BAB 48

Romance Completed 199367

BAB 48

“Bidadari syurga?”Aku soal sendiri dihadapan laptop yang menyala. Masih terasa hangat tubuh dan haruman Tengku Zariel ketika mereka berada dalam kedudukan yang rapat tadi. Masih terasa debar di hati tatkala Tengku Zariel menyentuh dahiku dengan dahinya. Dia tidak mengerti apa yang dimaksudkan bidadari syurga oleh Tengku Zariel. Untuk bertanya pun lidahku kelu. Sepanjang dalam perjalanan pulang pun kami senyap. Aku juga terlelap kerana kepenatan.
Malas nak fikir,tangan mula laju menari di dada keyboard. Letih tapi perbuatan dan kata-kata Tengku Zariel buat aku kusut. Kenapa perlu minta maaf? Kenapa perlu ungkit kesilapan lalu? Kenapa perlu salahkan diri atas apa yang dia dah buat dekat aku? Dia buat semua tu bersebab. Sebabnya cuma satu…dia tidak pernah mencintaiku.
Dada aku pegang. Sakit. Ngilu. Seketika kemudian aku pandang semula skrin laptop dan mataku terhenti pada satu arah. Yahoo mail. Bertahun aku tidak buka. Menyepikan diri dalam dunia maya. Entah kenapa hatiku seperti ditarik-tarik untuk buka. Ada ke mesej yang sampai kerana email ini merupakan cara terakhir untuk menghubungi aku. Tidak banyak email yang baru tapi ada satu email yang aku kenali. Walaupun sudah lama tidak berhubung tetapi aku masih ingat. Aku terasa kerdil dan malu mahu menghubungi wanita itu selepas berpindah ke sini.
“Puan Rohana…dari Rumah Nur Kasih. Kenapa dia email aku setiap bulan?”

Aku hairan melihat tarikh setiap email tersebut. Setiap bulan dikirim email kepadaku daripada bulan dimana aku pergi berhijrah ke Alor Setar. Puan Rohana merupakan pengasas rumah anak yatim,Rumah Nur Kasih. Pertama kali aku ke situ,aku sudah jatuh hati.Dalam pada masa yang sama,sebak melihat kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa pada usia yang begitu muda.Yang masih bayi pun ada.

Aku memang suka akan kanak-kanak. Suka melayan karenah dan taletah manja mereka. Itu juga merupakan salah satu sebab aku memberi bantuan.Jika ada masa,aku akan pergi ke sana. Bermain dan menghiburkan mereka.Penghuni disitu suka sangat tengok aku bermain piano. Kadang-kadang mereka siap rekod lagi.Ah,rindu menggamit kembali…

‘Assalamualaikum,anak ibu. Kim sihat? Lama ibu tak dengar berita dari Kim. Lama Kim pergi cuti sampai lupa ibu dengan anak-anak dekat sini. Mereka semua rindukan Kim. Kalau Kim ada masalah,Kim cerita dekat Ibu, Mana tahu lega sedikit bebanan tu. Ibu harap kita dapat jumpa lagi,Insyallah. Ibu nak Kim tahu yang ibu selalu doakan Kim.’
Air mataku bergenang. Ibu…itu panggilan yang Puan Rohana gunakan. Terlalu akrab hubungan kami sampai adakalanya arwah mummy cemburu. Dan air mataku mengalir deras bila membuka file yang berbentuk rakaman video. Aku berada disitu,bermain piano dan dikerumuni oleh mereka yang terdiri dari umur sebulan sehingga 18 tahun. Ketika itu Heykal,anak kecil yang berumur satu tahun berada di ribaku.

Email seterusnya buat aku bingung. Puan Rohana ucap terima kasih kepadaku kerana masih lagi meneruskan derma walaupun aku tiada. Katanya lagi dia segan kerana wang derma yang aku beri terlalu besar jumlahnya.
Tapi sekejap!
Seingat aku, aku terpaksa menghentikan dana tersebut sebab aku tak mampu. Kewangan aku tidak stabil selepas aku berhenti jadi wedding planner dan bila syarikat arwah daddy bermasalah. Nak tak nak aku terpaksa beritahu Khayra yang tidak mampu untuk menderma lagi dekat Rumah Nur Kasih. Derma itu memang atas namaku tetapi aku yang minta Khayra uruskan. Dan dia juga pernah bertanya kenapa aku ‘mengurang’kan dana tersebut dan selepas itu aku terus menyepi. Adakah Khayra meneruskannya juga?
“He looks cute. Siapa nama dia?”
Mata terbuka luas.Aku menoleh. Terkejut melihat Tengku Zariel muncul dari belakang.Aku cepat-cepat nak tutup tapi tangan kasarnya lagi pantas menekap tanganku dari bergerak. Panas wajahku bila dia menguatkan volume suara. Dengar suara aku menyanyi. Panaslah telinga aku kejap lagi dengarn ejekan dia.
“Heykal…”
“Mak ayah dia kemalangan waktu dia baru tiga bulan…”
Aku tergamam. Mendongak aku memandangnya.Dia seperti terkejut dengan bicaranya sendiri.
“Mana…mana awak tahu?”
“Aku..main agak je. Kenapa,salah ke?”

Laju aku geleng sedang dalam hati sudah berdebar sakan. Tidak mungkin hanya meneka saja sedangkan ianya betul. Sukar untuk aku membaca reaksinya kerana aku tidak pernah melihat persoalitinya yang sebenar. Sebelum ini, sikapnya bila berhadapan dengan orang lain sangat berlainan sekali bila denganku sehingga menjadi persoalan pada satu jawapan betapa kebencian mampu mengubah seseorang.

“Kau tahu….dulu memang aku terlalu benci dengan kau tapi jauh dari sudut hati,aku kagum dengan suara kau. Kagum dengan kebolehan kau main piano sedangkan aku gitar pun tak reti pegang. Aku suka dengar suara kau.Smooth,lovely,husky…”
Tangan aku ramas sesama sendiri. Bisikan Tengku Zariel buat aku panar. Dia suka dengar aku nyanyi? Mustahil! Dia puji sebab nak aku maafkan dia?
“Awak…you don’t have to do this.”Ujarku perlahan membuat dia tergamam.
“Jangan paksa diri untuk suka sesuatu yang awak tak pernah suka tentang saya. The truth is,you hate me from the beginning. And that’s the reason why you should not ask my forgiveness. What happened earlier, just from your guilty. I am not deserved to become your ‘bidadari’…”Seusai itu aku membawa laptop dan masuk ke bilik. Sebelum aku menutup pintu,sempat aku tengok Tengku Zariel termenung.
Selepas menunaikan solat Maghrib,aku keluar dari bilik dan terkedu bila terpandang akan Tengku Zariel yang berada di luar,tersenyum dengan kotak berwarna putih ditangannya.
“You’re still bleeding. Sini aku tukar.”Tanpa menunggu jawapan dari aku,Tengku Zariel menarik tanganku dan didudukkan aku di atas katil,dia pula duduk melutut di bawah. Aku cepat-cepat menolak kerana tidak selesa.
“Tak apa..tak apa…Saya boleh buat sendiri. Rasanya darah dah kering dah”
“Kering?” Keningnya diangkat tinggi. Tengku Zariel kemudian menyentuh dahiku yang ditampal dgn nexcare dengan jari telunjuknya dan di tunjuk depan mataku.

“Ni…nampak ni? Kalau tak bersih,silap-silap ada darah beku dalam tu. Lainkali, jangan berangan dekat site. Aku nampak kau macam ‘lost’ bila Bashar tu rendahkan kemampuan kau. Next time,lawan cakap dia. Jangan biarkan dia atau orang lain rendahkan diri kau sesuka hati!”Bebelnya perlahan. Ada ke orang membebel perlahan? Hmm…
“Dia cakap benda yang betul. Tak ada yang salah. Semuanya salah saya”
Tangan Tengku Zariel yang sedang membuka first aid terhenti,merenungku sekilas.
“Kalau betul,kenapa kau pilih untuk bekerja di luar bidang kau?”
Aku tak balas sebaliknya merenung bingkar gambar yang terletak di meja lampu sebelah katil. Tersenyum sendiri. Terbit rasa rindu yang tak pernah berhenti menyapa.
“Sebab saya nak tolong syarikat arwah Daddy. Daddy ada syarikat kontraktor dekat Washington. Lepas arwah Daddy tak ada, banyak masalah yang timbul.Ada kes pecah amanah sampai saya terpaksa suruh Uncle Eddy uruskan dulu sementara bagi saya masa nak pulihkan semuanya balik. Memang bukan bidang saya, bukan minat saya tapi saya Cuma nak tunaikan permintaan terakhir arwah Daddy.”

Aku senyum pahit. Masih terngiang-ngiang lagi pesanan daddy di talian. Tak sangka itu pesanan terakhir yang selama ini aku cuba elak. Entah mengapa bibir ini laju saja bersuara.

“Maafkan aku….”Laju aku memandang Tengku Zariel. Raut wajahnya seperti penuh dengan sesalan. Mungkin dia tak tahu tentang pemergian arwah daddy dengan mama.
“Kenapa kena minta maaf? Awak tak ada salah apa – apa pun. Allah lebih menyayangi daddy dengan mama lebih daripada saya”
Tengku Zariel melepaskan nafas berat. Dia membuka plaster lama di dahiku,disapu dengan kapas dengan lembut. Sekali lagi kedudukan kami rapat seperti kejadian di tapak pembinaan tadi. Seperti biasa,mata aku pejam terlebih dulu! Seriau nak pandang matanya lama-lama. Hatta untuk satu saat pun aku tak berani tatap.Lebih-lebih lagi dengan nafasnya yang hangat menghembus wajah. Buat debar di dada makin menggila.


“Kalau kau nak tahu,terlalu banyak salah aku pada kau. Terlalu banyak dan….kau takkan dapat maafkan aku…Okay,done…! Sekejap kan?” Dia senyum lagi sebelum memberi sentuhan terakhir dengan jari telunjuknya di plaster didahiku yang cuba meresap ayat-ayatnya tadi.Sebaik Tengku Zariel mahu beredar,aku berbisik.

“Tak ada sebab saya maafkan Tengku sebabTengku tak pernah buat salah dengan saya. Saya terima apa yang Tengku buat pada saya sebab saya layak terima kebencian Tengku.”

Dia memandangku semula. Lama.
“Aku….”
“Assalamualaikum….”
Liur aku telan sebaik mendengar suara yang cukup aku kenali. Abah dengan Umi Amanda!

Jam digital di handphone dan pintu aku renung silih berganti. Tergaru-garu aku berulang alik di bilik sendiri. Lebih-lebih lagi terdengar gabung tawa Abah dengan Tengku Zariel. Terngiang balik kata-kata Hajah Salma tadi yang menonong masuk ke rumah

“Umi dengan abah plan nak tidur sini malam ni. Kebetulan abah ada nak jumpa kawan dia datang dari Johor.Kesian pula orang dari jauh datang nak ke hujung utara.”

“Oh….”Itu perkataan pertama yang keluar dari mulutku.Kaku sedangkan Tengku Zariel yangg beriya melayan macam dia pula tuan rumah walhal baru sekali mereka berjumpa.

Tak pernah-penar mereka mahu bermalam tanpa menghubungi ku terlebih dulu. Bukan aku kisah sangat tapi situasi sekarang ini tidak sama.

Sekarang ini,Tengku Zariel ada sama dan selesa atau tidak,kami perlu tinggal sebilik. Memang Haji Rahman dann Hajah Salma tau tentang hubungan kami tapi pokok pangkalnya hubungan kami masih sah.Apa pula kata mereka kalau tahu kami tidur berasingan? Alasan apa pula aku beri walaupun sudah bertahun kami tidak berjumpa. Menyebutnya saja sudah cukup buat tubuhku merinding, lagikan pula membayangkan kami terpaksa tidur sebilik. Aku bimbang dengan reaksinya nanti, bimbang dia naik angin seperti dulunya.

Tengah aku berangan,pintu dikuak. Terjengul muka Hajah Salma dengan beberapa biji bantal ditangannya.Aku toleh ke katil bujangku. Cuma ada dua bantal dan satu selimut.Ah,x sempat aku nak ambil bantal lebih tadi. Aduh! Serabut sungguh padahal Cuma untuk tidur saja!


“Dah nak masuk tidur dah? Ni kat bilik atas tu banyak sangat bantal. Ni bantal-bantal ni pun umi ambil dari kerusi kat depan tu.”


Aku meneguk liur. Tak tahu nak cakap apa dengan bicara dan riak Hajah Salma yang selamba. Lagi susah aku nak kawal tentang hal ini daripada kena bebel dengan mereka berdua pasal kecuaian ku di site tadi.

“Hampa dua ni taknak ka beli katil baru? Saiz queen ke,king ke lagu mana ke…takkan nak tidur berhimpit macam ni?”

Aku tersengih cuma.

“Tak apa lah umi. Berhimpit dengan isteri sendiri apa salahnya. Dapat tambah pahala lagi”Terus aku kalih wajahku ke tempat lain. Tidak sanggup bertentang mata dengan Tengku Zariel yang tersengih-sengih bersandar dipintu. Entah bila dia masuk aku tak tahu.


“Amboi hang ni…laju hang naa kalau lagu ni. Dahl ah,umi nak naik atas. Nak tidur. Tak payah lah hangpa dua ni nak tidur awal sangat. Esok pun cuti buruh kan. Terperuk lama dalam bilik pun takpa naa…”Gurau Hajah Salma menyeringai dengan senyuman penuh makna sebelum keluar. Sempat dia kenyit mata. Aku menunduk. Cuba menyembunyikan wajah yang kebas dan pada masa yang sama aku tak keruan mengenangkan kami terpaksa duduk seblik malam ni.


Dan berkali-kali aku terpaksa teguk liur bila Tengku Zariel menutup dan mengunci pintu. Melihatkan mukaku yang pucat, Tengku Zariel bersuara.

“Protection. Mana tahu kejap lagi abah dengan umi ada buat spotcheck? You never know…”

“Spotcheck?” Seakan aku pernah dengar perkataan itu dulu sewaktu kami tinggal bersama. Ketika itu ia satu peluang keemasan bagiku. Mahu merapatkan hubungan kami kononnya. Tapi sekarang, apa yang patut aku buat? Kejadian ini seperti dejavu. Aku perhatikan Tengku Zariel yang memerhati keadaan dibilikku sebelum bergerak mencapai bantal dan selimut dan diletak ke atas permaidani tapi aku halang dan meletakkannya ke atas katil.

“Awak….tak apa. Awak tidur je kat bilik ni. Biar saya tidur luar. Bilik atas pun ada kosong.”

“Aku tahu rumah kau ni banyak bilik kosong tapi kau kena tahu yang abah still ada kat depan,tengok bola.Pukul berapa dia masuk bilik aku tak pasti. Kalau kau keluar dengan bawak bantal naik atas,mesti dia pelik. Melainkan kau dah ada skrip jawapan untuk kita?”

“Belum lagi”


Ketawanya meletus tanpa sebab. Dahiku berkerut. Aku buat lawak ke?

“Sorry…”Tengku Zariel berdehem. Dia menghampiriku yang terkebil-kebil.

“Kau tidur kat katil biar aku tidur kat bawah. Ada comforter kan?”

“Tak apa awak tidur je kat tempat saya. Saya baru je tukar cadar dengan sarung bantal. Semuanya baru.Saya okay tidur kat bawah. Lagipun comforter ni tipis sangat,nanti awak tak selesa.”Perlahan suaraku menegah dengan permintaan tak disangkanya . Takkan aku nak biarkan dia tidur dekat bawah? Tak mungkin! Diam Tengku Zariel menggerakkan aku mengambil comforter dalam almari dan aku hampar agak jauh dari katil.

“Pernah ke aku tanya macam mana sakitnya badan kau bila tidur beralaskan papan? Ada tilam tapi langsung tak ada bezanya tidur atas lantai.”Aku kaku. Wajahku dicari bersama senyuman pahit. Selintas aku terbayang kembali suasana di bilik yang aku tinggal. Walaupun pada mulanya aku tidak selesa tapi lama kelamaan aku dapat membiasakan diri. Terasa kerdil juga masa itu kerana selama ini aku terlampau hidup dalam keselesaan yang bukan sedikit.


“Tak pernah kan? Aku letakkan kau dekat bilik bawah,bilik buruk yang dekat dengan dapur. Lebih teruk dari bilik Maz dengan driver aku. Mesti kau pernah masuk bilik Maz kan? Kau tahu apa bezanya?”

Beza. Terlalu berbeza. Tersangatlah jauh bezanya nak dibandingkan dengan bilik yang aku tumpang dulu. Bilik Mazliana sama moden dan esklusif dengan bilik tetamu. Walaupun dua tahun sudah berlalu,namun aku masih ingat. Begitu juga dengan Mazliana Terbit perasaan rindu. Apa khabar agaknya Maz?

“Saya dah biasa tapi awak tak pernah tidur bawah. Tak ada bezanya, saya tidur atas atau bawah, saya okay. Lagipun, saya…”

“Aku letak kedudukan kau lebih teruk dari tukang kebun dan driver keluarga aku.Aku tahu aku ingatkan kau pada kisah lama. Kisah yang menyakitkan dalam hidup kau tapi aku tak dapat tahan diri aku daripada fikir kenapa aku terlalu kejam dengan kau. Takkan aku tak ada perasaan belas terhadap kau? ” Mata kami bersabung. Bergetar nada suara Tengku Zariel.

Entah mata aku silap atau tidak,jelas aku nampak kolam matanya bergenang. Aku tersentap. Kolam mata yang berair itu membuat dadaku sakit. Perit menahan kelukaan yanu garit di hatinya. Bibir terketar-ketar mahu bersuara sebelum sekali lagi kedengaran suara Tengku Zariel.

“Ah,why I have to bring the past right now. It hurts….a lot. So,are we good? Aku tidur bawah,kau tidur kat katil. No more deal..”

Aku duduk termangu di atas katil lepas matikan suis lampu, memerhatikan Tengku Zariel yang sudah berbaring beralaskan comforter sambil tangan diletak ke dahi.


“Kenapa termenung? Tak boleh tidur?”

Ya…sebab kau aku tak boleh tidur. Jawabku dalam hati. Macam mana aku nak tidur nyenyak sedangkan ini kali pertama kami tidur sebilik selepas dua tahun? Sebelum ini jika ada pun kerana situasi yang memaksa dan sudah tentu tempatku di lantai,di sofa dan pernah juga dibilik wardrobenya. Dalam sekelip mata juga aku teringat kenangan apabila Tengku Badlishah ada di rumah. Betapa waktu itu Tengku Zariel begitu takutkan atuknya sendiri.

Namun melihatkan Tengku Zariel yang mengambil ‘alih’ tugasku, membuatkan aku serba salah. Bukan kerana aku berasa kasihan tetapi aku tidak mahu perasaan itu wujud di dalam hati ini kerana ia begitu menyakitkan dan nyilu. Aku tidak mahu dihimpit perasaan sakit melihat dia menanggung rasa bersalah. Itu adalah satu renungan yang aku tidak suka iaitu simpati.

“Ke kau nak aku tidur sebelah kau baru kau boleh tidur? Aku tak kisah tidur sempit-sempit. Suka lagi ada” Dengan bantuan cahaya lampu jalan di luar rumah,dapat aku lihat bibirnya menyeringai senyuman nakal. Laju aku menggeleng.

“Bukan….sebenarnya saya tak sedap hati tengok awak tidur kat bawah. Hmm…boleh tak saya tidur bawah sekali?”

Aku tak tunggu jawapan dari mulutnya sebaliknya letak tilam ku di atas lantai namun agak jauh dari tempat Tengku Zariel. Dia dihujung belah kiri, aku pula kanan. Ibarat boleh muat katil bujang ditengah antara kami.

Terkebil-kebil dia melihatku. Walaupun jauh tapi aku tetap berdebar-debar. Degupan jantungku makin laju bila dia tidak lepas dari merenungku. Jauh tapi padaku,kami sangat…sangat dekat.Ajaibnya, rasa takutku padanya semakin pudar. Sejak Tengku Zariel ada,aku tak lagi alami mimpi ngeri. Sama apabila aku tidak lagi ambil pil tidur.Aku dapat lena dengan selesa dan tenang.


Aku baring membelakangkan dia…

“Tak baik seorang isteri membelakangkan suaminya…”

Aku pejam mata,menggigit bibir lantas memuisngkan badan perlahan-lahan.Mata tunduk memandang lantai. Tidak sanggup merenung matanya kerana mata itu memancarkan seribu makna yang aku tidak mampu untuk ungkapkan.


“Aku tak pernah tengok kau tidur. Kau nampak…cantik”

Aku kaku. Tidak tahu apa reaksi yang aku perlu tunjukkan kerana yang memuji itu adalah Tengku Zariel Zahari. Lelaki yang tidak pernah terusik dengan kehadiran ku dalam hidupnya dan lelaki yang sama mengatakan aku bidadarinya.


“Susah nak dengar kau cakap panjang lebar dengan aku.Dulu mulut kau tu cakap tak berhenti sampai aku naik rimas.”

Wajah aku bahang bila Tengku Zariel mengungkit sikapku dulu. Bagaimana ghairahnya hasratku mahu memancing perhatiannya. Nak suruh dia bukak mulut walaupun sepatah kata pun susah apalagi nak dengar suara. Hanya tengkingan dan makian yang menjadi santapan harianku. Jadi, apa lagi yang aku boleh harapkan waktu itu?

“Saya minta maaf….tak sepatutnya saya paksa bersikap macam tu. Saya terima sebab itu hak awak. Saya yang ‘memaksa’ awak tapi sekarang saya dah sedar apa yang berlaku. It just..too much, I know. Percayalah, saya sendiri malu dengan sikap saya masa tu. Saya bawa dosa itu sehingga ke hari ini.”Ujarku perlahan, hampir tidak kedengaran kerana sedikit sebak mengingati semua itu. Sungguh aku malu.

Aku perasan wajah Tengku Zariel sedikit berubah. Dia tersenyum tawar.

“Kau istimewa ,Kim. Kau sangat istimewa. Dan kau hilang keistimewaan tu disebabkan aku. Aku minta maaf lagi…untuk hari ini.” Bisik Tengku Zariel.Dia tersenyum sedikit dengan pandangan penuh kekesalan.

“Tidur lah,sayang. Assalamualaikum…”

Aku kaku. Sayang? Aku salah dengar atau Tengku Zariel tersalah sebut? Aku membalas salamnya dalam hati. Hampir setengah jam berlalu dan setelah memastikan Tengku Zariel benar-benar sudah lena,aku terus bangun dengan bantal dan selimut di tangan sebelum berlalu keluar. Aku tahu Tengku Zariel bohong. Abah dah lama tidur sebenarnya sebab abah selalu tidur awal dan abah tak suka tengok bola sepak. Hmm…

Aku terjaga bila pintu bilik diketuk beberapa kali. Terpisat-pisat aku membuka mata.

“Kim…Kim..”


Aku berdehem membetulkan anak tekak yang terasa kering. Dari cahaya lampu diluar, aku yakin Hajah Salma yang berada diluar bilik.

“Ya,umi?”


“Jom,kita pergi surau. Dah nak azan Subuh ni”

“Okay,umi. Bagi Kim lima minit”Serak suaraku membalas. Aku kembali baring dan menggeliat. Terasa terlalu lama dan begitu nyenyak aku tidur. Aku mendepakan tangan dengan perasaan puas.

“Aduh!”


Tubuh ku terus tegak. Mata juga celik dan langsung tidak berkelip. Aku terkebil-kebil melihat tubuh Tengku Zariel bergerak di sebelah. Ya, bukan disebelah hujung sana tapi betul-betul disebelahku. Entah bila masa kedudukan kami seperti ini. Aku mencapai telefon dan menghalakan kea rah Tengku Zariel yang masih mamai. Pipi kiri itu kelihatan merah. Barangkali tanganku terkena di wajah itu.

‘Ya Allah Kim…kau buat apa ni’ Aku menggaru kepala,serba salah bercampur bimbang. Tapi melihatkan Tengku Zariel kembali lena, aku sedikit lega. Sejenak, aku mengambil peluang ini untuk melihat wajahnya tidur. Sepanjang perkahwinan kami, cuma beberapa kali kami tidur sebilik. Hanya waktu itu aku berkesempatan melihatnya tidur. Tengku Zariel tampak seperti anak kecil yang polos. Wajahnya sangat tenang.

“Aku tak pernah tengok kau tidur. Kau nampak…cantik” teringat kata-katanya semalam.

‘Kau kena ingat,Kim. Apa yang Ariel buat semua kerana perasaan serba salah dan simpati. Kalau tidak, kenapa selepas dua tahun baru dia mencari kau?’ Satu suara yang tidak asing lagi kembali mengingatkannya. Suara-suara yang membuat dia tidak sunyi jika dia terasa sepi dan kosong. Suara yang membuat dia perlu ‘menerima’ kerana ini merupakan kifarah untuk aku.

Tanganku naik mahu menyentuh tubuhnya sebelum aku menarik kembali. Baru tersedar. Teringat amaran kerasnya. Kerja gila jika aku berani menyentuh tubuhnya walau seinci. Sudahnya aku bangun dan menuju ke bilik air.

Ketika aku keluar, aku terpaku melihat Tengku Zariel sudah bangun dengan rambut yang basah. Pakaiannya juga sudah bertukar. Berpelikat dan bersongkok. Wajahnya kelihatan segar. Terus aku tunduk berjalan keluar, mencapai kain telekung.

“Kenapa tak kejut?”


Aku memandang sekilas sebelum kembali menunduk. “Err…err…saya tak pasti awak …awak nak ikut atau tak. Saya…saya takut awak marah kalau saya kejutkan awak”

Tengku Zariel melangkah ke arahku. Dia menarik nafas dalam. “Lepas ni, biasakan…sebab kalau diberi peluang…aku nak jadi imam kau untuk pertama kali”

Mata kami bertentang lama. Hatiku berdetak nyaring…

Dan ketika itu juga tiba-tiba kain pelikat yang dipakainya melorot jatuh ke bawah. Aku hampir terjerit sebelum menarik kain telekung, menutup wajah dan berlari ke luar. Mujur juga lelaki itu memakai boxer. Mahu tercabut jantungku dibuatnya!

“Hish! Macam mana boleh terlepas pulak ni. Baru nak feeling pagi-pagi ni!”

Hanya itu yang aku sempat dengar sebelum aku menunggunya di luar pintu rumah.

SELAMAT TAHUN BARU 2024...semoga diberi kesihatan, kesejahteraan dan yang baik2 je untuk kita semua..

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-02 00:41:30 

Selamat tahun baru 2024


NovelPlus Premium

The best ads free experience