BAB 24

Romance Completed 199367

“Hei …babe… miss me?”

Aku memeluk lehernya dari belakang. Sepantas kilat aku mencium pipinya sebelum dia meleraikan pautanku dilehernya. Beberapa pasang mata memandang kea rah kami . Bukan kerana mereka kisah tetapi layanan kasar dia tu yang buat mereka terkesima. AKu dengan selamba duduk di sebelahnya.
 

“Kau tak tahu malu ke apa sampai kat sini pun kau buat perangai? Boleh tak dalam masa sehari kau tak buat aku rimas?”
 

Aku sekadar tersenyum. Dah acapkali berdepan dengan tengkingannya saban hari buat aku sudah lali dan bosan. Lagipun, kehadiran dia ke sini sudah cukup memadai walaupun aku tahu dia terpaksa.
 

“Rileks Ariel. Cuba bertenang,cool down,chill sebab hari ni I nak habiskan masa dengan you saja. Just you and me.”Mataku melirik manja memandang dia disebelah.
 

“And If I don’t?”

 
“Then I takkan teragak-agak nak hantar gambar ni  dekat mama you. Macam mana? Haa…see this?You look even hotter in this picture but please don’t show to another girl because it makes me jealous. I don’t want they look the same way I lookin’ you because you’re mine.”Bisikku lunak ditelinganya sambil menayangkan gambar di Iphoneku. Tengku Zariel cuba merampas ttetapi aku lebih pantas mengelak.
 

Aku ketawa kecil . Geli hati dengan teletah kalutnya. Tak pernah aku melihat dia begitu cemas. Bimbang aku akan menyebarkan foto dia di kelab dan minum minuman keras itu.
 

Tak cukup dengan itu,aku dapatkan rakaman sepanjang Tengku Zariel di club itu. Aku takkan sebarkan kerana maruahnya maruahku juga.  Aku Cuma nak dia habiskan masa bersamaku disini.Tak kejam kan? Hehe…

 
“Aku takkan datang ke sini kalau bukan gambar tu”
 

“I know. Come”Ujarku selamba memeluk lengannya. Baru dia nak menolak,aku pantas keluarkan ‘senjataku’. Melepas ketawaku mendengar dia merengus tidak puas hati.
 

“Kalau you buat lagi I janji I akan send this pic and the video to your beloved mama,okay? Just be a good boy…today…for me…please?”Pintaku lembut dengan jari jemari ini nakal mengusap lengannya yang berlapik jaket sejuk berwarna biru. Sedondon dneganku kerana aku yang paksa dia pakai. Haha!
 
 
“If you keep your distance 1.2 km from me then it’ll my pleasure…”
 

“Unfortunately I don’t buy’ it. Come…lets visit Eiffel first” Tak Sempat Tengku Zariel berkata apa-apa aku mengheret dia masuk ke teksi yang dah sedia menunggu. Bagus disiplin pemandu teksi di Paris ni. Menepati masa!
 

“Eiffel please…”
 

“No. Stop!”

 
Hampir tersembam aku ke depan kalau aku tak tahan dengan kakiku. Jariku dah berada di papan skrin Iphone,menunggu masa nak tekan ‘Send’ saja. AKu memandang Tengku Zariel sambil mengangkat kening. Tersenyum aku melihat dia memejam mata kerana menahan geram.
 

“Just…go” Mendnegarkan arahan itu,pemandu teksi itu mengangguk dan aku pula tersenyum puas. Laju aku mengucup pipinya. Dia menolak seraya mendesis.
 

“Kau ni tak malu ke?! Lagi sekali kau buat aku campak kau dari teksi ni,nak?!”

 
“Ariel….get over yourself. This is Paris,not Malaysia. Lagipun,kita dah kahwin. Dah sah,dah halal.”

 
“Dan itu bukan budaya orang Melayu dan orang Islam. Kalau kau rasa kau masih lagi seorang Muslim, so behave!”Tukasnya geram sambil merungkaikan peganganku di lengannya sebelum dia mengengsot rapat ke pintu. Sebijik nampak aku yang terhegeh-hegeh.

 
Apatah  lagi bila mataku berlaga dengan pemandu tersebut yang memerhatikan kami melalui cermin pandang belakang. Aku membalas senyuman nipisnya dengan perasaan malu. Menunduk kemudian memandang Tengku Zariel yang membelakangkan aku. Melihatkan kami mampu duduk bersama dalam teksi ini sudah cukup buat bibirku mekar dengan senyuman.

 
 
 
 
“Ariel,look! Pelangi!”
 

“Hmm….”

