BAB 28

Romance Completed 199367

BAB 28

“Kenapa dengan mata tu? Bengkak sebab menangis ke kena tumbuk?”

Aku yang bersandar dikereta menjelingnya sekilas sebelum kembali tunduk bermain telefon. Walaupun sakit kerana menunggu dan bosan sebab sudah berjam-jam aku tunggu kat luar, itu lebih baik daripada tengok muka Tengku Farizal. Menyakitkan hati!


“Makin sombong kau ya? Tak padan kena halau keluar,masih lagi nak tayang muka bodoh sombong kau tu!”

Aku angkat wajah. Bahasanya sudah berganti ‘kau’ ‘aku’. Jelas sangat dia bengang dengan perbuatanku. Memang kami jarang-jarang bertembung. Kalau bertembung pun hanya jelingan yang aku beri. Kalau tak kerana Hanif, mesti aku tak kena ‘berembun’ kat luar macam ni!

Sungguh aku panas hati dengan Tindakan Hanif yang sengaja mahu menaikkan darahku yang sudah sedia nipis ini. Terlalu cerewet! Ada masanya aku bertekak juga kerana dia melebih-lebih walaupun dia mengugutku tapi aku juga ada senjata yang sama. Boleh saja aku memberitahu tunangnya itu dan kesemuanya akan lesap!

Sudah lah tiada kunci,nak lalu belakang tak boleh. Depan apatah lagi.Dah tentu ada dua guard kesayangan Tengku Zariel itu. Tok Ayah dan Puan Sri Tengku Wahida pula tiada untuk beberapa hari kerana menghadiri kenduri saudara di Terengganu. Ingatkan boleh lah lepas sikit ‘azab’ dari ibu mertuaku,tapi aku terpaksa menghadap anak kesayangan dia lagi sorang ni!

“I tengah tunggu Ariel okay. Kenapa? You ada masalah ke?”


Meledak ketawa kuat dari Tengku Farizal. Aku mencebik menyampah.

“He don’t care about you. Dah dekat tiga jam kau bertapa kat luar ni ada dia kisah? Eh dia ada banyak benda lagi lah yang lebih penting daripada fikir pasal kau. Kau bukannya ada bantu apa-apa pun. Menyusahkan adalah! Tak percaya apa aku cakap? Aku kenal abang aku tu macam mana”

Aku menggengam erat kedua belah tanganku . Bimbang melayang pula penumbuk ini kat muka perasan kacaknya tu walaupun apa yang dicakapnya tu benar. Lebih kurang sama dengan apa Tengku Zariel sajikan padaku setiap hari terutamanya pagi tadi. Kalaulah suami isteri yang sebenar,sudah pasti si isteri berkecil hati dan merajuk jika terkesan dengan tindak tanduk suami. Ingin dipujuk dan dibelai.

Tapi situasi aku?Sangat berbeza!


Sabarku semakin nipis. Tembok kuat yang aku bina kian rapuh dan akan roboh tidak lama lagi. Sampai waktunya aku akan kalah jua. Tapi cukup bersediakah aku untuk berdepan dengan keadaan itu? Keadaan dimana aku akan kehilangan Tengku Zariel buat selama-lamannya.


“Kenal lah sangat. Pantang bertembung asyik nak bertekak je. You tak payah nak putar belit cerita lah Izal. Apa yang you cakap bukan Ariel nak percaya pun. Huh! Berlagak billionaire bachelor konon, habiskan duit mak bapak adalah. Shame on you. Kesian wife you nantu kalau dapat you sebagai suami.”


“Kutuklah macam mana pun aku suka tengok kau bila merah. Makin menggoda dan buat aku makin tak tahan nak…”Tak sempat aku mengelak bila Tengku Farizal memaut daguku dan berbisik sesuatu sehingga aku menolak kuat tubuhnya.

“Back off Izal! You memang dah melampau!”Merah wajahku bengang.Jelek aku dengan perbuatannya tadi. Terus aku masuk dalam kereta dan lock kesemuanya. Sungguh Tengku Farizal benar-benar melampau dan menyakitkan hati. Sebab itu aku banyak kali mengajak Tengku Zariel berpindah tapi ditolak mentah-mentah.

Sempat aku mencapai payung yang aku letak di tempat duduk belakang. Bimbang dia akan mencuri masuk seperti dulu. Melihatkan dia sudah berlalu pergi, mataku mula perlahan-lahan terkatup.


Tidurku terganggu bila pintu cermin kereta diketuk bertalu-talu. Terpisat-pisat aku gosok mata bila melihat salah seorang guard memberi isyarat menyuruh aku masuk. Agaknya kerana hujan yang lebat kot. Aku mengeluh.

Jaket hitam aku pakai dengan hoodie menutup kepala sebelum berlari keluar, malas pula aku mahu mencapai payung. Kalau tak silap aku dua orang pengawal keselamatan ni akan bertukar shif selepas pukul 12 tengah malam. Maknanya sekarang tiada pengawal?

Yeah!

Aku cepat meloloskan diri sebelum pagar autamatik itu ditutup. Nak telefon Mazliana? Aku yakin dia dah tidur waktu ni.

“Lajunya. Nak ke mana tu?”


Tubuhku stattik. Tegak melihat Tengku Zariel yang bersandar dikeretanya sambil berpeluk tubuh. Nampak macho sangat dia dalam keadaan begitu namun secara jujurnya aku mula takut dengan perubahan drastiknya.

Dia seperti bukan Tengku Zariel Zahari yang aku kenal dahulu. Seolah-olah dia mempunyai dua personality yang berbeza. Lebih-lebih lagi bila mendapat khabar yang Iman hamil. Aku yakin lava yang dia akan lepaskan bukan lagi yang biasa aku terima sebelum ni. Aku takut ketahananku semakin lemah.


“Err..i nak masuk. Lagipun kan hujan lebat ni. Takkan you sampai hati nak biar I kat luar kan?” Ujarku gugup dengan bibir yang terketar-ketar menahan kesejukan. Aku sudah berpeluk tubuh.


Tengku Zariel tersenyum senget. “Aku…tak sampai hati? Mana aku dapat tahan diri aku kalau kali ni aku boleh kenakan kau cukup-cukup sebab Tok Ayah tak ada. Seminggu lebih kalau tak buat neraka untuk kau aku rasa tak puas. Lagipun bukan main lagi kau bermaharaja lela bila Tok Ayah ada. Sekarang, mungkin tak lagi”

“Apa…apa yang you cuba cakap ni? You dah biarkan I tiga jam dah kan dekat luar? Takkan you tak puas hati lagi?!”

Mata Tengku Zariel sudah mencerlang marah.

“Look,I’m so sorry because I’m late but I have some urgent matter to settle on. But I promise you this will be the last time. Please Ariel biarkan I masuk. I sejuk ni” Aku tak dapat menangguh dari untuk merayu-rayu kerana kesejukan yang mula menggigit tubuh. Hujan pula makin turun dengan lebat.Ditambah pula dengan dentuman guruh.


“Excuse me? Come again?”Ejek Tengku Zariel pura-pura tak dengar.

Aku pejam mata.Sabar. “Please let me in this time.I’m begging you”

“Okay. Daa…Jangan mimpilah nak call Uncle Man atau Maz sebab mereka tak ada. Enjoy the night!”

Serentak itu pintu utama ditutup dengan kejamnya oleh Tengku Zariel.


Aku sudah melopong terkejut dengan tindakannya.

“Ariel….Ariel!Please bukak pintu ni! I tak tahan ni….i sejuk! Ariel please…!”Jeritku dengan ketukan bertalu-talu dipintu utama itu tapi pedulikah dia? Aku yakin dengan kawasan elit dan hujan yang sedang menggila ini siapa aja yang dengar aku menjerit?

Nak berteduh dalam kereta tak mungkin kerana kereta aku berada diluar. Pagar autamatik pula dikawal dengan kod. Satu badanku sudah basah lecun. Kesejukan makin kuat mencengkam. Aku berlari ke arah taman mini. Berteduh diwakaf tapi itu pun tempias dengan hujan.

Ah,boleh lah dari tiada langsung. Tubuhku bukan kebal sangat dengan cuaca sejuk.


Aku duduk berteleku memeluk lutut. Sesekali terangkat bahu aku dengan dentuman kilat dan guruh yang sabung menyabung. Tubuh badan yang sudah kebasahan buat aku menggigil sehingga berlaga gigi atas bawah.

Ditambah pula dengan keheningan malam, lolongan anjing yang menyalak, hujan lebat yang berselang selikan dengan pancaran kilat…sungguh membuat aku dalam ketakutan. Tidak pernah aku alami keadaan seperti ini.

Dibiarkan keseorangan dan ketakutan. Bayangan dan senyuman kejam Tengku Zariel terbayang diruang mata. Riak wajahnya langsung tiada perasaan belas kasihan seperti sebelumnya tetapi kali ini semakin teruk. Kenapa terlalu tegar dia menghukumku begini?

“Oh Tuhan…sudah kalah kah aku? Aku betul-betul penat saat ini. Aku tak kuat…aku tak kuat”

Aku dah mula meracau sebelum pandanganku berbalam-balam dan gelap menguasai…



Cahaya yang terang memeritkan kedua-dua belah mata. AKu cuba buka kelopak mataku. Terpejam rapat kembali kerana cahaya yang terik.


“Kim…Kim dah sedar?”

Perlahan—lahan aku buka mata dan menoleh ke sisi. Terus aku terbangun. Aduh! Spontan aku memegang kepala sebelum wanita itu membaringkan aku semula.

“Hei…take it slow okay? You still not feeling well. Demam pun tak surut lagi”

“No…no…I’m fine. Kak Amanda, just want to go home.”Tekakku perit. Kak Amanda,merupakan rakan kuliah Carl Danial sebelum Carl di HKL manakala Amanda pula Doktor Psikologi disebuah klinik di ibu kota tetapi aku tidak tahu bagaimana dia boleh berada disini. Hubungan kami agak rapat juga sehingga dia tahu hubunganku dengan Carl tidak pernah sebulu. Lama aku tidak bertemu dengan wanita yang sebaya dengan abangku ini. Kesibukan sentiasa menghalang. Lagipun aku tidak mahu Carl menghidu kehidupanku sekarang ini. Melihatkan aku berada dimana,aku tahu ni hospital tempat mereka bertugas.

“Okay…okay calm down okay? Nah, minum air ni dulu”


Aku capai gelas yang dihulur namun melihatkan tanganku yang terketar-ketar nak pegang,lantas Amanda menyuakan ke mulutku.

“Siapa yang bawa Kim ke sini?”


Mungkinkah Tengku Zariel? Memandangkan hanya dia saja yang berada dirumah. Aku sedikit lega. Pasti dia risau melihat keadaan aku.Terselit rasa terharu walaupun dia membenciku.

Amanda diam sejenak. Dia memandang ke pintu wad sebelum kembali memandang aku. Amanda tersenyum.

“Dia beritahu nama dia Harith”

Senyumanku mati. Jadi Harith yang bawaku ke sini? Aku masih mengharapkkan sesuatu yang takkan mungkin berlaku walaupun Tengku Zariel telah memperlakukan aku dengan sebegini teruk?

“Kenapa? Dia kawan Kim kan? Memang kebetulan akak datang sini sebab nak lunch dengan Dan. Kim,akak betul-betul risau tadi bila ternampak Kim dimasukkan dekat ICU. Muka Kim pucat, bibir pun biru,satu badan Kim menggigil dan Kim meracau. Doktor kata Kim berada dalam keadaan sejuk yang terlalu lama sampai suhu badan naik mendadak. It could be worse if the temperature reach more than 39.”

Aku terdiam. Tak menyangka keadaan aku begitu teruk akibat kejadian semalam. Aku mengeluh.



“Kim nak balik”Aku kuatkan diri untuk bangun. Selimut aku lempar.

Saat itu juga pintu wad dibuka. Aku buang pandang. Carl dan Harith. Sempat aku menjeling Harith kenapa membawa lelaki itu ke sini tetapi dia bukannya tahu hubungan kami berdua.

