BAB 14
“Maaf cik tak boleh masuk. Tengku tak benarkan”
Tangan yang mahu memulas tombol pintu bilik Tengku Zariel terhenti. Lantas aku berpaling pada seorang wanita yang berbaju kurung dan berkain batin. Rasanya lebih kurang sebaya aku jika dilihat dari wajahnya.
“Tengku yang mana?”
“Semua yang bernama Tengku dalam rumah ni” Suara Tengku Zariel yang muncul dari belakangku. Mendatar wajahnya sambil berpeluk tubuh. Satu postur yang tidak asing lagi bagiku.
Dia sudah bertukar pakaian. T-shirt dan seluar track. Seperti tidak sabar mahu menukar sedangkan aku belum lagi mengambil gambar kami berdua!
“I am your wife. Lagipun kita tak ada pun ambil gambar berdua. Tahu-tahu je you dah tukar baju dulu. Batal air sembahyang pun tak ada buat”
Tengku Zariel yang bersandar di tepi tangga tergelak. Apa yang kelakar aku tak nak tahu kerana ia langsung tak kelakar bagi aku! Sudahlah aku letih, panas dan mahu menukar pakaian dan sekarang tidak dibenarkan masuk ke bilik pengantin??
“Itu Cuma adat orang Melayu. Oppss,lupa pulak kau bukan Melayu tulen. Darah kau kan bercampur-campur kan. Mesti kotor”
Panas telingaku mendengarnya. “Hei, jangan hina keluarga I,I’m warning you! You bernasib baik daddy dengan mama I takde dekat sini kalau tak…”
“Kalau tak mereka mesti malu dapat anak macam kau. Aku simpati dekat diaorang sebenarnya tapi well…bukan urusan aku. Sekarang tugas aku cuma nak uruskan kau. Maz, tunjuk kat mana tempat yang sepatutnya dia berada. Beritahu mama yang saya nak keluar”
Bibir aku ketap geram. Apa maksud dia kat mana sepatutnya aku berada? Ketika Tengku Zariel sudah melangkah hendak pergi, aku memaut manja lengannya.
“Ariel,please maafkan i. I tak sengaja nak buat you marah tapi I isteri you dan sepatutnya I boleh masuk bilik you. Lagipun,malam ni kan malam…”
Aku mendesis apabila dia menepis tanganku. “Hei perempuan kau jangan nak mengarutlah. Aku kahwin dengan kau sebab terpaksa tahu! Aku sikit tak percaya Iman ditangkap basah dengan lelaki yang dia tak kenal. Lebih-lebih lagi pada hari nikah kami berdua. Aku tahu ni ada kaitan dnegan kau,Kim”
Nafas aku seakan-akan terhenti. Berasap lagi telinga aku. Iman lagi!
“Could you please drop this subject, Arie? It doesn’t make any sense! Untuk apa I gadaikan nyawa dengan menyamar semata-mata nak masuk rumah you? You awal-awal lagi dah bagi warning,siap tampal gambar I lagi. Kalau I kena tangkap,I jugak yang malu. Dan mana you tahu Iman tak kenal lelaki tu? Look Ariel…seriously, I simpati dengan you dan Iman. Dan I tak gembira langsung bila you tak jadi kahwin dengan Iman. I ceroboh masuk rumah you cuma untuk tengok you…for the last time,that’s it!” Ucapku penuh perasaan.
Muka dia langsung sikit tidak menunjukkan reaksi dari seorang suami sedang kami berdua baru saja disahkan sebagai suami isteri. Terpaksa. Aku melihat sepasang mata itu juga kelihatan merah.
Adakah…dia menangis?
“Kenapa mata you merah? Sini biar I tengok. Ouch!”Aku mengaduh bila tanganku ditepis kuat. Bahang wajah ini bila dia memperlakukanku di depan pembantu rumahnya. Baru saja sejam yang lepas kami disatukan, tetapi wajahku sudah bercampur pelbagai perisa. Bahagia, teruja…dan malu!
“Kau…jangan berani sentuh aku! Seinci kulit aku kau sentuh, berdoalah kau masih bernafas untuk hari esok. Jangan cakap aku tak bagi amaran”
“Ariel, sayang… hukum mana you guna suami tak boleh disentuh isteri? Cuba you tanya dia ada ke hukum macam tu?”Soalku bengang sambil jari ini lurus menunjuk pada gadis yang bernama Maz yang sedari tadi tunduk seperti serba salah.
Tengku Zariel ketawa kecil. Lebih sinis dari tadi.
“Apa yang baru saja berlaku tadi Cuma mimpi. Mimpi ngeri aku. Aku baru aje bangun tadi dan nak bersiap untuk jumpa seseorang yang sepatutnya jadi isteri aku yang halal, sah dan yang aku cinta. Kau siapa…hmm, perempuan murah? Kim..Kim…tengok perangai macam bijak pandai,rupa-rupanyanya dalam kosong! You’re so funny and dumb. Kau fikir kau dah menang bila dapat aku? Husband, wife…this marriage…are you kidding me? This is just the beginning,Kim. You know why? Because in my eyes…you’re not more than a ‘hell’ for me”
Mengeletar tanganku menahan darah yang menyirap naik ke hujung kepala. Apatah lagi bila bibir itu menarik senyuman kejamnya sebelum dia berlalu.
“Mari cik saya tunjukkan bilik cik”
Dahi aku berkerut lebat mendengarnya. “Bilik i? Ni bilik I dengan Ariel. I isteri dia. Of course we need to share the same room! Apa Ariel nak suruh I tidur kat bilik air?!”
Mazliana tersentak dengan suaraku yang tinggi. Aku pejam mata cuba bertenang. Nampak sangat aku seperti terdesak untuk jadi menantu dalam rumah ni. Pasti dia pelik sikapku yang sepertinya rela menjadi ‘kambing hitam’ untuk menutup aib mereka sekeluarga.
“Sorry…siapa nama you? Mal? Mar?”
“Maz ,cik…”
“Okay,whatever. Maz right? Please,do call me Puan because I’am your boss’s wife. Or just call me Kim, ia lebih mesra. Sekarang ni I mintak you ignore apa yang Ariel cakap pasal I sebab dia still terkejut. Yalah tiba-tiba tak jadi kahwin dengan Iman because she’s cheating with another man. So, please…benarkan I masuk. I penat..nak tukar baju…dan tidur”
Mazliana serba salah. Tidak keruan dia memandangku bergilir-gilir dengan segugus kunci ditangannya. Dahsyat betul cara Tengku Zariel nak kenakan aku. Siap kunci lagi!
“Tapi saya….”
“Maz….”Suara garau itu buat kami berpaling. Apa lagi?!!
OMG, that pervert!
Kenapa dia boleh ada dekat sini sedangkan masa akad nikah tadi batang hidung dia pun tak nampak? Bukan ke dia ada rumah sendiri?
Kunci dari tangan Mazliana ditarik siap dilambung tinggi . Dia menyuruh gadis itu pergi walaupun Mazliana kelihatan teragak-agak.
“Hai love…we meet again”
Aku menjeling. Malas nak layan. Apabila dia tayang kunci itu, aku cuba capai tapi cekap dia sembunyi dibelakang tubuhnya.
“Woo..woo..take it easy,dear. I baru nampak you seminit yang lepas you dah tak sabar-sabar nak masuk bilik? Nak meraikan your first night? Kesian kena tunggu kat luar. Kejamnya pengantin lelaki!”
“Shut up and just give me the key. And please, it is not of your business!” Marah aku bengang sebelum aku merampas kunci itu dari tangannya.
Tengku Farizal ketawa dengan suaranya yang serak itu. Miang! Yang sorang,beku kaku yang ni pulak gatal kucing Parsi!
“Sombong ya you. Ucap terima kasih pun taknak. You ‘re so lucky because I sorang je dalam rumah ni yang sudi tolong you.”
Tanganku yang baru memasukkan kunci ditombol pintu terhenti. Aku ketawa. “You yang sepatutnya berterima kasih pada I sebab I selamatkan maruah keluarga you dari dimalukan. Dari masuk press and then breaking news. Silap-silap you nak keluar naik kereta Jaguar you tu pun you malu! Dan tolong cakap benda yang sama dekat mama you tu. Sikit taknak pandang I,ucap terima kasih pun tak!”Ujarku sinis bercampur geram. Tangan kembali memulas bila kunci yang aku hentam tadi rupanya kunci yang betul.
“They won’t accept you. Forever”
Langkah aku mati. Aku memaling wajah disebelah. Mencari wajahnya dengan ekor mata.
“Iman satu-satunya gadis yang abang i cinta, yang dia sayang sangat kerana Iman yang banyak buat dia berubah. Apa yang terjadi tadi tak mungkin Iman yang buat. I tahu you ada kaitan dengan semua ni tapi I tak peduli sebab memang itu yang I nak. Tengok Ariel menderita satu moment yang I takkan lupa. Especially bila impian dia you baru aje musnahkan. I juga tahu you perempuan yang terhegeh-hegeh kejar Ariel selama ni.”
“Sekarang ni mata diaorang semua kat arah you,Kim. You baru aje letupkan gunung berapi. Hope lavanya akan keluar lambat. Be careful,dear. If you need help, just give me a call then. Anyway, you’re so beautiful today. Hope you’re just fine because I’m afraid you gonna celebrate your first night with your own shadow. Haha”
Aku mendengus kasar seraya mencapai kad businessnya yang dilekatkan di crown di atas kepalaku. Dengan crown itu sekali aku cabut. Tiada sebarang makna Ketika ini.
Sudahlah gambar tak dapat, suami pun tiada!
Penat aku bersolek bagai nak rak. Penat aku mencari segala kelengkapan nikah kerana mahu perkahwinan kami menjadi wedding of the year. Ingatkan ramai lah reporter , mamarazzi dan paparazzi dah ambil gambar kami tapi satu pun tiada! Tapi, ini lah yang aku mahukan dan aku perlu meneruskannya.
Pernikahan ini dirahsiakan dari pengetahuan daddy dan mama.
Perit? Ya memang perit kerana aku sudah menghancurkan harapan mereka untuk melihat satu-satunyanya anak gadis mereka bersanding didepan mata. Bersama-sama meraikan, berkongsi perasaan ,doa dan hasrat yang sama. Menyaksikan anak mereka diijabkabul bersama lelaki yang dicintai sedangkan bukan itu hakikatnya.
Aku sedar aku telah membelakangkan daddy dengan mama tapi kerana cinta buat aku terpaksa dan aku sikit tidak rasa bersalah kerana aku sedar aku perlu berjuang untuk dapatkan kebahagiaan aku. Tiara,Helina juga tidak tahu. Hanya aku dan Herman saja yang tahu dan aku yakin Tengku Zariel bijak menggunakan taktik agak aku tidak memberitahu sesiapa pun tentang perkahwinan kami. Hilang Tengku Zariel dan aku akan musnah.
“Wow…great taste…”Itu pujian pertama yang keluar dari mulutku sebaik masuk ke bilik Tengku Zariel. Moden dan eksklusif. Gabungan warna yang cukup menenangkan. Cukup melambangkan personalitinya.
Tapi kenapa dengan aku dia lain? Macam mana aku nak teruskan ikatan gila ni jika dia terus-terusan membenci aku? Opss,bukan dia saja…satu keluarga dia,Kim! Dan hampir aku terlupa pada seseorang…Herman!
“Ingat apa yang I cakap pada you petang tu? I akan buat apa saja untuk you asal you bahagia. I sedar andai berjaya sekalipun, I akan kehilangan you tapi I puas. Puas dapat buat you bahagia. I dah bersedia dengan risiko yang bakal I ambil. Terpaksa kahwin dengan gadis yang alim, berpurdah dan ‘bertutup’ 24 jam? Well, that never come to my mind. I don’t know how I can survive…how long I can stand but what I did..only for you. I harap you takkan sia-siakankan pengorbanan I pada you. Kalau betul ini yang you nak, grab his heart,Kim. He is yours, now. Please…do it for me? . I love you Kim,I really do. Best of luck,honey…”
Tak sempat aku berkata lanjut, Herman mematikan talian. Suaranya cukup sendu sehinggakan aku terpana. Herman yang selama ni cukup gagah, macho dan tenang berubah pasrah. Nada suaranya cukup menzahirkan yang dia benar-benar cintakan aku sehingga sanggup korbankan kebahagiaan dia sendiri kerana aku.
Rasa bersalah? Menyesal? Maaf ,itu bukan aku.
Telefon aku letak ditepi bathtub kristal ini, kembali merendamkan diri dengan buih dan haruman wangian lavender. Nak menyucikan dan membersihkan diri untuk dipersembahkan pada si dia. Ingat saja Tengku Zariel,Herman terus lenyap dari kotak fikiran. Dada ini berdebar-debar menanti saat indah bersama suami yang tercinta. Aku yakin aku dapat menawan hati Tengku Zariel. Tidak akan dia mahu membenci aku sampai bila-bila, kan?
Kalau benar, mesti dia dah ceraikan aku sebaik saja kami dinikahkan. Buat apa dia simpan aku,ya tak? Berdendam? Aku ketawa geli hati. Jika dia mampu,aku akan bertahan kerana cinta membuat aku kuat.
Aku dah bersedia. Cukup bersedia….
Aku menanti penuh debaran bila pintu dibuka. Dalam gelap,aku tahu itu Tengku Zariel kerana baunya saja aku dah tahu. Aku tersengih gatal. Berbaring penuh menggoda diatas katil. Suis lampu dipetik…
“Kau! What the hell are you doing here?! This is not your room! Kau keluar sekarang!”
Turun naik dadanya…wajahnya berubah merah padam melihatku berada di atas katil nya.
Aku menopang kepalaku dengan tangan bersama lirikan yang menggoda. Sengaja memainkan kaki untuk menutup belahan jubah mandi berwarna merah hati yang tersarung gaun tidur satin di dalamnya. Tangan mengibas rambut reddish brown dengan penuh gaya. Bibir mengulas senyuman menawan.
“Rileks,Ariel. I tahu you keluar tadi sebab nervous kan?Well,so do i. Tonight is our first moment aren’t we? I need you as much you need me…”
Tengku Zariel terdiam . Galak matanya memerhatikan aku. Aku menahan senyum. Sengaja aku tayang pahaku yang putih dan gebu. Biar dia ternganga!
Namun aku pulak yang gementar bila melihat tangannya membuka butang T-shirt kolarnya sebelum menghampiri aku.
Aku tersenyum manja bila dia menghulurkan tangan. Pantas aku capai dan serentak itu dia memaut lenganku sesebelum menolak aku kasar ke lantai. Aduh, lutut aku! Malam pertama apa sambut macam ni!
“Sakit? Best tak untuk buat kenangan ‘our first moment’, hmm?”Sindirnya sekadar memandang.
“Tak. Sedap sangat! Rasa macam nak kena lagi. Baru mencabar”
“Kau memang tak tahu malukan? Dah tu tak faham bahasa pulak tu. Aku dah bagi amaran kan yang aku haramkan kau duduk sebilik dengan aku. Kau patut bersyukur aku tak halau kau keluar merempat tepi jalan tu! “
Tawaku meletus. Lucu. “Ariel…what are you saying? You nak halau i? Kalau ya pun you nak buat macam tu, dari awal lagi you dah buat tapi takkan? Sebabnya..i dah jadi isteri you. Takkan you sampai hati nak tinggalkan isteri you kat. Even if you did, I still have my house…my car…and my Tiara Kim Wedd. Oh,speaking of that…you still bagi I kerja lagikan? Tiara Kim part of my life,Ariel. I hope you understand. But whatever it is, I still has to ask your permission. Bukan ke tempat seorang isteri disisi suaminya? I janji I akan jadi isteri yang terbaik untuk you. Trust me on this”Wajahnya aku cari. Menahan perasaan bila dia sikit tidak menoleh melihatku walaupun sesaat. Baru beberapa jam aku jadi isterinya tapi rasa sakit di hati bukan sedikit.
“You’re so damn right. Kau memang licik tapi sayang,sometimes you fooled yourself and that make my happy so much. Take this and read”
Dia mengeluarkan beberapa helaian kertas dari laci meja dan serentak itu mencampakkannya tepat ke muka aku. Sungguh aku berasa cukup terhina. Jika aku melenting, makin syok pula nanti Tengku Zariel ambil kesempatan.
“Rules? Peraturan apa ni sampai beratus?!?”
“Orang macam kau sebenarnya patut diberi unlimited rules ! Kau nak sangat aku, nak sangat tumpang harta aku dan tahniah, kau dah berjaya tapi hati aku? Hanya ada gadis bernama Tengku Raidhatul Iman…”
Mendidih darahku mendengar nama itu meniti sekali lagi dibibir lelaki itu.
“Dia dah kahwin,Ariel. Stop mention her name in front of me. God. She’s someone else wife. You tak tahu dosa ke sebut nama isteri orang depan isteri you sendiri?!”
“Jadi, kau tahu….dosa? Nampaknya aku pandang rendah dekat kau selama ni. Setahu aku…kau cuma seorang Islam yang Islamnya hanya pada IC. Dengan rambut berkarat, baju tak cukup kain, muka yang langsung tak ada ciri-ciri Melayu. Kalau kau cakap agama kau Kristian pun orang akan percaya. Kerana apa? Sebab sikap kau! Kau fikir kau heroin dalam takdir yang tertulis untuk aku? Kalau kau betul seorang Muslim, kau patut tahu yang ALLAH sahaja yang tahu segala-galanya. Kau mungkin bijak merancang, licik…tapi hanya DIA yang tentukan. Dan aku mohon….”
Aku dapat lihat halkumnya bergerak-gerak tanda dia meneguk liur seakan mahu menyatakan sesuatu yang aku tidak sanggup dengar. Lebih-lebih lagi di malam perkahwinan kami. Perkahwinan kami? Apa erti ‘kami’ disini sedangkan cuma aku yang anggapnya begitu. Rilkes,Kim..rileks. Dia memang sengaja naikkan darah kau.
“Apa yang you mohon tak ada kena mengena dengan i. And please…jangan kerana penampilan I, you judge I macam-macam. I mengaku I tak bertudung, tak berjubah 24 jam, bukan dari keluarga yang alim berdakwah macam family Iman tapi ada masanya I rasa I lebih baik dari dia sebab bukan I yang kena tangkap basah!”
Tanpa sebarang amaran dan tidak sempat aku elak, Tengku Zariel menolak aku ke dinding. Aku terjerit mengaduh sakit bila tulang bahuku macam nak patah ditolak dengan tangannya yang kasar tu. Macam ahli gusti!
“Jaga sikit mulut kau tu kalau taknak makan penampar aku!”Teriaknya lantang dengan jari telunjuknya hampir di bibirku.
Aku menjelingnya dan menyuakan wajahku.
“Tamparlah kalau you berani! I cabar you!”
Terdiam Tengku Zariel dengan tindakan berani aku. Tangannya menggigil..wajahnya merah padam…rahangnya berlaga sesama sendiri dan matanya….aduh..memang tajam seperti mahu membunuh aku. Berani dia nak tampar aku hanya kerana perempuan tu?! Crazy nut! Hish,tak baik melawan Kim. Ini bukan caranya. Dia akan membenci kau jika kau terus-terusan provok dia. Aku bertenang sejenak,menarik nafas dalam. Tangannya aku genggam.
“Ariel…I’m sorry. I don’t meant to say that but it hurts me when you…..naa,just forget about it. Just please….dont get mad,though today is our,hmm…you know,our first night.”Bibir aku gigit dengan gaya mengghairahkan,memberinya satu renungan yang mengoda.
Perlahan-lahan aku meleraikan jubah mandiku. Membiarkan night dress hitam yang jarang dan seksi ini menutupi tubuh ini. Biar dia ternganga. Aku mendekati Tengku Zariel yang terus berpaling ke sisi. Segan barangkali.
Dalam hati,aku sudah bersorak. Selama ni aku pakai apa sahaja sudah cukup untuk menarik mata-mata lelaki untuk menoleh melihatku lebih dari sekali. Itu belum lagi aku memberi eye smile milikku. Silap haribulan boleh terus koma!
Tetapi aku silap besar bila dia menarik lenganku dan mengheret aku keluar dari bilik. Jubah mandi, siap dengan selimut sekali dia campak. Tak cukup dengan itu, kertas peraturan tadi dilekatkan tepat kat dahi aku.
“Kau ni memang tak faham bahasa ke apa? Seumur hidup aku, ni kali pertama aku jumpa seorang ‘betina’ yang langsung tak tahu malu! Betul orang cakap, kau memang takkan pernah giveup..takkan berhenti kejar aku sampai kau sanggup buang maruah kau kononnya nak selamatkan maruah aku. Kalau kau nak tahu…kalau betul pun Iman kena tangkap basah, kalau tak sebab Pak Long aku, dan kalau kau tak tunjuk muka tak tahu malu kau tu kat sini,aku sanggup batalkan semua ni dari tempah neraka dengan kau!”
Aku meneriak geram. Pipi aku macam baru kena tampar mendengar perkataan ‘betina’ itu. Ni semua sebab Iman!
“How dare….”
“Diam!!!”
Bahu aku terangkat dengan jeritan lantangnya itu. Bergema setiap sudut rumah ini dengan nadanya. Sungguh aku terkejut. Apatah lagi matanya merah menyala seperti biji saga. Renungannya..pandangannya…perbuatannya…buat lidah aku kelu.
“Listen here carefully,Kim…apa yang terjadi pagi tadi adalah rahsia..kau faham? Jangan beritahu sesiapa termasuk keluarga kau. Urusan peribadi kau ,aku takkan masuk campur dan kau tak boleh tanya aku sebarang soalan pun pada aku sebab kau tiada hak! Apa yang aku nak cakap…apa yang aku nak buat itu urusan aku. Kau nak sangat duduk sini? Fine. Jangan risau. AKu dah sediakan tempat untuk kau. First class lagi. Hope you like it…”Ujar Tengku Zariel dengan senyuman sinisnya.
Dapat kulihat ke dasar matanya yang penuh tekad dan dendam. Setiap patah perkataan diucap dengan penuh azam dan aku yakin dia tidak main-main. Tapi aku?
Senyuman kecil bermain dibibir nipis ini. Aku cabut kertas tadi dan aku campak berterbangan diudara.
“Uhh…garangnya you. Takut i. Turn I pulak ya. For the first point, I setuju. You boleh percaya dekat I sebab I takkan bagitahu sesiapa pun tapi tak tahu lah kalau ada reporter yang menyamar semata-mana nak tahu kisah you. I sendiri ramai kawan wartawan dan freakly speaking, they’re so good when it comes to undercover to pop up sensational news. I pulak sejak akhir-akhir ni banyak dapat tawaran untuk interview untuk TiaraKim Wedding. Oh by the way, bila ya kita punya majlis sanding? Better plan awal so I ada masa nak design baju, book wedding photobook, then….”
DUMMM!
“Ariel! Open the door. Kat mana I nak tidur malam ni? Hello…”Pintu bilik dia aku ketuk bertalu-talu namun tiada tanda dia mahu buka. Dapat aku dengar dia buka televisyen. Siapa kuatkan audio system lagi sengaja buat suara aku tenggelam. Aku merengus geram.
“Miss Kim….”Suara Mazliana dari belakangku. Entah sejak bila dia berada disini dia tidak tahu.
Dan aku mengeluh.
So, this only day 1…
Share this novel