BABY 16
Tali pinggang aku tanggalkan sebaik Tiara memakirkan keretanya di depan Klinik Qareem yang tidak jauh dari pertemuan kami dengan klien tadi. Pada mulanya aku bertegas tak nak pergi ke klinik tapi bila Tiara desak dan juga kaki yang makin berdenyut-denyut tidak berhenti, terpaksa juga aku ke sini.
“Baru hari pertama kahwin dah luka sana sini. Kau ni tak menikmati alam perkahwinan betullah. Mana pergi kehebatan Elliena Kamelia yang senang pikat hati lelaki? Cairkan hati lelaki sampai melutut depan kau?”
“Bagi aku sikit masa lagi,aku akan pastikan Ariel tak puas dengan cinta aku. I will burn him with my love. Bukan aku yang cari diaorang,diaorang yang senang sangat terpikat dengan aku. What should I do then? Lagipun, tak mencabarlah kalau senang sangat terkulai layu. Tak ada lelaki yang akan tolak Elliena Kamelia.”Tukasku mendabik dada sambil menyaingi langkah Tiara.
“He hates you very much,Kim. That’s won’t change. Lagilah lepas apa yang kau buat ni. He hates you even more. Apa yang jadi kat kau sekarang ni salah satu cara dia lepaskan kebencian dia pada kau.”
“Tiara..there is one thing that you should know. Sampai bila je Ariel mampu membenci aku? The whole of his life? Apa yang jadi kat kaki aku ni takde kena mengena pun dengan dia. Dah tentu tadi aku jalan kaki dengan heels. Mana tak bengkak”
Tiara sekadar menggeleng dengan jawapan bodoh aku. Aku tak ada beritahu pun tentang kakiku terpijak kaca tetapi Tiara seolah-olah dapat mengagak. Jangan dia pergi serang Tengku Zariel sudahlah. Nanti aku jugak yang kena!
Sedang asyik kami berbual , tangan yang mahu menolak pintu kaca klinik terhenti bila ditolak dari dalam. Langkah aku mati. Begitu juga dia sebelum dia cuba berlalu. Tapi aku lebih pantas memaut lengannya. Tidak aku peduli mata Harith yang sedang merenungku. Aku tidak mahu renungan seperti itu. Simpati.
“Hold on,Ariel. Kenapa you dari klinik? You tak sihat? You look pale…”Aku menyentuh rambutnya dan kemudian dahinya. Panas!
“Oh,god…you demam? Kenapa tak beritahu i? Kalau demam teruk macam mana? I…”
“Jangan sentuh aku lah kau ni tak faham bahasa ke apa?!”Tengku Zariel membentak dan kemudiannya berlalu dengan sengaja melanggar bahu aku sehingga aku hampir terjatuh kalau tak sebab Tiara. Harith menerpa. Wajah aku sudah merona merah kerana dia tergamak memperlakukan aku begitu didepan Harith dan Tiara.
“Kim…are you okay? Kenapa you pergi klinik?”Soal Harith prihatin. Aku tersenyum kelat. Sempat mengiringi langkah Tengku Zariel dengan ekor mata.
“Tanyalah Ariel apa dia buat!. Kurang ajar betul!” Bidas Tiara geram. Aku pantas menjeling Tiara agar menutup mulut.
“Tak ada apa yang serius Harith. Kaki I melecet sikit pakai heels tu. Bila Ariel demam? Kenapa you tak beritahu i?”
Harith menggaru kepala dengan soalan bertalu-talu aku. “Well you macam tak kenal pulak Ariel tu. Dia kan liat nak pergi klinik. Ni pun I terpaksa heret dia tau. Nak-nak bila dia meracau sebut nama Iman. Tu yang……”
Dan aku terus tak mendengar apa-apa lagi bila Tiara menolak aku masuk. Kerisauan aku terhadap Tengku Zariel tiba-tiba hilang bila Harith berkata begitu. Tengku Zariel menangis kerana Iman. Tengku Zariel jatuh sakit kerana Iman. Dan aku…kalah dengan Iman? Sepatutnya Tengku Zariel sakit teruk kerana angan aku!
