Maaf, HZ terskip satu bab . Hihi...
BAB 56
“Ready?”
Tiada balasan sebaliknya bebola mata aku larikan memerhatikan kawasan sekeliling. Jalan yang sama, deretan kedai yang sama, cafe yang sama dan juga orang yang sama. Dia pernah tekad tidak akan kembali ke sini tetapi siapa sangka takdir Allah sekli lagi membawanya ke sini. Ya,dia sudah pulang…
“Kenapa kita ke sini dulu? Tak ke rumah keluarga abang?”Soalku. Jujur,aku ingat rumah agam destinasi yang dia mahu membawakan. Aku tidak sangka Tengku Zariel akan membawaku ke sini. Sudah cukup bersediakah aku?
“Keluarga abang,keluarga Kim jugak. Kkita pergi sini dulu sebab abang nak bagi Kim masa nak pulang ke rumah. Abang tahu banyak kenangan pahit Kim dekat rumah abang. Kita akan duduk dekat penthouse abang buat sementara waktu. Jom…”
Untuk bertanya lebih lanjut aku malas kerana sekarang ini aku berdepan benda yang lagi penting. Satu tempat yang banyak menyimpan memori indah disini. Aku bimbang dan berdebar dengan penerimaan mereka kerana aku menghilang tanpa khabar berita,menyepi selama dua tahun.
Jam sudah menginjak ke angka 8 malam. Hari kerja biasanya orang memang tak ramai tapi dalam pukul 10 ke atas memang penuh lah jawabnya. Dapat aku hidu aroma kopi yang menyerbu masuk ke hidung. Sebaik saja aku melangkah masuk,mataku Cuma tertacap pada satu arah. Pentas.
Pentas yang membuatkan aku dikenali kerana suara dan kebolehan ku bermain piano. Ia masih tak berubah dan piano itu masih berada disitu. Tertanya-tanya siapalah agaknya yang menjadi penggantiku? Staf Arjuna Café masing-masing tidak perasan dengan kehadiranku. Melihatkan mereka terkejar disana sini,memasang hiasan, meja yang penuh dengan buffet,suara Abang Naim dan Uncle Ramdan silih bergabung memberi arahan aku pasti ada event barangkali malam ini. Ada sesuatu yang menarikku,seakan-akan ada magnet yang menarikku naik ke atas pentas. Aku melarikan jari jemariku di badan piano. Ya Allah,sungguh aku rindu. Tengku Zariel yang mengekor tidak ku endah.
“Still remember how to play?”Soal Tengku Zariel sambil angkat kening. Dia berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi piano. Aku tak jawab sebaliknya aku membiarkan jari jemariku bermain sendiri didada keyboard. Aku terbuai,terleka…sungguh aku rindu…ia berbunyi apabila jari jemariku lincah menekan keyboard.
Serentak itu aku dapat rasa dunia seperti berhenti berputar. Bunyi yang tadi riuh serta merta bertukar sunyi sepi.Senyap. Hanya kedengaran lagu Coming Home dari Diddy ft Skylar Grey. Satu lagu yang sangat bermakna dalam hidupku atau sebagai tanda aku kembali ke sini. Kedengaran derapan kaki menghampiri naik ke pentas dari belakang dan aku tahu itu mereka. Mereka yang sentiasa berada dalam ingatanku.
“Kim….we miss you”
Satu pelukan dari belakang, bisikan yang menyimpan segunung rindu yang bukan sedikit. Aku kenal pelukan itu dan bukann seorang yang memelukku tapi tiga orang! Kolam mataku sendiri berkaca. Aku habiskan melodi terakhir bersama linangan air mata dan esak tangis yang lain. Tidak menunggu lama aku berpusing dan kami berempat saling berpelukan bersama tangisan yang tiada kesudahan. Hanya dengan melarikan jari jemariku di dada keyboard,mereka sudah tahu siapa. Persahabatan yang terjalin lama bukan mudah dilupakan. Jatuh bangun kami tetap bersama.
“Ya Allah Kim…where had you been??! It almost 2 years you disappeared!”Satu tolakan perlahan dibahuku oleh Herlina.
“Kau pergi menghilang macam tu je,tanpa khabar berita langsung! Tak ada mesej,call,surat pun tak ada! Kau tak kesian dekat kami ke??!”Damia juga bertalu-talu menyerangkan sambil menggocang-goncang tubuhku. Aku hanya diam dengan esak tangis. Namun senyuman tetap terukir di bibir masing-masing.
Cuma Tiara yang belum lagi beri ‘hadiah’ padaku. Lama mata kami bertatapan. Aku pandang ke bawak,tersenyum lirih melihat dia menggengam penumbuk.
“Dah berapa lama practice boxing? Kau nak tumbuk aku jugak?”Tanyaku dengan suara bergetar.
“Dalam dua tahun ni banyak benda aku belajar especially kelas boxing dengan coach yang hot setiap hujung minggu. Rasanya tak salah kot kalau aku nak lepaskan hari ni? Boleh?”Soalnya riak namun titisan air mata Tiara membahaskan segalanya.Aku ketap bibir sebelum tubuh kami berpelukan erat. Banjirlah kejap lagi café ni!
Aku tak berkelip memandang Tengku Zariel yang nampak segak berucap di atas pentas. Patutlah dia menyuruh aku memakai pakaian formal tadi rupanya ada event di Arjuna Café dan apa yang membuatkan aku terkejut,ia merupakan majlis makan malam sumbangan amal Rumah anak yatim Yayasan Nur Kasih !
Berjuraian air mataku bila dikerumuni anak-anak bidadari dan Puan Rohana. Tengku Zariel seorang yang misteri dan penuh kejutan. Semalam,aku baru mendapat tahu yang bila dia dapat menjejaki aku duduk di Kedah,dia juga tahu tentang pusara arwah daddy ,mama,dan janin dalam kandunganku yang tidak dapat diselamatkan. Tengku Zariel yang datang membersihkan dan meletakkan kelopak bunga memenuhi pusara mereka tanpa pengetahuan aku. Dan hari ini, dia menunjukkan dia salah satu ahli keluarga Arjuna Café dan Yayasan Nur Kasih!
“Amboi…mata kau tu. Dari tak tak berkelip pandang mata suami sendiri kan?!”
Oh…dan itu lagi satu buat aku terkejut. Kesemua mereka sudah tahu aku dan Tengku Zariel sudah berkahwin!
“He’s the one,right?”Soal Herlina berbisik. Kami duduk satu meja yang berada depan pentas. Nak aje aku tanya Herlina apa yang Tengku Zariel beritahu tentang kami sebab mereka tidak melenting pun yang aku sudah bernikah selama ini.
“Yeah,he’s the one. The only one”
“Argh,damn…you guys really sweet and look good together. Pandai kau simpan rahsia yang korang dua dah kahwin ea! Abang Ariel beritahu yang dia sendiri yang minta kau rahsiakan dulu perkahwinan ni atas-atas sbab tertentu. Apa lagi entah hari tu dia cakap aku tak ingat tapi yang penting sebab Abagng Ariel jugaklah kami bertiga tak jadi nak wrestling kau tau!” Wajah selamba Tiara aku cari. Dari ekor mata,aku tahu dia juga terlibat. Taka pa kejap lagi aku tuntut jawapan!
“Sorry,aku tak ada niat nak rahsiakan hal ni dari korang tapi keadaan betul-betul tak mengizinkan….aku minta maaf…”
“Dah ,jangan nak buat drama touching kat sini. This is sooo not you tau Kim! Why you look so thin and pale?! Gaya kau cakap pun lain,tak macam dulu”Omelnya sedang aku pura-pura ketawa kerana belum bersedia mahu berkongsi cerita. Lucu melihat muka masam mencuka Herlina yang sedang hamil 5 bulan itu. Siapa sangka berjaya juga dia menundukkan Abang Naim yang pemalu tu. Tak sangka perasaannya berbalas. Kuasa takdir…siapalah yang dapat pertikaikan…
“Bertambah hutang abang dekat Kim hari ni…”Ujarku sebaik kami berdua selesai habis makan. Sekarang ni Queen Band sedang membuat persembahan yang diselang selikan dengan cabutan bertuah.
“Hutang ? Kenapa pulak?”
“Nanti abang tahu lah”
Tengku Zariel ketawa sebelum dia mendekatkan bibirnya ditelingaku,berbisik sesuatu sehingga wajahku panas. “Nanti abang bayar hutang yang tertangguh macam semalam.”
“Janganlah…malu lah orang dengar!”Pahanya aku tampar perlahan bersama wajah yang berubah merah. Malu! Baru dia mahu mengusik lagi suara Puan Rohana kedengaran sekaligus buat aku menarik nafas lega. Aku pinta diri kerana mahu meluangkan masa yang terbuang selama ini.
“Ibu gembira sangat bila dapat tahu Kim dah kahwin. Rasanya belum terlambat ibu nak ucap tahniah”.
Aku senyum. Serba salah. “Terima kasih ibu. Kim nak minta maaf sebab pergi tanpa beritahu apa-apa. Sampaikan nak kirim email tanya khabar pun tak ada. ”
“Tak apa ibu faham Kim perlukan masa. Dah kita lupakan cerita lama. Bukak kisah baru. ibu tahu anak ibu ni kuat macam arwah daddy dan mama kamu. Sejuk perut mama mengandung kamu.Anak ibu ni dah besar,makin cantik, makin matang dan sangat pemurah dengan senyuman dan kasih sayang. Ariel bertuah memiliki kamu sebagai isterinya dan Ariel juga begitu. Dua-dua sangat pemurah,sudi menghulurkan bantuan pada rumah Nur Kasih.”
Dua-dua? “Tapi Kim kan….”
“Beberapa bulan lepas Kim pergi, Ariel ada datang dan beritahu hajat nak teruskan sumbangan derma Kim macam biasa. Katanya dia akan gantikan tempat Kim buat sementara Kim tak ada.”
Aku menunduk menyembunyikan huujung mata yang sudah bergenang. Dalam kesibukan orang ramai dan suasana yang riuh rendah, aku berjaya menangkap figura Tengku Zariel yang duduk semeja dengan Uncle Ramdan dan staf-staf Arjuna Café. Mesra dan tidak kekok. Aku perasan dia tidak duduk diam dari tadi. Rajin berborak dengan penghuni dan melayan karenah anak-anak kecil Nur Kasih. Mengingatkan itu,aku teringat seseorang.
“Heykal mana ibu?”
“Ibu ingatkan Kim dah lupa tentang Heykal. Dari tadi ibu tunggu Kim tanya. Tu…dekat meja hujung sana tu” Aku berpaling. Tergamam melihat Heykal bahagia dalam pelukan seorang lelaki bersama isterinya.
“Alhamdullilah..ada pasangan suami isteri yang dah 1o tahun kahwin tapi belum dikurniakan anak datang dan ambil Heykal sebagai anak angkat. Kim mesti gembira kan sebab Kim pernah cakap yang satu hari nanti akan ada satu keluarga datang untuk ganti tempat ibubapa Heykal. Tengok,dah besar dan makin tembam!”
Ya,aku sangat gembira mendengar perkhabaran ini. Satu doa dan Allah dah makbulkannya. Alhamdullilah…
“Baiklah..sebelum kita mengakhiri majlis kita pada malam ini,kita ada satu permintaan dari sebulat suara untuk mempersilakan Tengku Zariel dan Puan Elliena Kamelia naik ke pentas untuk hiburkan kami semua sebelum bersurai.”Sekali lagi aku terpinga-pinga bila namaku disebut buat kali kedua. Tadi nama aku disebut untuk beri ucapan kerana majlis ini bukan saja untuk sumbangan amal Rumah Nur Kasih tapi juga untuk meraikan kepulanganku. Dah lah aku tak sediakan apa-apa ,nak tak nak terpaksa Tengku Zariel yang berucap. Aku bukan takut,bukan tidak pernah berucap tetapi aku bimbang aku akan menangis di atas pentas nanti.
“Jom,sayang….”Tengku Zariel menghulurkan tangannya. Dia nampak sungguh kacak dengan sepersalinan kemeja putih yang dipadankan dengan kot hitam. Patut lah dia beria2 suruh aku memakai dress berwarna hitam. Biar sedondon.
Terdengar bisikan dan siulan nakal mereka yang lain lebih2 lagi sportlight dihala kea rah kami. Aku menyambut huluran kasihnya dengan senyuman dan kami naik dengan mata yang tidak lepas merenung antara satu sama lain.
“Sure abang nak nyanyi? Kim tak pernah tahu pun abang boleh nyanyi?”Bisikku bila Tengku Zariel mendudukkan aku di piano dan dia memegang mikrofon. Sepanjang aku kenal dia,aku tidak pernah nampak dia menyanyi. Cuma menari je yang aku dapat tahu semalam.
“Suara abang lagi sedap dari suara Kim. Trust me!” Dia kenyit mata sebelum ambil tempat di sebelah ku,di bangku sederhana panjang piano ini. Rapat betul kedudukan kami sampai terdengar lagi siulan nakal dan tepukan dari mereka. HaihEncik Suami ni,sudah lah ada kanak-kanak ,boleh pula dia buat aksi bukan-bukan kat sini!
Well, you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill, but you're so hot that I melted
I fell right through the cracks
Now I'm trying to get back
Before the cool done run out
I'll be giving it my bestest
And nothing's gonna stop me but divine intervention.
I reckon, it's again my turn
To win some or learn some.
But I won't hesitate
No more, no more.
It cannot wait,
I'm yours.
Suaranya….baru serangkap lirik aku sudah terpegun. Tidak percaya Tengku Zariel mempunyai suara yang boleh buat perempuan cair. Suaranya agak manly namun tetap menusuk ke hati. Dari ayat pertama lagi dia tidak lepas merenungku. Aku bermain tanpa tengok keyboard dan dia menyanyi menghadapku. Sepertinya hanya aku dan dia saja berada disini.
“I’m yours,Miss Zariel…..”Luahnya dengan menggunakan mikrofon. Terkesima sejenak kerana ‘dilamar’ oleh suami sendiri di khalayak ramai.
“I’m yours too…”
“Assalamualaikum…boleh saya….”Aku terdiam tidak jadi menghabiskan bicara bila gadis didepanku ini mengangkat tangan,tanda dia sibuk dengan telefon sambil mencatit sesuatu di buku notanya. Buku log yang sama dan masih dengan sikap yang sama. Masih tak berubah!
Jam baru menginjak ke angka 10 sebab aku tak sabar nak datang ke sini. Tak lena tidur ku semalam kerana berdebar dengan reaksi mereka yang pernah menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup dan karierku.
“Tapi saya….”
“Sekejap Cik..sekejap!”Lagi sekali suaranya keras mematikan aku. Sudahnya aku mencabut line telefon dengan selamba.
“Hello…hello..Puan? Puan Faridah? Hello…are you still there??” Dia masih menunduk dan menekan2 telefon itu sebelum aku menayang wayar telefon yang aku cabut. Dia angkat kepala dan gagang telefon terlepas dari tangannya. Cepat aku sambut bersama gelengan.
“You are still careless,Khayra. Masih tak berubah kelam kabut you tu.”
Khayra masih berdiri kaku sebelum pipinya basah dek air mata yang luruh jatuh.
“Khay,you nak diri situ je? Tak nak peluk i? Atau you dah lupakan i?”
Seusai itu Khayra terus keluar dari tempat reception dan memelukku sampai aku rasa nak pecah tulang temulangku.
“Miss Kim? Oh my god…I really miss you! Mana you menghilang selama ni? Kami kat sini terlalu rindukan you. You hilang macam tu je tanpa berita!Sikit tak beritahu you ke mana…”
“I know…I know…I’m sorry. Tapi I sangat berterima kasih dekat you kalau you tak patahkan tulang2 I,Khay….”Pintaku separuh meneran.Aku mengangkat kening bila ternampak Tiara yang baru keluar dari lift. Dia tergelak sebelum menepuk bahu Khayra yang masih menggogoi menangis. Habis cari makeupnya.
“Lepaskan Kim,Khayra. You peluk kuat sangat,boleh patah riuk tulang kawan I yang baru je sampai dua hari leps. Bukan you tak tahu badan dia ni dah kering,tak vogue macam dulu! Macam mana lah Ariel pandang kau eh Kim? Mesti patah selera dia tengok isteri dia kurus kering!” Dalam dia memujuk tu,sempat lagi si Tiara kenakan aku. Sikit aku tidak ambil hati dengan gurauannya. Rindu saat-saat begini antara kami.
“Dah dua hari??! Cik Tiara pun tahu? Habis saya orang terakhir ke yang tahu? Huaaaa…”Pecah lagi tangisannya.
“Khay!!!”Jeritku perlahan. Ini baru Khayra. Macam mana pulak reaksi staf yang lain? Silap-silap Abang Zikry pun menangis dan memeluk aku! Selepas Khayra dah reda,dia menarik tanganku dan mengenalkan aku kat semua staf Tiara Kim Wedding lagak aku pekerja baru! Rasa sebak dan terharu usah dicakap kerana kesemua mereka teramat merinduiku. Aku juga tak putus-putus memhon maaf kerana menghilang tanpa khabar berita.
“Excited semuanya Sampai nak buat jamuan kecil untuk aku masa rehat nanti.”
“Kepulangan kau memang dinantikan . Welcome back,boss” Ujar Tiara ceria sebelum mendudukkan aku di kerusi empuk di pejabatku. Tiada apa yang berubah. Susun atur dan harumannya masih sama seperti aku tinggalkan dua tahun lepas.
“Tiara,ni bukan tempat aku. Aku dah serahkan semuanya dekat kau”Baru aku mahu bangun Tiara cepat menahan..
“Ini memang tempat kau,Kim. Kau ingat kali terakhir kita jumpa? Kau cakap kau serahkan semuanya dekat aku sepanjang ketiadaan kau. Kau tengok bilik ni…aku tak pernah usik sikit pun sebab aku tak layak duduk kat tempat kau. Jiwa dan hidup kau ada kat sini sampai bila-bila. Bila kau nak start kerja? Aku penat dah jadi boss dekat sini.”
Terdiam aku sekejap. “Kerja? Aku belum terfikir lagi. Aku baru je hantar surat resign dekat tempat kerja lama aku. Lagipun,aku belum discuss dengan Ariel lagi pasal ni”
“Dah,tak payah nak berdalih. Aku tahu Ariel mesti akan berbincang dengan kau. Dia pernah cakap dekat aku, andai kata dia dapat bawa kau balik ke sini, dia tahu kau mesti nak kerja semula .”
“Ariel beritahu kau?”Soal aku telan liur. Aku tunduk menyelak organizer dengan perasaan gundah. Lebih-lebih lagi apabila mendengar Tiara yang tiba-tiba ketawa.
“Yup. Kau tak tahu ke kami dua dah kamceng habis kot. Macam ni haa…”Ceria suara Tiara sambil mengait kedua jari kelingkingnya menunjukkan keakraban dia dan Tengku Zariel.
Banyak rahsia Tengku Zariel aku tak tahu. Misteri dan penuh kejutan. Aku teringat kejadian tadi sebelum dia bergerak pergi kerja.
“Abang…Kim nak tanya sikit boleh?”Teragak-agak aku nak bertanya ketika membutangkan kemeja birunya satu persatu. Hari ini Tengku Zariel mula masuk pejabat.
“Boleh sayang…apa dia?”Soalnya semula sambil tangannya bergerak mengusap rambuku yang jatuh di dahi.
“Mana abang tahu Kim pernah derma dekat Rumah Nur Kasih?” Bebola matanya lama memandang aku. Sedikit terkesima. Kedengaran dia menarik nafas.
“Akhirnya Kim tanya jugak. Dari hari tu abang tunggu bila Kim nak tanya pasal ni sebba abang tahu Kim curious. Maaf sebab abang simpan hal ni dah lama. Sejak Kim pergi lagi… Masa tu Qalesh Holding ada cadangan nak tambah derma untuk lagi satu rumah kebajikan. Ada yang request Rumah Nur Kasih tu. Abang pergi ke situ. Kenal dengan ibu Rohana dengan anak-anak kat situ. Masa ibu bawak abang melawat kat situ,abang ternampak gambar Kim dekat board. Terkejut abang masa tu bila ibu cerita yang Kim penyumbang utama kat situ. Setiap bulan Kim derma guna gaji sendiri. Kata ibu lagi,semua penghuni dekat situ seronok bila Kim ada,dah macam satu keluarga. Dan masa tu jugak abang nampak satu foto Kim main piano,dikelilingi dengan anak-anak Nur Kasih,dengan Heykal berada atas riba Kim…”
Tak terkata aku mendengarnya. Setiap bait patah kata Tengku Zariel buat aku menggamit memori lama. Ini satu kebetulan atau takdir?
“Lepas tu ibu cakap Kim pergi tapi tak tahu ke mana. Abang cuba merisik tanya sama ada Kim masih teruskan derma lepas Kim pergi.”
“Kenapa abang buat keputusan nak teruskan derma atas nama Kim sedangkan waktu tu abang masih mencari kebenaran tentang Kim? Boleh jadi Kim buat itu semua untuk berpura-pura baik? Untuk tarik perhatian orang lain supaya percaya dekat Kim?
“Kim…..”Tengku Zariel menyebut namaku lama. Dadanya turun naik bersama nafas yang kencang seperti dia sedang menahan sebu yang bersarang selama ini. Dia mengucup tanganku bertalu-talu.
“Terlalu banyak kebaikan yang Kim buat. Lagipun Kim buat semua ni bukan sebab abang tapi sebab diri Kim sendiri. Itu salah satu amalan mulia…bersedekah.”
“Senyuman tu pun satu sedekah. Bukan sedih macam ni”Aku memicit pipinya sehingga dia ketawa. Tidak mahu membuatkan Tengku Zariel keberatan untuk pergi ke pejabat kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan. Lagipun , aku bukannya mahu tinggal seorang diri. Kata Tengku Zariel hari ini dia akan membawaku ke satu tempat.
“Wei…Berangan!”Tiara memetik jarinya sekaligus buat aku tersedar. Aku tergelak kecil. Boleh pula aku berkhayal.
“Sorry! Hmm.so bila majlis kau dengan Alan langsung? Aku tak dapat pun kad?”
“Huh,pandai tukar topic pulak ya tapi tak apa sebab aku ada banyak masa lagi. Pasal aku dengan Alan..insyaallah hujung tahun ni. Kami tak tunang,terus buat majlis nikah dan sanding.”
Aku tersenyum senang lantas meraih bahunya. Gembira dengan berita itu.
“Aku tumpang bahagia untuk kau dan Alan.”
“Terima kasih. Kau tahu…aku betul-betul rasa menyesal dengan hidup lama aku dulu. Bertahun aku dengan Alan bergelumbang dengan dosa. Sebab duit,aku sanggup jadi mistress dia. Lagi buat aku kesal bila dapat tahu dia bakal berkahwin dengan pilihan keluarga. Masa tu baru aku terfikir,siapa nak bertanggungjawab? Lelaki mana nak perempuan yang rosak macam aku ni? Setiap hari aku doa supaya Tuhan terima taubat aku dan aku tahu DIA dengar.Alan tak jadi kahwin,dia yang putuskan sebelum dia ke Mekah menunaikan umrah. Dia balik dan bawa aku jumpa family dia,minta restu parentsnya dan juga Uncle. AKu bersyukur sangat hubungan kami direstui,Kim.”
Aku turut sebab mendengar nada suaranya bergetar. “Aku faham perasaan kau Tiara. Restu keluarga tu penting. Kau jangan jadi macam aku. Aku belakangkan keluarga dan tak sempat minta maaf dekat arwah daddy dan mama. Tak sempat beri penjelasan. I lost everything in a split second.” Air mata yang menitis-menitis aku sapu dengan belakang tapak tangan sambil ketawa kecil.
“Arghh,sorry..i’m not going to ruin our mood today. Cerita lah kat aku lagi apa dah jadi sepanjang aku tak ada? Dan tolong..aku nak tahu sangat pasal Herlina dengan Abang Naim dia tu!”Aku ubah topic dan aku Tiara memahami. Lama kami berborak sampai lah panggilan telefon dari Tengku Zariel menyedarkan aku. Laju aku angkat.
“Ariel?”Soal Tiara menyeringai nakal.
Aku tersenyum sipu. Nampak sangat ke dari reaksi ku setiap kali bercakap dengan Tengku Zariel? “Dia cakap nak singgah sini sekejap lepas solat Jumaat.”
“Hai…tak boleh berenggang langsung. Baru berpisah berapa jam dah mencari.”
“Tiara….”
“What? Aku tumpang bahagia. Gembira tengok kau orang berdua. You deserved to be happy,Kim. Hebat percaturan Tuhan…”
“Bukan percaturan tapi takdir…”Bisikku. Kami berdua saling berbalas senyuman sebelum aku bergerak ke sudut wardrobe di pejabatku. Aku selongkar mencari sesuatu dengan penuh debaran sebelum suara Tiara mematikan tingkahku.
“Dia yang ambil. Semua. Tengok ni…”Tiara menunjukkan telefon bimbitnya. Satu gambar keluarga yang memakai sepersalinan baju raya berwarna royal blue. Puan Sri Tengku Wahida duduk di tengah sofa manakala kiri kanannya diapit oleh Tengku Zariel dan Tengku Farizal. Kesemua mereka memakai baju raya yang aku tempah. Aku menekup mulut bila ada melihat ada satu kerusi kosong yang diletak sebelah Tengku Zariel.Di kerusi itu hanya diletakkan sepersalinan baju kurung wanita tanpa orangnya. Dan sepatutnya disitulah aku berada.
“Ariel ada datang sini lepas kau pergi. Walaupun dia tak cakap apa,aku tahu dia menyesal.Baru dia sedar dan nampak siapa sebenarnya Nur Elliena Kamelia Damien.”
“Assalamualaikum..sorry,ganggu ke?”Kami berdua tersentak lantas berpaling ke muka pintu.Terjengul kepala Tengku Zariel yang nampak segak dengan baju kurung melayu yang aku jahit sendiri. Hatiku tersentuh.
Tiara tersenyum dan berlalu ke pintu. “Lovebirds ni…betul-betul tak boleh berenggang langsung kan? I’ll leave you guys. Jangan lupa kejap lagi kita ada ‘parti’ kejap lagi. Jangan tak turun bawah pulak!” Dia ketawa nakal sebelum keluar.
“Abang rindu…”Tak semena-mena dia memelukku. Aku tersenyum. Rasa bahagia melihat dia memakai sesuatu milikku. Hasil dari tangan ini. Aku meleraikan pelukan. Meletak kedua tangan di dadanya dengan perasaan sebak yang mencengkam.
“Kenapa? Kim tak suka abang pakai baju Melayu ni?”
“Suka…Kim suka sangat. Kim tak terfikir abang nak simpan apalagi memakainya. Kim ingat abang akan….”
Belum sempat aku nak habiskan ayat,Tengku Zariel memintas. “Koyakkan? Buang? Macam apa yang abang selalu buat bila Kim bagi abang sesuatu kan? Tapi bukan yang ni. Ia ada sentimental value yang tersendiri.Setiap kali abang pakai,abang dapat rasa penat lelah Kim jahit baju ni seorang diri. Sanggup belajar dan bersengkang mata untuk abang wlaupun Kim tahu yang abang mungkin abang buat,hatta nak pandang pun tak.”
Aku sekadar tersenyum manis. Setiap bait katanya benar-benar menyentuh tangkai hatiku.
“Kim hargai sangat bila abang sudi pakai.Itu dah cukup buat Kim gembira. Even kalau abang dapat pandang pun pun Kim dah gembira dah.”
“Tapi lagi lengkap raya abang kalau Kim ada sekali. Dah dua tahun abang raya tanpa isteri. Setiap kali ambil gambar keluarga,kami tinggalkan satu tempat untuk Kim. Kim tiada tapi abang tahu hati Kim ada dekat sini…”Tengku Zariel memegang dadanya,menunjukkan dia dapat rasai kehadiranku setiap kali memakai baju ini.
Terkedu aku dibuatnya. “Puan Sri tak kisah ke pakai baju tu?”
“Mama…bukan Puan Sri. Abang tak sabar nak bawak Kim jumpa mama lepas mereka balik nanti. Mama teringin sangat nak jumpa Kim. Dia nak minta maaf.”
“Minta maaf? Untuk apa abang? Sedangkan Kim yang sepatutnya minta maaf. Kim dah musnahkan impiannya nak jadikan Iman sebagai menantu. Sebab Kim juga Puan Sri dengan Izal bergaduh sampai kemalangan…”
“Apa yang terjadi bukan salah Kim tapi takdir. Jangan percaya dengan apa yang Harith cakap. Dah,kejap lagi ada jamuan kan. Takkan nak pakai baju ni?
Aku mengerutkan dahi,tunduk ke bawah memandang baju sendiri. Blouse merah hati dan seluar slack berwarna putih.Rambut pula aku biar lepas panjang. Tak ada lagi dah aku warnakan rambut lagi. Biarkan ia kekal dengan warna hitam keperangan,asli dan tulen.“Kenapa pulak?”
Satu beg kertas dihulur. Aku ambil dan tengok di bahagian dalam. Perasaan sebak bertandang
“Sepatutnya Kim pakai baju ni pada hari yang sama. Dua tahun lepas. Abang nak lakukan semula momen tu…bersama Kim. Pakailah. Ke Kim nak abang pakaikan? Abang okay je. Jom!”
“Abang ni!” Aku menepuk manja bahunya sebelum menolak dia keluar. Merengus geram mendengar gelak nakalnya.
Walaupun jamuan secara kecilan tapi cukup meriah . Ditambah lagi dengan kehadiran The Queen Band dan karenah krew fotografi yang diketua Abang Zikry cukup bijak memeriahkan suasana. Macam-macam cerita kami berborak sampai tak kering gusi dibuatnya. Dan aku faham apa yang Tengku Zariel mahu lakukan bila menyuruh aku memakai baju raya ini. Dia mahu mengambil gambar studio untuk majlis kami. Kata Tengku Zariel dia mahu membuat majlis perkahwinan kami bulan depan. Aku cuba melarang keranaaku tidak mahu. Lagipula kami dua dah jadi pengantin basi dah dan aku juga takut berdepan dengan semua orang.
Tengku Zariel pasti akan menjemput kesemua ahli keluarga rapatnya yang pada masa yang sama tahu tentang ‘drama; yang aku ciptakan semasa majlis pernikahannya dulu. Bagaimana pula dengan Qalesh Holding? Mereka tahu siapa aku. Penggoda dan perampas! Aku pedih sendiri mahu menghadapi kenyataan itu.
Lenaku terganggu bila terasa ada sentuhan di wajah dan tangan ini. Berulang kali dan lama sehingga aku terpisat-pisat membuka mata. Sedikit kaget melihat Tengku Zariel yang Cuma berjarak seinci denganku. Sesekali tangan kiriku diusap dan dikucup. Dia masih tidak lena?
“Abang?”
Tengku Zariel tersentak. Agaknya dia tidak menyangka aku terjaga.
“Sorry, abang kacau sayang tidur”
Aku senyum nipis. “Kenapa abang tak tidur lagi? Bukan esok abang ada meeting pagi?”
“Abang nak minta maaf” Dia tidak membalas soalanku.
Dahi sudah berkerut walau sudah banyak kali dia mengungkapkan perkataan itu namun pada waktu tengah malam begini,agak pelik. “Kenapa?”
Sekali lagi Tengku Zariel tidak membalas sebaliknya dia mengucup beberapa kali tapak tangan kiriku dan juga pergelangan tangan. Aku menarik nafas dalam. Mengusap rambut suamiku lembut. “It’s okay. Dah dua tahun tak rasa sakit.”Selorohku perlahan walau terbayang kembali di ruang mata bagaimana ianya terjadi dan kekal sehingga sekarang.
“Tapi parutnya masih ada. Abang rasa serba salah tiap kali terpandang tangan Kim. Tak tahu apa yang merasuk abang masa tu. Abang tak selidik dulu, tak percayakan Kim langsung dan Kim yang jadi mangsa”
“Back then you never had the same feeling towards me, so that’s explain everything”Luahku jujur sebelum bangkit bersandar di dadanya. Jelas jantung itu berdetak laju,menenangkan perasaan kesal yang mengasak ketika ini.
“Still, I shouldn’t do that to you. Abang tahu abang dah minta maaf banyak kali,tapi abang tak pernah rasa lega pun setiap kali Kim maafkan abang. Esok petang sayang ada appointment dengan Doktor Fauzi kan? Lepas tu kita jumpa doktor pakar kulit ya?”
Aku terdiam sejenak sebelum menggeleng laju. “Kim taknak lah… lagipun kos rawatan kulit bukannya murah”
“Abang tak kisah asalkan dapat tebus kesalahan abang. Please….”
“Atau abang suruh Kim buat ni semua sebab parut tu mencacatkan pandangan abang?”
Aku melihat Tengku Zariel terpempan dengan soalanku. Laju dia menggeleng. “Ya Allah,sayang…abang tak kisah semua tu , abang tak peduli pun tapi setiap kali abang tertengok, hati abang rasa sakit sangat. Lagipun, itu salah satu cara untuk rawat sayang punya ptsd. Abang tahu setiap kali sayang tengok je, mesti sayang terbayangkan abang. Bukan membahagiakan, tapi menyakitkan Kim. Kim percaya kan…dekat abang?” Lirih dia bersuara. Kedua belah pipiku diusapnya lembut.
Lambat-lambat aku senyum.”Kalau Kim tak percayakan abang, Kim takkan berada disini dengan abang. It took a lot of courage to move on with the past. And now you’re infront of me. My future…what else I could ever ask for?”
“Such a sweet talker!”Dia memicit pucuk hidungku.
“At least…dekat situ tak ada parut”
Dahiku berkerut. Tidak mengerti walau senyuman Tengku Zariel sudah lain macam. “Dekat mana?”
“Sini” Bibirnya mengucup lembut tanpa sempat aku berbuat apa-apa. Aku turut membalas dengan mata terpejam bila leherku pula menjadi mangsa.
“I love you”Ucap Tengku Zariel romantis. Mata kami bertentangan.
“I love you more”
“No, I love you more than you…”Tengku Zariel masih tak mahu mengalah. Aku sudah mengecilkan mata.
“No..i love you one thousand times, two thousands…and…”
“One million times…”Balas Tengku Zariel sepatah dan aku terus terdiam.
“Okay,okaylah…Kim giveup” Aku merebahkankepala ke dadanya yang bidang. Satu tempat yang sangat menenangkan untuk tidur.
“Aik, habis yang tadi tu tak nak sambung ke?”
“Esoklah. Siapa suruh buat Kim kalah?”Suaraku malas Sengaja.
“Aduh…melepas!”
Akhirnya ketawa kami memecah kesunyian malam.
TENGKU ZARIEL….
Hari ini dia menilik lagi buku yang diberikan oleh Amanda yang berkaitan dengan penyakit yang dialami isterinya. Sejak kejadian Kim terjun di kolam renang, Tengku Zariel terus meletakkan 200 peratus keselamatan didalam rumahnya. Segala alatan yang mengingatkan Kim kepada trauma yang lalu membuat dia mengambil langkah drastik. Pintu dan tingkap juga dipasang alat keselamatan. CCTV juga ditambah dibeberapa sudut dan mudah diakses melalui telefonnya.
Disebabkan itu juga dia tidak melarang untuk Kim bekerja semula. Sekurang-kurangnya wanita itu dapat sibukkan diri dari mengingati masa lalu. Ya, Tengku Zariel tahu sangat berisiko untuk dia membawa Kim tinggal di penthouse yang memiliki kolam renang ini tapi ini salah satu langkah yang dia boleh lakukan untuk mengembalikan Kim.
“Berenang. Itu salah satu hobi dan bakat Kim. Dari kecil lagi,malah dia lebih hebat dari aku. Jadi, apa perasaan kau bila seseorang yang tahu berenang tiba-tiba cuba melemaskan diri?”
Perasaannya? Pedih.Jika seorang abang pun punyai perasaan itu, apatah lagi dia sebagai suami. Dia mahu mencipta kebahagaian isterinya yang telah dia ranapkan dalam sekelip mata walau adakalanya hatinya tersiat pedih setiap kali mengingati kembali . Tanpa sedar, kejadian di studio Tiara Kim Wedding tadi petang berputar kembali.
“Aku rasa tak terlambatkan aku nak ucap tahniah?”
Tengku Zariel tersengih sambil menyambut huluran tangan Zikry yang sedang menilik kameranya.
“Better late than never”
“Yeah, jaga Kim baik-baik,bro. Dia seorang perempuan yang baik. Anyway, Tiara ada cakap kau orang dua nak buat majlis bulan depan?”
Tengku Zariel tersenyum ceria. Bukan seorang dua mengatakan perihal yang sama berkaitan isterinya.
“Yup…aku ada nak buat surprise dekat Kim. Simple tapi sangat bermakna.”
“Yang aku dengar bukan satu je kejutan kau, tapi banyak.”Ujar Abang Zikry sambil ketawa disambut oleh Tengku Zariel. Ya, majlis perkahwinan dilakukan kerana cadangannya, sudah tentu banyak persediaan dan kejutan perlu dibuat secara rapi.
“This one,it just simple surprise and yeah, a little bit cliché.”
Tengku Zariel terus memberitahu cadangannya dan Abang Zikry beralih ke hadapan komputer ribanya. Menunjukkan beberapa ‘content’ yang mahu digunakan oleh lelaki itu.
“Nice. Tapi untuk permulaan ni, nanti kau bagi aku gambar-gambar kau dengan Kim”
Wajah Tengku Zariel sedikit berubah walau dia cuba mengawal reaksinya. “Gam..gambar?”
“Ya, gambar-gambar kau dengan Kim. Sebab nampak lebih realistic dan sentimental. Lagipun , kau orang dua kenal dari zaman belajar, kan? Mesti banyak , bro!”
Dan Tengku Zariel hanya tersenyum pahit.
Malam itu, dia menilik telefon bimbitnya mencari gambar dia dan Kim. Tiada! Kecuali gambar yang diambil baru-baru ini ketika mereka bertemu semula. Teringat semasa pernikahan mereka yang tak dirancang, tidak ada satu gambar pun di ambil malah jurugambar yang diupah waktu itu pun dia suruh pergi kerana bimbang gambar mereka tersebar. Di media sosial milik isterinya pun, yang ada hanyalah gambar dia mereka berdua di kerusi pengantin semasa majlis perkahwinan Hardy dan Sara. Itu pun tiada senyuman diwajahnya.
‘Who knows…if we were meant to be together’. Tengku Zariel meneguk liur yang terasa kesat membaca capition yang tertulis di bawah gambar itu. Disebabkan itu juga, dia membawa Kim ke situ sebaik mereka pulang ke Kuala Lumpur kerana dia menghapuskan kenangan yang boleh menyakiti hati luhur isterinya.
Terus dia berkalih merenung isterinya yang sudah tidur dibuai mimpi. Berhati-hati sekali Tengku Zariel mengambil telefon wanita itu. Tarikh pernikahan mereka dijadikan sebagai password jadi agak mudah dia membukanya. Tidak tahu jika Kim masih menyimpan gambar-gambarnya kerana sudah dua tahun Kim menghilangkan diri.
Dan jari jemarinya mulai perlahan melihat Kim banyak mengambil gambarnya secara kandid semasa mereka berkahwin dulu. Dia sedang berjabat tangan tok kadi, bukan gemuruh tetapi kerana hati yang bersarang dengan kebencian. Dia sedang berenang, termenung, ketawa dan apa yang membuat matanya berkaca saat melihat beberapa keping gambar ketika mereka di Paris. Terbayang kembali segala makian dan perlakuan kasarnya terhadap isterinya walhal Kim cuma meminta dia ‘berlakon’ sahaja untuk sehari. Namun, dia terlalu ego dan sombong.
“Don’t forget our deal ,Ariel. Just for this once, please. Lepas ni kita pergi satu tempat…and it’s over. Please”
Terpejam rapat matanya,membiarkan air mata lelakinya mengalir. Kim sampai terpaksa merayu untuk memintanya senyum walaupun tidak sampai tiga saat. Kenapa begitu kejamnya dia? Mana pergi hati dan perasaannya? Setinggi mana dia mahu menjulang egonya sehingga lupa akan dosa?
Dan apa yang buat hati Tengku Zariel meruntun pilu bila melihat isterinya masih menyimpan gambar lama mereka semasa di kampus terutamanya semasa di minggu suai kenal. Benar, Kim jatuh cinta saat pertama kali melihatnya.
“Sayang mungkin bukan yang pertama,tetapi sayang akan jadi cinta terakhir abang dalam hidup abang. I’m sorry and I love you….”Ubun-ubun Kim dikucup syahdu.
Hai, sorry ini sepatutnya bab 56, ADUHH! Dah terskip satu bab...tadi lama sbrnye HZ cek dekat bab yg latest HZ update ptg tadi sbb fikir kenapa mcm cepat sangat je nk habis haha... Nah! Terskip bab!
Share this novel