BAB 10

Romance Completed 199367

“Dah-dah lah tu tengok cermin tu. AKu yang tengok dari tadi pun dah muak tengok kau tau!”

 
Herlina menyampuk dari belakang. Dia yang beria nak datang ke sini. Katanya nak teman aku sementelah aku ‘kononnya’ datang nak tolong persiapan makan malam Qalesh Holding sedangkan ini kali pertama aku buat macam tu. Menawarkan diri untuk membuat persembahan istimewa bagi syarikat Tengku Zariel yang sendiri tak tahu termasuk setiausah dia yang ‘blur’ itu.
 

“Sebab tu aku tak bagi kau datang. Dah agak dah kau cemburu tengok dress aku kan? Tu lah aku suruh cuba pakai taknak.”
 

“Huh,tak ingin aku! Singkat paras lutut pulak tu! Nampak dek ibu aku dikejarnya aku satu KL tau tak. Lagipun kalau aku pakai,bukan nampak cantik pun. Lain lah kau. Gorgeous!”

 
Aku menggeleng meraih bahunya.

 
“Nak tahu apa yang seorang gadis tak sedar kecantikannya sendiri?”
 

“Brain?”

 
“No,El. This…”Aku mencapai tangan Herlina,menyentuh dadanya.
 

“Dada?”
 

Mengekek aku mendengarnya. El..El!
 

“Confidence. Confidence is a beauty of a women. Bukan pada wajah,penampilan even your sexiness…”Kami ketawa nakal. Laju siku Herlina menghentak perut aku.
 

“El! My dress! Boleh koyak tau!”Aku mengibas dress berwarna merah hitam yang mendedahkan sebahagian bahu. Putih,licin dan gebu. Tak perlu nak beli losyen mahal nak serikan kulit.
 

“Tadi Herman datang jumpa kau kan? Korang…gaduh ke?”

 
Aku yang asyik mengusap rambut perang aku terhenti sejenak. Memandang Herlina yang sedang membalikkan sotong di bara api.

 
“Are you sure you’re strong enough to accept the truth?”

 
“For what?”

 
“Yeah..i don’t care seriously. Kau macam tak kenal Herman tu. Malas aku nak layan. Lagi dilayan, lagi sakit kepala aku”

Tergeleng kiri kanan kepala Herlina mendengarnya. Sesekali aku perasan matanya terarah pada Abang Naim yang sedang membakar satay. Ni baru betul cinta dalam hati.

 
“Herman suka kau dah lama Kim. Seriously,kalau aku lah kan..dah lama aku terima dia”

 
Aku tergelak tanpa suara. Dah banyak kali aku dengar dari mulu Herlina. Dia tak kenal siapa Tengku Zariel kerana aku tak pernah cerita selain sebuah gambar yang cukup jelas menunjukkan siapa Tengku Zariel dalam hidupku. Sangat sangat bermakna. Tiba-tiba rasa malu menerpa. Pasti dalam diam Herlina dah cop aku perempuan yang terhegeh-hegeh kerana cintaku bertepuk sebelah tangan.

“You’re so beautiful and gorgeous Kim. Natural beauty,have killer eye smile,cherish and a person who give happiness and also those nice leg…”Di hujung kata kami ketawa lagi namun aku tahu ada sesuatu yang Herlina cuba sampaikan.

 
“But….?”Sambungku dengan kening yang sengaja diangkat.Dia senyum dengan serba salah.

 
“Naa…Kim,don’t get me wrong but it just you know…I really hope you gonna find your soulmate. True soulmate.”
 

“I’m already did…”

 
Langkah Herlina mati  dibalkoni kafe yang menghadap lot parking. Tak berkelip mata dia memandangku.
 

“Seriously??! Siapa?”

 
“Him…”

 
Pancaran lampu dari Chevrolet Camaro berwarna kuning hitam membuatkan mata kami kea rah yang sama. Aku cukup kenal kereta itu tapi siapa seseorang disebelahnya? Dari atas sepertinya kedua mereka memakai warna yang gelap.
 

Dari sini juga hati aku berdegup laju menghidu kehadiran dia tapi dalam masa yang sama juga,gadis yang berada ditempat duduk penumpang berjaya buat hatiku terbelah dua. Gembira dan sakit hati! Beberapa buah kereta yang aku yakin staf Qalesh Holding mula  masuk ke lot parking tidak aku endahkan. Berapa ramai,kereta apa yang mereka apa,bergaya atau tak aku tak peduli!
 

“Wow,he looks amazing…but hei,who’s that girl wearing hijab and niqab? Cantik!”
 

Hampir-hampir saja aku tendang Herlina ke bawah kalau tak kerana aku masih waras. Sedikit sebanyak pujian Herlina buat hatiku terbakar.

 
“Pakai labuh dari atas ke bawah tapi satu kereta dengan lelaki? Berdua-duaan pulak tu! Aku rasa aku lebih baik dari dia. Too pathetic!”
 

“Kim! Tak baik tau cakap macam tu!”Bidas Herlina terkejut dengan reaksi aku.
 

“So don’t judge a book by it’s cover. Come let’s go. Tiba-tiba sakit mata pulak”Herlina yang tidak mengerti sekadar mengganguk.
 

MC Qalesh holding memulakan ucapan yang menghangatkan suasana makan malam BBQ ini tapi sangat membosankan bagi aku. Selang seminit mataku terarah pada meja VVIP di depan. Betul menghadap ruangan taman mini dan piano. Disekelilingnya pula penuh dengan hidangan BBQ yang enak-enak belaka.

Ayam
panggang,sotong,udang,satay,sosej,ikan siakap tiga rasa juga salmon yang dimasak steak bagi setiap meja. Jika kurang,mereka boleh memanggang sendiri dengan bebas.
 

Tengku Zariel tegak memandang dan mendengar. Sesekali dia tersenyum tika berbual dengan Raudatul Iman. Aku tak tahu dan taknak tahu tapi dari cara,renungan dan suara cukup memancarkan sinar kasih Tengku Zariel pada Iman.

Buat apa aje perempuan bertudung litup tu ke sini? Mereka bukan ada ikatan pun. Lebih baik dia duduk rumah dia lepas itu dengar ceramah agama lagi bagus,lagi baik! Tak ada lah buat angan-angan aku nak mendekati Tengku Zariel hancur. Aku tahu dia sedar dengan kehadiranku tapi sikit pun dia tak heran. Sikit tidak takut apa yang bakal aku buat nanti.
 

Aku terus bangun sebaik saja MC mengaminkan doa makan. Ketika itu juga ramai mata nakal memandang. Aku menarik nafas lega bila Tengku Zariel sedang berbual dengan Uncle Ramdan. Aku berdehem sambil mengirai rambut mendekati Iman yang sedang ambil hidangan.

 
“Makan benaa yang berminyak malam-malam macam ni it’s not good for your own health. Silap-silap nampak saja kurus dari jauh tapi kolestrol tinggi. You tak tahu ke?”
 

Iman tersentak. Tak berkelip sepasang matanya yang tak dilindungi niqab. Terkejut pastinya kerana tidak menyedari kelibat aku dari awal.

 
“Don’t be so surprised Iman. You macam tak tahu,dunia ni kecik. Pergi ke mana-mana sekalipun, I akan ada dimana dia berada. Dia lari I kejar…dia sembunyi,I cari dan dia stop…I akan follow.” Sengaja aku menekankan perkataan ‘dia’ itu. Sudah tentu aku maksudkan Tengku Zariel.
 

“Apa yang awak cuba sampaikan sebenarnya Kim? Saya tak faham.”

 
“Please lah jangan kampung sangat boleh tak. Takkan lah benda sesimple ni pun tak boleh nak faham? You exactly know what and who I’m talking about. Masih tak berubah dari dulu kan? Pura-pura pasif! Don’t worry,i bukan Kim yang jadi nightmare you dulu. Antara i dan you tak ada apa yang menarik nak diceritakan. Tak sangka hampir dua tahun akhirnya kita bersua jugak.”
 

Pandangan mata Iman sudah tak terarah. Banyak kali dia memandang Tengku Zariel seakan-akan meminta pertolongan. Mengada betul! Aku berdiri hampir dengannya yang rendah paras bahu aku, tidak mahu dia berterusan memberi isyarat kepada Tengku Zariel.
 

“Ariel tak beritahu you kan pasal café ni especially i? I’m part of Arjuna Café. Don’t you wonder why he hide it from you? Ada dia beritahu our last meeting at my office? Pity you but it’s okay. Probably he have a good reason. Watch out girl,I’m always one step ahead from you,Iman. ”Di hujung ayat aku berbisik rapat ke telinga Iman.
 

Aku memegang pinggan yang berada di tangan Iman,menghadiahkannya satu renungan bermakna sebelum menolak pinggan itu ke arah jubah hitamnya.

 
“Opps sorry,sorry..! I tak sengaja. Are you okay? Did I hurt you? Serius I tak nampak you langsung! Abang Naim! Come here , please!”

Situasi yang aku cipta berjaya membuat kami berdua menjadi tumpuan. Aku tidak kisah. Aku memang suka akan perhatian. Ketika Abang Naim sampai membawa tisu dan kain basah,ketika itu juga aku berlalu apabila renungan tajam Tengku Zariel ditujukan ke arahku. AKu mencebik bila dia kelam kabut menghampiri Iman.  

Pasal itu je pun nak kecoh! Risau betul dengan buah hatinya.

 
Aku kembali ditempat duduk tanpa rasa bersalah. Pandangan kami berlaga sekali lagi,sempat aku mengenyitkan mata kearahnya yang tajam merenung. Aku tahu dia sedang kawal amarahnya didepan staf juga Iman.
 

“Wei,aku nampak apa kau buat tadi. What’s going on Kim?”Bisik Herlina.

 
“Nothing. Just for fun”.

 
“Macam marah je muka bakal laki dia tu. Kau ni Kim..aku tahu lah dia tu handsome tahap gaban tujuh petala langit,memang taste kau tapi aku dengar dia tu ada darah raja tau! Silap-silap boleh murka! Paling tak, tunggulah surat sampai!”

 
“Do I look like I care? Apa beza kita dengan keturunan dia tu? Manusia jugak. Rumah besar? Sport car? Hello…influencer pun boleh beli Audi sebijik okay! I really don’t get it why you make things complicated. Because we’re not the same level? Kita ni dah zaman teknologi,dah maju bukan zaman kuno yang tidak tahu apa-apa. All for one…one for all. But For me..it always be mine. Only mine!”
 

Perbualan kami yang mula mencetuskan petelingkahan diganggu dengan suara MC yang pantas mengubah suasana. Takutlah tu bila muka CEO dah macam udang terbakar hangus.
 
Habis sahaja makan,acara lain diteruskan tapi aku sikit tidak  mampu nak fokus bila Tengku Zariel duduk semeja dengan Iman. Bengkak hati dan mata melihat renungan kasihnya pada gadis itu. Adakalanya terdetik di hati ini kenapa lelaki ini terlalu membenci aku sehinggakan nak berkawan pun tak diterima? Teruk sangat ke aku?
 

“Tengku Zariel sangat beruntung malam ni kerana dia bakal dipersembahkan dengan satu persembahan yang istimewa dari seseorang yang bukannya tetamu tapi sangat istimewa dalam kafe ini Sebenarnya saya dah lama tahu tentang beliau tapi baru hari ni kami bertentang mata…”
 

Aku sekadar senyum simpul. Senyuman yang penuh kemenangan. Jangan ingat kau dah menang Zariel.

Dan iman, aku rasa kau yang patut bersedia!
 

Sebaik saja nama aku diumumkan,tepukan dan sorakan gemuruh kedengaran. Sengaja aku melalui meja mereka berdua. Iman seperti takut-takut melihat aku. Dari lirikan matanya saja aku dah tahu dia cukup gentar berdepan dengan aku.
 

“For you. And only you. Enjoy it,Tengku Zariel.”Ujarku jelas pada Tengku Zariel. Sempat aku melarikan jari runcingku di sekitar kolarnya sehingga mengundang mata para hadirin dengan tingkah beraniku.

 

“I wont give up on us…
Even if the sky get rough..
I’m giving you all my love
Still looking up..still looking up
 
I wont give up on us
God knows I’m tough enough
We’ve got a lot to learn
Got knows we’re worth it…
 
Aku mengalunkan suara selunak yang mungkin di hujung lirik. Melirikkan mata merenungnya bersama pandangan penuh makna. Mengharapkan isi hati ini diterima tapi apa yang aku dapat hanyalah. Jelas dimatanya penuh api yang marak membara. Itu lah satu-satunya pandangan Tengku Zariel yang menikam hati ini.

Sakit tetapi aku tidak akan mengalah. Malam ini akan menjadi titik tolak hubungannya dengan Iman. Ditambah lagi mata aku yang tidak lepas memandangnya sehinggakan mereka yang lain perasan. Lebih-lebih lagi dengan kehadiranku di Qalesh Holding baru-baru ni. Pasti mengingatkan mereka betapa beraninya aku datang ke pejabat CEO mereka dua tahun yang lepas. Aku tidak serik dan aku takkan pernah berhenti!
 

Mereka yang lain sudah berpandangan sesama sendiri. Iman aku lihat menunduk. Tangan naik menyapu pipi yang terlindung.

Menangis? Mengarut! Bagi aku,perempuan yang suka menangis cuma mahu menarik perhatian lelaki. Gaya yang murah!

“I wont give up on us…”Jari jemariku perlahan menekan keyboard, melirik memandang lelaki itu untuk kesekian kalinya. Berhenti sekejap sebelum aku menunjuk tangan kananku kea rah Tengku Zariel.
 

“Still looking up…”

 
Puas!

Serentak itu juga tepukan gemuruh bercampur kekok kedengaran. Tengku Zariel sikit pun tidak tepuk tapi kali ini dia kelihatan tenang. AKu dah menjerit keriangan dalam hati. Apatah lagi melihat Iman sudah tidak keruan. Silap-silap dia berlari keluar sambil mengangkat jubahnya tu!
 

Tapi…kenapa dia begitu tenang?Terutamanya Tengku Zariel. Dapat ku lihat senyuman dia yang amat sinis. Seolah-olah dia baru saja memenangi sesuatu. Kemenangan yang besar.

Hatiku tiba-tiba rasa tak enak. Tidak pernah sekali aku rasa begini . Aku yang selama ini begitu yakin tiba-tiba saja jadi tidakk menentu melihat senyum sinis Tengku Zariel.

 
“Nice try,witch!”

 
Langkah aku mati bila berselisih dengan Tengku Zariel yang dijemput untuk acara menutup majlis makan malam. Cukup jelas dan terang sehingga telinga aku boleh tercacak keluar dari belahan rambut.
 

“Try me if you dare!”

 
“Kim,sini! semua orang pandang ni!”
 

Aku terduduk bila Herlina menarik lengan aku. Terbakar jiwa raga aku dengan tindakan Tengku Zariel. Berani dia perlekehkan aku depan orang!
 

“Kot ya pun dah tak tahan tengok kehandsome man dia tu,jangan lah try kt sini kau ni pun!”
 

“I can get what I want El. Everything…”

 
“Cinta Kim,cinta. Cinta tak boleh dipaksa ataupun dibeli. Kalau boleh dibeli,dah lama kau layan Romeo-romeo yang bagi kau macam-macam tu”

 
“Kalau paksa?”Soal aku mengangkat kening. Herlina diam sejenak.
 

“Kalau paksa…apa yang kau dapat?”
 
“Nur Raudhatul Iman…saya pasti ramai yang tertanya-tanya siapa dia disisi saya kerana ini kali pertama saya perkenalkan dia kepada semua orang terutamanya ahli keluarga Qalesh Holding.”
 

Rakus aku meneguk air fresh oren di atas meja. Tekak terasa kering dengan ucapan ‘bermakna’ lelaki itu. Tersenyum lebar. Yang lain sudah mengeluarkan bunyi yang buat aku tak senang!

Senyumannya,renungannya,tutur suara yang lembut…yang entah bila aku akan dapat memilikinya.

 
“Kami akan melangsungkan pernikahan tak lama lagi. Everyone is invited. I know this news make you guys shocked but who am I to questioning Allah the almighty. Jodoh yang ditentukan daripada Allah. Alhamdullilah”
 

Gelas ditanganku terlepas dan mungkin akan berkecai ke lantai kalau tak kerana tangan tangkas Herlina sempat mencapai.
 

Sunyi.Sepi menyelubungi sedangkan yang lain termasuk pekerja kafe mula mengerumungi mereka berdua. Yang lelaki mengucapkan tahniah,bertepuk tangan. Yang wanita pula tidak putus-putus memeluk Iman tanda tahniah.
 

Tiada lagi sorakan dan tahniah yang selama ini menjadi milik aku. Aku seperti keseorangan ditengah lautan manusia hebat,terkenal,disanjungi…milik aku tapi tidak kali ini. Hanya dengan satu berita sahaja, dunia terus gelap gelita.
 

“Kim..Kim..! Kau okay tak? Dah kenapa tangan kau sejuk sangat ni?”
 

Herlina menggoncang kuat bahu aku. Tak cukup dengan tu dia menyentuh dahi dan leher aku berulang kali. Sungguh, aku tidak berminat. Aku bangun dan memerhatikan dua hati yang bakal mementerai kasih. Senyuman dan ucapan tahniah oleh mereka disekeliling buat aku nak muntah.

Apa yang aku pernah beri, ditolak kasar depan mata ini. Apa yang aku cakap, ditengking dengan rasa benci dan apa yang aku beri,ditolak mentah-mentah depan mata semua orang. AKu boleh terima dengan tenang. Tapi berita ini betul-betul membunuh aku. Tidak pernah aku rasa sesakit ini. Apatah lagi dengan insan bernama lelaki. Seharusnya mereka yang melutut merayu jika aku yang berkahwin tapi sebaliknya? 

Tengku Zariel bakal berkahwin? Adakah aku bermimpi? Tidak mungkin!

Kedua bucu singki bilik air aku genggam kuat. Menggigil hebat. Berulang kali aku membasuh wajah dan memandang cermin, mengharapkan semua yang berlaku tadi merupakan mimpi.

Mimpi ngeri. Mimpi yang tiada sesiapa yang mahukan walaupun diberi wang satu juta ringgit sekali pun. Aku tidak mahu.

“Saya mengumumkan secara rasmi tarikh pernikahan saya dan Iman pada…”

Aku tidak ingat bila kerana aku tidak mahu percaya. Bukan aku tidak tahu hubungan mereka yang sudah terjalin begitu lama fan kekal walaupun masing-masing sedang membina kerjaya tetapi apabila mendengar perkara yang paling aku takut menjadi kenyataan. Bukan pada hari ini, tetapi juga hampir bertahun lamanya.

“Berkahwin? Tak.. tak mungkin.

~Flashback…~

Aku merenung puas melihat crystall ball yang aku tempah sudah siap. Walaupun benda yang biasa namun bagiku agak istimewa kerana terdapat gambar di dalam kristal tersebut. Gambar miliknya . Itu pun aku dapatkan daripada laman sosial kampus.

Mudah rupanya dia tersenyum dan ketawa dengan rakan-rakannya tetapi bila terserempak dengan aku, terus berubah menjadi malaikat Izrail!

“Selalu waktu-waktu macam ini dia mesti ada dekat…” Langkahku terhenti disebalik tiang besar yang terdapat di kafe ini. Hampir nak tercabut jantungku melihat pemandangan di depan mata. Mataku langsung tidak berkelip.

“Kenapa? Terkejut?”

Aku menoleh, mengetap bibir melihat gadis yang sama kumpulan denganku semasa orientasi berdiri disebelah. Juga melihat apa yang berada di depan mata kami.

“You won’t ask but here my answer…yeah, they’ve been together. Everyone know that except you.”

Darahku berderau walaupun aku dapat mengagak. Siapa yang tidak dapat mentafsir melihat Tengku Zariel bersama seorang gadis bertutup litup yang hadir bersama keluarga masing-masing.

“They look happy…” balasku mendatar.

“Because they deeply in love with each other. Ariel dan Iman.”

“Iman?” Soalku semula. Sedikit berdecak kerana disapa perasaan cemburu. “ She’s lucky…”

Gadis itu ketawa sinis bersama gelengan. “ Nope. He’s the lucky man. And for you, Kim..love cannot be forced..it is either there or it isn’t…”

Aku tidak membalas apa-apa sehinggalah bebola kristal itu jatuh menghempas ke lantai. Sekeping gambar dari serpihan kaca itu aku ambil sebelum beredar. Meramasnya kuat seperti hatiku yang remuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience