BAB 37

Romance Completed 199367

BAB 37

Aku singgah ke MPH mahu membeli buku cerita dan alat muzik kanak-kanak. Kata doktor, ibu perlu rajin berbual dengan anak untuk merangsang perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
 

“Puan kena rajin berbual dengan bayi, bermain, membacakan buku cerita,banyakkan berzikir dengan bayi. Walaupun masih dalam kandungan, sangat positif untuk perkembangan bayi.”
 

Nasihat Doktor Syura masih tersimpan kemas ketika aku membuat checkup ketika usia kandunganku empat bulan. Perasaan gembira dan teruja bercampur menjadi satu. Tidak sangka tidak lama lagi aku bakal bergelar ibu walaupun pada mulanya aku agak tertekan.

Malah, sejak dimaklumkan aku hamil, aku agak lasak bergerak ke sana sini mahu mencari kerja sehingga dilarang keras oleh Amanda dan keluarganya. Mereka tidak mahu aku bekerja dahulu sampailah aku bersalin. Jika aku tidak bekerja, siapa yang mahu menanggungku?
 

“Ariel pernah bagi nafkah dekat Kim sepanjang dia jadi suami Kim? Kalau ya pun dia gantung kamu tidak bertali, dia kena ingat kamu masih tangungjawab dia, amanah dia!”
 

Sungguh aku tidak tahu bagaimana mahu membalas bila Haji Rahman menyoalkan perkara itu. Jika aku memberitahu, sama seperti aku membuka aib kami berdua. Itu belum lagi jika mereka dapat tahu kami berdua tidur secara berasingan.

Ada juga mereka mahu bersemuka dengan Tengku Zariel mahu memberitahu tentang kandunganku tapi aku melarang keras. Menangis aku merayu kerana tidak mahu menyukarkan keadaan. Amaran terakhir Tengku Zariel masih aku ingat dan aku sendiri sudah berjanji tidak akan menganggunya lagi.

 
Kemudian, aku masuk ke dalam pakaian bayi. Walaupun masih tidak tahu jantina bayi, tapi hatiku kuat mengatakan anak dalam kandunganku,anak lelaki.
 

“Mummy tahu sayang anak lelaki. Anak lelaki mesti kuat sebab besar nanti kena jaga mummy. Kalau anak perempuan, pun kena kuat juga. Tapi yang penting, kena pandai memasak bila dah besar nanti” Aku ketawa pedih.
 

Ketika sedang asyik memilih pakaian, aku terpandang akan sepasang suami isteri yang tidak jauh daripadaku sedang memilih pakaian. Pasti untuk bayi dalam kandungan isterinya yang sedang sarat. Aku perhati para pengunjung yang berada di dalam kedai pakaian ini. Rata-rata mereka datang berpasangan. Aku mengigit bibir, cuba menepis perasaan ngilu yang datang menyapa. Melihat isteri ditemani suami di klinik, bersama-sama memilih pakaian untuk anak mereka bersama riak bahagia yang terpacar di wajah masing-masing sedangkan aku?
 

‘Cukuplah bermimpi,Kim. Dia sendiri tidak tahu tentang kewujudan anak ini. Jadi, apa lagi yang kau harapkan?’
 

Aku memilih beberapa helai pakaian bayi lelaki sebelum membawanya ke kaunter. Melihatkan kebanyakan si suami yang membayar, sekali lagi aku menghela nafas berat. Ada satu perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran bila aku memulakan rancangan ini, bagaimana jika aku memang memerangkap Tengku Zariel dan aku hamil di awal perkahwinan kami? Bagaimana nasibku sedangkan tiada sesiapa yang tahu statusku. Silap-silap orang akan mengatakan aku hamil sebelum kahwin. Mungkin saja aku dihalau keluar, diberi pampasan untuk menutup mulut?
 

‘And it is too late too apologize’
 
 
 
 
 
 
Selesai sahaja menunaikan solat Isyak, aku duduk berlunjur kaki di atas katil dengan telekung masih tidak ditanggalkan. Aku bersyukur ditemukan dengan keluarga Amanda. Mereka mengajarku mengaji dan solat. Kadangkala mereka solat berjemaah di sini ataupun jika aku tidur di rumah mereka.
 

“Kim tidur rumah keluarga akak jelah. Tak perlu menyewa. Sekurang-kurangnya, bila akak tak ada, keluarga akak boleh tengokkan Kim. Lagipun Kim tengah mengandung, tak elok tinggal seorang diri. Kim ikut akak ,ya?”
 

Teringat perbualanku bersama Amanda ketika aku disahkan hamil. Entah kali ke berapa dia mengajakku. Bukan dia saja tapi Haji Rahman dan Hajah Salma pun sama..kecuali Carl. Aku masih ingat ketika aku mencuri dengar perbualan dia dan Amanda. Carl tidak mahu aku menyusahkan teman wanita dan keluarganya. Sebab itu aku menolak permintaan Amanda. Cuma sesekali sahaja wanita itu akan tidur disini.
 

Aku menyentuh perutku dan membaca surat Maryam dan  surah yusuf. Itu pun aku terdengar ketika sedang menunggu di klinik bila si suami menyentuh perut isterinya, meeletakkan kepala di perut itu dan berzikir sesuatu. Terus aku bertanya kepada Hajah Salma. Saat ini terbayang jika aku yang menjadi si isteri itu. Bahagia dan teruja yang boleh berkongsi dengan suami.
 

“Nanti bila baby dah keluar, takkan ada daddy yang azankan sayang. Tapi mummy ada,mummy akan temankan sayang,sayang dengar suara mummykan. Kejap, mummy cuba dengarkan suara daddy” Suaraku lembut sambil mencapai telefon. Lenguh tanganku mencari gambar atau rakaman yang bersangkut paut dengan Tengku Zariel.
 

“Hmm…tak ada lah,sayang”Tidak semena-mena air mataku mengalir.

Ya ,tiada! Tiada satu pun rakaman atau suara Tengku Zariel ditelefonku kerana kami berdua bukan sepasang suami isteri yang lain. Hatta, aku tidak pernah menghantar pesanan atau menghubunginya kerana dia telah ‘block’ nomborku.
 

Gambar?

 
Aku menunjukkan gambar yang aku sempat ambil secara candid ketika lelaki itu tengah tersenyum ketika sedang menunggu hari bahagianya. Tampak kacak dan segak dengan sepersalinan baju Melayu. Senyuman yang terus pudar saat Tengku Zariel menggengam tangan tok kadi dan menyebut namaku.
 

‘Ni muka daddy bila dia senyum. Handsome kan? Tapi kalau rambut daddy macam ni, kalau tak garang memanjang! Kalau sayang lelaki,  mesti ikut muka mummy. Kalau perempuan, ikut muka daddy tau tapi jangan garang macam daddy” Ketawaku lirih.
 

Tidak mahu ketandusan dalam kesedihan yang bertandang, aku mencapai dua botol putih yang aku simpan didalam laci. Setiap satunya aku telan sebelum memejam mata. Hanya ini saja satu-satunya cara yang cepat untuk aku tidur tanpa mengalami mimpi ngeri.
 
 
 
 
 

 
“Kak,kenapa bawak Kim kat klinik ni?”Soalku lemah,tangan asyik memegang kepala. Mata pun terasa berbalam-balam tapi aku masih nampak perkataan yang terbias pada papan LED bertulisan merah dan putih itu. Satu tempat yang mahu aku elak sebenarnya. Aku yakin waktu sebegini memang dia sedang bertugas.
 

“Hello, cik adik. Tak tengok ke sekarang pukul berapa? Almost 12 am okay. Mana ada klinik yang bukak lagi waktu macam ni kecuali hospital”
 

“Perut je rasa lain tapi tak membuang pun. Agaknya makan banyak sangat kot”
 

“Mesti baby ni taste dia tinggi. Tekak western 24 jam. Patutlah mummynya pagi-pagi lagi nak makan spaghetti, lasagna waktu tengahari ni tadi telan pizza sampai 6 keping!”  Gelak Amanda. Aku turut ketawa sama. Betul-betul ikut selera aku rupanya.Tengah malam  aku dah mengidam nak sarapan spaghetti,tak gila namanya? Yang peliknya aku tidak berasa mual dan muntah-muntah seperti kebanyakan wanita hamil yang lain. Hanya mengidam tidak kira masa. Ini pun tetiba saja aku sakit perut. Bimbang ada perkara yang tidak diingini terjadi pada kandunganku,terus Amanda berkeras nak bawa ke sini. Nasib esok dia off day.
 
“Kalau Kim tak rasa tak sedap badan,nak ke klinik bagitahu akak. Tak pun kalau akak tak boleh,Kim call abah mintak tolong hantar. Kan abah ada pesan kan”
 
“Kim taknak menyusahkan sesiapa. Kedatangan Kim kat sini dah cukup menyusahkan semua orang…”Balasku perlahan.
 

“Kim…”

 
“Satu masa nanti akak akan pergi. Kim takut Kim tak biasa bila Kim sorang nanti. Kim kena biasakan diri juga…from now. Sooner or later I have to take care my own self without anyone help” Potongku laju. Aku tahu apa yang Amanda akan cakap dan aku sudah bosan. Aku hargai pertolongannya tetapi aku tidak mahu berlebihan. Dia juga sudah banyak membantuku. Malah, lebih dari cukup.

 
“Kenapa bawak dia kat sini?”

 
Tertunduk aku mendengar soalan itu. Keras nada suaranya tanda dia tidak senang dengan tindakan Amanda bawa aku ke sini.
 

“Kim rasa tak sedap badan. Dah ini aja hospital yang terdekat! You nak kami pergi mana lagi?” Geram Amanda membidas.
 
Carl mendengus kurang senang. Dari nada dan reaksinya juga sudah sedikit banyak mengguris hatiku walaupun aku aku sedar semuanya bermula dari kekhilafan ini.

 

“You boleh call I kan? I boleh datang dekat rumah. Boleh check dekat rumah. Tak perlu datang sini pun tak apa. Lagipun I taknak Kim menyusahkan you”
 

“Kim tak susahkan I pun. I yang berkeras nak bawak dia ke hospital terus. Dia mengadu sakit kat bahagian perut,takkan I nak biar kan je? Kalau apa-apa jadi kat baby macam mana?”
 

Lengan Amanda aku sentuh. Dia menoleh dan aku menggeleng perlahan. Sebagai isyarat tak mahu mereka berdua brgaduh kerana aku. Rasanya sudah banyak kali mereka bertengkar setiap kali aku menjadi topik utama.
 

“Give me a call then. Lepas ni I tak nak you bawak Kim ke sini. Apa I nak jawab kalau kawan-kawan I tahu? Apa I nak jawab kalau mereka tanya mana suaminya? I malu nak cakap adik I mengandung tanpa suami!”
 

Mendengarkan itu, aku mencapai tas tangan dan berlari meninggalkan mereka berdua. Panggilan Amanda aku tidak hirau. Aku berhenti di satu sudut di koridor yang sunyi sepi. Tangan menyentuh permukaan dinding,cuba untuk menampung tubuh yang terasa lemah. Hilang sakit perut yang melanda kerana terpaksa menelan pedih hinaan dari abang kandung sendiri.
 

Aku akui hubungan kami adik beradik memang tidak pernah baik terutama sekali bila aku berkeras nak menetap di Malaysia dan meneruskan impian untuk menjadi seorang perancang perkahwinan. Namun di saat getir seperti ini,aku amat memerlukan sokongan dan perhatian Carl sementelah dia satu-satunya saudara kandung yang aku ada. Tapi aku sedar, kesalahan yang aku buat bukan kecil. Cukup besar sehingga dia menidakkan ikatan antara kami.
 

“Macam mana nak betulkan keadaan kalau kau penyebab daddy dan mama mati! They die cause of you!”

 
Terngiang-ngiang kembali ayat Carl. Perlahan-lahan tubuhku melorot jatuh. Aku terduduk di lantai tidak mempedulikan beberapa jururawat yang lalu lalang. Aku menekup mulut cuba menahan perasaan sebu yang bertalu-talu mengasak dada namun akhirnya tangisanku pecah jua. Mata dan muka habis kemerahan.
 

“Daddy…mama…tolong…peluk Kim sekarang. Kim rasa kosong..Kim penat”
 
 
 
 
 

 
Kuala Lumpur…(POV TENGKU ZARIEL)
 
 
Larian tetap dalam momentum yang biasa. Tidak terlalu laju. Tidak terlalu perlahan. Peluh sudah lama merembas dan membasahi bajunya. Lagu Worth It yang berdendang ditelinga makin membuat dia bersemangat. Tidak berasa letih. Lagipula setiap minggu dia pasti pergi jogging. Bulan depan sudah bermulanya Ramadhan. Jadi pasti dia tiada kesempatan untuk kesini lagi.

 
Larian Tengku Zariel mulai perlahan apabila matanya terpandang akan satu selokoh trek jogging di hadapan. Hatinya seperti dicuit akan sesuatu. Satu perbuatan yang sering buat dia berang. Malas mahu memikir perkara yang buat dia runsing sejak beberapa bulan yang lepas,Tengku Zariel kembali dengan rentaknya.
 

“Hai!”

 
Tengku Zariel menoleh dan tiba-tiba sahaja dia keluar dari laluan seakan-akan mengelak daripada dirempuh oleh seseorang sehingga dia jatuh terduduk. Tengku Zariel mendesis sebelum mendongak. Seorang gadis berbangsa cina itu terpinga-pinga dengan tindakannya.
 

“Encik…are you okay?”Soal gadis itu.
 

Tengku Zariel tidak menjawab sebaliknya dia memandang sekeliling.

Dia tiada. Ya Allah…dah kenapa dengan aku ni?

Baru Tengku Zariel nak bangun,terdapat sepasang tangan menghulur ke arahnya. Wajah diangkat. Lambat-lambat dia menyambut. Gadis berbangsa Cina tadi sudah berlalu.
 

“Dah okay,bro?”

 
“Kau….”

 
“Herman…Tengku Zariel kan?”

Mereka berjabat tangan. Pertemuan pertama mereka berlaku dalam situasi yang teruk. Kedua pula kekok dan kali ini..entah mengapa tiada lagi perasaan benci yang melingkar di hati sebelum ini.
 

“Aku rasa aku tak pernah mintak maaf dekat kau…”

 
Wajah Herman dipandang. Tidak sangka mereka boleh duduk bertenang seperti sekarang ini. Tidak seperti pada kali pertama mereka berjumpa. Dalam satu situasi penuh benci dan dendam.

 
“Lepas apa yang dah berlaku,kau rasa maaf kau akan diterima?”
 

Herman ketawa kecil mendengarnya. Dia menggeleng sambil melepas keluhan berat.
 

“Tak,tapi tak salah mencuba kan? Aku tahu kalau aku mintak maaf,sujud,melutut kat kaki kau sekalipun kau takkan maafkan aku dunia akhirat. Sampai sekarang aku masih kesal…menyesal dengan apa yang aku buat dekat kau dan Iman. Setiap kali aku pandang Iman,aku akan rasa serba salah dan menyesal yang teramat sangat.”
 

“Bukan kau sorang rasanya kan…? At least kau mintak maaf jugak. Bukan macam yang seorang hamba Allah yang terang2 buat salah, tapi tak pernah ada perasaan menyesal dekat muka dia!” Tekan Tengku Zariel.
 

“Ariel,Kim…”
 

Lima jari dikembangkan tanda dia tidak mahu mendengar nama itu lagi. Sekali lagi Herman mengeluh.
 

“Aku taknak dengar nama dia lagi. Dia dah berakhir dalam hidup aku sebagaimana aku berakhirnya ingatan aku pada Iman. Susah aku nak maafkan kau tapi…aku sendiri ada buat salah dekat kau. Aku tak sepatutnya ganggu Iman lagi sebaik saja dia sah jadi isteri kau. Berdosa masih simpan perasaan pada isteri orang walaupun sekadar mengingati”
 

Mata mereka tegak memandang hadapan. Memandang tenangnya air Tasik Titiwangsa ini yang langsung tidak bergelora walaupun angin berbuai kencang. Lama mereka membisu sebelum suara Herman kembali kedengaran.
 

“Aku tak salahkan kau Ariel. Kalau aku berada ditempat kau pun aku akan merasai perkara yang sama. Aku kesal dengan dosa yang aku dah buat tapi pada masa yang sama aku bersyukur bila Iman maafkan aku. Walid dan umi terima aku seadanya walaupun aku dah terangkan semua perkara yang sebenar”
 

Tanpa sedar,bibir Tengku Zariel terukir senyuman yang sukar Herman tafsirkan. Lebih-lebih lagi bila jejaka sebayanya itu ketawa.

 
“Herman..Herman..cara kau cakap macam kau seorang je yang salah. Macam kau sorang yang buat kerja bodoh tu padahal kau ada rakan yang sanggup korbankan diri dan maruah dia sendiri!”Kutuk Tengku Zariel dengan sinis. Lucu bila mengenangkan Herman sedari tadi asyik menyalahkan dirinya seorang walhal dia ada rakan yang membantunya sekali!
 

“Ariel…sebenarnya itu idea aku”

 
Mendengarkan itu,perlahan-lahan tawanya mati.

 
“Apa maksud kau?”
 

Herman tunduk mengusap kepala seakan-akan terasa berat dan besar kesalahan yang perlu digalasnya seuumur hidup. Mana ada manusia yang mudah memaafkan kesalahan yang dibuatnya bersama Kim? Nak tak nak, Tengku Zariel perlu tahu perkara yang sebenar walaupun dia yakin lelaki itu tak mungkin nak percaya.
 

“Aku yang cadangkan idea untuk buat Iman ditangkap basah supaya perkahwinan kau dengan Iman tak jadi supaya Kim yang jadi pengganti. Aku optimis plan kami berjaya sebab keluaga kau sanggup buat apa saja untuk tutup maruah dan reputasi keluarga terutamanya Qalesh holding. Bila Kim dapat tahu kau nak kahwin dengan Iman,dia tak boleh terima,dia hampir giveup dan aku yang volunteer untuk tolong dia. Kim tak tahu plan aku sampailah bila orang upahan aku berjaya culik Iman. Kepada Kim,aku cuma beritahu yang dia perlu cari jalan untuk masuk kerumah kau dan siapkan diri”
 

Tajam renungan mata Tengku Zariel menikam raut serba salah Herman. Mulutnya sedikit terbuka untuk berkata sesuatu namun tiada apa yang keluar. Dia kembali menoleh hadapan.
 

“Ariel , aku tahu kau tak akan percaya sebab aku tahu ia takkan dapat mengubah apa-apa keadaan. Tapi aku Cuma nak beritahu yang aku korbankan diri untuk Kim kerana cinta. Kerana cinta ,aku sanggup buat kerja bodoh tu…semata-mata untuk lihat Kim bahagia.”Dihujung ayat suarra Herman bergetar kerana sebak.
 

“Jadi kau tengok Kim bahagia…dengan aku?”Soal Tengku Zariel mendatar.
 

Herman terdiam.

 
“Tak bukan?Jadi kau rasa berbaloi pengorbanan kau? Puas bahagia di atas penderitaan orang lain? Puas hati kau?!!”
 

“Aku lebih kesal bila aku bahagia diatas penderitaan Kim,bukan kau!”
 

Kali ini kedua mereka berhadapan sesama sendiri dengan nafas yang tertahan-tahan kerana amarah yang bersarang didada.
 

“Betul apa yang Iman cakap,kau sukar nak tunjukkan perasaan sendiri. Perasaan kau yang sebenarnya. Mulut kata lain,tapi hati kata lain”

 
“Eh,Herman. Apa yang kau cuba sampaikan sebenarnya? Kau nak tahu apa perasaan aku sekarang? Bahagia! Bahagia sebab perempuan yang bernama Elliena Kamelia dah pergi dari hidup aku!”
 

Herman ketawa nipis. Dia menggeleng laju.
 

“Kalau kau bahagia sebab dia pergi,kenapa kau still ingat dia? Kau ingat aku tak nampak apa yang berlaku tadi? Kau sebenarnya teringat yang Kim sengaja langgar kau setiap kali kau lalu dekat selekoh tu kan!” Kata-kata Herman berjaya membuatkan Tengku Zariel terkesima. Sungguh kali ini dia tidak mampu membalas.

 
“Kenapa kau diam? Sebab semuanya betul kan? You feel empty..you feel lost because she’s gone. Dah lah Ariel, berhenti membenci dia sebab kau cuma sakitkan hati kau sendiri. Aku bukannya baik,Ariel. Benda yang aku buat tu jahat,kejam tapi kau lebih kejam sebenarnya. Cuma kau yang tak sedar. Kau berlagak macam kau tak pernah buat silap,bersih suci dari segala dosa. Kau patut lepaskan dendam kau pada aku Ariel,bukan Kim! Kau pun dulu bukan seorang lelaki yang baik begitu juga aku. Aku tahu kisah lama kau Ariel tapi Kim tak dan walaupun dia tahu,dia tak pernah pandang hina dekat kau. Aku tahu selama ni kau pandang Kim perempuan yang teruk,hina,keji tapi zahirnya kau nampak begitu. Ni,hati dia….”Herman menyentuh dada kiri Tengku Zariel. Ditekan kuat.
 

Sungguh jiwa lelakinya tersentuh setiap kali berbicara tentang kawan baiknya itu.
 

“Hati dia lebih baik….suci…bersih dari kau. Banyak yang kau tak tahu tentang Kim dan aku tak pernah salahkan kau sebab kebencian kau terhadap dia tak pernah pudar. Kim tak pernah mengadu yang bukan-bukan tentang kau. Sikit pun tak! She loves you…she don’t deserve  you not because of your hatred but the real is…her heart belong to someone who knew to appreciate her…her love. Aku harap kau sedar sebelum terlambat. Assalamualaikum”
 

Herman bangun sebelum meninggalkan Tengku Zariel yang terdiam kaku disitu. Dia tahu, katakan lah apa sahaja tidak akan mengubah keadaan. Kim sudah pergi dan tidak akan mungkin wanita itu berpatah kembali.

 
‘Kim…walau dimana jua you berada, I doakan you temui ketenangan dan kebahagian yang you cari. Tapi I sini, masih mengharapkan akan ada sinar bahagia you bersama Ariel’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience