BABY 17
“Boleh tau kau tak payah masuk campur dalam hal hidup aku??!"
Bibir aku gigit. Tidak senang dengan dia yang sesuka hati menuduh. Bila datang angin dia,terus sihat ya. Tiada tanda kelemahan lagi seperti aku lihat dia didalam bilik tadi. Nasib baik meeting aku batalkan petang ni. Jadi adalah masa aku nak jenguk Tengku Zariel sementelah Puan Sri Tengku Wahida dan Tengku Farizal tadi. Kalau tak,terbatas pergerakan aku.Sukar untuk aku mendekati suami aku sendiri.
“Sejak bila you hisap rokok tu?”
“None of your business! Macam mana kau boleh sesuka hati masuk bilik aku lepas tu kau sentuh barang peribadi aku?! Siapa bagi kegemaran untuk kau tukar barang – barang aku kat atas meja dengan almari tu dengan barang kau,dengan gambar-gambar kau?!!!”Tengku Zariel menjerkah dengan suara yang kuat dengan satu tumbukan tepat di peti sejuk sehingga bahu aku terangkat dek terkejut. Takut-takut jugak tapi mana boleh aku biarkan Tengku Zariel menang kali ini? Hatiku turut disapa bahang.
“None of my business? Perlu ke I ingatkan you yang I ni isteri you. Cubalah tanya mana-mana ustaz yang you kenal takpun saksi masa akad nikah tu sama ada I sebagai isteri ni memang tak berhak ambil tahu pasal suaminya? Hal peribadinya? Cuba tanya boleh ke seorang suami simpan gambar ex girlfriend dia dalam bilik tidur? Benda simple macam tu pun you tak tahu ke?”
Reaksinya…aku ingat kan dia akan tersedar mahupun minta maaf sekalipun tetapi makin menyinga adalah. Makin bengis! Dapat aku lihat turun naik nafasnya. Di belakangnya pula Mazliana yang terjengah-jengah dari balik dinding dengan muka serba salah.
“Jadi sekarang kau nak ajar aku pulak? Kau ingat kau layak nak bercerita tentang ustaz,tentang agama? Aku rasa kau suka cakap tanpa melihat diri kau pada refleks cermin kan? Baik,aku akan tunjukkan cara yang betul…”
Seusai berkata seperti itu,Tengku Zariel kembali berlalu naik ke tingkat biliknya dantak sampai satu minit dia kembali dengan kepingan gambar yang sudah ronyok di genggamannya.
Ditayang satu persatu gambar aku yang aku tukar dengan gambar Iman. Memang setiap satunya termasuk barang peribadi Iman aku letak dalam kotak betul-betul bersebelahan dengan tong sampah biliknya. Sebagai tanda ia sudah berakhir dan kisah aku dengan Tengku Zariel merupakan permulaan,bukan sebagai galang ganti.
“Ni… kau tengok betul-betul siapa dalam gambar ni. Kau kan? Kau yang perasan diri terlalu sempurna, tak tahu malu, tak ada langsung nilai yang baik dalam diri kau terutamanya maruah yang kau pijak sendiri depan mata aku. Kau ubah semua ni sikit pun tak buat hati aku terusik. Kau tahu apa yang aku rasa bila tengok muka kau? Nak tahu?”
Terketar-ketar bibir aku nak bersuara bila dia mengeluarkan semula baju-baju kotor dalam mesin basuh itu dan mencampak kesemua barang termasuk bingkai gambar milikku ke dalamnya sebelum menekan butang ‘START’.
Berdentum sana sini bunyinya sehingga mengeluarkan bunyi yang aku agak akan jahanam kejap lagi. Tengku Zariel memusingkan badan mengadapku tapi dia sikit tidak memandang aku sebaliknya meluruskan jari telunjuknya pada mesin basuh itu.
“Bila baju kotor,kau akan basuh sebab nak hilangkan kekotoran walaupun sikit. Tapi kau lain,Kim. Bila kau cuba nak berlagak konon-kononnya kau baik…or should I say,berpura-pura baik….’kekotoran’ yang ada dalam diri kau takkan hilang sampai bila-bila sebab hati kau penuh dengan kejahatan dan kegelapan. Dan sampai satu masa nanti…masa depan kau akan sama dengan benda alah ni…”
Serentak itu bunyi yang kuat melantun dari mesin basuh itu. Macam-macam bunyi keluar sehingga mengeluarkan bau yang menunjukkan mesin itu sudah rosak kerana….aku.
Kata-kata Tengku Zariel cukup menikam hati ini. Dulu aku sudah biasa sehingga apa yang dilemparkan dengan mlut berbisanya aku sudah tak heran kerana dah sebati,dah lali tetapi kali ini lain kerana ia diucapkan ketika dia telah pun menjadi suamiku. Dan aku kalah lagi bila mulutku sekadar terkumat kamit nak menyatakan sesuatu tetapi tidak terluah.
Bibir merah Tengku Zariel menguntum senyuman sinis…menekan touch skrin Iphonenya sebelum ditekap ke telinga.
“Hello Ahn Choi,datang rumah I sekejap angkat washing machine,ganti dengan yang baru sebab orang gaji I baru aje rosakkan. Susah kalau dah ajar banyak kali pun tak faham. Lagi satu,tak faham bahasa pulak tu. Kalau boleh cari yang tahan,yang berkualiti… I tak kisah jenama apa asalkan berkualiti. Jangan harap brand aje tiptop tapi kualiti tak ada? Lagi bagus kalau ada waranti seumur hidup!”
Pintu yang mahu ditutup sebaik melihat aku,aku tahan dengan belakang badan. Cuba menghalangya.
“Ariel,wait! Please.Don’t close the door. I…I just wanna make sure that you’re okay”
“Apa lagi kau nak?! Just nak make sure? Atau kau nak ubah apa-apa lagi? Ke kau nak letak something nak guna-gunakan aku supaya aku kemaruk dengan kau?”
Walaupun Cuma dapat bersua muka dibalik pintu yang dibuka sedikit,cukup buat aku menarik nafas lega melihat muka Tengku Zariel. Terus dapat buat aku melenyapkan garis-garis luka yang diukirnya tadi.
“I tak perlukan semua tu nak buat you terima i. I tak minta apa-apa pun Ariel tapi I cuma nak tanya, you dah makan ke belum? Sebab I tengok you tak usik apa-apa pun lagi. Penat I masak tau. Dah lah kaki I still bengkak lagi ni.” Aduku manja tetapi dibalas dengan jelingan tajam dia. Wajah dan rambutnya kusut. Aku yakin dia akan sambung tidur lagi. Tetapi persoalan yang berlegar di kepala aku cumalah benda yang aku jumpa tadi.
“Maksud kau lunch dari kedai Mak Yam dekat sekolah PJ tu? Licik trick kau ya. Pakai drive thru kat warung”
Terus berubah riak wajah aku. Aku terkulat-kulat sedangkan perut dah senak kerana rahsia terbongkar.Mana dia tahu? Aku berdehem kuat.
“Err…apa you cakapkan ni? I masak sendiri lah lauk asam pedas tu. Ingat I tak reti ke? You sebut apa aje yang you nak makan I boleh buat lah! Apa you ingat Iman you sorang je ke yang pandai masak dalam dunia ni?”
Tepat seperti yang aku sangka apabila sebut saja nama Iman, darah Tengku Zariel pasti mendidih. Lagi bila nama itu terlontar dari mulut aku. Wajahnya sudah berubah merah padam. Aku meneguk liur bila dia menapak keluar dari biliknya. Aku berundur setapak ke belakang bila dia makin dekat.
Okay…this is it. Dia nak goda aku?
“Wait Ariel…don’t do this…at least not here. It is inappropriate,right? Well,you know…those CCTV.....err….”Berterabur apa yang aku cakap bila tubuhku kini sudah melekap didinding. Langkah aku mata begitu juga dia.
Dengan matanya yang tajam, dengan ketinggiannya …sikit aku tidak gentar sebaliknya aku menghantar satu renungan menggoda. Segala misi aku sudah terbang entah kemana sebelum mata aku pejamkan.
“Mintak maaf”
Terus mata aku terbuka luas. Terjegil mendengarnya. “Excuse me?”
“Mintak maaf sebab kau berani sebut nama Iman depan aku. Iman seribu kali lebih layak , lebih baik dari kau! Dia cukup sempurna sehingga kau sikit pun tak layak jadi tandingannya…”Tengku Zariel ketawa kuat sambil berundur menjarakkan diri.
“Jangan sebut nama dia depan i. I tak suka!Lagipun you suami I dan dia dah jadi isteri orang dah pun. Lebih baik you sebut banyak kali nama I sebab nama I lagi sedap dari dia,lagi senang nak bawak masuk dalam mimpi. So bila you sakit,I cuma nak you meracau dengan sebut nama I je. Now…just let it go. I pergi bilik you bukan cuma nak tengok you dah okay ke belum tapi I nak tahu sejak bila you merokok? Setahu I you tak pernah sentuh pun benda tu.”
“Kan aku dah cakap aku tak pernah dan takkan anggap kau isteri aku! Taraf kau tu layak disamakan dengan orang gaji je,biar kau sedar kau tak setaraf dengan aku. Lainlah nama depan kau ada Raja ke,Permaisuri,Datin ke apa so boleh lah aku up sikit tapi sayang…kau tak ada nilainya pada aku! Aku memang suka sebut nama Iman sebab dia satu-satunya gadis yang aku sayang selama ni dan cuma nama dia yang akan aku sebut sampai kau sendiri sanggup nak pergi jabatan pendaftaran dan tukar nama kau. Puas?!”
Bertubi-tubi dia ‘menembak’ aku. Setiap ayat aku dia patahkan dengan kebencian yang membara. Dari aku nak menjalankan misi aku,misi aku berjaya digagalkan kerana gadis bernama Iman! Aku menerpa berlawan pandangan dengan Tengku Zariel.
“Kenapa? Nak marah? Marah lah sepuas-puas hati kau sebab memang itu yang aku nak. Tak ada sebab untuk aku jaga perasaan perempuan macam kau lah,Kim. Apa yang aku buat bukan urusan kau. Perlu ke aku ingatkan kau siapa kau dalam rumah ni? So,dipersilakan berambus sebab aku meluat tengok muka kau walaupun sesaat!!!”
Seusai itu Tengku Zariel berpaling mahu berlalu masuk ke biliknya tetapi aku menghadang. Dalam sakit-sakit dia tu,ada kudrat yang masih bersisa bila dia menolak ke tepi tubuhku dan memijak kaki kananku sehingga aku terjerit halus. Terjingkit-jingkit aku menahan sakit,memegang kaki kanan yang masih berbalut. Wajah aku dah merona merah kerana sakit. Dah tak dapat tahan lagi dah.
“Eh Miss Kim…kenapa ni? Sini Maz tolong…”
Begitu berhati-hati Mazliana memapah aku menuruni tangga. Sungguh aku tak dapat rasa kaki aku sekarang ni. Rasa terlalu kebas.
“Cepat sikit Maz bawak I pergi bilik. I taknak Puan Sri nampak”
Mazliana yang tidak mengerti apa-apa hanya mengikut. Tiba di bilik tetamu yang berdekatan dengan dapur, aku terus terduduk dibirai katil sambil meleraikan balutan.
“Sakit…”Kali ini aku memang tak dapat tahan sakit. Semakin sakit dan membengkak semula. Aku terkejut bila Mazliana meletakkan kaki aku dipahanya,diurut dan disapu dengan minyak angin yang aku tidak tahu apa. Hanya mengurut dibahagian betisku kerana terasa tegang. Mungkin saja aku penat menahan sakit dari tadi.
“Maz! Minyak apa ni? Apa kuat sangat baunya? Sakit hidung i!”
Gadis itu ketawa kecil. Dia mengangkat botol minyak angin itu. ‘Mustajab;.
“Mustajab sangat minyak angin ni bagi memudahkan peredaran darah nak-nak bengkak macam ni. Miss Kim tak pernah guna ke?”
Aku menggeleng.
“Habis selama ni pakai apa?”
“I terus pergi hospital takpun klinik.Kalau dapat doktor lelaki lagi best. Rasa terus hilang rasa sakit tu. Dapat pulak tengok muka dia lama-lama. Kalau you nak,you try sakit nanti i bawak you pergi sana and makes sure you dapat the most handsome doctor.”Ujarku berseloroh sambil terpejam-pejam mata menahan sakit. Nasib Mazliana pandai urut,kalau tak terpaksa aku naik teksi nak pergi klinik. Sudahlah kereta Myviku masih lagi dibengkel. Esok baru boleh ambil.
“Macam mana ya nak jadi macam Miss Kim?” Mataku terbuka luas mendengarnya.
“Maksud you?”
“Miss Kim masih boleh senyum…masih boleh ketawa lepas apa yang Tengku Ariel buat tadi. Bukan orang lain. Suami sendiri.”
Kali ini aku terkesima. Mazliana berbicara sambil tunduk mengurut kaki aku. Lama aku merenungnya. Jadi, dia nampak? Hatiku diterpa perasaan malu yang bukan sedikit.
“You tak sepatutnya berada disitu,Maz..”
“Dan tak sepatutnya Tengku Ariel buat Miss Kim macam tu. Saya rasa bersalah pula sebab saya yang suruh Miss Kim tengok Tengku.”
“Maz…you lupa agaknya. He iss my husband after all. Yeah,sekarang dia tak mengaku lagi tapi dia akan terima. I akan buat dia terima I sebagai isterinya,bukan orang luar dalam rumah ni. Apa yang you buat tadi,I hargai. You nak rapatkan I dengan Ariel so don’t blame yourself. Jom ikut I esok. I belanja you makan”
Perkataan belanja itu buat Mazliana serba salah. Mazliana bukan gadis yang bijak sembunyikan perasaannya jadi mudah untuk aku baca fikirannya. AKu mencebik.
“Ni mesti Ariel dengan mama kesayangan dia tu bagi warning kat you kan supaya jangan terima apa-apa dari i. You pun dapat kertas bersyarat macam I dapat?”
Lambat-lambat dia mengangguk dan aku terus mendengus. Mereka lebih bijak dari aku rupanya. Lagi advance,lagi express!
“I baru nak bagi you sikit penghargaan tau err no actually itu memang cara I nak balas jasa orang. Selama ni kalau ada orang tolong I,I akan bagi something like belanja makan, discount dari pakej wedding company I tapi itu je. Ia tak bermaksud apa-apa pun. Dan I tahu mesti Tengku Ariel ada cerita pasal I bagi tip dekat security Qalesh Holding tu sebab nak masuk,bagi discount wedding pakej pada staf-staf dia yang nak kahwin guna khidmat i...tak pun yang masa hari tu masa majlis nikah tu tapi perlu diingatkan dekat sini yang dua mamat mix dekat luar tu bagi I masuk bukan sebab I bagi apa-apa tapi sebab mereka terpikat dengan kecantikan ‘Rani’,bestfriend Chennai boss you tu.”
“Okay,dah siap! Saya keluar dulu Miss Kim ada kerja nak buat…Daa!”
“Hei,I belum habis lagi. Maz!!!”
DENGAN bantuan Mazliana, aku berjaya siapkan makan malam dengan….lauk pauk yang aku beli tadi. Saja aku suruh Maz tambah apa yang patuh,tambah perisa lain dan lain-lain lagi. Apa yang aku buat? Bancuh air saja. Tapi semuanya sia-sia bila Tengku Zariel tak turun makan. Puan Sri Tengku Wahida masih belum pulang. Kata Mazliana,Wanita itu jika sudah bertemu dengan rakan-rakannya yang aktif persatuan,memang takkan balik awal.
Tengku Farizal pula? Hmm..ada aku kisah dia balik ke tak! Dia tiada, aku tersangatlah aman!
Disebabkan aku kebosanan,aku duduk di kerusi rehat berdekatan dengan kolam renang. Cantik dekorasi yang menghiasa keliling kolam ini tetapi aku sikit tak teruja.
Dah biasa melihat pemandangan luar biasa ketika tinggal di luar negara dulu. Berenang memang hobiku selama ni.
Ketika tinggal di apartment sewa di California,USA,papa yang merupakan perenang ketika di zaman sekolahnya melatih aku dari kecil lagi.
Setiap peatang habis aje waktu sekolah,daddy akan melatih aku selama 3 jam di kolam renang di bawah apartment kami. Sejak itu apa-apa pertandingan yang dianjurkan disekolah,aku sertai.
Cuma sejak aku berpindah ke sini,kesibukan menjadi penghalang. Lagipun mama dah beri amaran awal supaya jangan berangan lagi nak pakai swimming suit macam kat sana. Kalau boleh,berenang pakai baju kurung! Huh,kerja gila! Tak pernah aku pakai baju kurung kalau tak kerana mama yang paksa.
DUSHH!
“Oh my…..! What is that???”Hampir terbalik aku dari kerusi ni bila satu terjunan terus ke kolam renang sehingga terpercik air kea rah aku.Tengku Zariel! Apa buat dia berenang tengah-tengah malam begini? Dah baik ke demam dia?
Aku sekadar memerhati kerana aku yakin Tengku Zariel tidak perasan kehadiran aku kerana aku berehat dikawasan yang gelap. Kalau tahu, dah tentu-tentu dia takkan ke sini.
“Seksi…”Desis aku nakal ketika Tengku Zariel melonjakkan diri dari air sambil meraup wajahnya. Jelas di mata aku melihat titisan air menitis jatuh dari rambutnya. Aku tahu Tengku Zariel juga pandai berenang kerana semasa dikampus dulu tiap kali dia ke pusat sukan,aku pasti ada.
Aku tak segan-segan nak masuk dalam kelompok lelaki yang sedang praktis volleyball water di kolam kerana mahu mendekati Tengku Zariel. Walau dia suka memakai tshirt,cukup buat aku tergoda dengan susuk tubuhnya yang ‘semakin menarik apabila melekap dengan air.
Aku berdiri menghampiri tepi kolam dengan Tengku Zariel asyik berenang. Aku benci melihatnya kerana jika dia berenang pada waktu malam begini ,maknanya dia ada masalah. Dia pendam sesuatu yang bakal meletup lagi. Aku lah puncanya. Jadi,biar aku selesaikan.
Perlahan-lahan aku merendamkan diri dalam air. Habis basah babyshop aku yang nipis ini. Aku tak peduli dengan kakiku yang sakit. Kalau Tengku Zariel yang demam boleh buat,takkan aku tak boleh?
Dengan sinaran sportlight di dasar kolam,Tengku Zariel berendam dengan mata terpejam. Aku tersenyum sambil berenang mendekatinya dari belakang. Tangan ini perlahan-lahan memeluknya dengan tangan kanan aku tekap didadanya…menyembamkan wajah dibelakang tubuh itu. Apa yang buat aku bahagia dia sikit tidak menolak seolah-olah membiarkan.
“I love your,Ariel…”
Ketika itu juga dia berpusing dan bulat matanya terkejut melihat aku. Habis berbuih kelihatan di air ini apabila mulutnya ternganga dan dia terus berenang ke permukaan.
Aku mengejar.Memaut manja tubuhnya tetapi ditolak aku keras.
“Apa kau cuba buat,hah?!”
“Oh come on,Ariel. Jangan buat muka innocent macam tu. Tadi masa I peluk you..you tak tolak I pun. That’s sweet for me. Rugi tak snap tadi. Bukan senang nak tengok Tengku Zariel Farhan terpegun dengan i. Apa yang you rasa tadi?Love right?”
“Hate!” Balasnya keras sambil memaut tebing kolam.
Tahu dia nak beredar, idea lain muncul. Serta merta aku menenggelamkan diri.
“Ariel..tolong! Help!” Tercungap-cungap kepala aku turun naik dengan tangan terkapai-kapai. Kali ini kakiku memang terasa pedih Aku yakin jahitan dikaki terbuka kerana meresap dek air.
Lima saat kemudian…sunyi. Aku berhenti dan mataku celik. Tengku Zariel tiada? Aku pandang laluan yang menuju ke pintu ruang tamu bersama keluhan serta kesakitan…
Walaupun kakiku masih berbalut, aku gagahkan juga tubuh ini untuk membawa sarapan pagi bersama ubat selsema dan antibiotik untuk Tengku Zariel. Pagi tadi ketika aku bangun, banyak kali juga aku terdengar Tengku Zariel terbatuk-batuk. Yalah, demam tak kebah lagi tapi sibuk berenang waktu malam. Mana tak makin teruk?
Tapi mana mungkin juga aku berani nak ketuk biliknya macam semalam? Sedangkan semalam pun dia dah tolak aku, hari ni ? Silap-silap ditolaknya aku ke tingkat bawah! Aku meletakkan dulang tersebut yang diselitkan sekali sticky note di atas meja kecil, berhadapan dengan bilik suamiku walaupun aku sedikit hairan saat terbau haruman minyak wangi daripada biliknya. Tengku Zariel mahu keluar ?
Pantas aku mengetuk pintu biliknya sebanyak tiga kali sebelum aku terjingkit-jingkit berlari anak berselindung disebalik dinding. Berdebar-debar jantung walhal aku sudah dapat gambaran bagaimana reaksinya nanti.
Beberapa saat kemudian, aku melihat Tengku Zariel keluar dari biliknya dengan lengkap berpakaian kerja. Langkah itu mati saat melihat apa yang berada di depan mata sambil tangan ralit membutangkan kemejanya di bahagian pergelangan tangan. Nampak sangat kacak!
Ada satu impian yang aku inginkan jika menjadi isterinya. Mahu menyediakan sarapan, menggosokkan pakaian kerjanya, membutang dan memakaikan tali leher untuknya sambil mata kami bertentang namun bilalah waktu itu akan tiba? Adakah sehingga aku menutup mata ?
“Heh, buang masa!”
Aku tersentak dari lamunan. Terkebil-kebil mata melihat Tengku Zariel sekadar menonong turun ke bawah. Tak cukup dengan itu, sticky note yang aku tulis dikoyakkan lalu dimasukkan ke dalam makanan tersebut. Aku menahan perasaan sebelum mengejar langkahnya yang panjang.
“Ariel. Tunggu kejap!”
“Apa lagi kau nak? Boleh tolong jangan rosakkan mood aku pagi-pagi ni?”
“You betul ke dah sihat? You nampak pucat. Kalau tak suka I masak pun, kenapa tak telan ubat yang I sediakan?” Aku membalas dengan soalan. Tetap tersenyum.
Aku lihat Tengku Zariel mendesis. “Ya, semalam aku dah sihat. Tapi hari ni sakit balik. Sakit hati! Next time, jangan nak memandai cuba-cuba masuk ke bilik aku macam salam dan macam tadi. Kau tak perlu buat apa-apa untuk ambil perhatian aku sebab aku sikit tak peduli.”
Aku menahan perasaan. Riak wajah seboleh mungkin aku kawal. Tangan aku hulur.
“Okay , I janji. Salam…”
Tengku Zariel sekadar memandang, huluranku tidak disambut. Dia ketawa mengejek. “Cuba nak jadi isteri solehah? Forget it. I don’t buy it. You should know where’s your place,Kim”Terus dia masuk ke kereta membiarkan aku termangu seorang diri.
Aku menarik nafas dalam. Cuba menahan diri daripada mengeluh. Ketika aku berpusing, saat itu juga mataku bergabung dengan dua orang keselamatan ‘international’ keluarga ini. Aku yakin mereka menyaksikan kejadian tadi kerana mereka kelam kabut berpaling dan mendongak ke langit. Aku bercekak pinggang,menjerit lantang.
“Apa tengok-tengok? Cemburu lah tu!”
Orang lain punya hal, orang lain yang jadi mangsa.
Kenapa harus ku bercinta…
Kenapa ku percaya
Kenapa harusku diperbodohkan
Kenap harus ku merayu
Kenapa ku bercinta
Kenapa harus ku pegang janjimu..
Aku yang sedang elok menatap langit sambil menopang tangan di balkoni pantas mengangkat wajah. Mencari-cari dari mana datangnya muzik itu sebelum mataku terhenti pada rumah banglo di sebelah. Walaupun agak jauh tetapi memandangku aku berada di tingkat atas, aku masih boleh melihat apatah lagi sekeliling banglo itu terang benderang. Pasti ada meraikan sesuatu apabila melihat kepulan asap di halaman belakang mereka.
Meriah. Hatiku terdetik sayu kerana sudah lama dia tidak merasai suasana seperti itu . Berkumpul bersama keluarga.
“Beraninya kau tinggal seorang dekat sini. Big heart, big dream..” teringat lagi persoalan yang dilemparkan oleh Tiara.
“I want to start a family. My own family…with the man i love”
Mataku tidak lepas dari melihat sebuah keluarga kecil dimana sepasang suami isteri duduk bergelak ketawa memerhatikan anak mereka yang asyik bermain di buaian. Tampak begitu bahagia dan indah seperti berada di dalam dunia ciptaan mereka sendiri.
Sedangkan dia? Menagih sesuatu yang semakin sukar.
“Lovely family..” Suaraku sendirian. Cuba menelan liur yang terasa keras kerana tidak mahu terus hanyut di dalam perasaan yang aku tidak suka.
Kesunyian. Dan…kesakitan.
Share this novel