BAB 54

Romance Completed 199367

BAB 54

“Tak ada apa yang penting dalam hidup aku kecuali kebahagiaan keluarga aku. Kim satu-satunya ahli keluarga yang aku ada sekarang ni. Aku bukan nak jadi penghalang di antara kau dan Kim tapi aku cuma nak bagi kau satu pengajaran. Belajar erti menghargai”


Tubuh Carl yang membelakangkannya dipandang. Dia mengangguk. Hanya tinggal mereka berdua saja selepas perbincangan besar yang melibatkan Haji Rahman Hajah Salma . Keputusan sudah dibuat.

“Saya faham. Kehilangan Kim banyak beri saya erti menghargai. Saya Cuma nak peluang”
“Peluang terakhir” Carl pusing mengadap adik iparnya itu. Sukar dia terima keputusan mereka semua. Namun apabila ikatan suci diantara Tengku Zariel dan Kim dibicara,tentu saja dia tewas. Dia tiada hak untuk melarang Tengku Zariel membawa Kim. Tipu, jika dia tidak berasa berat dan dia juga tidak rela.

“This is your last chance, Tengku Zariel. Aku sedar tak guna aku pisahkan korang dua kalau Kim juga terseksa. Aku tahu dia masih cintakan kau tapi kau kena tahu...Kim yang berada di depan kau bukanlah Kim yang dulu. Dan keputusan kau untuk bawa dia tinggal bersama, buat aku tertanya-tanya.”

“Saya ada sebab saya tersendiri dan saya yakin saya dapat sembuhkan penyakit Kim,bukan sesi hospital. Ummi cakap sebelum ni setiap bulan Kim demam tapi bila saya ada,dia tak demam”

“Dulu aku ingat Kim selalu demam sebab terlalu rindu dengan arwah parents kami. Dia selalu salahkan diri dia diatas pemergian mereka. Sepatutnya aku beri sokongan dekat dia tapi aku…aku sendiri salahkan dia,marah dia,kata dia punca mereka pergi.”
Tengku Zariel tergamam. Tidak menyangka Carl yang muncul sebagai seorang abang yang penyayang dan melindungi rupa-rupanya turut menyalahkan adiknya sendiri. Oh Tuhan…apa yang telah dia lakukan? Patutlah dia tidak pernah mendengar Kim mahu tinggal bersama Carl sedangkan mereka tahu penyakit yang dialami isterinya itu.

“Aku salahkan dia 100 peratus sampaikan aku pernah cakap dia penyebab orang sekeliling dia mati bila Amanda kemalangan masa tu. Aku halau dia,aku tengking,aku tak beri peluang langsung untuk dia baiki hubungan kami. Dia perlukan sokongan masa tu tapi aku…..”Carl tunduk menyapu wajahnya yang mula merah. Terbayang segala kesakitan yang Kim alami waktu itu.

“Aku cakap dia cuma berlakon nakkan perhatian dan apa yang jadi dekat dia merupakan satu hukuman,khifarah. Salah satu sebab Kim dapat PTSD adalah tekanan,trauma dan kurang sokongan. Antara kami berdua,Kim lebih rapat dengan arwah daddy dan mummy…sangat-sangat manja.Kehilangan mereka beri impak yang sangat besar dalam hidup dia. “

“Ariel…aku cuma nak kau tahu yang Kim tak pernah cerita apa-apa tentang kalian berdua. Desak macam mana sekalipun,sesi yang dah berpuluh kali pergi pun tak berjaya nak tahu apa yang bermain di hati dan fikirannya. Dia tak pernah benci kau walaupun sesaat,percayalah.”

Bibir Tengku Zariel mengorak sedikit senyuman. Benar,Kim Tidak pernah membencinya walaupun sesaat. Kalaulah mereka tahu apa yang telah dia lakukan kepada Kim dua tahun dulu….tidak mungkin mereka mahu menerimanya kembali.

“Tapi kau juga kena sedar sesuatu..dia bukan terlalu cintakan kau tetapi dia menganggap semua ini adalah balasan dan pengajaran untuk dia. Pada Kim, dia bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain, membelakangkan keluarga kami , menghancurkan masa depan dan persahabatan dia, kemalangan yang menimpa Amanda dan….” Carl terdiam sejenak. Dapat dilihat betapa sukar untuk dia menyambung kata yang seterusnya. “ Pemergian arwah Daddy dan mama…”
Sepasang mata Tengku Zariel berubah merah. Tubir matanya sudah bergenang. Sepi yang bertandang bagaikan memahami derita yang dialami oleh seorang wanita yang penting dalam hidup mereka berdua

“Saya layak dibenci dan saya akan tebus kesalahan saya. Deep in my heart,I do really love her and I promise…I will protect her for the rest of my life. I know its hard to believe me..after what I’ve done… this will be my final chance that I’m not deserved it..”

“I keep your words. Ia tak semudah yang kau fikir. Mungkin kau penawar bagi Kim tapi pada masa yang sama,kau juga penyebab. Bila kau dekat,memang kau berjaya hilangkan trauma Kim tapi kalau kau tunjuk sisi sikap kau yang buat Kim pada kisah silam dia,dia akan jadi lebih teruk dari apa yang kau bayangkan. Apa yang terjadi dekat hotel tu satu bukti. Tapi apa-apa pun,aku tahu kau satu-satunya jalan yang kami ada. Ni…”Satu thumbdrive berwarna silver diberi kepada Tengku Zariel.

“Tengok dan dengar sebelum kau pergi. Ingat, ini amaran dan peluang terakhir dia. Sakiti dia, aku akan cari kau sampai ke liang lahad. Bukan dosa saja yang mengejar kau tetapi juga aku, Tengku Zariel"Balas Carl penuh amaran.
“Tunggu…”Tangan Carl yang baru memulas tombol pintu terhenti,dia menoleh.
Lama Tengku Zariel diam sebelum bersuara.

“Aku nak tahu tentang kandungan Kim dua tahun yang lepas…”

Dan itu cukup mematikan langkah Carl.

Lama matanya merenung isterinya yang sudah dibuai lena. Sesekali jarinya membetulkan anak rambut Kim yang jatuh di dahi,diselitkan ke belakang telinga. Walaupun mereka tidur sekatil, tapi dia masih menjaga ‘batas’nya terhadap Kim kerana dia tidak mahu dikatakan mengambil kesempatan. Apatah lagi hubungan mereka masih di fasa baru. Dia mahu Kim betul-betul yakin dengan perubahannya.
“Dia tak pernah dapat tidur yang nyenyak lepas arwah daddy dan mama kami meninggal. Atau dengan lebih tepat, selepas kau menghalau dia keluar. Dia mengigau setiap kali hujan lebat, nampak kolam atau pantai…even shower dekat bilik air pun akan ‘memetik’ suis segala kejadian yang buat dia trauma.”
“Pernah sekali kami bercuti, Kim tiba-tiba terjun ke laut dan cakap ada orang yang cuba lemaskan dia. Iron? Langsung dia tak boleh sentuh. Daripada seorang happy good lucky, Kim berubah menjadi seorang yang pendiam. Apa yang orang suruh, dia akur tanpa bantahan. Pergi terapi dengan Amanda, Kim akan okay cuma sekejap melainkan dia mengingati balik segala trauma yang dia alami. Perubahan drastik yang kami terima..dan begitu juga kau. Kau boleh nampak video yang aku bagi. Kim boleh sembuh tapi aku rasa kau je yang tahu jawapannya”
Ya, hanya dia yang tahu. Dia tidak berasa terbeban untuk menggalas tanggungjawab tersebut tetapi persediaan perlu dibuat rapi. Selepas dia melihat segala rakaman tersebut, air mata lelakinya jatuh lagi mengenangkan keseksaan yang ditanggung oleh isterinya. Kim memang seorang wanita yang hebat. Bukan seperti dia. Lelaki yang perasan suci daripada segala noda.
Kali ini dia menyentuh perut isterinya. Bibir diketap bimbang esakannya terlepas. “Anak daddy…”
Sungguh dia tidak menyangka hubungan itu telah mencambah benih di rahim isterinya. Jika Kim tetap mahu meneruskan rancangannya, boleh saja wanita itu pulang dan menuntut haknya tetapi Kim memilih untuk pergi. Lagipula dia teringat dia telah memberi amaran keras yang dia tidak akan sesekali mengaku anaknya jika wanita itu mengandung. Tak terbayang bagaimana Kim lalui seorang diri sehinggalah keguguran. Tengku Zariel hanya tahu Kim mengandung ketika usia kandungan itu lima bulan seperti yang diberitahu orang upahannya. Banyak sebenarnya perkara yang telah berlaku sepanjang dua tahun ini. Bukan dia tidak mencari, bukan dia tidak mengambil tahu tetapi percayalah, betapa sukarnya dia untuk mencari ruang untuk bernafas setelah apa yang berlaku pada Puan Sri Tengku Wahida, Tengku Farizal , Qalesh Holdings dan juga hubungannya bersama Kim.
“Abang….”
Tengku Zariel tersentak, lantas menyapu air mata yang bersisa. Dia tersenyum memandang isterinya yang tidur diatas lengannya.“Sorry sayang…abang dah kejutkan sayang..”
Kim masih terpisat-pisat,masih mamai. “Kenapa abang basah? Abang mandi ke?”
Tengku Zariel ketawa kecil, hanya mengangguk. “Shhh,tidur..dah lewat malam.”Belakang tubuh isterinya ditepuk sehingga Kim lena kembali. Makin erat Tengku Zariel menarik Kim ke dalam rangkulan hangatnya.

Aku sudahi bacaan Yassin dengan doa panjang. Air mata yang menitis aku sapu dengan belakang tapak tangan,tidak mahu ia membasahi tiga pusara insan yang terindah dalam hidup. Dua kali dalam sebulan pasti aku akan ke sini…menemui mereka yang tidak terlihat tapi aku tahu mereka memerhatikan aku di atas sana. Cukuplah mendengar doa yang titipkan. Kelopak bunga yang bertaburan aku genggam dan basahkan tanah dengan air.
Adakalanya aku pelik kerana kubur arwah sentiasa cantik dan wangi dan penuh dengan bunga kerana tidak sama bunga yang aku beli. Seperti setiap minggu ada yang datang menziarah. Carl juga pernah suarakan hal yang sama. Memang pelik sebab ia terjadi sejak kebelakangan ini.
Sebaik aku berpaling,aku terkedu. Terasa sejuk seluruh badan hingga aku tidak mampu bergerak. Tidak berkelip mata aku melihat gerangan didepan ku ini. Dia tenang bersama senyuman dan mendekati pusara ahli keluargaku. Berada di tengah-tengah kubur daddy dan mama. Sambil menadah tangan, Bibirnya terkumat kamit membaca Al-Fatihah sebelum menyentuh batu nisan yang tertera nama ibu bapaku. Dan ketika dia bergerak ke satu pusara yang tidak sempat aku lahirkannya ke dunia,nafasku terhenti. Wajah Tengku Zariel sedikit tidak terkejut sebaliknya dia tenang sedekahkan yassin tanpa buku ditangan. Aku masih setia berdiri tegak.
“Kim dah selesai?”Ujarnya sambil membetulkan songkok dikepala. Mata tidak berkelip memandangnya yang masih tenang seperti tiaada apa-apa yang berlaku. Akhirnya satu perkara yang aku simpan selama ini sudah terbongkar tapi kenapa Tengku Zariel tidak kelihatan terkejut?
“Abang…Kim ada benda nak cakap”
“Abang tahu…kita cerita dekat rumah. Jom,dah nak maghrib dah ni.” Dia meraih tanganku dan kami sama-sama jalan menuju ke kereta masing-masing. Aku kekok sehingga tidak tahu mahu cakap apa sedangkan dia berbual macam biasa. Ya Allah..berikanlah aku kekuatan. Andai itu takdirMu untukku,aku redha…

Nescafe yang aku hidangkan untuk kami berdua aku tidak sentuh. Hanya tangan yang meramas sesama sendiri. Carl dan Amanda sudah masuk ke dalam,tinggal kami berdua di wakaf,memerhati dada langit yang penuh dengan bintang.
“Kalau baby kita dapat diselamatkan,mesti usia dia dah masuk dua tahun kan?”
Terangkat kepalaku memandangnya. Terpaku dan bungkam. Sungguh, aku terkejut.

“Macam….macam mana abang tahu? Abang Carl beritahu? Abah,Ummi?”
Dia senyum bersama gelengan. “Mama...orang pertama yang syak Kim mengandung adalah mama.”
Nafasku tersekat. Terkejut.
“Dua bulan lepas Kim keluar dari rumah,abang selalu mengidam benda yang pelik-pelik. Makan benda yang jarang abang makan. Kim pun tahu abang lebih minat dengan masakan kampung tapi ni tak. Setiap hari ada je abang nak western food sampai Maz terkial-kial cari resepi. Kalau tak dapat masa tu jugak,abang sanggup keluar walaupun tengah-tengah malam. Abang tak syak apa-apa sampai lah mama tanya abang….sama ada abang pernah sentuh mana-mana perempuan ataupun….Kim”
Tunduk. Tak sangggup bertentang mata kerana aku tidak tahu di mana mulanya dan kenapa kejadian itu berlaku. Tidak sanggup aku ingat balik lebih-lebih lagi selepas itu aku dihalau tanpa penjelasan.
Tengku Zariel hampir dan duduk betul-betul rapat denganku.
“Apa yang terjadi di antara kita….dah berlalu. Abang malu dengan diri abang sendiri selepas tu. Kim nampak liar, terlalu bersosial,peramah dengan semua orang tapi abang tak sangka yang….abang orang pertama yang sentuh Kim. Abang tak sangka Kim masih suci.”
Tidak semena-mena Kolam mata ku berkaca. Dan wajahku berbahang.Terketar-ketar bibirku.

“Abang…abang sedar masa tu?”
“Kita berdua berada dalam keadaan separuh sedar masa tu. Lepas Kim keluar,abang masuk bilik nak kemas dan abang nampak kesan kat cadar yang menunjukkan Kim masih suci. Waktu tu abang rasa malu sangat sebab sebelum ni macam-macam abang tuduh Kim. Abang cakap Kim perempuan yang takde maruah,too social based on your lifestyle padahal abang lagi teruk. Teguk arak pun pernah.”
“Kesucian atara salah satu bukti bagaimana seorang wanita menjaga maruahnya. Masing-masing ada kisah silam sendiri dan bukan kita yang berhak nak menghukum. Abang…Kim,..Kim tak ada niat nak rahsiakan hal ni dari pengetahuan abang tapi Kim tak ada kekuatan nak beritahu lepas Kim keluar dari rumah tu,dari hidup abang. Abang tuduh Kim yang perangkap abang dan Kim tak tahu macam mana nak explain. Kim kuat sebab kehadiran baby ni. Kak Amanda ada pujuk supaya beritahu abang tapi Kim bertegas taknak sebab Kim tahu abang takkan percaya. Abang takkan percaya yang Kim mengandungkan anak abang,darah daging abang.”

Air mata tidak dapat dibendung lagi. Mencurah-curah ia mengalir keluar sehingga aku teresak. Masih terbayang aku terlantar dan termenung bila dapat tahu aku hamil dan aku keguguran pada usia kandunganku enam bulan. Perit jerih menanggungnya seorang diri waktu itu.?
“Kim tak sanggup nak dengar lagi segala tuduhan dan tohmahan abang. Kalau Kim beritahu,abang takkan percaya. Apa yang Kim buat selama ni tak pernah dapat kepercayaan abang dan Kim faham. Sebabnya Cuma satu. Abang tak pernah cintakan Kim. Kim ada plan yang sebaik aje baby lahir,Kim nak keluar dari Malaysia. Balik dan uruskan syarikat arwah tapi sebaik mana perancangan manusia, tetap DIA ada rancangan tersendiri untuk Kim….”
Aku melihat riak wajah Tengku Zariel berubah. Tidak berkelip matanya. “Kim..Kim nak pergi US?”
“Kim nekad nak pindah ke sana…lepas Kim cari pengalaman kat sini. Walaupun tu company daddy,company yang kecil tapi Kim taknak sewenang-wenangnya ambil alih sebab Kim tak ada pengalaman, kredibiliti dalam bidang tu.”
Tanganku diambil dan dikucupnya. “Kim…Kim takkan tinggalkan abang,kan?”
Aku menggeleng bersama senyuman sehingga dia menarik nafas lega.
“Maafkan abang…abang buta untuk menilai yang mana satu kaca,permata. Maaf sebab tak ada disisi Kim bila Kim kehilangan anak kita. Tak dapat abang bayangkan macam mana Kim lalui semua tu seorang diri…tanpa keluarga,tanpa suami”Dia memelukku kemas dari belakang,menyebamkan wajahnya di ubun-ubunku. Tangannya yang berlingkar di pinggang aku genggam kuat,mahu merasai kekuatan akibat kehilangan..
“I’m sorry I didn’t make it. It’s all my fault. Kalau Kim jaga kandungan Kim betul-betul ,mesti semua ni takkan berlaku. Sampai sekarang, sehingga ke saat ini Kim tak pernah dapat buang perasaan menyesal tu
“Shh….it’s okay sayang,semua yang berlaku dah tertulis. Bukan salah Kim. Kim tak salah apa-apa pun. Tak apa…anak kita tengah tunggu kita kat sana….Satu hari nanti kita akan berkumpul,Allah akan temukan juga kita dengannya.”
Hanya anggukan beberapa kali aku balas dalam dakapannya.
“I was alone and I’m dying at that time…I lost him..i lost daddy,mama and everyone…I’ve no one....”
“Maafkan abang…kalaulah abang tak terlalu berdendam, mesti…
Aku pusing belakang dan menekup mulutnya. Merah matanya sebelum dia menunduk kesal.

“Abang,stop it…Kim tahu, satu hari nanti daddy dengan mama akan tahu benda jahat yang Kim dah buat tanpa pengetahuan mereka selama ni. Kim Cuma ralat..Kim tak sempat nak minta maaf,nak minta ampun”
“They love you..they really do. How can they not forgive their such beautiful daughter that they ever had? Of course they did! They always forgives you like you did to me…you never hate me,plus you always forgive me no matter what I did to you. You always forgive…always”Jerih matanya merenungku. Tengku Zariel membiarkan pucuk hidungnya mengusap air mata yang tidak masih lagi mengalir.
“Abang cintakan Kim…Kim nak tahu bila hati abang terusik dengan kehadiran Kim
Dalam hidup abang?”
“Bila?”Soalku dengan suara yang berbisik. Aku meletakkan kepala di dadanya bila dia meribaku. Satu kedudukan yang selesa buat kami berdua. Kalaulah Amanda dan Carl nampak ni,tak tahu macam mana kami nak sorok muka.

Sungguh aku berasa lega mendengar lafaz dan pengakuan itu darinya. Aku tahu kekesalan yang dia rasa bukan sedikit. Rasa bersalah sampai seumur hidup. Begitu juga aku. Kalaulah boleh diputar balikkan masa…kalaulah….
“Masa kita kat Paris…masa Kim dalam pelukan abang…”

Terangkat kepalaku mendengarnya. Terus tegak aku duduk dari ribanya. Terpinga-pinga.
“Abang tak sangka sampai ke Paris Kim sanggup ikut abang. Walau seteruk mana abang layan Kim,Kim tetap sanggup datang. Ia makin kuat bila abang tengok Kim selamatkan Mr Smith masa kat restoran tu walaupun Kim sendiri baru kenal dia. Tapi sikit pun abang tak ucap terima kasih…”
“Abang ingat lagi masa tu?Kim tak sangka…sebab Kim masih ingat lagi yang abang berkeras nak kita berpisah bila kita balik Malaysia nanti”
“Ego…sebab ego abang nafikan sedangkan abang dah mula terusik dengan kehadiran Kim masa tu. Lebih-lebih lagi bila Tok Ayah datang dan kita terpaksa duduk sebilik. Abang rasa rugi sangat sebab abang tak mulakan langkah nak dekat dengan Kim. Bukan senang abang nak tahan godaan isteri abang ni. Hampir setiap hari abang doa tau supaya Allah kuatkan iman abang ni”
Terus berubah rona wajahku. Malu mengenangkan sikapku yang satu itu.

“Oh..yang tu.. hmm,Kim ingatkan abang dah cukup kebal dah sebab macam-macam taktik Kim guna,semua tak jalan”
Dia ketawa geli hati. “Kebal tu kebal tapi kalau setiap kena goda macam tu…dengan baju seksi,jarang,dengan lenggok Kim lagi and of course with your lovely husky voice,and your smell..”Ujarnya separuh berbisik sambil melepaskan hembusan nakal ditelingaku.

Manja aku menyiku perutnya. Tidak betah mendengar pujian dari mulutnya. Pasti dia sengaja nak mengusik. Tengku Zariel yang aku kenal bukan jenis yang mudah tertarik berdasarkan rupa. Buktinya sudah ada didepan mata.
“Bila Kim suka abang? Bila Kim mula cintakan abang?”
Alamak. Soalan cepuemas dah keluar. Dulu aku tidak berasa malu mengaku bahkan terhegeh-hegeh menagih kasih pada yang tak sudi. Aku pantas meleraikan pautannya namun cekap dia menahan.
“Kim nak masuk dulu lah. Dah mengantuk.”
“Aik? Baru minum nescaffe mana boleh mengantuk sayang.. Kim jangan nak lari eh. Kalau tak abang geletek Kim kat sini sampai Kim hilang suara”
“Abang ni!”Aku menjeling namun dia cuma tergelak.

“Jangan jeling selalu nanti juling baru tahu! Kim tahu tak jelingan Kim tu menggoda? Tak nampak macam tengah marah pun. Tengah ‘test’ abang ada lah”
“Okay,okay Kim beritahu!” Cepat aku memintas dari dia berkata lebih lagi yang tak sanggup aku dengar dengan debaran yang menggila. Sukar nak menepis perasaan melihat tingkah Tengku Zariel yang kuat mengusik ni.
“So,when and why?”Soalnya sambil mencari wajahku yang menunduk dipangkuannya. Aku bersandar di dada bidangnya. Jelas mendengar kuat degup jantungnya berdetak.
“Di Puncak,Shah Alam…hari pertama orietasi”
Tengku Zariel terdiam. Aku yang hairan terus menoleh,tergamam seketika apabila hanya seincisaja jarak yang memisahkan kami. Lama dia memandang aku,tidak percaya.
“Masa orientasi? Bukan ke itu hampir 7 tahun yang lepas?”

Aku cuma mengangguk
“Ya Allah…abang tak sangka..terkejut..Kim simpan perasaan pada abang masa kali pertama kita jumpa dan kita bergaduh?”
“Yup….Kim tak tahu abang percaya ke tak pada cinta pandang pertama tapi Kim dah suka kat abang dari situ. Sebab tu dari hari tu lagi Kim dah kacau abang sampailah abang habis dan kerja. Abang ingat lagi tak game yang kita main masa tu?”
Tengku Zariel ketawa sambil menekan kepalaku seolah-olah melepaskan geram mengingatkan kejadian itu di mana aku berjaya kalahkan kumpulan dia. Betul-betul jadi sejarah dalam hidup lepas terpaksa basuh pakaian aku kecuali yang dalam-dalam tu. Gila aku nak buat macam tu? Silap-silap viral nanti
“Geliga betul otak dia ni. Pandai je cari idea yang buat team abang kalah. Memang saja ja kan nak suruh abang basuh baju dia tu seminggu?”

“Siapa suruh abang kalah? Abang patut bersyukur tau Kim Cuma suruh abang basuh baju dengan seluar. Kalau yang lain-lain,abang sanggup?”ejekku geram. Mahu juga melihat reaksinya jika betul-betul dia kena basuh pakaian dalam wanita.
“Amboi….kena bersyukur eh? Abang tak kisah sebab Kim yang punya. Kim pun patut bersyukur tau tak sebab kalau betul jadi,,abang gantung kat luar hostel kasi viral”
Haa…kan aku dah cakap! Aku menjeling namun lama kelamaan aku tersenyum bila dia kenyit mata. Ah,indahnya bila dapat bersama orang yang mencintai diri ini.
“Sejak bila abang suka kenyit mata?”
“Sejak abang kenal Kim…”Dia mula nak beromantis.

Haiii lahh…kenapalah dekat wakaf ni jugak aku meluahkan perasaan? Dengan secawan nescaffe pulak tu! Dengan takut-takut berani,aku melingkar kedua belah tangan di lehernya. Melepaskan satu renungan menggoda di situ. Melihatkan dia tergamam,aku simpan ketawa dalam hati.
“So,what else you learn from me?”Bisikku dengan suara yang serak basah.
Terkebil-kebil bebola mata Tengku Zariel. Aku dapat melihat deruan nafasnya yang tidak keruan. Tangan mula nakal bermain di kening dan rambutnya berulang kali.
“You’re back…”Jawabnya.Berbisik
“Hmm…really? Which part of me?”
“This one….”

Serentak itu dia merapatkan wajah kami dan kini giliran aku pula terdiam sebelum dia mencempung aku masuk ke rumah dan ke bilik ‘sementara’ yang Carl tumpangkan untuk kami berdua. Berhati-hati sekali dia meletakkan aku di katil sebelum bergerak mengunci pintu dan malapkan lampu.

Debar di dada usah di kata apabila Tengku Zariel mendekati. Jari jemarinya nakal bermain di wajah dan rambutku. Aku memejam mata bila dia mengucup lama dahiku,hidungku dan akhir sekali di bibir ini. Sekali lagi lama kami berkucupan sebelum Tengku Zariel beralih di leherku. Aku hampir hanyut….sebelum tersedar lantas menolak dada bidangnya. Segalanya terhenti.
“Kim..Kim minta maaf…”Suaraku perlahan,menunduk sambil membetulkan kolar baju tidur yang sudah jatuh ke bahu.
Tengku Zariel mengangkat daguku. “Abang minta maaf. Abang…tak boleh kawal diri abang”
“Bagi…bagi Kim masa. Kim..Kim takut…”

Ya,walaupun hubungan kami bertambah baik dari masa ke semasa tetapi untuk berhubungan dalam erti kata yang sebenar,aku masih tidak yakin. Apatah lagi kali pertama terjadi pun,masing-masing dibawah pengaruh sedar dan itu kali terakhir aku berada di rumah agam sebelum aku dihalau keluar. Bimbang,perkara itu berulang kembali walaupun Tengku Zariel tidak akan bertindak sejauh itu selepas dia meluahkan perasaannya terhadapku.
“It’s okay,sayang…it’s okay…abang faham dan abang tak marah. Abang pun...tak sengaja. Kita lupakan ke, okay? I'm sorrry.”Ujarnya lembut sambil mengucup dahiku.

Tengku Zariel menarikku ke dalam dakapan hangatnya. Degup jantung Tengku Zariel berdegup begitu kuat di telingaku. Sungguh, aku sendiri terkejut kerana segala-galanya berlaku dengan begitu pantas. Aku menitip sepotong doa supaya aku dapat tidur dengan lena, bukan kerana Tengku Zariel tetapi aku tidak mahu mengambil 'penawar' yang selama ini menjadi penyelamatku jika tidurku terganggu.


“Kita balik…”
Suapanku terhenti. Aku tercengang dengan kata-katanya tidak mengerti.

“Balik? Kim belum masuk ofis lagi. Dah seminggu lebih ambil MC”Ujarku sambil ketawa. Tangan kembali memutar mee hoon goreng yang aku masak untuk kami berdua. Satu perkembangan yang baik setelah sekian lama aku tidak ambil makanan berat setiap pagi.
“Balik…rumah abang”Tengku Zariel menyebut satu persatu.

Kali ini aku kaku. Kami saling berpandangan. Aku sudah meneguk liur walaupun aku tahu lambat laun aku tetap akan kembali ke sana jua.


“Abang dah beritahu cadangan ni dekat Carl dengan Amanda tapi keputusan tetap ditangan Kim. Abang tahu berat Kim nak tinggalkan kehidupan Kim dekat sini, dan pulang ke sana. Too much dark memories but time will heals so that all the wounds will faded away if we get through this together….”

Aku mengepal penumbuk di kedua belah tangan, memejam mata sebelum terasa hangatnya genggaman tangan Tengku Zariel.
“Kim nak tumbuk abang ke?”
Aku berdecit geram. “Abang ni!”
Dia galak ketawa sambil tangannya naik pula mengelus pipiku. “Abang taknak paksa Kim tapi itu niat kedua abang lepas Kim dah maafkan abang. Abang tahu,jasad Kim disini tapi jiwa Kim bukan kat sini. Mungkin dah tiba masanya…”

Ya, sampai bila aku mahu terus berlari dengan kenangan silam yang asyik mengekoriku dimana-mana sebelum kehadiran Tengku Zariel? Aku memegang tangannya yang masih diwajahku.
“Tapi kerja Kim?”

“Abang hantar Kim kejap lagi. Waktu tu Kim boleh tenangkan fikiran…..”

Aku faham maksud Tengku Zariel. Sudahnya kami menghabiskan makanan dan berbual seperti biasa sehinggalah dia menghantarku ke Paradise Corporation.
Jujur, aku berat hati untuk meninggalkan tempat yang menjadi punca rezekiku selama dua tahun ini. Terlalu banyak kenangan pahit manis disini. Begitu juga kawan kerja yang banyak membantu aku sehingga ke hari ini.
“Aku agak dah lelak yang banyak kali datang ke sini tu,mesti ada kaitan dengan kau. Sebab muka kau seiras! Aku ingatkan abang kau,rupanya suami. Hai,melepas lagi!”Selar Wanie ketika dia membantuku mengemas barang.

Orang pertama yang aku jumpa sudah tentu Tan Sri Yunus. Sungguh aku tidak mampu memandang wajah kecewanya bila aku menyerahkan surat peletakan jawatan.
“Kalau kau nak cari Munirah tu, baik kau lupakan. Dia dah kena pecat sehari selepas insiden dekat site di Kulim. Rupa-rupanya dia ada black record sebelum dia masuk ke sini. Dasar fake!” Kali ini Nora pula menyampuk. Sudah pasti dia lega kerana tidak lagi bekerja di bawah Munira.
Aku sempat memohon maaf dan saling berpamitan sebelum berlalu pergi sebaik saja jam sudah mencecah pukul 6 petang.

“Nanti setiap tiga bulan,kita balik ke sini. Boleh jenguk Carl dengan keluarga Amanda…dan ziarah kubur arwah daddy,mama dengan anak kita”
Tengku Zariel memujuk bila melihat wajahku suram sebaik keluar dari Paradise Corporation. Kemudian ,kami pergi ke kubur sebelum pulang ke rumah Carl dan Amanda. Selepas kejadian pecah masuk dirumah sewaku,Tengku Zariel memujukku agar terus tinggal di rumah Carl. Bimbang kejadian itu berulang.
“I’m really going to miss everyone…and everything here”Suaraku berbisik.

Tengku Zariel yang baru saja menutup pintu utama mendekatiku dan menarikku ke dalam pelukannya. Terus aku menyembamkan wajah di dada bidang itu. Haruman maskulin yang sentiasa menenangkan dan menemani lenaku.
“I know…I know….we will come back,again. I promise…Dah taknak sedih-sedih macam ni. Jom”
Aku mendongak dengan dahi berkerut. “Jom ke mana?”
“Menari” Ujar Tengku Zariel sambil membuka lagu di telefon bimbitnya. Kedengaran lagu ‘I want to spend My Lifetime Loving you’ memecah suasana senja ini. Dia menjarakkan tubuh sambil menghulurkan tangan.

Aku menahan ketawa sebelum menyambut huluran tangan suamiku. Dia merangkul pinggangku. Hampir terjerit aku dibuatnya bila dia mengangkat sedikit tubuhku untuk memijak kakinya.
“Kim berat lah..nanti sakit kaki abang”
“Kim ringan sangat sampai abang ingat abang bawa lalang”
“Apa?!”Dadanya aku tepuk manja namun tetap akur mengikut geraknya,menari perlahan mengikut rentak lagu. Mata kami bertentang lama sebelum matanya merenung bibirku. Tanpa sedar,Tengku Zariel merapatkan wajah kami.
“Amboi! Kat ruang tamu pun menyempat! Dah, tak sempat masuk bilik ke?”
Lantang suara Amanda yang tiba dari dapur. Aku terus menolak jauh tubuh Tengku Zariel dengan wajah yang merah. “Abang lah ni!”
“Eh,abang pulak yang kena…”
Aku menyeringai malu sebelum mencicit lari masuk ke dalam bila Amanda ketawa kuat. Malu!

hai, sorry lambat..HZ dapat upload satu bab je ya sebab dalam plan nak tambah satu bab sikit tp tak berani janji. Cuma , HZ harap dapat tamatkan HLA minggu ni juga, Insyaallah..tinggl lg 7-8 bab termasuk EPILOG ya... terima kasih kerana sudi baca walaupun entah untuk kali yang ke berapa, yg komen pelbagai perisa untuk HZ kenang-kenangkan haha...dan donate coin dan juga yang menunggu. Love u guys! Enjoy reading dan sorry untuk kekurangan yang ada..

Share this novel

Hawani Hashim
2024-01-06 22:35:18 

Update lagi tqvm

mynn.nnym
2024-01-06 12:38:32 

Ala HA mana updatesss ghindhuu


NovelPlus Premium

The best ads free experience