BAB 31
Sebaik saja pintu lif terbuka,aku keluar sambil memakai cermin mata hitam. Nak tutup muka pun tak guna kerana rata-rata mereka dah kenal aku siapa. Aku sendiri tak sangka aku berjaya meloloskan diri ke pejabat Tengku Zariel sedangkan sebelum ini telah dikawal ketat. Pasti Tengku Zariel hentikan kerana aku tidak lagi ke Qalesh Holding. Tak pun,Tengku Badlishah yang keluarkan arahan. Aku perlu cepat kerana kejap lagi pasti ada yang mengadu.
“Ni bukan ke wedding planner yang suka dekat Tengku Zariel dari dulu lagi?”Suara sumbang dah berkumandang.
“Yalah siapa lagi? Bukan sekali dua dia datang sini. Hari tu aku nampak sendiri dia kena halau dengan CEO kita”
“Berani juga ya dia? Tapi aku pun terkejut masa bbq hari tu, dia boleh selamba je menyanyikan lagu untuk Tengku Zariel dengan tunang dia.”
“Sayang…rupa ada…kerjaya ada…apa lagi yang tak cukup?”
Hatiku terhiris mendengarnya. Walaupun terasa ingin aku jerit memberitahu mereka tentang statusku tapi hakikat itu tiada siapa boleh menafikannya. Benar, aku ada segala-galanya tetapi aku tidak memiliki cinta suamiku sendiri.
“Cinta tak boleh dipaksa,Kim. Kau kena ingat dan hadam. Kalau betul dia jodoh kau, campaklah kemana-mana pun, dia akan balik kepada kau tapi bukan cara begini. Menyeksa hati kau sendiri. Carilah kebahagiaan kau sendiri,Kim sebelum kau ‘hancur’ “
Sekilas kata-kata Tiara menjelma lagi. Aku kira, apa yang terjadi tentang hubungannya bersama Alan telah membuka mata dan hati wanita itu. Kini, giliran aku pula dan disebabkan itu juga aku ke sini. Mahu bertemu dengan Tengku Zariel, memohon maaf sebelum aku pergi.
Pandangan staf disini berlaga sesama sendiri dan langkahku mati apabila terdengar bunyi bising datang dari pejabat Tengku Zariel seakan-akan mereka sedang bertekak. Meja setiausahanya kosong,pintu pejabat juga tidak bertutup lantas. Tanpa teragak-agak aku terus merempuh masuk.
Senyap semua. Tiga pasang mata ke arahku.
“Tiara? Kau buat apa kat sini?” melihatkan nafas Tiara dan Tengku Zariel yang turun naik,aku yakin mereka sedang bergaduh. Dengan wajah merah Tengku Zariel,aku pasti ada sesuatu yang telah membangkitkan marahnya.
“Eh apa yang kau mengadu dekat kawan kesayangan kau ni sampai dia tak tahu malu buat kecoh dekat sini??”
Lurus jari telunjuk Tiara tepat ke muka bengis lelaki itu.
“Aku sanggup tanggung malu semata-mata nak pertahankan kawan aku,Ariel. Kau tu yang sepatutnya malu,sorokkan muka kau tu dulu sebab berkasar dengan isteri sendiri!”
Aku terpaku. Jadi ini sebab Tiara sanggup ke sini? Pasti sebab dia ternampak kesan lebam dan melecur ditangaku ketika kami bertugas tadi. Puas aku bagi alasan bernas tapi sikit aku tidak menyebut nama Tengku Zariel.
Gadis yang berbaju kurung dan bertudung bawal yang masih setia melihat drama depan mata aku pandang. “You..tolong keluar sekarang!”Arahku tegas.
“Hei,kau siapa nak arahkan dia keluar? Kau dengan kawan baik kau ni yang sepatutnya berambus dari office aku! Get the security right now!”
“You nak biar dia tahu hal yang sebenar? Tentang kita? You sanggup biarkan satu Qalesh Holding ni tahu? Kalau you tak kisah,I sejuta kali pun tak kisah!”
Tengku Zariel mengetap bibir. Dengan geram dia angkat kepala menyuruh gadis itu keluar.
“Tiara,aku terkena air panas..itu aje! Tak ada kena mengena dengan Ariel pun!”Terangku sebaik saja setiausaha Tengku Zariel keluar.
“Kau jangan nak tipu aku lah,Kim. Aku bukannya bodoh tak tahu tu luka apa. Takkan kau iron baju kat tangan,kat lengan?”
Tak sempat aku berbuat apa-apa bila Tiara menyinsing lengan blouse panjangku sehingga menampakkan kesan lecur yang masih merah. Berbekas seperti aku membuat tatoo!
“Ni…ni apa ni,Ariel??! You yang buat kan! Kenapa you tak bunuh dia terus untuk puaskan dendam you yang tak habis-habis tu!”Pekik Tiara seraya menolak dada Tengku Zariel sehingga terdorong ke belakang. AKu pantas menarik tubuh Tiara. Silap-silap Tiara pula yang jadi mangsa!
“Tiara..stop it! You have no idea who are you dealing with! Let’s go…”
Tiara tepis tanganku. Aku tersentak.
“Yeah,I know who am I dealing with right now. Aku ke sini bukan setakat nak sembur hubby kesayangan kau ni..tapi aku tak puas hati bila dapat tahu Arjuna Café dah diambil oleh orang lain. Kuasa penuh bukan lagi kat tangan Uncle Ramdan. Dan kau Kim..kenapa kau tak bagitahu aku Ariel beli café tu? Sebab tu Uncle Ramdan dah tak hak kat situ! Kau tahu pasal ni?”
Kini aku terpempan. Wajah Tengku Zariel yang selamba aku cari. “Ariel..bukan ke you kata Uncle Ramdan masih boleh jad sebagai pengurus kat situ? You yang setuju kan?”
Dia tersenyum sindir. “Satu kepuasan dan keseronokan bagi aku lepaskan dendam aku kat kau. Lepas satu persatu yang kau buat..yang kau dah musnahkan hidup aku,kau ingat aku nak berdiam diri? Kau tak mungkin akan miliki aku dalam perkahwinan ni dan aku yakin tu! Apa salahnya aku suruh orang lain yang handle sebab aku dah beli kafe tu? Aku pemilik! Semua staf Qalesh Holding berkaliber dan yang penting..boleh dipercayai. Reza tu sebaya aku..orang hebat macam dia,tak ada siapa yang boleh sangkal kebolehan dia dalam bidang pemasaran”
“Tapi perlu ke ambil alih sampai arahkan Queen Band tak boleh lagi buat persembahan dekat situ? So,jangan cuba nak berlagak dengan gunakan kuasa kau sesuka hati!”
Aku ternganga. Terkejut mendengar apa yang diberitahu Tiara. Patutlah Herlina ada telefon tadi tapi aku tak sempat angkat kerana sedang memandu. Fikiranku Cuma terarah pada Tengku Zariel saja.
“Memang dia pemilik tapi dia dah tak ada kuasa dan hak kat café tu. Besides,apa salahnya aku letak seorang staf pemasaran jadi pengurus kat situ…at least boleh kembangkan lagi empayar,biar meluas kat satu Malaysia ni. Tak adalah terperuk kat hujung dunia macam tu! Ouh…about your what your bands name..? Sorry,I guess i never heard about it”
“Ariel..look,kalau you tak puas hati dengan I,nak lepaskan dendam you..lepaskan dekat I sorang. Jangan kacau Aj Café and Queen Band. Café tu periuk nasi mereka selama ni. I sendiri sebahagian dari mereka. Kami dah macam satu keluarga!”Tegasku geram. Lupa seketika apa tujuan ku ke mari demi mendengar keangkuhannya itu.
Bergema bilik ini dengan ledakan ketawanya. Tengku Zariel mengeleng bersama
sisa tawa dan duduk tenang di mejanya. Pandang kami berdua seperti orang bawahan.
“Kenapa kau tak terfikir semua tu sebelum kau datang musnahkan hidup aku? Sekarang baru nak menyesal? It’s too late. Even kau merayu,melutut dekat kaki aku sekalipun aku takkan peduli. Dan kau Tiara…fikir balik sebelum kau serang aku sebab perempuan yang kau backup ni penyebabnya. Kau still ada job dengan Kim walaupun hilang band yang korang sanjung sangat tu dan oh yes,sorry about Alan. I heard he’s going to engaged with someone else right? Aku dengar future wife dia tu pegawai kanan yang bekerja di salah sebuah syarikat Antarabangsa,datang dari keluarga yang bukan biasa-biasa…sama standard dengan Alan dan yang penting…datang dari keturunan yang baik-baik…”
ZAPP!
Aku tahu hati Tiara benar-benar terguris kali ini dengan kata-kata bisa Tengku Zariel. Aku tahu dia sanggup melakukannya tetapi kenapa perlu melibatkan Tiara? Dia tak bersalah! Aku puncanya! Bibir Tiara terketar-ketar dengan tangan yang digengam erat.
“Kau memang dah melampau,Ariel!!” Kolam matanya berkaca-kaca. Tersentak aku bila Tiara keluar sambil mengesat pipinya yang mula basah. Ini kali kedua aku melihat dia menangis. Dan aku lah puncanya!
