“Kenapa ‘kayu’ sangat ni? They seem like a robot! The old fossil!”
Abang Zikry dan kru lain tersengih-sengih dengan omelan aku. Ini yang aku pantang dalam sesi bergambar dan rakaman bersama pelanggan. Nak lakukan babak semula, adegan permulaan yang indah-indah belaka tetapi kesudahannya bila disuruh buat, terus jadi kayu! Kedua mereka berdiri macam patung walhal dah diberi pelbagai prop untuk menjadikan mereka lebih kreatif dan ‘hidup’.
Studio pula sudah siap setting bagai seperti yang mereka mahukan. Pakaian juga sama. Cinta zaman sekolah. Masih ada lagi rupanya, cinta monyet? Sinisku dalam hati.
“Biasalah Kim,budak muda. Segan mungkin”
“Dah nikah dah kan? Apa nak disegannya? Dah dapat greenlight dah pun. Entah-entah abang Zikry yang cerewat sangat tak?Semua nak perfect! Itu tak kena, ini tak kena.”
“Eh,kita pulak yang kena. Abang cerewet sebab Miss Kim kita ni lagi cerewet. Jadi nak tak nak,abang kena push sikit.”
Aku sekadar tersengih sebelum mendekati pasangan muda itu. Memang muda. Rsanya dalam lingkungan 21 tahun. Sangat kebudak-budakan wajah keduanya.
“You guys tak penat ke kena buat banyak kali? Salah sikit,dah kena start dari mula. Terpaksa buat muka balik. Lama-lama senget muka tu baru tahu”
Kedua-duanya menggaru kepala. Jelas riak penat di wajah mereka.
“Kami berdua dah cuba kak tapi tak tahu tiba-tiba jadi kaku. Jadi malu pun ada. Semua serba tak kena.”Jawab pemuda itu. Nampak telus dan jujur dengan tuksedo hitam. Begitu juga dengan si gadis yang comel dengan dress putih dengan rambut diikat ekor kuda.
“Habis sebelum ni,sebelum kahwin ambil gambar sana sini,selfie tak ingat dunia okay pulak?”
Merona merah wajah keduanya. Aku angkat kening pada Abang Zikry diluar pentas kecil yang berlatarkan warna putih,sebuah basikal yang punya bakul dan juga dua buah meja sekolah. Cukup,lengkap!Abang Zikry mengangkat bahu tanda menyerahkannya pada aku.
“Tadi Abang Zack ada tunjuk satu photobook,penuh gambar kakak buat macam-macam pose. Muka kakak cantik, nampak natural dan sangat photogenic sampai ingatkan kakak pernah jadi model. Boleh kakak ajar kami sikit?”
Kelu lidahku dengan wajah yang panas membahang. Tak berkelip mataku berbalas pandang dengan mereka yang sudah mengekeh ketawa. Memang ada sample untuk photoshot dan aku yang menawar diri untuk jadi model. Pelbagai gaya aku buat sampai tebal tapi aku dah jadikan ia sebagai privasi aku. Pasti diaorang rembat dari atas meja aku.
“Well..it just for fun actually and I’m not a model. I tak reti ajar orang”
Terus hampa wajah kedua anak muda itu. Hai lah…ni yang aku lemah ni.
“Okay,you guys win but only this time okay dan jangan nak promote kan orang lain pulak. Cerita sini,habis sini je,right?”
“Yeah!”
Oh…memang betul budak-budak! Pertama sekali aku menyuruh lelakinya menungkat basikal,konon-kononnya lalu ditepi kelas. Si gadis pula aku dudukkan dikerusi. Tekun dan fokus.
“Imagine you’re in the class right now, five years ago. And you,I know you were ride a motorcycle but we don’t bring it here because I’m afraid you going to destroy our studio”
Bergema studio ini dengan ketawa yang lain. Suasana yang agak kekok tadi mula selesa. Agaknya terpana dengan kecantikan aku kot? Ya, aku dan perasan tidak boleh dipisahkan.
Entah apa yang aku bebelkan lagi tapi ternyata menjadi. Mereka yang tadinya kaku dan kayu macam patung terus berubah menjiwai watak. Kan mudah. Kerja pun boleh selesai awal.
Kemudian aku menyuruh mereka duduk di meja berdepan antara satu sama lain. Si gadis tunduk membaca buku manakala lelakinya pula mengusik dengan bunga ros ditangan. Lagi,menopang dagu dan merenung antara satu sama lain.
Entah kenapa waktu itu hatiku tersentuh. Melayang fikiranku bersama Tengku Zariel. Selama ini,tak pernah sekalipun dia merenungku dengan redup dan lembut. Sikit tidak ada perasaan kasih dimata itu untuk aku. Yang ada cumalah kebencian yang bukan sedikit.
Sungguh, aku tidak tahu apa yang aku harapkan daripada seorang lelaki yang begitu jelas membenciku. Bukan saja hari ini tetapi semalam, kelmarin dan hampir bertahun lamanya! Tetapi hatiku degil, tetap percaya nama Tengku Zariel yang layak dalam hidupku.
Dan selepas itu banyak lagi gaya yang aku suruh lakukan walaupun ada adegan rapat yang mereka masih malu-malu.
“Kan dah kahwin. Apa nak malunya? Don’t worry, we still have a gap. Tak tahulah kalau you all nak buat lebih dari itu”
“Nanti kalau kakak dah kahwin,mesti kakak akan rasa apa yang kami rasa tau! Memang dah kahwin tapi perasaan malu campur debar tu still ada. It just happened…err,yeah..only that”Gadis muda itu menyampuk tersenyum malu.
Dia menegur atau menyindir? Huh!
Habis saja sesi photoshoot…
“When you look into his eyes,you will saw something that you can’t express with any words. You know what? Love. Melalui gambar, walaupun sekeping kita tahu mereka miliki perasaan yang sama.”
Teringat kata-kata Abang Zikry tadi ketika menunjukkan aku gambar-gambar tadi dilayar skrin computer. Kata-kata yang membawa aku melihat gambar yang tergantung di pejabat.
Gambar aku dan Tengku Zariel. Cinta? Wujud di antara kami? Aku senyum manis sedang dia beku dan kaku. Rela dalam terpaksa. Tiada apa yang menarik. Tiada kisah yang manis yang terlakar melalui gambar ini . Sama seperti kata Abang Zikry tadi.
Jadi untuk apa aku letak di pejabat Tengku Zariel walau aku tahu tak sampai sesaat pasti dia dah campak keluar bangunan? Untuk menyakitkan hati Iman? Tapi apa-apa pun aku berjaya buat bakal bapa mertuanya curiga tentang hubungan kami.
Pasti dia marah dan minta Iman memutuskan pertunangan tu,siapa tahu kan? Tak sangka rancangan yang aku buat hanya mahu memberi hadiah pada Tengku Zariel,tiba-tiba Tuhan meletakkan satu lagi babak untuk rancangan aku.
“Its all yours,Kim. All yours…”Hati kecilku berdetik.
Kedengaran bunyi derapan kaki dari luar pejabat. Pasti Khayra beritahu nak pulang. Dah pukul 5 petang. Aku menanggalkan baju lengan panjang berwarna merah yang aku pakai, hanya meninggalkan singlet di tubuh. Kebiasaannya aku membawa dua hingga tiga pakaian ke sini. Panas dan melekit melekat di tubuh jika bertugas diluar.
“Khay dah berapa kali I beritahu kan kalau nak balik,balik je. Tak payah beritahu i. We’be been working for a years so I don’t mind anything”Ujarku tergelak tanpa memandang. Sibuk mencari cardigan nipis di beg.
Sepi dan senyap. Tiada balasan. Namun nafas yang kuat buat jantungku berdegup laju. Cukup kenal bunyi nafas yang seperti naga itu. Laju aku berpaling. Aku tergamam seketika namun aku teruja.
“What on earth you came to my office? Is that true Tengku Zariel Farhan stand infront me with…with those eagle eyes? Wow, interesting!”
Dia berdiri tegap,tegak dengan wajah ais bekunya itu. Ops,silap. Tapi tegang dan bengis sehinggakan aku seperti ternampak api bakal menyembur keluar dari mulutnya. Wajah dan telinganya merah menyala seperti udang terbakar.
Kecut pula perutku. Air liur yang ditelan pun terasa kesat. Tiba-tiba rasa teruja dengan kehadirannya hilang direntap begitu saja sebaik melihat bingkai gambar kami di tangannya.
“Oh…that frame still look good I guess. That’s beyond my expectation actually. I thougt you gonna broke it within a seconds after I give it to you” Suaraku bergetar tapi sedaya upaya aku cuba bertenang. Tidak
Mahu dia membuat kecoh disini kerana aku tahu jika dia mengamuk,dah tentu staf-staf aku yang lain yang masih belum pulang akan tahu hal ni. Lebih-lebih lagi selepas dia menyerang aku diset dulu. Itu juga sudah mendatangkan pelbagai gosipz Ditambah lagi, selepas aku berjaya membuatkanHaji Yusuf curiga tadi.
“I will and I really want too but I think it must be interesting if I do it in front of your eyes! Biar mata yang jadi saksi. Mesti kau ingat kau dah menang kan or sekarang ni tengah celebrate with those clothes and wine perhaps? Ke ada lelaki dekat sini? Tengok muka kau sekali imbas aje aku dah scan siapa kau sebenarnya. Tak perlu nak selidik sampai upah PI sebab perempuan macam kau memang tak ada sikap yang baik. Zero and useless!”
Mendidih darahku mendengar ayat berbisanya. Sangat-sangat berbisa sampaikan rasa nak putus telinga. Aku menarik nafas dalam. Cuba mengawal perasaan yang menggila. Mana mungkin aku nak melenting didepan lelaki ini? Lelaki yang sentiasa mendebarkan hati ini…
“Look..niat I baik,Cuma nak hadiahkan pada you. Jangan pecahkan. You boleh simpan dalam bilik stor,biar terperap berapa tahun pun tak apa. Nak pecahkan depan i? Apa aje you dapat,dapat puaskan hati you sedangkan semuanya dah terlambat kalau nak suruh I patah balik. Ayah Iman dah Nampak semuanya. I percaya you terangkan macam mana sekalipun dia takkan percaya. You nak I terangkan? Fine I tak kisah tapi jangan haraplah I nak ceritakan perkara yang sebenar. Ini Kim lah. I won’t giveup for nothing!”Aku mendebik bahu kiriku dengan riak sekali sekadar mahu menghangatkan lagi hatinya.
Tengku Zariel semakin menghampiriku dengan wajah yang bengang. Dari jarak yang beberapa inci ini aku dapat melihat cengkaman kuatnya pada bingkai gambar itu. Juga matanya yang tajam memandang bingkai gambar kami yang tergantung dipejabat aku. Hati mula rasa tak sedap. Apalagi melihat bibirnya yang tersungging senyuman sinis. Senyuman yang berupa kemenangan tapi kekalahan bagiku.
“Aku pun tak kisah. Kau masuk syarikat aku dengan cara yang tak beradab macam perompak,tunjuk kat semua orang siapa kau yang sebenarnya… well,that is so impressive. Lebih-lebih lagi kau rancang supaya Haji Yusuf datang pada masa tu tapi kau fikir kau dah menang? Dan kau fikir kedatangan aku ke sini sebab nak suruh kau terangkan perkara yang sebenar? Melutut dan merayu kat kau? No Kim…you were wrong. Totally wrong! You just get into the wrong way and I am really grateful. You know why? This…”
Serentak itu Tengku Zariel membaling bingkai gambar ditangannya tepat ke arah gambar yang tergantung didinding. Gambar aku dan dia!
Bergema ruang pejabat ini dengan bunyi kaca yang retak dan bertaburan di lantai. Sepi seketika sebelum dia bertepuk tangan. Tanda bangga dan kepuasan melihat aku yang terkaku.
“How’s that, hmm? Hope you still like it!” Suaranya kejam sebelum berlalu dengan pintu dihempas kasar. Mataku terpejam lama. Berharap jika aku celik,bingkai gambar itu akan kembali kepada asal malangnya…
Today is your day Ariel…next,it will be mine!
Aku duduk mengutip serpihan kaca yang aku kumpulkan. Duduk bersila seperti orang bodoh. Nasib kat pejabat sendiri. Buatnya di luar?
Memang cara Tengku Zariel agak ‘baik’ tidak memalukan aku di Qalesh Holding,tetapi cukup halus dan kejam dia memperlakukan aku seperti ini. Aku menahan diri daripada mengeluh sebelum
“ Kasihan…”
Aku tak berpaling. Dengar suaranya saja dah cukup buat telinga ini terbakar.
“Kalau aku? Aku akan simpan dalam bilik aku. Bayang dan mimpikan kau setiap malam”
“Shut up Alan!”Bidasku bengang melihat komen nakalnya itu. Pasti dia mencari Tiara tapi sempat pulak tu singgah pejabat aku.
“Jangan jual mahal sangat lah Kim. You’re just the same. Tak ada beza di antara kau dan aku.”
“Tapi berbeza dengan perempuan-perempuan yang kau dah rosakkan? Yes,I am!”Ujar aku sinis. Tangan tetap laju memastikan tiada serpihan kaca yang tinggal. Ya. Mengutip serpihan ini sama seperi hatiku yang sedang retak apabila melihat gambar kami berdua yang sudah tidak bercantum.
“Termasuk Tiara?”
Akhirnya aku berpaling. Bertentang mata dengan renungan dan senyuman miangnya merenung aku dari atas ke bawah. Nasib aku dah sarung cardigan.
“You’re the one who change her life! Dia jadi macam itu disebabkan you!”
Alan ketawa dengan gaya yang begitu menjengkelkan. Buat aku semakin meluat dengan lelaki ini.
“Oh cut this out,Kim. Dia yang pilih nak jadi macam tu,takkan aku nak tolak? Kena ada give and take what? This is love , Kim. Kau tak tahu sebab tu kau buta. Fell in love with a wrong person. Come on , babe..dulu aku offer kau jadi mistress aku kau taknak,sekarang ni kau rasa cemburu dengan aku dan Tiara?”
Kalau tak mengenangkan kewarasan akal aku,nak saja aku mencakar wajah Romeonya dengan kaca ni biar berubah jadi beruk! Beruk pun tak buruk macam dia! Ingat lagi apa yang aku beritahu tentang hubungan Alan dan Tiara yang aku cukup tak senang? Kerana…Tiara merupakan wanita simpanan Alan. Playboy yang perasan kacak! Mereka berkenalan di kelab malam dan seterusnya biarlah menjadi lipatan sejarah yang aku tidak mahu tahu.
Sungguh aku tidak faham apa yang mendorong Tiara sehingga sanggup menerima offer Alan yang terkenal dengan sikap kasanovanya itu. Sebab dia kaya,anak Tan Sri? Alasan Tiara…tak cukup mahu menampung hidupnya yang sekadar menjadi pereka baju pengantin.
Padaku,Tiara seperti melepaskan tekanan di atas apa yang menimpa Hidupnya. Dia masih berdendam dan perkenalannya dengan Alan yang banyak membantu dari segi kewangan,membuat dia terjerumus jauh.
Aku nak bagi nasihat? Layak ke aku untuk memberi nasihat sedang aku sendiri banyak silapnya? Kerana tekanan,Tiara berdendam. Kerana terdesak, dia alpa.
“Well sorry if you feel that way. The truth is,you never know what is love. Aku ingatkan kau ikhlas selama ni dengan Tiara,jadi penyelamat dan pelindung dia tapi rupa-rupanya kau Cuma tahu ambil kesempatan! Shame on you. Rupanya anak Tan Sri Darius Lee tak sehebat yang disangkakan. Rupa aje class tapi yang lain? More like hell!”
Aku tak perasan dia berada dibelakang aku bila dia merentap pergelangan tangan aku. Pantas aku menepis kasar. Dahinya berlapis menahan geram sebelum bibirnya tersenyum merenyam.
“That’s why I like about you, Kim. You suka cabar i. Itu yang buat i rasa…tertarik”
“Alan,what’s wrong?”Kedengaran suara Tiara dari luar bilikku, pasti dia sedang menuju masuk dan aku tidak mahu Tiara memikir yang tidak-tidak.
Alan menghantar aku satu renungan sebagai amaran tetapi aku sikit tidak hairan. Bangkit dengan bingkai yang dah patah lapan! Lepas satu persatu masalah datang. Lepas ni kena bersoal jawab dengan Tiara pulak! Kenapalah hari ni aku berdepan dengan lelaki-lelaki yang kacak dan menarik tetapi menyakitkan hati?! Aku suka, dia tidak suka. Bila aku benci, dia pula suka.
“Nothing sayang. Tolong kawan you kemaskan hadiah dia yang tak diterima. Sayang…dipulangkan dengan cara yang kejam sekali.”
“Still make sense and guess what? Dia masih terima! Unlike you,hidung tak mancung pipi tersorong-sorong! Ludah dijilat balik! Kasihan…langsung tak ada perasaan malu. Lebih sedap ya jilat ludah sendiri dari minum air ‘longkang; kat kelab tu?”Mengekek aku ketawa. Sindiran panas lagi berapi. Aku bersorak dalam hati melihat wajah menyinga Alan yang terkulat-kulat. Dia merengus sebelum melangkah keluar.
“Alan! You nak pergi mana? Kim,kita belum habis lagi! Alan,tunggu i!” Tiara sudah menggeletis tidak menentu melihat teman lelakinya.
“Hai lah…kejamnya dunia… eh, manusia!” Pantas aku membetulkan ayatku sendiri.
Aku meletakkan serpihan kaca yang berderai,bingkai gambar yang terbelah sana sini di atas meja. Tak peduli dengan kulit tanganku yang mulus terluka dan mula mengeluarkan darah.
Sakit? Tidak.
Aku menyentuh permukaan gambar itu. Koyakan yang panjang ditengah. Di antara aku dan dia.
“This hurts much…”
Share this novel