Huh!
Tangan pantas mengeluarkan telefon dan menghantar mesej kepada Harith.
~ Harith, tunggu I sekejap. I nak belikan bubur untuk Ariel ~
“Hei, hello…kenapa tak bukak-bukak gate ni?I nak masuk,I penat okay!” Bentak aku geram kedua-dua pak guard tu berkeras tak mahu bukak pagar automatik rumah ini.
Lagi menyirap apabila melihat kereta kesayangan aku tersadai di luar dengan kedua belah tayar pancit. Bukan ke aku dah panggil mekanik datang ambil? Dah lah aku baru balik kerja, dengan sakit kaki lagi.
“I say open this gate,don’t you get it? I Tak ada masa lah nak main hide and seek dengan you guys sekarang ni.”
Ketika itu juga aku melihat Tengku Zariel keluar dengan koyok di dahinya. Melihatkan wajahnya yang merah pucat aku yakin dia demamnya belum kebah.
“Ariel,sayang….please cakap dengan bodyguard you ni bukak gate ni. I nak masuk. I baru balik kerja dan I penat. Ni kaki I dah start biru dah.”Aduku manja. Tadi memang dah mula kebiruan dah kakiku bila asyik berjalan sana sini menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung Sabtu ini di Mont Kiara Hotel.
Senyuman aku mulai pudar bila dia mengarahkan bodyguardnya meninggalkan kami sebelum dia melompat naik di tebing pondok keselamatan. Siap berpeluk tubuh lagi seperti seronok melihat aku kepanasan dengan matahari yang masih lagi terik pada pukul 6 petang.
“Setiap hari kau diberi arahan untuk masakkan aku sarapan, dan pulang waktu tengahari tepat pukul 11 untuk masakkan aku lunch dan tepat pukul 5 kau kena tercongok kat rumah ni. Tak boleh lebih,tak boleh kurang. Fullstop!”
Terlopong mulut aku mendengar peraturan yang aku aku langsung tak baca. “You tahu I dah koyak kan,right? Of course lah I tak baca lagi. I janji lepas ni I akan follow semua peraturan you tapi bukan untuk hari ni, Ariel. I tengah rasa tak sihat ni. You sendiri nampak I ke klinik tadi kan? Besides, I busy lately. Mana mungkin I boleh balik pukul 5. Sometimes I kena kerja sampai pagi uruskan majlis klien”
“Jadi kau boleh tidur luar. Tu…ada lagi harta kau yang boleh kau jadikan tempat tidur. Jangan berani cuba call teksi atau apa sahaja tapi aku pasti kau boleh call kekasih-kekasih gelap kau untuk kau tumpang tidur kat rumah ke atau hotel. Ingat Kim, aku ada mata-mata yang sentiasa perhatikan kau.”
“Lagi satu, kau mesti tertanya-tanya kenapa kereta buruk kau ada kat luar kan? Untuk pengetahuan kau, rumah ni tak terima kereta macam tu. Setakat Myvi apalah sangat! Tuannya sendiri pun…”Serentak itu Tengku Zariel merenungku dari atas ke bawah dengan pandangan menjengkelkan.
Sungguh aku tercabar. Tak penah ada mana-mana lelaki memandang aku dengan pandangan seperti itu,seolah-olah aku begitu kotor dan jijik. Dan berani betul Tengku Zariel menuduh aku sesuka hati tidur di rumah lelaki?! Mulut tak ada insurans! Tak baik,Kim! Dia suami kau. Mungkin saja dia tengah stress ketika ini.
“Tapi takkan you sampai hati nak bagi I tidur dalam kereta? I isteri you. You sepatutnya ambil berat pasal i!”
“Have a nice sleep,witch!” Aku pegun.
“Sorry EL, I cant. I couldn’t make it this time. Sorry!”Aku pantas membalas sebaik talian bersambung .
“Babe, kali ni dah tiga kali kau tak join kitaorang sampai dah buntu nak jawab pertanyaan jejaka-jejaka tanya kat mana kau,bila nak perform,saya bagi nombor saya dekat dia tapi takde call pun, bagi bunga ni dekat sayang saya ya…oh please….”
Dalam menahan sakit di kaki dan hati yang membahang, sedikit sebanyak buat hatiku terubat jua mengenangkan ‘hukuman’ dari Tngku Zariel. Tadi ketika aku berada dalam kereta, Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Farizal keluar dari perkarangan rumah agam mereka. Melihatkan dari pemakaian aku yakin mereka ada event di luar. Lagi membara hati aku melihat senyuman sinis wanita itu melihat aku ‘menginap’ di dalam ‘kereta buruk’ ini.
“We need you,babe. Ke kau ada masalah? Aku tahu kau kalau ada masalah bukannya bagitahu kitaorang pun. Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau dah lain,Kim. Dah tak selalu hangout dengan Queen Band, rehearsal pun tak join, AJ Café pun sama…bila datang rumah kau Cuma ada Tiara je. Kereta kau pun tak ada dah. Kau pindah?”
“Yeah,dalam proses. Aku tengah survey rumah kat tempat lain yang aku cari selama ni. Sometimes I spent night at my parent’s apartment. El,I got to go. Bye”
Telefon aku campak ke tempat duduk sebelah. Aku memandang tapak kaki kananku. Makin biru dan bengkaknya tetap ada. Pil tahan sakit aku telan. Kerusi aku rendahkan seraya membalut tubuhku dengan cardigan . Namapun cardigan, manalah mampu nak panaskan tubuh. Ketika itu juga hujan mula menitik. Aku mengeluh. Memandang tingkap yang mula dibasahi titisan hujan.
“Great…thanks!”
“Ini ke yang aku nak? Menjadi isteri kepada seorang lelaki yang sangat membenci aku? Layan aku macam orang gaji pada hari pertama perkahwinan ? Wedding planner yang kahwin senyap-senyap? Tidur dalam kereta pada hari kedua ? Esok lusa? Huh!”
Persoalan-persoalan itu berlegar dikepala ku tanpa sempat aku menepis. Aku jarang mengeluh kerana bagiku orang yang suka mengeluh tu orang yang lemah tetapi kini aku menjadi orang pertama dalam senarai.
Misi aku memiliki Tengku Zariel berjaya tetapi hatinya? Sukar kerana di bijak menguji kesabaran aku. Dia bercukup bersedia mendera mental dan emosi aku. Aku korbankan kebahagiaan Herman demi mendapatkan Tengku Zariel dan takkan aku kena berhenti sekarang? Fight Kim! He’s yours…
Aku menghentak kakiku dan….
“Auch, kaki aku!”
Hembusan nafas yang hangat menyapa wajahku buat aku tersentak dari tidur. Nak tak nak aku terpisat-pisat menggosok mata. Sebaik kelopak mata aku terbuka,darahku berderau, menolak wajah itu yang hanya seinci dengan wajahku. Sungguh aku terkejut.
“What the hell are you doing,???!Pervert! Get out from my car now!”Tempikku marah memandang wajah miang adik Tengku Zariel yang tua tiga tahun dari aku itu. Entah bagaimana agaknya dia menyelinap masuk dalam kereta aku sedangkan aku dah lock dah.
“You nampak macam ‘puteri’ bila you tidur. Nyenyak betul you tidur dalam hotel mewah ni yeah? Sampai I curi-curi masuk pun tak sedar. Setakat lock je tak guna sayang. Sekarang ni zaman moden. Umpil sikit je tak sampai tiga saat dah unlock. I kesian tengok you tidur kat sini sedangkan Ariel sedap-sedap tidur dalam bilik. Kalau I, I dah bawak dah you pergi honeymoon sampai setahun! Nak?”
Bibir aku juih geram dan meluat. Menjijikkan betullah ada adik ipar macam ni! Aku makin rapat ke pintu. Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini. Ya,mungkin aku sering dilihat keluar dengan pelbagai lelaki tetapi aku bukan seperti apa yang mereka fikirkan. Dan bukan seperti apa yang suamiku fikirkan tentang ku selama ini.
“I nak you keluar sekarang dan please hormat I sebagai kakak ipar you,Izal even you tua dari sekalipun. Nanti kalau bodyguard nampak macam mana? Atau Ariel? Just go!”
Malangnya Tengku Farizal sekadar tersengih-sengih seperti kerang busuk. Aku dah cuak sambil mataku meliar ke perkarangan rumah agam itu.
“Hello…Ariel sendiri tak pernah anggap you isteri,takkan I nak anggap you kakak ipar i? Nak panggil ‘Kakak’? No way! You’re too gorgeous to being called like that. Jangan risau, I dah halau dah dua orang bodyguard tu. Now you safe. Semua dah tidur dah waktu-waktu macam ni. I Cuma kesian tengok pengantin baru kita ni kena sambut honeymoon dalam kereta,plus dengan adik pengantin lelaki pulak tu. Isn’t it fun,right?”
Dia menundukkan tubuhnha rapat dengan aku sehingga aku makin mengecil. Heels sudah aku capai dengan hujung kaki, hala tepat ke celah kelangkangnya jika dia berani buat tak elok pada aku.
Tengku Farizal yang perasan memandang bawah, memandang kasut tinggi aku sebelum dia tergelak kecil. Dia mengangguk dan kembali duduk. Aku menarik nafas lega.
“Smart!”
“Smarter than you? Exactly. I nak you keluar sebelum I call police sebab ganggu ketenteraman i. I tak kisah lah you anak kerabat diraja terunggul ke apa,I don’t give a damn Izal so just back off before I lose my patience!”
Bergema kereta aku dengan lantunan keras ketawa lelaki yang berjaket kulit itu. Aku yakin dia pasti baru pulang dari kelab melihat dari gaya dan caranya. Lebih-lebih lagi dengan bau yang menusuk itu. Bukan aku tidak kenal kalau tak disebabkan Tiara.
Sekarang rumah aku di Ampang aku suruh Tiara jaga asalkan jangan sesekali bawak Alan masuk! Jenuh jugak aku nak menipu ahli Queen Band yang lain yang sering kali bertanya tentangku. Baru dua hari aku jadi Mrs Zariel, cukup untuk buat hidup aku kucar kacir. Ini berdepan lagi dengan playboy ni!
“I control the police and everything especially you. Kim,look carefully. Jangan terlalu sombong dengan I, sayang sebab I aje yang tolong you sekarang ni. I tak mintak banyak. I cuma nak jadi kawan you je. Kalau rasa terkongkong dengan abang i. I boleh ajak you keluar. Mana you nak pergi? Clubbing ,shopping, travel or anything! I Sanggup. I dah lama cari you. Masa first time I ternampak you dekat bachelor party dekat Hilton.”
“Kalau you fikir I perempuan yang macam you heret tu, forget it okay?! I bukan perempuan yang macam tu! FYI, I tak pernah jejakkan kaki kat party tu so jaga sikit mulut you tu! Kawan? Sorry dengan sikap you yang all-zero ni? I don’t think so. So why not you just get out from my car and leave me alone! I don’t need your help. Apa-apa pun Ariel suami I dan I takkan sesekali sakitkan hati dia macam yang you buat!”Aku menjerit marah seraya melontarkan sweater aku ke arahnya. Dia mengangkat bahu tanda beralah sebelum keluar. Aku terus menekan punat lock. Tengku Farizal menunduk sedikit dan melukis bentuk hati pada cermin kereta. Malas nak layan terus aku sambung tidur dengan selubung satu badanku dengan sweater.
Kusut!!!
Melihatkan jarum jam yang makin hampir pukul 7, aku terkial-kial membancuh teh. Kemudian aku terhincut-hincut jalan mencapai dulang untuk dihantar ke meja makan.
“Ya ALLAH,Miss Kim. Duduk aje diam-diam biar saya yang buat. Tak pun apa kata Miss Kim berehat je kat bilik, sambung tidur ke apa. Tu kaki masih bengkak tahu? Kena lagi teruk dah tak boleh jalan dah.”
“It’s okay Maz, I can handle it. I baru je telan pil sakit tadi. Biar I yang buat”
“Tak apa, tak apa… biar saya aje yang buat. Miss Kim pergi berehat ya?”
Berlaku lah adegan tarik menarik dulang antara kami berdua. Mazliana masih dengan bebelannya dengan cuba mencapai dulang ditanganku. Mazliana tarik,aku tarik lagi. Lagi kuat dia pegang, aku pun apa lagi…
“Maz , takpe just leave it to me. Lagipun dah tugas I sebagai seorang isteri sediakan makan minum untuk suami.”
“Tak. Miss Kim kena rehat. Teruk kaki tu saya tengok.
“Maz….”
“Miss Kim…”
PRAKKK!!!
Kami berdua terpempan,berpandangan sesama sendiri…bergilir-gilir merenung antara satu sama lain dan juga satu set teko dan cawan antik daripada Itali jatuh berderai terhempas di lantai. Permaidani yang tebal dan berbulu halus ku pasti diimport dari luar negara juga sudah bertukar warna pada coklat kekuningan.
“Ya Allah,habis gelas aku!!!”
Wajah Mazliana sudah pucat. Menggigil tubuhnya. Dia menunduk. Aku dah menepuk dahi.
Terketar-ketar tangan wanita itu mengutip satu persatu serpihan itu sebelum matanya tajam merenung aku. What? Aku hantar isyarat tanda bukan salah aku!
“Kau….kau tahu tak berapa satu set barang ni? Ini merupakan pemberian arwah suami aku semasa kami melawat Itali,kau tahu! Kau tengok apa kau dah buat! Tak habis-habis cari pasal. Kau memang suka kan…takkan puas selagi tak buat aku terseksa merana?!!!”
Melopong luas mulut aku dengan kelantangan tengkingannya. Mazliana menggeleng.
“Tak…tak bukan begitu cerita dia. Jangan…jangan salahkan Miss Kim. Saya yang beria-ia amek dulang tu sampai terlepas. Maafkan saya, saya betul-betul tak sengaja. Saya mintak maaf.” Mazliana bersuara memohon maaf. Terketar-ketar suaranya saat melihat wajah menyinga wanita itu.
“Tak payah nak bela dia Maz kalau dah terang lagi bersuluh! Baru dua hari kau kat sini dah macam-macam benda jadi. Semalam kau pecahkan gelas aku,hari ni kau pecahkan pulak satu set hidangan yang kau sendiri tak mampu beli! Ariel pulak demam! Aku tahu kau puncanya! Ariel dari kecil susah nak jatuh sakit,hatta demam sekalipun. Kalau dia sakit,maksudnya hati dia betul-betul terluka dan aku tahu kau orang yang buat dia sakit teruk!”
Aku memejam mata,cuba menjana tahap kesabaran yang sudah merudum jatuh. Mulut aku dah terkumat kamit nak menjawab namun teringat akan amaran Tengku Zariel dan juga kerana adanya CCTV,aku pura-pura mengukir senyuman palsu.
“Yes, Puan Sri. Saya yang jatuhkan. Sengaja jatuhkan. Iyalah kata beli mahal kan,import dari Itali pulakkan mesti tahan lasak, takkan pecah tapi oppss! I made a mistakes did i? Sorry sangat-sangat but I will fix it up. Mechanic or doctor should be able to get it back,right? Tak pun, letak minyak gamat Insyaallah boleh cantum semula”
Dia mendengus bersama jelingan berapi khas untuk aku. Aku berpura-pura tunduk seperti pesalah dan perlahan-lahan mengutip serpihan kaca itu dengan bantuan Mazliana.
“Tak payah tolong dia Maz biar dia buat sendiri. Dia yang cari pasal, biar dia yang tanggung! Huh,menyakitkan hati saja! Maz kejap lagi hantar makanan dengan ubat dekat Ariel. Buang semua makanan dengan minuman yang perempuan tu buat, saya taknak Ariel makin sakit pulak. Entah apa-apa dia letak nanti nak dengki bukan kita tahu!”
Argh!!
Terbakar sungguh hati aku dengan bicaranya yang berbisa. Tuduhan demi tuduhan terpaksa aku telan tanpa rela. Dahlah aku tidur dalam sejuk dalam kereta hampir semalaman! Selepas itu terpaksa kelam kabut ke sini buat sarapan tapi ditolaknya mentah-mentah. Siap suruh buang lagi! Seumur hidup aku,ini lah yang paling penat dalam hidup aku. Memasak! Apa aku nak masak untuk tengahari? Oh no!
“Kim! Kau nak ke mana? Bukan kau kena buat final check pelamin pengantin? Puan Suzy tu cerewat tau. Hari tu je dah berapa kali kau kena ubah gabungan warna hiasan bilik pengantin? Photoshot je dia suruh buat lain-lain tau! Satu tempat lain album.
Persoalan Khayra aku biar sepi. Tangan ralit menanda sesuatu pada buku planner. Memastikan semuanya sudah aku check untuk hari ini. Cuma pelamin saja belum. Lepas tengahari pula aku perlu teman klien memilih hantaran kahwin.
“Invitation card done, hantaran,gubah bunga, photobooth with prop also done…”
“Your mind?”
Aku mendongak. Pandangan mata aku dan Khayra bersabung.
“Also done,baby!”Aku kenyit mata,terpaksa. Peralatan yang berada dimeja aku kemas. Sempat aku jeling jam tangan yang hampir menginjak tengahari.
“Khay,gantikan tempat aku kejap please? Tiara akan join kau. Dalam organizer ada list yang kau kena tengok untuk set pelamin tu. Make sure all the stuff are prepared well and at the right position. Are you okay with that? I trust you. Aku gerak dulu.”
Tercungap-cungap aku menarik nafas. Peluh yang meleleh sedari tadi aku seka. Dua bungkusan plastic aku letak atas cabinet sebelum duduk diatasnya,melepaskan lelah.
“Miss Kim!”
“Gosh,Maz! You scared me!”
Kelibat Mazliana buat aku terkejut. Mazliana berlari-lari anak menjengah ke pintu belakang yang aku tak sempat tutup. Pasti dia tahu dari mana aku menyelinap masuk.
“Pandai Miss Kim lalu pintu belakang. Jangan risau,CCTV tu rosak.”
“I tahu. Sebab tu I berani terjah je. Ni,today’s lunch. Express and simple”
“Haa,nasib baik Miss Kim beli bungkus. Kesian Maz tengok Miss Kim dari semalam asyik kena marah dengan Tengku Ida dan Tengku Zariel. Miss Kim nak tengok Tengku ? Dia MC hari ni. Ni ubat dia yang dia belum makan”
Aku sedikit terharu dengan layanan Mazliana pada diri ini. Satu-satunya insan yang melayanku seperti manusia di rumah ini.
“Thanks,Maz. I’m touched. Jujur I tak pernah anggap you orang gaji kat sini even pembantu sekalipun sebab I tak pernah ada selama ni. I membesar dengan daddy dan mama. Mereka yang jaga makan minum I , hantar I pergi sekolah dan tuisyen, sanggup tawarkan diri hantar I pergi shopping complex sebab taknak I public transportation. I lived,I grown up with them but you’re just like my friend…in this house. I hope you can make yourself comfortable with me. But , Wait a second yeah. Nak jumpa my beloved husband sekejap” Aku mengenyitkan mata dan disambut gelak oleh Mazliana dengan telatahnya. Melihatkan senyuman yang tertera di bibir gadis manis itu aku yakin dia mula selesa dengan aku.
“You tak takut ke kena marah dengan dia? Kan dia dah warning I dari awal lagi benarkan I masuk ke bilik dia”
Mazliana sekadar tersenyum. “Hak seorang isteri pada suaminya tiada sesiapa boleh nafikan. Sebenarnya saya takut jugak tapi biasa Tengku kalau dia sakit dia akan tidur 24 jam. Masa-masa macam ni lagilah dia tidur,tak larat. Lagipun,Tengku Ida baru je keluar. Pergilah jenguk tapi jangan sampai Tengku sedar. Saya tak nak tanggung tau!” Dia menggoyang-goyangkan jari sebelum mengekek ketawa meninggalkan aku.
Penat aku menekap telinga ke dinding pintu,aku memulas tombol sebaik aku pasti Tengku Zariel masih tidur seperti dikatakan Mazliana. Kalau tak,nahas dia! Mujur juga kawasan di bilik Tengku Zariel tidak kena rakaman CCTV. Jenguh juga aku sembunyi di balik dinding untuk elak dari CCTV yang terpusing sana sini.
“Hai my prince…”Bisik aku nakal sambil meletakkan segelas air dan bungkusan ubat di lampu meja tepi katil Tengku Zariel. AKu melutut di tepinya memerhatikan dia yang begitu nyenyak tidur. Satu badannya ditutup dengan selimut tebal. Melihatkan dahinya yang berkerut-kerut aku yakin demamnya masih belum kebah.
Bibir aku mula menyungging senyuman nakal…tangan sudah naik menyentuh rambut lebatnya. Sejujurnya, ini kali pertama aku dapat melihat wajahnya dari jarak yang begitu dekat tanpa sebarang gangguan. Kening yang tebal, hidung yang mancung, raut wajah yang bersih dan putih…warna wajah yang bertukar kemerahan bila dia marah lebih-lebih lagi bila berdepan dengan aku…dan juga bibirnya yang merah.
Bibir itu tidak pernah mengukir senyuman untukku. Kedekut betul! Sedangkan eye smile aku lagi mahal dia. Eye smile ini lah menyebabkan ramai lelaki cair dengan aku, berebut melutut depan aku tetapi tidak lelaki yang bernama Tengku Zariel Farhan.
Sikapnya buat aku tercabar…kakacakan dan renungan berapinya buat aku terpukau dan hati ini dicurinya saat kali pertama aku memandang dia pada hari orientasi aku dan dia sebagai seniorku. Bertahun aku menanti,..berkali-kali aku ditolak tapi aku tak pernah serik dan sejak dua hari yang lepas aku berjaya memilikinya.
“I nak jadi isteri yang terbaik untuk you Ariel..please,guide me. Tolong I. I takkan berhenti buat you jatuh cinta dekat I walaupun I tahu you terlalu benci i. I harap cinta I dapat padamkan kebencian you pada i.” Bisikku lembut dan hangat di cuping telinganya. Melihatkan dia sikit tidak berkutik , aku merapatkan bibirku di wajahnya, mencium dahinya lembut.
Memang tidur mati! Sikit Tengku Zariel tidak sedar dengan tindakan nakalku. Boleh peluk tak? Soalku nakal. Baru aku nak naik atas katil,tiba-tiba mataku tertacap sebingkai gambar di almari kayu bersebelahan meja kerjanya.
Di sudut itu juga baru aku perasan terdapat banyak gambar termasuk stick note,kad dan hadiah berupa perhiasan disitu. Tengku Zariel dan Tengku Raidhatul Iman.Kali pertama aku jejakkan kaki ke bilik ini aku sikit tidak tahu kerana misi aku masa tu cuma nak kenakan Tengku Zariel. Tapi kali ini masuk berjaya membakar hatiku. Rasa indah tadi terus pudar.
Walaupun gambar mereka berdua diambil dengan jarak sedepa tetapi aku sangat cemburu melihat mata mereka bertatapan dengan renungan yang sarat dengan cinta. Itu belum lagi stick note tulisan Tengku Zariel yang sangat menyentuh perasaan tetapi hati ini terguris kerana luahan itu bukan untukku.
Aku mencapai sekeping gambar milik mereka berdua sambil merenung Tengku Zariel yang masih culas lena.
“ I akan buat you lupakan dia,Ariel. Tu janji i! Lepas ni you Cuma akan sebut nama I dalam sedar,even dalam mimpi sekalipun!”
“Hmm….”
Eh dia dengarkah?
Aku pantas meletakkan kembali gambar itu dan mendekati Tengku Zariel. Oh,dia mengigau? Aku membongkok untuk mendengar jika ada apa-apa lagi dia menggumam dalam tidur.
“Hmm…Maz, nanti panggil orang gaji baru maid in USA tu datang ambil baju kotor saya lepas tu pastikan tak ada sikitpun kekotoran kat baju tu walaupun habuk! Ni pun suruh dia basuh sekali. Ambil ni!”
PUKK!!!
Tepat ke muka aku.
‘What???Boxer???!!!’
Jari jemari ini ralit menggaru kulit kepalaku padahal tak gatal pun. Sesekali aku mencium hujung rambutku yang lurus…hmm,wangi. Harum. Guna jari pun boleh. Hehe…Tetapi gelakku mati tatkala kembali menatap nota bersyarat ditangan. Bergilir-gilir aku pandang kertas itu dan juga tiga buah bakul yang penuh dengan baju kotor.
“Baju putih termasuk kemeja aku semuanya kena cuci guna tangan. Kalau aku tahu kau guna mesin tahu lah nasib kau. Baju mama dengan Izal pun sama…mana yang mahal tu asingkan,cuci tangan. Jangan sesuka hati nak senang je hidup!”Ajukku sebiji-sebiji seperti yang tertera di kertas yang penuh dengan syarat untuk aku. Tanda seruan siap banyak pulak tu.
Aku asingkan mana baju berwarna putih dengan warna yang lain. Sempat aku menilik jenama baju keluarga ini. Polo Ralph Lauren, Crocodile, John Lewis,Giorgio Armani,Versace dan banyak lagi sebelum aku terbau sesuatu ketika aku meletakkan pakaian Puan Sri Ungku Wahida di mesin basuh. What the…..Dolce Gabbana??? Itu perfume kegemaran aku! Boleh tahan juga orang tua ni…taste orang muda!
“Ouh…not again….!”Kutukku aku geram dengan hanya hujung jari aku mencapai ‘pakaian dalam’ milik dua lelaki dalam rumah ini. Tak cukup lagi, hidung pulak aku ketip dengan penyepit baju. Tak sanggup!!! Dan ketika aku nak campak boxer milik Tengku Zariel, ada sesuatu terjatuh dari kocek itu. AKu terkesima. Menggigil tangan aku mencapai kotak berwarna merah yang berserta amaran kesihatan itu.
“Rokok? Ariel hisap rokok? Sejak bila?”
Tiba-tiba kotak rokok itu bertukar tangan. Mata kami saling bertatapan.
Share this novel