BAB32

Romance Completed 199367

BAB 32


Tiga bagasi yang berada diatas almari aku capai dan lempar di atas katil. Semua baju aku humban masuk kecuali beberapa helai baju yang akan ku pakai sehari dua ini. Aku yakin Tengku Zariel akan bertindak dalam tempoh terdekat ini. Segala barang peribadi juga aku kemas. Aku terduduk lemah dibirai katil sambil melepaskan lelah. Aku menyelak lengan kemeja, memerhatikan tapak tangan yang melecur hari itu. Walaupun sudah hilang rasa perit, tetapi tidak mampu menghilang keperitan dan kesakitan hati ini. Aku Lelah…

“Eh,Miss Kim..nak pergi mana kemas barang-barang ni semua?”

Malas aku nak marah Mazliana yang tidak mengetuk pintu.


“Maz, I tak layak ke bersama Ariel?”

Mazliana terkesima dengan soalan aku. Melihat dia teragak-agak nak jawab,tawaku meletus.

“Yes you right. I tak layak untuk dia. Sepatutnya I sedar dah lama tapi cinta I pada dia buat I buta siapa I di matanya. I tak pernah mengalaj untuk dapatkan dia dari hari pertama I jumpa dia. Itu sikap I dari dulu. Apa yang I mahukan, I akan berusaha untuk dapatkan.”


“Tapi saya tengok kawan-kawan Miss Kim ramai aje yang handsome. Muka macam Pan Asia,mat salleh..lagi handsome dari Tengku Zariel! Err,sorry sebab saya kadang-kadang ada stalk IG Miss Kim…”

Lurus betul! AKu tahan senyum. Dari dulu lagi ramai yang tanya kenapa aku terlalu suka pada Tengku Zariel, bersungguh-sungguh memikat Tengku Zariel sedangkan aku boleh dapat lelaki yang lebih hebat,lebih kacak dari Tengku Zariel tetapi dia bukan seperti lelaki - lelaki yang lain. Mendampingi aku kerana penampilan dan kecantikanku. Membuaiku dengan ayat-ayat manis mereka untuk pastikan aku jatuh dalam pelukan mereka dan Tengku Zariel bukan begitu. Aku yakin bila kali pertama aku bertentang mata dengannya. Sikit dia tidak tertarik dengannku dan aku membutakan mata untuk melihat kenyataan itu.

Kali pertama melihat Iman,aku tahu itu Iman citarasanya. Hati aku begitu kuat menyatakan Tengku Zariel mampu membimbingku,mampu mengubahku,mampu menjadi suami dan ayah yang baik kepada bakal anak2ku dan pada masa yang sama menantu terbaik pada daddy dengan mama.

Tetapi….

“Tengku Zariel yang saya kenal sebelum ni tak sama dengan Tengku Zariel yang sekarang ni. Saya tak sangka akhirnya dia kembali pada sikapnya yang lama. Tengku Zariel yang Playboy,kasanova,bengis dan baran dan kaki clubbing”

Rahangku terjatuh. “Wait,what do you mean ‘kembali’?? Sikap lama?”

“Eh bukan ke dulu Miss Kim pernah beritahu saya yang Miss Kim tahu semuanya tentang Tengku Zariel?”

“Maz!!!”
“Opss,sorry sekali lagi! Maksud saya,Tengku Zariel yang Miss Kim kenal sebelum ni dah tak ada. Dia dah hilang. Dia dah berubah. Saya membesar disini dari kecil lagi sebab arwah mak kerja dengan keluarga ni. Begitu juga dengan Uncle Man. Saya tak begitu rapat dengan Tengku Zariel nak dibandingkan dengan Tengku Farizal sebab dia jarang ada kat rumah. Dia suka memberontak sebab arwah Tan Sri Tengku Zahari dan mama Ida terlalu sibuk bekerja. Dia banyak habiskan masa dengan Kelab malam,perempuan dan selalu balik dalam keadaan mabuk.

Nafasku macam nak terputus mendengarnya.Terasa bagai pipiku ditampar berkali-kali. Turun naik nafasku tidak menentu kerana terkejut dengan pengakuan Mazliana tentang Tengku Zariel yang aku tidak tahu. Memang aku ada selidik tentangnya,latar belakangnya,keluarganya tapi tidak yang satu ini. Mungkinkah ini yang ditakuti Harith?

“Saya tahu Miss Kim susah nak percaya kan? Tapi itu lah diri Tengku Zariel yang lama sampai saya sendiri takut nak lihat lagi sekali.”

“Tapi…bila Ariel berubah? Ariel yang I kenal sebelum ini?”
“Kerana Kak Iman.Err…”
Aku senyum pahit melihat Mazliana yang serba salah. Seharusnya aku sudah dapat agak siapa yang berjaya mengubah Tengku Zariel. Sudah pasti Iman kerana jika tidak,tak mungkin aku akan terpikat dengannya. Mungkin itu juga salah satu sebab Tengku Zariel semakin membenciku.

“Ariel berubah sebab Iman dan I telah merosakkan Ariel dengan mengubah dirinya yang asal? It’s not his fault,Maz. It’s mine. I yang patut dipersalahkan atas apa yang terjadi. I punca Ariel kembali pada sikapnya yang lama.”

“Tak Miss Kim. Jangan salahkan diri sendiri. Perubahan memang memakan masa yang lama tetapi pada masa yang sama kita juga nak ia kekal sampai bila-bila. Bukan hanya sebab seseorang tetapi kerana Allah. Kita berjaya berubah kerana izinNYA. Kita sendiri yang berlaku kejam . Tidak ada sesiapa yang mengubah diri kita kecuali diri sendiri.

Aku tidak faham apa yang Mazliana cuba sampaikan kerana fikiran ku hanya satu. Aku. Patutlah Tengku Zariel merokok,mabuk,cepat baran,mabuk,bawa perempuan kesana kesini untuk menyakitiku dan dia juga mengasari diri ini. Bodohnya aku. Menyalahkan Tengku Zariel yang masih tidak boleh terima hakikat dan sebab itu dia sering buat aku terluka walhal aku puncanya. Konon aku penyelamat maruah keluarga diraja ini padahal aku ‘Mastermind’ disebalik pernikahan kami.

Kasihan Mazliana yang terlalu baik dengan aku. Tanpa sedar, dia telah menolong orang yang salah. Aku yakin, sekejap lagi ceritaku akan sampai ke telinganya. Aku sudah Bersiap sedia untuk terima kebenciannya.

“I yang kejam. Kejam pada Ariel,pada Mama Ida,Tok Ayah,arwah Tengku Zahari dan pada you,Maz.”

“Apa maksud Miss Kim sebenarnya? Saya tak faham”

“I sendiri bukannya seperti yang you kenal sekarang ni. I bukannya baik. I jahat,Maz. Jahat sangat. Sebab tu I tak pernah berjaya pikat Ariel. Tak pernah berjaya memiliki hati Ariel” Mendatar suaraku menahan sebak yang bertandang. Tidak sanggup membayangkan jika dia tahu rahsiaku sudah terbongkar. Dia saja yang melayaniku dengan baik bersama Uncle Man. Tanpa mereka, aku takkan mungkin bertahan tinggal di rumah agam ini.

Mazliana yang tidak mengerti sekadar tersenyum bersama gelengan. Tanganku digenggam.
“Saya dah anggap Miss Kim macam kakak kandung saya. Walaupun baru enam bulan kita kenal,tapi saya senang dengan Miss Kim. Miss Kim ta hipokrit,jujur dan tak kisah berkawan dengan orang biasa macam saya. Sekalipun Miss Kim ada sisi yang jahat, tak bermakna Tengku Zariel boleh bertindak sesuka hati buat Miss Kim macam orang yang tiada perasaan. Walaupun berkahwin bukan atas dasar cinta,tanggungjawab tetap tanggjungjawab. Syarat hukum yang kita buat,tak boleh lawan hukum Allah.”

Masuk saja bab agama,kepalaku pusing. Kata-kata Mazliana bagai menjatuhkan sebiji batu besar kebahuku. Ya,aku masih ingat lagi janji yang aku lafazkan ketika nikah dulu. Aku baca sekadar memenuhi syarat tetapi aku tidak memahaminya. Yang ada Cuma perasaan yang membuak-buak kerana berjaya menjadikan Tengku Zariel sebagai suamiku. Oh Tuhan..inikah yang dinamakan hukum karma?

“I terima segala apa yang dia buat dekat I sebab dia tak pernah anggap I isterinya. Dia terlalu membenci I sebab apa yang I dah buat selama ni. Kalau you tahu,I pasti you akan buat perkara yang sama. Jangan anggap I sebagai saudara rapat you Mazliana sebab I tak layak.You terlalu polos dan baik. Dah tiba masa untuk I pergi”
Aku angkat tangan bila Mazliana membuka mulut. Senyum dan menepuk bahunya sebelum keluar. Tengku Zariel takkan melepaskan aku dengan begitu mudah. Entah apalagi permainan yang diciptanya untukku selepas ini. Ariel tak salah Kim,kau yang salah! Kau puncanya! Kau menyakiti hatinya lebih daripada dia menyakiti kau! Lihatlah berapa ramai hati yang terluka kerana aku…


“Aku dah tahu semuanya. Congratulations,Miss Brilliant!!! Very impressive!”
Aku kembali menutup peti ais. Menjelingnya geram. Menyampah dan meluat nak tengok muka dia. Mujur dia berada di hujung cabinet dapur,agak jauh dariku. Aku masih lagi trauma dengan perbuatannya. Perbuatan yang hampir meragut mahkotaku. Mujur Tengku Zariel datang tepat pada waktunya walaupun dia menuduhkan dengan tuduhan yang tidak masuk akal. Apa lagi yang mampu aku buat jika kebencian sudah bermaharaja lela di hati dan akalnya?

“I know. I know you are the mastermind behind all these. No doubt. Aku dapat rasakan pengakhiran hidup kau di atas muka bumi ni. And the thing is, memang Ariel akan kenakan kau cukup-cukup dan aku tak sabar melihatnya!”
Aku tetap diam tidak beriak sambil menghabiskan minuman jus kiwi kegemaranku Membiarkan Tengku Farizal cakap seorang diri. Nak pandang mukanya pun aku tak ingin,apatah lagi berlawan cakap. So annoying! Ketika aku berpusing sebaik saja selesai membasuh gelas, aku tergamam apabila tubuh tegap Tengku Farizal betul-betul berada dibelakangku. Kedua-dua belah tangannya berjaya mengepungku.


“Move away Izal or I swear I will break you into pieces!”


“Woo…takutnya aku! So catcy and thrill and that;s why I like you.Kau makin seksi bila marah.”Galak matanya merenung aku yang memakai full dress yang separas lutut dari atas ke bawah. Ketika dia menunduk,aku tak berfikir panjang dan terus menyentak lututku tepat ke celah kelengkangnya. Teringatkan perbuatannya yang menyebabkan aku semakiin tidak bernilai di mata suamiku,aku tumbuk muka Tengku Farizal sekuat hati sehingga dia mengerang di atas lantai.

“Kim!!!”

Aku tersentak dengan jeritan itu. Hanya terkesima melihat Puan Sri Tengky Wahida memaut Tengku Farizal yang kesakitan. Dibelakangnya pula Tengku Badlishah yang mungkin saksi kedua sepanjang hari ini. Aku dah tak mampu lagi nak membela nasibku sendiri. Biarlah aku terus dihakimi kerana memainkan percaturan takdir Allah.

“Ya Allah..kenapa ni Izal? Apa yang dia dah buat dekat anak mama ni?”


“Izal tak tahu mama. Tiba-tiba aje dia tumbuk Izal. Agaknya dia bengang sebab semua kejahatan dia terbongkar…”


“Kau!! Apa yang kau tak puas hati lagi,hah? Tak cukup kau dah musnahkan hidup Ariel? Porak perandakan keluarga aku termasuk Qalesh Holdings..sekarang kau nak bunuh anak aku pulak? Baik!…”Sejurus itu Puan Sri Tengku Wahida mencapai pisau potong di atas cabinet dan mendekatiku. Tanganku dicapainya kasar dan pisau itu diletak ditanganku.

“Ambil ni! Kau tunggu apa lagi? Kau bunuh je aku kalau kau masih tak puas hati,masih nak berdendam setelah apa yang kau buat!”Ucapnya bersama linangan air mata hingga buat aku terkedu. Aku tidak pernah melihat dia mengalirkan air mata.ini kali pertama. Itu juga kerana aku sekali lagi dituduh kerana cuba mencederakan keluarga.

Aku nak melawan cakap pun tiada guna kerana aku sudah lama menganggap wanita itu seperti ibu kandungku sendiri. Wajahnya penuh keibuan seperti mama. Kadang kala kemesraannya pada kedua anak lelakinya buat aku cemburu kerana mama dan daddy berada jauh dariku. Sampai sekarang aku tidak boleh memanggil ibu mertuaku ‘mama’ kerana aku tidak layak. Benarlah kedudukan kami terlalu jauh beza. Aku sedar tapi aku menafikan.

“Ida! Cuba bawak mengucap. Istighfar! Jangan biar emosi tu kawal akal kita. Mesti ada sebab kenapa Kim bertindak begitu dekat Izal.”

“Yang Tok Ayah nak bela dia kenapa? Dah terang-terangkan perempuan ni yang tumbuk Izal! Dia yang mulakan dulu!”Bentak Tengku Farizal sambil mengesat darah yang menitis di tepi bibir. Aku tersenyum sinis. Hebat juga penanganku.

“Tengok tu Tok Ayah…dia masih boleh tersenyum lagi lepas apa yang dah terjadi. Izal ni anak Ida dengan arwah Abang Qalesh,cucu Tok Ayah. Dia ni Cuma orang luar dan sampai bila-bila dia akan jadi orang asing dalam keluarga kita! Dia dah cukup buat hati Ariel terluka. Ida sendiri sebagai ibu tak sanggup tengok Ariel bersedih apatah lagi tuan empunya badan. Bukti apa lagi yang Tok Ayah mahu? Nak tunggu Ida mati baru Tok Ayah nak percaya?!”


Bidas Puan Sri Tengku Wahida mendiamkan Tok Ayah. Aku menggeleng kepala pada lelaki itu sebagai tanda cukuplah cuba membelaku kerana aku tetap pesalah.

“Terserah Tok Ayah lah nak percaya atau tidak! Sini Izal biar mama sapu luka tu. Maz!!!”

Ketika ibu mertuaku menarik Tengku Farizal keluar dari pintu kaca dapur,ketika itu juga Tengku Zariel muncul. Serta merta darahku menyirap dan pisau itu terlepas dari peganganku. Oh tidak…mesti mati aku dikerjakan Tengku Zariel nanti! Mukaku sudah pucat dan takut. Gusar dengan apa yang bakal berlaku lepas ni.


“Mama…kenapa ni? Kenapa menangis?”Tanya Tengku Zariel terpinga-pinga bila mamanya memeluknya.Wajah Tengku Farizal dipandang. Aku semakin menunduk.

“Tolonglah Ariel. Mama merayu..jangan tangguhkan lagi apa yang sepatutnya Ariel lakukan. Mama tak sanggup nak tanggung lepas satu satu masalah yang timbul. Mama penat..mama tak sanggup nak tengok Ariel terluka lagi. Kamu tengok apa yang dia dah buat dekat Izal. Tak puas hati rahsianya terbongkar,dia lepaskan pulak dekat Izal. Mata mama dan Tok Ayah ni jadi saksi!”

Pegun. Kerlingan tajam dan kejam mata Tengku Zariel memanah tepat ke lubuk jantungku yang semakin berentak tidak menentu. Bukan kerana berdebar dengan renungannya tetapi takut! Membisu seperti ini tanda aku mengiakan. Bersuara pula aku akan dinafikan. Jadi,apa pilihanku?

“Mama pergi basuh luka Izal. Tok Ayah keluar dulu. Ada benda yang Ariel nak selesaikan dengan dia”

Keluhan Tok Ayah tercetus. Matanya bersinar penuh kebimbangan tapi aku tahu dia tidak mampu lagi nak tolong.


“Ariel…”


“Please… Tok Ayah. Ariel tahu apa yang Ariel buat.Jangan risau,Ariel masih lagi waras. Ariel still ingat pesanan Tok Ayah tapi dalam Islam…ada cara kan untuk seorang suami mengajar isterinya?”

Sebaik semuanya keluar,aku semakin menunduk. Penghawa dingin yang terpasang tidak mampu menghalang peluh dingin membasahi tubuh. Kecut perutku bila derapan kakinya mendekati.


“Ariel…i…I tak tahu nak explain apa lagi…i…i….”Aku gagap.

Tengku Zariel tidak memberi sebarang balasan. Tanpa suara,dia mencekak kasar lenganku ke pintu belakang dapur,mengheretku sekali. Dahiku berkerut sakit.


“Stop Ariel! You sakitkan i!”Rintihku dek cengkamannya yang begitu kuat. Jantungku memalu lebih kuat tika aku sedar dia membawaku ke bilik tetamu yang berada di hujung sudut tingkat bawah yang biliknya mempunyai dua pintu iaitu didepan ke ruang tamu dan juga belakang yang boleh ke dapur melalui pintu belakang.


“Listen to me first,at least! Ia bukan seperti apa yang you fikirkan. I tak salah!”


Pintu belakang bilik tetamu dibuka dan ditutup sehingga berdentum kuat. Kalau aku jerit pun tak guna kerana tiada sesiapa yang dengar sementelah bilik tetamu ini betul2 terletak dihujung rumah agam ini. Memang cantik dan esklusif bilik tetamu nak dibandingkan dengan bilik yang aku menetap. Aku terpinga-pinga bila Tengku Zariel heret aku masuk ke bilik air.

“You cuba buat apa ni?Please dengar dulu cakap i. I boleh jelaskan!”Ujarku bila dapat mengagak apa yang cuba dilakukan Tengku Zariel. Pasti dia cuba mengasariku lagi.

Dia tidak menjawab sebaliknya dia menolak aku masuk ke bathtub. Aku cuba menolak tangannya tetapi makin kuat pula pegangannya. Mataku sudah berair menahan sakit. Tidak tahu apa lagi yang cuba dibuat Tengku Zariel padaku untuk kesekian kalinya Sampai bila aku perlu berdepan dendam Zariel yang tidak berkesudahan? Ini kah yang dinamakan hukum karma? Adakah ini yang terakhir?

“Please…you dah salah faham. I tak….Auchh!!!” Tanganku menggawang ke udara menghalang air dari shower bathtub yang memercik ke wajahku. Mata dah merah menahan pedih. Aku cuba mengalihkan kepala kiri dan kanan tapi dia pantas mencengkam bahuku dengan kedua belah tangannya. Sakit dan kasar!


“Sakit? Nak nangis? Go ahead I don’t give a damn! Macam mana pedihnya mata kau macam itu lah pedihnya hati aku bila tengok mama aku menangis! Kali terakhir mama menangis dulu sewaktu arwah papa aku meninggal!! Kau fikir aku boleh terima untuk kali kedua? Aku tak sanggup tengok mama bersedih walaupun setitis air mata!!”

Makin kuat dia menengking,makin kuat dia mencengkam tubuhku sehingga terasa kulitku seperti disiat-siat tanpa belas! Aku pula semakin kuat meronta kerana tak tahan mendengar tohmahannya dan juga percikan air pancut yang membasahi tubuh ini. Tanpa sedar aku menggigit tangannya dan tindakan refleks darinya,dia menolak tubuhku sehingga jatuh terduduk dalam bathtub itu.

Situasi semakin tegang dan memuncak. Ternyata aku semakin menaikkan darahnya. Wajahnya betul-betul merah menyala. Aku sedar aku hanya buat dia bertambah berang.

“Kau…kau memang nak kenakan! Perempuan murah ,tak berguna macam kau memang tak tahu dan takkan pernah giveup! Dari dulu lagi,dari kali pertama aku jumpa kau,aku selalu doa supaya aku takkan jumpa dengan manusia yang punya hati busuk macam kau tahu tak!!! Kau ingat kau dah menang bila dah dapat aku? No,I;m gonna be your nightmare..your worse nightmare that will haunt you everynight!”

Seusai berkata itu tangannya menaikkan kepala paip bagi memenuhi ruang bathtub. Lubang pula ditutup. Aku dah cemas memikirkan apa yang dia cuba lakukan. Baru aku cuba bangun mudah sekali dia menolak tubuhku yang mula lemah sehingga terduduk semula.

“No..no..please..please stop it! Stop it,Ariel.You hurting me! I janji I akan keluar dari sini secepat mungkin! I takkan ganggu lagi hidup you dan keluarga you! Please stop!!!” Wajahnya beku mendengar rayuanku. Sikitpun tiada belas diwajahnya bila dia memercikkan air bathtub bertalu-talu ke wajahku yang sudah kelemasan seraya menjerit marah.


“AKu benci kau dari dulu lagi dan benci aku makin kuat bila kau guna cara yang paling jijik untuk dapatkan aku! Kau taknak minta maaf takapa sebab Allah tu maha adil. Aku pernah bersumpah yang aku akan kenakan kau cukup-cukup kalau aku dapat tahu dank au akan menyesal sampai seumur hidup!!!”

Dia menolak kepalaku ke dalam air. Tangan cuba meleraikan pautannya tapi aku penat dan lemah bila air terus-terusan masuk ke rongga hidung dan mulut. Lima saat kemudian dia menarik aku semula. Tersembur air keluar dari mulutku. Mata,hidung dan mulut semuanya pedih! Namun hatiku lebih pedih melihat dia tergamak memperlakukan aku begini. Sungguh sakit telingaku mendengar caci makinya menghamburkan kebenciannya yang tidak bertepi padaku.


“Please…stop it please! I…”

Sekali lagi dia merendamkan aku. Kaki dan tanganku naik meronta meminta pertolongan tapi siapa saja yang ada dalam rumah ni kecuali kami berdua!

“I hate you! I really hate you,evil! Perangai kau lebih teruk dari syaitan ! Sampai bila-bila aku takkan maafkan kau! You ruin my life!”

Tiada tanda-tanda dia akan berhenti. Dia makin menggila merendamkan aku ke dalam bath tub dan diselang selikan dengan tempikan yang berbisa. Juga hujan lebat dan kilat yang sabung menyabung. Dalam mataku yang terkebil-kebil melawan air yang berkocak,dapat ku lihat riaknya yang penuh kebencian. Hatiku berdetak pilu…

Oklah…here we go..prolog..mula2 igt nk post malam biar sejuk sikit tp ramai yg tengah panas hato dengan Ariel ni..hihi.. Happy reading!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience