BAB 47

Romance Completed 199367

BAB 47

DUA TAHUN LALU
KUALA LUMPUR

“Kalau kau tak percaya,kau boleh tengok rakaman cctv yang aku dah edit,yang aku padam. Rakaman yang sebenar ada pada aku”

Dekat 10 minit Tengku Zariel berada di bilik kawalan CCTV yang berada di bawah tanah rumah agam ini. Dia duduk memerhatikan satu persatu diskrin monitor yang memaparkan CCTV disetiap sudut rumah kecuali di dalam bilik tidur dan tandas. Akhir sekali dia merenung thumbdrive yang berada di tangan sebelum menarik nafas panjang,letak di pacuan di situ. Kata-kata Tengku Farizal ketika dia melawat adiknya dihospital tadi kembali bergema di telinga.

“Kau ingat masa hari nikah korang,dia ada dibilik kau sedangkan kau dah warning dia? Sebenarnya,aku yang bagi kunci dekat Kim. Dia tak hasut atau bagi apa-pun dekat Mazliana untuk dapatkan kunci bilik kau. Aku yang buat”

Melihatkan tarikh dan masa di skrin tv,juga jelas dimana Tengku Farizal sendiri yang serahkan kunci pada Kim selepas dia keluar pada malam itu.

“Kim bukan kaki kelab. Aku mengaku aku start nampak dia dekat club tapi itu pun sebab dia tolong kawan dia yang nama Tiara tu. Aku tahu itu first impression kau terhadap dia. Sosial. But she’s not like that. She’s different.”

“Izal,look. Kau tak payah cakap apa-apa.Kau baru je sedar. Doktor cakap kau kena banyak berehat”Selar Tengku Zariel sambil memegang bahu adik lelakinya yang mahu bangun itu. Baru aje bukak mata dah cerita pasal perempuan tak guna tu!

Hatinya gundah saat ini. Dua insan yang penting dalam hidupnya ditimpa kemalangan. Kedua-dua belah kaki Tengku Farizal patah dan mama pula lumpuh separuh badan.

YA Allah….sungguh,aku tak kuat ketika ini…aku tak mampu! Berikan lah aku kekuatan untuk mengharungi dugaan yang kau berikan kepadaku. Pinta Tengku Zariel dalam hati kerana terlalu banyak masalah yang berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga dia tidak berdaya untuk menempuhinya.

Tengku Farizal menggeleng laju. Tangan abangnya disentuh. “Tak ,bang. Kau kena tahu semuanya. Kau kena tahu kenapa aku dengan mama boleh accident dekat situ dan macam mana kami boleh accident. Lepas kau halau Kim,aku dapat tahu dia berpindah ke Kedah. Mama dapat tahu aku nak cari Kim,dia ikut dan kami bergaduh dalam kereta. Aku cuma nak cari Kim je Ariel. Itu aje!”

Terdiam Tengku Zariel menndengarnya Makin panas hatinya bila kemalangan yang menimpa Tengku Farizal dan Puan Sri Tengku Wahida berpunca dari Kim.

“So,kau nak cakap dengan aku kau accident sebab Kim? Kau sanggup gaduh dengan mama sampai accident sebab perempuan tak guna tu?!! Kau tahukan apa yang dia dah buat dekat aku? Hidup aku,kerja aku…semuanya dah hancur! Mana pergi akal dengan otak kau?!”Bergetar suara Tengku Zariel,cuba sedaya upaya untuk mengawal perasaan marah yang membuak-buak didada. Kalau tak mengenangkan Tengku Farizal yang baru saja sedar,nak aje ditumbuk sampai lunyai.

“Tak Ariel. Kau salah. Aku cari Kim sebab aku nak minta maaf dengan dia .Aku banyak buat salah dekat dia. terlalu banyak! Dan aku juga dah libatkan kau sekali,Ariel dalam plan aku”

“Kau mesti ingat lagi kot kesayangan kau yang arwah papa bagi untuk hari graduasi kau? Kau tuduh Kim sengaja rosakkan,bukan? Sebenarnya aku yang buat semua tu. AKu gantikan dengan klorox yang Kim ingatkan pencuci biasa. Aku sakit hati sebab Kim reject aku masa first time aku nampak dia. Dan bila dia reject offer aku untuk jadikan dia model dan mistress aku,aku makin sakit hati. Aku start buat plan untuk tambah kebencian kau dekat dia and it’s work. It’s work very well because you hate her and you never trust her.”

“Ingat kejadian yang Kim tuduh aku cuba rogol dia? Itu bukan satu tuduhan Ariel,itu satu fakta! Yes,memang aku ada niat nak buat tak senonoh dekat dia sebab aku nak dia menyesal sebab tolak aku!”

Tangannya laju menekan pada satu rakaman yang menunjukkan Kim berlari menaiki tangga dan Tengku Farizal mengejar dari belakang! Apa yang membuat kan jantungnya mahu gugur bila gadis itu cuba menutup pintu tapi dihadang oleh adiknya sendiri!

“No..no…you’re lying! Perempuan tu bagi kau duit kan? Atau dia serahkan badan dia dekat kau sampai kau sanggup buat pengakuan mengarut ni,hah?! Tell me!”

Wajah tengku Farizal memerah menahan tangis. Dia sekadar menggeleng. “Kau tak patut cederakan dia dengan seterika,Ariel malam tu Bukan salah dia. Aku yang letak dan rosakkan baju yang kau nak pakai malam tu. Aku sengaja sebab aku tak dapat apa yang aku nak daripada Kim malam tu”

“Apa? Kau…..”Tengku Zariel memejam rapat matanya. Dia membelakangi Tengku Farizal seakan-akan tidak sanggup untuk mendengar apa-apa lagi rahsia daripada lelaki itu.

“Ya aku. Untuk pengetahuan kau jugak,aku….aku ada letak ubat peransang dalam minuman korang dua malam tu. Selama ni,apa yang kau tuduh pada Kim semuanya tak betul Ariel. Dia tak seperti yang kau fikir. Dia perempuan yang baik dan dia ikhlas cintakan kau. Aku yang rancang untuk buat kau bertambah benci dekat dia sebab Kim tak pernah sekali pun layan aku.”

Kepalanya dipegang. Sakit! Semua yang terjadi…dari awal sehinggalah bayangan dia menghalau Kim keluar tanpa perasaan terbayang kembali. Satu persatu kebenaran disingkap di depan mata buat dia sukar mahu percaya. Lebih-lebih lagi kesemuanya berkaitan dengan gadis bernama Elliena Kamelia Damien. Pengakuan Tengku Farizal dan rakaman CCTV jelas menunjukkan siapa yang salah,siapa yang betul. Tetapi mana mungkin dia mahu percaya selagi dia tidak nampak bukti yang jelas.

“Tak,Izal.Aku still tak percaya dan takkan percaya! Mungkin perasaan kau dekat dia buat kau sanggup nak ambil alih perbuatan yang dia dah buat! Kau ingat aku budak kecil ke yang kau boleh tipu?”

Perbualan mereka berdua sekali lagi terngiang di cuping telinga Tengku Zariel. Wajah Tengku Farizal yang masih lebam dan luka sana sini dipandang tajam.

“Jadi kau perasan?”


“Apa maksud kau?”

Walaupun bibirnya luka kerana terhantuk di stereng akibat kemalangan itu, Tengku Farizal gagahkan diri untuk senyum. “Kau perasan aku suka dia? Maknanya kau cemburu”


“Jangan nak mengarut,Izal!”

“Aku cuma patah kaki,Ariel. Otak dan akal aku masih waras dan aku tak cakap benda yang mengarut. Ya ,aku mengaku aku suka Kim kali pertama aku nampak dia tolong Tiara dekat club malam. Cuba kau fikir,ada ke seorang perempuan yang sanggup keluar 3,4 pagi semata-mata nak ambil kawan dia yang mabuk? Alan sendiri pernah beritahu aku Kim tak pernah jejakkan kaki masuk ke situ apalagi nak minum benda alah tu. Kau yang berlagak baik,berlagak alim pun pernah….”
Berdesing telinga Tengku Zariel mendengar ayat terakhir adiknya itu. Betul-betul tepat kena batang hidungnya sendiri. Dia ambil keputusan untuk membisu sebelum doktor dan jururawat mengarahkannya keluar untuk beri Tengku Farizal rehat. Hanya pandangan sayu,sesal dan harapan diberikan adik bongsunya itu dibalik tingkap kaca jernih Unit Rawatan Api.


“I don’t trust her…not anymore!”

Tengku Zariel bersandar di sofa empuk bilik kerjanya. Memerhatikan wajah tegang Harith sebaik saja dia ceritakan semuanya tentang Kim. Mereka berdua baru saja pulang dari melawat Tengku Farizal dan Puan Sri Tengku Wahida yang masih belum dibenarkan pulang. Sedih tidak dapat diungkap dengan kata-kata melihat tubuh mama yang berselirat dengan wayar sana sini. Mama masih belum sedar sepenuhnya. Tidak tahu bagaimana mahu memberitahu keadaan mamanya itu jika dia sedar nanti. Kerja dipejabat terpaksa ditangguh dan diserahkan kepada pemangku CEO.

“Well…aku tak expect itu reaksi dari kau,Harith. Aku ingatkan kau nak tumbuk aku lagi sebab support dia”

Jelingan maut Harith membuat Tengku Zariel tersengih. Jujur,tidak menjangka itu reaksi rakannya itu. hubungan mereka mula pulih selepas saja rahsia kejahatan Kim terbongkar dan dia sangat-sangat hargai tapi….


“Was but not anymore.She’s too much and freankly speaking,aku still tak percaya yang dia tergamak subahat dengan kawan baik dia si Herman tu semata-mata nak kahwin dengan kau. Lepas tu dia nak hasut adik kau pulak? Aku berani bet itu plan B dia lepas rahsia dia terbongkar!”Cemuh Harith geram. Marah dan dalam pada masa yang sama terluka kerana Kim kawannya juga tapi tidak sangka Kim sanggup bertindak jauh seperti ini. Dia tahu Kim sudah lama meminati Tengku Zariel tetapi mengambil jalan singkat seperti ini membuat dia terasa kesal yang amat sangat.

“Yeah,I know. Mula-mula pun aku rasa itu plan dia seterusnya sebab dia tahu Izal suka dia tapi kalau kau tengok rakaman cari cctv tu….”Belum sempat Tengku Zariel habiskan bicara,Harith menyampuk.

“Oh come on lah Ariel. Kim perempuan yang licik. Zaman sekarang ni boleh je edit segala tu.Aku taknak tengok sebab aku tahu semuanya tak betul. Tak boleh percaya! Sekarang ni,apa kata kau lupakan dulu pasal dia. Kau pun happy lepas dia berambus dari hidup kau kan? Yang penting sekarang,kesihatan mama kau dan Izal yang kau kena fokus.. Anggap ini satu dugaan untuk kau,Ariel. Kau kena kuat. They need you”

Lambat laun Tengku Zariel mengangguk lemah. Dia tak pernah lupa walau sesaat dari memikirkan kedua orang insan tersayangnya. Tak pernah sekalipun dia tidak menyebut nama mereka dalam doanya. Mereka perlukan dia.

“Harith,kau tunggu kejap. Aku nak suruh Maz siapkan pakaian untuk Izal dengan mama.”


Baru aje Tengku Zariel bangkit, pintu bilik diketuk. Terpacul wajah Mazliana disitu.

“Sorry ganggu Tengku Zariel tapi ada tetamu nak jumpa. Katanya penting”

Tengku Zariel dan Harith saling berpandangan.

Suasana agak canggung dan kekok. Bergilir-gilir Tengku Zariel memandang dua tetamu yang dikatakan Mazliana tadi. Seorang lelaki dan seorang gadis bertudung. Tidak pernah dia pula dia nampak. Kenal pun tak.
“Encik…..”
Lelaki yang memakai topi itu menghulur salam dalam keadaan menunduk. Seperti ketakutan dan resah semacam. “Hanif. Panggil saja Hanif ,Tengku. Ni isteri saya,Sofi.”Huluran Hanif disambut mesra.Kepada Sofi,hanya senyuman dan anggukan diberikan.
“Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke? Err..kita pernah berjumpa ke sebelum ni?”Soal Tengku Zariel ramah. Berkerut dahinya melihat Hanif yang resah dan Sofi yang tidak keruan.
“Sebenarnya Tengku Zariel…saya ada sesuatu nak beritahu. Bukan saya,tapi suami saya. Abang,cakaplah cepat!”Si isteri memegang tangan suaminya. Mula berbisik-bisik sesama sendiri.
“Sekejap ya Tengku…ni..”Hanif menghulurkan sesuatu di atas meja dengan tangan yang terketar-ketar.
Tengku Zariel ambil dan kerutan di dahinya makin lebat. Di renung wajah keduanya dengan hati yang mula panas membara.
“Ni apa semua ni? Mana awak dua dapat gambar ni? Untuk apa? Ugutan?”
“Tak..tak jangan salah faham Tengku Zariel. Tengku Zariel berhak nak marah suami saya sebab saya sendiri tak sanggup nak hidup di atas duit orang lain”Kali ini Sofi pula yang membuka mulut.

Haish…pening! “Wait,apa yang saya faham…awak dua cuba nak ugut saya dengan gambar ni? Nak sebarkan kalau saya tak bagi duit? Fine,berapa nak? Saya boleh bagi!”Tempik Tengku Zariel berang. Bengang dengan tindakan manusia yang tidak bertamadun depan dia ni. Nak duit cakap,apa susah sangat?! Tidak tahu apa perasaannya melihat gambar dia berada di kelab malam di Paris. Dia masih ingat.Dia sedang meneguk minuman keras dan mabuk.Dan dia juga masih ingat yang Kim ugut nak beritahu mama pasal ni jika tak ikut arahannya.
“Bukan ,bukan…Tengku dah salah faham sebenarnya. Tujuan saya datang ke sini sebab saya nak pulangkan duit yang saya mintak dari kawan Tengku”
Terus tak jadi Tengku Zariel nak berlalu bila Hanif meletakkan envelope yang penuh dengan not berwarna ungu itu.
“Dari kawan?”
Hanif menggaru kepala.
“Sebenarnya saya ni Private Investigator dan kerja saya adalah untuk follow Tengku. Tengku kemana,apa aktiviti yang Tengku buat saya ikut untuk dijadikan bahan. Untuk burukkan imej Tengku. Kebetulan memang saya ada di Paris masa tu nasib saya baik bila saya nampak Tengku di bar. Saya ada hantar mesej untuk jumpa dan ugut Tengku pasal ni tapi ada seorang perempuan yang datang. Katanya dia kawan Tengku.”
“Kawan? Siapa?”
“Elliena Kamelia. Dia merupakan wedding planner”
Terburai ketawa sinis Tengku Zariel yang menerbitkan rasa hairan pada Hanif dan Sofi.

“Jadi,kamu dua sebenarnya dah diperbodohkan. Dia upah kau tangkap gambar aku mabuk supaya dia boleh ugut aku ikut segala plan bodoh dia tu! Dia memang betul2 licik!”
“Cik Kim bayar saya supaya saya tutup mulut”Tergamam Tengku Zariel mendengarnya.
“Dia bayar dengan sponsor segala perbelanjaan perkahwinan saya dan Sofi dengan syarat saya tidak sebarkan gambar ni ke media atau sebarang gosip yang berkaitan dengan Tengku. Kerja saya sebagai PI tak menentu dan saya takde duit untuk buat belanja kahwin. Jadi dengan jatuhkan imej Tengku sebagai ahli keluarga kerabat diraja ,boleh tampung gaji dan saya takkan keluarkan duit satu sen pun untuk majlis kahwin saya.Cik Kim bukan bersubahat dengan saya Tengku. Dia terlibat sama semata-mata tak nak saya sebarkan gambar ni atau sebarang cerita tentang Tengku.Bukan dia yang nak tapi terpaksa. Saya yang suruh dia tampung segala perbelanjaan perkahwinan kami”
“Dan Sofi sendiri tak tahu yang Abang Hanif sanggup gunakan taktik kotor ni sebab tak ada bajet untuk majlis kami.Patut lah dia sibuk nak buat secara besar-besaran. Bila saya dapat tahu pasal ni,terus saya suruh dia pulangkan duit dekat Miss Kim tapi dia taka da, pergi bercuti lama. Saya dah minta Hanif buang semua gambar Tengku. Tolong jangan ambil apa-apa tindakan. Saya beri jaminan yang perkara ni takkan berlaku lagi dan Hanif takkan lagi ganggu hidup Tengku. Saya minta maaf bagi pihak suami saya…”
Dan selepas itu dia sudah tidak mendengar apa-apa lagi. Terasa sepi dan kosong. Sampul berwarna putih itu di capai sebelum menuju ke bilik dimana Harith berada.

“So, another plot twist, perhaps?”
Tengku Zariel diam sebelum kembali bersandar di sofa. Dahi dipicit.

“Look,Ariel…kalau kau masih pening pasal apa yang Izal cakap tu, aku ada kenal kawan yang pandai bab-bab ni,dia budak IT. Dia boleh buktikan rakaman tu asli atau palsu. Lagipun kau sendiri beritahu Izal memang ada perasaan dekat Kim jadi tak mustahil dia mengaku untuk tutup segala benda jahat yang Kim dah buat!
“Aku kusut,Harith. Soal tu,nanti dulu. Aku nak kena stay dekat hospital malam ni. Jumpa kau nanti”Balas Tengku Zariel lemah tanpa mempeduli wajah tidak puas hati Harith sehingga kawannya melangkah keluar. Sekali lagi, sampul itu direnung lama. Kejadian di Paris berulang kali bermain di mata. Terselit perasaan kesal mengingati dia mengambil minuman keras itu…dia berdosa. Sangat. Dan Kim…dia perlu menyiasat perkara ini. Jika benar kata Harith, dia mahu menepis segala perasaan yang buat hatinya tidak tenteram.


Satu saat..dua saat…tiga saat dan mata gadis itu tetap tidak berkelip. Tengku Zariel berdehem kuat.
“Muka saya ni terlalu handsome ke sampai tak berkelip biji mata awak tu?”
Khayra tersentak. Dia tersipu lantas menggeleng. “Miss Kim memang tak ada sekarang ni. Lepas parents dia meninggal, dia terus ambil cuti. Sampai bila saya tak pasti”
Terkesima Tengku Zariel dibuatnya. Seakan-akn nak tercabut jantungnya.Dia mengucap perlahan. “Bila parents dia….”
“Apa kau buat dekat sini??!”Suara lantang Tiara mematikan perbuatan mereka.
“Macam ni ke cara pekerja Tiara Kim Wedding layan customer? Well,impressive!”
Sindiran pedas itu buat Tiara mendengus. Melihatkan ada pelanggan yang hadir,dia memberi isyarat pada Khayra untuk melayan pelanggan tersebut sebelum masuk ke lif menuju ke tingkat atas, diikuti Tengku Zariel.
“Apa niat kau datang sini?”Soal Tiara berpeluk tubuh dengan kening yang diangkat tinggi. Wajahnya serius.
Tengku Zariel yang ralit memerhatikan segenap ruang pejabat Kim ini menoleh. “So,kau ambil alih tempat dia sekarang ni? Tahniah!”
“Kalau kau datang sini semata-mata nak cakap benda yang mengarut,aku rasa kau Cuma buang masa kau je. Apa kata kau keluar sebab aku tak suka nak bercakap dengan kau even sepatah pun!”
Tengku Zariel menarik nafas sebelum duduk di kerusi berdepan dengan Tiara. “Aku ada benda nak tanya. Pasal Kim…”
Tiara senyum mengejek “Kau tak layak sebut nama Kim,Ariel sebab kau punca Kim pergi dari sini! Dia dah pergi, seperti mana yang kau nak sangat! Jadi, apa lagi yang kau tak puas hati dengan Kim? Tak cukup kau lepaskan dendam dekat dia selama ni?!”Tempiknya berang. Jelek dengan sikap Tengku Zariel yang telah banyak buat Kim menderita.
“Look,aku datang sini bukan nak cari gaduh dengan kau. Aku nak cari kebenaran. Kebenaran yang aku tak tahu selama ni. Kau kenal siapa dalam gambar ni?”Dua keping gambar yang menunjukkan Hanif dan Sofi dikeluarkan.
Lama Tiara meneliti gambar tersebut sebelum menoleh semuala ke arah lelaki itu. “Ni customer kami. Hanif dan isterinya,Sofi. Apa kaitan mereka dengan tujuan kau datang sini?”
“Ada Kim cerita apa-apa pasal diaorang? Dia kenal dengan Hanif ni?”
“Tak. Tapi yang aku tahu wedding diaorang dibuat secara grand and exclusive.Kim orang yang bertungkus lumus untuk pastikan semuanya perfect. Pelik sebab dia nampak bersungguh sangat. Tak nak ada satu pun missed and everything just went so smooth and perfect. Jadi, apa kaitannya dengan kau?”
Hanya anggukan yang diberi. Tidak banyak yang dapat dia korek dari Tiara. Benci betul Tiara nak tengok muka dia. Hanya satu fakta saja yang dia dapat. Perkahwinan Hanif dan Sofi memang dibuat secara besar-besaran dan Kim betul-betul mengotakan janjinya.
“Ariel,I really hate you and seriously…I can’t look at your face even just one second! Aku benci dengan apa yang kau dah buat pada Kim. Kim tak pernah beritahu aku pasal perkahwinan rahsia dia dengan kau. Alan yang beritahu aku. Dia tak pernah sekalipu cerita yang buruk tentang kau sebab rasa hormat dia pada kau sebagai suami.Dia terima dan telan segala apa yang kau buat dekat dia sebab kau berhak atas tiket sebagai seorang suami! “

“Tapi kau tak sedar dan sampai bila-bila pun takkan sedar yang dia ikhlas cintakan kau. Kim ada buat silap,begitu juga dengan kau. Bukan manusia namanya Ariel kalau tak pernah buat silap. Kalau kau nak ketawa kan aku sebab cakap pasal ni terserah. Aku tahu aku bukannya baik mana tapi aku melihat Kim dari mata hati dan sayangnya…kau memiliki segala-galanya tapi kau tiada hati!”

Setiap perkataan yang dilemparkan ditekan ibarat melepaskan apa yang terbuku di hati selama ni. Diam Tengku Zariel sedikit sebanyak buat dia pelik sedangkan dulu cepat dia melenting jika sebut saja nama Kim. Tiara sendiri kalau boleh cuba untuk elak menyebut sahabatnya itu selepas wanita itu nekad untuk pergi. Kalau ikutkan hati, mahu saja dia melepaskan kesemua amarahnya terhadap Tengku Zariel.
“Aku tahu aku yang salah…”Luahnya separuh berbisik.
Tiara tercengang.Sekadar memerhatikan Tengku Zariel yang melangkah mendekati satu sudut yang menempatkan wardrobe milik Kim. Kim seorang yang workholic. Kerjaya sebagai perancang perkahwinan sangat penting dalam hidupnya. Jiwa dan semangatnya disini tapi hati dia tetap setia pada lelaki didepannya ini. Adakalnya Kim boleh terlena di pejabat yang juga bilik peribadinya.
“Itu wardrobe milik Kim. Ni pejabat dia dan dalam masa yang sama,sini jugak tempat dia tidur.. Tak habis dekat sini,dia akan bawa ke rumah tapi sikit dia tak ganggu masa dia dengan Queen Band. She’s so ambitious and professional. That’s her…”Terang Tiara walaupun tiada sebab untuk dia cerita pada orang yang tidak menghargai cinta dan pengorbanan kawan baiknya.
Darahnya seperti menitis tanpa sedar. Tengku Zariel tidak tahu apa perasaan yang membelengu dirinya sejak mendengar penjelasan dari Tengku Farizal. Semalam Hanif dan sekarang pula Tiara. Masing-masing menyebelahi Kim dan dia sendiri tidak menjangka sejauh itu Kim sanggup buat untuknya.Dia meniti satu persatu wardrobe yang hanya tinggal beberapa helai baju milik Kim pastinya sebelum terhenti ke arah empat pasang baju Melayu dan baju kurung perempuan berwarna biru turquoise yang tergantung kemas di dalam wardrobe berkaca itu. Nampak menarik dan esklusif sampai dia sendiri tertawan. Untuk satu keluarga barangkali. Tangan naik menyentuh baju melayu cekak musang itu.
“Untuk dijual ?”Soalnya pada Tiara.
“Untuk kau….”Terpusing kepala Tengku Zariel menoleh memandang mata Tiara yang sudah bergenang.
“Kim suruh aku jahit untuk korang beraya…untuk satu keluarga. Cuma baju kau je dia sanggup jahit sendiri. Tak tidur malam,sanggup bersengkang mata sampai pagi ,belajar dari Kau,Kim,mama kau dan Izal. Mulanya aku tak nak.Aku cakap dengan dia,tak guna kau buat sebab kau takkan pakai. Silap-silap kau bakar depan mata dia”Tiara melepaskan tawa kecil. Pedih.
“Dan kau tahu dia cakap apa? Dia cakap ‘tak kisah kalau kau nak koyakkan,bakar atau apa saja tapi pastikan kau dapat tengok walaupun sekali. Kau dapat tengok,sentuh pun dah cukup bagi dia”
Terpejam mata Tengku Zariel. Hatinya seperti dihiris dengan belati tajam. Tidak sangka Kim sudah membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Bulan depan dah masuk bulan Ramadhan. Pasti dia nak sambut sama-sama dengan aku. Tak terlintas di hatinya Kim sanggup tempah baju raya untuk mereka sekeluarga sedangkan tiada siapa pun yang melayani baik isterinya itu. Ah,baru sekarang kau nak megaku isteri Ariel?
Tanpa sepatah kata,Tengku Zariel mengambil satu set baju raya itu. Tiara hanya membiarkan. Makin kecewa dengan Tengku Zariel, Ingatkan lepas beritahu yang Kim sanggup belajar jahit demi dia,Tengku Zariel akan berubah fikiran malangnya dia silap.
“Dia cakap aku boleh tengok dan sentuh? Jadi, biar aku ambil ni. Ada halangan? Tak kan…”Sekali lagi tiada balasan yang keluar dari mulut Tiara. Dia mendekati pintu keluar dan saat dia memegang tombol pintu,Tengku Zariel berpaling.
“Tadi Khayra cakap parents Kim…”
“Arwah daddy dan mama Kim meninggal selepas kau halau Kim. Aku rasa berita sedikit sebanyak buat kau gembira sebab dapat tambahkan lagi penderitaan Kim. Kau boleh keluar,Ariel. Tak ada apa lagi yang kita perlu bincangkan”
“Tunggu…”

Suara Tengku Zariel mematikan langkah Tiara yang juga mahu keluar. Tiara menoleh.
“Aku dah pulangkan semua hak Arjuna Café jadi pemiliknya kekal pada Encik Ramdan termasuk Queen Band. Cukup yang kau tahu, aku pulangkan semula hak yang aku dah rampas sebelum ni..”
Tiara tersenyum pedih. Dia memandang lelaki itu. “Jadi, apa bezanya? Kim tetap dah pergi dan kau boleh teruskan kebahagiaan kau.”

Dia meneliti resit ditangan. Lama dengan mata yang tidak berkelip. Nak berair pun ya jugak sebab terlalu lama dan panjang senarai dalam resit tersebut. Atas bantuan rakannya yang bekerja disebuah bank,dia berjaya dapatkan maklumat mengenai akaun keluar masuk Kim. Haram memang haram tapi dia terpaksa.
Dalam masa dua bulan sebelum perkahwinan penyiasat upahan itu,banyak wang yang keluar dari akaun Kim sedikit demi sedikit. RM 50000 kesemuanya. Tengku Zariel terkejut! Terlalu besar angka itu pada mata kasarnya. Kata Hanif,separuh majlis perkahwinannya ‘ditaja’ oleh Kim,maknanya separuh lagi? Hampir RM 100000! Memang kena harganya dengan senarai tempahan dari Tiara Kim Wedding untuk majlis perkahwinan Hanif itu. Benar,Kim menggunakan duit simpanannya sendiri untuk memastikan Hanif tidak menyebarkan gambar tidak bermoralnya itu Terlalu tertekan,arak yang dicari. Mahu saja dilepaskan kesemuanya dekat Kim jika tidak mengenangkan mereka berada di Paris waktu itu.
Dia beristighfar beberapa kali. Sesalan yang tidak guna. Sesalan pada Allah masih belum terlambat tapi pada perempuan yang bernama Elliena Kamelia? Masih teringat layanan dia terhadap wanita itu semasa di Paris.
“I datang sebab rindu…”

Kim sanggup datang ke Paris semata-mata untuk melihat dia,kerana rindu. Bangun pagi gosokkan baju kerjanya tapi dia sikit tidak peduli. Siap sanggup pakai baju lain. Malah,siap suruh pekerja hotel menghalau dia keluar tanpa belas. Itu belum lagi bila dia langsung tidak menghargai jasa baik Kim yang menolong Mr Smith ketika jatuh sakit dulu.
Ya, jika dia mengatakan yang Kim jahat begitu juga dengan dia. Dia dibesarkan dengan bimbingan dan didikan agama oleh arwah Tengku Zahari dan Puan Sri Tengku Wahida. Tetapi selepas tamat sekolah, dia agak bebas dan liar. Disebabkan apa-apa sahaja permintaannya ditunaikan, dia jadi terlalu selesa dan lupa diri. Pergi ke kelab malam dan mengambil minuman keras sudah menjadi kebiasaannya, kecuali perempuan saja yang dia tidak pernah sentuh. Malah, hanya mamanya sahaja yang tidak mengetahui sikapnya yang itu.

Dan segalanya berubah bila dia berjumpa dengan Tengku Iman. Lelaki mana yang tidak terpikat dengan wanita sopan dan lembut seperti Iman? Iman tahu sejarah hidupnya tapi wanita itu tidak pernah memandang rendah terhadapnya. Ya, dia berubah dan segalanya terjadi kembali saat Kim hadir sebagai status isterinya.
Dia hipokrit? Ya. Tengku Zariel akui dia seperti seorang insan yang suci tanpa noda, seperti bayi yang baru dilahirkan dan bila dia berhadapan dengan Kim,wanita itu terus dijatuhkan hukuman. Dia mempertikaikan kesemuanya, dari atas sehingga kebawah…berlagak seperti malaikat sedangkan dia merupakan manusia yang bertopengkan syaitan!
“I madly in love with you when the first time I saw you. And I’m being crazy when I heard you ‘azan’, doa dan mengaji. That time, deep in my heart…I know you’re the one”
Sudah dihafal skrip yang diucap oleh Kim bila mereka bertemu. Pertemuan mereka bukan sahaja di kampus, tetapi bersambung bila dia bekerja di Qalesh Holdings…Justeru itu, semua staff disitu mengenali Kim apatah lagi wanita itu merupakan perancang perkahwinan yang terkenal.
“Ya Allah…kenapalah kejam sangat aku ni? Kalau aku benci sekalipun,aku tak patut layan dia macam tu.”Tengku Zariel merintih perlahan. Tak tergambar perasaannya saat ini. Bukan kerana dia baru sedar yang selama ini tuduhannya pada Kim tak betul tetapi kerana dia baru saja mengetahui siapa Kim yang sebenarnya.
“I tak tahu apa kaitan you dengan Miss Kim tapi seingat I,I pernah nampak dia gantung gambar you dalam office dia. Miss Kim tak pernah cerita pasal personal dia dengan I even kalau dia ada masalah pun I susah nak detect sebab dia selalu happy good lucky. I tolong you dpatkan list ni bukan sebab I kesian dekat you tapi I tahu you sangat bermakna dalam hidup Miss Kim.”
Itu yang diluahkan Khayra sebelum menyerahkan senarai yang dia mintak. Serba sedikit ada juga Khayra beritahu tentang majikannya itu. Dia…sangat bermakna dalam hidup Kim,dia tahu kalau tidak takkanlah Kim sanggup tahan semua layanan buruk dia kerana mahu menawan hatinya.
Dan..adakah Kim miliki hatinya? Tangan naik menyentuh dada. Perasaan aneh yang sukar dia menebak sejak wanita itu pergi.

“Qalesh always said how much he want a son to inherited his empirer. And I still remember his face when the first time he held you in his arm, he become the most happiest man on the earth at the moment…”

Kata-kata itu cukup membuat senyuman Tengku Zariel melebar, Matanya juga tidk lepas melihat gambar yang dipegang oleh Tan Sri Ghazi ?:

“Everything I’ve done because of him”

Tan Sri Ghazi mengangguk. “You look just like him, Ariel..”

“Terima kasih, Tan Sri…”

“Cuma satu yang kurang…”

Dahi Tengku Zariel berkerut.
“Communication and arrogant…”
Mendengarkan itu, senyuman Tengku Zariel perlahan-lahan mati. Wajahnya bagaikan di tampar mendengar dua perkataan yang keluar dari mulut lelaki yang sebaya arwah papanya itu.

“I tahu terlampau banyak perkara yang dah berlaku sejak akhir-akhir ni terutamanya pada Puan Sri Wahida dan adik you. I tumpang simpati sebab I dah anggap mereka macam keluarga I sendiri. Hanya ALLAH saja yang tahu perasaan I bila dengar berita kemalangan tu.”

Ya, jika Tan Sri Ghazi juga berfikiran sebegitu, bagaimana pula dengan dia? Dunia dia bagaikan gelap dalam sekelip mata dan apabila dia celik, keadaan sudah tidak sama seperti dulu. Mamanya juga sudah tidak seperti dulu. Banyak diam dan termenung walhal hampir setiap masa dia cuba berada disisi Puan Sri Tengku Wahida. Sejak kemalangan itu berlaku, banyak perkara telah berubah.

“I need more time, Tan Sri…to fix everything. It just a matter…of time…”Balasnya lembut walau jauh di sudut hati, wajahnya masih terasa kebas kerana lelaki ini bagaikan meragui kredibilitinya.

“It is not about time, young man. It’s about you..Pernah you terfikir kenapa atuk you putuskan you jadi COO? Bukan kerana dia mahu letakkan you dimana Qalesh Holdings sepatutnya berada tetapi di mana you sepatutnya berada.”

Sekali lagi Tengku Zariel tergamam. Meneguk liur yang terasa kesat mendengar satu kenyataan yang dia tidak pernah menyangka dia perlu menerimanya. Terasa ego dan maruahnya lebur begitu sahaja tanpa dipinta.

Tan Sri Ghazi tersenyum. Walaupun kata-kata yang dilontarkan berbisa namun raut wajahnya penuh lembut seperti seorang bapa yang sedang menasihati anaknya. “ I tak minta you jadi seperti papa you Ariel tapi I nak you sedar sesuatu yang you bukan kena bawa nama dia di atas syarikat yang dia bina tetapi nama you sendiri. You didn’t maintain relationship with our previous client, with our trusted investor and yeah, I get it you don’t wanna live with Qalesh’s shadow but you forget about something Ariel. Not everything last forever…remember that”

Sorry, lambat update huhu...HZ cuba up bnyk sikit bab hari ni ya..

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-01 12:30:28 

Dasyatlah novel ni dr bab 1 hingga 47 mata I berkaca baca nanti update lagi moga jiwa Kim terubat dan pulih seperti Kim weeding planer kembali... Sedih sangat kemurungan yg teruk

mynn.nnym
2024-01-01 09:28:44 

Pagi2 da jenguk ada updates tak. Kikiki tq HA muachhh


NovelPlus Premium

The best ads free experience