BAB 34
Bingkai gambar yang sudah berhabuk di kabinet aku capai lantas aku sapu sampai bersih. Gambar kami sekeluarga. Kali terakhir kami gambar bersama adalah di hari raya pertama tahun lepas. Teringat lagi bebelan mama kerana tangan ku gatal nak tanggalkan baju kurung sutera berwarna Ungu di badan sebab panas. Kulit aku mana tahan dengan cuaca panas. Rimas. Nanti merah-merah kulitku.
Kini segala-galanya sudah berakhir kerana dosa dan khilafku. Kenangan…cuba tinggal sekadar kenangan.
“Kalau sayang,kenapa perlu pergi?”
Aku menoleh. Tersenyum pedih. Menarik nafas sebelum meletak gambar itu di beg sandang. Aku meliarkan lagi keaadaan rumah yang aku beli atas duit sendiri di Ampang ini. Aku memutuskan untuk meninggalkan rumah ini dan juga Tiara Kim Wedding.
“It’s time,Tiara. Dah tak ada apa-apa lagi disini untuk aku.”
“Tapi Tiara Kim Wedding? Queen Band?”
“Aku serahkan semuanya pada kau. Sebelum aku pergi,aku akan cuba dapatkan balik hak Uncle Ramdan pada café tu dan hak Group kita. Maaf sebab dah susahkan kau orang semua sebab kesilapan aku. Aku lupa Tiara…aku terlalu ego dan selfish. Aku ingatkan aku mampu dapat semua yang aku nak tapi aku tak sedar aku dah buat orang lain berkorban di atas kepentingan aku sendiri.”Liar mataku memerhati keadaan sekeliling buatkali yang terakhir.
Amanda pula turut sama bantu mengemas. Tiara sudah tidak mahu duduk disini bila aku berkeras nak pergi. Pertunangan Alan bersama gadis pilihan keluarga berjaya mematangkan Tiara. Aku tahu hatinya hancur tapi aku berharap dia dapat lelaki yang terbaik dalam hidupnya. Bukan seperti aku…
“And one more thing,kalau Damia dan Herlina ada masalah kerja,kau amiklah mereka bekerja di Tiara Kim Wedding. Buat apa yang terbaik untuk tempat kita. Tak perlu inform aku apa yang kau buat sebab aku tahu kau boleh jadi ketua yang baik. Kalau ada sesiapa tanya pasal aku,beritahu aku sedang bercuti”
“Sampai bila?”
Aku tarik nafas dalam. “Aku tak dapat bagi jawapan untuk soalan tu,Tiara. Dan yang penting, cukup aku tahu…tak takkan mungkin kembali dalam masa terdekat.”
“Kim…at least please beritahu aku kau nak kemana selepas ni? Aku janji aku takkan beritahu sesiapa pun! You can count on me, please”
Aku tersenyum sambil jalan beriringan dengannya. Seboleh mungkin aku kawal mataku daripada memandang untuk kali yang terakhir. Bimbang ia akan mengubah keputusanku.
“Take care Tiara. Send my regards to them. We will meet again..one day I know”Kami saling berpelukan dan bertangisan. Jujur aku sebak. Bukan kali pertama kami berpisah kerana setiap tahun aku akan pulang bercuti dikampung halaman lebih kurang dua bulan tetapi perpisahan kali ini tidak menemui noktah. Aku tidak tahu bila aku akan pulang. Mungkin ya. Mungkin tidak.
“Ready? Tak nak fikir lagi? Kim masih ada masa” Amanda mengundurkan kereta.
Pandangan aku lempar ke luar tingkap. Satu persatu kejadian yang tercoret dalam skrip hidupku terbayang semula. Jika aku tidak memulakan,pasti bukan begini kesudahannya. Namun, aku sedar aku tiada kuasa untuk memutar balikkan waktu. Waktu yang aku ada sebelum ini sudah lama terbuang.
Your sins will be used against you. Benar.
“Setiap wajah,setiap benda yang bernyawa atau pun tak,setiap pergerakan,setiap mata yang melihat…pandang Kim dengan penuh kebencian dan dendam. This is not my place anymore..not anywhere…”
“Kim….”
“I lost everything in a split second. He take everything without telling me anything” Hidung mula panas dan berair.
“Kim,jangan macam ni. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah menguji Kim sebab hanya DIA tahu kemampuan hamba-hambaNYA. Allah tahu Kim kuat. Begitu juga akak,Dan… dan semua orang”
“Lepas apa yang Kim buat…Kim takkan ada peluang untuk dapatkan kehidupan Kim semula, kan?”
Soalanku membuat mulut Amanda terkunci rapat. Aku tahu dia tidak mampu memberi jawapan kerana ia kekhilafan yang harus aku tanggung seumur hidup. Kehilangan dan kepedihan yang tiada berpenghujung.
Aku duduk bersimpuh di tepi tanah yang masih merah. Duduk di tengah di antara pusara kedua-dua mutiara hatiku selama ini. Sentiasa menjadi tulang belakang…penguat di kala susah…mengusap air mata ini tiap kali ia mengalir dan kini,siapa yang akan mengesatnya? Mengalir tanpa henti.
Kini baru aku mengerti perasaan mereka yang kehilangan ibu bapa. Perginya mereka seakan-akan telah meragut separuh nyawa dan ia ternyata benar.
Tanah yang masih merah aku genggam kuat. Tanah ini yang menanam jenazah daddy dan mama. Hampir aku menjerit marah ketika Carl dan beberapa orang lelaki mencangkul tanah dan menghumban ke dalam liang lahad yang menempatkan keranda kayu milik daddy dan mama. Aku belum puas menatap wajah mereka yang kali terakhir aku melihat mereka sudah berbulan lamanya, sebelum aku berkahwin dengan Tengku Zariel.
Hanya sekujur tubuh mereka yang kaku aku mampu sentuh. Mutiara jernih mengalir laju. Dari memandikan dan mengkafankan jenazah,aku tidak berhenti menangis. Lansung tidak mempedulikan mereka yang lain. Aku benci pada mereka yang mengucapkan takziah dan menghulurkan duit, juga memandangku dengan penuh simpati. Daddy dengan mama masih hidup! Kenapa semua orang memandang aku penuh kasihan??
“Mama..daddy…kenapa sampai hati tinggalkan Kim sorang-sorang? Kim dah tak ada sesiapa sekarang ni. Kim kehilangan semuanya dalam satu masa. Daddy tak kesiankan Kim ke,hmm? Mama? Dengan siapa lagi Kim nak berskype selepas ni? Di riba siapa Kim nak berbaring lepas ni? Dengan siapa Kim nak bermain baseball…lawan renang dekat kolam renang apartment…Siapa lagi nak marah Kim kalau Kim pukul bola sampai pecah masuk tingkap rumah orang?”Aku ketawa kecil mengenangkan kenangan kami bertiga setiap kali bersama.Walaupun aku jarang pulang namun setiap kali kami bercuti bersama sentiasa tersimpan kemas di kepala.
“Dan siapa nak jaga..nak siram…nak baja pokok bunga mama tu? Kim bukan minat pun. Dah lah mama suka sangat tanam pokok bunga yang pelik-pelik…”Sekali lagi ketawaku meletus. Tidak peduli kerlingan mereka yang datang melawat pusara orang yang tersayang. Pasti mereka pelik aku berbicara…ketawa tanpa sebab kepada mereka yang telah tiada.
Mama suka sangat beritahu yang pokok bunga tu akan mekar cantik kalau kita baja dengan kasih sayang dan aku hanaya ketawa mendengarnya. Geli hati dengan komen mama bila aku terang-terangan mengutuk.
“Mama…bukan bunga kesayangan mama tu faham pun perasaan kita. Dia pun bukan ada perasaan!”
“Kim sayang mama tak?’
“Of course!”
“Tapi tak nampak pun?”
“Apa yang tak nampak mama?”
“Kasih sayang”
“Mama…kasih sayang tak perlu ditunjuk. Dari perbuatan…perkataan…dan yang paling penting kat sini..hati ni..dah cukup beritahu how much I love you,mom”
Mama senyum manis. Memegang tanganku yang memeluk aku dari belakang.
“Then,begitu juga dengan pokok bunga ni. Dengan air,dia akan tumbuh mekar tapi lagi bertambah cantik dan segar jika kita baja dan siram dengan penuh kasih sayang…macam anak mama ni.Membesar dengan cantik dan menawan sekali. Lagi bertambah jelihta denga kebijaksanaa dan keyakinannya. Tapi ingat pesan mama…tak semua yang…”
“Kita sayang kita akan miliki…hmm,yeah…I knew that!”
“Kim…”Tersentak seraya menoleh. Dahiku berkerut bila Amanda menghulurkan sebuah buku sederhana kecil.
“Jom kita bacakan yassin pada arwah”
Aku teraga-agak menyambut. “Kakak…”
“Kenapa?”
“Kim…Kim…tak reti baca”
Aku terdengar Amanda beristighar perlahan. Aku menunduk malu yang bukan sedikit. Jujur,aku tidak tahu membaca. Kali terakhir aku menyentuhnya ketika tinggal bersama arwah semasa kecil. Itupun merangkak-rangkak. Mama dan Daddy ada mengajarku, begitu juga dengan solat tetapi sudah terlalu lama aku meninggalkan semua itu. Semasa tahlil pun aku sekadar terperap dalam bilik dan menangis. Meratapi nasib yang tidak tahu kesudahannya. Aku hanya menyambut huluran salam dan takziah tanpa balasan. Air muka Carl tenang namun aku tahu hatinya menangis.
“Tak apa. Kakak tolong. Kakak baca,Kim ikut ya. Kita sedekahkan Alfatihah dan Yassin kepada arwah semoga mereka tenang dan roh mereka ditempatkan dikalangan golongan yang beriman. Kalau Kim menangis macam ni…Kim sanggup ke tengok arwah daddy dan mama sedih tengok keadaan Kim sekarang ni? Kim tak kasihankan arwah?”
Amanda mengusap kepalaku yang ditutup selendang berwarna hitam. AKu terangguk-angguk dalam kabusan air mata. Sebaik saja Amanda mula berbismillah,hatiku terasa tenang dan damai. Tidak tahu kuasa apa yang mampu berbuat begitu. Jauh didasar hati..timbul erti keinsafan.
Kubur arwah daddy dan mama tidak jauh dari rumah yang aku sewa. Nak beli tak mungkin kerana aku tidak tahu sampai bila aku akan berada disini. Jauh di Utara ini bukan lah satu pilihan. Satu tempat yang aku tak fikir untuk pergi apatah lagi tinggal menetap. Aku hanya mahu dekat dengan kedua orang tuaku. Memang tidak semewah rumahku di Ampang.
Halamannya agak luas…mampu memuatkan dua biji kereta. Mempunyai tiga buah bilik. Satu master bedroom di bawah dan dua lagi diatas. Juga mempunyai dua bilik air. Perabot yang berada diruang tamu juga terhad. Hanya ada sebuah meja kopi,meja lampu dan set sofa kayu. Warna cat yang putih juga sudah terlalu pudar dan rapuh. Banyak yang perlu dibaiki.
Kerana terlalu penat setelah mengharungi perjalanan selama 5 jam,aku bertindak duduk di salah sebuah kerusi kayu itu. Baru duduk,bunyinya ya ampun…aku terus bangun. Amanda ketawa.
“Kali kedua duduk rasanya habis patah!”
“Banyak yang kena baiki ni. Paip bocor,berhabuk sana sini…Hmm,perabot lagi lah…pakai dua kali silap-silap boleh hancur bersepai! Dahlah,jom!”
“Jom? Nak ke mana?”Aku hairan bila melihat Amanda merengangkan tubuhnya ke kiri dan kanan.
“Lah…nak buat apa lagi? Kemaslah.Takkan Kim sampai hati kut suruh akak buat sorang-sorang. Lagipun akak mana boleh tinggal kat rumah yang banyak habuk ni. Alergik!”
“Hah? Akak…akak nak tinggal sini? Tapi kan akak transfer ke Alor Setar ni sebab nak dekat dengan family akak”
“Kim…memang salah satu tujuan akak minta transfer sebab family tapi dekat je..bukan serumah. Akak nak tinggal sini…dengan Kim..tak salahkan kalau Kim anggap akak ni housemate Kim?”
Kolam mataku berkaca-kaca. Mula memahami apa yang Amanda sampaikan.
“Kak…I’m okay. Thanks for your concern but I’m okay.Trust me”
“Kalau okay…then,ni apa?”Tangannya naik menyentuh pipiku yang basah.
“Mata masuk habuk”
“Silly”Kami ketawa dengan alasan bodoh aku.
“Dan yang suruh kan? He afraid if I do anything stupid.”
Riak wajah wanita itu serba salah sebaik mendengar anggapanku.
“Bukan macam tu Kim. Okay,listen…first,akak memang nak tinggal dengan Kim sebab akak taknak Kim rasa keseorangan. Bila Kim betul-betul dah okay..dah kuat…akak akan pergi.Second,yes…this Is got to do with Dan. He insist me to look after you. Dan sendiri dapat pindah ke hospital sini, bila Kim buat keputusan untuk pindah ke sini. Dan is not in stable mood..and you too. I mean..both of you should sit together and having a small discussion. Heart to heart. Kim terlalu berahsia dengan kami”
Bendang padi yang menghijau aku renung lama. Satu pemandangan indah yang jarang sekali aku temui walau sudah beribu tempat aku jelajah.
“He won’t forgive me”
“Dia abang Kim. Satu-satunya ahli keluarga yang Kim ada sekarang ni. Tak mungkin dia tak maafkan Kim”
“Bukan Dan. Tapi Tengku Zariel. Suami Kim”
Suasana sepi seketika. Ini kali pertama aku menyebut namanya sebaik segalanya terbongkar. Itu juga merupakan salah satu punca kenapa Carl menjauhkan dirinya daripada aku.
“Jujur dengan akak…apa hubungan kamu berdua sekarang ni?”
Tepi jendala aku cengkam kuat. Cuba mencari kekuatan yang sudah lama berkubur.
“Dia cakap…dia akan gantung hubungan kami,kak”
Selintas aku teringat ayat terakhirnya sebaik dia menghalau aku keluar.
“Kau taknak aku lepaskan kau, kan? Baik. Tapi ingat Elliena Kamelia, mulai hari ni aku akan gantung kau tak bertali !!!”
Sekali lagi Amanda beristighfar. Aku menangis tanpa suara. Hanya titisan air mata yang dapat menyambung kata-kataku. Aku semakin tertekan dengan satu persatu ujian yang datang tanpa henti.
Rahsia terbongkar…Tindakan tengku Zariel yang mengasari sehingga mahu melemaskanku…hubungan yang terjadi tanpa kerelaan …dihalau tanpa sempat aku memberi penjelasan dan pemergian serentak arwah daddy dan mama.
Tuhan..kenapa begitu cepat kau membawa pergi daddy dan mama? Aku tak sempat memohon ampun..tak sempat berkata apa-apa. Kalaulah mereka tahu apa yang telah aku lakukan…
“Bukan salah Ariel kak. Bukan salah dia tapi Kim…Kim yang memulakan semua ni. Orang yang patut akak salahkan adalah Kim. Bukan dia..bukan orang lain tapi Kim sendiri. Kim yang patut kena hukum” Berulang kali aku berkata benda yang sama. Tubuh yang bersandar di dinding perlahan-lahan melorot jatuh ke lantai. Aku terduduk sambil dada kiri aku tumbuk berulang kali seakan-akan melepaskan kekesalan yang bukan sedikit. Khilaf yang memakan diri sendiri.
Tiba-tiba aku terbayang Tengku Zariel sedang mencengkam lengan dan mengheretku ke bathtub. Dia cuba buat aku lemas! Aku meronta menepis tangannya, mahu dia melepaskan aku.
“No..no..please! Don’t do this to me…!”
“Kim…Kim! Ni akak ni!”
“I;m begging you!”
“Hello Dan…where are you right now? Tolong datang sekarang!”
Selepas itu aku tidak mendengar apa-apa lagi. Hanya tangan yang bergerak meronta-ronta dan menepis tangan Amanda.
“I rasa you tak perlu tinggal kat sini. Tak perlu duduk sini sebab nak tengok Kim. Dia dah besar. Dia boleh jaga diri dia sendiri. Lagipun,I taknak dia menyusahkan you”
Hampir nak terjatuh rahang Amanda dengan bicara selamba Carl yang sedang mengikis karat yang berada di pintu grill halaman dengan menggunakan kikir parut.
“Carl..you sedar tak apa you cakap ni? Kim adik you tau. Satu-satunya adik perempuan yang you ada…yang perlukan perhatian you! You tengok kan apa yang berlaku tadi. She’s not in a good condition. She needs help!”
“I know what I’m doing. I know she’s still not okay but she can handle it by her own. I kenal Kim. Dari kecil lagi dia suka selesaikan masalah dia sendiri. Lagi-lagi bila dia sendiri yang cari masalah!”
“Cut this crap,Carl! Kim Cuma tersilap langkah dan takada manusia yang terlepas dari kesilapan. Kalau you terus-terusan salahkan dia,keadaan dia akan jadi lebih teruk lagi.”
Carl terdiam. Dia menarik nafas panjang.
“Look…I’m dying,Amanda. I’m dying. Arwah daddy dan mama I baru aje meninggal. Last I call mereka sebelum mereka berangkat ke Mekah. i masih ingat pesanan terakhir mereka…jaga hubungan kami adik beradik. Jangan sampai terputus. Masa tu I dapat rasa mereka tahu Kim dalam kesusahan. Dan syak wasangka I makin kuat bila mereka datang ke sini secara tiba-tiba. Sebabnya cuma satu. Tentang Kim…”
“Carl…I minta maaf atas apa yang berlaku pada arwah parents you. I sendiri terkejut..tak sangka. I tahu you dan Kim sedang bersedih tapi ia bukan satu masa yang you cari kesalahan Kim. Kita still tak tahu duduk perkara sebenar. Sepatutnya you dengar penjelasan Kim dulu”
“I know her very well. Dari kecil lagi Kim akan pastikan dia dapat apa yang dia nak. Kalau tak,dia akan memberontak sampai parents I terpaksa give up.Terpaksa ikut permintaan dia sampaikan mereka sanggup lepaskan Kim yang baru berusia belasan tahun untuk tinggal di Malaysia seorang diri. Lelaki tu….datang dari keluarga berada. Ada darah..keturunan diraja. Standard…darjatnya terlalu jauh daripada kami. Apa yang I tahu,mereka memang saling mengenali dari zaman belajar lagi. You tak fikir apa perasaan I,Amanda? I malu tahu tak bila dapat tahu adik I sanggup gagalkan perkahwinan orang lain sebab nak kahwin dengan anak orang kaya tu!”
Amanda mengetap bibir. Cuba menjana kesabaran yang semakin menipis dengan sikap keras kepala Carl. Orang jadi api,jangan sesekali jadi api juga. Nanti buruh padahnya. Hilang sudah sifat tenang Doktor Carl Daniel Damien yang dia kenali.
“I tak tahu nak cakap apa lagi untuk buat you faham Dan. Apa yang I tahu,I terpanggil untuk tolong Kim. Jangan sampai Kim yang kita kenali sebelum ni hilang. I takut bila tiba saat itu,you tak mampu berdepan. People make mistakes…you…me…everyone does. And Kim perlukan kita…”
Carl terus ditinggalkan. Agak kecewa dengan pendirian rapuh lelaki itu. Sikap berdiam diri Carl buat Amanda kesal.
Dia mendekat. Aku terus berundur ke belakang. Tersungging senyuman senget dibibirnya. Suka barangkali melihat aku ketakutan. Tubuh sudah menggigil. Bibirku terketar-ketar kerana takut.
“You..you nak buat apa lagi ni Ariel?Apa lagi yang you takpuas hati dengan i? Tak cukup dengan apa yang you dah buat sebelum ni? i..i dah penat”
“Tapi aku tak penat Kim dan aku takkkan pernah penat untuk lunaskan dendam aku kat kau. Kalau selama ni kau tak penat berhenti kejar aku…kenapa aku perlu penat untuk balas semua kejahatan yang kau buat selama ni?”
“Ariel,,,maafkan i. I betul-betul mintak maaf. I janji I takkan ganggu hidup you lagi. I akan pergi jauh dari you. Berhenti mengasari i. I sakit Ariel…I sakit”Tangisku lagi memohon simpati. Tidak kesah jika dia galak mentertawakan aku. Cukuplah asalkan dia tidak mengasariku lagi.
Tengku Zariel ketawa . Kuat dan semakin kuat. Bergema ledakannya sehingga aku semakin mengecilkan tubuh seakan-akan mahu menyorok dari bayangnya. Lebih-lebih lagi bila Puan Sri Tengku Wahida berada disebelah kanan dan kirinya pula tubuh Tengku Farizal.
“Kau tu Cuma orang biasa,,,orang kebanyakan yang tak setaraf dengan keluarga aku. Jadi, kau boleh berambus!”
“Kim sayang…kenapa kau tak pernah suka aku? Aku sanggup tunggu kau. Aku sanggup terima kau..beri apa yang kau nak lebih dari abang aku. Dia takkan terima kau…sampai bila-bila…”
“Cukup! Cukup! Pergi!!!”Aku tekup kedua-dua belah telinga. Tidak mahu lagi dengar setiap kata yang berbisa dari mulut mereka. Ia ibarat pisau belati yang menghancurkan setiap inci hati dan jiwaku.
“Ya Allah Kim! Kenapa ni? Bangun Kim!”Satu suara keras bersama goncangan tubuh yang kuat membuat bayangan dan suara mereka hilang serta merta.
Mereka tiada!
Aku tersentak dan terjaga. Terduduk bersama nafas yang tercungap-cungap. Nampak saja Amanda,terus saja aku memeluk tubuh wanita itu. Menangis teresak-esak di bahu itu.
“Cuba beritahu…Kim mimpi apa sampai menangis macam ni? Akak terkejut dengan Kim menjerit dalam tidur”
“Kim…Kim mimpi buruk tadi. Sorry sebab buat buat akak terjaga”
“Kim…ada apa-apa nak cerita dengan akak?”
Tuala bersih yang dihulur aku capai. Aku menggeleng cuba bertenang.
“Sorry wake you up. It just a bad dream. Akak pergilah sambung tidur balik. Kim dah okay. Goodnite”
Terdengar keluhan Amanda bila aku berbaring semula. Pejam mata.
“I know it’s hard between you and Dan. Walaupun akak bukan keluarga Kim tapi akak dapat rasa apa yang Kim lalui. Anggap lah akak ni kakak kandung Kim..bukan orang luar. Kimm boleh cerita apa saja dengan akak.Akak sudi mendengar. Goodnite”
Aku diam. Sebenarnya, sudah acakapkali Amanda bertanyakan perkara yang sama. Tetapi, mana mungkin aku boleh menceritakan semuanya kerana tiada satu pun kenangan manis yang aku miliki sebaik menjejakkan kaki ke dalam kehidupan Tengku Zariel.
Mcm yg sy ckp…prolog dan ke atas makin heavy n depress ya..
Share this novel