BAB 58
Lagi sebulan saja majlis kami akan berlangsung. Tak banyak yang aku perlu uruskan kerana semuanya dah diurus oleh Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Zariel. Mazliana pun apa kurangnya,tidak reti duduk diam. Tema perkahwinan dah ditetapkan iaitu Garden Angel yang memadankan warna putih dan emas. Pakaian pengantin juga dah diuruskan kerana Tengku Zariel mereka khas dan ditempah dari Tiara.
“Kau ada lagi sebulan nak gemukkan badan sekurang-kurangnya 3 kilo!”Getus Tiara geram sambil zip belakang gaun pengantin berwarna putih yang aku pakai. Aku yang sedang ralit memerhati diri sendiri di cermin besar butiknya terus mendesis.
“Aku dah cuba dah tapi tak boleh.Vitamin pun aku tak pernah lupa ambil tau. Dah tak naik,nak buat macam mana?”
“Tak kira apa cara sekalipun kau kena bagi naik jugak berat badan kau. Tak cantik dress aku buat ni bila kau pakai. Kau tu dah lah tinggi,kering pulak tu. Dah boleh jadi patung dekat muzium tau tak!”Tiara membebel lagi disambut ketawa oleh dua orang pembantunya yang berada disini.
“Amboi…macam machine gun kau kutuk aku eh. Ni nak tanya ..you guys tengok I nampak okay tak? Stunning right?”
Mereka terkebil-kebil seketika sebelum mengekeh ketawa. Tiara angkat kening mengejek. Sudahnya aku mengeluh. Setengah jam kemudian,gaun pengantin putih yang panjang meleret aku gayakan didepan cermin. Tinggal aku dengan Tiara saja di bilik persalinan butiknya . Mataku meliar memandang satu baju kurung satin berwarna biru yang baru aku cuba tadi.
“Kenapa ada dua baju pagi tu? Tapi malam cuma satu je”
Tiara mengangkat bahunya. “Itu kau kena tanya dengan suami kesayangan kau tu. Aku mengikut arahan je. Tapi kau yang taknak ikut
arahan aku. Suruh makan banyak pun susah!”
Aku menjeling geram. Lagi-lagi itu yang dibebel wanita itu seperti aku membuat satu dosa besar. Tiara mengekek ketawa.
“Perlu ke semua ni?”Soalku perlahan,merenung diri di balik cermin besar didepan.
“What do you mean?”
“Majlis ni…sedangkan usia perkahwinan kami dah masuk dua tahun lebih dah. Dah basi pun.”
Tiara tersenyum . “Basi tak basi tu campak belakang. Setiap pasangan ada satu impian untuk meraikan kenangan ni bersama,nak cerita hingga ke anak cucu. Masih belum terlambat,Kim. This is your dream,Kim. Just like Ariel. Kau orang dua nak tunaikn impian masing-masing. Ariel pernah beritahu aku yang dia buat ni untuk kau. “
“Kau tahu,dari hari pertama dia lepas dia ambil baju raya tu,hampir setiap hari dia ke sini.Dia cuba mengenali kau dari aku,cuba mendalami kehidupan kau yang bermula di sini. Aku halau dia banyak kali tapi dia tetap tak peduli. Ariel cakap dia menyesal dan mengaku cintakan kau walaupun terlambat. Apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kau berdua. You’ve faced a lot,Kim. You deserved a happy ending.”Ujar Tiara sambil memeluk bahuku. Kami berdua saling berpandangan dan tersenyum.
Jika itu takdir yang diciptaNYA untuk hamba-hambaNYA….
“Mama…jom makan. Ni Kim ada goreng pisang goreng dengan karipap.”Pelawa aku lembut sambil menolak kerusi roda ke taman mini rumah agam ini yang sudah dipenuhi dengan kanopi berwarna putih. Sedar tak sedar lusa majlis kami akan berlangsung.
Majlis akan berlangsung pada waktu pagi di rumah agam keluarga Tengku Zariel,iaitu disini.Majlis resepsi pula pada waktu malam yang akan diadakan di Glasshouse,Seputeh.
“Sedapnya menantu mama ni masak. Lama mama tak rasa masakan Kim. Ada improvement”Puji Puan Sri Tengku Wahida.
Aku tersenyum cuma. Sejak aku kembali disini dan belum bekerja semula di Tiara Kim Wedding,aku asah semula skill memasakku dengan Mazliana. Lagipula ,aku sudah berbincang hal ini dengan Tengku Zariel. Mahu tinggal disini sementara aku bekerja semula di Tiara Kim Wedding selepas majlis.
“Ariel dah balik?”
“Abang cakap ada meeting. Dia cakap sebelum maghrib dia balik” Balasku. Mama menggeleng perlahan.
“Lusa majlis pun susah sangat nak tinggalkan kerja tu walhal Izal boleh je cover tempatnya sementara waktu.”
Aku mengusap tangan tuanya. Jelas riak kerisauan di wajahnya. Setiap petang pasti aku akan bawak Puan Sri Tengku Wahida berjalan di sekeliling rumahnya. Ada masanya ke taman permainan kanak-kanak yang tidak jauh dari sini. Setiap kali itu juga aku cuba membantu mama agar berjalan menggunakan tongkat. Walaupun dia hanya mampu berjalan setapak dua tapi ia sudah cukup memadai. Kata doktor ia merupakan salah satu terapi jika mahu pulih sepenuhnya. Tengku Zariel dan Tengku Farizal juga bantu setiap hujung minggu.
“Hai mama!!!”
“Opocot mak kau!! Hish budak ni,buat terkejut orang je!” Satu tepukan kuat singgah di badan Tengku Farizal yang baru balik dengan pakaian kerjanya.
Aku tersenyum. Masih kekok dan janggal walhal setiap hari kami terserempak. Sejak Tengku Farizal kemalangan,dia tidak lagi tinggal di apartmentnya di Subang. Masanya banyak dihabiskan disini. Walaupun hubungan kami masih kekok, tapi perubahan santai Tengku Farizal buat aku tidak mengingati masa lalu.
“Okay,sorry….so,what you guys doin?”
“She’s getting better day by day…”Balasku.
Kami berbalas senyuman.
“Ni semua sebab menantu mama yang tak pernah jemu. Yang kamu ni,bila lagi nak bawak menantu bongsu mama? Dah masuk 30 dah!”
Tengku Farizal kelihatan tidak keruan. Aku simpan ketawa. Topik yang bisa buat mana-mana lelaki goyah dan mahu saja cabut lari dari sini.
“Hmm…Apa kata mama mintak cucu dari Kim? Nak tunggu Izal lama lagi. Sorry! I got to go,nak mandi. Melekit satu badan ni! Bye!”Seusai itu dia tunjuk ibu jari ke arahku sebelum memecut.
Aku gigit bibir. Kurang asam!
“Cucu? Hmm..ya tak ya jugak kan. Haa,Kim…bila Kim dengan Ariel nak bagi mama cucu? Dah dua tahun tau! Jangan tunggu lama-lama,umur kita ni makin naik.Nanti Kim pantang, pantang kat sini je. Kalau sibuk kerja,biar mama dengan Maz yang jaga. Sepuluh orang anak pun taka pa,mama sanggup jaga!”
10 cucu?
GULP!
“Suka?”
Aku tidak menjawab sebaliknya memandang hadapan. Tegak dan lurus merenung benda yang berwarna putih itu. Warna kegemaranku. Juga kena dengan citarasaku. Impian yang sekadar menjadi mimpi selama ini kini berada didepan mata.
“Kenapa abang buat Kim macam ni?”Soalanku dibalas dengan gelak yang panjang.
“Buat apa? Abang bagi isteri abang hadiah,salah ke? Takkan. Dapat pahala lagi ada sebab gembirakan isteri. Abang pernah nampak Kim gantung gambar kereta ni kat dinding office Kim. Lama dah abang order tapi baru hari ni dapat. Just in time!”
“Tapi kereta ni…mahal. Mahal sangat! Gaji Kim seumur hidup pun tak cukup tau. Abang,janganlah. Nanti apa pulak kata mama,orang lain..mesti mereka fikir yang Kim…”Kata-kata ku mati bila Tengku Zariel berpaling.
Lama dia merenung bersama helaan nfas yang panjang.
“Nak rampas harta abang? Macam tu? Kalau betul Kim nak ambil semua harta abang,bila Kim nak bertindak? Kenapa baru sekarang? Kenapa tak dari dulu,hmm?”
Aku diam.
“Mungkin ni satu taktik Kim. Taktik Kim nak balas dendam dekat abang”
Tengku Zariel memegang bahuku,menghadapnya. “Abang sanggup tikam diri abang sebab abang tahu Kim bukan perempuan yang macam tu.”
Aku tersenyum sebelum tergelak kecil. Cuba mengurangkan ketegangan yang melanda. Aku memandang Audi R8 berwarna putih itu. Tengok saja designnya sudah buat aku seriau untuk mengagak berapa harganya.
“Nak test drive ? Jom!”Tengku Zariel mencampak kunci kereta ke arahku.
Kami saling berbalas senyuman sebelum masuk ke perut kereta.
“Tekan minyak pelan-pelan, sayang” Aku tahan senyum mendengar suara Tengku Zariel berubah nada. Terus hilang senyum lebarnya tadi.
“Dekat area ni selalu lengang,kosong. Tengok, seketul manusia pun tak ada. Masa ni lah nak test power”
“Tak cukup ‘power’ ke abang ni?’
Wajahku berubah merah mendengar usikan nakal Tengku Zariel. Aku menekan pedal yang baru mencecah 80 kmj. Itu pun sudah dibebel oleh suamiku.
“Kim tahu abang lebih risaukan kereta ni daripada Kim”
“Dua-dua. Pertama, kereta baru. Yang kedua, takut tak sempat pulak nak menikmati majlis kahwin, dah pergi ke alam barzakh. Itu belum lagi malam pertama yang…”
PAP!
Aku menepuk paha Tengku Zariel yang ketawa nakal. Terus aku membawa kami ke Taman Botani Perdana. Entah mengapa teringin pula pergi ke salah satu tempat yang menggamit memori ini.
Kami berdua duduk sebentar di Bamboo Playhouse sambil menikmati pemandangan menarik di sini yang dulunya terkenal dengan nama Lake Garden sebelum dikenali sebagai Taman Botani Perdana. Melihatkan trek jogging yang berada didepan mata, aku menyeringai senyum.
“Nak berjogging?”
“Tengok ni Kim pakai apa…”Bidas aku geram sambil melunjurkan kaki yang ditutupi sehelai skirt bercorak bunga berwarna putih merah.
Pecah ketawa Tengku Zariel sambil menyuakan aiskrim yang dibelinya tadi. Sesekali tangannya mengelap sisa aiskrim di tepi bibirku.
“Teringat?”Soalnya bila kepalaku asyik memerhatikan orang yang berjogging di trek.
“Yeah…such a nice memories that always stuck in my mind”Walaupun tasik ini bukan trek jogging yang biasa kami berdua pergi tapi suasana ini tetap sama.
“Setiap kali Kim langgar abang dekat ‘corner’, balik tu mesti lengan abang. Dalam hati masa tu, tak padan badan kecik tapi tulang macam besi!”
Aku tertawa perlahan sebelum mencebik. “Tiga kali je Kim dapat buat macam tu, lepas tu abang dah mengelak”
“I’m sorry”
Aku lantas mengenggam tangannya, menggeleng. “Please don’t, I’m the one who should say that. Back then, I’ve no idea what I’m doing. I feel so embarrassed each time I remembered that day…”Ujarku sambil melemparkan pandangan sekeliling. Terasa Tengku Zariel mengelus tanganku.
“Did you regret?”
“For keep ‘hitting’ you at the corner? Of course not!”
Pecah lagi ketawa Tengku Zariel.
“Silly!” Pucuk hidungku ditarik lembut.
“Tapi…Kim bukan nak ungkit…cuma…”Aku berjeda,menarik nafas dalam. “Lepas arwah daddy dengan mama meninggal, jauh disudut hati Kim menyesal apa yang Kim buat. Ya, niat tak menghalalkan cara tapi blia Kim dah nekad, Kim lupa siapa yang dah tulis skrip jalan hidup Kim. You know what I said to myself on that time? To get what I want, I’ve to paid the biggest price in my life …”Aku tersenyum lirih,membalas pandangan redup suamiku yang lantas menarik kepala ku ke bahunya. Terus aku memeluk pinggangnya.
“And I’m gonna paid the biggest price to make sure your happiness with my love and of course…till jannah, insyaallah”
Aku berasa kucupan syahdu hinggap di ubun-ubunku. Mendongak, memandang suamiku bersama senyuman yang berbalas penuh rasa cinta dan bahagia.
Kami menghabiskan petang itu berjalan berpimpin tangan. Sesekali mulut rancak bercerita tentang kisah lalu tanpa mengingati kesakitan yang kami pernah alami. Cukuplah sekali tanpa menoleh lagi ke belakang.
“No…no..abang! Stop it!” Aku menjerit halus cuba melonggarkan pegangan kuat Tengku Zariel di tubuhku.Makin dekat dengan kolam renang itu, makin kuat aku meronta. Tubuhku sudah menggigil. Jika pagi pun aku dah nak seram dengan kejernihan birunya, apatah lagi malam! Gelap jangan cakaplah walaupun ada sportlight di bawahnya.
Sudah gila kah suami aku ni? Takkan Tengku Zariel nak campak aku lagi? Tapi apa salah aku?
“Abang janji dengan Carl dan Amanda yang abang akan bantu Kim. Kim tak nak pergi hospital lagi kan? Untuk sambung sesi Kim dengan Dr Fauzi?”
Aku menggeleng laju dengan mata yang berair. Sejak aku tinggal dengan Tengku Zariel, aku nekad mahu menurangkan sesi berjumpa dengan doktor psikologi. Carl dengan Amanda juga tak menghalang. Rupanya ada sebab kenapa mereka terima keenganganku tapi mampukah Tengku Zariel?
“You’ve no idea ‘what’ you will dealing with. Ni tak betul,Kim tak ready lagi abang.”
“Sampai bila Kim nak macam ni? Sampai bila nak biarkan Kim berdepan dengan ketakutan Kim sendiri? Kim tahu tak…setiap kali Kim mimpi, meracau …hati abang sakit sangat sebab abang punca Kim jadi macam ni. Ya,memang Kim dah maafkan abang. Abang tahu tapi Kim takkan lupa. Abang takkan biar Kim lalui semua ni seorang diri. Kita buat sama-sama. Okay?”
Aku menunduk menekur jari yang bermain sesama sendiri. Permintaan yang mudah namun sukar untuk dilaksanakan. Carl dan Amanda sendiri gagal berkali-kali,mampukah Tengku Zariel melakukannya?
Aku mengaku dia puncanya aku begini namun ia hilang setiap kali Tengku Zariel ada disisi dan tidak sesekali membuat perlakuan yang membayangkan karakter ‘hitam’nya dulu. Tapi ada sesuatu yang tidak dapat aku lupa iaitu air. Lambat-lambat aku mengangguk sebelum mendongak.
“Buat sama-sama? Macam mana?”
“Macam ni…”Ujarnya dan satu tolakan lembut ditubuhku membuat aku terjatuh ke dalam kolam renang rumah agam ini.
Aku meronta dan terkapai-kapai. Ketika didalam air aku mula panik dan pelbagai bayangan mula menyerang. Ketika itu juga jelas figura Tengku Zariel yang berenang ke arahku dan memelukku kemas. Aku memaut lehernya sambil terbatuk-batuk kerana tertelan air yang berlumba-lumba mahu masuk ke mulut. Perit!
“Abang jahat! Please, bawak Kim naik. Kim takut! ” Aku menggogoii di dadanya.
“Rileks sayang. Take a deep breath. Perlahan-lahan. Jangan takut,abang ada…”
“No!” Jeritku bersama mata yang terpejam rapat. Satu badanku mengigil menahan takut dan sejuk yang mencengkam. Aku menolak – nolak dada suamiku.
“Let me go!”
“Let you go? Okay”
Serentak itu Tengku Zariel melepaskan pelukan dan aku terus tenggelam ke dasar kolam. Mata celik! Gelap hanya lampu kolam saja yang menyinari. Aku baru nak melonjakkan diri sebelum Tengku Zariel masuk sebelum mengucup bibirku. Terbuka luas mataku!
Aku menolak dadanya dan tercungap-cungap mengeluarkan air yang masuk ke rongga hidung. Terbatuk-batuk lagi. Tidak meronta-ronta seperti bila Tengku Zariel meraihku di tebing kolam,mendudukkan aku di tangga. Wajah suamiku kekal tenang dan selamba.
“Ambil kesempatan! Kenapa abang pergi cium Kim??!”
“Teknik…”Balasnya selamba tanpa riak.
“Tu teknik gatal abang. Abang Carl ke yang ajar ni?”
Tengku Zariel ketawa.
“ Abang cium Kim supaya Kim tenangkan diri. Panik boleh membunuh kita.”
Aku tunduk. Membiarkan kaki berendam didalam air. Suasana malam yang hening ditambah pula dengan pemandangan yang memukau sedikit sebanyak menenangkan aku.
“Kim takut…”Suaraku halus. Sepi ketika sebelum terasa tanganku digenggam erat. AKu memandangnya yang masih berada dikolam,berhadapan denganku.
“Kalau dulu Kim boleh pendam ketakutan Kim pada abang,kenapa tidak sekarang? Abang lebih jahat dan menakutkan dari air ni. Kim pernah berdepan lebih teruk dari ni iaitu abang. Cuba beritahu abang kenapa Kim boleh bertahan dengan abang dua tahun yang lepas?”Gemersik suaranya buat aku tersentuh. Berhati-hati sekali dia bersuara bimbang membawa aku pada kenangan lalu.
“Sebab Kim cintakan abang…”
“Dan macam tu jugak cinta Kim pada renang. Itu minat Kim dari kecil lagi. That’s your talent, part of your life. Kim tak rasa sayang bila Kim hilangkan semua jerih payah yang Kim bina dari dulu sampai sekarang? Berbaloi pengorbanan Kim selama ni lenyap disebabkan abang? Abang pernah hilang separuh diri abang yang sebenar dan abang tak pernah berhenti daripada rasa menyesal tu sampai sekarang. Dan abang taknak Kim buat perkara yang sama macam abang…”Jerih matanya memandang.
Kedua tanganku dikucup lembut sebelum diletak di wajahnya. Sehingga kini aku sukar nak percaya aku Berjaya miliki cintanya. Sukar untuk biasakan diri dilayan bagaikan puteri dengan suami sendiri.
Tanpa sedar aku menjatuhkan diri sambal berpaut dilehernya. Ya aku takut tapi sampai bila? Tengku Zariel terkejut sedikit terkejut dengan tindakan drastik aku.
“Ni nak goda abang ke apa ni?”
“Catch me if you can….”Bisikku ditelinganya sebelum menenggelamkan diri. Hampir aku mahu melonjakkan diri ke atas kerana cemas jika tidak Tengku Zariel merangkul tubuhku. Mata kami bertentangan lama.
Dia membiarkan dahi kami bersentuhan seakan-akan mahu memberitahu yang dia sentiasa berada disini…bersamaku.
Masuk saja ke dalam rumah, kami terus mandi. Sejuk atau tidak, tetap perlu membersihkan diri selepas terjun ke dalam kolam. Sudah lah tu, malam-malam pulak tu! Bimbang kena bebel dengan ibu mertuaku, selesai saja mandi terus kami berdua mengelap air yang menitik membasahi lantai sehinggalah menuju ke bilik tidur.
“Harap-haraplah mama tak tahu. Dah lah lusa, majlis. Silap-silap abang kena goreng dengan mama sampai hangus!”
Aku ketawa sambil mengelap rambut dengan tuala. Sesekali aku mengeringkan dengan hairdryer. Ketika mahu mencapai tuala, tangan Tengku Zariel pantas mencapai dan terus menggosok rambutku dengan lembut. Aku ketawa kegelian.
“Abang, tak apalah . Kim boleh lap rambut Kim. Lagipun dah nak kering dah ni.”
“It’s okay…kena keringkan cepat takut nanti demam pulak.”
“Risau jugak abang kat Kim eh” Ujarku dengan mata terpejam. Terbuai dengan gosokan nya di rambutku.
“Yalah, takut nanti jangkit kat abang pulak. Dah lah kita tidur sekatil”
Terus aku menepis tangannya dengan geram. Menjeling Tengku Zariel yang sudah mengenakan sleeveless berwarna putih. Merah wajahnya menahan ketawa, bimbang didengari penghuni rumah yang pasti sudah lena.
“Kalau takut abang tidur lah dekat luar! Lagipun siapa punya kerja yang campak Kim kat kolam malam-malam macam ni?” Aku merengus tidak puas hati sebelum merangkak memanjat katil.
“Tak apa lah lepas ni abang lemaskan sayang dalam kolam cinta abang pulak”
Melihatkan Tengku Zariel tersenyum gatal, terus aku mencicit lari pergi ke leisure room yang bersambung dengan bilik suamiku. Dulu, aku tidak tahu pun kewujudan bilik ini kerana tidak dibenarkan masuk. Malah, untuk mengemas biliknya pun aku tidak berani.
Terdapat pelbagai leisure aktiviti disini. Tabletop football, snooker, dart board, indoor golf, treadmill dan banyak lagi. Aku yang baru beberapa hari tinggal disini pun belum ‘khatam’ lagi nak main semua kerana sibuk dengan majlis persandingan. Tak sedar kaki melangkah menghampiri kabinet yang penuh dengan trofi dan gambar milik Tengku Zariel. Kata Puan Sri Tengku Wahida, minat anak lelakinya sangat berbeza jadi disebabkan itu segala barang, sikap dan minat mereka tidak sama dan sering kali bergaduh.
Tangan mencapai trofi yang berbentuk kuda itu sebelum tersentak bila Tengku Zariel memeluk pinggangku dari belakang.
“Next time abang kena kunci bilik ni. Main kejar-kejar pulak dia malam ni”
Aku mengetap bibir. “Nak selamatkan diri daripada harimau yang gatal!”
Tengku Zariel ketawa lagi. “Itu piala pertama abang masa umur abang 18 tahun”
“Really? You look so young…and hot…”
“Kim lagi muda kot masa tu…baru 13 tahun. Budah mentah lagi!”
Aku menyiku perut si suami yang berada dibelakangku. Satu persatu aku menilik kesemua koleksi peribadi milik suamiku sebelum membuka mulut. “Kehidupan kita berbeza. Sangat berbeza…”
Aku berpaling bila Tengku Zariel memusingkan tubuhku,mendongak memandangnya
“ Differences make us more interesting. Like together, we can make the difference”
Aku berdecit geram . “Itu macam iklan tv je!”
“Kang abang bagi ayat yang jiwang karat, Kim menangis. Jadi abang bagilah tagline tv,senang sikit nak ingat. Lagi pun, betul kan apa abang cakap….perbezaan buat kita menarik dan tertarik antara satu sama lain. Sikap dan persoaliti Kim berbeza dengan abang. Abang lebih kepada introvert, sayang extrovert atau double extra pun ya juga…”
Aku ketawa dengan usikan suamiku. “Dulu ya,Kim percaya abang introvernt itu pun bila abang bersikap macam tu bila dengan Kim aja. Tapi abang yang sekarang ni banyak cakap, kuat mengusik dan….sangat gatal!”Balasku sambil memiat manja telinga kanannya.
Makin galak suamiku ketawa. Rangkulannya dipinggangku dieratkan.
“Oh pasal tu…abang banyak belajar daripada Kim. Jadi Kim tak boleh salahkan abang. Cuma setiap hari abang berdoa, Ya Allah…kuatkanlah imanku daripada godaan isteri sendiri. Tapi bila fikir balik, pahala pun dapat!”
Lantas aku berpaling menyembunyikan wajah yang merona merah. Aku berdehem beberapa kali. “Kim pun nak belajar sesuatu dari abang, boleh?”
Dahi Tengku Zariel berkerut.
“Kim nak belajar menunggang kuda. Sekali tu je Kim tengok abang lawan, lepas tu tak ada dah. Boleh tak?”Pinta aku manja. Sebenarnya sudah lama aku ingin belajar menunggang kuda. Bila aku melihat Tengku Zariel bermain dalam sukan polo,teringin aku memintanya mengajarku tetapi hubungan kami terlalu dingin waktu itu.
Lama aku melihat Tengku Zariel berfikir. Siap mendongak memandang siling lagi sebelum dia membalas renunganku yang penuh berharap.
“Sure tapi kiss abang abang dulu”Laju Tengku Zariel menyuakan pipinya ke arahku.
Aku ketawa perlahan. Kerja senang! Baru saja aku mahu mengucup pipi suamiku….
HACHUMMM!
Aku terbersin kuat! Hidung sudah mula berasa gatal.
Mata kami saling berpandangan.
Oh,tidak!!! Majlis !!!!
Share this novel