 
Telefon aku jatuhkan disisi. Ralit memandang dia yang sekadar berpeluk tubuh. Posing bukan main macho lagi. Berpeluk tubuh di tepi menara Kota Eiffel tapi satu je yang kurang. Dia taknak tengok muka aku!

 
“Could you please look at me even for a second?”

 
“For what? Buang masa aku je”Ujar Tengku Zariel sebelum berlalu. Aku terus kejar. Taknak dia hilang. Aku berjalan perlahan sebelum melompat ke atas belakangnya.Lehernya aku paut erat.
 

Tengku Zariel yang terkejut cuba meleraikan pautan aku dilehernya tapi aku pegang dengan kuat. Malah cepat-cepat aku tunjuk Iphoneku,mengugutnya. Terus dia mendengus.

Beberapa mata yang lain ralit memandang tingkah kami. Ada juga yang tersenyum-senyum seperti mengerti kami sedang berbulan madu. Sudah bertahun aku duduk di luar negara. Adegan seperti ini sudah biasa bagi mereka. Lagipun,mereka bukan boleh dapat agak aku dan Tengku Zariel orang Malaysia.
 

“Tahu takut tapi you nampak comel bila buat muka macam ni. You look innocent.”
 

AKu berbisik rapat ke telinganya tapi pantas dia menjauhkan kepalanya.
 

“What’s wrong honey? I pakai habiskan 1 botol N’5 Chanel tu untuk you tau. And please…you gerak boleh? You dah block laluan orang ni. Ke you nak I call…hei,slow down okay!”
 

Aku menepuk belakang badannya bila Tengku Zariel sengaja melajukan langkahnya sehingga daguku beberapa kali terhantuk di kepalanya. Dahl ah keras macam batu. Elok sangat lah tu kalah dah namanya keras kepala!
 

“Tadi nak sangat cepat kan. Fine kali ni kau lepas.Esok lusa nanti tahulah nasib kau!” Dia membebel lagi dengan keadaan kami yang piggyback ini. AKu mengeratkan pautan ku dilehernya. Aku hembus nafasku ke telinga dan rambutnya.
 

“Hei stop it! Jangan sampai aku humban kau dari menara ni! Nak?”
 

Aku hanya ketawa. Aku menjengahkan kepalaku dan serta merta dia menoleh ke tempat lain.  “ Garangnya suami i. Salah ke I nak bermanja dengan suami I sendiri? Bukan selalu…err…well bukan selalu tapi langsung tak ada! Jadi I akan gunakan setiap saat kita kat sini dengan penuh efficient dan berhemah.  Cuba tengok ni,Mr Smith and Mrs Smith follow  dekat Twitter. You should be glad because your wife spread her aura to be friendly with her husband. You should be proud.”

 
“Should i?” Tanyanya tanpa nada. AKu tahu dia sedang menahan marah.

 
“Yes of course! Dia cakap dia sangat berterima kasih dengan I sebab dah selamatkan nyawa dia kelmarin. You taknak tanya macam mana I tahu? Sebenarnya I ada…..”

 
GEDEBUKK!!!

‘Auch,sakitnya!’

 
Aku mengusap punggungku berulang kali. Wajah sudah merah padam kerana sakit dan juga malu bila diperhatikan orang sekeliling. Mesti mereka ingat kami bergaduh besar sehinggakan si suami sanggup melepaskan dukungan sehingga isterinya jatuh seperti nangka busuk! Nangka busuk pun tak macam ni tau! Laju aku bangun bila dibantu oleh seorang gadis yang aku agak sebayaku.
 

“Merci. (Terima Kasih)”Ucapku sopan sambil menyambut huluran tangannya.
 

Gadis berambut hazel itu tersenyum manis. “Ensemble, mais vous devriez obtenir un bien meilleur homme . Un homme bon ne fera pas les femmes comme ce qu'il avait fait plus tôt. (sama-sama tetapi awak sepatutnya mendapat lelaki yang jauh lebih baik. Lelaki yang baik tidak akan buat wanita seperti apa yang dia baru lakukan tadi)”Sejurus mengusap bahuku dan berkata begitu terus lidah aku terkelu. Kematian mata. Hanya mampu memandang gadis itu yang menghampiri teman lelakinya. Lelaki itu tersenyum dan menggengam tangan gadis itu seperti tidak mahu terpisah walaupun sekejap. Aku tersenyum hambar. Kata-katanya mengusik hati.

 
“I know but I love him so much. What else I could do?

 
 
 
 
“Tadaaa! Here we go. Cheese croissant from the best bakery shop in French..well if I not mistaken. You should try one. Makanlah nanti you lapar sebab dari tadi you tak sentuh apa-apa makanan pun” Ujarku riang sambil meletakkan dua pinggan putih yang penuh dengan croissant, pie, muffin dan Operca Cake di depannya. Kami berhenti sebentar di sebuah Bakery yang cukup terkenal di kawasan ini. Ramai gila sampai kena beratur! Green Tea fresh milikku aku capai.

 
“Ni Amaran aku. Lepas kita balik nanti jangan kau cuba bukak cerita pasal aku”
 

Aku berhenti menghirup. Membalas pandangan tajamnya itu.
 

“Which part?”Soalku dengan kening terangkat. Aku sengaja menghirup the hijau panas itu dengan gaya menggoda untuk membakar hatinya. Suka melihat Tengku Zariel tidak betah seperti ini. Sekurang-kurangnya ada juga dia nak berbual dengan ku.

 
“You know what I mean ,Kim”
 

“Oh I love the way you call me Kim. Could you please says it one more time? It would be romantic if you call me ‘sayang’”
 

“Aku tak bergurau dan tolong sematkan apa yang aku cakap dalam kepala otak kau. Aku terpaksa teman kau ke sini pun sebagai satu syarat supaya kau simpan rahsia ni baik-baik”
 

Senyumanku mati perlahan-lahan sebelum mencebik. Nak bermanja sikit pun salah!
 

“Baik. I akan ikut apa yang you suruh…hanya sebab I yang suruh. Now,it’s my turn. Sejak bila you minum benda tu?”

 
Tengku Zariel ketawa sinis seperti soalan ku itu kelakar baginya.Riak wajahnya cukup bersahaja seperti dia langsung tidak rasa bersalah kerana meneguk minuman itu.
 

“Banyak perkara yang kau masih tak tahu pasal Tengku Zariel Zahari yang sebenar”
 

“I know you Ariel. I know you very well than the others including your mom!  Stop playing around and just answer my question.”

 
Soalanku dibiar sepi . Tiada tanda-tanda Tengku Zariel nak jawab apabila dia menayangkan jam Rolexnya padaku.
 

“Aku tak rasa kau nak buang masa kau dengan bertanya soalan-soalan bodoh tu. Faham?”Soalnya sebelum bangun. Sikit pun tidak usik makanan yang aku beri tadi. Aku tersandar lesu memegang dahi. Buntu bagaimana mahu ‘memiliki’ hati Tengku Zariel. Dengan cara ni pun tak boleh jalan, cara apa lagi yang aku ada?

 
Aku memegang skrin telefon. Memerhatikan gambar-gambar yang ditangkap penyiasat yang tidak bertauliah tu. Ada ke PI yang bertauliah kalau nak duit semata-mata? Siapalah agaknya yang upah mmat tu sehingga sanggup mengintip suami aku sampai ke sini? Dahl ah tu, aku pulak yang terpaksa masuk campur. Demand betul mamat tu!

 
“I isteri you Ariel walaupun you tak pernah anggap I sebagai isteri. I terima sebab I cintakan you. Sebab you suami i. Dah jadi tanggungjawab I sebagai seorang isteri untuk jaga maruah you. Jangan risau. I takkan biarkan apa-apa terjadi pada you. I janji!”
 
 

 
Aku  membawa Tengku Zariel ke Bois De Veincinees yang merupakan taman yang kedua terbesar di bandar ini. Taman ini juga meliputi empat tasik, zoo, volderom dan pelbagai lagi dan ia amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan berkelah. Tapi aku nak berkelah dengan Tengku Zariel? Silap-silap aku yang ‘dipanggang’ sebagai bekalan!
 

“Aku taknak naik basikal. Fullstop!”

 
“Sebab you taknak bonceng I kan? Bukannya I berat pun. I lagi ringan daripada basikal ni,okay!”

 
“Kau pilih satu. Naik ini atau yang itu? Kalau tak, aku takkan pergi ke tempat seterusnya.”
 

Aku pejam mata memujuk hati sendiri. Bila Tengku Zariel naik angin, mood aku pun di heretnya sekali.

‘Bertenang Kim , rileks. Tadi dia lagi sikit nak campak kau daripada Menara Eiffel, buatnya dia pergi tanam kau kat tasik ni, macam mana?’

 
“Okay,fine. Let’s make a bet by this coin. Head for bot or tail for riding?” Tangkas aku aku mengeluarkan duit syililing dari poket seluar jean.
 

“Head”
 

Aku melambung duit syiling dengan tinggi dengan harapan aku dapat menaiki basikal bersamanya. Bukannya apa, aku mahu dia memboncengku dan membawa ku jalan disekitar taman romantis ini. Ada sesetngah pengunjung yang lain galak memerhatikan kami yang seperti anak kecil. Orang lain boleh je buat semua aktiviti dengan rela hati tapi aku kena guna cara kekerasan dengan peras ugut suami sendiri?!
 

Damn! Head !

Aku ketap bibir sebelum terdengar Tengku Zariel mendesis gembira. Dia berlalu menuju ke jeti kayu yang menempatkan banyak bot kecil ditepinya. Aku tahu dia sengaja memilih untuk berjalan seitar tasik ini menaiki rowboat kerana mahu aku berkayuh sama dengannya.

 
“Wouldn’t be easy if we just ride a bicycle together rather than using a rowboat that will take a longer route and time?”
 

“I rather take this one  that  use so much energy and my mood instead riding a bicycle with you relax behind me. Get it?”
 

Kan aku dah kata!

Dia mencampak salah satu oak kepadaku yang kemudian terkial-kial ambil tempat dibelakangnya. Walaupun boat itu bergerak sana sini tapi berjaya juga aku betulkan posisi di belakangnya.
 

“I’ll assume you wanna spent so much much time with me, that’s it.”

 
“Just keep you energy because we got long way to go or I’ll stop here and end your ‘ridiculous trip!’ “

 
Aku kunci mulut bila tangannya mencapai sauh. Malas-malas aku buat kerana aku perlu menikmati setiap detik kami bersama. Sesekali mata terpukau melihat panorama di tasik ini. Dilidungi dengan sesekelilingnya terdapat pokok dan bunga-bunga yang kembang mekar.

 
“Do you know this lake was created under Emperor Napoleon III between  1855 and 1866?”Aku memberitahu tentang sejarah yang sempat aku baca sebelum aku ke sini. Aku memandang belakang tubuh tegap itu yang tidak memberi sebarang respon.
 

“Ke you tak kisah kalau kita pergi tasik lagi satu, bois de Boulogne?”
 

Kali ini aku berjaya buat Tengku Zariel menoleh sedikit. Telinganya sudah merah. “Kau jangan nak melebih. Aku dah cukup kusut bila kau datang ke sini!”

 
“Siapa yang suruh mabuk semalam…”Aku mencebik dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Tangan laju mengayuh. Lagi cepat lagi bagus kerana aku tidak sabar membawa dia ke destinasi seterusnya.
 

“Apa kau cakap??!”

 
“Nothing,Ariel. Tak boleh ke you tak fikir perkara yang buruk tentang I walaupun sekali?”

 
“Bagi aku satu sebab kenapa?”

 
“Sebab I isteri you!”
 

“Cuma di atas kertas. Dan ingat, ni kali terakhir kau perkenalkan status kau pada orang luar depan mata aku. Kalau aku dapat tahu, kau akan tahu apa yang aku boleh buat lepas ni!”Tegasnya penuh dendam. Walaupun dia tidak berpaling, tapi dapat aku rasa dia benar-benar nekad dengan kata-katanya. Mengingatkan private investigator semalam, aku bimbang lelaki itu cuba mengorek identitiku pula selain sebagai perancang perkahwinan. Tetapi mengenangkan perjanjian di antara kami berdua, aku yakin dia tidak akan cuba melanggar.

 
Tasik terakhir yang kami pergi adalah Lac Daumesnil kerana aku mahu mengambil gambar berlatarbelakangkan ‘Temple Of Love’ yang menjadi tumpuan para pelancong. Menarik dan indah. Aku meminta Tengku Zariel berhenti mengayak, biar kedudukan kami betul-betul berada di tengah.

 
“Cepat ambil. Aku dah penat ni”

 
“Bagi I satu minit. Wait, I’m sorry…Can’t you guys take a picture for us?”Kelam kabut aku menahan sepasang kekasih yang menaiki paddle boat.

 
“Sure, why not?”

 
“Ariel, smile please.”Arahku bila Tengku Zariel tidak menoleh kea rah telefon bimbit. Pasangan berbangsa Eropah sudah menunggu sehingga wajahku sudah merona merah menahan malu. Aku berbisik dari belakangnya.
 
“Don’t forget our deal ,Ariel. Just for this once, please. Lepas ni kita pergi satu tempat…and it’s over. Please”

 
Lelaki itu menarik nafas dalam dan menoleh tanpa senyuman namun cukup buat aku bahagia. Akan aku abadikan semua ini dalam kenangan hidupku.
 
 

 
DESTINASI terakhir kami sudah tentu lah lock love di salah satu tempat yang wajib dikunjungi bagi para pelancong. Kalau pasangan lain yang sedang berbulan madu pasti ceria dan bahagia disamping pasangan masing-masing. Berpelukan,pegang tangan 24 jam, tangkap gambar aka berselfie segala tapi kami? Hanya aku saja yang memegang telefon bimbit. Tu pun bukan sebab nak tangkap gambar tapi nak ugut suami sendiri!

 
“You janganlah keras kan badan! Dah lah badan tu besar,tinggi macam galah!”Aku menolak tubuhnya menyuruhnya bergerak. Nak sakitkan hati aku lah tu! Berpeluh aku jadinya bila Tengku Zariel keraskan badan taknak pergi ke pagar besi yang menempatkan mangga cinta tu. Cintalah sangat!

 
“Kau jangan paksa aku boleh tak? Aku ikut ni sebab terpaksa tahu! Aku datang sini bukan nak hadap muka kau 24 jam tapi sebab kerja. Kau tak penat ke terhegeh-hegeh dekat orang yang benci nak tengok muka kau?”
 

Jujur kali ini aku betul-betul tersentap. Memang aku dah lali tapi perisai yang aku bina sebelum ini mula runtuh sedikit demi sedikit dengan sikap Tengku Zariel. Aku tetap memaniskan wajah.
 

“Dan I takkan ke sini tanpa sebab,Ariel. You. I datang sini kerana you. I’m just…you know…terkilan sebab you tak bagitahu I pun you nak ke mana. At least,leave me a simple text message.”
 

Luahan risau aku di  balas dengan ketawa sinis Tengku Zariel. Dia membalas renunganku bersama jari telunjuknya tepat kea rah batang hidungku.
 

“Kau siapa nak tanya aku ke mana aku pergi,apa yang aku buat,dengan siapa aku pergi…? Tak pernah ada yang menyibuk nak tahu urusan hidup Tengku Zariel Zahari dan kau…!”Tunjuknya penuh perasaan.
 

“Langsung tak layak sama sekali! Aku tak pernah anggap kau sebagai seorang manusia pun Kim,not even once in my life! Sekali aku dah benci…sampai mati aku akan benci. Follow the rules or you goin regret for what you had done. Which one do you want?”

 
Aku memejam mata sejenak. Cuba menangkis setiap patah yang membakar telinga dan hati wanita ku tapi sebahagiannya tidak mahu tunduk mengalah. Aku menarik nafas kembali.
 

“I don’t care to face you hatred Ariel because it’s only makes me become strong so deal with it . Naa, forget it for now. Just like Mr Smith said,this is Eiffel. Feel the love. Let’s go!” Lengannya aku paut bila aku tahu bila-bila masa saja dia akan buat perangai. Selamba aku keluaran ‘senjata’ aku dan dia hanya mengekor. Sempat aku snap muka masamnya itu.

 
“Jangan buat muka macam tu Ariel. You Cuma buat I makin geram tengok you”Bisik aku separuh menggoda di telinganya dan serentak dia berpaling. Aku mengekek. Sungguh. Seperti seorang anak dara yang malu-malu diusik si teruna. Sikap puting beliung Tengku Zariel bikin aku pusing kadang-kadang. Ada masanya dia seperti tak kisah dengan ugutanku tapi ada masanya dia seperti merelakan. Nampak sangat dia tidak mahu keluarganya tahu terutamanya mama dia tu.

 
“Jangan dekatlah!”
 

Aku menarik tangannya menuju ke pagar besi yang penuh dengan mangga warna warni itu.

 
“Nah ambil ni. Choose one, say something and lock it”Aku menyerahkan mangga berwana merah manakala aku punya berwarna putih. Tanpa banyak soal Tengku Zariel ambil,manggakannya dipagar itu dan kuncinya dicampak ke laut. Aku mengambil masa sekejap sebelum berbuat demikian sebelum termenung melihat kunci yang sudah jauh ke dasar.
 

“My hell day end here”

 
Aku berpaling dan terkejut melihat Tengku Zariel berlalu nak pergi. Lantas aku menyaingi langkahnya yang panjang itu.
 

“Apa yang you lock tadi? Mesti you ada luahkan something,right? Three word…at least…”Ujarku tergelak penuh pengharapan walaupun aku tahu itu mustahil. Lebih-lebih lagi bila dia turut ketawa dengan penuh sindiran.
 

“Yeah you’re right. I had said something but it more than three word.”
 

“I wonder what it would be”
 

“Aku akan ceraikan kau secepat mungkin”

 
Aku terkesima. Langkahku mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience