BAB 60

Romance Completed 199367

BAB 60

Berada di lobi ini saja sudah membuat aku kekok. Dari saat melihat nama syarikat di bangunan yang tersergam indah juga langsung membuat lidahku kelu. Walaupun staff yang lalu lalang memandang dan menyapaku penuh hormat sambil mengucapkan tahniah, tidak lagi seperti dulu tapi perasaan malu itu tetap ada. Aku merenung staff di bahagian reception itu. Teringat saat aku memperdayakannya untuk membenarkan aku masuk ke bilik bosnya. Kasihan. Mujur Tengku Zariel tidak mengenakan sebarang Tindakan terhadapnya.

“Tengok apa lama sangat?”

Tersentak aku bila Tengku Zariel sudah berada didepan mata sambil meraih tanganku. Dia meramasnya lembut seolah-olah berhari-hari dia tidak melihatku.

“Nothing. Abang dah ambil ke telefon yang tertinggal dalam kereta tadi?”

Dia menayangkan telefon bimbitnya sebelum menarikku mengikut langkahnya yang panjang sehingga masuk ke dalam perut lif. Terus aku menarik nafas lega.

“Heads up. Don’t ever underestimate yourself.”

Aku angkat wajah memandangnya yang tenang. Hari ini Tengku Zariel mengajakku menamaninya ke Qalesh Holdings untuk menyelesaikan kerja sebelum sebelum mengambil cuti dua minggu.

“I’m not..it just…I don’t know…sometimes I feel ashamed of myself after what happened here”

Tengku Zariel menekup pipiku dengan kedua tangannnya. “Hei,abang tahu. Sebab tu abang bawa Kim dekat sini. Abang tahu Kim banyak kenangan pahit dekat sini, abang pun sama. Kim tahu kan…Qalesh Holdings ni sebahagian dari hidup abang? Dan abang nak cipta kenangan baru sebab Kim pun dah jadi sebahagian dari hidup abang”

Aku menyentuh tangannya yang masih berada diwajah ini. Pejam mata saat bibirnya mengucup dahiku sebelum aku pantas menolak tubuhnya saat lif terhenti. Bimbang tertangkap dengan yang lain walaupun kami sudah menjadi suami isteri.

“Selamat pagi Tengku, Puan Kim” Sapaan Fazura yang mesra buat aku sedikit canggung walhal dia turut hadir memeriahkan majlis kami minggu lepas. Dia satu-satunya yang tidak pernah memandangku serong dari saat pertama kami berkenalan. Itu pun kerana aku tahu dia yang menjadi ‘perantaraan’ untuk menyampaikan hadiah kepada suamiku. Dibuang atau dicampak, hadiah itu akan kembali kepada wanita itu.

“Berbual nanti ya. I nak bawak wife I ke office dulu”

“Takut sangat orang kidnap wife dia”Omel Fazura sehingga ketawa kami dua meledak. Tengku Zariel lantas membawaku ke pejabatnya dan mataku terpaku pada sebaris nama yang tertera di meja kerjanya. Bilik ini…tidak sama dengan bilik kali terakhir aku pergi dulu walaupun berada di tingkat yang sama.

“Sayang duduk dulu. Abang nak selesaikan kerja sikit sebelum bagi dekat Izal.”

“Kenapa?”Soalku sepatah,tegak berdiri memadang suamiku yang berkerut dahi tidak faham.

“Kenapa abang…abang ada dekat sini ? Kim ingatkan lepas Kim dah pergi, Tok Ayah….”

Tengku Zariel tersenyum lebar. Dia menarikku duduk di ribanya.”Memang Tok Ayah downgrade jawatan abang. Masa tu abang terlampau marah dan Tok Ayah buat keputusan yang betul sebab abang gagal jalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Disiplin pun out sampai Dato Ghazi pun cakap perkara yang sama. So,I’m deserved it and I manage to fix everything after you left. Tok Ayah nak letakkan abang semula di kerusi CEO tapi…entah, abang rasa kosong dan…tak layak. So, bila Izal dah bersedia untuk bekerja, abang minta dia handle dulu. Abang ada misi penting waktu tu…misi mencari Kim”

“Kim rasa serba salah. Disebabkan Kim, Tok Ayah buat keputusan yang drastik”

“He do the right things. Kalau tak, abang tak akan sedar betapa berertinya Kim dalam hidup abang. Lagipun, abang yang rosakkan diri abang sendiri, bukan orang lain. Macam yang abang cakap, abang nak cipta kenangan baru dengan Kim…dari saat pertama abang cari Kim di Kedah. Tempoh dua tahun tu masa yang sangat lama sebab abang nak dekatkan diri abang dengan Allah…dan keluarga Kim. Sejujurnya, abang tak pernah ambil tahu pun latar belakang keluarga isteri abang. Bila abang dapat berhubung dengan Uncle Eddie, tu yang setiap bulan abang fly ke sana,jumpa keluarga Kim dan syarikat arwah daddy dan ya, abang pening sikit nak faham bila mereka bercakap Korea plus English”

Aku ketawa mendengarnya. Itu satu fakta yang aku tahu. Aku memeluk tubuh suamiku, terasa senang berada di pangkuannya. “You make me fall in love with you..more and more”

“Are you trying to seduce me.. I mean,here?”

“Kerja abang tak siap nanti”Terus aku bangkit sebelum mataku terpandang mug yang berada di atas mejanya. Bukan itu saja, malah bingkai gambar, keychain dan beberapa souvenir yang aku kenal berada di atas meja dan kabinet kerjanya. Aku merenung signature yang terdapat disetiap barang itu.

“Ya, ni hadiah yang Kim beri dekat abang sebelum ni”

Jawapan langsung daripada suamiku membuatkan aku kembali memandangnya yang sedang menaip sesuatu di komputer.

“Tapi…setahu Kim,abang tak pernah simpan pun setiap hadiah yang Kim bagi.”Ujarku perlahan. Dari dulu lagi,Tengku Zariel akan menolak mentah-mentah apa sahaja pemberianku.

“Abang minta maaf. Abang tahu susah untuk Kim lupakan dan abang takkan paksa Kim untuk lupakan. Segalanya memerlukan masa. Ini pun abang ambil balik daripada Zura,mana-mana hadiah yang dia masih simpan.”

Bulat mataku mendengarnya. “Abang ambil semula daripada dia?”

‘”Dia cakap abang buruk siku!” Aku mengekek ketawa. Tidak dapat aku bayang wajah cemberut wanita itu.

“You’ve such beautiful eye smile”Aku tersentak bila Tengku Zariel mengelus pipiku. Entah sejak bila dia berada didepanku. Aku langsung tidak perasan.

“Jangan tunjuk eye smile sayang dekat orang lain. Abang cemburu”

Aku lantak mencebik dengan amarannya. “Abang pun sama…jangan nak berani terima apa-apa hadiah dari orang luar kecuali Kim”

Tengku Zariel terus melepaskan tawa,kembali merangkul pinggangku. Tangannya mengelus rambutku yang jatuh di dahi. “Ya, abang janji. Kejap lagi kita beli baju,especially baju sejuk.”

Dahi kembali berkerut mendengar bicaranya. “Baju sejuk? Untuk apa?”

Tengku Zariel tidak menjawab sebaliknya dia menunjukkan dua gambar di tempat yang berbeza skrin komputernya.

“Next week kita pergi New Zealand dan Bora-bora. Honeymoon” Mendengarkan itu aku terus melompat memeluknya. Pipinya aku kucup bertalu-talu.

“Thank you,thank you! I love you…so…so much..”Setiap perkataan yang aku sebut, setiap kali itu lah pipinya menjadi mangsa ciumanku.

“I know…I love you more…”Ujarnya sebelum mengucup sekilas bibirku.

Aku masih bergayut tangan dilehernya. Sedikit terharu, “Terima kasih abang. Kim tak sangka abang buat semua ni. Banyak abang tolong Kim sampai Kim tak mampu balas. Tapi perlu ke honeymoon ni? Kita ni pengantin lama, dah basi dah pun” Aku ketawa kecil. Namun melihatkan tiada reaksi diwajahnya, aku angkat wajah.

“Abang,kenapa?”

“Kim lupa agaknya…abang tak pernah bawak Kim pergi bercuti pun”Balas Tengku Zariel mendatar.

“Tak pernah? Dekat Paris tu, abang lupa eh?”

Dan kali ini aku melihat Tengku Zariel menundukkan wajahnya. Aku sudah serba salah. Cepat aku mengambil telefon bimbit mencari gambar – gambar kami berdua semasa aku datang ‘melawat’ di kota cinta itu. Menunjukkan gambar yang sempat aku tangkap semasa kami di Menara Eiffel. “Ni, tengok ni…gambar kita. Abang ingat tak? Ni kira business trip cum honeymoon kita lah ni.”

Ketika jari jemariku ralit menunjukkan gambar kami satu persatu, itu pun tidak banyak. Tidak sampai 10 keping yang aku sempat tangkap kerana aku memaksa Tengku Zariel mengikut cakapku. Hanya wajah serius dan mendatar ditunjukkan. Itu belum lagi bila mataku terhenti di satu arah ke arah manga yang kunci di tempat yang menjadi tumpuan negara itu.

“Aku akan ceraikan kau secepat mungkin”

Aku tersenyum pahit mengingatkan hal itu. Ya, kalau tidak kerana Tok Ayah, mungkin saja aku akan diceraikan sebaik kami tiba di Malaysia.

“Waktu ni…abang cuma bagi sayang kenangan pahit. Tak tahu macam mana Kim boleh bertahan dengan abang masa tu. Kalau orang lain, mungkin dah mengalah”

“Kim dah giveup dah masa tu kalau bukan kerana Tok Ayah. Waktu dia ada, Kim nak nikmati semua waktu yang Kim ada dengan abang. Itu aja”Balasku perlahan. Aku tersentak bila Tengku Zariel membawa aku ke dalam pelukannya. Dapat aku rasakan tubuhnya menggigil menahan getar. Aku mengetap bibir sambil mengusap belakangnya. Mataku turut berkaca.

“Maafkan abang. Tak sepatutnya abang layan sayang macam tu. Tapi kali ni abang betul-betul nak kita pergi bercuti,abang nak cipta kenangan manis antara kita.”

Mataku berkaca-kaca. “It’s okay. Let bygones be bygones. Tapi abang kena janji dengan Kim tangkap gambar banyak-banyak masa kita dekat sana nanti” Selorohku sehingga suamiku ketawa perlahan. Tidak menyangka jauh disudut hati suamiku, dia agak sensitif. Entah sudah berapa kali dia meminta maaf. Dia meleraikan pelukan.

“ Ni tak lama ke kita pergi dua minggu? Kim sepatutnya dah mula kerja. Kesian Tiara dengan Khayra handle nanti”

“Mestilah. Sehari dengan Kim belum tentu puas.” Dia berbisik nakal. Aku membalas dengan senyuman menggoda . Baru Tengku Zariel mendekatkan wajahnya, aku menahan dadanya sebelum bergerak mencapai kalendar di atas meja kerjanya. Menilik sambil berfikir akan sesuatu.

“Kejap. New Zealand? End of the year, couldn’t be winter ?”

“Hmm, yeah….lebih excited pergi ke situ berbanding dengan abang, ya? Pandai je nak lari”Suara Tengku Zariel sambil menyentuh bibirnya. Galak aku ketawa. Di pejabat pun dia mahu menunjukkan kenakalannya. Buatnya kantoi dengan Fazura baru tahu!

“Winter…cold…snow…ski…perfect! Thank you again!”Aku bertambah teruja mahu pergi ke sana kerana sudah lama tidak bermain ski,salah satu aktiviti kegemaranku dari kecil lagi.

Aku tercenung melihat wajah Tengku Zariel yang pucat. “Kenapa abang?”

“Skii?”

“Kalau nak ketawa, ketawa je lah. Tak payah nak simpan-simpan. Nanti boleh makan dalam”

Aku yang sedari tadi tahan ketawa, mula terpinga-pinga. “Dalam? Dalam mana?”

“Hissh, dia ni!”Pipi ku dicubitnya geram.

Aku ketawa lagi melihat wajahnya berubah tidak keruan dan cuak. Dia masih tegak berdiri di satu-satunya laluan untuk masuk ke gelanggang besar berwarna putih itu. Tidak pernah aku melihat Tengku Zariel gementar walaupn dia sedaya upaya mengawal riak wajahnya. Tangannya yang bersarung hitam itu juga kelihatan menggeletar. Pantas aku menggengam tangannya. Erat.

Mata kami bertentangan. “Are you nervous?”

“Of course not”

Sekali lagi aku mengetap bibir menahan tawa. Terbit rasa kasihan tapi dalam pada masa yang sama, geli hati melihat Tengku Zariel yang berlagak macho. “Abang kena bayangkan yang permukaan gelanggan ni ibarat jalan raya yang biasa,yang buat abang berjalan macam orang normal”

“Sekarang ni normal ke? Eh eh,sayang! Pegang abang cepat!”

Aku cepat-cepat memaut tubuhnya yang hampir terjatuh itu walhal belum lagi masuk ke gelanggang yang licin itu. Terdengar degupan jantungnya yang kuat melantun didada. “Kata tak nervous, tak takut”

“Sebab Kim sentuh abang, automatik jadi laju”

Aku senyum senget sebelum memimpin suamiku perlahan, membiarkan tubuh tinggi itu berdiri stabil dengan roller skate di kedua kakinya. Kejap tangannya memegang bahuku.

“Kalau abang berdiri macam ni je, sampai esok pun kita berdiri kat sini. Penat tau dia orang tutup awal hari ni sebab abang dah sewa untuk abang seorang je”Ujarku sengaja mengusiknya. Bukan tempah apa pun Cuma meminta mereka untuk memberikan kami tempoh sejam selepas ditutup untuk orang ramai. Kebetulan, pemilik disini merupakan salah seorang pelanggan Tiara Kim Wedding. Mujur juga dia memahami, ‘orang tua’ baru nak belajar! Walaupun ia perkara yang berbeza daripada meluncur di salji, tapi langkah pertama boleh dimulakan disini.

“Kim yang suruh abang ke sini,kan”

“Because ski and snowboarding in New Zealand is a must,must thing you need to do when you go there,trust me! Come here”Suaraku ceria kembali memimpinnya masuk ke tengah gelanggang itu. Tengku Zariel yang terkial-kial hanya mengikut langkahku yang mudah menggerakkan roller skate di gelanggang,tangannya memaut pinggangku erat. Sesekali dia mencuit dibahagian itu.

Aku menjeling. “Abang ni nak Kim ajar cara professional ke kasual?”

“Both should be nice. Tapi abang lebih suka secara…santai dan….”Tengku Zariel menunduk dan membisikkan sesuatu di telingaku sehingga pipiku berasa kebas.

Geram, aku melepaskan rangkulannya sehingga kakinya sudah lintang pukang ke kiri kanan. Ketawaku memecah kesunyian di Sunway Ice Skating ini. Terus aku bergerak dengan mudah menghampiri dia yang pantas memegang kedua belah bahuku. Tercungap-cungap dia menarik nafas.

“ Don’t do that ever again!”Tengku Zariel mencubit pipiku dengan geram.

“Siapa suruh cakap yang bukan-bukan? Ke abang nak Kim ambil ‘support’ tu untuk abang? That’s suit for beginner”

“No!” Sekali lagi aku tertawa. Teringat tadi Johan yang merupakan klienku dulu menunjukkan ‘support’ yang berbentuk dolphin itu kepada mereka yang baru nak belajar atau kepada kanak-kanak. Merah muka suamiku.

“One of the most important part during ice skating? Well, you need to learn how to fall”Aku memberhentikan kami di tengah – tengah gelanggang, berhadapan dengannya.

“Excuse me?”

“Kim serius. Masa mula-mula arwah mama ajar Kim dulu,memang banyak kali Kim jatuh. Terlalu banyak tapi itu normal. But, learn how to fall is important to make yourself hurt. Now, I’ll let you and you need to move”Serentak itu aku melepaskan tangannya perlahan-lahan, membiarkan Tengku Zariel berdiri secara stabil. Aku tahan senyum melihat dia menarik nafas dalam dan roller skatenye mula meluncur.

“Eh..eh…”Licin, melihat Tengku Zariel hampir terjatuh, aku cepat memegang lengannya.

“When you’re about to fall, squat down and avoid land using your hand or you gonna injured yourself. “

“Macam mana?”

“Macam ni” Aku selamba melepaskan pegangan suamiku dan dia terus terjatuh ke belakang. Aku meluncur membuat pusingan di sekelilingnya.

“Cikgu apa ni ajar kasar sangat? Macam tak ada hati perut je!” Aku tertawa dengan rungutannya sebelum mengajarnya untuk bangun. Bangun dengan kaki memakai roller skate agak sukar untuk beginner.

“Practice falling also make you get up properly. Next, to move forward. Postur badan jangan terlalu tegak dan ‘keras’, kena jalan membongkok untuk kestabilan bila meluncur.”

“Oh yang ni abang tahu”Tak sempat aku jelas dengan lebih lanjut, Tengku Zariel yang sudah bangun dan memegang bahuku, terus menunduk dan mengucup bibirku tanpa isyarat.

“Ambil kesempatan!”Jeritku samibil menjarakkan diri dan sekali lagi Tengku Zariel terjatuh namun kali ini dia bangun dengan cepat.

“Lama-lama patah riuk pinggang abang ni. Tak sempat nak pergi honeymoon, lupakan je nak pergi ski dekat sana”

“Okay, okay..my bad. Next one is to move with two foot glide. Tak mudah tapi tak mustahil. Jatuh, boleh bangun? Anggap je lantai yang licin ni macam jalan yang biasa tapi kali ni bukan fikir untuk meluncur saja tapi kena belajar untuk ‘brek’. Bila rasa gerak secara perlahan,jaga badan dan biar kedua belah kaki berdekatan..and push out as much as you can. In the beginning, it’s not easy because you need to manage the pressure but if you can do it with stand still, then it’s done!”

Aku melihat Tengku Zariel menggaru lehernya. “Sayang tak tahu ke yang abang ni fast learner?”

Dan sudahnya, mata ini menjadi saksi ‘kejatuhan’ Tengku Zariel Farhan untuk kali keberapa pun aku tidak dapat pastikan tapi lelaki itu sikit tidak mengeluh. Dapat meluncur dan belajar ‘brek’ pun sudah cukup baik. Dari segi peralatan, pakaian dan kemahiran mungkin agak jauh ketika melakukan aktiviti meluncur salji tapi yang penting, aku dapat melihat suamiku yang macho ni jatuh bergolek-golek depan mata!

Bunyi alarm dari telefonku buat aku terpisat-pisat buka mata. Cepat aku mematikan dengan dahi berkerut. Sejak bila aku kunci jam pukul 12 tengah malam? Baru aku nak kembali baring, bunyi jam digital di meja tepi sebelah katil juga berbunyi nyaring. Cepat-cepat aku matikan. Bimbang mengejutkan penghuni rumah yang lain. Aku menoleh ke sebelah…kosong.

‘Dia tiada?’

Aku bangun dan mengikat rambut yang berselerak sana sini. Kaki melangkah ke bilik air dan wardrobe di bilik ini. Tiada juga. Ketika tangan mahu memulas tombol pintu…

Klak! Good morning,good morning!

Hampir tercabut jantungku saat jam dinding(Cukcoo Clock) yang bukan saja mengeluarkan bunyi burung, tetapi dengan burungnya sekali sibuk nak keluar. Sudah beberapa kali juga aku bilang dengan dia yang suka menyakat saat mahu membeli jam ini. Namun aku hairan saat melihat burung kaku itu tidak berkutik. Tangan mencapai sticky note kuning yang ditampal di lidahnya.

‘Morning sunshine…care to join me. Follow the note!’

Aku senyum. Dan hairan. Hari ini hari apa sebenarnya? Bukan harijadiku mahupun ulang tahun perkahwinan kami. Asyik aku memikirkan, sekali lagi bunyi jam di luar bilik bergema kuat. Terus aku berlari keluar dan terdapat lagi satu note di tampal di jam besar itu.

‘Find me, quickly. Or you gonna wake everyone in this house’

Jam dinding di bawah pula berbunyi dan aku terus berlari-lari anak. Entah bila masa agaknya si dia buat semua ini. Walhal sebaik pulang daripada ice skating di Sunway, kami berdua terus pulang ke rumah ibu metuaku sementelah esok merupakan hujung minggu. Sampai saja dirumah. Kami mandi dan terus tidur akibat kepenatan.

‘I love you. Do you love me as much as I do,sayang?’

Aku tersenyum lebar dengan hati yang berbunga-bunga indah. Tidak aku sangka dia ada sisi romantis yang aku tidak pernah lihat. Bukan kali pertama tetapi perbuatannya dari hari he hari makin membuatkan aku jatuh cinta beberapa kali!

Dan bila detik nyaring jam lain berbunyi, aku terus mengikut dan mematikan jam tersebut. Yang buat rahangku hampir tercabut bila jam loceng diletakkan di luar, diatas kereta. Macam nak tercabut telingaku mendengarnya bila jam itu berlaga dengan bumbung kereta.

“Hish, berapa banyak dia beli ni??” Walaupun mulutku membebel,tapi tangan tetap tangkas mencapai note berwarna merah namun hanya menunjukkan arah. Aku menoleh ke kanan dan sticky note yang seterusnya Cuma menunjukkan arah sehingga aku tiba di landskap rumah agam ini dimana terdapat kolam renang di tengahnya. Langkahku mati.

Terkebil-kebil melihat tubuh tingginya berada disebelah sana, dengan stepping stone kolam renang yang memisahkan kami. Disetiap satu stepping stone itu terdapat lilin dan kelopak bunga ros yang memenuhi ruang itu. Bukan disitu sahaja, di kolam renang juga. Hai lah, jenuh esok nak bersihkan balik!

Lama mata kami bertentang sebelum bibirku tersenyum mekar saat dia menghulurkan tangannya. Dia nampak begitu tampan walau Cuma memakai baju putih dan seluar longgar yang juga berwarna putih.

Aku menghampirinya dan menyambut hulurannya.

“Ada apa hari ini?”Tanyaku separuh berbisik.

Dia tidak membalas sebaliknya membawaku rapat ke dalam dakapannya.

“Saja. Rindu”

“Kan setiap masa Kim ada didepan mata abang?”

“Tapi tak cukup untuk abang ucapkan kata maaf. Kalau boleh setiap hari abang nak cakap sampai sayang penat nak maafkan”

Aku meleraikan pelukan. Menyentuh dagu Tengku Zariel yang menunduk. Sekali lagi mata itu memaparkan perasaan kesal yang bukan sedikit. Aku tersenyum, tidak mahu merosakkan suasana padahal baru tadi kami bergembira mengisi masa lapang bersama.

“Kalau abang buat benda ni sebab nak cakap benda yang sama, esok Kim takkan turun lagi walaupun abang setkan 100 alarm jam loceng sekalipun. Biar polis datang tangkap! Tak pun Kim paksa abang main ice skating sampai badan abang lebam macam tadi!”

Dia ketawa sopan. Bukan sebab apa, agaknya memikirkan sudah tengah malam. Tengku Zariel kembali meraih pinggangku ke dalam pelukannya.

“Jom , ikut abang. Abang nak tunjukkan sayang sesuatu”

“Tak payah tutup mata ke?”

“Dia dah nampak dulu. Buat-buat tanya pulak!Hish, dia ni!”

Kami ketawa. Aku menjerit kecil saat dia menarik pucuk hidungku sebelum mengikut langkahnya. Terkebil-kebil sejenak melihat Tengku Zariel sudah duduk di atas rumput yang beralas kain. Entah kain di mana dia ambil,aku tidak tahu. Terdapat dua Maggie cup berperisa kari dan dua gelas oren.

“Sayang, duduk lah sini”

Aku duduk, berhadapan dengan Tengku Zariel. “Abang lapar?”

“Sebelum pergi sunway kenyang, tapi agakya lepas asyik jatuh banyak kali,perut pun kosong balik”

“Tak pernah dengar pun macam tu. Baru jatuh lebih dua puluh kali. Itu pun banyak yang abang sengaja hempap Kim!” Gerutu aku geram mengingati balik kejadian di Sunway tadi. Sebaik saja Tengku Zariel mula pandai meluncur walaupun untuk beberapa saat, mesti dia akan berlanggar denganku secara sengaja…atau tidak sengaja.

“You’re my savior. My Life support, I don’t need anything else including that dolphin or whatever support for beginner” Luahnya cukup tidak puas hati bila Johan menyuruh suamiku berpegang kepada ‘support’ yang beraneka bentuk dan warna.

Aku mencapai huluran Maggi cawan itu dari tangan Tengku Zariel. Meniup asap nipis yang masih ada. “Mana abang ambil alas ni ? Kim macam selalu nampak”

“Abang rembat dari alas meja kopi tu. Habis lagi beberapa minit kunci jam pukul 12,tu yang kelam kabut”

Hampir tersembur maggi yang sudah masuk ke perutku. Mata berair menahan ketawa. Susah juga bila tahan-tahan ketawa ni. Semput!

“Abang…”

“Hmm?”Soalnya kembali bila aku memanggil. RalitTengku Zariel menikmati maggi yang dipanaskan. Betul-betul lapar agaknya!

“Kim dah lama nak tanya…abang memang reti memasak ?”

“Maggi ke maksud sayang?’

Aku ketawa lantas menggeleng. “Setakat tuang air panas, semua orang boleh buat. Maksud Kim, masa dekat Kedah dulu…abang ada masakkan untuk Kim. Abang ingat?”

Pertanyaan aku membuatkan suapan Tengku Zariel berhenti sejenak. Dia senyum. “ Yang simple aja abang reti. Well, sebenarnya maggi dengan goreng telur je abang pandai, yang lain tak pernah.”

“Habis tu?”Aku bertanya lagi. Ya, aku masih mahu tahu kerana sepanjang aku mengenalinya kecuali ‘sisi gelap’nya yang dulu, tidak pernah aku nampak dia masuk ke dapur walaupun sekali!

Aku melihat lelaki itu menarik nafas panjang, menghembusnya perlahan. “Masa Kim mengandung,abang mengidam macam-macam. Bukan lah yang pelik tapi abang minta maaf atau Maz yang masak makanan yang aban jarang makan. Yang lagi buat mereka pening kepala bila makanan yang Maz masak tu ,rasanya tak sama. Well, mungkin sebelum ni Kim yang buat….”

Aku masih mendengar walaupun aku tahu Tengku Zariel agak berat untuk berceita kerana bakal mengungkap kenangan pahit itu. Satu kehilangan besar yang buat aku hampir berputus asa untuk hidup jika tiada sokongan daripada Amanda dan Carl. Adakalnya aku pernah tertanya-tanya, bagaimana aku mahu meneruskan kehidupanku jika mereka tiada?

“Dan abang terjumpa buku dan nota resepi kat bilik Kim yang masih tertampal kat dinding. Abang…abang rasa serba salah dan terharu bila dapat tahu Kim sanggup pergi ke kelas memasak semata-mata nak ambil hati abang. Kim tak tahu, tapi Kim belajar. Abang buang,abang kutuk…tapi Kim tetap buat. Lepas Kim pergi dan abang kena alahan, setiap hari tekak abang nak rasa air tangan Kim. Tu yang abang belajar, dari Kim juga.”

Aku tersenyum walaupun kenangan pahit itu menjengah masuk namun kali ini aku tidak berasa apa-apa kerana usaha Tengku Zariel buat aku tersentuh. Aku tahu bukan mudah untuk dia melupakana apa yang telah dia lakukan terhadapku namun ia nya mulai hilang secara berlahan-lahan dan disebabkan itu aku semakin jarang mengalami mimpi ngeri itu lagi.

“Itu dah jadi sebahagian daripada tugas Kim sebagai seorang isteri. Kalau abang tak suruh macam tu, mungkin sampai bila-bila Kim tak reti masak. Abang pun dah terima balasan….Kim yang pregnant,abang yang kena alahan! Padan muka!”

Meletus ketawaku tanpa ditahan lagi bila Tengku Zariel merangkak ke arahku dan menggeletek tubuhku sehingga kami terbaring. Mujur juga alas itu agak besar. Kalau tidak, mahu berterabur segala air dan maggi.

“Stop,stop abang..Shh! Nanti yang lain terjaga macam mana!”Aku menepuk dadanya dengan geram sambil merebahkan kepala disitu. Suka mendengar irama degup jantungnya yang sangat menenangkan. Kadang-kadang boleh sampai tertidur.

“Alah tak apa, dia orang faham feel pengantin basi ni macam mana”Ujarnya sambil ketawa,mengucup ubun-ubunku.

“Feel?”Aku menongkat dagu di dadanya. Suasana kembali sepi membuatkan pandangan mata kami terpaku.

Aku membiarkan bila Tengku Zariel bertindak mengucup bibirku. Lama kami dalam keadaan begitu sebelum dia melepaskan pautan bibir ini bila terasa aku mahu mencuri nafas. Ibu jarinya menyentuh bibirku bersama senyuman manis.

“Hmm…rasa kari…”

Hissh, dia ni!!! Giliran aku pula menggeletek tubuhnya sampai merah muka. Lantak lah jika mereka yang lain terjaga pun. Yang penting, dendamku berbalas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience