EPILOG
Kehidupan..tak selalunya indah jika kita hanya membisu. Hanya mengharapkan keajaiban yang tak pasti. Kebahagiaan…akan terhenti jika kita tiada usaha untuk menggapainya. Hati..akan berubah jika kita biarkan ia lemas dengan kegelapan . Dosa..akan sentiasa mengekori jika tiada keinsafan.
Terlalu banyak perkara yang berlaku sepanjang hampir 30 tahun aku hidup di bumi Allah ini. Aku terlalu sibuk mengejar bahagia sendiri sehingga tak sedar telah menggarit derita di hati orang sekelilingku. Aku tewas dengan hati dan aku bangkit kerana ingatan dariNYA. Seakan-akan merupakan satu wakeup call yang perlu aku ingat setiap hari dan aku sangat bersyukur kerana diberi peluang. DIA yang mencipta skrip untuk kehidupan setiap hambanya.
Aku,Tengku Zariel, Tengku Farizal, Puan Sri Tengku Wahida dan dua orang upah haji untuk arwah telah selamat menunaikan umrah. Akhirnya Tengku Farizal temui pemilik tulang rusuknya iaitu gadis kelahiran Sabah dan mereka bakal berkahwin sebaik saja Umairah menamatkan masternya di Jordan.
Rumah agam itu pasti akan merindui Mazliana yang sedang menyambung pengajiannya yang ditanggung oleh keluarga suamiku. Tiara pula baru saja melahirkan seorang bayi perempuan kelmarin bersama suami tersayang,Alan. Begitu juga dengan Carl dan Amanda yang menyambut kelahiran anak pertama mereka beberapa bulan awal sebelumku. Lengkap.
Queen Band dan Arjuna Café masih bersama cuma aktiviti band terpaksa dikurangkan. Sudah tiba masanya kami mencari pelapis baru. Hehe. Tengku Zariel setia mengotakan janjinya mahu terus membantu syarikat arwah daddy dengan menubuhkan KD Capital yang berpusat di ibu kot yang boleh memantau segala urusan dan kewangan syarikat di AS. Sebulan sekali aku dan Carl cuba curi masa ke sana. Oh sebut tentang Carl, Amanda kini sedang menanti cahaya mata yang kedua.
Dan aku?
Satu pelukan lembut dari belakang buat aku tersentak. “Menung apa sayang?”
“Abang ni..suka sangat buat orang terperanjat tau!”Tangannya yang melingkar di pinggang aku tepuk manja. Tengku Zariel selalu begitu. Pantang aku termenung sikit,mesti seronok dia nak sakat.
“Sorry…rindu sangat..kot”
Lebar senyuman ini mendengar bicaranya. Hampir setiap hari tapi aku tak pernah jemu mendengarnya.
“Kim rasa Kim dah jatuh nombor dua sekarang ni. Abang bukan cari Kim kan? Tapi tu…”Bibir aku muncung ke arah Izal dan mama yang sedang asyik mengagah anak-anakku.
Alhamdullilah…sehingga kini aku tak menyangka pemberian anugerah yang terindah ini bila aku dikhabarkan bakal memiliki kembar ketika usiaku masuk ke bulan keempat. Kehilangan dulu kini terubat. Aku dan Ariel sepakat tidak mahu cek jantina dan sekali lagi kami bersyukur bila semasa aku melahirkan, kami mendapat kembar sepasang lelaki dan perempuan.
Masih segar di ingatan bila Tengku Zariel menangis dalam laungan azannya kepada anak-anak kami. Aku turut sebak ketika itu. Dulu, aku sedar dan aku menangis kerana kehilangan cahaya mata yang aku tunggu dan kini aku menangis kerana sebaik saja membuka mata, figura pertama yang aku melihat adalah wajah Tengku Zariel yang tidak berhenti mengucup dahi dan ubun-ubunku. Mujur juga alahannya itu berhenti pada usia kandunganku enam bulan, kalau tidak jenuh juga aku kena kerah tenaga dan otak untuk memikirkan bayi-bayiku dan juga bapak bayi sekali!
“Aik ,takkan dengan anak sendiri pun cemburu? Adam dengan Akira baru nak masuk empat bulan tau.”
“Abang ni…Kim tak cakap pun macam tu tapi lately ni abang kalau balik kerja mesti cari diaorang dulu baru Kim. Penat je Kim selalu balik kerja awal.”
Pecah ketawa Tengku Zariel. Dia makin menguatkan pelukan dan galak mencium pipiku bertalu-bertalu. Terkial-kial aku menolak tubuhnya.
“Hei…apa ni? Pergi mandi dulu! Busuk!”
“Busuk ya? Sini!”Tak sempat aku nak lari bila tangan Tengku Zariel tangkas mencempung tubuhku. Terlopong aku dibuatnya.
“Abang apa ni? Kim nak turun ke dapur nak tolong mama sediakan makan malam kejap lagi”
“Temankan abang mandi. Kejap je tak lama, paling lama pun setengah jam”
“Tak nak. Dah,…dah…put me down”
Tengku Zariel mengalah dan kembali menurunkan aku. Sebelum dia buat benda lain,terus aku lari keluar bersama gelak panjang.