“Tengok!Tengok apa yang kau dah buat sendiri…disebabkan kau,kawan kau hilang semuanya. Kau yang cipta permainan ni,and we both were player tapi bukan Tengku Zariel namanya nak menyerah pada perempuan murah macam kau! Hari ni aku nak jadi saksi pada kekalahan kau.”
Tepi sofa aku genggam kuat. Menggigil. Cuba mencari kekuatan yang hilang sedikit demi sedikit. Tengku Zariel mendekatiku dengan sesuatu ditangannya. Dia tidak berkata apa-apa sebelum dia mencampak kepingan gambar itu tepat ke wajahku. Aku pejam mata tetapi rasa sakit itu sudah tiada lagi.
“Ni…! Gambar-gambar ni tunjuk siapa kau sebenarnya! Berlagak kononnya dah selamatkan maruah keluarga aku tapi sebenarnya kau yang perangkap Iman ! Kau hantar orang untuk pengsankan dia lepas tu perangkap dia dengan lelaki yang bersubahat dengan kau pada hari pernikahan kami! Memang dari dulu lagi aku tak percayakan kau dan aku tahu kau akan buat apa saja untuk dapatkan aku tapi apa yang kau buat ni lebih kejam dari binatang!!!”
Sekali lagi mataku terpejam dengan tengkinganya. Akhirnya satu perbohongan yang ku simpan selama ni terbongkar tanpa sempat aku memberitahu. Tengku Zariel lebih pantas. Amukannya kali ini buat aku kecut. Lepas satu persatu masalah yang timbul sebelum ni,bagaimana pula aku harus berdepan dengannya setelah dia dapat tahu?
“I…I buat semua ni sebab I tak nak kehilangan you,Ariel. I tak sanggup! I tak mampu kehilangan you sampai bila-bila. Bila I dapat tahu you dan Iman bakal berkahwin,hanya Tuhan yang tahu perasaan i. I tak dapat kawal sampailah idea nak perangkap Iman dan you muncul. I just don’t want to lose you…”
Tengku Zariel menggeleng kesal. Jelas raut wajahnya berbaur kekesalan bercampur marah yang menggila. Hatiku retak seribu mengenangkan kebenciannya akan berterusan selepas ni dan aku akhirnya aku kehilangannya.
“Tok Ayah! Tok ayah dah dengar semuanya kan?”
Tok Ayah? Bunyi pintu dari satu bilik kecil yang merupakan bilik mini bacaan terbuka. Tengku Badlishah dan Puan Sri Tengku Wahida. Aku telan liur dan menunduk.
PANG!
Aku terduduk di sofa akibat tamparan wanita itu. Berpinar-pinar seketika kepalaku ditambah pula dengan kelesuan yang melanda.
“Kurang ajar! Jadi selama ni kau lah punya kerja ya? Merosakkan pernikahan
anak aku dengan Iman! Kau memang dah melampau! Tok Ayah tengok ni…sebab tu saya awal-awal tak setuju cadangan Abang Long nak terima perempuan ni! Penyelamat maruah keluarga aku lah sangat! Padahal ada agenda sebenarnya. Agenda yang dia yang buat kerja terkutuk tu semata-mata taknak Ariel kahwin dengan Iman!”Pekik Puan Sri Tengku Wahida dengan nafas yang termengah-mengah melepaskan geram dan amarah yang terbuku selama ini.
Aku masih diposisi sama. Mengusap pipi yang perit dek penangan wanita separuh abad itu. Ini kali pertama aku ditampar. Daddy dan mama sendiri tak pernah naik tangan apalagi menjentikku. Bagaimana pula penerimaan mereka jika tahu hal sebenar?
“Kim..betul ke apa yang Ariel cakap? Gambar-gambar ni?”
“PI yang Ariel upah seorang yang professional Tok Ayah. Tak mungkin dia tipu sebab dia sendiri gertak orang yang telah diupah. Tiap seorang dapat RM 10 ribu,siapa yang tak nak,betul tak”
Tak sempat nak sapu,air mataku deras mengalir sambil mengangguk. Dapat kurasakan hati Tok Ayah yang berkecai dengan pengakuanku. Dia terduduk di sofa depanku ini. Raut wajah itu terpacar seibu kekecewaan yang bukan sedikit. Hatiku turut hancur melihatnya.
“Haa…see! I’ve told you! Dia pasti ada agenda disebalik batu macam mana dia boleh ada kat majlis tu dan tiba-tiba serah diri nak jadi pengganti! Ida memang tak suka dia sebab Ariel pernah beritahu Ida ada perempuan yang selalu cuba rosakkan hubungan mereka dari dulu lagi! Kau memang licik ya nak burukkan keluarga aku!”
Puan Sri Tengku Wahida mara lagi bila aku diam tidak melawan. Tapi Tengku Zariel halang.
“Mama,dah lah tu! Kalau dia buat report macam mana”
“Ah,setelah apa yang dia buat,berani dia nak buat report? Dia fikir dia siapa! Eh ,perempuan…kalau kau cuba buat cerita atau bongkarkan tentang perkahwinan ni dekat luar,mati kau aku kerjakan! Lagipun,kau tu tak ada apa-apa,bukan anak kenamaan atau VIP..lainlah depan nama mak ayah kau ada Tan Sri ke Dato,barulah ada orang nak percaya! Darjat kau terlalu jauh nak dibandingkan dengan kami. Kau ibarat dari kelas bawahan walaupun kerja kau tu ada nama!”
Aku senyum sinis. Aku bangun dan dengan berani merenung wajahnya yang menyala itu. “
“Sekali pun nama parents I tak ada pangkat-pangkat tu semua tapi kami dikenali dan dihormati kerana budi bahasa dan adab. Kalau datang dari keturunan berada,tak semesti semuanya baik!”
“Kau! Ulang balik apa kau cakap? Berani kau melawan lagi?!”
“Ariel! Hentikan!”
Tengku Zariel melepaskan lenganku seraya menolak tubuhku ke dinding.
“Yang Tok Ayah nak backup dia kenapa pulak? Biar aje Ariel kerjakan budak tak guna ni! Baru dia tahu langit tingg ke rendah! Ida tak kira,Ida taknak tengok lagi muka dia lepas ni. Ariel,ceraikan dia sekarang!”
Satu perkataan yang aku tak takut. Cerai. Oh God…it’s hurt…Pandangan kami bertaut. Lama aku merenung ke dalam anak matanya.Menghantar isyarat yang aku sangat mencintainya. Mahu dia mengerti hati ini hanya untuknya. Aku tunduk bila kulihat bibirnya tergerak-gerak mahu mengatakan sesuatu. Sungguh aku tak sanggup dengar!
“Nanti Ariel. Bawak bertenang, bawak mengucap. Sekarang Tok Ayah nak tanya pada Kim dulu. Apa yang kamu buat ni, betul hanya kamu seorang yang rancang?”
Lambat-lambat aku mengangguk. Masih menunduk kerana tidak sanggup melihat reaksi wajah itu lagi.
“Apa yang Kim buat ni, berkahwin tanpa restu dan pengetahuan keluarga dekat sana?”
Sekali lagi aku mengangguk sebelum air mataku laju mengalir bila terdengar Tok Ayah beristighfar. Kekecewaan yang dia pamerkan sekarang ini, pasti sama jika Daddy dan Mama tahu dan aku akan memberitahu segalanya sebaik saja mereka pulang daripada menunaikan umrah. Mahu memohon ampun kerana anak mereka yang tidak berguna ini telah membuat satu dosa yang besar.
Jika Tok Ayah yang baru saja menjadi sebahagian orang yang penting dalam hidupku sudah kecewa begini, bagaimana pula dengan orang tuaku?
“Haa, tengok tu. Semuanya dia punya angkara! Sanggup membelakangkan keluarga sendiri sebab nakkan Ariel. Ariel, mama nak Ariel halau dia keluar dari rumah dan ceraikan dia sebelum satu syarikat tahu tentang hal ni! Macam mana kalau perempuan ni balas dendam, bongkarkan semua cerita tentang pernikahan kamu berdua? Mana mama nak letak muka ni? Mama nak jaminan dia, kamu ceraikan dia dan bagi dia duit supaya dia tutup mulut!”
Aku hanya mampu diam. Terasa tubuh yang sebelum ini sentiasa berada di awang-awangan, kini jatuh menghempap. Duit? Aku ketawa dalam hati. Dapatkan ia menyembuhkan luka di hati? Atau luka ditangan yang sudah menjadi parut?
“Ariel Jangan lafazkan sekarang. Fikir betul-betul. Dan kamu,Ida. Jangan cuba menghasut.”Suara Tok Ayah tegas namun aku dapat merasakan tiada kekuatan di dalam suaranya.
“Nak fikir apa lagi Tok Ayahnya? Kita boleh jadi saksi. Lagi lama dia kat rumah tu,lagi sakit hati Ida ni. Ida bukan nak menghasut, tapi kebenaran dah ada depan mata, nak tunggu apa lagi?
Aku sekadar menunduk dan memejam mata. Air mata yang jatuh menitis ditangan aku biarkan. Seperti seorang pesalah yang sedang dihukum di mahkamah.
“Kau tak payah menangislah,penipu! Air mata palsu kau tu sikit tak raih simpati aku. Hari ni kau selamat. Ma,Ariel takkan buat semua tu sekarang ni. Bukan kat sini dan bukan hari ini sebab ada sesuatu yang Ariel belum buat.”
Terangkat wajahku mendengarnya. Itu beri aku sedikit kelegaan walaupun aku khuatir dengan kata-kata terakhirnya.
Ibu mertuaku merengus sambil menjelingku tajam sebelum keluar.
“Kim minta maaf Tok Ayah. Please,jangan benci Kim”Rintihku perlahan.
Tiada balasan dari Tok Ayah. Dia bangun mendekati Tengku Zariel.
“Tok Ayah serahkan pada kamu untuk buat keputusan. Maaf sebab tak dengar penjelasan dari kamu sebelum ni sebab sikap Kim adakalanya buat Tok Ayah buta siapa dia yang sebenar.”
Aku ketap bibir.
“Keputusan Ariel muktamad,Tok Ayah”
“Begitu juga dengan keputusan Tok Ayah”
Kesemua mata tertumpu kea rah Tengku Badlishah.
“Keputusan Tok Ayah?”
“Keputusan untuk turunkan kedudukan kamu sebagai CEO Qalesh Holding buat sementara waktu”
“Apa?? Apa yang Tok Ayah cakapkan ni?” Apa sebab Tok Ayah turunkan pangkat Ariel?!”
Terkejut aku dengan tindakan Tengku Badlishah. Tapi kenapa?
“Sebab kamu dah gagal jalankan tanggungjawab dengan baik sebagai CEO. Sejak dua bulan yang lepas banyak projek terlepas dari tangan kita sebab kamu tak serius selesaikan dalam syarikat. Sakit telinga aku ni dengar macam-macam cerita pasal disiplin kamu. Meeting tak pergi,selalu cabut kerja,appointment dengan klien pula serahkan pada orang lain,buat proposal nak dapatkan projek daripada Riyaz Holdings macam budak sekolah! Mana aku nak letak muka ni sebagai Chairman Qalesh Holding? Dengan perangai kamu macam ni,layak ke kamu nak jadi CEO? Nak gantikan tempat aku nanti? Silap hari bulam boleh lingkup syarikat!!”
Aku menggeleng dan teragak-agak mendekati mereka berdua. “Tok Ayah please..ni semua salah Kim. Kim punca Ariel jadi macam ni. Kalau Tok Ayah teruskan,ia akan keruhkan lagi keadaan!”
“Bukan Tok Ayah tapi kau! Ini semua kau punya pasal!!”Tempik Tengku Zariel dengan jari telunjuknya tepat ke dahiku.
“Tengku Zariel!!!”
Terus senyap. Yang kedengaran hanyalah desah nafas yang tidak teratur kerana menahan marah dan benci yang meluap-luap didada.
“Tok Ayah tak pernah ajar kamu berkasar dengan perempuan! Sekalipun kamu tak pernah suka dia,tak cintakan dia tapi dia tetap seorang perempuan yang bergelar isteri kamu dan kamu tak boleh buat dia sesuka hati!”
“Habis dia buat Iman sesuka hati dia boleh? Tok Ayah tahu tak disebabkan betina ni,Iman terpaksa kahwin dengan lelaki yang entah apa-apa tu. Macam mana kalau lelaki tu musnahkan hidup Iman?”
Iman lagi! Hatinya tak pernah ada untukku. Iman tetap terima Herman walaupun Herman sudah cerita segala kejahatan kami. Tapi aku? Aku sudah berakhir.
“Mereka berdua terima hakikat. Hakikat yang jodoh,ajal dan pertemuan telah ditentukan oleh Allah. Kamu nak Iman balik? Nabi Muhammad pernah bersabda,mereka bukan dari golonganku jika mereka meruntuhkan masjid orang. Tok Ayah betul-betul kecewa bila dengar kamu berkasar dengan Kim. Benci mana kamu dengan dia,kamu kena ingat dia masih isteri kamu yang sah!”
Tengku Zariel mendengus kasar. Dia menumbuk meja dengan kuat kerana tidak dapat lepaskannya pada aku. Esok lusa pasti aku kena. Aku menahan rasa cuak bila dia berdiri hanya seinci denganku. Terketar-ketar bibirku kerana ketakutan. Mata kami bertaut.
“Elliena Kamelia…you will paid for what you've done!"
~The pain not end here~
Share this novel