“No you can’t. Kena stay sekurang-kurangnya dua hari…”

“I boleh balik bila-bila masa je I nak. You siapa nak I ikut arahan you?”

“Err…sorry Doktor,maybe dia tertekan sikit. Baru lepas sedar kan.”Harith memohon maaf bagi pihakku sebelum ambil tempat di birai katil.


“Kim….listen to me,you tak sihat sekarang ni. Demam you teruk.”

“Kalau you betul kawan I,bawak I keluar dari sini. I tak suka duduk hospital lama-lama”

Harith kehilangan kata. Aku tahu dia serba salah. Kasihan tapi aku tidak betah melihat Carl sekarang ni. Tidak tahu kenapa hati ini bimbang. Melihat mata birunya cukup buat aku teringat pada mama yang sudah lama aku tidak hubungi.

“Ingatkan bila sakit keras kepala tu dah hilang. Rupanya makin teruk adalah!”

“Dan !”Aku dengar Amanda mendesis. Aku hantar isyarat mata pada Harith.

“You jangan ikut kan sangat kepala dia ni. You tengok! Dia dah terlantar sakit pun masih nak ikut degil dia tu!”


Kali ini disebabkan tak dapat menahan,tajam aku membalas renungannya.

“Kalau iya pun I sakit, I tak mintak pun you jaga i. I still boleh jaga diri I sendiri. Selama ni bukan you ambil kisah pun”

Carl terkedu. Kemudian tanpa sepatah kata dia terus keluar.


Amanda menyentuh bahuku. “Kim…”

“Akak,please…I need you to understand. I have to go. Don’t worry about me”

Keluhan Amanda buat aku sebak tiba-tiba. Aku tahu dia risau tetapi aku lebih risaukan apa yang menanti aku bila aku pulang nanti.

“Kalau dah Kim cakap macam tu,apa yang akak boleh cakap kan? Sini akak tolong”


Aku menunduk. Sebak makin kuat mencengkam. Sungguh aku merindui mama dan daddy. Sejak kebelakangan ini makin kuat ingatanku terhadap mereka. Seakan-akan memberi satu petanda yang aku semakin jauh dari mereka kerana sikap aku yang mementingkan diri.

“Kim…boleh I tanya sesuatu?”Soal Harith ketika kami menuju ke keretanya.

“What it is?”

“Tadi tu..doktor tu….”

“Dia abang i.”

“Ouh….”




Terangkat kepala Tengku Zariel apabila pintu pejabatnya dibuka dengan kuat. Terkejut juga melihat siapa gerangannya.

“Hei bro…what’s up?Lama tak nampak tiba-tiba baru nak muncul? Kot ya pun rindu aku takkan lah sampai nak pecahkan pintu tu?”Lawaknya. Tangan dihulur untuk bersalam namun sisa tawanya terus mati tatkala Harith tidak membalas salam seperti selalu sebaliknya merenungnya tajam.

“Kau dah kenapa? Macam tak okay je? Takkan datang period bro…”Gurau Tengku Zariel seperti tiada apa-apa yang berlaku semalam.

“Apa yang kau buat dekat Kim semalam?”

Meledak ketawa Tengku Zariel sambil berbalik duduk pada kerusi empuknya. “Sebab tu ke kau moody semacam hari ni? Semata-mata nak tanya pasal perempuan tu? Apa yang dia mengadu dekat kau sampai kau naik angin macam ni dengan aku”

“Dia tak mengadu apa-apa pun Ariel. Sikit pun dia tak bukak mulut pasal kau tapi aku tahu ni semua kerja kau!Kau tinggalkan dia dekat luar dalam keadaan hujan lebat macam tu…eh kau tak ada perasaan kesian ke?! Ada kau tahu yang dia terpaksa masuk ICU sebab panas melampau? Ada? Kau tahu tak kalau aku tak pergi rumah kau pagi tadi entah-entah dah mati Kim tu kau buat”

“Baguslah kalau dia mati. Tak menyusahkan hidup aku lagi”Ujar Tengku Zariel selamba.

Serentak itu Harith yang berang mencekak kolar baju rakannya dan menghadiahkan tumbukan tepat ke pipi lelaki itu hingga dia terdorong ke belakang. Bulat mata Tengku Zariel dengan tindakan Harith. Pipinya yang perit dipegang.

“Eh, kau ni kenapa Harith?Takkan sebab betina tak guna tu kau sanggup tumbuk aku?! Kau dah gila apa!?”Bentaknya berang.

“Jaga mulut kau Ariel kalau taknak makan penumbuk aku! Betina yang kau benci sangat tu…yang kau sanggup biarkan kesejukan kat luar semalam tu isteri kau! Sekalipun kau benci dia tapi itu bukan satu tiket untuk kau buat dia sesuka hati!!! Mana sifat perikemanusiaan kau???”

Suasana hening dan hangat dengan pertengkaran kedua-duanya. Tengku Zariel mengelap darah yang terbit di bibirnya dengan kasar. Dia tersenyum sinis.


“Aku tak sangka Harith…aku tak sangka yang kau sanggup pertahankan perempuan yang dah musnahkan hidup aku sampai kau sanggup tumbuk aku disebabkan dia! Apa yang dia dah sogok kat kau,hah??! Ke dia serahkan badan dia dekat kau?!!”

“Kurang ajar!”

Sekali lagi mereka bergelut. Kekecohan yang berlaku dibilik CEO menyebabkan situasi diluar juga kecoh. Ini kali pertama mereka melihat bos mereka bertekak dengan sahabat baiknya itu.

Ketika itu juga,Tengku Farizal masuk dan menghampiri kedua lelaki itu. Ditolak tubuh Tengku Zariel dan Harith untuk meleraikan pergaduhan.


“Korang ni kenapa sampai sanggup bertumbuk kat sini! Dah tak ada tempat lain nak buat drama??”

Tajam mata Tengku Zariel berbalas dengan renungan Harith. Termengah-mengah nafas keduanya kerana bergelut tadi. Masing-masing mahu menunjukkan amarah yang menguasai akal. Harith dengan kecewanya yang bukan sedikit dengan sikap Tengku Zariel dan Tengku Zariel pula dengan egonya sendiri.

“Kau tanyalah dia apa yang dia dah buat!”Selar Tengku Zariel sambil mengibas-ngibas baju kemejanya. Walaupun dia pelik dengan kehadiran adiknya namun dia lega kerana jika tidak teruk Harith dibelasahnya. Sungguh membara hatinya bila kawan baiknya sendiri sanggup bertumbuk kerana seorang wanita!

“Ariel…aku kawan kau dah lama Ariel. AKu dah anggap kau macam saudara aku sendiri. Aku cukup kenal kau..hati budi kau. Dulu kau bukan macam ni. Aku tak percaya yang Zariel Zahari yang aku kenal selama ni dah berubah…”

“Pembetulan Harith..pembetulan…aku tak pernah berubah. Kalau ya aku berubah itu semua sebab Kim..perempuan yang kau sanjung sangat tu! Dia penyebab aku macam ni!”


Harith menggeleng beberapa kali. Dia menghela nafas. “Kau tak sedar..kau yang musnahkan diri kau sendiri. Kau terlalu asyik pandang masa silam kau sampai kau tak nak terima apa yang berlaku dalam hidup kau pada masa depan. Kim is your future Ariel . What done is done. Think about it. Aku tahu jauh di sudut hati kau,kau dah mula menyayangi Kim tapi kau ego! Dan, Untuk pertama kalinya aku merayu bagi seorang sahabat,kalau kau tak mampu jaga Kim…lepaskan Kim dengan cara baik. Jangan seksa dia”


Sepi. Tiada balasan yang keluar dari mulut Tengku Zariel yang kembali duduk dan menyambung tugasnya.


“Kau boleh keluar. Aku dah tak ada apa-apa lagi nak cakap…”


Harith melepaskan keluhan berat. Kesal dan terkilan. Dia terus keluar. Tengku Farizal memandang abangnya sambil memikirkan kata-kata Harith sebentar tadi…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience