuk. Aku yang sudah terlebih maklum apa yang perlu aku buat selepas ini bangkit dan mengikuti langkah gadis itu ke satu sudut. Berdiri tegak…mata cuma memandang jarum yang bergerak tidak tentu arah sebelum berhenti pada dua angka.

Fail ditangan pembantu itu bertukar tangan pada Amanda.

“Tinggi…tekanan darah semua okay tapi kenapa berat turun?’

“Tak rasa nak makan. 1 kilo je pun turun…”Sengihku.


“Memang satu kilo. Tapi kalau dah setiap bulan asyik turun je maknanya bmi tak normal. Turun dan tak pernah naik. That’s not good,my dear. Ubat vitamin yang Doktor Dan bagi,Kim makan ikut masa yang ditetapkan, betul?”

Spontan aku mengeluh perlahan dengan anggukan kecil namun masih tidak memberi sebarang riak.


“Tak pernah terlepas ambil walaupun sekali. Mungkin ada lah sekali dua sebab terlupa”


“Okay…kalau macam tu akak tambah satu jam lagi sesi Kim dengan akak. Is that okay with you?”


“Oh..no..no…please….!”Lehernya aku paut dari belakang sambil menggeleng laju tidak mahu. Amanda mengekek ketawa namun aku tahu dia tidak main-main dengan katanya. Dia serius dan aku tidak sanggup.


Cukuplah aku terpaksa berulang alik ke klinik ini tiga kali seminggu setiap pukul 5.30 petang untuk sesi kaunseling dengan Doktor Amanda Haji Rahman ini.

“Why not? This is the best way to make sure I can dig out your heart..you deep deep feeling that you keep in your heart….”

“You try enough…so just let it be!”Laju aku pintas. Kali ini aku goncang lengannya tanda tidak mahu.

“Not enough…okay look,kalau Kim taknak,hujung minggu ni Kim datang rumah akak…boleh?”


Mendengarkan itu,perlahan-lahan aku meleraikan pautan dan duduk kembali. Sekali lagi,antara soalan yang sukar untuk aku jawab. Satu permintaan. Yang berulang kali diutarakan sejak dua tahun yang lepas. Permintaan yang aku tidak pernah lagi tunaikan kerana tidak memberi sebarang makna untuk untuk aku tetapi bukan mereka.

“Tengoklah dulu macam mana”

“Kenapa kena tengok dulu? Sampai bila?”Suaranya serius. Tajam renungannya.

“Sampai bila apa?”

“Sampai bila tak nak pergi rumah akak..rumah abang Kim sendiri? Kim sedar tak Kim tak pernah jejakkan kaki kat rumah kita?”


Rumah kita?

Aku menunduk. Rumah yang Carl beli sebagai hadiah perkahwinannya dengan Amanda. Walaupun tidaklah semahal dan elit seperti rumah yang lain. Namun rumah teres dua tingkat itu mempunyai nilai yang tersendiri. Tidak jauh dari rumah sewa aku namun benar kata Amanda,sejak dia berkahwin dan berpindah disana..aku tidak pernah masuk ke rumah itu walaupun sekali. Bukan sekali dua mereka mengajak, tapi setiap kali kami bersua muka. Ditelefon, usah dikata.

Tiada kecederaan yang serius menimpa Amanda ketika kemalangan itu berlaku dua tahun yang lepas. Hanya luka dan lebam dibeberapa bahagian anggota badan. Kesemua mengucap syukur ke hadrat Ilahi kerana Amanda dapat diselamatkan. Amanda dan Carl diijabkabulkan pada hari ketiga raya Aidilfitri. Akad nikah diadakan dirumah pengantin perempuan. Keesokannya pula majlis perkahwinan diadakan juga di belah perempuan. Aku tumpang gembira melihat dua insan yang aku sayang sedang menganyam bahagia namun di dalam hati aku menangis.

Kehilangan. Kehilangan yang menyentap seluruh jiwa dan kehidupanku sekaligus membuat aku mencipta dunia rekaan sendiri tanpa ada orang lain di dalamnya kecuali aku. Cukuplah sekali…

“Kim ada rumah sendiri,kak Amanda. Penat tau Kim bayar sewa setiap bulan tapi nak duduk rumah orang lain” Cuba berseloroh dan cuba untuk menarik perhatian Amanda sebenarnya.

“Kim,akak serius okay.”

“That day will come…I know….just trust me….Okay,dah habis sesi kan? Kim balik dulu. Assalamualaikum”

Tas tangan aku paut ke lenganku yang berlapik blouse labuh berwarna peach. Berura-ura mahu keluar.

“Sekejap,biar akak hantar sampai kereta…”

Dan aku hanya menelan keluh dalam hati…

“So,any good news?”

Hanya keluhan yang terbit dari mulutnya. Dia menggeleng sebelum bersandar di sofa yang terletak di ruang tamu. Senyuman tawar saling bertukar balas.

“Tak apa. Kita kena usaha lebih lagi. Jangan berhenti. Kalau kita berhenti,dia pun akan buat perkara yang sama”Ujar Carl lembut sedang hati hanya Allah saja yang tahu betapa tidak tenang hatinya selama ini.

“Dia tetap bagi jawapan yang sama. Tak pernah berubah. Sikit pun tak pernah berubah. Sepanjang Amanda bekerja dalam bidang ni,kes Kim paling sukar…paling berat.”

Suasana sepi sekali lagi menyelubungi perbualan mereka. Subjeknya cuma satu iaitu Elliena Kamelia.

“She’s changed…she’s changed too much,sayang. I miss her…I miss my ‘old’ Kim…”

Lenturan suara Carl menyentuh tangkai hati Amanda. Dia mara dan mengusap belakang tubuh suaminya. Dia mengerti perasaan Carl. Siapa sangka kejadian demi kejadian yang berlaku akhirnya berjaya mengubah Kim menjadi lebih baik tetapi kejadian itu telah merubah kesemuanya termasuklah adik iparnya itu.

“ I know but we can’t give up. Kalau kita mengalah terlalu awal,Kim juga begitu dan dia akan terus macam itu…sampai bila-bila.”

Carl berpaling dan membalas senyuman manis isterinya. Tangannya menggengam erat jari jemari wanita yang sudah dua tahun dikahwininya. Memang tepat pilihannya selama ini. Amanda seorang wanita yang baik dan juga isteri yang terbaik untuk dirinya. Separuhnya dia bahagia dan sebahagiannya dia telah gagal.

“Abang tak akan mengalah tapi…kalau bukan sebab abang,Kim takkan jadi macam ni. Sepatutnya abang dengar cakap Amanda dulu…supaya jaga dan faham Kim sebab dia perlukan abang…dia perlukan kita tapi abang degil. Abang ego. Abang salahkan dia lepas apa yang terjadi pada Amanda dulu. Kerana tertekan dan marah,abang lepaskan semuanya dekat Kim.”


“Abang,lupakan semuanya. Kan Kim juga dah lama maafkan abang…”


“Tapi dia takkan dapat lupakan…betul kan?”Amanda mati kata. Carl tersenyum lirih. Kesal dengan kekhilafan yang telah dilakukan.

“Boleh dia lupakan semuanya lepas dia keguguran? Atau selepas abang sendiri yang salahkan dia seratus peratus apa yang berlaku pada arwah Daddy, mama dan Amanda? Tak mungkin sayang..sebab tu dia berubah sampai sekarang. Dia nampak normal tapi hakikatnya….”

“Kosong…”Pandangan mereka berlaga. Melepaskan satu renungan yang penuh kekesalan dan keinsafan.

Sekeping roti Gardenia yang telah dibakar disalut dengan mentega dan jem strawberry. Berhati-hati sekali aku sumbat ke dalam mulut. Baru separuh gigit,aku letak kembali di pinggan. Tiada selera. Bukan hari ni saja aku tiada selera tapi sudah banyak kali. Senang cerita,setiap masa. Aku hanya makan sekali saja dalam sehari dan itu sudah memadai kerana tubuhku mampu bertahan.


“Bertahan apanya kalau setiap bulan jatuh sakit. Demam!”

Itu omelan Carl yang membuat aku hanya mampu tersenyum. Entah penyakit atau tak itulah hakikatnya bila hampir setiap bulan aku akan demam secara tiba-tiba. Setiap bulan juga Carl pasti akan membekalkan ku ubat-ubatan kerana aku berkeras tidak mahu ke klinik melainkan jika teruk.

Kebimbangannya makin menjadi bila aku mahu terus duduk seorang diri. Aku memandang sekeliling rumah sebelum bangun untuk memulakan rutin harianku. Mengemas dan membersihkan rumah termasuklah mencuci halaman rumah. Segala tugas dirumah ini aku yang lakukan.Aku tidak berasa penat. Tidak pernah sekali. Jujurnya,aku tidak tahu mengapa.


“Kau tak pernah rasa penat ke weh? Tak rasa lelah layan karenah perempuan bongkak tu? Ikut sesuka hati je nak letak kau dekat mana. Hari ni ganti meeting dia,esok tetiba dia turunkan bahagian operasi yang sama dengan kerani dan hari ni kau tengok apa dia buat? Dia jadikan kau tea lady dia! 24 jam kau buat kerja….makan sehari sekali je. Tak ubah macam robot!”

Salah satu lagi komen yang saban hari aku dengar dari Wanie iaitu staf Paradise Corporation yang agak baik denganku. Sepanjang aku bekerja disini,aku tidak pernah berkawan rapat dengan pekerja disitu.

AKu Cuma mahu melakukan tugasku sebagai seorang pekerja Paradise Corporation dengan sebaik mungkin. Memang saban hari aku terpaksa berdepan dengan karenah pegawai atasanku iaitu Cik Munirah yang tidak pernah senang dengan kehadiran aku sejakaku bekerja disitu. Itu belum lagi dengan mereka yang lain namun aku hanya diam dan patuh. Tak pernah ingkar langsung.

“Amboiii…dah besaq-besaq dah…mekar cantik pulak tu bunga orked dia…”

Aku tersentak dan berpaling ke sini. Tersenyum dengan Mak Cik Senah yang merupakan jiranku. Baik dan peramah orangnya. Rajin juga dia bertegur setiap kali nampak aku mengemas halaman rumah pada setiap hujung minggu.

“Saya tak biasa sebenarnya jaga pokok-pokok bunga ni. Ni Kak Amanda yang punya. Dia suruh saya jaga…”

“Oh…Hakim pun suka bunga Orked sebenarnya. Elok lah citarasi depa sama. Ceq pun suka naa…!”

Bibir bawah aku gigit . Hakim merupakan anak lelaki Mak Cik Senah. Bekerja sebagai doktor yang mempunyai klinik sendiri yang tidak jauh dari sini dan yang paling penting, sudah banyak kali Mak Cik Senah menyuarakan hasratnya dan aku hanya mampu tersenyum tanpa jawapan.


Berpura-pura kembali menyiram bunga Orked yang membesar dan mekar dengan cantik sekali. Bukan itu aje,ada juga bunga matahari dan bunga ros yang aku tanam. Oppss,bukan aku tapi Amanda sebenarnya. Katanya,ia satu terapi namun bagiku ia memori milik mama. Aku tahu Amanda cuba membantu namun sebenarnya aku sudah pulih. Jika tidak,mana mungkin aku mampu berdiri saat ini?

“Hishh awatlah susah sangat kamu nak beri jawapan? Cuba bukak sat mulut tu. Hakim dah lama tunggu tau…cubalah kenal-kenal dulu mana tahu lama-lama nanti berkenan? Lagi satu, hang tinggal cakap ‘yes’ or ‘no’. Itu je”Ngeceknya lagi.

“Mak Cik….”

“Mak cik tak kisah..tak peduli kamu janda ke apa…Hakim pun sama. Dia ikhlas nak melamar Kim sebagai isterinya. “

Janda?

Perit telingaku. Perempuan mana yang suka dengan perkataan janda itu? Tiada! Lebih-lebih lagi mentaliti orang kita yang suka menganggap janda sebagai perampas dan perosak rumah tangga pasangan lain. Aku tidak mahu mempunyai sebarang hubungan hatta kawan sekalipun. Aku tidak mahu rapat dengan sesiapa sekalipun terutamanya lelaki. Sebab itu aku tak teragak-agak nak memilih ‘Janda’ di bahagian statusku semasa memohon pekerjaan.

“Maaf mak cik saya tak boleh lama ni. Kita sembang lain kali ya? Saya nak hantar kereta ke workshop. Dah lama tak servis rasanya”

Mak Cik Senah mencebik tanda tidak puas hati. Tahu aku mahu lari. “Kan ke senang kamu kahwin je dengan Hakim?Senang nanti ada orang tengok-tengok kan kamu.Tak payah susah-susah nak repair kereta…nak hantar servis.Itu semua kerja orang lelaki…kerja suami!”

“Saya pergi dulu.Assalamualaikum…”Aku menyalam tangannya di celah-celah tembok sebelum berlalu masuk. Riak wajahnya tegang namun aku tetap tersenyum dengan riak yang tenang.

Masuk saja dalam kereta,aku menarik nafas lega. Sangat lega!

Dari cermin pandang belakang,aku dapat melihat wanita separuh abad itu bercekak pinggang. Hakim memang seorang lelaki yang baik dan sopan. AKu senang melihat cara dia melayan emaknya. Penuh tertib dan lembut saja budi bahasanya dan dia layak memiliki wanita yang jauh lebih baik dariku.

Peluh yang mula merenik di dahi aku lap dengan tapak tangan. Berkerut dahiku menunggu kereta kesayanganku dibaiki. Biasalah orang perempuan. Tahu pakai aje. Setahun sekali pulak tu aku hantar servis. Entah apa yang rosak pun aku tak tahu. Hari itu radio buat hal,ini aircond pulak…

“Lama lagi ke apek? Dah sejam dah ni tunggu”


“Haii adik…lu punya kereta banyak mau repair lah. Bukan satu barang je rosak…manyak. Ini macam dia mintak ganti baru!”

Amboi senangnya dia cakap! Aku mengeluh perlahan. “Dia tiada ganti pada saya. Ganti je barang yang rosak. Berapa lama boleh siap ni?”


“Ini macam seminggu dua baru siap lah sebab kami tak ada stock.”Melopong luas mulutku kerana terkejut.

“Dua minggu? Aduh! Matilah aku nak pergi kerja lepas ni!”

Apek itu ketawa sambil menggeleng cuma.

“Biasanya kalau mau kereta bagi elok…hantar servis sekurang-kurangnya tiga atau enam bulan sekali. Lu patut suruh itu hubby yang hantar tau….kesian you banyak susah mau hantar repair. Lain kali minta hubby hantar lah amoiii”


Selorohnya memaksa aku mengunci mulut. Terus hilang keresahan dengan ketiadaan kereta untuk seminggu dua ini. Saban hari aku mendengar soalan yang sama. Hal yang membuat aku hanya mampu termenung kosong. Sudah tiada hati untuk terguris apatah lagi terluka. Tiada bezanya. Aku pernah memiliki semua itu dan pernah merasai tapi aku tidak boleh menikmati kerana sudah tertulis itu bukan takdirku sama sekali.

Namun aku perlu sedar, pergilah ke pelusok dunia sekalipun, dosa itu tetap mengejar dan menghantuiku.



Perlahan dan penuh berhati sekali aku berjalan menyusuri penghuni disini yang hanya meninggalkan tanda bersama jasad yang sudah disemadikan. Angin yang menyapa sepoi-sepoi bahasa seperti menghantar mesej yang mudah difahami. Kesedihan dan ketenangan

Tikar sederhana panjang aku bentang dan duduk sambil membuka Yassin. Teringat dulu aku langsung tidak tahu huruf Jawi ini apatah lagi membacanya. Ingat lagi dihadapan Amanda aku membuat pengakuan itu namun di atas bantuan orang sekeliling dan juga usaha,aku berjaya membacanya walaupun adakalanya tergagap-gagap.

Selesai saja bacaan,aku menyentuh batu nisan yang tertera nama Damien Abdullah dan Kim Sara.


“Assalamualaikum daddy,mama…Daddy apa khabar kat sana ? Sihat? Kim tahu daddy dengan mama baik-baik je kan sebab kalau Daddy dan mama tak sihat,siapa nak jaga Kim dekat sini? Tapi jangan risau,Kim dah besar dan Kim boleh jaga diri sendiri.”

“Hmm…sedar tak sedar dah dua tahun berlalu. Kim tak nak membesar tapi Kim tak dapat elak yang Kim bakal genap 28 tahun ni. Kim tinggalkan impian Kim sebab Kim nak tolong Daddy tapi Kim masih perlukan masa. Masa untuk balik ke sana….masa untuk uruskan kerja Daddy. Buat masa ni Uncle Eddie yang uruskan. Alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar cuma ada masalah sikit..sikit je so jangan risau eh”

Aku tipu. Mana mungkin syarikat kembali beroperasi normal jika banyak projek dan hutang tergendala. Selama ini Daddy yang mengetuai semua projek kerana Daddy sukar mahu mempercayai stafnya. Jadi,segala keputusan banyak bergantung pada Daddy.

Kehilangan Daddy meninggalkan impak yang besar sekaligus banyak projek terpaksa diberhentikan,pekerja pula ramai yang berhenti dan ramai klien yang menarik diri kerana sudah hilang kepercayaan. Uncle Eddie yang merupakan saudara terdekat Daddy menawarkan diri untuk membantu namun ia memakan tempoh yang lama untuk memulihkan kembali syarikat Daddy.

Uncle Eddie terpaksa memulakan balik kesemuanya dan aku sangat terhutang budi padanya. Aku mahu pulang ke sana,mahu membantu tetapi aku masih belajar untuk menceburi bidang baru yang jauh dari minat dan kepakaranku. Sebab itu aku sangat bersyukur dan cuba berikan yang terbaik di Paradise Corporation. Ilmu dan pengalaman. Selepas itu aku nekad akan kembali ke Amerika dan menetap disana. Sudah aku beritahu tentang hasratku kepada Carl tapi dia melarang keras. Tapi aku percaya, lambat laun dia akan setuju.

Aku pejam mata dan menarik nafas dalam, cuba mengumpul kekuatan dan semangat yang ada untuk berhadapan dengan satu lagi ‘harta’ yang berjaya meragut dan merubah jiwaku yang hanya tinggal sisa. Mata memandang tenang pusara yang kecil itu. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan pusara Daddy dan mama. Pusara yang telah menyemadikan satu jasad yang sepatutnya lahir ke dunia ini.

“Assalamualaikum sayang…anak mummy….”

Batu nisan berwarna putih itu aku genggam kuat,cuba mencari sisa kekuatan yang masih ada. Setiap kali berdepan dengannya,hatiku rapuh. Ya,aku telah keguguran kerana hentakan yang kuat di perutku ketika tergelincir di dalam bilik air dua tahun yang lepas. Aku kehilangan banyak darah dan kandunganku terlalu lemah ketika itu.


Hasil pemeriksaan doktor menunjukkan aku terlalu kerap makan pil tidur dan ubat penenang termasuklah hentakan di perutku pada waktu itu. Aku tidak menjaga kandunganku dengan baik jadi disebabkan itu bayiku tidak dapat diselamatkan. Sungguh dunia ketika itu terasa gelap sehingga aku tidak mampu berkata apa-apa. Aku jadi murung dan senyap.

Carl sentiasa menemaniku dan bibirnya tidak putus-putus memohon maaf. Aku hanya mengangguk tanda memaafkannya kerana dia tidak bersalah. Amanda,Haji Rahman dan Hajah Salma turut membantu,sentiasa memberi sokongan padu dan semangat.


Tetapi perlukah? Aku masih lagi aku. Tiada apa yang berubah. Aku masih boleh ketawa…masih mampu berdiri,bekerja dan senyum. Jadi,kenapa semua orang terlalu berhati-hati bila bercakap dengan aku…menjaga perasaan aku? Terlalu bersikap melindungi? Aku okay!

“Maafkan mummy kerana sayang tak dapat melihat dunia ni..bersama-sama mummy. Mummy tahu mummy tak boleh putar balikkan masa tapi mummy tahu sayang sedang menunggu mummy kat sana…”Senyumku panjang. Suaraku lembut seakan-akan sedang bercakap dengan si kecil ini.

Aku amat merinduinya. Kalau lah aku tidak cuai, pasti anakku sudah berusia dua tahun. Kalau lah…Ya Allah,semua ini sudah tertulis untukku..aku tidak seharusnya menidakkan apa yang berlaku sebaliknya aku perlu terus memohon keampunan dariNYA. Setiap apa yang berlaku,ada hikmahnya dan aku percaya. Seperti biasa sebelum aku pulang,aku menyiram ketiga-tiga pusara insan yang amat bermakna dalam hidupku…yang sedang menungguku di atas sana.




Dua tahun yang lepas (Flashback)


“Anak Kim……gagal diselamatkan”

Aku pejam mata rapat. Rapat dan serapatnya sehingga kalau boleh, aku tidak mahu membuka mata lagi. Air liur aku teguk terasa kesat dan kering. Tangan mengusap perutku yang sudah tidak berbukit. Tiada lagi pergerakan bayiku yang aktif saat aku makan, berbual dengannya, tiada lagi ‘pendengar’ yang setia yang sudah menemaniku hampir tujuh bulan. Hanya lagi dua bulan sahaja aku bakal bertemu dengan anakku. Oh Tuhan….

Bibirku sudah menggigil menahan sebak yang aku tahan sedari tadi. Wajah Carl dan Hajah Salma aku pandang dalam kabusan air mata. Menggeleng.

“Tak…tak..anak Kim masih ada. Dia ada dalam kandungan Kim. Lagipun lagi dua bulan Kim nak bersalin, nak jumpa baby Kim”

“Kim…”Aku dapat melihat wajah Hajah Salma yang sudah basah dengan air mata, menggengam erat tanganku. Carl sedari tadi hanya menunduk dibirai katil yang menempatkan aku.

“Dan,please…please tell me where’s my baby? Please tell me he’s okay, can’t you?”Tangisanku pecah. Aku menggoyangkan bahu Carl beberapa kali. Mahu dia bersuara, mendesaknya untuk beritahu di mana anakku sekarang ini. Anak aku masih ada!

“Kim,jangan macam ni,nak. Kim kena redha. Anak Kim dah tiada…’”Pujuk Hajah Salma lirih. Lagi aku menggeleng laju.

“Tak, Umi. Anak Kim ada lagi lah. Tadi dia ada, Kim rasa lagi dia bergerak aktif dalam perut Kim. Cuma sekarang je baby tiba-tiba senyap, tak gerak. Mungkin sebab daripada semalam Kim tak selera makan, tu yang baby merajuk. Kan sayang?”Aku menyentuh perutku yang sudah kempis. Tubuh yang berbalut dengan pakaian hospital aku usap laju. Mahu menyedarkan bayiku. Air mata semakin galak mengalir. Lagi laju aku mengosak, lagi laju air mata jatuh menitik.

“Sshhh, shh…”Carl menarik kepalaku dan dibawa ke dadanya. Kedua belah tanganku dibawa jauh daripada perutku sebelum dia menggengam erat.

“He’s still here,Dan. I can feel his presence. He…he can just leave me like this…he can’t”
Aku menggogoi dalam pelukannya seperti orang kurang siuman.

“I’m sorry…I’m sorry…”

Sorry XDpt nk up laju2 sbb nk kerja duedate sebelum hiung bulan.. Sorry jugk x dpt reply komen, hz baca tp x semply Tq kpd yg sudi baca, komen, n donate coins..^_^

Share this novel

mynn.nnym
2023-12-28 20:03:52 

Tq HA double updates!


NovelPlus Premium

The best ads free experience