BAB 27

Romance Completed 199367

Sesak.Riuh. Itu dua ungkapan yang aku sematkan setiap kali masuk ke tempat seperti ini.

Tercungap-cungap aku menolak segala tubuh yang menari terkinja-kinja seperti monyet. Dah lah menari entah apa-apa. Suruh pergi ke kelas menari lebih bagus!

Tangan-tangan nakal yang cuba mencuitku aku tepis dengan beg tangan. Sebaik ternampak Harith mengangkat tangan aku pantas mendekatinya. Tolonglah…ni pertama dan terakhir aku masuk ke kelab malam ni!

“Oh my god,what happened to him??! He drunk again?”Soalku sambil menghampiri tubuh sasanya yang tersandar disofa bulat itu. Baunya ya ampun! Nak tak nak aku terpaksa tahan. Melihatkan sebotol arak bertulis ‘Wine’ di meja buat aku agak Tengku Zariel minum sampai habis!

“Dia yang berkeras ke sini. I cuba halang dia tapi you tahulah degil Ariel tu macam mana. I tak tahu sejak bila dia berbalik pada habit lama dia ni. Sorry Kim I terpaksa call you sebab I tak tahu siapa lagi yang I nak mintak tolong.”Pekik Harith bagi melawan arus muzik yang dimainkan DJ sampai nak pecah telinga kami.

“Tolong I papah dia,Harith. Letak dia dalam kereta I”

Dengan tenaga lelaki Harith,mudah aku memaut tubuh Tengku Zariel keluar. Alangkah indahnya dapat memeluk tubuhnya tapi dengan bau yang masam ni??? Tak mahu aku!


Berhati-hati sekali kami letak Harith ditempat duduk sebelah pemandu. Dia betul-betul tidak sedarkan diri. Aku mengusap dahinya. Sedih melihat keadaannya. Ini kali kedua Tengku Zariel minum. Kali ini didepan Harith pula.

Aku yakin Harith tahu sesuatu. Dia jadi begini disebabkan aku! Pasti dia tertekan. Tetapi kenapa dia jadi begini? Sejak bila?Terus hilang salah satu sikap yang buat hatiku terpaut dulu. Dia sangat menjaga perlakuannya dan sikapnya. Kemana pergi sikapnya yang buat aku tertawan dahulu ?
Suara Harith mematikan persoalan yang berlegar di fikiran.


“Cepat Kim. I takut ada wartawan tak berbayar nampak Ariel macam ni. You rasa Tok Ayah dengan Mama Ida dah tidur?”

“Setahu I mereka memang tidur awal. You follow I dengan kereta Ariel,kita ikut pintu belakang”

Aku meredah kepekatan malam dengan sejuta persoalan dan tekanan yang bertubi-tubi mengasak dada sehingga aku sukar untuk menarik nafas. Hidupku semakin kucar kancir sekarang ini. Kata-kata Harith tadi buat aku semakin tidak mengerti.

“Habit lama Ariel? Apa maksud Harith?”

“KIM…”

Aku menoleh sekilas,melemparkan senyuman hambar dan kembali merenung air biru kolam renang yang cantik dengan flashlight dari dasar. Lelaki itu duduk di kerusi rehat selang sebaris dariku.

“Kenapa you tak masuk tidur lagi? Dah pukul 2 pagi dah ni. Kalau Tok Ayah Ariel tahu,susah you nak jawab nanti”Tegur Harith lembut.


“Jangan risau,Tok Ayah jenis tidur awal. Yang sepatutnya you risaukan Ariel sekarang ni. I tak sanggup nak masuk bilik dengan bau air setan tu”Dahi aku picit kasar. Masih terbau lagi air pekat yang disangka Tengku Zariel takkan sentuh sejak balik dari Paris tempoh hari. Sangkaan aku meleset sama sekali bila Harith telefon dan memberitahu Tengku Zariel mabuk di kelab malam. Bukan calang-calang kelab malam yang diperginya. Macam mana kalau ada anak kenalan keluarga ni tahu? Apa lagi yang aku mampu tolong untuk tutup sikap lelaki itu yang seringkali mencabar kesabaranku sebagai isterinya?



Harith mengeluh berat. Dia sendiri sakit hidung menahan bau minuman keras yang melekat pada pakaiannya ketika memapah Tengku Zariel tadi. Nasib semua penghuni sudah tidur kecuali Kim. Kalau tak,apa dia nak jawab?


“To be honest, you are the one who also should worried,Kim. Damn, the thing that I afraid before this come true. I really wish it wont happened again but now he ‘s back!”

Wajah Harith aku cari disebalik pancaran lampu. “What do you mean he’s back?”

Diam.

Aku sudah mula tidak sabar. “Harith? Please…”


“Ariel. The ‘old’ Ariel”


Ah, tidak membantu langsung. Terus aku mendengus kasar. “Harith please…could you please straight to the point? I dah serabut dengan masalah yang I kena hadap hari ni.Dari café,wedding ,Tok Ayah dan…..Ariel…Gosh, I don’t know why he changed so much. I never see Ariel like this. He turn to someone that I never meet before. He’s…changed,Harith. A lot!”


Untuk pertama kalinya aku meluahkan rasa yang terbuku selama ini. Sungguh aku tidak dapat menafikan yang aku risau dengan perubahan Tengku Zariel. Bimbang kerana terlalu tertekan dengan aku,punca dia jadi begitu. Aku tak peduli dengan sikap kasarnya terhadapku kerana aku yang ambil risiko tetapi bukan itu yang aku mahu lihat dari Tengku Zariel.

Lama aku menunggu reaksi dari Harith sebelum dia bersuara. “Look, I can’t tell you right now. This is not the right time. One day you will now and why. Right now,why not you go to your bed. You look pale.”

Aku diam. Sedikit tersentuh dengan keprihatinan Harith. Beruntung aku memilikinya sebagai sahabat tetapi dia tidak beruntung memiliki aku sebagai sahabatnya. Kalaulah Harith tahu rahsiaku,pasti dia akan putuskan persahabatan kami. Pasti dia kecewa yang teramat sangat dengan apa yang telah aku lakukan.



“It’s okay. I tak mengantuk lagi. Lagipun tak tahan I bau dengan bau perfume dari ‘neraka’ kawan baik you tu”

Aku dan Harith ketawa. Geli hati dengan perkataan yang keluar. Dia menggeleng bersama sisa tawanya sebelum bangun.

“ I dah nak balik ni. Tak manis pulak kalau ada sesiapa yang nampak. Dah lah you tu isteri orang.”


“Yeah. Jom I hantar you sampai ke pagar. Takut you tak selesa pulak dengan pak guard ‘international’ Ariel tu.”Aku turut bangun.


“Kenapa dengan kaki you?”

Aku yang sedang membuang kekotoran ditapak kaki kananku terhenti. Itulah suka sangat jalan ke taman tak pakai kasut! Aku yang terpinga-pinga langsung tak mengerti sampailah Harith duduk melutut dan menilik tapak kakiku. Melihatkan lelaki itu ternampak akan kesan luka di tapak kakiku, pantas aku jalan sambil mengelakkan pandangan.


“Eh jom lah I hantar you kat depan.”Terketar sedikit suaraku melihat renungan dan dahinya yang berkerut. Harith mengeluh resah.


“Sent my regards to your parents,Harith”

“Kim…”

Sekali lagi langkahku mati. Berpaling melihat Harith yang sudah masuk ke dalam keretanya.

“Yeah?”

“Did Ariel hurt you?”

Darahku berderau naik hingga ke kepala. Namun, laju aku menggeleng bersama senyuman walau sedikit kekok.

“Nope. Berani dia sentuh I,I sekeh kepala dia nanti!”

Harith senyum namun kulihat kelihata hambar dan serba salah. Walaupun kami berdua agak rapat, mana mungkin aku mahu meluahkan? Apa yang berlaku merupakan salahku sendiri. Jadi, untuk apa aku meraih simpati?

“Kalau ada apa-apa, please beritahu i. Jangan diam,jangan pendam sendiri nanti you stress dan jatuh sakit. Nanti you sakit, I yang susah hati”

Tawa kami sekali lagi bergabung. Dalam maksud Harith sebenarnya yang berselang dengan usikannya. Bimbang aku tidak selesa barangkali.

“Harith…you tak nak beritahu I pasal Ariel? Kenapa dia jadi macam tu? I risau dia main teruk. Lagi risau kalau Tengku Wahida dengan Tok Ayah dapat tahu. Dia dah start merokok, minum dan dia banyak kali keluar dengan perempuan yang berlainan…”Suaraku mula mengendur di hujung ayat. Tiba-tiba rasa malu meluahkan perihal Tengku Zariel yang satu itu. Aku isterinya tetapi hanya di atas kertas.Aku berhak namun dinafikan. Aku mencintainya tapi ditolak tanpa belas!

Keluhan Harith tercetus lagi. Hairan aku kenapa sukar sangat Harith nak buka cerita?

“Kim, you need rest. Just sleep well,okay? Goodnight. Assalamualaikum”

Kereta Harith yang sudah jauh aku pandang berat. Salamnya aku balas perlahan.

“Miss…jauh malam sudah. Nanti nampak sama itu Tengku dengan Puan Sri Unsaya mati sama”Dari tadi perhatikan aku,akhirnya ‘pak guard International’ rumah agam ini bersuara. AKu jeling geram.

“You nak mati,you mati sorang-sorang! Siapa nak mati sama dengan you? Hish! And one more thing, please keep your mouth shut about Tengku Zariel.I’m warning you”

Entah mereka faham ke tak aku tak peduli. Yang penting maksudku sampai. Sebelum masuk sekali lagi jalan luas itu aku pandang.


‘Harith..You memang kawan yang baik. You selalu ada bila I susah,bila I ada masalah tapi tak semua yang I mampu luahkan. Kalaulah you tahu apa yang I dah buat…I’m so sorry Harith.’



Tubuhnya yang bergerak-gerak aku jeling sekilas sebelum menyambung kerjaku mengumpul baju baju kotor kami berdua,menyimpan semula toto yang aku guna dan membersihkan master bedroom mewah ini sebelum aku bergerak ke tempat kerja.


“Ya Allah sakitnya kepala aku…”


“Time ni baru nak ingat Tuhan…”kutukku seraya menyumbat masuk baju kotor dengan geram ke bakul. Macam nak pitam aku semalam sebab terpaksa tahan hidung walaupun pakaiannya sudah aku tukar. Nak je aku tidur sekatil,buat perangai yang sama semasa kami di Paris tapi tak apa…ada jugak modal untuk aku kenakan dia balik nanti.


“Kau…kau buat apa kat sini?”Tengku Zariel memegang kepala.

Soalannya aku balas dengan senyuman manis. Ingat senang ke nak tengok senyuman mahal aku ni? Aku duduk dibirai katil.


“You lupa ke sayang yang sejak dua hari lepas memang kat sini tempat i. Di sisi you. Jadi bantal peluk you”bisikku separuh menggoda sambil kenyit mata.

Tengku Zariel mendengus. Dia cuba bangun tapi rebah kembali. Aku mendekatinya.

“Sini biar I tolong. Kepala you tu masih pening lagi”


“Tak payah. Aku boleh bangun sendiri. Pening aku ni Cuma akan hilang kalau kau berambus dari hidup aku!”

“Tak padan dengan demam,mulut tu…hishhh…”Gumamku perlahan. Sebal dengan kedegilan Tengku Zariel yang tak sudah-sudah.


“You pergilah mandi. Kemeja dengan seluar slack I dah iron. Breakfast kejap lagi I bawak naik sini. And one more thing, you ada meeting kan pagi ni? Siaplah cepat takut Tok Ayah tanya pulak nanti”

Dengar saja nama Tok Ayah Tengku Zariel mencampak comforternya. Dia berdiri,memerhati pakaiannya. Aku yang faham hanya buat muka selamba. Buat-buat sibuk.


“Again?!”


Aku diam . Aku terjerit kecil bila Tengku Zariel merentap lenganku sehingga terpusing menghadap dia. Jelas dia berang dengan perbuatanku semalam.


“Aku tanya ni yang kau diam pehal?! Kau ingat aku suka dengan apa yang kau buat semalam? Aku tak izinkan kau sentuh aku even seinci tu pun susah sangat ke nak faham? Aku tak suka kulit aku ni terpalit dengan najis kotor macam kau!”

Tertahan-tahan nafasku dengan hinaannya. Jelek dia merenungku atas ke bawah seperti aku benda yang kotor. Kotorkah aku ketika ini sedangkan dia yang tegar minum minuman keras itu?

“Sekurang-kurangnya I tak tergamak nak minum air kegemaran you tu! You patut berterima kasih dekat Harith dan I sebab cover you daripada Tok Ayah dengan mama you tahu. Kalau mereka tahu,memang I tak dapat nak tolong”

Entah mengapa kali ni aku berjaya mendiamkan Tengku Zariel. Melihatkan dia tidak berkutik,aku mendekatinya sehingga tubuh kami bersentuhan. Anak matanya aku renung kasih.

“I don’t care who you are,your past,your bad nightmare or memories because I love the way you are. You are the best man that I ever had in my life. I know it’s hard but please Ariel…please accept me as your wife. I usaha cuba nak pikat you tapi you langsung tak bagi I peluang. Bagi I peluang dan I akan buktikan I mampu beri you kebahagiaan yang you cari selama ni. I yakin you akan bahagia dengan cinta i.”Aku mencapai tangannya. Dan untuk pertama kalinya aku mencium tangan kasarnya. Sungguh aku berasa sungguh syahdu ketika ini. Jiwaku terusik. Alangkah bahagianya jika kami seperti pasangan suami isteri yang lain.

Tak sampai tiga saat Tengku Zariel menarik tangannya dan menolak tubuhku dengan kuat ke dinding.

BUK!

Aku pejam mata rapat-rapat dnegan tubuh yang menggigil. Aku berpaling ke sebelah. Tidak sanggup melihat dinding yang menjadi mangsa amukannya. Aku yakin aku sasaran yang sebenarnya.

Oh Tuhan….Aku takut! Kali ni aku betul-betul takut dengan amarah Tengku Zariel. Tidak pernah aku melihat dia sebengis ini.

“Kau patut bersyukur tumbukan aku tersasar. Aku sengaja sebab belum sampai masanya aku pecahkan muka manusia yang berhati busuk macam kau! Apa kau cakap tadi,kau boleh terima aku,masa silam aku? Let me tell you something…’aku’ yang lepas tak seteruk kau yang sekarang ni. Kau masuk dalam hidup aku,kau porak perandakan hidup aku,keluarga aku dan sekarang ni kau cuba nak buat Tok Ayah sujud kat kaki kau? Aku takkan benarkan! Kalau Tok Ayah dapat tahu pasal semalam,termasuk perempuan yang aku keluar…dan lebih teruk kalau aku dengar cerita yang bukan-bukan pasal Iman…aku yakin kau yang bukak mulut! Iman gadis yang baik.Kau tak layak nak sebut nama dia. Hati aku dah lama mati Kim sebaik saja aku terpaksa terima kau dalam hidup aku!”

“Kau umpama iblis yang sering buat aku tersilap langkah,macam virus yang buat aku sukar nak bernafas sampaikan aku pernah fikir..kenapalah manusia macam kau lahir kat dalam dunia ni? Dunia ni aman kalau tak ada spesies yang macam kau!!! Aku akan pastikan mak ayah kau menyesal lahirkan kau kat dunia. This is my last warning and you’re goiny to regret for what you’ve done. Aku akan buat kau menyesal dilahirkan ke dunia ni!”Tengku Zariel berbisik dengan penuh keras dan amarah yang membuat aku makin rapat memejam mata. Cuba menangkis namun setiap patah kata menusuk menikam ke dasar. Aku hanya membuka mata bila dengar pintu bilik air dihempas kuat.

Bibirku terketar-ketar menahan sebak yang bukan sedikit. Takut mendengar amaran berbisanya apatah lagi tatkala dia menyebut kedua orang tuaku. Perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh. Tanpa tertahan,air mata ini akhirnya mengalir jua .

Oh Tuhan…berikanlah aku kekuatan yang hampir tiada.

Sejak Tengku Badlishah ada disini, dia gemar mengajak kami solat secara berjemaah terutamanya pada waktu Subuh dan Maghrib. Adakalanya dia yang menjadi iman atau Tengku Zariel sendiri. Aku teringat pada Subuh yang lepas dimana suamiku sendiri yang mengetuai kami. Seribu perasaan meresap masuk melihat tubuh itu berada di depan kerana kami tidak pernah solat bersama.

Hanya mampu memendam rasa apabila Tengku Zariel solat sendiri tanpaku. Aku teringin walaupun cuma sekadar dalam mimpi.

Seusai habis dia membaca doa, aku tersenyum bahagia melihat mereka saling bersalaman walaupun seperti biasa Tengku Wahida pantas menarik tangannya sebelum sempat aku mencium, aku tidak lagi berasa sakit hati kerana Tengku Badlishah sedang memerhati.

“Terima kasih …mama” sengaja aku menekan apabila pipi kami berlaga. Dapat aku melihat ibu mertuaku menyimpul senyuman palsu. Dan…aku pantas menghulurkan tangan untuk bersalam kepada Tengku Zariel sebaik saja dia berpaling.

“Assalamualaikum, sayang..” suaraku bersama senyuman manis. Sempat aku mengenyitkan mata sebagai tanda Tengku Badlishah yang masih berada tidak jauh dari kami, bersalaman dengan Tengku Farizal.

Aku melihat Tengku Zariel menarik nafas panjang. Bibir pun ketap macam mahu putus! Huluran tanganku lambat-lambat dia capai aku mencium tangannya. Lama. Aku tahu dia sengaja mengeraskan tangannya namun aku teta bertahan sehinggalah aku mengangkat wajah.

“Takkan salam je. Kan Tok Ayah? Abang ni malu-malu pulak..” Aku sengaja menyebut nama Tok Ayah yang cuma tersengih-sengih memerhatikan kami.

Mahu tak mahu, Tengku Zariel merapatkan wajah kami dan mencium pipi kanan dan kiriku. Itu pun cuma sipi, kena telekung!

“Kau jangan nak melebih!” Sempat dia berbisik namun aku cuma senyum. Bila lagi aku nak dapat peluang seperti ini lagi?

Dan..kali ini peluang itu ada namun aku memilih untuk terus masuk ke bilik kerana telingaku masih terngiang-ngiang apa yang dia katakan tadi.

“Aku akan pastikan mak ayah kau menyesal lahirkan kau!”

Kenapa mesti membabitkan nama mama dan Daddy? Mereka tidak bersalah!

Yes, you’re right…its getting near to prolog.. Standby ur mental..physical..emotion..hihi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience