BAB 49
“Hangpa dua ni memang tak suka bercakap ka? Dari tadi dok diam ja…”
Aku dan Tengku Zariel saling berpandangan sebelum masing-masing membuang pandang. Tengku Zariel tegak fokus dengan pemanduannya. Aku yang kelam kabut tetiba gatal tangan naikkan volume radio sebelum cepat-cepat turunkan kembali.
Oh Kim..apa kau buat ni???! Makin malu bila terdengar nafas lelaki itu cuba tahan ketawa.
“Nanti hang belok kanan naa dekat simpang depan tu. Rumah dia depan belakang sawah padi. Kalau nampak Che Ta dok melangok berkumbah lumpur tut u lar rumah dia.”Beritahu Haji Rahman.
Plan semalam Cuma Hajah Salma dan Haji Rahman tumpang tidur di rumah sebab mahu jumpa rakan di Alor Setar tapi entah macam mana kawan Haji Rahman sebenarnya berada di Yan Kedah. Rupa-rupanya semalam mereka berdua datang menaiki bas dari Sungai Petani ke sini. Jadi,disebabkan jauh,Tengku Zariel sendiri yang pelawa nak hantar mereka berdua ke situ sebelum ke Sungai Petani.
Dan aku? Mestilah terpaksa ikut. Ya Allah…kenapa semakin kau cuba dekati kami sedangkan hubungan ini tiada kepastiannya?
“Che Ta? Pelakon tu ke?”
“Bukan…kerbau”
Meledak keras ketawa kami sampai merah muka. Kot ya pun kalau minat Rozita Che Wan ,takkanlah nak disamakan dengan kerbau?
“Lama hang cuti Ariel...siapa ganti tempat hang kalau hang tak dak?”
“Farizal…”
Kedua belah tangan aku genggam erat. Bermain sesama sendiri. Ini kali kedua aku dengar sebaris nama yang hampir mencalit sejarah hitam dalam hidup aku.Aku tahu apa yang menimpanya sebelum ini tapi bila namanya disebut,aku jadi tak keruan.Ingatan lalu cuba nak mendesak keluar untuk jadi bayangan. Cepat-cepat aku berbisik,mengalunkan zikir.
“Tak tahu pulak hang ada adik lelaki. Kim takdak sebut…”Aku tersenyum kelat pada Hajah Salma yang duduk dibelakang tempat duduk Myviku. Tiada siapa yang perlu dipersalahkan kerana aku tak pernah cerita.
“Tak apa umi. Lagipun Izal dengan Kim bukan rapat, jarang jumpa. Izal pun bukan tinggal dengan kami.”
Tengku Zariel jawab bagi pihak aku kah? Atau dia bimbang aku beritahu tentang Tengku Farizal? Tapi aku sudah lupa tentang itu. Memori pahit dan hitam.?
“Alhamdullilah..sampai jugak kita akhirnya. Mai lah masuk dulu Ariel. Rehat dulu. Sat nanti lepas asaq kita balik naa…”
Aduh ! Lepas asar? Sekarang baru pukul 11 pagi. Apa kami nak buat dekat sini sampai petang?Bukannya aku kenal pun kawan lama abah.Aku pandang Tengku Zariel disebelah. Wajahnya tetap tenang. Aku hairan, kerana aku tidak pernah melihat dia boleh bertenang dalam tempoh yang lama.
“Kenapa tak turun?”Soalnya tanpa sempat aku bukak mulut terlebih dahulu.
“Hmm….awak…”Belum sempat aku habiskan kata,jari telunjuk Tengku Zariel tepat ke bibirku,tubuhnya dirapatkan. Aku tercengang. Mujur Haji Rahman dan Hajah Salma sudah keluar dari kereta.
“Abang…panggil aku abang. No more ‘Tengku’,’saya’ ;awak’,. Cuma ‘Kim’ dan ‘Abang’.”Bisiknya sambil kenyit mata sebelum melangkah keluar.
Semalam sayang..hari ni abang? Aku yang gila….atau Tengku Zariel yang tak waras? Tapi bukan sama gila dengan tak waras?
Ketukan bertalu-talu dicermin kereta oleh Tengku Zariel memaksa aku keluar. Sepanjang jalan itu aku sekadar tunduk,tak mampu nak menatap wajahnya. Baru beberapa tapak aku mendekati rumah yang agak besar itu,langkah aku mati sebaik ternampak seraut wajah yang aku kenali sedang bersalaman dengan abah.
Oh no…apa lagi ni???
Dari kejauhan,aku tersenyum melihat jejaka tinggi lampai itu asyik bermain-main dengan orang-orang yang berada ditengah sawah padi yang luas ni. Sawah padi yang menghijau, himpunan lalang yang meliuk ke kiri kanan dibuai angin, burung merpati yang terbang rendah hingga mencecah air sungai yang mengalir disegenap pelusok kawasan ini dan ditambah dengan keriuhan anak-anak kecil bermain serta kerbau dan lembu yang asyik sibuk berkubang dalam lumpur.
Kehadiran seseorang buataku kembali tak senang duduk. Gelisah. Baru nak tarik nafas yang berasa sesak sepanjang duduk dalam rumah tadi.
“So, he’s the one ?”Soalnya tegak memandang ke arah yang sama. Kea rah Tengku Zariel yang asyik berselfie dengan orang-orang. Entah apa dipakaikan aku tak tahu.
“Saya tak faham. Kenapa?”
Hakimi tertawa kecil. “Tak faham atau pura-pura tak faham? Kenapa awak tak terus terang dari awal ?”Suaranya berubah serius. Aku tegak berpaling mengadapnya.
“Ia bukan perkara mudah bagi saya”
“Susah sangat agaknya nak terus terang yang awak ni sebenarnya isteri orang. Hairan,Dr Carl pun tak ada beritahu saya tentang status awak.”
“Not his fault,Dr Hakimi. Not his fault. I’m the one who you should blame on…”Pintaku lembut meminta maaf. Sungguh aku tidak menyangka Hakimi merupakan cucu kepada rakan Haji Rahman disini. Aku tahu dia pernah cuba merisikku melalui Carl dan juga ibunya. Rajin dia berbual denganku tiap kali ternampak aku sedang bersihkan halaman luar. pernah juga kami keluar bersama dengan Carl dan juga Amanda. Banyak kali dia ajak keluar sama tapi aku tolak. Tak mahu dia terus mengharap sehinggalah dia nampak kelibat Tengku Zariel dirumah. Aku yakin juga, dia yang memberitahu kepada Mak Cik Senah tentang hal itu.
“Saya tak pasti saya sanggup nak salah kan awak,Kim.Hati saya tak sanggup”
Terkalih wajahku ke arahnya. Belas melihat air mukaku yang begitu kecewa dengan satu fakta yang baru dia tahu. Daripada aku masuk ke rumah kawan abah tadi,aku tak sanggup tengok reaksi Hakim bila dapat tahu tentang status aku dan Tengku Zariel. Mujur Mak Senah tak ada kat sini. Tapi esok lusa macam mana pulak? Sudahlah kami berjiran! Selama mana aku dapat mengelak dari bertembung dengan mereka? Sebelum ini pun wanita itu suka mengenakan aku dengan Hakimi kerana menganggap aku seorang janda.
“Jadi selama ni saya suka pada seorang wanita yang bergelar isteri orang?”
“Saya mintak maaf. Bukan niat saya nak rahsiakan status saya.”
Hakimi letak jari telunjuk dibibirnya,tersenyum. “Kim,please…don’t. No need to say sorry. Everything happened for a reason. Mungkin jodoh kita sebagai kawan saja.Jangan risau pasal pasal mak saya,saya tahu macam mana nak handle. Jaga diri baik-baik Kim. Saya doakan kebahagiaan awak”
Hakim mengorak senyuman sebelum dia berlalu namun jelas tawar di mataku. Aku tahu dia begitu terluka namun apa yang aku mampu buat. Sesuatu yang aku tidak dapat menghalang. Sama seperti apa yang berlaku pada diri ini. Perkara yang sukar apabila melibatkan soal hati dan perasaan. Aku alih pandangan melihat Tengku Zariel yang menuju ke arahku. Sukar aku menebak apa yang bermain di fikiran melalui wajahnya.
“Dia nak apa?”Tersentak aku dengan soalan Tengku Zariel.
“Err,tak ada apa. Saja berbual. Dia anak Mak Cik Senah,jiran sebelah rumah saya”
“Tahu. Hari tu dia nampak abang masuk rumah Kim. Dia yang bagitahu kat mak dia yang garang tu”
Abang? Uhuk! Terbatuk aku sampai berair mata.
Tengku Zariel menahan senyum sambil mengeleng . “Kenapa? Abang salah cakap ke?”
Aku geleng. Ambil nafas sekejap dan hembus perlahan sambil memandang sekeliling. Tangan aku genggan kuat.
“Awak.. Tak ada sesiapa kat sini kecuali kita. Awak tak perlu guna panggilan macam tu dekat saya atau depan orang lain”
Dia makin dekat menghampiriku sehingga hanya beberapa inci jarak diantara kami. Debaran di dada usah dikata. Aku turunkan anak mata ke lehernya,tak mampu bertentang mata.
“Kalau abang nak jugak…macam mana? Abang tahu…Kim pun nak panggil abang macam ni…dari dulu lagi kan?”Dia menongkat daguku. Aku akur.Dia tersenyum manis sedangkan aku kaku membeku. Tiada reaksi diwajahku.
Abang…satu panggilan yang aku ingin dengari dari mulutnya sebaik kami bergelar suami isteri. Satu panggilan yang aku mahu panggil khas untuknya namun sepanjang tempoh perkahwinan kami,tidak pernah aku gapai impian itu apatah lagi mendengarnya. Hanya panggilan dan bahasa kasar yang menjadi perantaraan antara kami berdua..
“Betul kan…? I know you want hear it from me. Dari dulu lagi tapi abang tak pernah inginkan semua tu. Abang terlalu jahil dan kejam masa tu. Abang buta,tak tengok cinta dan pengorbanan Kim. Maafkan abang”Rintihnya sambil mengusap lembut wajahku. Sesak nafasku dengan tingkah dan suaranya. Aku pejam mata bila dia semakin dekat,dekat dan…”
“Ehem!!! Kot ya pun nak buat telenovela, jangan dekat sini please. Tak elok budak-budak tengok. Mai masuk,makan tengahari”
Kami terus menjarakkan diri dan berpaling kea rah Doktor Hakim yang tersenyum pahit namun aku tahu hatinya sedang retak seribu ketika ini.
“Dia jealous….” Mati langkahku bila Tengku Zariel berkata begitu.
“Kenapa pulak?”
“Hanya lelaki yang tahu apa yang bermain difikiran lelaki lain. Trust me!”Ujarnya selamba sambil kenyit mata kearahku.
Oh Tuhan !
“Kak, awat lambat sangat? Lembiklah akak ni. Tengok,mana nak naik layang-layang akak”Anak saudara Doktor Hakimi merungut sambil ketawa riang dengan rakan sepermainannya yangg lain. Habis lecun baju mereka penuh dengan air dan lumpur kerana berendam dengan kawan sejati mereka si kerbau milik kawan Haji Rahman tu.
Aku mencebik. Bengang bila diperlekehkan oleh anak kecil.
“Sabar boleh? Akak tengah warm up ni okay….”
Ketawa mereka lagi.
“Buekk! Akak lembik,tengok kami lari …mesti layang-layang kami naik tinggi.”Serentak itu mereka lari laju di kiri dan kanan aku yang terkial-kial cuba nak terbangkan layang-layang ini. Aku lari bagai nak mati sekalipun, layang-layang itu tetap terhuyang hayang macam orang mabuk.
“Akak lembik! Akak lembik! Kerbau pun lari laju tau!”Jerit pekik kanak-kanak itu buat aku bertambah geram dan tercabar. Lagi bengang bila melihat layang-layang mereka terbang berayun di atas langit. Cantik seperti seekor burung yang sedang meneroka alam ciptaan Allah. Aku punya? Macam seekor burung yang terbang tanpa sayap!
“Aku nak kalah dengan budak kecik? No way! Ini Kim lah..nothing impossible!” Aku mendebik dada,menarik nafas panjang lalu terus mengorak larian. Perlahan dan makin laju. Aku berlari sambil mendongak ke langit, dan terjerit kepuasan bila melihat layang-layangku terbang tinggi, cantik beralun dibawa angin. Tiba-tiba….
“Argh!”
Buk !!!
Aku terlanggar badan seseorang sebelum terjatuh ke dalam sungai cetek yang penuh dengan lumpur dan juga segorombolan kerbau.
Habis semua! Basah lecun,lumpur,lumut…semua melekat! Terpejam-pejam mataku kerana air lumpur yang masuk ke mata. Yuckk!
“Ni lumpur ke simen keras semacam je! Ya Allah…sakit badan aku….”Rengekku sambil menggunakan siku untuk bangun namun erangan seseorang buat mataku terbeliak. Aku pandang ke bawah….
“Badan tu berat tulang ke berat batu???”Suaranya tertahan-tahan dengan muka yang merah padam. Walaupun tersalut tompokan lumpur diwajahnya tapi aku tahu Tengku Zariel sedang menahan kesakitan yang amat. Ah,malunya!!!
“Sorry! Saya tak sengaja…”Kelam kabut aku cuba bangun namun tak boleh bila tangannya melekap kemas di pinggang. Sungguh dekat kedudukan kami sampai aku rasa badanku melekat dengan tubuh sasanya. Aku cemas.
“Awak,please…saya nak bangun. Nanti orang nampak macam mana?”
“Biarlah orang nampak. Apa salahnya? Lagipun…siapa yang salah sekarang ni. Abang ke Kim? Siapa yang tak nampak siapa?” Bibirnya tersungging senyuman mengejek.
Aku mengetap bibir,sedar aku yang salah. Aku cuba meronta nak lepaskan diri kerana lemas dengan renungan mata tajamnya. Renungan yang berjaya mengetuk pintu hati ini tanpa penat.
“Okay,look…Memang saya salah. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi. Saya betul-betul tak perasan awak ada kat situ. Sumpah!”
“Nope. I don’t buy it but I have one interesting offer and I’m sure you gonna love it”
“Apa nya? Cepat awak…saya malu ni. Kerbau tu pun dari tadi dok jeling sini!”
Serentak itu kami berpaling pada seekor lembu betina yang terkembang-kembung hidungnya melihat kami. Apa dia fikir kami sama spesies ke?
Tengku Zariel galak ketawa sampai terbatuk-batuk dia.
“Okay stop. Jangan nak ubah topic. Offer abang senang dan simple je. Hug me…tight”
Terbeliak luas mataku mendengarnya. Gila! Aku geleng laju. Makin kuat dia mengemaskan pelukannya. Makin laju jantungku berdegup merasa hangat sejuk badannya.
“Tak nak ke nak? Betul tak nak? Rugi kot. Bukan senang abang nak offer macam ni, Sehari sekali je. Okay Fine…kalau Kim tak nak tak apa,biar abang yang buat. Is that okay with you?”
“No!”Aku geleng tapi Tengku Zariel tetap dengan gelaknya sebelum dia memegang kepalaku.Aku tak boleh gerak. Anak mata kami bersabung. Redup matanya buat aku terpukau,lemas dan….
“Eiii….akak dengan abang buat apa tu???!!!”
Serentak kami menoleh.Oh no! Melopong luas mulutku melihat mereka semua berada di tebing sungai sambil tersenyum-senyum. Tak sedar aku kelam kabut bangun sambil menyiku perut Tengku Zariel untuk bangun.
Bukan setakat kanak-kanak yang aku bermain tadi tapi semua! Diulangi…semua! Ada Haji Rahman, Hajah Salma,pasangan suami isteri kawan Haji Rahman dan juga Doktor Hakim.
“Hampa dua ni dah tak ada tempat lain ka nak beromen sampai siap ajaq kerbau lagi? Tu rumah Imam Ali banyak bilik kosong. Hangpa pilih je nak mana satu.Tang besaq ka tang kecik…”Berderai ketawa mereka yang lain.
Aku hanya tunduk dengan malu yang bukan sedikit. Dahlah badan bau kerbau,bau lumpur,kena gelak lagi tu dan hanya Allah yang tahu bila Tengku Zariel meraih tubuhku ke dalam dakapannya dan mengucup sekilas dahiku. Aku terkesima. Jujur, aku tak dapat menafikan yang aku benar-benar rasa tenang dan bahagia selepas menyeksakan diri bertahun-tahun lamanya…melihat Tengku Zariel didepan mata, bergurau dan tersenyum seperti ini merupakan kenangan yang aku ingin abadikan sehingga ke akhir nafasku.
Malam itu, Hakimi memberi cadangan untuk membuat BBQ di rumah atuknya itu. Mujur juga Mak Cik Senah tidak ikut lelaki itu ke sini kerana terlalu bimbang nak tinggalkan pokok bunganya lama-lama. Halaman di rumah ini juga agak luas untuk menempatkan beberapa buah keluarga. Walaupun mengenangkan aku dan Tengku Zariel bakal satu bilik lagi, aku tidak sampai hati mahu merosakkan suasana. Lagipula umi dan abah sudah banyak menolongku. Mereka antara saksi melihat ‘kejatuhan’ku disini.
“Nah, ambil seketul lagi” Aku baru saja menghabiskan seketul ayam yang dipanggang bila Hakimi meletakkan seketul lagi dipingganku.
“Thanks, bro. Kau macam tahu-tahu je aku minat bahagian ni”
Wajah Hakimi sedikit berubah sedangk aku terkebil-kebil melihat Tengku Zariel mengambilnya dari pingganku. Senang cerita, apa sahaja yang diberi oleh Hakimi, lelaki itu yang ‘menerima’ dengan hati terbuka.
“Kim tunggu kejap abang bakar satay. Ayam, daging ke perut?”
“Kim suka daging.”Hakimi yang memerhati dari tadi menyampuk . Kali ini aku melihat wajah Tengku Zariel yang berubah.Dapat ku lihat renungan kesal di mata itu sebelum dia mencapai beberapa batang satay mentah untuk dibakar.
“He does not know a lot about you. Takkan apa yang awak makan, dia tak tahu?’
Aku tidak tahu mahu memberi reaksi apa kepada Hakimi. Jelas lain sikapnya malam ini berbanding ketika di bendang tadi sekaligus buat hatiku yang terusik dengan sikap mesra Tengku Zariel tadi mula kacau bilau.
“ I never blame him”
Aku terdengar Hakimi ketawa. Sedikit sinis. “ Dia tahun dia tak muncul,awak masih tak salahkan dia? Awak memang…”
“Akak,akak…jom lah main yang benda bunyi-bunyi tu”
Jeritan anak-anak saudara Hakimi membantutkan ayatnya sekaligus membuat aku menarik nafas lega kerana dapat melarikan diri dalam situasi yang menyesakkan dadaku untuk bernafas.
“Bunyi-bunyi?”
“Atuk cakap akak reti main…nak dengar..jom lah!”Mereka menarik tanganku ke beranda. Sungguh aku tidak perasan terdapat portable keyboard piano disitu. Langkahku mulai perlahan. Terlalu banyak kenangan…yang merupakan sebahagian hidupku.
“Tok Ali dulu pemuzik tradisional. Dulu dia main rebana, seruling,engkoromong…jadi sampai ke anak cucu dia, ada yang ikut jejak langkah kecuali Kimi yang lari ‘corner’.”Beritahu Haji Rahman disambut gelak ketawa yang lain. Aku tersenyum dan tanpa syarat aku melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan keyboard itu. Walaupun dirumah ada tapi aku jarang mengusiknya kerana bimbang aku tidak boleh tidur lena. Tetapi hari ini lain..adakah mungkin disebabkan Tengku Zariel? Jari jemariku mula bermain dikeyboard itu tanpa mempedulikan sekeliling.
Jangan diucap selamat tinggal
Pada diriku yang menantikanmu
Telah kau tunai seribu janji
Satu kau mungkiri hidup bersamamu
Tidakkah kau kasihan kepadaku
Yang mengharapkanmu
Mengalir air mataku
Merintih dalam pilu bila kau berlalu
Serikan semula mahliga hati yang lara
Bertahun lama ku tunggu
Bertaut cinta yang satu
Berikan ku cinta
Sembuhkanlah luka lama
Selagi kasih membara
Daku setia selamanya…
Dulu…lagu ini sangat bermakna dalam hidupku. Satu impian, harapan dan semuanya musnah. Kepada siapa yang aku harus persalahkan jika bukan kepada diri sendiri? Saat aku meralit perasaan, aku perasan ada satu tubuh yang berada dihadapan sedang menuju ke sini. Aku mendongak…mata kami saling bertatapan,berkongsi kesakitan yang saling menghimpit jiwa. Dua jiwa yang sedang kesakitan..apakah mungkin ada penawarnya? Haruskah aku memberi peluang kepada kami berdua?
Beberapa kali aku berdehem,cuba meneutralkan anak tekak yang gatal sedari tadi. sesekali tangan menggaru disana sini. Bukan kerana nyamuk tetapi kerana bintik-bintik merah yang kelihatan. Aku menyelongkar beg plastic berwarna putih itu sebelum pintu bilik dikuak. Terjengul wajah Tengku Zariel dengan wajah pucat.
Aku membatu,tidak memandangnya sehinggalah dia duduk disofa yang ada di bilik salah seorang anak Tok Haji Ali yang bekerja di Singapura.
“Abang minta maaf…abang tak tahu”
“Tak apa….bukan salah awak kalau awak tak tahu. Lagipun,sikit je rasa gatal-gatal ni. Biasa,esok lusa hilang…”Suaraku lembut. Agak janggal mendengar dia meminta maaf. Selintas aku teringat kejadian tadi bila Tengku Zariel memberikan aku air batu campur yang dibuatnya sendiri menggunakan mesin. Lagipula,Tok Haji Ali memang berniaga pada waktu pagi sehingga ke petang.
Aku cuba menahan tawa melihat dekorasi tidak kemas yang dibuat lelaki itu.
“Sorry abang tak tahu kenapa jadi macam ni. Nak buat jadi bukit, tapi bertukar jadi tanah rata pulak…yang abang bubuh bahan dia suma dah tenggelam ke bawah”
“Kalau buat niaga tu, orang pun lari” Aku memdongak melihat Hakimi lalu dengan gahnya menunjukkkan ABC nya yang cantik. Sebijik macam dalam gambar. Sungguh nampak berbeza dengan Tengku Zariel punya namun aku tak sampai hati melihat wajah cemberutnya dengan kritikan Hakimi. Sudahnya aku mencapai mangkuk ABC itu sebelum ditarik jauh.
“Tak apa, abang suapkan…”Senyumnya lebar.
Aku terkesima. Tak berkelip melihat wajahnya dan juga orang lain yang sedang memerhatikan kami. Mungkin saja ni salah satu taktik untuk menggaburi pandangan orang lain. Lambat-lambat aku membuka mulut.
Dan situasi panik bermula beberapa minit selepas itu bila aku terbatuk-batuk dan lenganku berasa gatal. Aku muntah dah ketika itu terkeluar sekali apa yang aku makan tadi termasuklah kacang merah yang aku alergik dari kecil lagi. Walau dibantu oleh Hakimi tapi aku tetap dibawa terus ke klinik kerana aku sudah lama tidak mengalaminya. Manalah aku tahu homemade ABC pun diletakkan kacang sekali. Masih terbayang kembali di ruang mata raut wajah Tengku Zariel yang risau bercampur cemas. Satu reaksi yang tidak pernah aku lihat ketika aku disakiti.
Dan sekarang, sudah pasti berasa sangat kekok dan asing bagiku.
“Abang tak pernah ambil tahu tentang Kim. Apa yang Kim suka, apa yang Kim benci…semua abang tak tahu.”Luah Tengku Zariel kesal. Aku memandangnyas ebelum mengalihkan mata. Tersenyum tawar.
“Tak ada sebab kenapa awak kena tahu. Saya okay dan saya faham. Awak…jangan minta maaf, ya?”
Dia menunduk. “Tapi…tak salahkan kalau abang ambil tahu sekarang? Abang masih…belum terlambat,kan?”
Tiada balasan. Tanganku mencapai krim yang berbentuk bulat sebelum Tengku Zariel tangkas mengambil dari tanganku.
“Sini, biar abang sapu…”
Aku sudah gelisah melihatnya, cuba menolak.”Tak apa…saya boleh….”
ZAP!
Tangan kasarnya menyinsing kedua lengan bajuku sehingga ke siku. Aku terus menoleh ke tempat lain bila Tengku Zariel kaku. Walaupun ini bukan kali pertama dia nampak tapi aku sendiri tidak mahu melihat reaksinya setiap kali melihat kesan yang berparut di tapak tangan dan pergelangan tangan ini.
“Ariel…”
“Abang minta maaf….lagi. Mesti sakit waktu tu…abang tak tahu kenapa abang sanggup buat macam tu dekat Kim. Maafkan abang…”
Hatiku terhiris lagi mendengar ungkapan maafnya. Biarlah rasa bersalah ini memenuhi ruang dada ini daripada aku terus-teruskan mengingati masa lalu. Bimbang aku membawa ke mimpi. Jujur, hati ini masih sayang…masih cinta…tetapi aku perlu menyedarkan Tengku Zariel bahawa dia cuma bersimpati denganku.
“Berhenti minta maaf,Ariel. Awak cuma akan ‘sakit’kan saya lagi…begitu juga dengan diri awak.”Kolam mataku mula bergenang.
“Apa maksud abang Cuma sakitkan sayang lagi? Abang tahu tak mudah untuk Kim maafkan abang atau mungkin memang sampai bila-bila,Kim takkan maafkan abang sebab bukan sedikit kelukaan yang abang beri. Dua tahun ni…banyak yang buat abang sedar. Terlambat? Ya, abang tahu tapi…
“Umi dan abah ada beritahu awak? Tentang saya?”Pintasku. Dahinya berkerut seribu dan aku mengerti. Tengku Zariel….masih tidak tahu…aku bangun lantas menuju ke katil. Mengenangkan kami tumpeng tidur di rumah orang, mana mungkin aku boleh meminta tilam atau toto.
Aku terdengar Tengku Zariel mengeluh sebelum berbaring disofa. Dia memandangku.
“Goodnight,sayang”
Aku pejam mata. Rapat.
“Kenapa diam? Tak penat ke diam dari tadi? Dah setengah jam dah kita tinggalkan abah dengan umi. Takkan rindu kot?”Suara garau Tengku Zariel memecah kesepian di dalam kereta.
Tak tahu nak beri reaksi apa padanya. Macam mana Tengku Zariel boleh rileks begini lepas apa yang berlaku tadi? Aku kusut! Perbualan di rumah kawan Haji Rahman tadi terngiang kembali.
“Tadi abang Man kata hangpa dua ni dah nikah tapi majlis tak langsung lagi,ya dak?”
Terpaling 360 darjah aku dan Tengku Zariel jadinya. Sungguh aku tak tahu apa yang patut aku jawab.
“Kami terlalu sibuk,Imam sampai tak sempat nak buat majlis. Mula-mula nak tangguh sebulan dua tapi kesibukan kerja buat kami terpaksa tangguh sampai lah sekarang”
Nak tak nak aku hanya mengangguk. Sesekali aku mencari riak wajah abah dan umi yang cuba melarikan pandangan dariku. Aku tahu mereka terpaksa beritahu tapi macam mana aku nak jawab pelbagai persoalan dari mereka nanti? Baru soalan pertama aku dah kalah!
“Kalau dah sampai bertahun bukan tangguh lagi namanya. Dah elok-elok boleh bercuti macam ni,kenapa tak pikiaq sama-sama bila nak buat majlis? Rugi kalau dak buat. Kita kahwin ni Ariel…sekali seumur hidup. Biar sekali tapi tetap jadi kenangan bila hang tua nanti. Takkan hang taknak tunjuk dekat anak cucu ?
“Saya dengan Kim ada bincang baru-baru ni. Kami nak buat majlis sanding dalam masa terdekat. Imam dengan isteri nanti datanglah ya. Nanti saya bagi kad jemputan”
Gila! Memang idea gila yang keluar dari mulut Tengku Zariel. Aku ingat dia sekadar main-main tapi Tengku Zariel yang aku kenal tidak suka jenaka dan terlalu serius. Majlis persandingan kami? Apa yang berada difikirannya aku tak dapat tebak.
“Kim fikir pasal hal tadi kan? Tentang majlis perkahwinan…kita?”
Perkataan’Kita’ tu dah cukup buat aku sesak nafas. Aku sekadar mengangguk.
“Okay look…”
“Don’t give them any hope,please…I’m begging”Lirih suaraku tanpa memandangnya.
“Kim ,jangan salah faham Abang…”
Seperti semalam, aku cepat-cepat memintas kata-katanya. “Saya tahu abah dengan Umi ada cerita tentang saya. Tentang apa yang dah berlaku selama 2 tahun ni. Awak datang sini bukan Cuma untuk minta maaf tapi lebih kepada simpati.” Sambungku sambil tersenyum pahit bila Tengku Zariel seperti kehilangan kata. Aku perlu memberitahunya juga. Bukan hari ini, tetapi dari saat pertama dia kesini,Tengku Zariel perlu tahu! Aku mahu dia sedar.
“Saya nampak sihat pada luaran tapi tidak pada dalaman. Mesti itu yang abah dan umi beritahu awak,bukan? I’m sick. Saya ada PTSD. Dalam sebulan saya ada 3 sesi dengan doktor. Mereka cuba Nak pulihkan saya tapi sampai sekarang saya masih sama. Sebab apa? Penyakit ni tiada penawar. Takkan sembuh sampai bila-bila. Awak tak perlu minta maaf,tak perlu simpati dengan saya sebab awak tak ada salahnya. Apa yang berlaku semuanya khilaf saya. Ini balasan dari Allah”
Aku menanti balasannya penuh debaran namun selang beberapa minit,dia diam dan terus fokus memandang hadapan.
“Sebenarnya…Abah dengan Umi tak ada cerita pasal penyakit saya kan? Tak ada beritahu yang saya ni…’sakit’?”
Tengku Zariel tidak menjawab dan aku tersenyum luka. Sudah ku tahu, dia tidak tahu menahu tentang hal ini. Dua tahun yang pastiny tidak memberi makna kerana dia tidak pernah mencariku sehinggalah ke hari ini . Mungkin juga kedatangan dia di Utara ini bukan kerana takdir tetapi kebetulan yang melukakan.
Aku sendiri tidak tahu sampailah aku terdengar perbualan di antara Amanda dan rakannya ketika aku lena di wad. Aku terpaksa dikejarkan ke hospital bila aku cuba lemaskan diri di pantai. Ketika itu tiada siapa yang tahu aku bukan saja takut dengan bathtub, shower, hujan tetapi apa saja yang melibatkan air aku takut! Ikutkan hati tidak mandi pun tak apa!
Mimpi yang berulang, tak boleh tengok drama televisyen yang mengisahkan lelaki memukul isteri, kahwin paksa semuanya buat aku trauma. Menangis, meraung, ketakutan, murung semuanya menjadi satu sampai aku menyusahkan orang sekelilingku. Amanda dan Carl sudah tahu penyakit yang aku alami tapi mereka diamkan kerana bimbang aku semakin tertekan.
Kesepian dalam kereta terus berpanjangan sehingga Tengku Zariel sengaja menaikkan volume radio. Walaupun aku mahu dia pergi jauh dariku, tapi sedikit sebanyak hatiku tetap kecewa dengan reaksinya. Ah, untuk apa aku terus meratap sedangkan aku bukan pemilik hati itu. Aku cumalah…bidadari syurga sementaranya…atau itu Cuma hanya rekaan semata-mata untuk menggaburi pandangan mata mereka yang lain.
Share this novel