BAB 9
Bunyi deringan telefon yang lantang memaksa aku bangun. Tengok skrin je aku dah menguntum senyuman.
“Hai daddy!”
“Assalamulaikum…”Terdengar suara yang jauh ditalian berdehem kuat.
Aku jawab dalam hati. “Yeah…”
“I think I should on my loudspeaker then but…hei! There your mom coming! Honey!”
“Dad! Stop It okay! I know mom isn’t there. You still can’t be a good liar,daddy. That’s why mom is very lucky women to have you.”
Daddy ketawa mendengar kata-kataku.
“Well,thanks. I’m red. So how’s your work? Is everything alright?”
“Yeah of course. We did a great job to make sure Tiara Kim Wedding success, popular and greatest all the times!”
“Alhamdullilah…”
Aku tersenyum sedikit bila Daddy mengucapkan kalimah itu dengan pelat mat sallehnya itu.Kami bertiga bila di rumah menggunakan dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris dengan pelat sendiri. Daddy walaupun masih pelat tapi cukup fasih dengan Bahasa Melayu. Mama pula bila berkunjung saudara belahnya terutamanya nenek,habis tiga bahasa keluar! Itupun dah acapkali mama jadi translator aku dan daddy.
“Then how’s your business,daddy? Is there from your staff…hot and handsome looks? Give me then!”AKu ketawa nakal.
Aku tiap kali balik ke sana tentu saja syarikat daddy merupakan pilihan pertama nak cuci mata. Stafnya ramai yang muda,kacak,tampan dan bergaya. Pandai betul Mrs Ailen Brooke pilih lepastu temuduga sampai lepas!
“Silly girl! But to tell you the truth,yeah..a few but I think I’m the one looks hot than your boyfriend here. Stop playing around and find a right man for you and us. You’re gonna be 25 this year,honey. And please stop change your profile with difference men,okay?”
Makin galak aku ketawa mendengar omelan Daddy yang jarang aku dengar. Kami rajin berhubung sebenarnya tapi adakalanya kesibukan menjadi penghalang. Pagi di Malaysia aku bekerja,malam disana pula waktu tidur. Hanya media social yang jadi peneman. Pasti daddy stalk FB dan Twitter. Kalau tak,takkan dia tahu.
“Since when daddy become a stalker? Did mama told you so?”
“Instinct. Parents were always the best. No doubt.”
“Then trust me I’ll bring you my Mr Right. The right one. The only one and…”
“In a appriopriate way.”
Aku terdiam. Dalam hati aku berdoa banyak kali agar daddy matikan saja topic yang amat aku benci. 25 tu masih muda. Usia yang masih sesuai untuk enjoy! Balik-balik mesti cakap ‘umur kamu ni sepatutnya anak dah dua.
‘ Huh! Anak? Bukan masa terdekat ni okay!
“And one more thing, daddy dengan mama akan menunaikan haji hujung tahun ni. Visa pun dah lulus. Ada masa,come here…your home sweet home. Nanti boleh hangout ke New York sambil makan humburger,Central park with your favourite ice cream and…”
Cepat aku memintas. “Heading to the ‘sin city’? That’s heaven!”
“No. That will burn you more”
Kami tergelak. Memahami. Faham apa yang daddy cuba sampaikan. Las Vegas yang trkenal dengan ‘The Sin City’. Bandar yang sentiasa hidup dan tak pernah tidur walaupun sesaat!
AKu jarang pergi ke situ hatta membeli belah sekalipun. Sekadar suka dengan suasana malamnya,menampakkan bangunan yang tinggi beraneka bentuk dan lampu yang bergemerlapan. Itu belum lagi bangunan kasino yang canggih dan berkerlip sana sini.
Habis saja berbual,aku kembali membuka organizer. Serpihan kayu dan kaca yang aku kutip semalam aku kumpul di meja kecil disudut hujung.Kemenangan bagi Tengku Zariel dan kekalahan bagiku? Mustahil!
“There is no way I stop untill he completely be mine”
“CIK…Cik?”
Aku tersentak. Cepat-cepat tersedar dimana aku ketika ini. Para pekerja yang sibuk bertugas di ruangan membuat air minuman dan pesanan sesekali menoleh kearahku. Aku tersipu sebelum berdehem. Jarang sebenarnya aku mengelamun. Lebih-lebih lagi dengan ‘tugas’seberat ini. Professional,Kim. Professional!
“Sorry,where are we?”
Encik Emran tersenyum. Cukup manis senyumannya. Riak wajahnya yang tenang menyerlahkan sifat seorang ayah. Mengingatkan aku pada daddy yang baru telefon tadi sebelum aku ke sini. Ke Emran HR House yang merupakan sebuah restoran terkemuka di ibu kota. Terkenal dengan steak dan BBQ.
Apa yang menariknya restoran ini,ia memiliki tempat khas untuk pelanggan yang menginginkan hidangan BBQ. Bakar dan masak sendiri dengan bahan-bahan yang disediakan setelah dibeli dan ditempah. Satu keistimewaan yang dimiliki oleh Arjuna Café tapi jarang sekali ‘diguna’ kerana kafe Uncle Ramdan lebih dikenali dengan makanan Western dan tradisi Melayu. Konsep binaan luar dan dalam pula gabungan modern dan klasik dan tentu saja bergermelapan dengan Queen Band! Santai dan tenang.
“Berkaitan dengan tempahan yang Cik Kim kata tadi.”
Aku berpura menepuk dahi kononnya lupa.
“Oh,ya hampir I terlupa but seriously, are you sure yang malam Sabtu ni semuanya dah dibooking? I mean,look at your place..for BBQ,is all of it already booked? By who?”
Wajah Encik Emran berkerut seribu. Sesekali dia menurunkan cermin matanya ke pucuk hidung.
OMG!
Janganlah dia dapat cam muka aku. Takkanlah dengan gayaku seperti budak kemaruk hip-hop dengan bertopi,berjaket denim dia dapat tahu siapa aku? Dalam hati jangan cakaplah,dah nak meletup! Susah payah aku tinggalkan Khayra di rumah Datin Noreen semata-mata nak pergi sini nak korek rahsia akan gagal.
‘Please…please…not now!’
“I tak suka orang tenung I tanpa izin. Copy that?” Bidasku yang Terus Encik Emran terkebil-kebil sebelum meminta maaf.
“Just tell me who and I will booked for another day”Ujarku kurang sabar.
“Err…Qalesh Holding. Majlis makan malam syarikat tu diadakan disini. Tengku dah book semuanya sebab tu kami tak boleh ambil tempahan lain”
Aku tersenyum puas mendengarnya. Telahan aku benar. Teknik yang aku gunakan pada setiausaha Tengku Zariel pada pertemuan kedua kami tanda memohon maaf atas sikap aku yang menyebabkan dia dimarah teruk oleh Tengku Zariel akhirnya berjaya. Betul-betul lurus dan kampung! Terlalu mudah aku perdayakan setiausaha Qalesh Holding. Ambil aku kan senang. Mudah aku nak mendekati Tengku Zariel.
BUM!
“Oh god! What is that??!”Aku terpekik nyaring bila terdengar dentuman kuat di belakang restoran. Berlaku gegaran yang cukup kuat,kaca yang pecah dan tembok yang memisahkan ruang BBQ dan dapur sebahagiannya roboh.
Keadaan menjadi riuh dan kelam kabut. Bertempiaran para pekerja dan orang ramai termasuk aku. AKu berlari keluar walaupun bahagian hadapan tiada berlaku apa-apa. Takut,cemas dan panik tak usah cakaplah. Bercampur-campur perasaan dah ni.
“What happened? Can someone please tell me what had happened just now?!” Aku tanya bertalu-talu bila para pekerja yang berada diruang dapur bertempiaran keluar. Wajah mereka pucat. Kemeja putih yang mereka pakai juga hitam sana sini. Berdebu dan berhabuk. Dinding yang memisahkan bahagian dapur dengan ruang utama runtuh dan berderai di serata tempat.
“Lori. Ada lori rempuh belakang kedai hingga ke dapur!”
“What?! Mabuk ke apa driver tu? Is everyone alright? Ada sesiapa yang tak ada?” Sebaik saja dengar soalan aku,melilau mereka mencari rakan masing-masing.
“Suhaila!”Serentak mereka menjerit panik.
“Tolong!”
“Is that her? Encik Emran??!”Wajah Encik Emran aku pandang tajam. Menyuruhnya agar melakukan sesuatu. Gadis yang terperangkap di dalam salah seorang pekerjanya. Dan untuk apa dia berdiri kaku disini tanpa buat apa-apa? Nak tunggu ambulance dengan bomba entah bila sampai!
“Haa,awak lah yang pergi! Awak tu muda lagi,tenaga masih kuat. Dia kan kawan awak semua!”Encik Emrah menolak bahu pekerja lelakinya itu.Pengecut betul!
“Coward!”Aku mencampak cermin mata hitam kea rah Encik Emran sehingga dia terkejut dnegan tindakanku. Tak peduli jeritan mereka yang lain melihat tindakan beraniku.
Nasib aku pakai sneaker. Kalau heels? Mahu patah berjalan di timbunan batu bata yang runtuh. Hampir nak terjatuh rahangku melihat kawasan dapurnya yang hancur dengan nyalaan api sana sini. itu belum lagi melihat kepala lori yang masuk separuh,memecahkan cabinet dapur sehingga tiada lagi bentuknya yang esklusif.
Suara orang terbatuk kuat menyentak aku. Bergegas aku menghampiri gadis itu. Kakinya terhempap dengan batu bata yang pecah sana sini. Pintu lori terbuka menandakan pemandunya dah lari. Pengecut!
“Come let me help you.” AKu duduk mencangkung. Mencampak segala batu yang menghempap kakinya. Seluar slack yang dipakainya koyak dibahagian lutut sehingga berdarah.
“Terima kasih…kak”Dahinya berkerut menahan sakit.
“Here…cuba berdiri dulu”Arahku cuba memapahnya bila dia terjingkit-jingkit menahan sakit. Nasib saiz badan dia lebih kurang aku? Kalau tak? Harus aku tolak dia dengan lori tu!
Habuk,debu dan asap yang bercampur menyebabkan aku terbatuk sama. Ditambah lagi dengan tenaga aku yang makin kurang dek memapah gadis itu. Sampai diluar aje sudah ada ambulan dan bomba. Thank god!
“Habis kedai saya Encik. Lingkup,lingkup!”
Aku mencebik mendengar omelan Encik Emran tu.
“You should more concern about your staff,Encik Emran. Without them,you’re nothing! By the way,speaking of the devil..macam mana you nak handle dinner Qalesh Holding,hmm? Any other way or…?” Soalku angkat kening,merenungnya dengan penuh makna.
“APA lagi plan kau sebenarnya,Kim?”
Jari jemari yang ralit menari di keyboard terhenti seraya menjelingnya disisi. Sesekali juga aku pandang ke luar berhampiran taman kafe. Encik Emran sedang berbual dengan Uncle Ramdan.
“They need some help. Tak salah kan?”
“With bad intentions? Yeah,right! Kau memang takkan serik kan”
Terus aku menutup nota muzik didepan dan membalas renungannya.
“Look Tiara…seriously,niat aku Cuma nak tahu pasal dinner Qalesh Holding kat Emran HR House,that’s it. Dan aku tak tahu apa-apa pasal accident tu okay! Aku tak ada kerja nak bazirkan masa aku kat penjara daripada tengok Ariel depan mata. Faham?!”
Tiara medengus geram dengan kata-kata aku. Untuk apa dia bengang dengan aku sedangkan aku langsung tidak menyusahkan sesiapa pun! Niat aku Cuma nak tahu tentang makan malam Qalesh Holding dan cuba merisik event apa lagi yang ada. Tentang kejadian pagi tadi? AKu langsung tak tahu! Tidak mungkin aku sanggup mengupah orang dan seterusnya merancang sesuatu yang boleh meragut nyawa orang lain.
Kerosakan yang teruk berlaku di Emran HR House menyebabkan aku meminta Encik Emran berbincang dengan Uncle Ramdan. Kiranya ;menumpang; Arjuna Café bagi makan malam Qalesh Holding.
Mana mungkin Encik Emran menolak kerana dia juga yang akan rugi besar nanti sementelah terpaksa menanggung kerugian terhadap restorannya. Dan Qalesh Holding? Mampu ke untuk menolak terutamanya Tengku Zariel yang menyerahkan bulat-bulat pada setiausahanya yang ‘blur’ itu?
“Daripada kau sibuk pasal aku apa kata kau ikut aku balik butik. Kejap lagi ada customer tu nak test baju. Aku pun nak ke PJ. Nak tengok persiapan majlis Datin Noreen dengan Khay. Daa,Tiara…”
Dan dengusan berapi Tiara tetap bersambung mengiringi langkah aku. Hari ini berlaku dua perkara yang tak aku duga. Pertama, kejadian di Emran HR House. Yang kedua…Tengku Zariel…
Cermin yang besar dihadapan aku tatap puas. Puas hati dengan penampilan aku malam ini. Dress high low berwarna coklat bersama heels 4 inci. Perfect! AKu berpusing menari di hadapan cermin sebelum tergelak sendiri. Mental!
KLIK!
Satu pancaran kamera membuat aku terkejut. Terkebil-kebil aku melihat dia melalui pantulan cermin. Bersandar ditepi pintu sambil berpeluk tubuh dengan gayanya yang segak. Bila masa dia masuk? Bukan kah aku suruh dia tunggu di kereta?
“Tiara bagi masuk.”Pantas dia menjawab soalan yang berlegar di fikiranku.
“Lainkali sebelum masuk mintak izin I dulu. I tak suka orang masuk ke bilik I tanpa izin.”
Herman sekadar tersenyum. Sikit tidak terusik dengan kata pedasku. Kadang aku terfikir, tidak berperasaankah lelaki ini? Aku tidak pernah memberi layanan yang baik kepada Herman. Reaksi dan kata-kataku begitu jujur sekali namun dia masih melayanku dengan baik.
“Kalau kita dah kahwin nanti,masih I kena mintak izin juga?” Soalnya mendekati aku. Harum semerbak bau Dunhill dari tubuhnya. Kalau perempuan lain ni,mesti dah jatuh terduduk!
Aku menjelingnya bersama gelengan.
“Don’t stare me like that. You dah goda I okay? At least,not here”
“Siapa nak goda you? Perasan! Dah lah dinner you dah nak start dah kan? So shall we?”Balasku.
“Come”Herman menghulur lengan kanannya.
Aku senyum menawan sebelum memaut lengannya. Kami berdua melangkah keluar dari bilikku.
“Do you mind if I introduced you to everyone?”
“My pleasure. Makin glamour lah I lepas ni,kan?”
“As my wife to be?”
Langkah aku mati betul-betul di anak tangga terakhir. Tiara yang dengar sudah mengangkat kening menunggu jawapan.
“Herman,no okay? Big NO! I taknak parents you fikir kita ada apa-apa. Kenalkan I sebagai kawan you kan senang? Entah dekat luar sana berlambak girlfriend you. Sorry ya,I tak layan benda yang silly macam ni”
“Of course Kim taknak. Nak tahu kenapa? Rosaklah impian dia nak bersuamikan kerabat diraja…Silap-silap semua orang kat majlis tu cop Kim bukan-bukan pulak nanti, you tak kesian ke?”
Baru aku nak menjawab,tangan Herman makin menggengam erat tanganku agar aku tak layan kata-kata Tiara itu. Memang menyakitkan hati betul! Aku berpura membalas bidasnya dengan senyuman.
“At least it is my biggest dream that I ever had. Unlike you,dapat boyfie pun player. You je tak sedar,terkejar-kejarkan duit dia sampai melutut kat kaki Alan! Honestly,i yang sepatutnya kesian kat you sebab you dah cop diri you tu sebagai perempuan apa. Nak cari salah i? Fine! We’re equal then…!”
Pintu aku hempas kuat. Terkial aku cabut heel dan masuk ke perut ke Audi milik Herman. Berombak dada ini dengan marah yang mengasak.
“I still don’t get it kenapa you still bagi dia duduk serumah dengan you. Bukan ke Alan ada belikan kondo untuk Tiara?”
“No Herman…you still don’t get it do you? She’s my best friend. I ajak dia tinggal dengan I sebab I tak nak dia pergi terlalu ‘jauh’ dengan Alan but still…not enough.”Ujarku tersenyum hambar.
Herman mencapai tanganku dan mengucup lembut. Aku senang dengan perlakuannya.
“You’re such a nice person,Kim. That’s why I like you. Even more. I dengar dinner Qalesh Holding would be held at Aj Café? You dah ready?”
“Ready? For what? You mean,Zariel?”
Riak wajah Herman seperti bosan bila aku menyebut nama Tengku Zariel. Aku malas nak layan dengan karenahnya yang adakalanya kebudak-budakan.
“Well..yeah. Him. Mana tahu dia bagi kejutan pada you nanti.I taknak you pengsan pulak”
Senyuman dan renungan Herman benar-benar buat aku tertanya. Aku berkawan dengan Herman dah lama. Bukan sukar untuk aku membaca riak dan fikirannya. Tapi kenapa pulak aku yang akan terkejut?
“Herman..i rasa you dah silap. Kenapa I yang patut rasa terkejut kalau I’ll be there. Dan Ariel memang dah tahu dan dia terpaksa sebab dah last minute. You suruh I ready sebab takut dia mengamuk dekat I, malukan dekat AJ Café? I don’t give a damn,Herman! I’m ready. Ready for everything!”
Herman tersenyum dek kata aku yang tegas. Dia kembali memandang hadapan. Tenang mengawal stereng kereta menuju ke destinasi.
“I know. I Cuma nak you ready. Betul-betul bersedia…”
Haishh! Pening aku! Kenapalah lelaki ini suka cakap berbelit-belit??
Sorry bab 8 HZ terupload sekali dlm kat bab 9
Share this novel