Aku mencium pipi tembam Adam dan Akira silih berganti sebelum meletakkan mereka ke dalam baby coat. Baru aja selesai mandikan mereka dan menyusu tadi. Seronok bermain dengan air sambil mulut berceloteh yang aku tidak faham , tetapi aku tetap berbalas interaksi dengan mereka.
“Untuk abang tak ada?”
Aku berpaling sebelum mencebik dan merenung kembali kedua anakku yang berada dalam baby coat tersebut. Memegang kedua belah pipi Adam. “Daddy ke mommy yang dengki ni asyik Adam dengan Akira je kena cium? Kasihan, kecik-kecik dah ada orang tak senang…”
“Amboi, dia ni!”
Aku ketawa riang bila Tengku Zariel mencubit kedua belah pipiku dari belakang sebelum mengambil Akira ke dalam dukungannya sebelum Adam pula merengek mendepakan tangan, mahu aku turut mengangkatnya.
“Abang ni…ni waktu mereka sepatutnya tidur tau”Ujrarku sebelum mendukung Adam,menggeliat dia seketika.
“Tak apalah , esok kan cuti hujung minggu.”
“Manalah Adam dengan Akira tahu. Bukannya diaorang kerja macam kita”Balasku lagi.
Tengku Zariel sekadar ketawa sebelum membawa Akira ke tengah ruang bilik. Diangkat tinggi anak itu. “Mommy ni asyik bukak lagu lullaby je kan. Sesekali nak je dengar lagu rancak. Do you like it,Akira,hmm?”
“Bukan selalu pun buka lagu lullaby tu. Abang tu kalau nak tidurkan baby, memang berzikir…awal-awal je ada bunyi, hujung-hujung dah tak ada bunyi zikir dah!”Bebel aku lagi sambil menjelingnya yang tersengih malu.
Ya, selalu jika si kembar susah mahu tidur,Tengku Zariel akan menepuk punggung kedua bayi mereka sambil berzikir tapi Cuma untuk beberapa minit pertama dan bunyinya terus lain dihujung bila mata sendiri terlelap. Aku yang mendengar pun sudah cuak, bimbang entah apa-apa mantera pula yang boleh keluar dari mulutnya!
Baru Tengku Zariel mahu menjawab, bunyi lagu rancak yang keluar daripada siaran televisyen yang masih terpasang buat mata kami bertentangan sebelum aku tergekal bila suamiku mula berpusing, memeegang tangan kecil Akira, menggoyangkannya seakan menari.
“You are my sunshine…
My only sunshine….
You make me happy
When skies are gray
You’ll never know dear,
How much I love you
Please don’t’ take my sunshine away…
Kami bernyanyi dan bergerak perlahan. Sesekali Adam yang berada dalam pelukanku ketawa mengekek bila aku menggoyangkan badannya untuk mengikut rentakku. Lagu semakin rancak membuatkan kami berdua bersama mengelilingi di antara satu sama lain bersama Adam dan Akira yang berada dalam dukungan kami. Mengekek si kembar ketawa bila aku dan Tengku Zariel membiarkan dahi mereka bersentuhan, dan berpusing lagi dalam Gerakan perlahan.
“They have the same laugh like you”Ujarku tersenyum.
“And they way the cries, just like you sayang” Mati terus senyumanku. Baru saja aku berura mahu pergi, sebelah tangan Tengku Zariel membawa ku kedalam rangkulannya.
“Ingatkan baby je kuat merajuk, mommynya pun sama naik. Ke nak abang dukung juga macam ni?”Ujarnya menunjukkan posisi Akira yang sedang meniarap seolah-olah sedang terbang dalam dukungannya Aku ketawa,juga membuat Adam begitu, meledak ketawa sikembar bila wajah mereka saling bersentuhan, tangan cuba menggapai wajah masing-masing.
Dan disebabkan kami telah menggangu rutin harian Adam dan Alya, jadi malam ini terpaksalah kami bersengkang mata bila mereka tidak mahu tidur walaupun jam sudah menginjak ke angka 12 tengah malam.
“Macam dah tak muat je nak letak kat situ. Esok kita beli baru” Aku yang sedang meletakkan beberapa keping gambar milik Adam dan Alya di sebuah album tersentak lantas berpaling, tidak perasan bila Tengku Zariel masuk ke bilik kerja ini.
“Gambar yang latest baru nak masuk empat bulan , tapi dah full pulak. Belum lagi cukup setahun. But deep down in my heart, I wish they didn’t grow up so fast…”
“Abang pun tapi abang nak tengok mereka membesar di depan mata kita. Bila Adam dengan Akira nampak, boleh kenal bau daddy dengan mommy dia, merangkak, duduk, berlari dan sebut perkataan pertama dia.”
“Mommy!”
“Itu sebutan pertama Adam dengan Akira nanti” Sambung aku lagi dengan yakin. Malah, itu juga yang aku banyak kali sebutkan kepada anak kembarku setiap kali berinteraksi dengan mereka.
“Perkataan paling senang…da-da, daddy. Percayalah…”Tengku Zariel tidak mahu kalah, mengambil tempat disebelahku yang duduk bersandar di sofa. Di hadapan kami terdapat beberapa buah album yang aku keluarkan. Bimbang gambar yang ada didalam telefon hilang, lebih baik aku menjadikannya sebagai album. Bak kata suamiku, setiap gambar punya cerita yang tersendiri.
“Kim tahu yang Harith suka dekat Kim masa dia nampak Kim daftar dekat fakulti kita?”
Aku menoleh melihat Tengku Zariel yang ralit merenung gambar di satu album yang khas ketika masih belajar di kampus Uitm Shah Alam. Walaupun tidak banyak gambar kami berdua waktu itu, tapi Tengku Zariel bertegas mahu aku tetap mencetak setiap gambarku sepanjang aku belajar disitu.
“No you’re not..i mean,did he?”
“Yeah. Harith beritahu abang masa hari pertama orientasi. Nampak je Kim masuk, dia dah suruh abang tengok Kim. Siap mintak student media yang incharge waktu tu zoom lagi muka Kim”
“Really?”Mataku membulat tidak percaya. Aku tahu Harith menaruh perasaan kepadaku dulu dan aku menolaknya dengan baik. Mungkin takdir yang mengikat kami cumalah sekadar kawan.
“Lebarnya dia senyum”
Aku ketawa bila nada suara Tengku Zariel berubah. wajahnya juga sedikit tidak puas hati.
“Well, not just him tapi ramai…ramai sangat-sangat. Cuba abang selak lagi,haa tengok yang gambar-gambar Kim cetak ni semua dia orang yang bagi”Beberapa keping gambar yang menunjukkan hadiah,sambutan hari lahir dan banyak lagi aku tunjuk kepada suamiku.
“ Sayang simpan lagi ke barang-barang ni?”
“Hish, tak larat nak simpan lama-lama. Tarikh luput yang Kim letak cuma dua tahun je. Lebih dari tu,Kim buang. Kalau tak, takut ada yang pergi robohkan pula bilik stor kat office Kim”Sindirku sengaja mengungkit. Di Tiara Kim Wedding, memang terdapat satu bilik stor yang aku buat khas untuk menempatkan segala pemberian yang aku dapat daripada pelanggan kami atau pun peminat. Bila aku pulang ke sini dan selepas tiga kali singgah di Tiara Kim Wedding, baru aku perasan bilik stor itu sudah diubah dan dikosongkan.
“Excuse me, bukan robohkan okay tapi abang Cuma ubah kedudukan ‘door gift room’ tu dari pejabat Kim ke bilik bawah, that’s it. Lagipun, dah kenapa sampai pasu bunga pun ada peminat nak bagi? Nak tanam sekali ?”
Tak dapat aku menahan ketawa sampai merah muka melihat Tengku Zariel melampiaskan perasaan tidak puas hatinya. Album aku tolak ke tepi, melabuhkan kedua belah tangan di bahu tegapnya,menjengah sedikit kepala.
“You know what?”
“Hmm…”
“I love the way you get jealous..”
Tengku Zariel menoleh dan mengangkat kedua belah tanganku dibahunya dan dibawa memeluk lehernya. “I love you”
Aku senyum. “In a way of….?”
“Everything…”
“Hmm, ingatkan lepas anak dah dua ni, sikap romantik abang berkurang tapi makin bertambah pula. Apa rahsianya?”
Soalanku buat Tengku Zariel tertawa sebelum dia mengucup pipiku. “Mestilah kena makin bertambah manis dan romantik. Boleh guna untuk dapatkan yang ketiga dan keempat atau seterusnya. Kalau dapat kembar lagi, kira bonus!”
Terus pudar senyumanku apabila faham maksudnya. “Abang ni Adam dengan Akira baru nak masuk empat bulan. Jangan macam-macam,kesian anak Kim nanti dahlah berkongsi kasih dengan daddynya daripada dalam perut lagi, baru jenguk dunia empat bulan,dah nak tambah adik lagi”
“Cinta dan sayang daddy unlimited sebab mommynya seorang wanita yang cekal dan kuat..dan abang percaya anak-anak kita akan miliki sifat Kim”
Aku mengetap bibir,entah mengapa kata-kata Tengku Zariel walaupun kedengaran manis tetapi sedikit membuatkan hatiku berasa ngilu. “Tapi Kim taknak Adam dengan Akira ikut perangai Kim. Kim terlalu ikutkan perasaan sampai Kim lupa dosa,pahala. Kim…”
"Shhh…tak ada manusia yang tidak pernah buat dosa walaupun sekali. Kim pun tahu abang dulu macam mana, bukan? Abang berubah bukan kerana Allah tapi kerana manusia dan itu kesilapan terbesar abang sebab perubahan itu tak ikhlas. Berbeza dengan Kim yang….”
“Cinta Kim pada abang ikhlas tapi…melebihi cinta Kim kepada Allah dan itu kesilapan terbesar Kim. Dan…terlalu banyak kehilangan yang Kim hadapi sampaikan…adakalanya Kim tak mampu untuk berdiri lagi masa tu”
Dia merapatkan wajah kami berdua, membiarkan dahi kami bersentuhan dan aku memejam mata.
“Kim ada ALLAH, ada abang, ada Adam,Akira ,dan keluarga abang. Abang tahu abang takkan mampu putar balikkan masa apatah lagi untuk kembalikan arwah daddy dan mama tapi percaya cakap abang, walaupun mereka dah tiada tapi mesti mereka nak tengok Kim bahagia. Tapi kena bahagia dengan abang je, bukan dengan orang lain”
Baru aku nak tangkap emosi secara berlebihan, Tengku Zariel membuat lawak pula dihujung ayat. Aku ketawa sambil mengesat tubir mata yang bergenang hangat.
“Haa, ketawa pun. Jom tidur. Esok abang nak bawa sayang pergi satu tempat. Well bukan satu tapi dua.”
Dahiku berkerut. “Mana?”
“Ke dunia ciptaan abang…”Bisiknya nakal sebelum mendekatkan wajah kami. Aku ketawa kecil sebelum bunyi daripada baby monitor kedengaran. Cepat-cepat aku melihat daripada monitor yang jenis wireless itu memaparkan rakaman di bilik tidur kami. Adam dan Akira mula merengek menangis. Pasti hairan melihat ketiadaan daddy dan mommynya.
“Kacau daun betul!”
Aku yang berada di atas pangkuan suamiku ketawa lagi sebelum mengucup bibirnya sekilas dan bangkit, menarik sekali tangannya.
“Berangan nak tambah lagi konon…”
‘”Itu tetap niat abang”kata Tengku Zariel lagi dan kami berpimpin tangan menuju ke kamar.
“Still remember this place?”
Aku tidak membalas, sebaliknya mata tegak merenung segenap sudut ruang ini dengan perasaan rindu yang menggebu. Kali terakhir aku disini adalah sewaktu majlis graduasi dan itu adalah enam tahun yang lepas.
Rupanya Tengku Zariel mahu membawaku ke sini, tempat belajar kami dahulu. Terlalu banyak memori pahit dan manis disini. Hari ini hari Sabtu jadi tiada sebarang aktivit dijalankan dikampus. Patutlah dia mahu meninggalkan Adam dan Akira di rumah Puan Sri Tengku Wahida,yang dijaga oleh Kak Najah yang menggantikan Mazliana.
“How can I forget…what a journey and memories through four years study. Dan disini juga, tempat jatuhnya Kim dekat abang”Wajahnya aku cari bersama senyuman yang mekar.
“Dan…jatuhnya kebencian abang terhadap Kim”Aku menyambung lagi tanpa perasaan luka dihati kerana semuanya sudah berlalu.
“Sayang,abang minta maaf”
“Don’t be. It still a bittersweet memory for me. Minggu orientasi minggu yang paling seronok bagi pelajar baru sebab masa tu kuliah tak bermula lagi. Berikrar, doa, nyanyian, berkenalan antara satu sama lain sebelum perjalanan yang sebenar bermula saat terakhir minggu orientasi. Lagi satu..masa tu juga nak cuci mata kenal dengan senior yang kacak,yang sombong, yang garang….”
“Sindir nampak?”Aku menjarakkan diri bila Tengku Zariel mengacah mahu menyekeh kepalaku. Aku berlari menuruni tangga sebelum skrin monitor yang berada disebelah kanan dewan menyala.
Aku kaku didepannya, memerhatikan rakaman yang menujukkan para mahasiswa dan mahasiswi yang baru masuk. Tertera batch dan Tarikh yang aku ingat sampai bila-bila. Wajah masing-masing sangat suci dan polos. Berikrar, bernyanyi dan aktiviti yang kami perlu main waktu itu. Rakaman ini tidak sama ketika ia dimainkan di majlis resepsi kami dulu kerana lebih menumpukan kepada aku sendiri. Pagi kami memang dikehendaki memakai baju kurung dan memakai pakaian sukan pada waktu petang.
“Mana abang dapat video clip ni?”
“Ingat semalam yang abang beritahu tu? Yang dekat majlis resepsi tu banyak yang abang cut sebab baru abang tahu betapa banyaknya si Harith punya arahan. Nasib juga dia tak ada simpan lagi apa-apa yang berkaitan dengan Kim.”
Ya, baru aku perasan kamera banyak tertumpu ke arahku. Aku sedang berbual, ketawa, dan tentu sekali senyuman kemenangan bila aku menang permainan yang kami bertaruh.
“Do you know what they call you?”
“I have the other name?”Keningku terangkat.
“White swan…beauty,light,love and purity”
“I don’t I deserved it”
“Of course not…because you deserve more.”Satu kucupan hangat dihadiahkan di dahiku sebelum dia membawaku ke stadium. Kami berdua duduk di bangku stadium,memerhatikan pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan oleh mahasiswa.
“Macam mana lah atlet boleh kalah dengan white swan? Kata black eagle”Sindirku merujuk kepada nama pasukan bola sepak. Hampir setiap minggu jika ada kelapangan,aku akan melihatnya bermain,bersorak untuknya walaupun tahu tentang hubungannya dengan Iman.
Aku menarik nafas dalam. Menggengam tangannya yang sedang asyik melihat perlawanan bola sepak.Tengku Zariel tersentak. “I’m sorry”
“For ?”
‘Kim…Kim banyak buli Iman masa dia datang ke sini. Masa tu Kim betul-betul cemburu dengan dia. Mesti dia trauma”
“Kim..kan abang dah cakap…”
Aku meletakkan jari telunjuk di bibirnya seraya menggeleng. “I know but I can’t stop myself from being sorry. Perasaan malu tu susah Kim nak tepis sebab semua orang masa tu tahu Kim suka abang. Bukan setakat suka tapi obsess”
“Sayang abang tak hargai waktu tu. Pernah ke Kim terfikir kalau bukan disebabkan kejadian masa majlis abang dengan Iman, mungkin kita takkan bersama seperti sekarang. Kita takkan berjumpa lagi, berkahwin, dan berjumpa semula dan Adam,Akira? Right now, including you…you guys were my precious gift that I ever had in my life. Thank you and I love you”
Aku mengukir senyuman lebar,membalas tautan tangan kami yang erat. Selepas itu,kami berdua ‘menjelajah lagi di dewan kuliah,fakulti dan beberapa tempat yang menggamit kenangan lalu.
Aku teragak-agak untuk masuk. Sekadar membiarkan pelawat yang datang menunjukkan sesuatu kepada gadis yang berada dikaunter tersebut. Tengku Zariel meminta aku masuk terlebih dahulu sementara dia sedang menanti panggilan telefon.
“Ya,Puan?”
Aku tersentak. Terkebil-kebil sejenak bila ditanya oleh gadis itu. Aku senyum kekok. “Oh, sorry. Saya tengah tunggu suami saya”
"Puan Elliena Kamelia, kan?”Gadis itu bertanya lagi bersama senyuman manis. Mana mungkin aku lupa gadis yang sama didepanku ini seperti tiga tahun yang lepas.
“Tengku ada pesan suruh puan tunggu di dalam. Lagipun,puan tak perlukan apa-apa pass”
Aku ucap terima kasih tetapi tetap kekok kerana malu mengingatkan kisah dulu,aku masuk tanpa kebenaran Tengku Zariel. Aku masuk ke sini pun atas bantuan Tengku Badlishah.
“Ni tempat persalinan pasukan.”Ujar Tengku Zariel sambil memakai Tshirt polonya yang berwarna merah. Aku menjelingnya.
“Ya tahu…dah beratus kali abang beritahu”
Tengku Zariel ketawa. “Iya,abang tahu abang dah cakap banyak kali tapi ni kan kali pertama abang bawa sayang ke sini. Abang nak jadi tour guide dulu sebelum jadi facie sayang.”
“Bukan ke riding school ada tenaga pengajar dia sendiri? lagipun untuk Beginner, Kim rasa tak apa kot kalau orang lain yang ajar.”
Aku mahu menambah lagi sebelum giliran Tengku Zariel pula menjeling.
“I’ll take private lessons for my wife”
“No..no… I nak instructor perempuan. Kalau tak ada, cari lain. Now!”
Terus aku tepuk dahi mendengar arahan itu.
Serius betul dia mengambiil usikanku tadi. Terkulat-kulat gadis yang sedang menmbuat pendaftaran kerana riding school sudah pasti mempunyai tenaga pengajarnya disetiap peringkat. Aku dengar juga gadis itu menyebut nama fasilitator yang sepatuntnya mengajarku tapi terus dibantah keras oleh Tengku Zariel sehingga staff itu mati kata.
Apatah lagi Tengku Zariel merupakan salah seorang ahli VIP di taman equestrian ini. Sesekali mata memerhati pandang hijau yang luas lebih daripada 300 ela itu. Terbit perasaan kagum melihat ada kanak-kanak yang sudah pandai bermain kuda.
Melihatkan namanya tertera di board pejabat pengurusan disini saja sudah membuatku meneguk liur. Jujur, adakalanya akku berasa kerdil setiap kali melihat nama penuh suamiku. Darjat yang terlalu berbeza. Aku bukan sesiapa. Hanyalah seorang wanita biasa dengan kehidupan biasa, seorang perancang perkahwinan dan juga seorang wania yang terlalu mencintai lelaki yang membenciku.
Dan ALLAH membalas kesemuanya yang membuatkan aku bersyukur kepadaNYA. Menggantikan kehilangan dengan augerah yang tidak berbelah bagi. Melihatkan kesungguhan suamiku, aku teringat perbualan kami dulu saat dia ketika kami sedang membina kembali hubungan suci ini.
“Ni…untuk apa?”
Aku meletakkan sampul surat berwarna putih itu ke arahnya yang sedang menonton televisyen Begitu khusyuk dia melihat perlawanan sukan polo di kaca televisyen. Bukan aku tidak tahu minatnya yang mendalam terhadap sukan itu. Kalau tidak, tak akan dia tidak perasan langsung kehadiranku sedangkan hampir tiga minit aku tercepat memerhatikan dia. Mahu mengatakan sesuatu walaupun aku teragak-agak nak bertanya.
Aku melihat Tengku Zariel berkerut saat dia mencapai sampul tebal itu. Dia tersenyum . “Untuk siapa lagi…untuk Kim. Takkan abang
nak bagi untuk diri sendiri”
Wajahku berubah. Menggeleng laju. “Taknak lah. Banyak sangat”
“Banyak? Oh sebab semalam yang abang bagi tu duit belanja. Yang ini pula, nafkah bulan ni.” Dia senyum lagi sambil menghulurkan kembali sampul yang berisi duit itu.
“Kim taknak lah. Sebelum ni, tak ada pun. Kenapa tiba-tiba abang nak bagi?”
Soalanku ternyata buat Tengku Zariel berubah. Sungguh, bukan aku mahu mempertikaikan pemberiannya tapi duit belanja yang dia beri semalam pun hampir buat nafasku terputus. Dan ini kali pertama dia memberiku duit nafkah sepanjang perkahwinan kami.
Melihatkan Tengku Zariel terdiam, aku sedikit ketakutan. Bimbang dia naik angin walaupun aku tidak pernah lagi melihat dia marah ataupun meninggikan suara seperti dulu.
“Err,Kim…Kim minta maaf kalau abang terasa. Tapi Kim tak kisah pun kalau abang tak bagi macam dulu. Lagipun, dulu….Kim yang ‘paksa’ abang jadi Kim tak kisah kalau abang tak jalankan tanggungjawab tu. Kim faham dan Kim terima”
Diam lagi sebelum aku melihat Tengku Zariel menarik nafas panjang,membalas pandanganku.
“Sayang…”Aku akur bila Tengku Zariel menarik tanganku agar duduk bersebelahan dengannya.Televisyen turut dimatikan
“Masa tu…abang terlalu jahil, jahat dan abang kejam. Terlalu kejam pada Kim. Dalam apa jua keadaan sekalipun, abang tak boleh permainkan ikatan perkahwinan. Sebaik abang genggam tangan tok kadi, walaupun lebih dari tiga kali ‘pancit’….”
Aku menahan tawa bila mendengar perkataan ‘pancit’ itu walaupun nada suaranya sudah bergetar.
“Kim dah jadi amanah abang, tanggungjawab abang…abang wajib sediakan makan minum Kim, tempat tinggal dan…nafkah. Tak apa kalau Kim taknak terima, taknak guna tapi ini memang hak Kim. Hak yang sepatutnya abang bagi dekat Kim dulu. Faham?”
“Sorry,Kim tak ada niat nak ungkit. Kim cuma….”
Tangannya naik mengusap pipiku, sekaligus menghentikan bicara ini. “Shh, tak perlu minta maaf. Hati abang sakit sangat kalau dengar Kim salahkan diri sendri. Abang tahu abang dah banyak sakitkan hati sayang jadi abang tak salahkan sayang kalau sayang teringat layanan abang dekat sayang dulu. Time will heat but the scars…..still remain the same”
“Jom, abang bawak sayang tengok Jackie”Aku tersedar dari lamunan bila Tengku Zariel menyapaku.
“Jackie?”Soalku mengikut langkah panjangnya ke kandang kuda. Terdapat lima ekor kuda di kandang tersebut. Pelbagai baka dan warna. Terdapat dua orang pekerja tengah membersihkan dan memberi makanan kepada kuda tersebut. Aku menggoncang tangan suamiku.
“Mana satu kuda abang?”
Tengku Zariel tersenyum , “Semua”
“Huh?”
“Ada salah satu kuda favourite abang. Kami dah macam partner. Cuba sayang teka yang mana”
Tidak menunggu lama, aku terus melangkah masuk walaupun bau najis agak menyengat ke hidung. Terdapat kuda berwarna putih dan agak berotot. Walaupun ini pengalaman pertamaku,aku teringin nak menyentuhnya. Belum sempat tanganku menyentuh kepalanya, kuda itu sudah berganjak kebelakang sehingga aku terkejut. Hampir aku terjerit bila Tengku Zariel memaut tubuhku dari belakang.
“Hei,,hei…easy buddy…calm down”
Laju aku menoleh. “Abang bukannya nak tenangkan Kim?”
Dia tertawa sambil menggosok kepala kuda itu. Wah, terus jadi manja!
“Abang suruh sayang tunjuk je mana Jackie, bukan suruh pegang. Hari ni hari pertama kelas sayang…untuk beginner. Kim belajar dulu, baru Kim boleh built relationship dengan kuda.”
“Tu haa,Jackie. Yang warna hitam tu!”Terlalu bengang, aku terus meluruskan jari kea rah kuda yang berwarna hitam itu. Kulitnya begitu cantik sehingga aku sendiri terpukau. Dalam banyak-banyak kuda yang lain, ia agak cantik dan unik kerana ruangnya pun agak besar berbanding yang lain.
“Perfect! Mana sayang tahu? Jom”
“Sebab dia dari tadi pandang Kim macam tak puas hati!”
“Hah?”
Aku terus meninggalkan Tengku Zariel yang termangu-mangu. Sempat aku menjeling kuda tersebut.
“Cuba lembutkan badan tu sikit. Jangan kejung”
“Dah tak nampak ni macam dah tak ada tulang dah ni? Abang nak macam mana lagi?’ Getusku geram bila Tengku Zariel tidak habis-habis membebel dari tadi. Kata kelas untuk beginner dan ambil pakej penuh untuk private lessons. Sekali tunjuk saja instructor lelaki, terus kuasa vetonya berkumandang.
‘Cara pegang kena betul. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Sayang kena hentakkan kedua kaki dekat perut Jackie. Hentak sikit je, jangan sepak”
“Kim boleh tapi tangan abang tu”
“Kenapa? Oh, macam ni ke”Dia berbisik nakal sambil merangkul erat pinggangku. Inilah salah satu yang buat aku pening. Tangan tidak boleh duduk diam! Sesekali dia menghembus di cuping telingaku.
“Kenapa kita kena naik berdua, orang lain seorang je?”
“Sebab ni private lessons jadi semuanya kena berahsia. Ikutkan experienced rider kena duduk dihadapan tapi abang ada trust issues kalau abang biarkan Kim dekat belakang, takut abang kena raba pula”
Aku yang sudah geram, merapatkan kedua kaki ke badan Jackie, dan menghentakknya lembut sebelum Jackie memulakan larian secara mengejut.
“Sayang!”
‘Nah…rasakan!’
Aku simpan senyum melihat Tengku Zariel mengelap peluh di atas kudanya, Billy yang merupakan dari baka Thoroughbred yang sesuai dijadikan kuda pacu. Jackie pula salah satu kuda kegemaran suamiku, baka Arab yang antara popular bagi penggemar kuda. Kulitnya yang hitam berkilat sangat cantik dan memukau. Cepat juga aku membina ‘bonding’ dengan Jackie hasil tunjuk ajar suamiku.
Aku melihat pengajar yang lain tenang saja mengajar aanak buah sendiri sedangkan Tengku Zariel berpeluh sana sini. Hampir-hampir juga aku terjatuh jika Tengku Zariel tidak berada di belakangku walaupun tangan nakal itu tidak reti duduk diam,tapi aku tetap berasa selamat dan dilindungi. Aku mengekor belakangnya yang berhenti betul-betul di penghadang kandang. Suasana yang mendung yang kukira akan hujan tak lama lagi.
“Abang nak pegang Kim…"
Aku menoleh ke sisi, memandang Tengku Zariel yang sedang menghulurkan tangan. Aku menyambutnya bersama senyuman.
“Kenapa?”
“To enjoy this precious moment with my wife. Nanti anak kita dah besar sikit, kita bawa datang sini ya?”
“Okay…tapi yang penting, Kim dah boleh ride seorang untuk elakkan tangan gatal abang tu!”
Ketawa kami meledak memecah keheningan suasana petang ini..
“Hai sayang…sayang-sayang mummy lapar tak? Kesian dia nanti dah besar sikit kita puasa sama-sama ya”Adam dan Akira seperti mengerti apabila mereka tersenyum. Wajah Adam mengikut mukaku manakala Akira lebih kepada Tengku Zariel. Apa yang penting mata mereka betul-betul mengikut bentuk mata aku. Muahehhe..
Pejam celik pejam celik lusa merupakan hari pertama umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Begitu cepat masa berlalu. Ini kali pertama aku menyambut raya bersama keluarga. Sempurna dan lengkap. Rasanya kali terakhir aku sambut raya sebelum kemalangan yang menimpa arwah mama dan daddy. Sungguh aku tiada hati untuk menyambut.
“Kesian cucu nenek ni. Terkumat kamit tu mulut nak makan”Sampuk Puan Sri Tengku Wahida. Ibu mertuaku kini sudah boleh berjalan seperti biasa. Tidak perlu lagi menggunakan kerusi roda dan tongkat tangan.
Aku tergelak sambil mencapai Adam ke dukunganku. Akira yang berada dalam baby coat berwarna pink tiba-tiba bulat matanya,mengagau tangannya keatas seperti baru Nampak sesuatu. AKu angkat kepala dan senyum. Patutlah…
“Cari daddy ya? Baru hilang sikit dah masam. Bibir dah lah macam mommynya. Macam muncung itik.”
“Amboi…sedap je eh mulut mengata orang. Malam ni abang tidur luar.”
“Boleh tapi abang bawak sekali Adam dengan Akira sekali. Boleh sayang?”
“Tak boleh!”Menjerit kecil aku dibuatnya. Pecah ketawa Tengku Zariel dan Puan Sri tengku Wahida.
“Tahu takut. Abang dengan Izal je lah ya pergi terawih ni? Kaki mama dah okay?”
“Dah okay sikit sebab tadi Kim baru sapu minyak panas. Ni pun rasa sengal-sengal lagi”Ujar mama sambil mengurut kakinya.
“Tak apa mama kejap lagi Kim sapu lagi ya. Abang pergilah nanti lewat pulak”Ujarku sambil pura-pura mahu menyalam tangannya. Terjegil biji matanya. Pasti dia takut aku kenakan dia macam semalam. Sengaja pegang walhal dia sudah mengambil air sembahyang.
“Suka mama tengok anak menantu mama macam ni. Orang cakap usik mengusik membawa bahagia.”Aku yang sedang menyapu minyak panas di betis mama tersipu. Adakalanya malu jika kemesraan kami ditangkap.Bukannya mahu menunjuk tapi Tengku Zariel suka benar menyakat aku dengan aku aku sekali terikut sama.
“Abang tu mama…suka sangat sakat orang”
“Kim dah banyak ubah Ariel. Mama tak pernah tengok sisi dia yang baru ni tapi mama suka,mama seronok tengok dia. Izal pun sama. Banyak perubahan Kim bawak dalam rumah ni”
Puan Sri tengku Wahida mengusap ubun-ubunku. Sebak pula mendengarnya. Sudah lah di malam raya pulak tu. “Kim tak buat apa-apa pun mama. Kim gembira kalau semua orang pun ada rasa yang sama. Kesudian mama jadi ‘mummy’ kepada Kim dah cukup buat Kim bahagia. Mama ni…kenapa tetiba sentimental pulak malam ni. Jom kita anyam ketupat kejap lagi.
“Jom lah…kejap lagi mak long,pak long dengan Tok ayah sampai. Mereka tidur sini”
Aku memimpin mama ke dapur. Cepat aja kembarku lena. Aku mencium mereka silih berganti penuh kasih. “Sayang mommy…goodnite. Assalamualaikum…”
“SELAMAT HARI RAYA,Abang. Maaf zahir dan batin. Ampunkan salah silap Kim selama ni.”Ujarku sambil menyalam dan mencium tangannya. Syahdu dan sebak menjadi satu. Sememangnya suasana di pagi raya walaupun gembira setelah sebulan berpuasa tetap tatkala takbir berkumandang. Tengku Zariel memegang kepalaku yang bertudung. . AKu mengambil keputusan untuk bertudung sebaik pulang dari menunaikan umrah. Rasa dosa yang bukan sedikit kerana lambat menunaikan perintah Allah yang satu ini. Menutup aurat.
Daguku dipegang sebelum menghadiahkan satu kucupan hangat didahi ini. Air mataku menitis tanpa dipinta.
“Selamat hari raya,sayang. Abang maafkan. Maafkan abang juga diatas dosa abang pada Kim selama ni. Semoga Allah rahmati kehidupan kita sekeluarga.”
“Cantik isteri abang,Tapi lagi cantik kalau tak menangis.”Dia mengesat air mataku.
Aku tergelak lirih sambil membetulkan songkoknya. Nampak kacak. Tahun ini kami sekeluarga sepakat memilih warna merah sebagai tema. Termasuk lah si kecil Adam dan Akira.
“Menangis sebab gembira. Lama sangat rasanya Kim tak sambut hari raya. Dulu Kim rasa kosong sangat tapi hari ni Allah bagi Kim anugerah yang tak ternilai. Kim ada ibu ayah, mama, dua abang, kakak, suami dan anak-anak. Kim bahagia sangat abang.”
Tubuhku ditarik rapat oleh suamiku. Turun naik dadanya menunjukkan dia juga sedang menahan sebak.
“Kebahagiaan Kim,dua kali ganda kebahagiaan abang. Tak ada apa lagi yang abang inginkan kecuali melihat senyuman isteri dan anak-anak kita. Raya abang tahun ni bermakna. Lengkap.”
Kami saling berpandangan dan memegang tangan masing-masing sambil melangkah kea rah si kembar yang berada dalam baby coat. Sedang ralit aku memandang mereka,tiba-tiba si kecil Adam mengenyit matanya. Aku terkejut. Tengku Zariel juga begitu.
“Abang! Adam kenyit mata dekat kita”Aku meneriak teruja.
“Siapa yang ajar anak daddy kenyit-kenyit mata ni? Mesti mommy kan…”
Aku menjeling. Suamiku cuma tayang muka tak bersalah sebelum mencapai keduanya ke dalam dukungan. Penuh kiri kanannya dengan Adam dan Akira yang mengekek suka bila diangkat oleh daddy mereka.
“Sebab mata ni lah buat Kim Berjaya cairkan hati batu abang tu”Luahku bangga ketika sama-sama turun tangga sambil mengambil Akira dari dukungan Tengku Zariel.
“Sebab tu abang cintakan Kim”
“Kim tahu”Balasku sambil mengenyitkan mata.
Assalamualaikum, haii..pertama sekali, HZ nak minta maaf sebab lambat update bab terakhir. Tak sengaja, sebab tak perasa epilog jadi draft, x published haha. Punyalah tak perasan sampailah ada yang komen. Janji dicapati betul kata nak habiskan weekend. Ada plan nk buat special chapter tp HLA ni, jrg lah nak happy2 . Cuma xbanyak ya bab tambahan, mungkin dlm 1 or 2 bab je.. Alhamdullillah, berjaya juga tamatkan HLA buat kali yang kedua. Tak dapat nak update terus, sebab banyak nk kena edit, grammar pun berterabur dan ada tambah scene sikit2. Terima kasih kepada yang tak pernah jemu baca entah utk kali ke berapa, terima kasih pd yg komen, baca, donate..terima kasih sgt2 n moga dipermudahkan urusan kalian…
Share this novel
Thanks HA republish cite kim ni. Free reading pula tu. Rindu betul nk reread yg entah keberapa kali. Epilog panjang betul. Puas nyawa tau hahahaaa Semoga HA terus sukses dlm dunia penulisan ni. Lebiuuuu
Assalam sis... cerita mmg best tp maaf klu ada teguran sikit ..utk part yg nk pi terawih mlm raya...sepatutnya mlm raya dah x de terawih...