BAB 20
“You drive. I tak larat. Pening” Serentak itu kunci kereta aku lempar pada Tiara. Masuk saja dalam kereta,seat aku rendahkan seraya tangan aku letak didahi.
“Mengandung ke?”
Terbuka luas mataku sebelum menjeling Tiara. “ Please don’t start Tiara. I memang tengah tak sihat sekarang ni.”
“Kim…selama aku berkawan dengan kau, aku tak pernah tengok kau lemah macam ni. You workaholic, I know. Everyone knows that. Kau demam teruk sekalipun, kau sanggup pergi office,layan client,pergi rumah client di ceruk utara semata-mata nak pastikan semuanya berjalan dengan lancar…turun padang join Queens Band. But…look at you now. You look sick,pale..discussion tadi pun you look lost.”
Keluhan tercetus dari bibirku.
“Dan kau tak suka mengeluh”
Sekilas wajah Tiara aku pandang. Tiada riak atau pun senyuman mengejek. Jarang sekali dia berbicara dengan aku seperti ini. Drastik sangat ke keadaan aku sejak akhir-akhir ini? Lebih-lebih lagi semalam. Sepantas juga fikiran ku melayang lagi kejadian yang berlaku tadi.
Aku tengah sibuk basuh baju-baju milik Tengku Zariel di halaman belakang,berdekatan dengan paip air di taman mini landskap ni rumah agam. Sakit tangan aku!
Mengada-ngada betul tak nak guna mesin sebab aku menyentuh kemejanya tadi pagi. Ketika itu juga ibu mertua kesayangan memanggil. Nak buat tak reti pun tak guna sebab mesti dia akan mengadu dekat Tengku Zariel. Nak tak nak terpaksa aku bangun meninggalkan baju basuhan.
Selang 10 minit kemudian bila aku kembali, aku terlopong melihat lelaki itu sedang memegang kemeja dan kot yang aku basuh tadi. Rahang aku jatuh dengan mata yang membulat besar. Air liur aku telan kesat membalas renungan tajamnya. Jantungku berdebar kencang.
Kali ini aku betul-betul takut kerana bila-bila masa saja dia akan memuntahkan lava yang tengah panas. Lambat-lambat aku menghampirinya apabila dia menggamit aku menggunakan jari seperti seorang majikan dengan orang gaji.
“Apa yang kau buat dekat kemeja dan kot aku?”
Nadanya perlahan tapi cukup menakutkan. Tangan aku genggam erat memerhatikan kemeja maroon dan sutnya yang sudah bertukar warna. Lusuh dan buruk. Warnanya seakan-akan pudar dan lusuh di sana sini. Kot tebal itu juga koyak di beberapa bahagian sehingga hilang ciri esklusif dan mewahnya.
“Err….i…i….”
“Answer me!”
Terangkat bahu aku dengan tengkingannya. Sungguh kali Ini aku betul-betul takut kerana bimbang dengan tindakannya selepas ini.Dengan teragak-agak aku mendongak.
“I swear I basuh guna breeze dengan pencuci wangi tadi. I tak guna machine pun!”
Tengku Zariel mengetap bibir seraya menggeleng. Dia mengangkat botol berwarna putih tepat di depan aku yang terkejut. “Ni kau kata pewangi? Kau memang sengaja nak kenakan aku kan?! Kau tahu tak ni baju kesayangan aku? Baju yang arwah papa bagi pada aku sekarang kau tengok apa kau dah buat!!!”
Tepat baju itu dilempar ke wajah aku. Aku terpempan. Tidak tahu bagaimana nak membela diri sedangkan aku tahu aku tak bersalah. Buat apa aku basuh baju guna klorox kalau aku cuma menempah maut dengan Tengku Zariel?
Tidak terlintas langsung tetapi macam mana klorox itu berada disitu? Aku menapak setapak ke belakang bila Tengku Zariel hampir. Debaran makin menyesakkan dada. Bukan kerana jarak kami yang hampir tapi aku takut. Lebih-lebih lagi kaki ku sudah basah menyentuh tebing kolam renang.
“Ariel please let me explain. Trust me I won’t ever do that. I tahu kot tu favourite you sebab I selalu nampak you pakai. For this time, please trust me…i..i begging you”Tersekat-sekat aku bersuara. Memang ketika ini aku sanggup rendahkan ego,biarlah aku memalukan diri kerana aku cukup letih dari kelmarin lagi.
“Yes,you right. I do trust you…now!”
Serentak itu satu tolakan keras ke bahu aku menyebabkan aku terjatuh ke kolam renang. Berdebur bunyi air dengan tubuhku. Aku yang langsung tidak bersedia terpaksa menahan pedih kerana air masuk ke rongga hidung dan mulut. Mata dan hidungku pedih. Terpisat-pisat aku mengesat mata yang pedih. Aku yang tahu berenang tetiba hilang skill yang aku pelajari kerana aku tidak bersedia. Tercungap-cungap aku menarik nafas memegang tepi kolam.
Tanganku tersentuh hujung kasut milik Tengku Zariel lantas aku mendongak. Tiada langsung riak serba salah diwajahnya sebaliknya dia tersenyum sinis sebelum menunduk rapat. Aku lihat matanya merah dan berair. Dia benar-benar bengang. Cukup hanya dengan melihat nafasnya yang turun naik.
“Itu hadiah hari jadi untuk aku sebelum dia meninggal dunia. Setiap kali aku pakai,aku akan teringat dekat dia. Tapi kau tengok apa kau dah buat? Kau dah musnahkan bayang-bayang papa aku setiap kali aku pakai pemberiannya. Apa yang aku buat ni satu hukuman untuk kau. You deserve it,witch!” Dia meludah ke tepi dan serentak itu beredar.
Kepala aku lentok di lantai tepi tebing kolam. Menahan segala perasaan yang mengasak dada tanpa henti. Mata aku pejam rapat.
Penat….
“Kim?”
Tersentak aku dibuatnya. Aku menoleh. Jauh aku termenung. “Nothing. I just tired lately. Banyak job masuk sampai tak terhandle dan buat I letih”
“Ariel ke yang buat kau sakit macam ni?”
“Tiara please….”
“Answer me and I will shut my mouth. Is that true? Kim,come on. Bukan sehari dua aku kenal kau. Dah bertahun kita kawan . Kita tak pernah berahsia tau. Body language even your face reaction pun aku tahu. Look,aku tahu aku banyak cari pasal dengan kau tapi aku tahu kau jadi macam ni sebab Ariel. Ariel je boleh buat kau berubah sikap. Fine kau tak nak beritahu tapi jangan pendam sampai makan hati sudah lah”
“Thanks for your concern but there is nothing to do with Ariel okay? Fullstop!”
Terus aku membuang pandang ke luar tingkap. Memerhatikan pemandangan senja yang mewarna sawah padi. Kami sekarang menuju pulang dari majlis klienku di Alor Setar. Jarang aku menolak pelawaan dari klien yang menjemputku ke majlis mereka.
Sebenarnya dari kelmarin suhu badanku naik mendadak. Tiga biji pil aku telan. Mata semakin berat sebelum aku terlentok lena,membiarkan Tiara memandu dan aku mahu mengelak daripada berterusan disoal siasat oleh wanita itu.
TANGAN aku yang sedang bermain piano terhenti tatkala mendengar ketawa mesra dari pasangan yang baru tiba itu. Sebaik mendongak,aku terkejut sebelum ketap bibir. Alunan yang terhenti menyebabkan kesemua mata pelanggan Arjuna Café memandangku termasuk pasangan itu. Senyuman sinis dihadiahkan padaku.
Herlina berdehem menyedarkan aku. Nak tak nak aku teruskan jua dengan instrumental ‘Because of you’ sedang fikiran aku dah melayang ke arah macam mana aku nak berdepan dengan lelaki itu selepas ini.
“Seronok nampak?”
Tawa mereka berdua mati. Mataku tajam merenung gadis di sebelah Tengku Zariel. Bukan gadis yang sama aku nampak di Qalesh Holding tempoh hari.
“Rasanya I tak nak order apa-apa lagi. Kan sayang? You nak order apa,just say it”
Gadis itu tidak keruan bila Tengku Zariel berkata demikian.
“Err,tapi Ril dia bukan staf café. I kenal dia and really likes her. She’s amazing pianist you know. Takkan you tak tahu.”
“Oh really?”Mata Tengku Zariel seperti terkejut. Sengaja berpura-pura tidak mengenali aku langsung.
“I tak kisahlah dia penyanyi ke,buskers ke kat café ni ke apa ke masalahnya dia kerja kat sini so dia tetap seorang staf. So Miss Waiter,do you mind if you take order for us? I nak tambah Americano lagi. Kering tekak berbual tadi.”
Rambut aku selak ke tepi cuba mengawal api amarah yang sedang marak disekeliling aku sekarang ini. Selamba saja Tengku Zariel seperti tiada apa yang berlaku sedangkan hari tu tanpa usul periksa dia menjatuhkan hukuman kepadaku. Tak perlu nak bela diri, tak benarkan aku bersusah payah beri penjelasan tapi dia tergamak menghukum aku sesuka hati.
Sudahlah aku demam,terpaksa ke sini kerana janji bersama Queens Band tetapi dalam masa yang sama aku perlu berdepan dengan sketsa drama yang dimainkan suami sendiri? Jadi betullah gambar yang aku dapat daripada Tengku Farizal hari itu?
“Kalau you nak order,I boleh panggilkan waiter sebenar kat sini. Look Ariel, you baca text kan? Kalau tak,takkan you berada disini semata-mata nak sakitkan hati i. You boleh je kan pergi tempat lain and of course…dengan perempuan yang lain daripada hari tu” Balas aku lembut sehingga berubah wajah gadis itu. Tidak berkelip matanya yang dihiasi bulu mata palsu tu memandang Tengku Zariel.
Selepas aku dapat nombor sebenar Tengku Zariel, aku takkan lupa untuk hantar mesej untuk beritahu dimana aku berada,pukul berapa aku balik walaupun dia tidak pernah balas apatah lagi angkat panggilanku. Aku mengugut dia untuk menyebarkan status hubungan kami
“Betul ke apa dia cakap? You keluar dengan perempuan lain hari tu? Habis I ni apa?! Dasar lelaki tak guna!” Bentak gadis itu sambil mencapai tas tangan dan beredar. Aku duduk di kerusi berdepan dengan lelaki itu sebelum dia mengetip jarinya memanggil pelayan.
“Ya Encik?”
“Panggil bos you I nak jumpa. Kalau dia tanya siapa,give this to him”
Business card bertukar tangan tapi mata tajamnya galak memandang aku. Aku tahu dia marah. Aku menguntum senyuman walau aku tahu dia takkan balas.
“Aku rasa aku dah tekankan banyak kali yang kau dilarang masuk campur personal matter aku. Kau patut rasa bersyukur aku lepaskan kau malam ni supaya kau boleh kutip tips,tambah duit kat sini. Kau ingat aku nak sangat ke pergi ke tempat yang dah sah-sah kau ada kalau bukan tujuan nak sakitkn hati kau? Kau sakit hati,marah kan? I’m glad to hear that. Lagi satu,kau fikir aku nak minta maaf lepas aku campak kau kat kolam hari tu? In your dreams! Nak tahu apa yang aku rasa masa tu? Kepuasan!”
Terpejam mata aku mendengar perkataan ‘puas’ yang terbit dari mulutnya. Benar,penuh dendam dan kepuasan. Dia betul-betul puas dengan apa yang dia lakukan terhadap aku tanpa sikit rasa belas. Mulut yang terbuka terkatup kembali melihat Uncle Ramdan menuju ke sini. AKu bangkit.
“Ya Encik? Oh ini kalau tak silap Tengku Zariel waris Qalesh Holding kan? Kami warga Arjuna Café sangat berbesar hati dengan kehadiran Tengku di sini. Ada apa-apa yang kami boleh bantu? Jangan risau,service kami tip top!”
“Betul Arjuna Café sebelum ni kepunyaan Tuan Haji Saidin?”
Langkah aku mati. Laju aku berpaling. Uncle Ramdan terkebil-kebil. Soalan tengku Zariel mengundang rasa kurang enak.
“Err ya betul tu Tengku. Kenapa?”
“Well,I want buy all of it. ”
Sungguh aku terkejut. Aku nak bertanya tetapi pasti Uncle Ramdan akan berasa hairan jika aku yang melebih. Tetapi apa yang cuba Tengku Zariel lakukan? Tuan Haji Saidin merupakan pemilik asal Arjuna Cafe sebelum diserahkan pada Uncle Ramdan atas dasar kepercayaan.
Baru-baru ini setelah dia bersara, dia memberikan hak sepenuhnya kepada Uncle Ramdan tanpa sebarang bayaran tau perjanjian hitam putih. Jika Tengku Zariel beli, ini bermakna pemilik asal bukan lagi Tuan Haji Saidin mahupun Uncle Ramdan lagi! Bukan aku gembira kerana suamiku bakal memiliki separuh haknya di sini kerana sebahagian hidupku adalah Arjuna Café. Banyak kenangan pahit manisku disini kerana kesemua staf sudah seperti keluargaku sendiri.
“Tapi Tengku, walaupun pemilik asal Aj Café bukan saya tapi saya tetap merupakan pengurus disini”
“Saya sanggup bayar tiga kali ganda! How’s that?”
Aku tercenung. Tidak berkelip mata melihat wajah itu. Kenapa dan untuk apa?
Rambut yang jatuh di dahi aku sebak ke belakang. Aku membetulkan baju tidur satin merah yang agak jarang tersarung di tubuh. Aku mengacau mug yang berisi air nescaffe untuk Tengku Zariel. Memang tiada arahan aku perlu membancuh minuman untuk dia malam-malam begini tetapi aku tetap nak buat jugak walaupun dah tahu kesudahannya. Sambil tu boleh aku tanya mengenai AJ Café.
Tiga kali aku ketuk sebelum dia buka pintu,menayangkan wajah bosannya. Aku menyimpan senyuman bila melihat matanya melirik memandangku dari atas ke bawah. Dengan penampilan daring seperti ini mana mungkin ada lelaki yang terlepas pandang!
Aura Kim..siapa yang boleh lari?
“Tergoda?”Bisik aku lembut sambil meniup Nescaffe dengan menggoda.
“Dengan siapa? Kau? Jijik!”
Reaksi muka aku kawal. Aku tak boleh cepat melatah.
“I buatkan you Nescaffe,minumlah. I tahu office banyak kerja. Lagipun tadi dinner you tak sentuh pun apa yang I masak”
Dia tergelak. Meraup rambutnya yang agak kusut. Biarpun dia Cuma memakai T-shirt lengan Panjang dan seluar khaki pendek,dia tetap tampan dan segar.
“Aku syorkan kau pergi kelas memasak lepas ni. Kau sedar tak selama ni apa yang kau masak tak sedap langsung! Nasi goreng pun tawar macam bubur. Nak belajar masak asam pedas konon…cair macam air kosong! Kau ingat aku nak ke makan kalau tak kerana nak susahkan kau..paksa kau tunggu situ tengok aku makan sampai habis…? Tapi memang patut pun kau berdiri kat situ like a slave. A real slave! Tak sangka kau better than Maz…I mean ‘ketaatan’ kau sebagai hamba abdi aku dalam rumah ni. Impressive but too bad…I never satisfied, not even once!”
Terguris.
Perisai yang aku bina bertahun-tahun setiap kali berdepan dengannya semakin pecah sedikit demi sedikit. Aku tidak lagi kebal sebelum ini. Masalah demi masalah yang datang buat aku semakin goyah. Aku cuba tayang muka selamba tapi melihatkan senyumannya dia tahu benteng aku mula punah.
“Bagi I masa okay? I am still learning. Tak boleh ke you support i? Apa yang I buat selama ni ikhlas,bukan sebab nak ambil hati you. I”
“Kau buat apa-apa pun kau takkan berjaya dapat aku,Kim sebab aku terlampau benci dengan kau! So,sematkan dalam kepala otak kau yang licik ni sampai kau mati!”
Aku memejam mata bila hari telunjuknya ditunjal ke dahiku. Sungguh aku rasa terhina tetapi air mataku sikit pun tidak mengalir. Jika tidak, itu bermakna aku sudah tewas. Sudahnya aku tersenyum sinis.
“You memang suami yang dayus,Ariel. You know why? Because you only show your anger to a weak girl..like me. You’re so pathetic!!” Tekan aku tegas tetapi masih dengan nada yang terkawal. Kalau aku meninggikan suara,bukankah berdosa?
Baru aku nak berlalu,Tengku Zariel merentap lenganku sehingga aku air di dalam mug tepat tumpah ke bajunya. Segalanya berlaku begitu pentas. Mujur Tshirt lengan panjangnya tebal jadi tidaklah terlalu panas.
Aku pantas bertindak mengelap menggunakan sapu tangan yang aku pegang. Dia yang masih tercengang-cengang buat aku berniat nak buat something yang nakal. Aku memaut tubuhnya dan sepantas kilat mengucup bibirnya sebelum mengatakan sesuatu ditelinganya. Berbisik.
“I love you. Good nite love….”
Seusai itu aku terus berlari anak sambil mengekek ketawa. Finally! My first kiss…
Tak dapat orgnye, dpt bibirnye pun jadi lah..hahaha! HZ update je laju2 sebab ramai yg request x sabar nk tunggu prolog..hihi. Sebab kesian dekat Kim…igt lg, waktu publish dulu, siap update teaser yg happy2 sebab ramai readers yg x sanggup baca. Apa2 pun, terima kasih siapa yg sudi baca HENTI LUKAI AKU walaupun dah baca berjuta kali… LOVE U… maaf utk segala kekurangan.
Share this novel