BAB 6

Romance Completed 199367

BAB 6

Para hadirin yang dihormati sekalian,berakhir saja acara pengantin memotong kek ini,seterusnya adalah persembahan istimewa dari teman rapat pengantin kita ni. Satu kumpulan yang terdiri dari empat orang bidadari yang pastinya akan memukau kita semua malam ini terutamanya saya…”MC yang sememangnya pandai buat lawak tu mengangkat songkok dan meraup rambutnya.
 
Para hadirin turut ketawa sebelum senyap apabila sportlight berwarna putih tertera pada aku bersama piano. Sunyi dan sepi.
 
Aku meletakkan jari jemariku di tuts,postur badan tegak,mata lurus dan menarik nafas dalam-dalam sebelum menguntum senyuman tanda hormat. Lensa kamera laju snap gambar aku. Sakit mata tapi aku suka! Haha…
 
Here we go. Aku mainkan lagu Grenade daripada Bruno Mars. Cekap dan pantas tanganku menari di tuts piano. Piano lah peneman sunyiku selama ini. Tenang dan mengasyikkan mereka semua dengan melodi indah ini.
 

Sesekali mataku nakal mengerling kearah Tengku Zariel. Sikit dia tidak terusik apalagi menjeling. Hanya matanya meliar memandang Hardy dan Sara di pelamin. Hati kering betul dia ni! Kalau lelaki lain dah meleleh air liur tengok aku. Gerutu aku dalam hati sambil menjeling seorang jurugambar yang berada betul-betul di hujung piano,merakam persembahanku.
 

Seterusnya lagu Hotel California dan Trap. Terpejam mataku dengan liuk tubuh mengikut alunan piano. Aku kalau dah khayal dengan piano memang tak fikir apa pun. Bagiku bila dengan piano saja, pelbagai emosi kita luahkan sehingga mereka sendiri boleh memahami.  

Dan kemudian lagu kegemaranku iaitu Chopin Watlz no 7. Sesiapa yang dengar mesti meremang bulu roma punya. Melodi yang mula-mula perlahan dan instrumental terus berubah menjadi laju. Makin kuat tepukan gemuruh untukku. Aku memandang Hardy dan Sara yang nampak sepadan. Sara meletakkan tangan didada kirinya tanda terharu dan terima kasih.
 

Sebaik aku melebarkan pandangan ke sebelah lain, mata kami bertembung tanpa disangka. Laju Tengku Zariel mengubah pandang. Aku senyum lebar. Tengok jugak dia rupanya! Wah,makin semangat aku. Bukan senang nak tengok dia merenung walau cuma sesaat.
 

“Okay itu dia wedding planner kita iaitu Elliena Kamelia dari Tiara Kim Wedding. Jangan terkejut ya tuan-tuan dan puan-puan kerana dia seorang gadis Melayu berdarah kacukan.Kalau nak mintak nombor telefon boleh tapi harus berdepan dengan saya dulu,ya?”
 
Serentak berderai ketawa mereka semua. Hishh,potong stim betullah MC ni. Baru aku nak feel! Aku bangun dan menunduk hormat tanda terima kasih sebelum duduk semula kerana selepas ini penampilan aku bersama Queen Band pula. Istimewa untuk Hardy dan Sara.
 
Tiara,Herlina dan Damia berada di posisi masing2-masing. Makin banyak pula kamera yang tidak diingini merakam tapi itu satu petanda baik bagi Queen Band terutamanya selepas diperkenalkan di program TV minggu lepas. Mungkin ramai yang melihat program itu dan siapa tahu selepas ini Queen Band mula dikenali. Pasti Herlina,Damia dan dua lagi rakan dalam band ini gembira dengan pencapaian kami setakat ini. AKu ada beritahu mereka yang satu hari nanti aku akan tinggalkan band ini juga kerana ia sekadar hiburan. Aku percaya band kafe seperti ini akan berjaya jika berusaha lebih.
 
Aku pandang Tiara. Menghantar isyarat mata. Bersedia sebelum aku memulakan langkah. Tiara menyanyikan lagu My heart Will go on manakala aku pula ‘All of Me’ daripada John Legend. Yang penting suara aku lagi husky dari Tiara. Lagi serak dan lunak.

 
What would I do without your smart mouth
Drawing me in, and you kicking me out
You got my head spinning, no kidding, I can't pin you down
What's going on in that beautiful mind
I'm on your magical mystery ride
And I'm so dizzy, don't know what hit me, but I'll be alright
 
My head's underwater
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind
 
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh
 
How many times do I have to tell you
Even when you're crying you're beautiful too
The world is beating you down, I'm around through every mood
You're my downfall, you're my muse
My worst distraction, my rhythm and blues
I can't stop singing, it's ringing in my head for you
 
My head's underwater
But I'm breathing fine
You're crazy and I'm out of my mind
 
'Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh
Give me all of you, oh oh
 
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all though it's hard
 
Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
Cause I give you all of me
And you give me all of you
I give you all of me
And you give me all, of you,

Sekali lagi mata ku kearah pasangan sejoli itu. Mata saling bertatapan,tangan bertautan erat seakan memegang satu janji, hanya renungan mata yang menzahirkan kasih dan cinta. Sehidup semati. Kekal.
 

Akhir sekali wajah kacak Tengku Zariel aku cari. Redup matanya mrlihat kea rah yang sama. Pasti dia terbayang akan sesuatu. Perkahwinannya bersama Iman? Dia dan Iman sedang bersanding dan senyum gembira? AKu pula? Dijemput untuk melakukan persembahan istimewa pada mereka berdua?

Oh no! Big NO!
 

Di penghujung lirik,aku memainkan melodi aku sendiri sehingga kesemua mata terarah padaku termasuk Tengku Zariel. Dia tetap renungan tajam dan sinisnya. Aku pula membalas dengan senyuman semanis mungkin sebelum bersuara dengan nada menggoda…

 
“I love you…”
 
 

 
 
“Ya Allah Zariel lama gila aku tak jumpa kau bro! Kali terakhir kita jumpa masa Tingkatan Lima kan, ?”
 

Aku tersentak dan berpaling. Tengku Zariel dan Hardy sedang berbual. Kejap lagi sesi bergambar pula. Aku cukup berpuas hati dengan stafku di Tiara Kim Wedding. Majlis perkahwinan Hardy dan Sara sangat Berjaya! Tetapi aku lagi puas hati bila lelaki tu ada disini.
 

“Kim..jom ambik gambar dengan I”Entah bila masa Herman ada didepan aku tak tahu. Sedar-sedar saja dia dah tarik tangan ku ke photobooth.

 
“Herman..nanti kan kita boleh bergambar dengan Hardy dan Sara sekali”
 

“I tak nak. Just you and me. Fullstop”

Akumendengus bengang. Cukup tidak suka dengan lelaki yang suka mendesak seperti Herman. Ramai juga yang bergambar kat sini. Pelbagai  reaksi dan prop mereka gunakan. Siap sambungkan lagi prop itu. Ada dua Salinan disediakan disini. Satu untuk photo guest sebagai kenangan bagi Tiara Kim Wedding dan satu lagi untuk tetamu.
 

“I nak cepat Herman”
 

“I know. You tak sabar nak jumpa dia kan?”
 

“Time is gold right?”

 
“So do i…”Herman senyum lagi sehingga menyerlahkan lesung pipit dipipi kirinya. Kosong saja ruang photobooth, dia mencapai tanganku dan mengambil prop berbentuk hati. Aku tergelak. Ada  saja idea si Herman ni.
 
Aku pegang sebelah kanan dia pula kiri. Siap tekan burst lagi. Terpaksa posing pelbagai gaya dan akhir sekali dia menarik tubuhku tanpa disangka sehingga aku terpaksa memaut bahunya.

 
“You!”

 
Herman ketawa nakal. Dia mengangkat tangan tanda maaf.

 
“Sorry but I’m just too excited whenever you besides me. Tapi I terpaksa balik, ada sepupu datang. Catch you later” Ujar Herman. Dia cuba memeluk tubuhku namun pantas aku elak.

 
Dulu yalah masa awal-awal aku datang ke Malaysia. Langsung tak tahu budaya dan adab orang sini. Masa mama memperkenalkan keluarga belahnya di Shah Alam, aku memeluk abang sepupuku. Terus merah mukanya. Mama pula kejam tarik baju aku. Tidak berhenti dia membebel sepanjang pulang ke rumah waktu itu. Macam – macam Bahasa yang keluar.
 

Teringat aku semasa di Uitm Shah Alam. Masa tu seorang pelajar India yang berasal dari US meminta aku membelikannya minuman ringan. Dia menggunakan loghat British yang berbeza maknanya dalam loghat Amerika. Aku bagilah air soda tanpa aku tahu dia alergik minuman itu. Nak salahkan aku pun tak guna sebab aku tak salah apa-apa pun! Lainkali tanyalah dulu!
 

“Hai Hardy…taknak kenalkan I pada kawan you?”Aku mencelah di antara perbualan mereka, sengaja tidak mengenali Tengku Zariel. Tersenyum melihat Tengku Zariel mengetap bibir. Sara pula sedang berbual dengan rakan-rakannya.
 

“Haa,Zariel…this is my wedding planner,Elliena Kamelia but you can call her Ellie,Kim or the goddess one.”
 

Aku ketawa manja dengan pujian itu tapi tidak lelaki didepanku ini. Beku. Kejung macam patung!
 

“So ,Hardy…you tak nak kenalkan kawan you dekat i?”
 

“Tengku Zariel Farhan. Kawan lama i. Dia CEO Qalesh Holding. Aku banyak dengar cerita pasal kau,Zariel. You change a lot and I’m really proud of you”

 
“Change a lot? Curious to know. I love to listen your story. It must be interesting”
 

Aku dapat melihat Tengku Zariel memaksa dirinya untuk mengukir senyuman tetapi sikit pun wajah aku dia tidakk pandang hatta menjeling sekalipun.
 

“Aku rasa sesiapa pun tak selesa kot kalau nak bercerita dengan ‘orang luar’”Jawabnya bersama senyuman mengejek.
 

Hardy yang tak tahu apa-apa ketawa tanpa sedar riak wajahku berubah.
“Kim bukan orang luar Zariel. She’s my friend and the best wedding planner. Kau nanti kalau nak kahwin,amek dia tapi kena booking awal-awal  kalau tak rugi,bro! She’s the best”
 

“Yup,rugi besar”Aku menyokong laju. Tanganku tiba-tiba nakal menepuk bahunya. Mata Tengku Zariel mencerlang marah namun dia tak dapat berbuat apa-apa seperti tadi. Yalah takkan dia nak tepis tangan aku depan kawan baik dia kan.
 

“Anyway,Ariel…kenapa kita kena rasa awkward macam ni? We’re friends masa kat Shah Alam dulu. He is my senior”Beritahu aku sambil mengangkat  kening menunggu reaksinya. Aku tahu dia mesti bengang. Jelas sangat bila dia mengetap lagi bibirnya yang merah tu. So…sexy!
 

Hardy terkejut. “Seriously?! Oh man…you got me! Korang dua saja je ya nak kenakan aku. Aku tak tahu pulak kawan aku yang kayu ni reti berlakon. Siap buat muka tak suka dengan Kim ni. Risau jugak aku kalau-kalau kau naik angin. So memandangkan korang dua ni kawan,apa kata kita amek gambar berempat? Sara…sayang…!”Hardy menarik tangan kami berdua ke pelamin sambil memanggil isterinya.
 

AKu senyum bahagia. Tak sangka plan aku, Hardy terjebak sekali untuk jadi pembantu. Memang berada di luar jangkaan aku.
 

“Kau memang dah melampau,Kim!” Bisiknya geram ketika Hardy turun mencari Sara. Kami berdua dah berada di pelamin. Dia di kiri dan aku di kanan.
 

“I Cuma nak buat keadaan jadi selesa diantara I dengan tapi you yang buat keadaan jadi begini. Apa salahnya kita bergambar? Hardy kawan you begitu juga I, dan Sara . Lagipun bukan selalu kita dapat mencita kenangan Bersama. This gonna be memorable moment,trust me”
 

“For me…it’s a nightmare for the rest of my life,ever!”Sindir Tengku Zariel bersama renungan tajam seperti nak telan aku hidup-hidup. Marah betul dia dengan aku. Dalam masa sebulan, dah banyak kali aku cuba porak perandakan hidupnya termasuk Iman. Tak mustahil selepas ni hubungannya bersama Iman berubah. Who knows right?Wait and see! Ini Elliena Kamelia..tak ada lelaki yang menolak aku!
 

“Amboi you Ariel..bukan main bisik lagi ya dengan wedding planner I ni? You sepatutnya berterima kasih dekat dia tau sebab dia yang bagi you masuk sebab takde kad jemputan kami. Kalau tak,ternganga lah you kat luar!”Sara berseloroh sebaik tiba di pelamin. Erat tangannya berada dalam genggaman Hardy. Mereka berdua sangat sepadan dan secocok.
 

Tengku Zariel sekadar tersenyum kelat. Dia menunduk sedikit.
 

“Congratulations Sara for your wedding. Hope you jaga kawan I ni baik-baik macam keluarga dia jaga. I doakan you guys bahagia hingga ke akhir hayat”Dia tak memberi respons dengan kata-kata Sara tadi. AKu terhiris dalam diam. Susah ke nak cakap terima kasih?
 

“I pun harap perkara yang sama”AKu turut menyampuk sambil memberi dia senyuman penuh makna. Terus mati senyum palsu dia tu!
 

“Okay korang…tolong duduk kat tempat masing-masing. Bro, rapat ke tengah sikit. Kim pun sama. Korang dua berdiri kat tengah tengah pengantin. Kim kalau tak faham apa,Khayra…sini,tolong translate!”Kecoh sesi bergambar ni bila Abang Zikry dan yang lain kenakan aku. Mentang-mentanglah aku agak ‘kurang’ dalam bahasa Melayu ni. Khayra terkocoh-kocoh datang. Dia lebih sibuk berbanding aku yang sibuk dengan Tengku Zariel.
 

Khayra memang seorang pembantu yang boleh diharap. Lebih 10 tahun aku di sini,fasih cakap Melayu sekalipun tapi adakalanya aku tak dapat ‘tangkap’ apa yang mereka cakap. Lebih-lebih lagi bila guna bahasa ‘moden; orang Melayu ni. Khayra dengan Tiara yang banyak tolong.

 
AKu mengerling dia disisiku. Jarak sedepa. Air mukanya serius. Sikit tidak senyum walhal dia sedang meraikan majlis kahwin kawannya sendiri. Atau..disebabkan aku moodnya kurang baik?

 
“I ada dengan you Ariel. Please smile. You look sweet and hot when you smile”Aku memuji jujur. Mana tahu dia beralah tapi apa yang aku dapat? Muka bengis dia adalah! Kemudian dia pandang semula ke depan.

 
Abang Zikry berdiri static dengan Nikonnya.

 
“Okay…set one,two,three…okay,done! Tukar pulak…sekarang you guys yang kat belakang tu duduk kat pelamin.”
 

“Hah? Tapi…Hardy please…”Tengku Zariel yang nak bantah terus tak jadi bila Hardy cepat-cepat menolak tubuhnya sehingga dia terduduk di kerusi putih pengantin. Begitu juga dengan aku. Aku duduk dengan kaki disilangkan,menongkat dagu di lengan kerusi,merenungnya seolah-olah candid. Hari ini merupakan hari yang membahagiakan! Tak sangka apa yang tidak ada dalam rancangan aku, ada pula yang membantu. Thanks god!
 

“Haa…cantik,cun! Stay…stay….” Ketika itu jugak aku memberi isyarat pada Zakry supaya snap gambar kami banyak-banyak. Senang aku nak frame nanti! Jelingan Tiara yang memerhati tidak aku hiraukan.
 

“Pernah dengar tak Kim orang cakap sesiapa yang duduk kat kerusi pengantin selepas ni akan jadi bakal pengantin yang seterusnya? You guys look great together. Mana tahu satu hari nanti kan,who knows?”
 

Mataku mencari dia disebelah yang diam dan serius. Tak terusik dengan usikan Sara. Tengok!sesiapa pun akan cakap yang kami berdua sepadan,sama cantik dan kacak tapi Tengku Zariel menafikan.

 
“Yes I know. Really hope so. Who knows we’re meant to be together”Bisikku perlahan tapi aku tahu dia mendengar.

HZ akn up bab 7 kejap lg sbb bab 6 ni pendek memendek je babnya… Sombongkan Ariel? Hahaha…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience